You are on page 1of 42

1.

PENDAHULUAN
Kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam meter

empatan dengan menggunakan kaedah Orff dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Mutiara.

1.1

Pengenalan
Pendidikan Muzik seharusnya wajib diajar sejak dari peringkat awal persekolahan.

Malah kurikulum sekolah di Malaysia sangat komited dalam membangunkan murid secara
menyeluruh iaitu merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang digubal pada 1988 dan
disemak semula pada 1996. Kini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) telah
melakarkan lima visi sistem pendidikan dan enam aspirasi murid yang dapat memenuhi
keperluan negara pada masa depan. Aspirasi murid yang pertama ialah pengetahuan, di mana
murid digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni,
muzik dan sukan. Ia juga turut menekankan kemahiran berfikir dalam aspirasi kedua di mana
murid telah diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti rangsangan minda.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011 ).
Menurut Johaimi Abdullah (1993), Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik
telahpun diajar secara formal di semua sekolah di Malaysia sejak tahun 1972 di mana hanya
melibatkan beberapa buah sekolah bandar sahaja pada ketika itu. Pada masa itu, Pendidikan
Muzik telah diadakan sebagai satu mata pelajaran pilihan dalam peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran ( SRP ) di peringkat sekolah menengah.
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR), murid telah didedahkan dengan pengetahuan bermain alat perkusi
melalui aspek Pengalaman Muzikal. Murid juga dicadangkan akan membina kemahiran
memainkan alat perkusi mengikut teknik yang betul secara amali untuk mengiringi lagu atau
muzik instrumental. ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)
Sejak tahun 2010, Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) telah dilaksanakan di
seluruh sekolah di Malaysia bagi memartabatkan Akta Pendidikan agar memenuhi kehendak
PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan untuk pendidikan seimbang sebagai

asas aspirasi setiap murid. Kurikulum Muzik Sekolah Rendah kini telah dinyatakan sebagai
Dunia Muzik dan hanya memperuntukkan masa selama 30 minit sahaja dalam seminggu.
Menurut Zoltan Kodaly (1882-1967), muzik adalah bersifat universal dan merupakan hak
milik setiap individu, juga tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja ( Chosky, 2001).
Justeru, pendidikan muzik adalah penting bagi setiap murid sebagai medium yang tepat untuk
murid mengekpresikan emosi mereka secara sihat. Selain itu, pendidikan muzik juga dapat
melatih koodinasi mata dan tangan murid serta anggota fizikal yang lain menerusi aktiviti
muzikal yang dijalankan. Malah, pendidikan muzik mampu membentuk pemikiran kogitif murid
supaya mampu berkembang dengan lebih kreatif.
Amat jelas bahawa permainan alat perkusi merupakan salah satu pengalaman muzikal
yang penting dalam aktiviti Pendidikan Muzik. Melalui permainan alat perkusi, murid-murid akan
dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat mempamerkan kekuatan otot. Dengan itu,
murid berkeupayaan untuk menjadi lebih kreatif, aktif dan yakin terhadap dirinya sendiri seiring
dengan visi PPPM.
Penyelidikan tindakan yang pengkaji laksanakan ini adalah berkisar tentang keupayaan
murid-murid tahun 4 Mutiara memainkan corak irama menggunakan not krocet, minim, dan
semibrif. Menurut Dalby dan Bruce (2005), kepentingan konsep tidak dapat disangkal lagi
kerana irama merupakan pusat kepada pengalaman dan pemahman muzikal bagi semua jenis
muzik. Malah melalui KSSR juga menunjukkan konsep irama begitu penting dalam Mata
Pelajaran Muzik di peringkat sekolah rendah.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar muzik bagi kelas 4 Mutiara (4M) yang terdiri

daripada 15 orang murid semuanya.Mereka terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 8 orang
murid perempuan.Semasa pengkaji mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik kelas 4M,
pengkaji telah mendapati bahawa tahap pencapaian murid dalam bidang muzik kurang
seimbang kerana mereka kurang pendedahan kepada permainan corak irama semasa dalam
pembelajaran muzik.Justeru, pengkaji telah berusaha untuk merancang satu pengajaran dan
pembelajaran permainan menepuk corak irama lagu menggunakan alat perkusi melalui
penggunaan kaedah Orff.

Sepanjang pengajaran tersebut, pengkaji telah memerhatikan bahawa murid telah


menepuk corak irama lagu dengan sesuka hati tanpa mengikut corak irama yang betul.Mereka
kelihatan seakan-akan hanya bermain dengan loceng dan kastanet, bukannya bertujuan untuk
menepuk corak irama lagu. Ada diantara murid yang menyatakan permainan alat kastanet dan
loceng itu membosankan dan hanya menyakitkan telinga kerana bising. Terdapat juga murid
yang lebih suka melihat sahaja kawan-kawannya. Jadi jelas menunjukkan bahawa murid-murid
menghadapi masalah dalam permainan alat perkusi.
Setelah tamat sesi pengajaran dan pembelajaran permainan alat perkusi, pengkaji
mendapati terdapat lima orang daripada lima belas orang murid kelas tahun 4M tersebut tidak
dapat memainkan alat perkusi mengikut corak irama yang betul. Keadaan ini dapat dikenalpasti
semasa murid-murid membuat persembahan secara berkumpulan di akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran sesi pertama. Berlaku kejanggalan sewaktu memainkan corak irama kerana
terdapat murid yang memainkan alat perkusi tanpa mengikut corak irama yang betul.
Seterusnya pengkaji meminta murid-murid yang telah dikenalpasti untuk memainkan
kastenet mengikut corak irama dan ternyata mereka tidak dapat mengikut dengan tepat
walaupun dibimbing oleh guru.Pengkaji berasa hairan kerana corak irama mudah dan boleh
dimainkan tetapi itulah kanak-kanak. Bukan semua yang kita jangkakan mudah akan menjadi
mudah pada mereka.
Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk menjalankan kajian
di atas kekurangan dan kelemahan ini agar kemahiran bermain alat perkusi mengikut corak
irama not dapat ditingkatkan dan seterusnya mengurangkan bilangan murid yang kurang mahir
bermain alat perkusi mengikut corak irama not minim, semibrif, dan krocet.
Bagi meningkatkan kemahiran memainkan alat perkusi mengikut corak irama ini,
pengkaji telah memilih kaedah Orff. Pada pendapat pengkaji, kaedah Orff ini mampu menarik
minat murid terhadap kemahiran yang perlu ditingkatkan dan menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih menyeronokkan kerana murid-murid terlibat secara aktif dan aktiviti
yang dirancang sangat berkait rapat dengan pengetahuan serta pengalaman sedia ada murid
untuk membina pengetahuan baru. Jika murid seronok, dapat melibatkan diri secara aktif,
seterusnya mengaplikasikan pengalaman sedia ada mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, dengan itu secara tidak langsung mereka lebih selesa dan mudah melakukan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dari pengalaman pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi


pendidikan muzik pada kelas 4M, pengkaji mendapati murid mengalami masalah dalam
menepuk dan memainkan corak irama yang dipaparkan. Oleh itu pengkaji mencuba mengatasi
permasalahan ini dengan mengaplikasikan kaedah Orff kerana pendekatan ini merupakan
kaedah yang baik dan tepat. Melalui bacaan dan pengalaman pengkaji, kaedah Orff ini
sememangnya amat membantu murid untuk memainkan corak irama dengan alat perkusi.
1.3

Refleksi Nilai Pendidikan


Pendidikan Muzik merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang menarik dan

menyeronokkan.Walau bagaimanapun, ia sering kali dipinggirkan sehingga menyebabkan


waktu mata pelajaran ini telah dikurangkan daripada 60 minit kepada 30 minit sahaja dalam
seminggu. Ini merupakan transformasi yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara
kita.Sekirannya dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) masa yang diperuntukkan
adalah 60 minit tetapi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) masa diperuntukkan
untuk mata pelajaran Dunia Muzik hanya 30 minit. Oleh itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum
telah melakukan transformasi dalam pendidikan muzik di sekolah.
Merangkap kenyataan Begley.(2000), telah menunjukkan bahawa muzik boleh
mempengaruhi

perkembangan

otak

manusia

secara

spesifik

iaitu

bahagian

corpus

callosum.Corpus callosum ialah bahagian hadapan otak manusia yang menyambungkan


hemisfera kiri dan kanan otak.Ianya juga turut menyambungkan kedua-dua belah pre-motor
cortex di mana gerakkan dirancang sebelum dilakukan.
Kenyataan ini membuktikan betapa pentingnya pendidikan muzik dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak dan sumbangannya terhadap fungsi minda murid dalam kehidupan
seharian mereka.Bukan hanya terhadap kanak-kanak, malahan juga baik untuk orang dewasa.
Dalam kajian Chai Sheau Ming, Roselin Liu, Chong Pek Lin dan Tan Ming Tang (2003),
menyatakan bahawa para ahli antropologi, semua tamadun dan kelompok manusia sepanjang
zaman telah menghayati dan mengamalkan aktiviti-aktiviti muzik. Orang-orang Yunani purba
sangat mempercayai bahawa melalui pelbagai aktiviti dan latihan muzik, gimnastik serta
peraturan, individu-individu yang berakhlak mulia boleh dihasilkan.
Plato (2008), berpendapat dalam bukunya Republic bahawa sahsiah seseorang itu amat
dipengaruhi oleh seni halus seperti muzik, sastera dan lukisan. Jelasnya akhlak seseorang

