You are on page 1of 330

Teori Kaunseling

dan Psikoterapi

Prelims.indd 1

12/06/2014 10:25:21

Prelims.indd 2

12/06/2014 10:25:21

Teori Kaunseling
dan Psikoterapi

Melati Sumari
Ida Hartina Ahmed Tharbe
Norfaezah Md Khalid
Azmawaty Mohamad Nor

AN
MAJU
HA KE
PUNC
ILMU

Prelims.indd 3

PENERBIT
UNIVERSITI
MALAYA

12/06/2014 10:25:21

Diterbitkan oleh
Penerbit Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
http://umpress.um.edu.my
http://www.umpress.com.my

Ahli Pengasas Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) No. 196906


Ahli Pengasas Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid,
Azmawaty Mohamad Nor 2014
Semua hak terpelihara.
Tiada mana-mana bahagian jua
daripada penerbitan ini
boleh diterbitkan semula atau disimpan
dalam bentuk yang boleh diperoleh semula
atau disiarkan dalam sebarang bentuk
dengan apa cara sekali pun
termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman atau lain-lain tanpa
mendapat izin daripada Penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Dicetak oleh
Penerbit Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

Prelims.indd 4

12/06/2014 10:25:21

Kandungan

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Prakata

Prelims.indd 5

xv
xvii
xix

Bab 1: Perkhidmatan Kaunseling


Pengenalan

Definisi Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling
Salah Anggap Terhadap Kaunseling di Malaysia
Sejarah Kaunseling
Pendaftaran Kaunselor 1998
Etika Dalam Kaunseling
Kesukarelaan
Borang persetujuan
Kerahsiaan
Pembuat keputusan
Sosiobudaya
Tempoh dan cara penyimpanan maklumat
Kajian Kes: Kisah Kehidupan Laila
Rumusan

1
1
2
7
7
12
12
13
13
13
14
14
14
15
19

Bab 2:




21
21
21
22
23
24

Teori Psikoanalisis
Objektif
Pengenalan
Gambaran Keseluruhan Teori
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia

12/06/2014 10:25:21

Prelims.indd 6

Struktur Personaliti
Id
Ego
Superego
Tahap Perkembangan Psikoseksual
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Pemikiran Sedar, Separa Sedar dan Luar Sedar
Instinct (Naluri)
Simbol Freudian
Mekanisme Bela Diri
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Proses Kaunseling
Fokus Utama
Proses Terapi
Teknik-Teknik
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
Rumusan
Glosari

24
24
24
25
25
25
25
27
27
28
28
28
30
30
30
31
33
34
35
39
39

Bab 3: Teori Pemusatan Klien


Objektif
Pengenalan
Gambaran Keseluruhan Teori
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula Jadi Manusia
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Proses Kaunseling
Pengalaman Klien dalam Proses Kaunseling/Terapi
Hubungan antara Kaunselor dengan Klien
Teknik-teknik
Elemen Penting Penggerak Perubahan
Ketulenan atau Kongruen
Empati
Penerimaan Tanpa Syarat
Pemusatan Klien: PascaModen
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila

41
41
41
42
43
44
45
47
48
48
48
49
49
50
50
50
51
52
53
54
54

12/06/2014 10:25:21

Rumusan
Glosari

57
57

Bab 4: Teori Terapi Individu Adler


59
Objektif
59
Pengenalan
59
Gambaran Keseluruhan Teori
60
Pengasas Teori
61
Pandangan Tentang Sifat Semula Jadi Manusia
62
Perkembangan awal
62
Konstelasi keluarga
62
Andaian Asas dan Prinsip Teori
64
Matlamat Terapi
65
Peranan Kaunselor
66
Proses Terapi
66
Peringkat pertama: Membina hubungan dan
mengekalkan hubungan terapeutik dengan ahli
67
Peringkat kedua: Analisis dan Penilaian
68
Peringkat ketiga: Kefahaman diri dan celik akal
70
Peringkat keempat: Membuat orientasi semula
70
Teknik-Teknik
71
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
73
Kelebihan dan Kelemahan Teori
74
Aplikasi Kes Laila
75
Rumusan
79
Glosari
80
Bab 5: Teori Kewujudan
83
Objektif
83
Pengenalan
83
Gambaran Keseluruhan Teori
84
Pengasas Teori
85
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
86
Kebolehan untuk Mengenali Diri Sendiri
87
Kebebasan dan Tanggungjawab
87
Berjuang untuk mencapai identiti dan hubungan dengan
orang lain
88
Mencari Pengertian Hidup
88
Kesedaran Tentang Kematian dan Ketidakwujudan
90
Keaslian
91
Andaian Asas dan Prinsip Teori
91
Matlamat Terapi
91
Peranan Kaunselor
92

Prelims.indd 7

12/06/2014 10:25:21

Proses Terapi
Teknik-Teknik
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
Rumusan
Glosari

92
93
95
96
97
99
100

Bab 6: Teori Gestalt


101
Objektif
101
Pengenalan
101
Gambaran Keseluruhan Teori
102
Pengasas Teori
103
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
104
Kesempurnaan
105
Berhubungan dengan Alam Persekitaran (Field Theory) 105

Pembentukan figure
105
Organismic dan Self-Regulation
105
Kesedaran atau Arif Diri
106
Hubungan dengan Persekitaran Syarat untuk Berkembang 106
Batasan Contact
107
Gangguan Terhadap Boundaries
108
Tenaga dan Halangan-halangan kepada tenaga
108
Andaian Asas dan Prinsip Teori
109
Matlamat Terapi
109
Peranan Kaunselor
110
Proses Terapi
111
Teknik-teknik
112
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
115
Kelebihan dan Kelemahan Teori
115
Aplikasi Kes Laila
116
Rumusan
118
Glosari
118
Bab 7:







Prelims.indd 8

Teori Tingkah Laku


Objektif
Pengenalan
Gambaran Keseluruhan Teori
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor

121
121
121
124
125
126
126
128
128

12/06/2014 10:25:21

Prelims.indd 9

Proses Kaunseling
Teknik-teknik
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
Rumusan
Glosari

129
130
134
135
136
139
139

Bab 8: Teori Tingkah Laku Kognitif


Objektif
Pengenalan
Gambaran Keseluruhan Teori
Teori Rasional Emotif Tingkah Laku
Pengasas Teori
Pengenalan
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Punca Gangguan Emosi
Model ABC dalam REBT
Proses Terapi
Teknik-Teknik
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
Teori Kognitif (Cognitive Therapy) Aaron Beck
Pengasas Teori
Pengenalan
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Tahap Pemikiran
Hubungan Kaunselor dan Klien
Aplikasi Teori
Hubungan Kaunselor dengan Klien
Kelebihan dan Kelemahan Teori

Teori Modifikasi Tingkah Laku Kognitif
Pengasas Teori
Pengenalan
Andaian Asas Dan Prinsip Teori
Bagaimana Tingkah Laku Berubah
Teknik-Teknik
Aplikasi Kes Laila
Aplikasi mengikut pendekatan REBT
Aplikasi mengikut pendekatan CT
Aplikasi mengikut pendekatan CBM
Rumusan
Glosari

141
141
141
142
143
143
144
144
145
146
148
149
150
152
154
154
155
156
157
158
159
159
160
160
160
161
161
162
163
164
164
166
168
169
169

12/06/2014 10:25:21

Bab 9: Teori Realiti


Objektif
Pengenalan
Gambaran Keseluruhan Teori
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Perkembangan Personaliti dan Identiti
Identiti kegagalan: Arah hidup yang kurang berkesan
Identiti kejayaan: Arah kehidupan lebih berkesan
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Keperluan Manusia dan Tingkah laku Bermakna
Orientasi Fenomenologi
Kesepaduan Tingkah laku
Teori Pemilihan
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Proses Terapi
Teknik-Teknik
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
Rumusan
Glosari

171
171
171
172
173
174
174
174
175
176
177
177
177
177
178
178
179
181
185
186
188
192
193

Bab 10: Teori Berfokuskan Penyelesaian


Objektif
Pengenalan
Gambaran Keseluruhan Teori
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Proses Terapi
Teknik-teknik
Penamatan
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kekuatan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
Rumusan
Glosari

195
195
195
196
197
198
198
199
200
200
201
205
206
206
207
211
211

Prelims.indd 10

12/06/2014 10:25:21

Prelims.indd 11

Bab 11: Teori Feminis


Objektif
Pengenalan
Gambaran Keseluruhan Teori
Pengasas Teori
Toward a New Psychology of Women
Sejarah Ringkas
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Teknik-Teknik
Aplikasi dalam Seting Silang Budaya
Kekuatan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
Rumusan
Glosari

213
213
213
214
215
215
216
218
218
219
220
221
224
225
226
229
229

Bab 12: Pendekatan Naratif


Objektif
Pengenalan
Gambaran Keseluruhan Teori
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Proses Terapi
Teknik-teknik
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kekuatan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
Rumusan
Glosari

231
231
231
232
233
234
234
235
235
236
237
242
242
243
247
248

Bab 13: Pendekatan Integratif


Objektif
Pengenalan
Faktor yang Mendorong Penggunaan Pendekatan Integratif
Jenis-jenis Pendekatan Integratif
Gambaran Keseluruhan Teori

249
249
249
250
250
252

12/06/2014 10:25:21

Teori Berasaskan Eklektik dan Integratif


Development Counseling and Therapy (Dct)
Pengenalan
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi
Punca kepada Masalah Penyesuaian
Peranan Kaunselor dan Proses Kaunseling
Proses Terapi
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
Rumusan
Glosari
Transtheoritical Model (Ttm)
Objektif
Pengenalan
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Tahap-tahap Perubahan
Tahap Masalah Psikologikal
Proses Terapi
Teknik-teknik
Kombinasi tahap perubahan, tahap masalah psikologikal
dan proses perubahan
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
Rumusan
Glosari
Terapi Multimodal
Objektif
Pengenalan
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Proses Terapi
Teknik-teknik
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Prelims.indd 12

252
253
253
253
254
254
256
256
257
258
258
259
259
259
259
260
260
261
261
261
262
262
263
263
265
266
266
267
268
270
270
270
270
270
271
272
272
273
273
274
275
277

12/06/2014 10:25:21

Kelebihan dan Kelemahan Teori


Aplikasi Kes Laila
Rumusan
Glosari

277
277
281
281

Bab 14: Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling


283
Objektif
283
Pengenalan
283

Definisi Spiritual dan Agama
285
Spiritual
285
Agama
285
Punca Ketiadaan Integrasi Antara Kaunseling dengan
Agama dan Spiritual
286
Kekurangan Kompetensi Kaunselor
286
Pengalaman Peribadi Kaunselor
286
Salah Anggap Terhadap Kedua-dua Bidang
287
Penilaian Agama, Kepercayaan dan Nilai Spiritual
287
Punca Masalah yang Berkaitan Agama dan Rohani
288
Strategi Pengintegrasian Agama dan Spiritual
290
Strategi Implisit Menangani Klien yang Mempunyai
Isu Agama dan Kerohanian
290
Isu-isu Sensitif
290
Integrasi Teori Konvensional dengan Agama dan Spiritual
291
Pendekatan Psikoanalitik
291
Pendekatan Humanistik-Kewujudan
291
Pendekatan Gestalt
292
Pendekatan Kognitif Tingkah Laku
292
Pendekatan Teori Tingkah Laku
293
Intervensi Rohani
293
Doa
293
Meditasi
293
Visualisasi dan Imejan spiritual
294
Tumpuan
294
Jurnal Kerohanian
294
Biblioterapi
295
Menggunakan Kitab Suci atau Kitab-Kitab Pakar Agama 296
Keampunan dan Taubat
296
Aplikasi Silang Budaya dalam Pengintegrasian Agama
dan Spiritual dengan Kaunseling
296
Aplikasi Kes Laila
297
Bibliografi
Indeks

Prelims.indd 13

301

12/06/2014 10:25:21

Prelims.indd 14

12/06/2014 10:25:21

Senarai Rajah

Rajah 2.1
Rajah 2.2:
Rajah 2.3:

Rajah 3.1:
Rajah 3.2:
Rajah 4.1:
Rajah 4.2:
Rajah 4.3:

Rajah 4.4:
Rajah 5.1:
Rajah 5.2:
Rajah 5.3:
Rajah 6.1:
Rajah 6.2:


Rajah 7.1:
Rajah 7.2:
Rajah 7.3:
Rajah 8.1:
Rajah 8.2:
Rajah 8.3:

Prelims.indd 15

Gambarajah Keseluruhan Teori Psikoanalisis


Sigmund Freud (1856-1939)
Struktur pemikiran dan personaliti manusia
menurut psikoanalisis
Gambaran Keseluruhan Teori Pemusatan Klien
Carl Rogers (1902-1987)
Gambaran Keseluruhan
Alfred Adler (1870-1937)
Model of Wellness oleh Witmer, Sweeney and
Myers (1998)
Proses Terapi Individu
Gambaran Keseluruhan
Victor Frankl (1902-1945)
Rollo May (1909-1994)
Gambaran Keseluruhan Teori Gestalt
Gambar Fritz Perls (1893-1970) dan bekas isterinya
Laura Perls, yang juga merupakan salah seorang
penyumbang kepada teori Gestalt
Gambaran Keseluruhan Teori Tingkah Laku
B.F. Skinner (1904-1990)
Albert Bandura (1925)
Gambaran Keseluruhan
Albert Ellis (1913-2007)
Penstrukturan Kognitif

22
23
27
42
43
60
61
66
67
84
85
86
102
103
124
125
125
142
143
147

12/06/2014 10:25:21

xvi

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Rajah 8.4:
Rajah 8.5:
Rajah 9.1:
Rajah 9.2:
Rajah 10.1:
Rajah 10.2:
Rajah 10.3:
Rajah 11.1:
Rajah 11.2:
Rajah 12.1:
Rajah 12.2:
Rajah 12.3:
Rajah 13.1:
Rajah 13.2:
Rajah 13.3:
Rajah 13.4:
Rajah 14.1:

Prelims.indd 16

Aaron Beck (1921-1993)


Donald Mecheinbaum (1966-1998)
Gambaran Keseluruhan Teori Realiti
William Glasser (1925-2013)
Gambaran Keseluruhan Teori Berfokuskan Penyelesaian
Steve de Shazer (1940-2005)
Insoo Kim Berg (1934-2007)
Gambaran Keseluruhan Teori Feminis
JeanBaker Miller (1928-2006)
Gambaran Keseluruhan Terapi Naratif
Michael White (1948-2008)
David Epston (1944)
Gambaran keseluruhan Teori Integratif
James O. Prochaska (1943-2001)
Arnold Lazarus (1932-2013)
Hubung kait elemen modaliti translate labels
Gambaran Keseluruhan Agama dan Spiritual
dalam Kaunseling

155
161
172
173
196
197
197
214
215
232
233
233
252
260
271
275
284

12/06/2014 10:25:21

Senarai Jadual

Jadual 1.1: Definisi dan Perbezaan Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling 2


Jadual 1.2: Mitos dan Realiti Salah anggap mengenai kaunseling

di Malaysia
8
Jadual 2.1: Tahap-tahap Perkembangan Psikoseksual Sigmund Freud 26
Jadual 2.2: Jenis-jenis Mekanisme Bela Diri
29
Jadual 2.3: Teknik-teknik Psikoanalisis
31
Jadual 4.1: Teknik-teknik Terapi Individu Adler
71
Jadual 5.1: Teknik-teknik Teori Kewujudan
93
Jadual 6.1: Teknik-teknik Teori Gestalt
112
Jadual 7.1: Teknik-teknik Teori Tingkahlaku
131
Jadual 8.1: Teknik-teknik Tingkahlaku Kognitif
151
Jadual 8.2: Teknik-teknik
163
Jadual 9.1: Maksud Akronim WDEP
179
Jadual 9.2: Teknik-teknik Realiti
181
Jadual 9.3: Konsep AB-CDEFG
185
Jadual 10.1: Teknik-teknik Berfokuskan Penyelesaian
201
Jadual 11.1: Teknik-teknik Teori Feminis
221
Jadual 12.1: Teknik-teknik Pendekatan Naratif
238
Jadual 13.1: Teknik Modaliti
276

Prelims.indd 17

12/06/2014 10:25:21

Prelims.indd 18

12/06/2014 10:25:21

Prakata

Teori kaunseling adalah aspek yang paling asas yang perlu difahami oleh para
kaunselor. Tanpa pemahaman yang mendalam tentang teori kaunseling, proses
menolong tidak mungkin dapat dijalankan dengan baik. Penggunaan teknikteknik seperti yang terdapat dalam teori kaunseling dapat membantu proses
penerokaan dan penyelesaian masalah atau sebarang isu dengan lebih berkesan.
Buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi ini diterbitkan bagi memudahkan
dan membolehkan para pelajar, tidak kira sama ada pelajar-pelajar Ijazah
Dasar atau Pascasiswazah untuk mendalami teori-teori kaunseling dan teknikteknik yang berkaitan dengan lebih efektif. Penghasilan buku ini adalah bagi
memudahkan para pelajar merujuk dan memahami teori-teori yang diaplikasikan
melalui kajian kes yang disertakan secara terperinci. Melalui aplikasi kajian
kes dan teori-teori yang dibentangkan di dalam setiap bab, para pelajar dapat
memahami dan mendalami setiap aspek dan teknik-teknik sebelum memilih salah
satu teori yang sesuai mengikut gaya kaunseling masing-masing. Penggunaan
buku ini juga boleh membantu meneroka pengalaman peribadi dan pembelajaran
akademik dalam menguasai teori-teori kaunseling.
Secara spesifiknya, buku ini diterbitkan berdasarkan matlamat berikut:

Memahami teori-teori dengan mengaplikasikan penggunaannya mengikut
kajian kes

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk memahami teori

Menyediakan contoh-contoh yang berkesan bagi setiap pendekatan teori
melalui kajian kes yang sama tetapi aplikasi yang berbeza mengikut
kesesuaian kes

Memberikan pendedahan dan fokus terhadap pembangunan kendiri
individu termasuk aspek sosial dan profesional

Prelims.indd 19

12/06/2014 10:25:21

xx

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Terdapat empat belas bab di dalam buku ini. Bab pertama akan
memperkenalkan tentang asas kaunseling termasuklah sejarah ringkas
berkaitan perkhidmatan kaunseling. Di samping itu, satu contoh kajian kes
yang akan menjadi rujukan pengaplikasian teori pada bab-bab seterusnya turut
dibincangkan. Bab dua hingga bab tiga belas akan membincangkan tentang
teori psikoanalisis, teori pemusatan klien, teori individu Adler, teori kewujudan,
teori Gestalt, teori tingkah laku, teori tingkahlaku kognitif, teori realiti, terapi
berfokuskan penyelesaian, teori feminis, pendekatan naratif, dan pendekatan
integratif. Bab terakhir pula akan membincangkan tentang pengintegrasian
aspek agama dan kerohanian dalam kaunseling.
Setiap bab di dalam buku ini memuatkan konsep-konsep yang penting
dalam setiap teori. Ringkasan kandungan bagi setiap bab pula digambarkan
seperti rajah berikut yang bertujuan untuk memberi gambaran awal tentang
sesuatu teori yang akan dibincangkan. Walau bagaimanapun, gambaran
tersebut hanyalah panduan umum kepada para pembaca dan boleh berubahubah mengikut kesesuaian teori.
Melati Sumari
Ida Hartina Ahmed Tharbe
Norfaezah Md Khalid
Azmawaty Mohamad Nor

Prelims.indd 20

12/06/2014 10:25:21

Prakata

xxi

Teori
Pengenalan Pengasas Teori

Sifat Semula jadi Manusia


Menurut Teori

Andaian Asas dan Prinsip


Teori
Matlamat Terapi
Kaunseling
Berdasarkan Teori

Peranan Kaunselor
Terapi Individu

Proses Terapi
Individu

Teknik-teknik
Terapi Individu

Mewujudkan Hubungan
Terapeutik
Memahami Klien
Kefahaman Kendiri
dan Celik Akal
Membuat
Keputusan Baru

Aplikasi Teori dalam


Seting Silang Budaya

Kelebihan dan Kekurangan


Teori

Gambaran Penjelasan Teori

Prelims.indd 21

12/06/2014 10:25:21

xxii

Prelims.indd 22

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

12/06/2014 10:25:21

Bab 1

Perkhidmatan
Kaunseling

Pengenalan

Dunia kini sedang melalui era globalisasi dan Malaysia tidak terlepas daripada
menghadapi arus pembangunan dan pemodenan yang pesat. Selari dengan
kepesatan ekonomi yang dialami sekarang, setiap individu pasti berasa bahang
untuk terus berada pada tahap atau tangga yang selesa. Bagi mencapai matlamat
tersebut, individu di Malaysia terpaksa berdaya saing dan lebih kompetitif
dalam apa jua yang dilaksanakan. Sikap daya saing dan kompetitif boleh dilihat
dari satu aspek yang positif namun begitu, ia juga boleh mendatangkan tekanan,
bebanan dan masalah terhadap individu. Sering kali apabila dibelenggu oleh
perasaan yang terganggu, setiap individu akan berasakan bahawa bebanan yang
ditanggung itu terlalu berat dan tidak mengetahui cara yang betul atau mendapat
bantuan untuk menyalurkan masalah tersebut, lantas perasaan marah, sedih atau
bingung itu dilepaskan kepada orang lain yang rapat dengan mereka seperti ahli
keluarga. Bak letusan gunung berapi, perasaan marah yang boleh diibaratkan
seperti aliran lava yang sangat panas boleh mengakibatkan tercetusnya salah
faham antara individu tersebut dengan orang sekelilingnya. Sekiranya ia tidak
dikawal dan berpanjangan, lambat-laun boleh mendatangkan kesan negatif
di dalam diri individu seperti kesan pergaulan sosial yang semakin hambar,
tekanan atau stres dan depresi.
Setiap individu perlu mengenali dan mengenal pasti simptom-simptom
tekanan dan depresi bagi membolehkan sistem kawalan diri diaktifkan.
Sistem kawalan diri bermaksud individu berada dalam keadaan sedar tentang
sesuatu permasalahan yang dihadapi dan menanganinya dengan teknik-teknik
penyelesaian yang betul dan berhemah. Pendedahan awal terhadap kaedah-

1 Teori Kaunseling A.indd 1

28/05/2014 14:40:37

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

kaedah menangani masalah dengan berkesan boleh dipraktikkan melalui proses


nasihat, program bimbingan dan kaunseling.
Satu kes yang membincangkan tentang permasalahan dihadapi oleh
seorang klien yang dinamakan Laila turut disertakan. Kajian kes ini bertujuan
membantu serta memudahkan pembaca memahami teori-teori, konsep dan
teknik kaunseling yang akan dikaitkan dengan kes Laila. Sebelum pembaca
memulakan pembacaan buku ini secara terperinci, adalah penting untuk
membezakan dan memahami definisi dan konsep nasihat, bimbingan dan
kaunseling.

Definisi Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling

Jadual 1.1 berikut adalah definisi bagi nasihat, bimbingan dan kaunseling yang
kerap disalahertikan penggunaannya serta perbezaan antara ketiga-tiganya.
Jadual 1.1:
Definisi

Definisi dan Perbezaan Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling


Nasihat

Bimbingan

Kaunseling

Nasihat yang
baik bermaksud
memberikan
ruang untuk
seseorang
berubah ke
arah kebaikan.
(Kamus Dewan,
2002). Lazimnya,
nasihat
diungkapkan
dengan
menggunakan
nada suara yang
lemah lembut
dan bukan
dengan maki
hamun.

Bimbingan merupakan
satu program psikologi
yang digunakan untuk
membantu klien
membuat pilihan yang
betul dalam tindakan
mereka.
(Olayinka, 1978;
Sears, 1982).