boleh diperbaiki jika beliau didedahkan kepada muzik, bidang seni yang lain dan juga secara
gimnastik yang sesuai.
Di samping itu pula, para ahli falsafah dan psikologi yang diakui sebagai gergasi dalam
bidang pendidikan sejak Plato telah mengesyorkan supaya muzik harus dipelajari oleh semua
orang supaya proses pendidikan itu cukup sempurna.
Sehubungan dengan itu, perlukah kita mengabaikan atau tidak mempedulikan potensi
murid dalam mata pelajaran pendidikan muzik ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru? Pengkaji berasa perlu untuk berbuat sesuatu agar potensi diri setiap murid tidak
diabaikan dan dipinggirkan dalam arus pendidikan negara.
Penguasaan konsep corak irama menjadikan murid lebih mudah dalam mempelajari
kemahiran memainkan alat muzik tertentu. Kaedah Orff dilihat amat sesuai untuk diaplikasi
dalam mengatasi masalah memainkan corak irama dalam kalangan murid. Dalam
mengaplikasikan pendekatan tersebut, pengkaji turut menggunakan kaedah sebutan berirama
berupa bunyi binatang. Menurut Wicks (2008), gaya pembelajaran sebutan berirama adalah
efektif kerana ia mewakili bunyi yang sebenar dengan menggunakan sebutan bahasa yang
tidak melibatkan pic.
Orff mementingkan improvisasi dalam kaedahnya. Improvisasi amat penting ke arah
mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak. Menurut
Orff, improvisasi merupakan kemahiran muzikal yang sangat penting kerana ia dapat
memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Proses improvisasi ini
boleh berlaku dalam peringkat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam
muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka perlu diajar untuk membuat corak-corak
improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.

2.0

FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam

meter empatan dengan menggunakan kaedah Orff dalam kalangan murid-murid Tahun 4
Mutiara.

2.1

Isu Kajian
Dalam kajian ini pengkaji mendapati beberapa isu atau masalah yang telah dikenal pasti

dalam pengajaran permainan alat perkusi bagi murid-murid kelas 4M ini. Kesan daripada
masalah tersebut maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dan
objektif tidak dapat dicapai sebagaimana yang telah dikehendaki sehingga akhirnya murid tidak
dapat menguasai kemahiran yang diajar.
Melalui pemerhatian pengkaji, masalah yang dikenal pasti adalah terdapat beberapa
orang murid tidak dapat memainkan alat perkusi mengikut corak irama yang betul.Disebabkan
hal yang demikian, keseragaman tidak dapat dihasilkan dan permainan alat perkusi jelas tidak
harmoni dan nampak kelam-kabut.
Di samping itu juga, pengkaji mendapati masalah bahawa terdapat beberapa orang
murid yang tidak dapat memainkan alat perkusi dengan teknik yang betul walaupun murid telah
diajar untuk memainkan alat perkusi dengan teknik yang betul seperti loceng, kastenet dan
tamborin. Masalah ini jelas memberi kesan terhadap mutu permainan alat perkusi terutama
sekali semasa murid-murid membuat persembahan secara berkumpulan.
Masalah seterusnya yang telah pengkaji kenalpasti melalui pengajaran yang telah
dijalankan iaitu terdapat beberapa orang murid dalam kelas 4M tidak dapat memainkan alat
perkusi mengikut corak irama. Oleh itu pengkaji mendapati bahawa ia sangat memberi impak
yang besar terhadap kualiti persembahan permainan alat perkusi tidak harmoni jika corak irama
tidak dapat diikuti dengan baik.
Memandangkan ketiga-tiga isu atau masalah di atas, pengkaji lebih memfokuskan isu
tidak dapat memainkan alat perkusi mengikut corak irama sebagai fokus kajian beliau.Dalam
usaha meningkatkan kemahiran memainkan alat perkusi mengikut corak irama ini, pengkaji
telah memillih kaedah Orff. Atas hasil daripada pemerhatian yang telah pengkaji jalankan di
sepanjang pengajaran, pengkaji mendapati bahawa lima orang murid daripada lima belas orang
murid kelas 4M ini tidak dapat memainkan alat perkusi mengikut corak irama yang betul seperti
murid-murid lain lakukan. Situasi itulah yang telah menarik perhatian pengkaji terhadap
permasalahan ini.

2.1.1

Tinjauan Awal

Menerusi tinjauan awal, pengkaji telah menggunakan kaedah ujian diagnostik, pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta temubual separa berstruktur
bersama murid, guru kelas dan ibu bapa beberapa orang murid yang terlibat.
Selain daripada itu juga, apabila mendapati isu ini berlaku pengkaji telah mendapatkan
maklumat tentang beberapa orang murid yang menjadi kumpulan sasaran kajian melalui temu
bual bersama ibu bapa juga guru kelas 4M. Temubual juga telah dilakukan bersama murid itu
sendiri bagi mengetahui punca masalah mengapa mereka tidak dapat memainkan alat perkusi
mengikut corak irama not yang dipamerkan dengan tepat.
Temubual separa berstruktur bersama ibu, guru kelas dan murid itu sendiri telah
dijalankan, di mana temu bual tersebut telah dirakam menggunakan telefon bimbit. Daripada
hasil temubual ini dapatlah diterjemahkan melalui transkripsi seperti dalam bahagian Lampiran
5.
Selain daripada temu bual di atas, pengkaji juga telah menggunakan instrumen
pemerhatian yang mana borang senarai semak telah digunakan untuk merekod data yang
diperolehi untuk dianalisis. Borang ini digunakan apabila pengkaji melakukan pemerhatian.
Pemerhatian ini juga telah dijalankan semasa guru mengajar muzik dengan nyanyian. Melalui
muzik dengan nyanyian, murid juga dapat merasai dengan jelas corak irama. Sekiranya murid
tidak dapat menyanyikan lagu, maka murid tidak dapat melakukan permainan alat perkusi
secara bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Contoh borang senarai semak yang
digunakan oleh pengkaji telah dilampirkan seperti dalam Lampiran 1 .
Oleh hal yang demikian, pengkaji telah merancang untuk menggunakan Pendekatan
Orff sebagai kaedah pengajaran yang mana mampu menarik minat murid terhadap kemahiran
yang perlu ditingkatkan.
Untuk mencapai matlamat tersebut di atas, pengkaji telah menggunakan waktu relief
untuk menjalankan intervensi.Perbincangan telahpun dibuat bersama Guru Penolong Kanan
Kurikulum.Atas bersetujuan beliau, pengkaji telah dapat melaksanakannya mengikut jadual
relief bagi kelas 3M.

2.1.2

Analisis Tinjauan Awal


Berdasarkan

kepada

tinjauan

awal

pengkaji

melalui

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang telah dijalankan terhadap murid-murid tahun 4M, mendapati bahawa
terdapat beberapa orang murid yang tidak boleh memainkan alat perkusi mengikut corak irama
lagu semasa guru mata pelajaran pendidikan muzik mengajar permainan alat perkusi di dalam
kelas. Daripada lima belas orang murid kelas 4M , lima orang murid tidak dapat memainkan alat
perkusi mengikut corak irama lagu. Ini telah dapat dilihat melalui pemerhatian secara rawak
oleh pengkaji terhadap lima belas orang murid tahun 4M.
Oleh yang demikian, pengkaji telah membuat pemerhatian secara terancang. Pengkaji
telah menggunakan borang senarai semak untuk memastikan bahawa hanya murid yang benarbenar tidak dapat memainkan alat perkusi sahaja menjadi pilihan pengkaji.

2.1.3

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Kebolehtadbiran
Kriteria pertama adalah kebolehtadbiran fokus kajian. Fokus kajian telah dipilih mengikut
bidang kemahiran pengkaji agar pentadbirannya dapat dilaksanakan dengan lebih teliti.
Pengkaji berasa lebih mempunyai pengetahuan dan kefahamann yang mendalam tentang fokus
yang dikaji. Selain itu, pengkaji merupakan guru muzik untuk murid tersebut dan

sesuai

dilaksanakan kerana tidak memerlukan penggunaaan kos yang besar.


Kriteria kebolehurusan juga dianggap penting dalam pemilihan fokus kajian ini kerana
pengkaji perlu mempertimbangkan beberapa perkara yang penting sebelum melakukan kajian
antaranya ialah, adakah kajian yang dijalankan boleh dan sesuai digunakan di dalam bilik
darjah atau sebaliknya?. Ini amat penting supaya pengkaji dapat menjalankan kajiannya
dengan lancar tanpa perkara yang akan mengganggu atau menghalang tugasnya. Pengkaji
juga perlu memastikan kajian yang dijalankan tidak menggunakan peralatan dan terlalu banyak
sehingga perlu menanggung kos yang tinggi. Ini adalah untuk mengelakkan kajian yang
dijalankan terganggu. Tempoh masa yang diambil untuk membuat kajian juga tidak mengambil
masa yang terlalu lama dengan tujuan supaya dapat menjimatkan kos pengkaji.

Kebolehgunaan
Kriteria kedua pula merupakan kebolehgunaan fokus kajian yang dipilih. Pengkaji telah
memilih fokus kajian yang berkaitan dengan alat perkusi kerana ia merupakan satu bidang yang
diajar oleh pengkaji dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik. Secara tidak langsung akan
membolehkan kajian ini boleh digunapakai oleh pihak lain pada masa akan datang ketika
mengajar alat perkusi. Selain itu, diharap agar dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan
pembelajaran pengkaji dan guru muzik lain dalam mengatasi isu yang berkaitan dengan corak
irama lagu dan permainan alat perkusi. Pendekatan Orff yang digunakan dalam kajian ini amat
praktikal dan mudah digunakan oleh mana-mana guru.

Kepentingan
Manakala kriteria ketiga merupakan kepentingan fokus kajian. Konsep muzik corak
irama telah menjadi konsep pilihan pengkaji di mana ia menjadi fokus ataupun kemahiran yang
perlu ditingkatkan. Di samping itu, isu kajian yang diketengahkan pengkaji bukanlah perkara
baru tetapi sesuatu yang telah dihadapi oleh ramai guru di sekolah dan perlu diberi perhatian.
Tambahan pula fokus kajian ini memberi tumpuan kepada permainan alat perkusi kerana muridmurid seringkali menunjukkan cara permainan yang salah disebabkan tidak diberi tunjuk ajar
cara permainan yang betul.

Kerelevanan
Kriteria keempat pula dan juga yang menjadi fokus kajian iaitu kerelevanan kepada
sekolah. Tajuk kajian ini sememangnya sangat relevan dengan konteks kajian kerana pengkaji
melihat tajuk kajian ini dari sudut yang positif dan tidak melihat ia sebagai permasalahan yang
besar. Kajian ini sangat relevan dengan kehendak pengkaji kerana pengkaji merupakan
seorang guru muzik yang juga mengajar kelima-lima murid .

Kebolehgunaan
Aktiviti intervensi yang telah dirancang oleh pengkaji dalam kajiannya juga sesuai
digunakan oleh guru mata pelajaran pendidikan muzik yang lain dan kelas lain kerana ianya
9

sangat mudah. Manakala murid-murid juga mempunyai latar belakang sosial yang tidak jauh
bezanya kerana dalam aktiviti intervensi ini, pengkaji telah menggunakan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada murid seperti menepuk corak irama.

Kawalan
Kriteria kelima merupakan kawalan. Kawalan salah satu faktor yang penting dalam
pemilihan fokus kajian. Ini adalah kerana sebagai pengkaji, semua keputusan yang dibuat
adalah datangnya dari pengkaji itu sendiri dan tidak dipengaruhi oleh pihak luar. Pengkaji
sendiri perlu membuat keputusannya sendiri terhadap bahan yang dikaji.

Kolaborasi
Kriteria keenam yang menjadi fokus kajian ialah kolaborasi. Dalam kajian ini, pengkaji
telah membuat kolaborasi dengan beberapa individu di sekolah. Kolaborasi berlaku di beberapa
peringkat proses kajian contohnya untuk mendapatkan maklumat murid, pengkaji telah
menemubual guru yang mengajar mata pelajaran lain bagi kelas tersebut dan menemubual
penjaga murid bagi tujuan mendapatkan malkumat yang lebih terperinci berkenaan kumpulan
sasaran.
Pengkaji juga telah berkolaborasi dengan Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk
meminta kebenaran menggunakan masa relief bagi menjalankan aktiviti intervensi terhadap
kelima-lima orang murid yang terlibat.
Dengan jalinan hubungan yang baik bersama pentadbir sebelum ini maka pengkaji
dengan mudah mendapatkan keperluan yang diinginkan daripada pihak lain disepanjang
pelaksanaannya. Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji tidak mampu menanganinya
tanpa sokongan daripada pihak pengurusan sekolah dan murid itu sendiri. Sokongan moral
daripada rakan sejawat juga sangat membantu pengkaji dalam menangani isu ini.Tanpa
kerjasama warga sekolah, pengkaji tidak dapat melaksanakan kajian ini dengan jayanya. Bagi
melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji perlu merancang dan membuat sedikit
perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah seperti guru besar dan guru-guru penolong
kanan yang lain. Dengan perbincangan dan memaklumkan kajian yang sedang dijalankan oleh

10

pengkaji bersama pihak pengurusan sekolah secara tidak langsung pengkaji dapat sedikit
kekuatan dan sokongan dalam pelaksanaan kajian ini.

2.2

Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian


Hasil daripada tinjauan literatur yang telah dilakukan oleh pengkaji, keyakinan bagi

menjalankan tindakan bagi mengatasi permasalahan memainkan corak irama lagu dalam
kalangan murid-murid tahun 4 Mutiara semakin menebal. Berdasarkan literatur-literatur yang
ditinjau, pengkaji berasa sememangnya Kaedah Orff ini wajar untuk diadaptasikan dalam
mengatasi permasalahan yang dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik
yang pengkaji jalankan.
2.2.1

Teori/model/pendekatan/strategi berkaitan
Kaedah Orff dipelopori oleh Carl Orff sendiri. Beliau pernah berkata Experience first,

then intellectualize yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia
muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Orff
percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka
disuruh untuk memahaminya secara teori. Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa
kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan
explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya
mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik.
Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. Irama diajar
dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain. Apabila Orff merujuk kepada muzik elemental,
beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan
yang khusus. Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan
kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanakkanak. Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak
telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik.
Orff telah membahagikan pembelajarannya kepada empat komponen iaitu terdiri
daripada eksplorasi ( eksplorasi ruang, eksplorasi bunyi, dan eksplorasi bentuk), imitasi, literasi
dan improvisasi. Eksplorasi melibatkan pergerakan. Ia merangkumi tiga aspek iaitu eksplorasi
ruang, eksplorasi bunyi, dan eksplorasi bentuk.
11

Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan


dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya.
Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya
memainkan peranan sebagai pemerhati. Explorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyibunyi di sekeliling kanak-kanak. Contohnya, bunyi kenderaan. Kemudian explorasi bunyi
berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang
diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya. Dalam explorasi bunyi pada
tahap ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti
setiap bunyi. Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut,
bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar. Alat-alat yang digunakan tidak semestinya
menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin
kosong dan sebagainya. Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and
bunyi. Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu
dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian. Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar
untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan
disatukan dalam explorasi bentuk. Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak
atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanakkanak notasi. Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang
keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.
Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar
atau dilihat. Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru
melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan
muzikal seseorang kanak-kanak. Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai
Role Model kepada murid-muridnya. Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang
dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, guru
menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.
Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Menurut
Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk
bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi muzikal
dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not muzik. Proses membaca dan
menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi
harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka. Menurut Orff
pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses
12

explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut
pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya
secara teori.
Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan
peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam
seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat
penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang
murid. Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak.
Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanakkanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus
diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya
imaginasi mereka.
Cara aplikasi pendekatan Orff di bilik darjah adalah melalui sebutan berirama. Alat muzik
yang paling utama bagi Orff adalah badan dan suara. Kategori alat perkusi yang selalu
digunakan oleh Orff adalah glockenspiel, zilofon, dram, dan metalofon. Alat perkusi ini
dimainkan secara ostinato dan juga secara improvisasi.
Sebutan Berirama
Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanakkanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik. Orff
menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense
syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama. Menurut
Orff, suku kata-suku kata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia
adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari
irama dan detik.

Alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara


Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyibunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar untuk
menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki

13

dan sebagainya. Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam
perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka.

Alat Perkusi Orff


Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat muzik yang
kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar
melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat muzik yang sering
digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan Xylophone. Alat-alat perkusi dalam
pendekatan Orff mempunyai warna ton yang berbeza. Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar
yang boleh dikeluarkan (removeable). Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang
salah adalah minima. Maka untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak
terdapat dalam skel lagu tersebut. Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada
memainkan not yang salah. Dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain perkusi.

Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato


Mengiringi Nyanyian Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang
dimainkan secara berterusan. Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama
dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak ostinato ini boleh digunakan untuk
mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4.

Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi


Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan
menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan
untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan. Dalam kelas-kelas yang
permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau menghalang kanak-kanak daripada
mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka. Setelah murid-murid mereka diberi
peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh
mengajar cara-cara yang betul untuk bermain improvisasi.

14

2.2.2

Kajian Lepas
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia berkaitan dengan

permasalahan, serta teknik, kaedah dan strategi berkenaan pendidikan terutama dalam
pendidikan muzik. Melalui pembacaaan, pengkaji mendapati bahawa kaedah ini mampu
membantu beliau mencapai objektif kajian berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah
dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dan teori-teori yang diperkenalkan oleh ahli-ahli
psikologi.
Menurut Johaimi Abdullah (1997) dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Muzik
Semasa menyatakan bahawa kaedah Orff sangat sesuai dalam membuktikan bahawa
pengetahuan semasa murid mampu membina idea atau konsep baru. Murid-murid lebih faham
dan bersemangat, lebih bertenaga dan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka.
Dengan ini terbuktilah keberkesanan kaedah Orff dalam proses pengajaran dan
pembelajaran muzik di dalam kelas dan mampu menjadi tunjang dalam mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran walaupun ianya belum dapat dibuktikan dalam mata pelajaran
pendidikan muzik. Pengkaji sangat yakin impak yang serupa akan terhasil jika diaplikasikan
dalam mata pelajaran pendidikan muzik khususnya untuk digunakan dalam kajian ini.
Kepentingan mata pelajaran pendidikan muzik itu sendiri, dinyatakan di dalam Pusat
Perkembangan Kurikulum (2002), bahawa fokus mata pelajaran kurikulum pendidikan sekolah
rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum dengan peratus pengagihan kandungan
seperti berikut; modul pengalaman muzikal (60%) murid memperoleh pemgalaman muzikal
menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Modul penghasilan muzik (20%),
Modul apresiasi muzik (10%) dan Modul membaca dan menulis notasi muzik (10%) iaitu
bermula di tahun 4 di mana murid perlu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran asas
membaca dan menulis notasi muzik.
Ini bermaksud, konsep irama dan permainan alat perkusi berada dalam peratusan yang
tinggi iaitu (60%) dalam modul penghasilan muzik dan modul pengalaman muzikal. Di sini jelas
menunjukkan bahawa corak irama merupakan elemen yang penting dalam pendidikan muzik
dengan terbuktinya melalui pembahagian peratusan mengikut modul yang telah dikeluarkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2002).