Kaunseling
merupakan cabang
psikologi yang
membabitkan proses
perhubungan atau
interaksi secara
professional dengan
kaunselor berdaftar
mengikut etika yang
dibenarkan.
(Akta Kaunselor,
1998).
Program kaunseling
dilaksanakan
untuk melahirkan
satu perubahan,
penyesuaian dan
perkembangan yang
positif di dalam diri
klien terhadap sesuatu
permasalahan yang
dihadapi.
Segala keputusan dan
pilihan yang dibuat
adalah daripada
klien dan bukannya
daripada kaunselor.

1 Teori Kaunseling A.indd 2

28/05/2014 14:40:37

Perkhidmatan Kaunseling

Objektif

Nasihat

Bimbingan

Kaunseling

Menyediakan
platform dan
rangsangan untuk
meninggalkan
perkara negatif
dan buruk demi
kebaikan diri
individu itu
sendiri.

Menyediakan satu
program berstruktur
yang mempunyai
objektif spesifik yang
ingin dicapai di akhir
program.

Memastikan klien
celik akal dan dapat
melihat masalah di
sudut yang berlainan
dan berkebolehan
mengatasinya
dengan baik dan
berkesan. Ini dapat
mempertingkatkan
keupayaan mengurus
emosi, tingkah laku
dan cara berfikir.

Menyedarkan
dan
menginsafkan
diri individu
agar sedar atas
kesilapan dan
berubah ke arah
kebaikan.

Membentuk tabiat
membiasakan
belajar dengan
baik dan berkesan
agar matlamat
dicapai seperti yang
disasarkan.

Mengenal pasti
kekurangan dan
keupayaan yang ada di
dalam diri sendiri.
Membantu
meningkatkan
konsep kendiri selain
pendedahan terhadap
bakat, minat dan
keupayaan diri agar
menjadi lebih positif.
Membantu
membentuk amalan
hidup yang positif.

Perbezaan

Secara amnya,
nasihat dihadkan
kepada isu
atau soalan
yang spesifik
diutarakan oleh
individu yang
bermasalah.
Nasihat yang
diberikan tidak
semestinya betul
atau sesuai untuk
individu yang
bermasalah.

1 Teori Kaunseling A.indd 3

Bimbingan kerap
kali dikaitkan
dengan persekitaran
persekolahan dan
kerjaya.

Kaunseling boleh
dilaksanakan secara
individu, kelompok,
keluarga dan
perkahwinan.

Bimbingan adalah
satu proses memberi
panduan kepada
golongan yang
memerlukan.
Pembimbing pada
kebiasaannya
mempunyai
kedudukan yang lebih
tinggi berbanding
orang yang dibimbing.

Klien dan kaunselor


akan bekerjasama
memastikan proses
terapi dijalankan
dengan jayanya.
Kaunselor memberi
empati terhadap
klien tetapi tidak
meletakkan sebarang
syarat atau desakan
terhadap klien.

28/05/2014 14:40:37

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Nasihat

Bimbingan

Nasihat yang
diberikan
seringkali
mengikut
pengalaman
individu atau
gerak hati
orang yang
memberikan
nasihat.

Contoh: tahap
pengetahuan, umur,
pengalaman hidup
sama ada salah satu
atau kesemuanya.

Kaunseling

Justeru dari definisi


ini boleh disimpulkan
bahawa ibu bapa,
guru, orang yang
lebih dewasa yang
mempunyai lebih
pengalaman, atau pakar
dalam sesuatu bidang
bebas memberikan
bimbingan kepada
individu yang
memerlukan.
Kerja sebagai
pembimbing
tidak memerlukan
kelayakan akademik
khusus. Malahan
di banyak sekolahsekolah menengah di
Malaysia, wujudnya
kelab pelajar yang
dinamakan Kelab
Pembimbing Rakan
Sebaya. Ahli kelab
ini merupakan pelajar
yang dibenarkan
memberi bimbingan
kepada rakan sebaya
mereka di sekolah.
Contoh lain, guru
bimbingan akan
meletakkan sasaran
kepada para pelajar
sama ada berjaya ke
sekolah berasrama
penuh serta
bidang pekerjaan
yang bersesuaian
mengikut minat dan
kecenderungan pelajar.

1 Teori Kaunseling A.indd 4

28/05/2014 14:40:37

Perkhidmatan Kaunseling

Nasihat

Bimbingan

Kaunseling

Bagi menentukan
kecenderungan pelajar,
guru bimbingan
mengaplikasikan
skala vokasional
bagi melihat
kecenderungan,
minat, keupayaan dan
kelemahan pelajar.
Persamaan

Tiada

Kedua-dua kaedah bimbingan dan kaunseling


boleh diguna pakai untuk membantu pesakit
yang mempunyai masalah.
Walaubagaimanapun, bimbingan boleh
digunakan sebagai alat terapeutik yang
membantu klien yang mempunyai masalah
emosi, gangguan atau minor disorder.
Manakala, kaedah kaunseling yang dipraktikkan
adalah lebih mendalam dan ekstensif.
Merancang masa hadapan mengikut kesesuaian
kemampuan dan matlamat hidup.
Kedua-dua kaedah boleh digunakan di dalam
organisasi dan individu.
Bimbingan menjurus kepada persekitaran
pembelajaran di sekolah.
Kaunseling berkebolehan mencapai lebih
banyak ruang lingkup dan membantu dalam
pelbagai aspek berkaitan pembangunan
kesihatan, kendiri, sosial dan profesional.

Contoh
(rujuk
kepada
kajian kes)

1 Teori Kaunseling A.indd 5

Rakan sebaya
menasihati Laila:

Guru bimbingan
menasihati Laila:

Laila, hargailah
diri sendiri,
sayangilah diri
kamu. Janganlah
menghancurkan
lagi masa depan
kamu yang cerah.

Laila,
memandangkan kamu
merupakan seorang
pelajar cemerlang di
sekolah ini, saya
meletakkan sasaran
yang kamu akan
mendapat sekurang-

Kaunselor
menjalankan program
kaunseling ke atas
Laila dan di antara
lain matlamat
kaunseling adalah
untuk memberikan
kehidupan yang
lebih baik dan positif
kepada Laila.

28/05/2014 14:40:37

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Nasihat

Bimbingan

Kaunseling

Kamu seorang
pelajar yang
pintar. Janganlah
sia-siakan hidup
kamu.

kurangnya 8A bagi
peperiksaan
SPM nanti. Cikgu
juga berasakan
bahawa kamu
boleh melanjutkan
pelajaran di dalam
bidang Kemanusiaan
dan Sains Sosial
memandangkan kamu
lebih cenderung ke
arah itu.

Peranan kaunselor
adalah untuk
membolehkan proses
celik akal di mana
Laila dibawa untuk
melihat permasalahan
itu sendiri dan
membuat keputusan
berdasarkan apa yang
difikirkan sesuai
dan keupayaannya
untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi.
Laila, kamu telah
berjaya mencapai
matlamat terapeutik
di dalam proses
kaunseling yang
dijalankan. Kamu
mempunyai kebolehan
untuk mengubah
persepsi terhadap
permasalahan sedia
ada kepada sesuatu
yang positif dan boleh
membuat keputusan
sendiri dan tidak lagi
memerlukan khidmat
kaunseling. Teruskan
dengan penerapan
nilai-nilai positif di
dalam kehidupan dan
sekiranya berhadapan
dengan masalah, cuba
untuk melihatnya
melalui lensa yang
berbeza.

Aplikasi

1 Teori Kaunseling A.indd 6

Individu yang
memberikan
nasihat tidak
semestinya
merupakan
seorang yang
profesional.

Guru bimbingan
adalah individu yang
dilantik oleh pihak
sekolah atau universiti
dan bertanggungjawab
memberikan
bimbingan kepada
para pelajar.

Kaunselor berdaftar
yang mendaftar
dengan Lembaga
Kaunselor Malaysia
sahaja yang boleh
melaksanakan
program-program
kaunseling.

28/05/2014 14:40:37

Perkhidmatan Kaunseling

Salah Anggap Terhadap Kaunseling di Malaysia

Salah anggap, salah faham atau misconceptions mengenai kaunseling adalah


satu perkara biasa dan sinonim dengan masyarakat di Malaysia. Umumnya,
apabila individu disarankan untuk mengikuti program kaunseling, masyarakat
sekeliling akan melabel individu tersebut sebagai seorang yang bermasalah atau
penyebab masalah. Proses stereotaip oleh masyarakat umum turut menjejaskan
imej selain memberi gambaran buruk mengenai program kaunseling itu.
Akibatnya, perasaan malu menyelubungi klien dan melahirkan ketidakselesaan
serta menjejaskan perhubungan dan kerjasama antara klien dengan kaunselor
sepanjang proses kaunseling. Media juga tidak membantu malah sering
menggambarkan imej individu yang menemui kaunselor sebagai orang yang
mempunyai beban masalah berat, depresi, gila atau hilang akal. Profesion
sebagai kaunselor sering kali dikaitkan dengan merawati pesakit mental dan
orang yang bermasalah. Kerjaya dalam bidang kaunseling sering kali disalah
tanggap sebagai profesion yang boleh membaca minda dan stereotaip berlaku
di mana apabila seorang klien yang berjumpa secara sukarela ataupun dibawa
berjumpa adalah tergolong di dalam kumpulan yang bermasalah. Kerjaya
sebagai kaunselor sering kali ditakuti dan disalah anggap. Mitos dan realiti atau
tanggapan yang lebih tepat terhadap kaunseling disenaraikan seperti Jadual 1.2.

Sejarah Kaunseling

Perkhidmatan dan program kaunseling pada asalnya bermula di Amerika


Syarikat. Walaupun wujud pelbagai tanggapan bahawa budaya atau
perkhidmatan kaunseling sudah bermula di dalam masyarakat masing-masing,
tapi yang pastinya; pelaksanaan kaunseling dikembangkan di Amerika
Syarikat. Proses perkembangan dalam bidang kaunseling yang pesat boleh
dilihat telah wujud dalam budaya masyarakat itu sendiri yang memberikan
perhatian khusus untuk memastikan penerapan nilai yang tinggi dan positif di
dalam diri individu dan kelompok masyarakat. Masyarakat di sana mendukung
semangat dan kepercayaan bahawa setiap individu itu mempunyai nilainya
yang tersendiri. Masyarakat Amerika Syarikat percaya bahawa gaya hidup
dan sikap individu adalah berdasarkan pilihan yang dibuat oleh individu itu.
Selain itu, kepesatan ekonomi negara tersebut telah membentuk
masyarakat yang mempunyai kuasa ekonomi yang berpadanan dengan
kemampuan mereka untuk menjalani kehidupan mewah selain mencari
kepuasan diri dalam menjalani kehidupan. Pembangunan ekonomi serta
penekanan terhadap aspek perkembangan dan memajukan diri secara tidak
langsung memberikan sokongan yang padu terhadap keperluan perkhidmatan
kaunseling. Keadaan tentu berbeza sekiranya masyarakat itu menekankan
supaya individu berkembang mengikut tuntutan luar terhadapnya. Masyarakat
yang mengehadkan hak individu menentukan arah hidupnya, seperti tuntutan

1 Teori Kaunseling A.indd 7

28/05/2014 14:40:37

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

masyarakat, politik, agama atau desakan hidup tidak akan membolehkan


khidmat kaunseling berkembang.
Jadual 1.2:

Mitos dan Realiti Salah anggap mengenai kaunseling di


Malaysia

Bil. Mitos
1. Kaunseling
hanyalah untuk
orang yang
hilang akal atau
gila.