15

Oleh yang demikian, jelas amat sesuai pemilihan tajuk kajian oleh pengkaji ini iaitu
meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam meter empatan bagi murid-murid
Tahun 4 Mutiara.
Justeru bagi meningkatkan kemahiran ini dan mencapai objektif kajian, pengkaji yakin
bahawa kaedah Orff sangat berkesan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh muridmurid Tahun 4M ini.

2.3

Istilah Kajian

Berikut adalah merupakan antara istilah kajian yang digunakan:


ISTILAH

DEFINISI

Corak Irama

Not-not yang dihimpunkan.Merujuk kajian, not-not yang digunakan dalam


keratan corak irama bagi permainan perkusi termasuklah not kuaver,
krocet, minim, minim bertitik, dan juga semibrif.

Meter

Meter lagu yang menentukan jumlah nilai not yang akan dihimpunkan
dalam satu bar.

Tempo

Satu item yang berkaitan dengan kelajuan sesuatu detik lagu. Terdapat
tempo cepat, sederhana dan lambat.

Detik

Merupakan nadi denyutan yang sekata dalam sesuatu lagu. Perubahan


detik lagu dipengaruhi oleh tempo lagu serta nilai kiraan detik tersebut
pula dipengaruhi oleh meter yang digunakan

Alat perkusi

Alat muzik yang digunakan secara pukulan, ketukan, ataupun paluan.


Dalam kajian, alat perkusi yang digunakan termasuklah loceng, dan
tamborin.

16

3.0

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN


Melalui kajian ini, diharapkan murid-murid dapat mencapai objektif berikut:

3.1

Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam meter empatan dengan menggunakan
kaedah Orff dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Mutiara.

3.2

Objektif Khusus
1.

Dengan menggunakan Pendekatan Orff, murid-murid Tahun 4M dapat


memainkan corak irama not minim dan krocet dalam meter empatan dengan
betul.

2.

Dengan menggunakan Pendekatan Orff, murid-murid Tahun 4M dapat


memainkan corak irama not semibrif dan krocet dalam meter empatan dengan
betul.

Dengan menggunakan Pendekatan Orff, murid-murid Tahun 4M dapat


memainkan corak irama not semibrif, minim dan krocet dalam meter empatan
dengan betul.

3.3

Persoalan Kajian
1.

Dapatkah kaedah Orff meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun 4M dalam


memainkan corak irama not minim dan krocet dalam meter empatan dengan
betul?

2.

Dapatkah kaedah Orff, meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun 4M dalam


memainkan corak irama not semibrif dan krocet dalam meter empatan dengan
betul?

Dapatkah kaedah Orff, meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun 4M dalam


memainkan corak irama not semibrif, minim dan krocet dalam meter empatan
dengan betul?
17

4.0

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 15 orang murid Tahun 4 Mutiara yang terdiri 7 orang lelaki

dan 8 orang murid perempuan yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, dan
Bidayuh. Latar belakang murid ini pula adalah daripada keluarga yang berpendapatan
sederhana. Pengkaji juga mendapati bahawa tiada murid dalam kelas ini yang mengambil kelas
muzik di luar waktu sekolah. Mereka juga tidak pernah mengikuti atau menyertai apa-apa aktiviti
pertandingan muzik walaupun di peringkat sekolah. Akan tetapi, kesemua murid tersebut
menunjukkan minat yang tinggi terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Muzik.
Prestasi subjek kajian ini pula adalah pada tahap sederhana mengikut keputusan ujian
ketika mereka di tahap 1. Dalam pada itu, kajian pengkaji juga disasarkan kepada kumpulan
subjek kajian tersebut yang lemah serta kurang berkemahiran dan pembelajaran mata pelajaran
muzik yang telah pengkaji jalankan. Terdapat seorang murid yang mengidap penyakit keturunan
sejak bayi mengalami perkembangan minda yang agak lambat. Kesan daripada ini murid
terbabit tidak dapat mengikuti aktiviti yang melibatkan psikomotor dan kognitif secara serentak.
Hasil pemerhatian itu dianalisis dan seterusnya kumpulan sasaran pengkaji berserta
dengan objektif serta matlamat kajian ditetapkan.

5.0

Tindakan

Pengkaji telah melaksanakan sebanyak empat sesi pengajaran dan pembelajaran untuk
meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama dalam meter empatan dengan
alat perkusi. Kesemua pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan menggunakan Model Kurt
Lewin (1946) sebagai panduan dalam membuat perancangan.
5.1

Prosedur Tindakan KITARAN 1


Dalam menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah mengaplikasikan model kajian
tindakan Kurt Lewin (1946). Menurut Rosinah Edini (2011), model ini dilaksanakan
secara

berulang-ulang

sehingga

masalah

yang

dihadapi

dapat

diselesaikan

sepenuhnya. Rosinah juga menyatakan model ini biasanya digunakan apabila sesuatu
masalah atau isu kajian telah diketahui dan memerlukan pengesahan agar perancangan
yang tepat dapat digunakan.

18

Model Kurt Lewin ini menyarankan empat langkah kajian tindakan iaitu mereflek,
merancang, bertindak dan memerhati.

Ke Gelung atau Kitaran Kedua


Refleksi

Merancang

Pemerhatian

Tindakan

Rajah 1 : Kitaran penyelidikan tindakan model Kurt Lewin

5.1.1 Perancangan
Bagi kitaran kajian 1, pengkaji memulakan kitaran kajian dengan tiga alat kajian pengkaji iaitu
borang soal selidik, ujian pra dan ujian pos, dan seterusnya senarai semak. Alat kajian ini dipilih
bagi mengumpul data serta maklumat berkenaan kajian yang akan dilakukan.
Seterusnya, pengkaji membahagikan masa kajian kepada tiga sesi. Tiga sesi tersebut
dijalankan secara tiga minggu berturut-turut.
Tindakan dan aktiviti yang ialah seperti berikut:
Sesi

Aktiviti

Sesi Pertama

Murid memainkan corak irama not minim dan krocet dalam meter
empatan.

Sesi Kedua

Murid memainkan corak irama not semibrif dan krocet dalam meter
empatan.

Sesi Ketiga

Murid memainkan corak irama not semibrif, minim, dan krocet dalam
meter empatan.

Sesi Keempat

Membuat persembahan memainkan corak irama menggunakan alat


perkusi di hadapan kelas secara berpasangan sambil mengiringi lagu.

19

5.1.2 Tindakan
Sebelum bermulanya sesi yang dirancang, pengkaji bertindak untuk menjalankan soal
selidik. Soal selidik dilakukan bagi mencari maklumat berkaitan dengan permasalahan kajian.
Ianya juga dijalankan bagi mengetahui minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan muzik.
Borang soal selidik akan diberikan kepada kumpulan sasaran dan hasil dapatan perlu dianalisis.
Seterusnya, pengkaji menggunakan ujian pra bagi menguji tahap pencapaian subjek
kajian berkaitan dengan permasalahan kajian.Ujian pra yang diberi mengandungi soalan-soalan
berkaitan asas berkenaan corak irama serta asas berkenaan alat perkusi berserta teknik
permainannya.Hasil dapatan dikumpul dan dianalisis.
Kemudian, pengkaji menjalankan temu bual kepada subjek kajian.Hasil temubual diteliti
dan dikumpul bagi melihat kaitan dengan permasalahan kajian.Ini dapat membantu pengkaji
untuk membuat huraian dapatan kajian yang dijalankan dan seterusnya dapat membantu
pengkaji dalam melaksanakan kajian yang dilakukan.
Dalam setiap sesi murid diberi sepanjang empat bar corak irama asas. Pengkaji akan
memberikan masa untuk subjek kajian berfikir tentang corak irama yang diberi tersebut. Subjek
kajian perlu berfikir secara mendalam tentang corak irama yang akan dimainkannya. Subjek
kajian juga diminta menggunakan perkusi badan bagi mewakili corak irama tersebut sebelum
memainkannya pada alat perkusi.
Sesi Pertama
Pada sesi pertama, pengkaji menjalankan tindakan mengikut perancangan yang telah
dibuat. Pengkaji akan menjalankan aktiviti berkaitan penggunaan alat perkusi di mana murid
memainkan corak irama not minim dan krocet dalam meter empatan.
Sesi Kedua
Subjek kajian tersebut diberikan corak irama not semibrif dan krocet. Tanpa
menggunakan alat perkusi, pasangan subjek kajian diminta untuk menyebut serta menepuk
terlebih dahulu corak irama yang diberikan kepada mereka.Mereka juga perlu melakukan
gerakan perkusi badan bagi mewakili corak irama tersebut sebelum memainkannya pada alat
perkusi.

20

Sesi Ketiga
Subjek kajian tersebut diberikan corak irama not minim, semibrif, dan krocet. Tanpa
menggunakan alat perkusi, pasangan subjek kajian juga diminta untuk menyebut serta
menepuk terlebih dahulu corak irama yang diberikan kepada mereka.Mereka juga perlu
melakukan gerakan perkusi badan bagi mewakili corak irama tersebut sebelum memainkannya
pada alat perkusi.
Sesi Keempat
Pada sesi keempat, aktiviti yang dijalankan adalah untuk mempersembahkan atau
berkongsi permainan perkusi mengikut corak irama yang sama ( corak irama not pada setiap
sesi diulang semula). Ini dilakukan oleh pengkaji dengan tujuan memberi pengukuhan kepada
subjek kajian di samping memberi keyakinan kepada mereka. Menurut teori pembelajaran
sosial oleh Albert Bandura (1986), peneguhan dalam pemodelan boleh mendorong
pembelajaran berkesan, menggalakkan pengukuhan tingkahlaku yang lama, dan mengukuhkan
sesuatu halangan untuk tujuan membantu mengatasi perasaan takut atau malu.

5.1.3 Pemerhatian
Untuk pemerhatian, pengkaji cuba mencari hasil pemerhatian dengan menyediakan satu
senarai semak yang mempunyai kriteria-kriteria atau komponen-komponen yang pengkaji ingin
uji dan kemudiannya hanya perlu menanda tahap subjek kajian tersebut samada lemah,
sederhana, ataupun baik. Penumpuan diberikan kepada aspek kemahiran memainkan perkusi
selain kemahiran membaca corak irama yang diberi.
Dalam pada itu, pemerhatian juga dilihat dari segi aspek afektif subjek kajian
tersebut.Nilai akfektif subjek kajian haruslah sentiasa diperhatikan bagi mengambil langkah
awal untuk mengelakkan subjek kajian mengalami masalah berkaitan dengan nilai diri sendiri
dan sebagainya.Sebagai contoh samada subjek kajian kelihatan seronok ataupun masih lagi
kurang berminat untuk menyertai sesi pengajaran dan pembelajarna yang dijalankan.
Selain itu juga, dalam kandungan aktiviti yang dirancang, terdapatnya aktiviti tepukan
corak irama.Pengkaji dapat memerhatikan perubahan kelancaran subjek kajian tersebut dalam
membaca serta menepuk corak irama tersebut.Sekiranya lancar, maka tahap penguasaan
kemahiran murid-subjek kajian tersebut sudah mencapai tahap yang memuaskan.Dan
21

sekiranya subjek kajian dapat mengaplikasikan kelancaran tepukan dan sebutan tersebut dalam
permainan perkusi, maka tahap pencapaian subjek kajian sudahpun di tahap yang sangat baik.
Dalam pemerhatian, pengkaji masih lagi menggunakan senarai semak yang mempunyai
kriteria-kriteria atau komponen-komponen yang diuji.Penumpuan ditumpukan kepada tahap
perubahan kemahiran permainan perkusi subjek kajian mengikut corak irama yang diberi.
Dalam pada itu, mengikut pemerhatian yang dilakukan subjek kajian juga telah
memberikan respons yang sangat positif.Mereka telah menunjukkan perubahan tingkah laku
yang aktif, dengan memberikan respons yang lebih menggalakkan sepanjang aktiviti
dijalankan.Penambahan corak irama kepada empat bar juga mampu dikuasai dengan baik oleh
subjek kajian dan ini seterusnya menggalakkan subjek kajian untuk mengeksplorasi corak irama
yang diberi dengan lebih baik.

5.1.4 Refleksi
Semasa melakukan kajian ini terhadap subjek kajian, pengkaji menyedari bahawa
terdapat lebih banyak kebaikan berbanding kelemahan yang boleh didapati. Kaedah Orff dilihat
memang amat membantu dalam proses pembelajaran subjek kajian.
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berjalan dengan lancar kerana
subjek kajian dilihat memberi sepenuh kerjasama dengan mematuhi segala arahan yang
diberi.Keadaan kawalan kelas juga terkawal dengan aktiviti yang dijalankan dilakukan penuh
kesungguhan oleh subjek kajian. Aktiviti yang dijalankan dilihat berjaya menarik minat subjek
kajian tersebut untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Dalam pada itu juga, pengkaji melihat kelompok subjek kajian yang pasif, sudah mula
menunjukkan tanda-tanda positif untuk menjadi aktif.Mereka dapat mengikuti aktiviti yang
dijalankan dengan penuh minat.Keyakinan diri untuk menguasai kemahiran memainkan corak
irama dengan menggunakan alat perkusi juga dilihat semkin berjaya dikuasai.
Sebagai tambahan, terdapat juga beberapa kelemahan sepanjang pelaksanaan kajian
ini.Antaranya termasuklah terdapatnya individu dalam subjek kajian yang diambil tidak hadir ke
sekolah ketika pengkaji menjalankan kajia tugasan ini.Hal ini menyebabkan perlaksanaan
tugasan menjadi sedikit terganggu.

22

Hasil dapatan yang didapati telah dianalisis dan ianya menunjukkan subjek kajian
mengalami tahap peningkatan kemahiran masing-masing.
Kesimpulannya, hasil yang positif sudah mula didapati oleh pengkaji walaupun masih
ada subjek kajian masih lagi berada pada tahap kemahiran memainkan corak irama
menggunakan alat perkusi yang lemah dan sederhana. Objektif kajian yang disasarkan pula
berjaya dicapai di samping persoalan kajian juga terjawab.

CARA MENGUMPUL DATA / CARA MENGANALISIS DATA


Pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen pengumpulan data dalam intervensi

yang dijalankan iaitu ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temubual. Gambaran awal tentang
cara pengumpulan data seperti pada jadual di bawah.
Jadual 1
Alat Pengumpulan Data Kajian
Bil
1

Sesi
Sebelum intervensi

Kitaran 1

1
2
1
2
3

Cara Pengumpulan Data


Temubual
Ujian Pra
Pemerhatian
Temubual
Ujian Pasca

6.1 Instrumen pengumpulan data


Pada bahagian ini menerangkan tentang instrumen pengumpulan data yang telah
digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang intervensi yang dijalankan.

6.1.1 Ujian
Rosinah Edinin (2012 ), menyatakan bahawa ujian merupakan salah satu alat yang
digunakan untuk menentukan pencapaian dan keupayaan murid dalam pembelajarannya. Ujian
disediakan dalam pelbagai bentuk untuk menguji kognitif, afektif dan psikomotor. Beberapa
jenis ujian iaitu ujian pencapaian, ujian diagnostik ( mengenalpasti kelemahan murid ), ujian
personaliti dan ujian kecergasan.
23

Pengkaji telahpun menjalankan ujian pra di awal tindakan beliau. Dalam ujian pra ini
pengkaji telah menggunakan instrument borang senarai semak seperti di Lampiran 1. Melalui
ujian pra ini pengkaji telah meminta murid untuk memainkan kastenet mengikut corak irama
meter empatan sepanjang dua bar.Data yang diperoleh telah direkodkan menggunakan borang
senarai semak tersebut.

6.1.2

Pemerhatian
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), menyatakan bahawa pemerhatian

merupakan satu alat pengumpulan data dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
harus sentiasa memerhati tingkah laku muridnya bagi memastikan komunikasi berlaku antara
guru dengan murid serta antara murid dengan murid. Pemerhatian juga boleh membantu guru
menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap pengajaran.
Pemerhatian dapat diklasifikasikan kepada dua bentuk iaitu pemerhatian berstruktur dan
tidak berstruktur. Rosinah Edinin (2012) menyatakan pemerhatian berstruktur kajian kualitatif
yang mana boleh dijalankan dengan tiga cara iaitu pemerhatian tanpa turut serta, pemerhatian
separa turut serta dan pemerhatian turut serta. Apa yang membezakan ketiga-tiga bentuk
pemerhatian ini adalah tahap penglibatan pengkaji dalam aktiviti yang dilakukan oleh murid.
Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan pemerhatian berstruktur. Melalui
pemerhatian berstruktur, pengkaji telah menggunakan borang senarai semak yang mana
pemerhatian adalah kajian kualitatif yang boleh dijalankan dengan tiga cara iaitu pemerhatian
tanpa turut serta, pemerhatian separa turut serta dan pemerhatian turut serta. Perkara yang
membezakan ketiga-tiga bentuk pemerhatian ini adalah tahap penglibatan pengkaji dalam
aktiviti yang dilakukan oleh murid.
Pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian tanpa turut serta kerana pengkaji
hanya memerhati dan mengutip data tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan
kesemua murid.
Pengkaji telah melakukan pemerhatian di sepanjang intervensi yang dijalankan dan
pada langkah penutup. Melalui kutipan data pemerhatian, data pemerhatian akan dianalisis bagi
menjalankan penambahbaikkan terhadap kelemahan setiap perjalanan aktiviti.

24

Daripada pemerhatian ini, boring senarai semak telah digunakan oleh pengkaji untuk
mengumpul data murid dalam meningkatkan kemahiran memainkan corak irama not minim,
semibrif, dan krocet dalam meter empatan dengan tepat. Dalam kajian ini pengkaji
menggunakan senarai semak bagi mengenal pasti kebolehpercayaan data pemerhatian tanpa
turut serta adalah tepat.
Melalui penggunaan senarai semak ini, pengkaji telah melihat kemahiran murid-murid
memainkan corak irama dengan alat perkusi mengikut meter empatan berdasarkan bilangan
bar. Analisa senarai semak ini dapat dilihat melalui Jadual 1 di mana pengkaji telah dapat
pastikan kebolehan murid bermain alat perkusi dan melakukan penambahbaikkan terhadap
strategi dan cara penyampaian pengajaran bagi merancang kitaran selanjutnya.