Realiti
Dalam kalangan masyarakat Malaysia, ramai individu
yang menyertai program kaunseling terdiri daripada
golongan yang berpendidikan, bijak, berpengalaman,
mempunyai kerjaya yang baik dan stabil daripada sudut
ekonomi. Walau bagaimanapun, individu yang menyertai
program kaunseling ini sering kali mempunyai tekanan
di tempat kerja, masalah-masalah kecil yang tidak dapat
ditangani selain mencari jalan untuk mengembangkan
potensi diri dan kerja. Adalah lumrah kehidupan bahawa
manusia sering dibebani oleh tekanan dan stres di
tempat kerja ataupun di rumah sekalipun. Ramai yang
berpendapat bahawa kebolehan dan keupayaan mencari
jalan penyelesaian dan memohon bantuan melalui
program kaunseling membuka ruang untuk individu lebih
berjaya dalam kehidupan seharian. Ia juga membantu
individu menjalani kehidupan yang lebih teratur dan
positif (clear headed).

2.

Kaunseling
adalah untuk
individu atau
kumpulan yang
mempunyai
masalah
yang tidak
tertanggung atau
berat.

Kebanyakan individu mendapatkan bantuan kaunseling


untuk menangani isu kehidupan seharian seperti masalah
hubungan, stres dan simptom-simptom depresi. Memang
benar, kaunseling boleh membantu individu yang
memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah berat
yang ditanggung atau individu yang mengalami simptom
depresi yang amat tinggi, namun begitu; kepercayaan ini
harus ditolak dan diubah. Malahan kaunseling merupakan
proses yang dapat membantu klien menyelesaikan
masalah sewaktu masalah itu kecil sebelum merebak
menjadi masalah yang lebih besar dan mungkin
mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan.

3.

Kaunselor tidak
mengenali saya
dan bagaimana
beliau boleh
membantu
seseorang yang
tidak dikenali.

Dalam proses kaunseling, adalah menjadi satu kesalahan


atau melanggar etika sekiranya kaunselor mengenali
klien atau individu yang ingin dirawat. Salah satu sebab
penting mengapa proses kaunseling itu berjaya adalah
apabila kaunselor tidak mengenali klien mereka dan tidak
meletakkan sebarang prasyarat ke atas klien mereka. Ini
membantu kaunselor menjadi lebih objektif dalam proses
membantu dan mengelakkan berat sebelah (bias). Kerap
kali, keluarga dan rakan-rakan memberikan nasihat dan
kemungkinan nasihat itu tidak diaplikasi. Kaunseling

1 Teori Kaunseling A.indd 8

28/05/2014 14:40:37

Perkhidmatan Kaunseling

Bil. Mitos

Realiti
melibatkan satu hubungan unik antara kaunselor dengan
klien di mana klien digalakkan untuk mencari jawapan
dan jalan penyelesaian mereka sendiri Celik akal.

4.

Kaunselor
hanya duduk,
angguk dan diam
sahaja tanpa
memberikan
kata-kata
nasihat.

Media tidak membantu dalam memberikan gambaran


sebenar kerjaya sebagai seorang kaunselor. Sering kali
di dalam drama atau filem, kaunselor dilihat sebagai
individu yang boleh membaca fikiran klien, tidak
efektif, tidak empati atau simpati terhadap keadaan
klien. Dewasa ini, kaunselor sangat aktif, melibatkan
diri secara langsung dalam isu yang diutarakan oleh
klien. Kaunselor sering mengaplikasikan teknik yang
bersesuaian mengikut permasalahan yang dihadapi klien
dan perlu menjadi pendengar yang baik agar proses
rawatan atau terapi menjadi lebih berkesan. Di awal
sesi kaunseling, kaunselor akan memberikan penjelasan
bagaimana sesi kaunseling akan dilaksanakan dan
memerlukan kerjasama yang baik daripada klien di
dalam memastikan objektif kaunseling tercapai. Klien
juga diberi peluang untuk bertanyakan mengenai sesi
terapi dan kedua-dua pihak dapat memastikan kerjasama
yang akan dijalankan dapat membantu klien mencari
jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi.
Klien juga diberi peluang untuk menamatkan sesi
kaunseling sekiranya difikirkan tidak memberi manfaat
kepada diri.

5.

Proses
kaunseling
mengambil masa
yang lama.

Proses kaunseling bergantung kepada matlamat, motivasi


dan jenis masalah yang dihadapi oleh klien. Sesi
kaunseling selalunya adalah satu proses atau mengambil
masa yang pendek di antara lapan hingga lima belas sesi
kaunseling sahaja. Seorang kaunselor yang beretika dan
bagus akan dapat membantu klien mencapai matlamat
kaunseling selain membolehkan klien mencapai
keupayaan dan bebas daripada program kaunseling
sepenuhnya.

6.

Semua orang
akan tahu
yang saya
berjumpa dengan
kaunselor.

Kaunselor terikat dengan etika profesional dan di


Malaysia, kaunselor yang telah berdaftar di Lembaga
Kaunselor (Malaysia) perlu mematuhi Kod Etika
Kaunselor bagi memastikan maklumat peribadi dan
kerahsiaan klien dijaga sepenuhnya. Adalah menjadi
etika seorang kaunselor untuk memastikan kerahsiaan
klien dijaga dan tidak disebarkan kepada orang lain
selain daripada klien atau kumpulan kaunselor lain (bagi
tujuan perbincangan untuk mendapatkan penyelesaian
atau supervisory). Walau bagaimanapun, menjadi tugas
kaunselor untuk melaporkan kes sekiranya

1 Teori Kaunseling A.indd 9

28/05/2014 14:40:37

10

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Bil. Mitos

Realiti
berpendapat bahawa klien berada dalam keadaan yang
membahayakan ataupun Mahkamah memutuskan
bahawa perlu untuk kaunselor melaporkan kes kepada
mahkamah sebagai bahan bukti. Selain daripada itu,
kaunselor perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis
daripada klien sekiranya maklumat perbincangan ingin
dikongsikan. Kaunselor yang beretika akan menerangkan
secara terperinci mengenai kerahsiaan sebelum proses
kaunseling dimulakan.

7.

Kaunseling
perkahwinan
atau kaunseling
pasangan
sering kali
memperlihatkan
salah seorang itu
yang menjadi
punca masalah
di dalam
perkahwinan.

Kaunselor perkahwinan yang merawat pasangan


sering kali memfokuskan kepada perhubungan - antara
pasangan dan bukannya mencari atau menuding
jari kepada salah seorang daripada pasangan yang
merosakkan perhubungan. Ia menjadi keperluan
kaunselor untuk mendapatkan maklumat daripada
pasangan dengan objektif untuk membantu perubahan
positif terhadap perhubungan yang bergolak. Ini
membolehkan pasangan memfokuskan kepada cara
bagaimana masing-masing perlu memperkasakan
diri untuk memperbaiki hubungan dan bukannya
memperkecilkan pasangan masing-masing.

8.

Kaunseling
perkahwinan
hanya layak
diberi pada
pasangan
yang berada
di ambang
penceraian.

Kaunseling perkahwinan boleh memberikan manfaat


yang positif kepada pasangan yang menghadapi masalah
tidak kira sama ada ianya masalah kecil atau besar
ataupun pasangan yang ingin mencari lebih kepuasan
dan kebahagiaan dalam hubungan perkahwinan.
Ramai pasangan yang mengambil mudah masalah
kecil yang dihadapi dalam rumah tangga mereka dan
hanya melalui program kaunseling apabila berada di
ambang penceraian. Kaunseling tidak menjanjikan
yang penceraian tidak akan terjadi tetapi ianya dapat
membantu memberikan jalan penyelesaian yang lebih
baik dalam hubungan sedia ada.

9.

Pasangan yang
bermasalah
hanya sesuai
melalui terapi
atau kaunseling
secara
berpasangan

Kaunseling adalah satu perhubungan yang unik antara


kaunselor dengan klien. Sehubungan itu, pelbagai
pendekatan dan teknik kaunseling boleh diaplikasi.
Memberi kaunseling kepada pasangan secara serentak
adalah dianggap paling berkesan, walau bagaimanapun;
sekiranya pasangan terbabit sering bertegang leher,
kaunselor mungkin akan menggunakan pendekatan berbeza
iaitu dengan mengambil maklumat atau melaksanakan
kaunseling secara individu ke atas pasangan sebelum
menemukan mereka berdua. Pendekatan yang digunakan
dapat membantu kaunselor memahami pasangan secara

1 Teori Kaunseling A.indd 10

28/05/2014 14:40:37

Perkhidmatan Kaunseling

11

Bil. Mitos

Realiti
individu dan klien juga mendapat manfaat daripada
kaunseling secara individu. Walau apapun pendekatan yang
digunakan, matlamat utama seorang kaunselor adalah untuk
memperbaiki hubungan antara pasangan.

10. Kaunseling
akan merubah
siapa saya yang
sebenarnya

Kaunseling tidak boleh merubah siapa individu


itu sebenarnya sekiranya individu tersebut tidak
membenarkan perubahan, tidak bersedia dan tidak
mahukan perubahan yang melanggar nilai dan
kepercayaan mereka. Tujuan kaunseling adalah untuk
membantu klien menjalani perubahan positif dalam
kehidupan. Klien perlu tahu bahawa mereka sebenarnya
yang bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat
dan sekiranya keputusan yang dibuat itu melanggar nilai
dan kepercayaan serta tidak membantu klien, kaunselor
perlu dimaklumkan. Tujuan kaunseling adalah untuk
membantu klien melalui perubahan positif dalam hidup
bersesuaian dengan keupayaan klien itu

Seperti di Amerika, aktiviti perkhidmatan kaunseling di Malaysia juga


berkembang dengan pesatnya. Penekanan terhadap pentingnya kaunseling
semakin bertambah selepas negara mencapai kemerdekaan. Pembangunan di
Malaysia telah mengakibatkan proses urbanisasi yang sentiasa berlaku sejajar
dengan tuntutan negara dalam mencapai Wawasan 2020. Dalam mengejar
kepesatan pembangunan ekonomi negara dan dunia, Malaysia juga dibelenggu
oleh masalah perhubungan atau sosial, politik serta nilai murni dan budaya
terutamanya dalam kalangan muda-mudi yang lebih ghairah mengikuti arus
budaya dari negara Barat. Sehubungan itu, keperluan aktiviti bimbingan ini
telah menjadi satu keperluan dan kemestian kepada negara.
Seperti yang telah diulas dalam jadual di atas mengenai perbezaan antara
definisi bimbingan dengan kaunseling, istilah ini masih kerap digunakan dan
diberikan gambaran yang seolah-olah membawa maksud yang sama. Pada
hakikatnya kedua-duanya ada perbezaan walaupun terdapat pertindanan
pada kedua-duanya. Jadi, apa bezanya antara bimbingan dengan kaunseling?
Tujuannya adalah sama iaitu bagi melahirkan individu yang lebih memahami
atau celik akal tentang kehidupannya walau bagaimanapun, proses bimbingan
dan kaunseling adalah berbeza. Kaunseling memerlukan kepakaran dan berdaftar
di Lembaga Kaunselor dan keahlian pendaftaran perlu diperbaharui dari semasa
ke semasa. Seorang pembimbing tidak semestinya menjadi seorang kaunselor
tetapi seorang kaunselor juga menggalas peranan sebagai pembimbing.
Di Malaysia, sebelum seseorang kaunselor boleh didaftarkan di Lembaga
Kaunselor mengikut Akta Kaunselor 1998, individu tersebut perlu memenuhi
syarat kelayakan dengan mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Dasar dalam

1 Teori Kaunseling A.indd 11

28/05/2014 14:40:38

12

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

pengkhususan bidang Kaunseling dan mempunyai rekod amalan dengan jumlah


jam tidak kurang daripada 500 jam. Tugas sebagai kaunselor kini diangkat
sebagai salah satu daripada bidang profesional yang dilatih bukan sahaja
darisudut teori tetapi amalan atau praktikal juga diterapkan bagi memastikan
kaunselor tersebut layak untuk membantu klien selain mengikut etika
profesional sebagai kaunselor. Universiti Malaya sebagai sebuah universiti
perdana di Malaysia turut mengenal pasti keperluan menyediakan programprogram Kaunseling dan merupakan universiti pertama yang memperkenalkan
program kaunseling serta mewujudkan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling.
Akta Kaunselor 1998 telah menyebut bahawa sesiapa yang mendakwa
dirinya kaunselor sedangkan mereka tidak layak dari segi profesional dan
tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang diperuntukkan di dalam Akta
Kaunselor 1998 boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya sekiranya mereka
menggelarkan diri mereka kaunselor. Untuk merujuk lebih lanjut mengenai
standard piawaian pendaftaran kaunselor, anda boleh membuat rujukan yang
dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor iaitu Piawaian dan Kelayakan Latihan
Kaunselor. Maklumat lebih lanjut mengenai tatacara pendaftaran juga boleh
didapati di laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat iaitu http://www.kpwkm.gov.my/web/lkm/home.