6.1.3 Pemerhatian ( Senarai Semak )


Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji dapat mengenal pasti penerimaan subjek kajiansubjek kajian berkaitan pengajaran yang disampaikan melalui penggunaan kaedah Orff.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan yang bertumpu kepada 15 orang subjek kajian,
pengkaji dapat mengenal pasti setiap permasalahan yang dihadapi subjek kajiantersebut dalam
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Oleh itu, pengkaji dapat menggunakan borang senarai semak bagi mendapatkan
keputusan berkaitan pemerhatian yang dijalankan terhadap subjek kajian-subjek kajian.Hal ini
membolehkan pengkaji menjalankan pemeringkatan berkaitan tahap subjek-subjek kajian
dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan terhadap mereka.

6.2 Cara Menganalisis Data


Pengkaji telah menganalisis data menggunakan cara kualitatif di mana pengkaji tidak
perlu menggunakan min, mod atau median dalam mempersembahkan datanya. Pengkaji telah
menggunakan tiga cara menganalisis data iaitu melalui ujian pra, pemerhatian dan temubual
dalam kajiannya.
Hasil dapatan kajian dianalisis seperti berikut:
25

6.2.1 Ujian pra dan pasca


Ujian yang telah dijalankan dianalisis dengan cara mengira kekerapan murid yang
menguasai kemahiran yang diajar dengan menggunakan borang semak yang disediakan. Ujian
pra ini membantu pengkaji menilai kebolehan murid terhadap aspek yang dinilai seperti
memainkan corak irama not minim, semibrif, dan krocet menggunakan alat perkusi berdasarkan
bilangan bar yang dikuasai dan membuat perbandingan dengan ujian pasca bagi membuktikan
peningkatan kemahiran memainkan alat perkusi mengikut meter empatan.

6.2.2

Pemerhatian
Data pemerhatian yang diperoleh oleh pengkaji telah dipersembahkan dengan cara

pentafsiran data mentah kepada jadual. Analisis ini telah dapat dilihat melalui Jadual 1 dan
Jadual 2 dalam Lampiran 2. Jadual 1 menunjukkan hasil analisis terhadap murid dan bilangan
bar yang boleh dikuasai dalam memainkan corak irama not minim, semibrif, dan krocet.

6.2.3

Temubual
Data temubual pula dianalisis dalam bentuk kualitatif dan dipersembahkan dalam bentuk

transkriptif. Melalui hasil rakaman temubual data telah diubah dalam bentuk jadual di mana
perincian temubual dapat dilihat dan ditafsir seperti dalam Lampiran 3 yang menunjukkan hasil
perbualan pengkaji dengan ibu murid, guru kelas murid dan murid itu sendiri. Untuk penjelasan
lebih lanjut, boleh rujuk Lampiran 3.

7.0

KEPUTUSAN KAJIAN / DAPATAN


Bahagian ini menerangkan tentang semua keputusan dan hasil analisis data yang telah

dikumpulkan sepanjang intervensi dijalankan. Beberapa rekod data dan maklumat yang
diperolehi melalui ujian, pemerhatian dan temu bual yang dikumpul bersama dengan
menggunakan instrumen pengumpulan data seperti borang senarai semak dan soalan temu
bual yang dianalisis dan ditafsirkan sebagai dapatan kajian telah digunakan untuk membuat
keputusan dalam kajian.

26

7.1

Ujian

Menerusi kajian ini pengkaji telah menjalankan ujian pra bagi mengenal pasti kemampuan
murid dalam isu kajian yang mana dijalankan di awal kitaran satu. Ujian pra ini yang akan
dijadikan sebagai pengukur dalam meningkatkan kemahiran yang perlu ditingkatkan dan ujian
pasca di mana pengkaji telah jalankan pada akhir aktiviti sesi keempat bagi memastikan
terdapat peningkatan kemahiran memainkan corak irama dalam meter empatan dengan
menggunakan kaedah Orff.

7.1.1

Ujian Pra
Sebelum perlaksanaan intervensi dalam aktiviti sesi pertama, pengkaji telah

menjalankan ujian pra bagi mengenal pasti prestasi murid dalam memainkan corak irama not
minim, semibrif, dan krocet mengikut meter empatan. Pengkaji telah menguji murid untuk
memainkan not corak irama minim dan semibrif sepanjang dua bar, tiga bar dan sehingga
empat bar. Keputusan terbaik apabila murid dapat memainkan corak irama dengan bilangan bar
yang paling banyak di mana pengkaji melabelkannya sebagai kekerapan. Bagi menjelaskan
situasi ini, sila rujuk Jadual 2 di bawah.

Jadual 2
Analisa Keputusan Ujian Pra
Item Yang Diuji
( corak irama )
Nama Murid

Bar

Bar

Bar

Bar

Murid 1
Murid 2

1
x
x

2
x
x

3
x
x

4
x
x

27

Kekerapan

Peratus

0
0

%
0%
0%

Murid 3
Murid 4
Murid 5
Murid 6
Murid 7
Murid 8
Murid 9
Murid 10
Murid 11
Murid 12
Murid 13
Murid 14
Murid 15

x
x
x
x
x
x
/
x
x
x
/
x
x
x
x
x
x
x
/
x
x
x
/
x
x
x
/
x
x
x
/
x
x
x
/
x
x
x
/
x
x
x
/
/
x
x
/
x
x
x
Nota: / = menguasai, x = tidak menguasai

0
0
1
1
0
1
1
1
1
1
1
2
1

0%
0%
25%
25%
0%
25%
25%
25%
25%
25%
25%
50%
25%

Jadual 2 di atas hanya menunjukkan kekerapan yang paling tinggi yang dapat dicapai oleh
seorang murid sahaja adalah 50% dan ada juga murid yang memang tidak dapat memainkan
alat perkusi mengikut corak irama yang betul menggunakan meter empatan iaitu murid 1, murid
2, murid 3, murid 4, dan murid 7. Perkara ini adalah disebabkan faktor murid itu sendiri di mana
murid 1 memang mengalami masalah kesihatan sejak kecil lagi, murid 3 pula merupakan murid
yang hiperaktif, manakala murid yang lain kurang memberi tumpuan kepada pengajaran guru.

7.1.2

Ujian Pasca
Setelah melalui kesemua sesi pengajaran dan pembelajaran bersama-sama murid,

pengkaji telah menggunakan instrument yang sama untuk menjalankan ujian pasca di mana
melalui ujian ini pengkaji dapat mengenal pasti samada intervensi yang dijalankan berjaya
ataupun tidak. Dalam penyelidikan ini, pengkaji telah menjalankan dua ujian pasca iaitu di akhir
sesi kedua dan akhir sesi keempat.
Hasil dapatan ujian pasca terhadap murid setelah tamat sesi pertama dan sesi keempat
adalah seperti pada Jadual 3.
Jadual 3
Keputusan Ujian Pasca Ke Atas Murid

28

Item Yang Diuji


( corak irama )
Nama Murid
Murid 1
Murid 2
Murid 3
Murid 4
Murid 5
Murid 6
Murid 7
Murid 8
Murid 9
Murid 10
Murid 11
Murid 12
Murid 13
Murid 14
Murid 15

Bar

Bar

Bar

Bar

1
2
3
4
/
x
x
x
/
/
/
x
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
x
/
/
/
x
/
/
/
x
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
x
Nota: / = menguasai, x = tidak menguasai

Kekerapan

Peratus

1
3
4
4
4
4
3
3
3
4
4
4
4
4
3

%
25%
75%
100%
100%
100%
100%
75%
75%
75%
100%
100%
100%
100%
100%
75%

Berdasarkan jadual di atas, ini menunjukkan bahawa melalui intervensi yang telah
dijalankan oleh pengkaji mendapati bahawa ada berlaku peningkatan kemahiran memainkan
corak irama menggunakan alat perkusi mengikut meter empatan yang mana peratusan yang
paling tinggi iaitu 100% telah dikuasai seramai sembilan orang murid. Daripada data yang
dipamerkan pada Jadual 7, murid 1 mendapat peratusan yang paling rendah iaitu 25% yang
membawa kekerapan sebanyak 1 bar daripada 4 bar. Perbezaan murid ini berbanding rakannya
yang lain amat jelas iaitu sebanyak 45%. Pengkaji mendapati ini mungkin berpunca daripada
murid 1 mengalami masalah kesihatan sejak dari kecil lagi berbanding murid 3 hanya
mengalami masalah tidak dapat menguasai kemahiran memainkan corak irama mengikut nilai
not yang betul pada alat perkusi dengan meter empatan.
Berdasarkan data yang terdapat pada Jadual 5 telah jelas menunjukkan bahawa murid 3
yang mengalami masalah tidak dapat memainkan corak irama not pada alat perkusi kini telah
dapat menguasai kemahiran tersebut dengan jayanya.

7.2

Pemerhatian

29

Pengkaji telah juga menggunakan pemerhatian dalam kajian beliau. Pemerhatian ini
telah dijalankan di sepanjang perlaksanaan intervensi melalui keempat-empat sesi. Pengkaji
telah menggunakan dua bentuk pemerhatian iaitu secara berstruktur dan tidak berstruktur.
Melalui pemerhatian yang dibuat pengkaji telah menggunakan borang senarai semak untuk
merekodkan maklumat serta data yang telah diperolehi. Borang tersebut adalah seperti di
lampiran 4.

7.3

Temu bual
Sebaik tamat menjalankan intervensi dalam aktiviti sesi pertama, pengkaji telah

menemubual kesemua subjek kajian yang terlibat. Pengkaji telah menjalankan temu bual
berstruktur di mana soalan yang dikemukakan telah dirancang dengan terlebih dahulu untuk
mendapatkan respon daripada mereka. Melalui sesi temu bual ini, pengkaji telah mengajukan
empat soalan mengenai aktiviti yang telah dijalankan di sepanjang aktiviti sesi pertama. Hasil
analisis temu bual yang telah dijalani ini adalah seperti di dalam Jadual 9.