Pendaftaran Kaunselor 1998

Selaras dengan profesion kaunselor sebagai satu kerjaya profesional di Malaysia,


profesion kaunseling memerlukan suatu pengawalan yang diiktiraf dengan akta
yang tersendiri. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) telah pun diwartakan pada
Mac 1998 dan Lembaga Kaunselor Malaysia tertubuh pada tarikh yang sama.
Penubuhan Lembaga Kaunselor Malaysia mengikut peraturan undang-undang
Malaysia adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Akta Kaunselor
1998 (Akta 580) dan bersesuaian untuk memberikan kuasa secara sah ke atas
pengawal seliaan perkhidmatan kaunselor serta semua aktiviti kaunseling
di Malaysia. Setiap individu dan mana-mana pertubuhan yang menjalankan
khidmat kaunseling di Malaysia wajib berdaftar dengan Lembaga Kaunselor
Malaysia. Walau bagaimanapun, peraturan ini dikecualikan bagi perkhidmatan
yang dijalankan oleh profesional kesihatan seperti ditakrifkan dalam Akta
Kaunselor 1998.

Etika Dalam Kaunseling

Definisi kaunseling secara jelas telah pun diterangkan seperti di dalam Jadual
1.1: Definisi dan Perbezaan Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling. Kaunseling
merupakan satu proses bantuan antara kaunselor dan klien dengan matlamat
untuk membina serta memperkembangkan perhubungan yang positif dalam diri
klien dengan persekitarannya. Ini termasuk perhubungan dengan diri sendiri,

1 Teori Kaunseling A.indd 12

28/05/2014 14:40:38

Perkhidmatan Kaunseling

13

keluarga serta masyarakat. Kaunseling adalah salah satu cabang psikologi yang
membabitkan proses perhubungan atau interaksi secara profesional. Apabila
diangkat sebagai satu kerjaya profesional, kaunselor adalah terikat dengan tatacara
dan peraturan yang berkaitan dengan profesion tersebut yang juga dikenali
sebagai etika. Di Malaysia, setiap kaunselor yang telah berdaftar di Lembaga
Kaunselor Malaysia perlu mengikut Kod Etika Kaunselor yang digariskan. Dalam
kata lain, kaunselor adalah terikat dengan etika dalam kaunseling.
Apa itu etika? Etika profesional merupakan garis panduan yang
dipersetujui oleh badan yang mentadbir bagi memastikan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberikan penekanan
terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan
nilai serta tingkah laku profesion. Kesimpulannya, etika kaunseling bermaksud
satu set tingkah laku dan tanggungjawab kaunselor yang telah digariskan
terhadap klien, rakan sejawat, masyarakat dan negara.
Mengapa etika itu penting? Etika itu amat penting bagi memastikan
kaunselor mengamalkan dan mempraktikkan etika seperti yang telah digariskan
bagi melindungi hak kedua-duapihak sama ada kaunselor serta klien. Antara ciriciri etika yang boleh dibincangkan dengan lebih lanjut adalah seperti berikut.

Kesukarelaan
Kaunselor perlu mengambil kira faktor sama ada klien dipaksa atau hadir
secara sukarela ke program kaunseling. Aspek ini penting bagi mewujudkan
satu hubungan yang efektif dan keterlibatan klien secara langsung dalam
kaunseling terhasil. Klien yang hadir ke setiap sesi kaunseling dengan sikap
yang terbuka akan menerima dan menghasilkan kesan positif dalam hubungan
terapeutik bersama kaunselor.

Borang persetujuan
Kaunseling melibatkan permasalahan dan hubungan yang unik antara kaunselor
dengan klien. Sehubungan itu, sebelum satu-satu hubungan terapeutik
dimulakan, kaunselor akan memastikan klien bersetuju untuk mendapatkan
kaunseling dengan matlamat yang boleh dicapai oleh klien itu sendiri. Tujuan
menandatangani borang persetujuan itu adalah bermotifkan serampang dua
mata iaitu selain melindungi (safeguard) hak-hak dan kepentingan klien, ia
juga menjaga dan melindungi hak-hak dan profesion sebagai seorang kaunselor
sewaktu menjalankan tugas.

Kerahsiaan
Malaysia perkara utama yang ditakuti oleh klien sekiranya maklumat dan
hak peribadi mereka disalahgunakan. Etika kaunseling menitikberatkan

1 Teori Kaunseling A.indd 13

28/05/2014 14:40:38

14

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

aspek kerahsiaan bagi melindungi hak peribadi klien itu. Di negara ini aspek
kerahsiaan yang dibolehkan bagi kaunselor untuk melaporkan kepada pihak
yang bertanggungjawab dan berwajib sekiranya ia melibatkan jenayah seksual
kanak-kanak. Menurut Akta Perlindungan Kanak-kanak Malaysia 2001, kanakkanak adalah terdiri daripada individu yang berumur 18 tahun ke bawah.
Jenayah seksual yang melibatkan remaja 16 tahun ke bawah diklasifikasikan
sebagai jenayah rogol dan kaunselor boleh melaporkannya kepada pihak yang
berwajib untuk tindakan

Pembuat keputusan
Proses kaunseling melibatkan kedua-dua kaunselor dan klien untuk mencapai
matlamat iaitu perkembangan positif dan hubungan yang lebih baik dengan diri
serta masyarakat sekeliling. Mengenal pasti, perlu ditekankan tugas kaunselor
adalah untuk membantu klien sedar bahawa mereka yang bertanggungjawab
membuat keputusan dalam proses kaunseling dan kaunselor tidak meletakkan
sebarang syarat mahupun membimbing serta memberi nasihat kepada klien.
Tujuan utama ialah supaya klien mendapat celik akal dan memahami teknikteknik serta mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk menanganinya secara
efektif dan berkesan. Segala keputusan yang diambil menjadi tanggungjawab
klien itu sendiri untuk mengharungi masa depannya.

Sosiobudaya
Dalam konteks kaunseling, kaunselor dituntut agar sedar dan peka terhadap
nilai, pegangan serta aspek sosial dan budaya klien tersebut. Kepekaan yang ada
dalam diri kaunselor itu membolehkan kaunselor memahami klien itu secara
dekat dan secara tidak langsung membolehkan klien berasa selesa dengan
kaunselor walaupun mereka adalah daripada kaum, bangsa dan latar belakang
agama yang berbeza. Klien mungkin mengalami pengalaman-pengalaman
sosial dan budaya yang sangat berlainan dengan kaunselor. Dengan kata
lain, kaunselor perlu mempelajari dan memahami karakteristik budaya dan
nilai-nilai yang dipegang oleh klien mereka. Kaunselor perlu faham bahawa
setiap individu itu berbeza dan unik. Proses kaunseling tanpa memahami latar
belakang sosiobudaya klien menyebabkan kaunselor belum memenuhi kriteria
etika profesion sebagai kaunselor

Tempoh dan cara penyimpanan maklumat


Setiap kaunselor mempunyai rekod setiap klien yang melalui proses kaunseling.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kaunselor tersebut untuk memastikan setiap
rekod klien disimpan di tempat selamat dan berkunci. Tempoh penyimpanan

1 Teori Kaunseling A.indd 14

28/05/2014 14:40:38

Perkhidmatan Kaunseling

15

maklumat atau rekod klien juga perlu dititikberatkan bagi memastikan rujukan
padamasa hadapan boleh dibuat. Pelupusan rekod yang lama juga perlu
dilakukan mengikut kaedah pelupusan yang dibenarkan. Mengikut standard
pelaksanaan yang dilakukan di Jabatan Kerajaan, pelupusan rekod hanya boleh
dibuat selepas lima tahun penyimpanan walau bagaimanapun, penyimpanan
dan pelupusan rekod boleh dilaksanakan mengikut prosedur standard bagi
setiap agensi kaunseling. Ada antara jabatan atau agensi yang melupuskan
rekod selepas lima tahun di atas faktor kos dan ruang penyimpanan yang terhad.
Bagi membantu anda memahami buku ini dengan lebih berkesan, satu
kajian kes telah dirujuk iaitu Kajian Kes: Kisah Kehidupan Laila. Kajian
kes ini adalah untuk memudahkan pemahaman anda apabila setiap contoh
dikaitkan dengan perbandingan serta teori-teori yang ingin diaplikasikan.
Secara ringkas, kajian kes ini telah diolah bagi memudahkan anda membuat
perkaitan dengan teori dan tidak merujuk kepada mana-mana kes sebenar dan
tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang
masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Kajian Kes: Kisah Kehidupan Laila

Laila dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak besar dan merupakan
seorang anak sulung daripada tujuh beradik. Laila mempunyai lima orang
adik lelaki dan seorang adik perempuan. Ayah Laila bertugas sebagai seorang
askar sukarela dan ibunya bertugas sebagai housekeeper di sebuah hotel di
Kuala Lumpur. Memandangkan struktur kewangan keluarga Laila tidak kukuh
padawaktu itu, ayahnya terpaksa berniaga sebagai penjual burger di sebelah
malam untuk menyara keluarga manakala ibunya bekerja mengikut syif dan
sering kali, Laila ditinggalkan di rumah pengasuh yang terletak bersebelahan
dengan rumah sewa ibu bapanya. Anak-anak pengasuh, seorang lelaki dan
perempuan turut membantu menjaga Laila sewaktu ibu mereka keluar ke kedai.
Kisah hidup Laila bermula sewaktu dia berumur dua tahun dan masih
menghantuinya sehingga kini. Anak pengasuh, Siti yang diamanahkan oleh
ibu beliau untuk menjaga Laila telah pada suatu hari menyuruhnya masuk ke
bilik untuk tidur. Laila yang masih kecil hanya mengingati bahawa dia telah
disuruh untuk naik ke atas katil bersama Siti dan ianya berada di luar jangkaan
Laila apabila beliau telah dicabuli oleh seseorang yang dianggapnya sebagai
seorang kakak. Kejadian tersebut telah dilihat dan dihentikan oleh anak lelaki
pengasuhnya, Sabri iaitu abang kepada Siti. Sangkanya panas sampai ke petang,
tetapi hujan di tengah hari. Anak pengasuh lelakinya pula yang telah mengambil
kesempatan untuk menodai Laila dan merogolnya. Laila yang masih tidak
tahu apa-apa hanya menangis dan menjerit kesakitan tetapi mulutnya ditekup
dengan tangan Sabri. Kejadian itu hanya berlaku sekali sahaja namun telah
menggores luka yang amat dalam dan pedih sehingga kini, tiga dekad dan

1 Teori Kaunseling A.indd 15

28/05/2014 14:40:38

16

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

sembilan tahun kemudian. Kejadian tersebut tidak pernah diceritakan kepada


sesiapa termasuk kedua ibu dan ayahnya kerana Laila tidak faham apa yang
telah berlaku kepada dirinya sehinggalah dia berada di alam remaja.
Ibu dan ayah Laila sungguhpun sibuk tetapi amat menyayangi Laila yang
amat petah dan manja apatah lagi sebagai anak sulung dalam keluarga tersebut.
Apabila mereka melihat perubahan dalam diri Laila yang menjadi pendiam
dan kadang kala menangis dan menjerit-jerit, mereka pun bersependapat
untuk berpindah ke rumah nenek Laila di sebelah ibunya di Kuala Lumpur
agar Laila dan adik lelakinya yang baru dilahirkan mendapat penjagaan
sempurna. Namun begitu, kerana kesempitan wang, adiknya dijaga oleh ibu
saudaranya untuk sementara waktu. Apabila ibu dan ayah Laila bekerja, Laila
terpaksa mengikut nenek dan datuknya keluar berniaga dan apabila penat, Laila
tidur di dalam kotak gerai makanan. Pada suatu hari, Laila telah keluar dari
dalam kotak gerai makanan apabila tersedar dari tidur dan merayau-rayau di
kawasan sekeliling. Seorang pakcik tua berkopiah telah menghampiri Laila dan
mengajaknya ke tandas wanita. Tanpa mengetahui hasrat lelaki tua tersebut,
Laila telah membenarkan dirinya dipimpin oleh lelaki tua itu ke tandas wanita
dan sekali lagi beliau telah dicabuli. Laila, berumur di dalam lingkungan empat
tahun masih tidak faham tindak tanduk lelaki tersebut dan hanya membiarkan
dirinya diperlakukan sebegitu. Kehilangan Laila kemudiannya disedari oleh
nenek dan datuk Laila yang kemudiannya menjumpainya merayau-rayau
berhampiran tandas wanita tersebut. Sekali lagi, kejadian yang menimpa Laila
telah dirahsiakan olehnya daripada pengetahuan ibu, bapa, nenek dan datuknya.
Kejadian tersebut masih segar dalam ingatan Laila dan beliau
mengalami trauma dan sering kali melihat ulang tayang kejadian di dalam
benak fikirannya terutamanya apabila bersendirian. Walau bagaimanapun,
kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarganya menjadikan Laila semakin
hari semakin bersemangat untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik.
Sepanjang pembelajarannya bermula dari sekolah tadika sehingga ke sekolah
menengah, Laila merupakan seorang pelajar yang amat pintar, tegas, berkaliber,
bersemangat kesukanan yang tinggi dan sering dilantik mengetuai pelbagai
persatuan, unit beruniform dan sukan. Memandangkan Laila bersekolah
di sekolah yang terdiri daripada pelajar perempuan sahaja, Laila tidak
mempunyai masalah dalam perhubungan dan komunikasi sesama rakan sebaya.
Sejarah silamnya ingin dilupakan dan Laila mencuba melalui hari-hari yang
mendatang dengan menjadi seorang yang amat kompetitif dalam apa sahaja
yang dilaksanakannya.
Laila merupakan seorang gadis yang cantik, pandai berkata-kata dan
disenangi kalangan rakan sebaya sewaktu zaman remajanya. Selepas diterima
masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh atas kejayaannya memperoleh
keputusan cemerlang selepas Sijil Rendah Pelajaran, beliau mula mendapat
perhatian daripada ramai rakan lelaki sebaya dan tidak kurang juga daripada

1 Teori Kaunseling A.indd 16

28/05/2014 14:40:38

Perkhidmatan Kaunseling

17

seniornya. Laila mula berjinak-jinak dengan seorang rakan sebaya dan


mula belajar bercinta. Bait-bait cinta mula diungkapkan melalui surat yang
dihantar melalui rakannya yang bertindak sebagai posmen untuk menghantar
dan menerima surat daripada teman lelakinya yang berlainan kelas. Walau
bagaimanapun, persahabatan mereka hanya terjalin melalui surat. Pada masa
sama, Laila juga mempunyai seorang peminat iaitu lelaki yang berumur
setahun lebih muda daripadanya dan merupakan jurulatih acara sampan yang
dianggotainya. Kali ini Laila lebih serius dan telah pun terlanjur bersama
jurulatihnya selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kegiatan
seks Laila tidak dapat dihidu oleh ibu bapanya yang terlalu mempercayai
anak tunggal perempuan mereka. Terjebaknya Laila dengan seks telah
mengakibatkan ketagihan yang tidak dapat dibendung. Walau bagaimanapun,
Laila bernasib baik kerana tidak pernah hamil buat waktu itu
Apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan, Laila telah berjaya
mendapat penempatan di sebuah universiti luar negara dan sebelum itu perlu
mengambil matrikulasi di Pusat Persediaan Pelajar sebelum dihantar ke luar
negara. Sekali gus, menjadikan Laila lebih mudah untuk melakukan kegiatan
seksnya tanpa kawalan ibu bapa. Setahun kemudian, Laila menjejakkan kaki di
bumi asing untuk terus menuntut ilmu. Di sana, Laila telah bertemu dengan teman
lelakinya yang mempunyai rupa paras yang kacak dan mereka bersekedudukan
sepanjang tempoh pengajian di luar negara. Kehidupan peribadi Laila tidak
pernah mengganggu pembelajarannya dan akhirnya dia berjaya menggenggam
segulung ijazah.
Laila menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya dan telah mendapat
pekerjaan yang baik di Kuala Lumpur. Berjauhan daria kekasih hati,
membuatkan Laila mempunyai ramai teman lelaki yang menjadi penemannya di
kala sunyi dan telah beberapa kali terlanjur lalu menggugurkan kandungannya.
Laila dibesarkan dalam keluarga yang penyayang, dan walaupun Laila tahu
mengenai hukum hakam, agama dan dosa, ketagihan seks yang dialaminya
tidak dapat dibendung dan sering kali membelenggu dirinya. Namun begitu,
selepas enam kali menggugurkan kandungan, Laila mula sedar sudah tiba masa
untuknya berumah tangga dan seperti isteri lain, dia juga mengimpikan seorang
suami yang boleh menjadi imam dan memimpinnya ke jalan yang benar. Laila
telah berkenalan dengan seorang ahli perniagaan dan mereka kemudiannya
melangsungkan perkahwinan tiga bulan selepas perkenalan pertama.
Perkahwinan yang dilangsungkan tidak membuahkan kebahagiaan
kerana perkahwinan tersebut hanya dapat bertahan tiga tahun dan Laila
dikurniakan dengan tiga orang anak, dua lelaki dan satu perempuan. Sepanjang
perkahwinan, Laila berendam air mata kerana dia menyedari sebenarnya dia
merupakan isteri kedua suaminya. Laila makin tersedar bahawa apa yang
terjadi pada dirinya sewaktu kecil telah membentuk dirinya kini dan berazam
untuk keluar dari belenggu masalah tekanan emosi yang dialaminya. Pertama

1 Teori Kaunseling A.indd 17

28/05/2014 14:40:38

18

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

sekali, Laila telah membuat tuntutan fasakh di mahkamah dan berjaya


mendapat keadilan daripada penganiayaan setahun kemudian. Tuntutan
fasakh dibuat atas alasan suaminya sering kali meninggalkan Laila dan anakanak tanpa khabar berita lebih daripada empat bulan tanpa sebarang nafkah
zahir dan batin. Realitinya, suami Laila telah pergi ke luar negara atas alasan
menjalankan perniagaan selama lebih sembilan bulan dan tidak pernah tahu
bahawa sebelum ditinggalkan, Laila telah pun mengandungkan anak mereka
yang bongsu. Selama ditinggalkan, Laila mengalami tekanan yang amat tinggi
namun merahsiakan apa yang dialaminya daripada pengetahuan kedua ibu
bapanya. Sifat penuh rahsia Laila telah mengakibatkan dia mengalami post
partum atau meroyan dan membuatkan Laila sering menangis, menjerit-jerit,
marah, dan mengalami tekanan depresi yang tinggi. Selepas proses penceraian
selesai, Laila menjadi lebih tenang dan rasional memikirkan apa yang perlu
dilakukannya untuk masa depan anak-anaknya.
Laila mula bekerja semula kerana sepanjang perkahwinan, dia menjadi
suri rumah sepenuh masa dan mempunyai motivasi diri yang amat tinggi. Dia
bekerja keras untuk mendapat pengiktirafan (recognition) daripada semua orang
di tempat kerjanya dan kerap mendapat kenaikan pangkat. Sewaktu Lili, anak
perempuan bongsu Laila berusia tiga bulan, Laila berkenalan dengan seorang
lelaki Cina yang amat menyayangi Laila dan anak-anaknya, dan kemudiannya
mereka berkahwin tetapi tidak mempunyai cahaya mata bersama. Perkenalan
mereka selama lapan tahun berjaya membuka hati Laila untuk berkahwin
semula atas dasar cinta dan kepercayaan yang amat tinggi. Usia perkahwinan
mereka yang masih muda bergolak akibat sikap Laila yang panas baran dan
sering menyalahkan suami dan anak-anak walaupun kesilapan itu amat kecil.
Suami Laila, Imran merupakan seorang yang amat penyayang dan penyabar.
Beliau beberapa kali cuba membantu Laila untuk menghilangkan rasa marahnya
terutamanya terhadap anak-anak. Sikap baran Laila telah menyebabkan anakanaknya lebih rapat dengan suaminya. Dia sedar bahawa semua masalah ini
berpunca daripada dirinya sendiri tetapi dia juga tahu kisah silamnya yang
menghantui dirinya sehingga kini dan menyebabkan dia menjadi seorang yang
panas baran. Akan tetapi, sikap panas baran Laila ini mudah reda, sebenarnya
dia merupakan seorang yang amat pemaaf dan penuh dengan kasih sayang,
tetapi tidak tahu cara untuk menunjukkan kasihnya terhadap orang lain.
Walau bagaimanapun, hubungan Laila dengan adik-beradiknya yang lain
agak baik. Mereka menghormati Laila kerana selain bijak, dia juga amat mudah
menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Namun, Laila amat tegas dengan
adik-adiknya terutama adik perempuan bongsunya. Beliau terlalu protective
terhadap adik bongsu perempuan dan anak perempuannya yang membuatkan
mereka berasa rimas. Laila sedar semua masalah adalah disebabkan dirinya
dan berasa tertekan dengan keadaan ini lalu berjumpa dengan kaunselor untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

1 Teori Kaunseling A.indd 18

28/05/2014 14:40:38

Perkhidmatan Kaunseling

19

Rumusan

Di Malaysia, program dan perkhidmatan kaunseling telah berkembang pesat


sejajar dengan arus kehidupan yang moden dan membangun. Masyarakat
majmuk di Malaysia rata-rata boleh menerima dan memahami kepentingan
program dan perkhidmatan kaunseling terhadap proses pembangunan diri
secara individu, keluarga, pasangan, kerjaya dan masyarakat di sekeliling.
Perkhidmatan dan program kaunseling yang pada asalnya bermula di
Amerika Syarikat dilihat sudah pun dapat membantu menerapkan nilai positif
bersesuaian dengan perbezaan silang budaya yang diterapkan di dalam diri
individu dan kelompok masyarakat di sini. Malaysia juga dibelenggu oleh
masalah perhubungan atau sosial, politik serta penerapan nilai murni dan
budaya terutamanya dalam kalangan muda-mudi yang lebih ghairah mengikuti
arus budaya negara Barat. Sehubungan itu, keperluan program kaunseling dan
aktiviti bimbingan ini telah menjadi keperluan dan kemestian kepada negara.
Walau bagaimanapun, masih wujud pelbagai tanggapan negatif
yang dilemparkan terhadap program kaunseling akibat faktor budaya oleh
masyarakat di sini. Stereotaip yang sering dikaitkan dengan klien yang
berjumpa dengan kaunselor adalah mereka tergolong dalam kalangan orang
yang bermasalah. Sukar untuk membuang tanggapan negatif tersebut sekiranya
masyarakat itu tidak didedahkan dengan kebaikan program kaunseling dan
bimbingan. Peranan kaunselor amat penting untuk membina kepercayaan
masyarakat khususnya dalam menangani stereotaip yang sering dikaitkan
dengan program dan perkhidmatan kaunseling. Bab ini juga menjelaskan
dengan terperinci mengenai perbezaan antara definisi nasihat, bimbingan dan
kaunseling. Profesion sebagai kaunselor dewasa ini telah pun dimartabatkan
sebagai satu kerjaya profesional dengan para ahlinya dikehendaki untuk
berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia.