Jadual 4
Analisis Temu Bual
Soalan

Kekerapa

Peratus

Murid berasa seronok sepanjang aktiviti dijalankan


Murid dapat memainkan corak irama not minim, semibrif, krocet
Murid dapat memainkan kastenet mengikut corak irama not minim,

n
15
13
13

100%
87%
87%

semibrif, krocet
Aktiviti yang dijalankan dapat membantu murid memainkan alat

53%

perkusi ( kastenet, loceng ) mengikut nilai not yang betul

Berdasarkan hasil analisis temu bual bersama lima belas murid tersebut, pengkaji telah
dapat merumuskan terhadap intervensi yang telah dijalankan pada aktiviti sesi pertama.
Pengkaji mendapati bahawa murid murid terbabit sememangnya berasa seronok di sepanjang
intervensi dijalankan dan melalui aktiviti memainkan corak irama 87% yang mewakili 13 orang
murid

dapat

memainkan

corak

irama

mengikut
30

nilai

not

yang

betul

dan

dapat

mengaplikasikannya pada alat perkusi dengan tepat. Manakala, murid dapat memainkan
kastenet mengikut corak irama not minim, semibrif, krocet sebanyak 87%. Tetapi hanya 8 orang
daripada lima belas murid yang dapat memainkan alat perkusi mengikut nilai not yang betul.
Jika diberi bimbingan yang berterusan, pengkaji yakin bahawa kemahiran ini dapat ditingkatkan
ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Rumusan daripada temu bual ini, pengkaji mendapati bahawa aktiviti yang dijalankan
dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama dalam meter empatan

8.0

RUMUSAN
Tujuan pelaksanaan kajian tindakan oleh pengkaji adalah untuk meningkatkan

kemahiran memainkan corak irama dalam meter empatan dengan menggunakan kaedah Orff
dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Mutiara. Sehubungan dengan itu, melalui data dan
meklumat yang diperoleh dan dianalisis maka pengkaji dapat menggarap dapatan dan rumusan
kajian seperti berikut.

8.1

Rumusan Dapatan

Kajian ini telah dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam
meter empatan dengan menggunakan kaedah Orff dalam kalangan murid-murid Tahun 4
Mutiara. Dapatkah kaedah Orff meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun 4M dalam
memainkan corak dalam meter empatan dengan betul?
Melalui maklumat dan data yang diperolehi daripada ujian pra dan pasca, pemerhatian
serta temu bual menunjukkan bahawa kaedah Orff dapat membantu murid-murid Tahun 4
Mutiara merasai corak irama not minim, semibrif dan krocet untuk diaplikasikan dalam
permainan kastenet, dan loceng.
Selain itu, kaedah Orff ini mampu meningkatkan kemahiran memainkan kastenet, dan
loceng mengikut meter empatan dalam kalangan murid-murid tahun 4 Mutiara. Dapatan
daripada kajian ini mendapati bahawa sebilangan besar murid tahun 4 Mutiara dapat
memainkan corak irama not minim, semibrif, dan krocet dengan baik dalam meter empatan
dengan menggunakan alat perkusi.

31

Melalui pemerhatian dan temu bual, pengkaji mendapati bahawa empat belas murid
dapat memainkan alat perkusi mengikut corak irama yang betul menggunakan kastenet
mengikut meter empatan. Hanya seorang sahaja yang tidak dapat melakukannya disebabkan
faktor pelajar itu sendiri iaitu faktor kesihatan kerana mengalami masalah kesihatan sejak bayi
lagi.
Di samping itu, perolehan daripada temu bual yang telah dijalankan pada akhir sesi
keempat mendapati murid berasa seronok mengikuti aktiviti yang dijalankan dalam setiap sesi.

8.2

Refleksi
Selepas tamat pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji telah merenung kembali proses

intervensi untuk penyelidikan yang dijalankan ini. Kajian ini telah dimulakan dengan membuat
tinjauan awal dan diikuti dengan melaksanakan ujian diagnostik terhadap semua murid tahun 4
Mutiara untuk mengenalpasti masalah dan isu yang dihadapi mereka. Pengkaji seterusnya
membuat perancangan untuk melaksanakan intervensi dan menjalankan intervensi tersebut.
Hasil dapatan daripada intervensi yang telah dijalankan, pengkaji mula membuat refleksi untuk
melihat dan menilai intervensi yang telah dijalankan dan mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan serta membuat penambahbaikkan sebagai melaksanakan tindakan seterusnya.
Sepanjang proses menganalisis data dan maklumat yang diperolehi melalui ujian pra,
pasca, pemerhatian dan temubual, pengkaji mendapati bahawa terdapat peningkatan
kemahiran memainkan corak irama dalam meter empatan dengan menggunakan kaedah Orff
dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Mutiara.
Pengkaji merasai kekuatan kajian ini adalah melalui aktiviti menepuk corak irama
dengan kiraan meter empatan, murid dapat mengaplikasikannya untuk memainkan kastenet
dan loceng.
Selain itu, murid kelihatan seronok kerana mereka dapat melibatkan diri secara aktif dan
mereka juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka dalam
proses pengajaran dan dapat membina pengetahuan baru iaitu memainkan corak irama dalam
meter empatan dengan menggunakan kaedah Orff.
Kelemahan semasa menjalankan kajian ini adalah berkaitan dengan masa. Masa
selama 30 minit untuk setiap satu sesi tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti kerana murid
32

terlaku leka dan seronok di sepanjang aktiviti berlangsung. Kebanyakkan murid dapat
merasakan satu kelainan daripada proses pengajaran dan pembelajaran biasa dan dapat
melibatkan diri secara aktif. Oleh itu, masa satu jam sangat sesuai dalam sesi intervensi ini.
Hasilnya juga akan lebih berkesan dan kemahiran dapat dikuasai dengan lebih baik.
Penggunaan loceng juga kurang sesuai dalam intervensi ini kerana terdapat murid yang
membunyikannya panjang dan bunyinya melebihi nilai not. Dalam hal ini, koordinasi tangan dan
nilai not sangat memainkan peranan penting bagi mendapatkan bunyi corak irama not yang
betul. Ini memberi pengajaran kepada pengkaji bahawa alat perkusi paling sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran memainkan corak irama not adalah kastenet. Kayu tik-tok pun
dirasakan sangat sesuai, tetapi pengkaji tidak dapat menggunakannya dalam proses intervensi.
Pengkaji hanya menggunakan alat perkusi yang terdapat di sekolah kajian sahaja iaitu loceng
dan kastenet.
Dengan tamatnya kajian ini, pengkaji telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan
dengan baik. Hasil kajian telah memberikan respon yang positif. Perjalanan kajian juga lancar
walaupun terdapat beberapa kesukaran yang telah berjaya di atasi. Kekuatan dan kelemahan
sepanjang proses kajian ini juga telah berjaya dikenal pasti.
Antara kekuatan yang dikenal pasti termasuklah kesan positif terhadap tahap
pencapaian kemahiran subjek kajian dalam memainkan corak irama menggunakan alat perkusi.
Antara kesan positif tersebut termasuklah dapat membantu merangsang minat subjek kajian
dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Tingkah laku serta respon
positif yang diberikan oleh subjek kajian sangat memberangsangkan dengan subjek kajian yang
pasif, menjadi aktif serta subjek kajian yang aktif pula, menjadi lebih aktif dalam setiap aktiviti
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ini dapat dilihat melalui hasil
dapatan daripada pemerhatian semasa kajian dijalankan oleh pengkaji.
Dalam pada itu, terdapat juga kelemahan sepanjang proses kajian tindakan ini
dijalankan. Kelemahan tersebut termasuklah, terdapatnya individu dalam subjek kajian yang
diambil tidak hadir ke sekolah ketika pengkaji menjalankan kajian tugasan ini. Hal ini
menyebabkan perlaksanaan tugasan menjadi sedikit terganggu dengan pengkaji terpaksa
mencari masa lain bagi menjalankan kajian ke atas subjek kajian tersebut. Dengan usaha dan
dedikasi yang tinggi, masalah tersebut berjaya di atasi.