1 Teori Kaunseling A.indd 19

28/05/2014 14:40:38

20

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

1 Teori Kaunseling A.indd 20

28/05/2014 14:40:38

Bab 2

Teori Psikoanalisis

Objektif

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Memahami struktur personaliti menurut psikoanalisis
2. Memahami tahap-tahap perkembangan psikoseksual menurut
psikoanalisis
3. Mengetahui jenis-jenis mekanisme bela diri yang biasa digunakan
4. Mengaplikasikan teknik-teknik psikoanalisis dengan baik

Pengenalan

Teori Psikoanalisis merupakan teori terawal yang menjadi asas kepada


pemahaman psikologi manusia. Semenjak pengenalan teori psikoanalisis oleh
Freud, ramai ahli psikologi yang mula membentuk teori-teori kaunseling dan
psikoterapi. Ianya mengkategorikan pemikiran manusia kepada sedar dan luar
sedar. Freud memperkembangkan teori ini hasil kajiannya tentang penyakit
histeria. Pelbagai teknik menarik diperkenalkan oleh Freud termasuk perkaitan
bebas, analisis mimpi dan analisis transferens. Melalui bab ini anda akan
mempelajari teori yang menarik dan masih menimbulkan kontroversi berikutan
kepercayaannya bahawa manusia didorong oleh naluri seksual.

2 Teori Kaunseling.indd 21

12/06/2014 10:08:58

Teori Kaunseling dan Psikoterapi


22
Gambaran Keseluruhan Teori

Gambaran Keseluruhan Teori


Teori Psikoanalisis
Pengasas Teori

Pandangan Tentang Sifat


Semulajadi Manusia
Andaian Asas dan
PrinsipTeori
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Proses Kaunseling

Teknik-teknik
Aplikasi Teori dalam
Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan
Teori
Aplikasi Kes Laila

Perkaitan Bebas
Pentafsiran
Analisis Mimpi
Analisis Transferens
Analisis Resistance

Rajah 2.1:

2 Teori Kaunseling.indd 22

Gambarajah Keseluruhan Teori Psikoanalisis

12/06/2014 10:08:58

Teori Psikoanalisis

23

Pengasas Teori

Sigmund Freud dilahirkan pada 6


Mei 1856 di sebuah pekan kecil
Freiberg di Moravia, Austria.
Bapanya seorang peniaga bulu
biri-biri yang memiliki sikap
yang menyenangkan. Ibunya
pula seorang suri rumah dan
merupakan isteri kedua yang
berusia 20 tahun lebih muda.
Ibunya berusia 21 tahun ketika
melahirkan Sigmund. Sigmund
Freud memiliki dua orang abang
tiri dan 7 orang lagi adik-beradik
kandung.
Rajah 2.2: Sigmund Freud (1856-1939)
Ibunya sangat menyayangi
Freud dan meletakkan harapan
yang tinggi pada Freud berbanding adik-beradiknya yang lain. Pada tahun
1860, keluarganya berpindah ke Vienna di mana Freud menghabiskan
sebahagian besar hidupnya. Freud merupakan seorang pelajar yang bijak
namun memiliki peluang pilihan kerjaya yang terhad akibat faktor kewangan
keluarga dan latar belakangnya sebagai Yahudi. Beliau memasuki University
of Vienna pada tahun 1873 dan memperoleh Ijazah Perubatan pada tahun 1881.
Pada tahun 1886 beliau mengahwini Martha Bernays dan memperoleh
enam orang anak. Anak bongsu Freud iaitu Anna berjaya mencipta nama sebagai
seorang ahli psikoanalisis kanak-kanak yang terkenal. Freud kemudiannya
menjalankan amalan psikiatrinya sendiri dan lazimnya mengendalikan keskes histeria dengan bantuan Joseph Breuer. Beliau menggunakan kaedah
hipnosis sebagai rawatan yang telah dipelajarinya dari Jean Charoot, seorang
ahli neurologi semasa berada di Paris.
Kes ternama yang pernah dikendalikan oleh Joseph Breuer bersama
Sigmund Freud ialah kes Anna O iaitu salah seorang pesakit Breuer dari 1880
hingga 1882. Breuer menamatkan rawatannya ke atas Anna setelah menyedari
yang Anna mula jatuh cinta dengannya. Namun kes Anna O telah menjadi salah
satu kes psikoterapi yang berpengaruh dalam bidang psikoanalisis.
Freud memulakan kaedah perkaitan bebas, analisis mimpi dan analisis
transferens. Freud telah berjaya menarik perhatian ramai ahli komuniti
perubatan melalui pendekatannya dan memiliki ramai pengikut. Namun ramai
juga yang menentang pendapatnya berkaitan dorongan seksual dan peringkatperingkat perkembangan psikoseksual manusia. Sikap Freud yang tidak boleh

2 Teori Kaunseling.indd 23

12/06/2014 10:08:58

24

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

menerima kritikan dari orang lain tentang teorinya telah menyebabkan dirinya
dijauhi oleh rakan-rakan seperjuangannya.
Pada tahun 1902, beliau mengasaskan pertubuhan yang akhirnya
dikenali sebagai Viennese Psychoanalytic Society (1908). Pertubuhan ini
mendapat pengiktirafan sosial apabila Freud menerima jemputan syarahan di
Clark University, Amerika Syarikat. Walaupun menerima pelbagai kritikan,
psikoanalisis terus berkembang hingga kini. Freud berhijrah ke England
sebelum Perang Dunia Kedua meletus dan Vienna menjadi tidak selamat untuk
orang Yahudi sepertinya. Freud meninggal dunia pada tahun 1939 akibat kanser
mulut dan rahang yang dihidapinya selama 20 tahun.

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia


Struktur Personaliti

Menurut Freud, Manusia memiliki tiga struktur personaliti yang utama iaitu
Id, Ego dan Superego.

Id
Id merupakan sistem personaliti yang asas dan bersifat neutral. Ia merupakan
sumber tenaga psikik asas dan desakan atau naluri. Id dikatakan wujud sejak
lahir dan ianya tak perlu dipelajari oleh individu. Id berfungsi berdasarkan
prinsip keseronokan (pleasure principle) dan merupakan sumber asal
libido. Matlamat id ialah memaksimumkan kepuasan atau keseronokan dan
mengurangkan atau mengelakkan kesakitan kepada individu. Personaliti id
boleh disifatkan sebagai tidak logik, tidak menghiraukan nilai-nilai moral
dan hanya pentingkan kepuasan diri. Dalam kata lain, id menurut keinginan
nafsu dan bertindak secara langsung untuk memuaskan keinginan tersebut.

Ego
Ego disifatkan tidak wujud sejak lahir, sebaliknya berkembang secara
berperingkat melalui persekitaran. Ia merupakan tonggak utama dalam
personaliti dan mewakili bahagian pemikiran rasional yang merancang
sesuatu untuk individu. Ego merupakan eksekutif sistem personaliti yang
menghubungkan manusia dengan realiti kehidupan. Tugas ego yang utama
ialah mengawal, mengarah dan menyelia personaliti individu menggunakan
pemikiran logik dan prinsip realiti. Ego juga berfungsi menyeimbangkan antara
kehendak id dengan kehendak sosial atau dunia luaran.

2 Teori Kaunseling.indd 24

12/06/2014 10:08:58

Teori Psikoanalisis

25

Superego
Superego turut dikenali sebagai hakim personaliti individu. Ianya mewakili
kod moral seseorang iaitu panduan tentang perkara buruk atau baik, betul atau
salah. Seperti ego, superego juga tidak dimiliki semenjak lahir. Sebaliknya
dipelajari melalui asuhan ibu bapa atau bimbingan individu lain semenjak
kecil. Superego mewakili keinginan ideal, bukannya keinginan sebenar.
Ianya mementingkan kesempurnaan dan bercanggah dengan id atau egoserta
berfungsi berdasarkan prinsip moral dan dengan itu, membendung sebarang
desakan id.

Tahap Perkembangan Psikoseksual


Freud berpendapat bahawa setiap individu akan melalui lima tahap
perkembangan psikoseksual pada awal kehidupan mereka. Menurut Freud,
kegagalan individu untuk melaksanakan tugas perkembangan di peringkat
ini akan mendatangkan masalah lekatan yang bermaksud mereka akan terus
bertingkah laku seolah-olah masih dalam peringkat tersebut walaupun sudah
dewasa. Perkembangan yang ideal akan menghasilkan individu yang mampu
menggunakan ego untuk mengawal id dan superego dengan berkesan.

Andaian Asas dan Prinsip Teori

Pemikiran Sedar, Separa Sedar dan Luar Sedar


Antara prinsip utama dalam psikoanalisis ialah prinsip sedar, separa sedar dan
prinsip luar sedar (bawah sedar). Pemikiran sedar merujuk kepada apa yang
anda sedari pada masa tertentu terutamanya persepsi masa kini, kenangan,
pemikiran, fantasi dan perkara lain yang anda sedari. Pemikiran separa sedar
meliputi apa-apa ingatan yang mudah diingati atau perkara yang mudah
dibawa ke paras sedar. Contohnya, kenangan masa kecil yang anda tidak
ingat dengan jelas sekarang tetapi anda masih boleh mengenangnya semula
apabila disuruh.
Menurut Freud, manusia tidak menghadapi banyak masalah dengan dua
lapisan pemikiran ini (sedar dan separa sedar) kerana ianya Cuma sebahagian
kecil dari stor ingatan manusia. Bahagian yang paling besar ialah pemikiran
bawah sedar di mana tersimpannya naluri, rangsangan, dan kenangan-kenangan
yang buruk serta emosi yang berkaitan trauma yang kita tidak mahu ingati
lagi. Freud berpendapat bahawa pemikiran bawah sedar merupakan sumber
motivasi dan semua keinginan manusia. Keinginan ini termasuklah keinginan
terhadap makanan, seks, kuasa dan banyak lagi.

2 Teori Kaunseling.indd 25

12/06/2014 10:08:58

26

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Jadual 2.1:

Tahap-tahap Perkembangan Psikoseksual Sigmund Freud

Tahap

Umur

Ciri-ciri

1. Oral

Lahir hingga Mendapat kepuasan melalui hisapan dan gigitan.


1 tahun
Sumber kepuasan ialah melalui zon mulut kerana
ia mendapat stimulasi yang lebih berbanding
bahagian badan yang lain.

2. Anal

1 hingga 2
tahun

Kepuasan diperoleh melalui tindakan menahan


dan menyingkirkan najis. Sumber kepuasan
ialah melalui zon dubur. Freud mengaitkan
perkembangan personaliti dengan amalan toilet
training yang diperoleh kanak-kanak.

3. Falik

3 hingga 5
tahun

Kepuasan dicapai melalui rangsangan pada organ


jantina dan melalui fantasi seksual. Peringkat
berlakunya kompleks Oedipus bagi lelaki dan
kompleks Elektra bagi perempuan. Kanak-kanak
lelaki dikatakan memiliki castration anxiety
iaitu mereka takut kehilangan organ jantinanya.
Sementara kanak-kanak perempuan mengalami
penis envy iaitu mereka merasa cemburu dengan
lelaki yang memiliki organ seksual yang lengkap.

4. Pendaman

6 hingga 11
tahun

Fantasi dan keinginan yang kurang bersesuaian


telah dapat dikawal, peringkat ini adalah lebih
tenang dan teratur. Namun demikian, memori
di tahap-tahap perkembangan terdahulu masih
segar dan akan mempengaruhi perkembangan
personaliti.

5. Akil baligh

12 tahun ke
atas

Remaja mula tunjukkan minat pada individu


berlainan jantina dengan cara yang bersesuaian
dengan hasrat mencari pasangan. Pada peringkat
ini sikap mementingkan diri adalah berkurangan.
Remaja menumpukan perhatian kepada hubungan
mesra, aktiviti bersosial dan berkumpulan,
perkahwinan dan membentuk keluarga. Peringkat
ini akan tamat apabila individu meninggal dunia
atau menjadi nyanyuk, yang mana satu dahulu.