33

Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa kajian tentang penggunaan


kaedah Orff dalam meningkatkan kemahiran memainkan corak irama menggunakan alat
perkusi ini telah berjaya menunjukkan keputusan yang positif. Dalam pada itu, proses
perlaksanaan penyelidikan kajian tindakan ini pula sedikit sebanyak telah membuatkan pengkaji
untuk terus memberikan dedikasi yang baik dalam bidang keguruan yang diceburi ini. Ini
seterusnya dapat mencapai hasrat kerajaan yang mahukan kecemerlangan dalam bidang
pendidikan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara ke arah
merealisasikan Wawasan 2020.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah bagi meningkatkan kemahiran memainkan

corak irama dalam meter empatan dengan menggunakan kaedah Orff dalam kalangan muridmurid Tahun 4 Mutiara.
Melalui kajian penyelidikan tindakan yang dijalankan pengkaji ini, pengkaji amat yakin
bahawa belajar dan mengajar dengan menggunakan kaedah Orff ini merupakan satu kaedah
yang sangat berjaya. Hasil dari analisis instrumen kajian yang dijalankan, subjek kajian
menunjukkan tindak balas yang positif. Objektif dan persoalan kajian juga berjaya dicapai dan
dijawab dengan baik. Namun terdapat beberapa aspek perlu di beri penambahbaikan supaya
kajian berkaitan dengan penggunaan kaedah Orff ini dapat membentuk satu kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang lebih baik dan bermakna.
Beberapa cadangan yang sesuai untuk kajian seterusnya ialah seperti penambahan
kumpulan sasaran atau subjek kajian. Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji hanya
menggunakan seramai 15 orang subjek kajian.
Cadangan lain yang boleh dilaksanakan dalam kajian ini ialah seperti penggunaan
kaedah Orff dengan bantuan teknologi maklumat diintegrasikan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
sesungguhnya mampu untuk mendatangkan impak positif kepada murid-murid di sekolah.Ini
disebabkan penggunaan kemudahan ini dilihat dapat menyediakan peluang yang lebih luas
kepada murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. Contohnya penggunaan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran muzik ialah penggunaan perisian muzik. Perisian muzik
yang dimaksudkan adalah seperti Encore, Sonar dan Finale. Perisian-perisian muzik ini
34

menyenangkan tugas guru di samping memberi manfaat kepada murid, dan yang paling penting
ia dapat digunakan bagi menggantikan kaedah tradisional yang selalu menggunakan medium
chalk and talk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini dapat memudahkan pengkaji serta subjek kajian dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Pengkaji akan dapat menggunakan perisian muzik ini bagi
memudahkan murid-murid membaca notasi muzik atau corak irama yang akan digunakan bagi
permainan alat perkusi. Oleh yang demikian, selepas diintegrasikan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran muzik seperti tajuk memainkan corak irama menggunakan alat perkusi ini,
dengan kaedah Orff dan penggunaan perisian muzik, seterusnya kajian boleh dijalankan ke
atas kumpulan sasaran yang disasarkan.
Rasional kajian ini, dengan kaedah bermain alat perkusi dengan kaedah Orff, ianya
boleh menjadikan murid-murid lebih berminat untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan. Mereka tidak akan berasa bosan dan ditambah pula dengan
pembelajaran yang berteraskan kaedah Orff, aktiviti yang dapat dilakukan akan menjadi lebih
menarik serta meningkatkan lagi motivasi murid-murid tersebut.

10.0 SENARAI RUJUKAN


Carl Orff. Diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/36378074/Carl-Orff.
Choksy, L. (1992). The Kodaly method 1: Comprehensive music education third.
New Jersey: Prentice Hall.
Johaimi Abdullah ( 1997 ). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Asmawati Ismail. (2012). Teknik bermain dalam P&P. Diperoleh daripada
http:/www.slideshare.net/mamacayah/gaming-13721240
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia. (2008). Buku manual kajian tindakan ( Edisi ke-3). Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia Bhd.
Kemmis, S. & Mc Taggart, R. (1998). The action research planner: Action research and the
critical analysis of pedagogy. Melbourne: Deakin University.

35

Bandura, Albert ( 1986). Diperoleh daripada http://sudutpsikologi.blogspot.my/2010/08/teoripembelajaran-sosial-albert.html

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan penulisan ( Edisi kedua). Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

LAMPIRAN 1
BORANG SENARAI SEMAK
( PEMERHATIAN )
Item : Memainkan Corak Irama not minim, semibrif, dan krocet dengan meter empatan.
Kelas:__________

Tarikh:____________

Penilaian ke:_______

Item Yang Diuji


( corak irama )
Nama Murid

Bar

Bar

Bar

Bar

Murid 1
Murid 2
Murid 3
36

Kekerapan

Peratus
%

Murid 4
Murid 5
Murid 6
Murid 7
Murid 8
Murid 9
Murid 10
Murid 11
Murid 12
Murid 13
Murid 14
Murid 15
Nota : / = menguasai, x = tidak menguasai

LAMPIRAN 2
SOALAN TEMU BUAL
( Murid )
Murid:
Kelas:
Tarikh:

1. Berminatkah anda dengan mata pelajaran pendidikan muzik?


____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

2. Adakah anda menghadapi sebarang masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

37

3. Adakah anda menghadapi masalah dalam memainkan corak irama mengikut nilai not yang
betul?
____________________________________________________________________________

4. Cuba ajuk apa yang cikgu tepuk


____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

LAMPIRAN 3

BORANG TEMU BUAL ( TAMAT SESI PERTAMA dan KEDUA )

SOALAN

KEKERAPAN

Murid berasa seronok semasa aktiviti berlangsung


Murid dapat mengira nilai not minim, semibrif, dan krocet
Murid dapat memainkan kastenet mengikut nilai not
minim, semibrif, dan krocet

38

PERATUSAN

Aktiviti

yang

dijalankan

dapat

membantu

murid

memainkan corak irama dalam meter empatan dengan


menggunakan kastenet dan loceng.

LAMPIRAN 4

BORANG ANALISIS PEMERHATIAN MEMAINKAN CORAK IRAMA DENGAN ALAT


PERKUSI MENGIKUT METER EMPATAN

RESPONDEN
Murid 1
Murid 2
Murid 3
Murid 4
Murid 5
Murid 6
Murid 7
Murid 8
Murid 9
Murid 10
Murid 11
Murid 12
Murid 13

ASPEK DIPERHATI
1. Memainkan corak irama not minim, dan krocet
dalam meter empatan dengan betul.
2. Memainkan corak irama not semibrif, dan krocet
dalam meter empatan dengan betul.
3. Memainkan corak irama not semibrif, minim, dan
krocet dalam meter empatan dengan betul.

39

RESPONS MURID

Murid 14
Murid 15

4. Memainkan corak irama not semibrif, minim, dan


krocet dalam meter empatan dengan betul secara
berpasukan.

LAMPIRAN 5

TRANSKRIPSI TEMU BUAL PENGKAJI BERSAMA IBU, GURU KELAS DAN MURID

MURI
D
Murid
1

PIHAK
DITEMUBUA
L
Ibu murid 1

Murid 1

HASIL TEMUBUAL

REFLEKSI
PENGKAJI

Saya
telah
memerhatikan
gaya
pembelajaran anak puan. Saya dapati dia
tidak dapat mengikuti kemahiran yang saya
ajar. Boleh terangkan kenapa sikapnya
begitu.
Jawapan: Sebenarnya anak saya pernah
mengalami sejenis penyakit keturunan sejak
bayi lagi. Saya tau beliau perlu ke sekolah
pendidikan khas, tetapi saya tak nak antar
kerana saya rasa sekolah ini dekat dengan
rumah, saya boleh datang melihat dia bilabila masa, dan menguruskan keperluan dia
dengan senang.

Murid pertama
nampaknya
memerlukan
bimbingan yang
sangat intensif dan
perhatian yang lebih
sekiranyan kemahiran
yang diajar dapat
dikuasai.

Kenapa anda tak boleh main kastenet ini ikut


cara cikgu?
Jawapan: Saya tak pandai cikgu.
40

Murid
2

Guru Kelas

Cuba ikut cikgu tepuk tangan dengan corak


irama ini.
Jawapan: Tak dapatlah cikgu.
Cikgu, sepanjang yang cikgu mengenali
murid 2 ini, bagaimanakah keadaannya
semasa pembelajaran di dalam kelas?
Jawapan: Dia sebenarnya kurang memberi
tumpuan, suka berkhayal dan bermain
dengan alat tulisnya.
Adakah responden ini suka mengganggu
rakannya?
Jawapan: Tidak pernah sehingga ke hari ini.
Yang jelasnya setiap kali dia hilang tumpuan,
saya akan memanggil namanya.

Murid 2

MURI
D
Murid
3

PIHAK
DITEMUBUA
L
Guru Kelas

Cuba kamu tepuk corak irama yang cikgu


tepuk ini.
Jawapan: Corak irama tu apa cikgu?
HASIL TEMUBUAL

REFLEKSI
PENGKAJI

Cikgu, bagaimana pula keadaan responden


ini semasa pengajaran cikgu di dalam kelas?
Jawapan: Dia murid yang aktif dan hiper
tetapi tidaklah keterlaluan sangat. Dia masih
berada dalam keadaan boleh dikawal.

Guru perlu
menyediakan aktiviti
yang dapat menarik
minat murid ketiga ini
agar dapat
mengalihkan
perhatian murid
tersebut terhadap
kemahiran yang
hendak diajar dan
menyediakan aktiviti
yang sesuai dengan
tahap kecerdasan
murid.

Adakah responden ini suka mengganggu


rakannya?
Jawapan: Sememangnya ye. Memang sudah
menjadi rutin harian dia, takkan lengkap
aktiviti harian dia kalau tak ganggu kawan.

Murid 3

Guru perlu
menyediakan aktiviti
yang dapat menarik
minat murid kedua
supaya dapat
mengalihkan
perhatian murid
kepada kemahiran
yang hendak
disampaikan.

Mengapa kamu tidak boleh memainkan


kastenet sama dengan kawan sekumpulan
kamu?
Jawapan: Mereka main sangat cepat, saya
tak dapat ikut.
Cuba mainkan kastenet ini ikut corak irama
yang cikgu buat.
41

Jawapan: Cikgu, tak dapatlah, cepat sangat.

Murid
4

Murid 4

Kenapa kamu tidak dapat memainkan loceng


dengan baik bersama dengan kumpulan
kamu?
Jawapan: Mereka main cepat sangatlah
cikgu. Susah saya nak ikut.
Cuba kamu mainkan loceng ini mengikut
corak irama yang ditepuk cikgu.
Jawapan: Cikgu perlahanlah, cepat sangat.
Saya tak dapat ikut.

42

Murid keempat
memerlukan
bimbingan dan
perhatian ketika
aktiviti dijalankan dan
perlu diberi
peneguhan yang
positif seperti pujian
ataupun ganjaran.

You might also like