Gambar rajah berikut menunjukkan illustrasi pemikiran sedar, separa


sedar dan bawah sedar seumpama bongkah ais dengan sebahagian besarnya
(luar sedar) mewakili personaliti id manusia dan hanya sebahagian kecilnya
(sedar) mewakili ego manusia.

2 Teori Kaunseling.indd 26

12/06/2014 10:08:58

Teori Psikoanalisis

27

Rajah 2.3: Struktur pemikiran dan personaliti manusia menurut psikoanalisis

Instinct (Naluri)
Perasaan naluri atau gerak hati merupakan daya motivasi atau dorongan
kepada manusia. Menurut Freud, terdapat dua jenis naluri iaitu naluri untuk
hidup (life instincts) atau dikenali sebagai libido dan naluri untuk mati (death
instincts) atau thanatos. Libido memotivasikan manusia untuk mendapatkan
makanan, minuman dan seks. Thanatos pula mewakili keinginan terpendam
individu untuk mati terutamanya jika kehidupannya sering dirundung malang.
Kematian dianggap jalan mudah untuk menghilangkan derita kehidupan.
Kedua-dua naluri ini merupakan sebahagian daripada id manusia dan
bertindak sebagai daya penggerak kepada proses psikologi dan motivasi
seseorang.

Simbol Freudian
Freud banyak menggunakan simbol-simbol untuk membuat pentafsiran mimpi
dan analisis transferens. Simbol Freudian ialah perwakilan yang diterima secara
sosial terutamanya melalui mimpi, berkaitan sebarang pemikiran, harapan
dan objek yang tidak disedari. Dalam rawatan psikoanalisis, simbol dalam
mimpi mewakili pelbagai maksud yang perlu dianalisis dan diterangkan agar
pemikiran bawah sedar boleh dibawa ke peringkat sedar.

2 Teori Kaunseling.indd 27

12/06/2014 10:08:58

28

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Mekanisme Bela Diri


Desakan id biasanya menyebabkan keresahan atau kebimbangan kepada
individu. Oleh sebab itu ego berasa terancam dan ini menyebabkan kehadiran
mekanisme bela diri untuk mengawal keadaan. Mekanisme bela diri akan
mengawal dan mengurangkan kebimbangan dengan memutarbelitkan realiti
melalui pelbagai cara. Terdapat beberapa jenis mekanisme bela diri yang
utama seperti Jadual 2.2.

Matlamat Terapi

Untuk mengaplikasikan psikoanalisis dengan baik, anda perlulah memahami


matlamat yang mesti dicapai melalui pendekatan ini. Berikut adalah beberapa
matlamat terapeutik pendekatan psikoanalisis:
1. Matlamat utama terapi psikoanalisis ialah membentuk semula struktur
personaliti individu iaitu id, ego dan superego agar beroperasi dengan
seimbang. Menurut Freud, individu adalah hasil masa lampau, maka
personaliti boleh diubah dengan memahami pengalaman tersebut.
2. Klien akan dibantu untuk menyedari semula pengalaman yang tak
disedari dan personalitinya yang berada di tahap luar sedar. Kaunselor
akan membantu klien mencapai celik akal tentang diri sendiri.
3. Membantu klien menyelesaikan isu di mana-mana peringkat
perkembangannya yang belum diselesaikan. Ini akan menolong klien
menghuraikan masalah lekatan dan hidup dengan lebih bermakna. Biasanya
proses ini akan mengambil masa yang lama dan terapi yang panjang.
4. Matlamat terakhir ialah membantu klien menangani tuntutan masyarakat
dengan sesuai. Segala tindakan perlu berlandaskan realiti bukan naluri
semata-mata. Dalam hal ini kaunselor psikoanalisis akan memperkukuhkan
ego agar persepsi dan perancangan hidup klien menjadi lebih realistik.

Peranan Kaunselor

Kaunselor psikoanalisis memainkan peranan sebagai pakar dalam sesi


kaunseling. Sebagai kaunselor psikoanalisis, anda perlu menerima klien
secara ikhlas dan reda dan tidak meletakkan nilai terhadap klien walaupun
klien neurotik. Kaunselor psikoanalisis menggalakkan klien untuk bercerita
tentang apa sahaja yang terlintas di ingatan terutamanya pengalaman semasa
membesar. Anda perlu menyediakan suasana yang membenarkan klien berasa
bebas untuk bercerita sementara anda banyak mendengar dan buat tafsiran.
Lazimnya kaunselor psikoanalisis akan menyuruh klien berbaring di
sebuah kerusi panjang sementara kaunselor duduk di kerusi pada hujung
kepala klien agar tidak dilihat oleh klien. Peranan anda ialah membantu klien
mencapai celik akal dengan menghidupkan kenangan lalu dan berusaha untuk

2 Teori Kaunseling.indd 28

12/06/2014 10:08:58

Teori Psikoanalisis

29

menyelesaikan konflik dalam dirinya. Ini akan menimbulkan kesedaran perkara


yang selama ini berada di bawah sedar. Anda perlu menggalakkan transferens
agar klien dapat menghadapi segala yang terpendam di pemikiran bawah
sedarnya dengan lebih realistik. Namun anda perlu memastikan bahawa tiada
kaunter transferens yang berlaku.
Jadual 2.2:

Jenis-jenis Mekanisme Bela Diri

Mekanisma bela diri


1. Pendaman

Keterangan dan contoh


Melupakan sesuatu peristiwa yang menyakitkan secara tidak
sedar. Mekanisme ini bertujuan mengelak realiti dan boleh
menyebabkan kecelaruan neurotik.

2. Penafian

Tidak mahu menerima hakikat sebenar dan menyatakan


sesuatu itu tidak benar atau tidak berlaku. Dengan sebab itu,
tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membaiki keadaan.

3. Rasionalisasi

Memberikan alasan yang intelektual kepada sesuatu kejadian


untuk mengesahkan tindakan atau mempertahankan ego yang
tercabar atau mengubati hati yang terluka.

4. Projeksi

Menyalahkan orang lain atas kegagalan atau kesilapan diri.


Berlaku kerana tidak dapat menerima realiti.

5. Pindah gantian

Melepaskan desakan kepada individu atau objek lain yang


lebih selamat. Tingkahla ku seperti ini biasanya berlebihan
apabila orang yang menjadi gantian menjadi tempat
meluahkan perasaan berbanding orang yang berkait secara
langsung dengan perasaan tersebut. Pindah gantian berbentuk
positif dipanggil sublimasi, sementara pindah gantian
berbentuk negatif dipanggil displaced aggression.

6. Pembentukan reaksi

Menunjukkan tingkah laku yang bertentangan dengan


perasaan sebenar yang dipendam atau menggantikan desakan
id yang boleh menimbulkan masalah dengan sesuatu yang
bertentangan.

7. Regresi

Menunjukkan tingkah laku yang telah dipelajari dan


mungkin berkesan semasa zaman kanak-kanak tetapi kurang
sesuai dan kurang matang berbanding usia sekarang.

8. Pampasan

Menutup satu kelemahan diri dengan membina diri dalam


bidang lain. Boleh bersifat positif atau negatif.

9. Introjeksi

Mengambil atau menerima nilai orang lain sebagai usaha


untuk menutup tingkah laku sendiri atau sebagai usaha untuk
melindungi diri.

10. Pengenalpastian

Meniru amalan orang lain untuk meningkatkan esteem


kendiri. Mengurangkan kerisauan dan takut seseorang untuk
hadapi realiti dan membantu menyelesaikan masalah dengan
lebih realistik.

2 Teori Kaunseling.indd 29

12/06/2014 10:08:58

30

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Proses Kaunseling
Fokus Utama

Dalam proses terapi psikoanalisis, tugas utama kaunselor ialah membawa


perkara yang tidak disedari ke tahap sedar. Oleh itu dua fokus utama
dalam terapi ini ialah penggunaan perkaitan bebas dan transferens. Untuk
melaksanakan ini, klien akan disuruh berbaring di atas kerusi panjang sambil
memandang ke arah yang bertentangan dari kaunselor dan menyatakan apa
sahaja yang terlintas di fikiran. Klien disuruh memandang ke arah yang
bertentangan dengan kaunselor supaya kewujudan dan bahasa badan kaunselor
tidak mempengaruhi perkaitan bebas yang dilakukan oleh klien. Kaunselor
akan memerhati, mendengar dan mentafsirkan perkaitan bebas tersebut dari
semasa ke semasa. Klien pula akan membuat refleksi dan memberi maklum
balas kepada pentafsiran tersebut.

Proses Terapi
Secara amnya, proses terapi psikoanalisis berlaku dalamempat fasa iaitu:
1. Fasa pembukaan
2. Mewujudkan transferens
3. Menghadapi transferens
4. Menyelesaikan transferens
Berikut adalah penerangan mengenai keempat-empat fasa tersebut.

1. Fasa pembukaan
Terdapat dua bahagian utama dalam fasa ini. Pertama, anda perlu menjalankan
temu bual untuk menentukan masalah klien dan menentukan kesesuaian
analisis. Kaunselor akan menerangkan tentang pelaksanaan sesi terutamanya
tanggungjawab kaunselor dan klien. Kedua, klien akan mengambil tempat
di atas kerusi panjang dan sebarang kata-kata dan tingkah laku klien akan
diperhatikan dan direkodkan. Kaunselor akan mengumpulkan maklumat
berdasarkan perkara-perkara sedar dan bawah sedar klien dan menggunakan
mimpi, fantasi, perkaitan bebas dan mekanisme bela diri yang ditunjukkan
oleh klien untuk membangkitkan celik akal.
2. Mewujudkan transferens
Dalam terapi psikoanalisis, transferens adalah digalakkan agar anda dapat
menganalisis cara klien merespons kepada seseorang yang signifikan dalam
kehidupannya. Sehubungan itu anda mesti peka dengan kemungkinan
wujudnya kaunter transferens. Kaunter transferens ialah keadaan yang berlaku

2 Teori Kaunseling.indd 30

12/06/2014 10:08:58

Teori Psikoanalisis

31

apabila anda sebagai kaunselor pula yang mengaitkan dan menganggap klien
sebagai seorang yang signifikan dalam kehidupan anda akibat daripada isu
yang belum selesai. Kaunselor perlu mengatasi kaunter transferens dengan
baik agar ianya tidak mengganggu analisis transferens yang dijalankan ke
atas klien. Proses analisis menjadi lebih teguh apabila kedua-dua kaunselor
dan klien mendapat kesedaran terhadap kewujudan transferens dan kaunter
transferens dalam hubungan terapeutik tersebut.

3. Menghadapi transferens
Fasa ini berkaitan dengan fasa terdahulu iaitu anda perlu terus menganalisis
transferens klien agar mendapat penjelasan dan kefahaman yang lebih
mendalam tentang situasi yang dihadapi klien. Adakalanya klien akan bersikap
resistant dan menggunakan mekanisme bela diri untuk mengelakkan pemikiran
bawah sedarnya menjadi pemikiran sedar terutamanya jika ia melibatkan
pengalaman dan perasaan yang kurang menyenangkan. Oleh itu anda perlu
mahir menangani sebarang resistant yang dialami oleh klien.
4. Menyelesaikan transferens
Apabila anda dan klien mencapai persetujuan bahawa segala konflik telah
selesai, maka anda boleh menetapkan pertemuan untuk menamatkan sesi.
Peringkat ini perlu anda gunakan untuk menangani sebarang pergantungan
neurotik klien terhadap anda. Kemungkinan klien anda sukar untuk melepaskan
hubungan terapi kerana masih ada transferens yang belum selesai. Oleh itu anda
perlu menyelesaikan sebarang transferens yang masih wujud dan seterusnya
menamatkan sesi.

Teknik-Teknik
Jadual 2.3:

Teknik-teknik Psikoanalisis

Teknik-teknik Penjelasan
Free
association
(perkaitan
bebas)

Melalui teknik ini klien diminta tenangkan diri dan cuba ingat semula
kejadian masa lampau sama ada pengalaman semasa membesar
atau pengalaman emosional. Klien bebas dan boleh luahkan apa
sahaja walau di luar kebiasaan, kelihatan bodoh, tidak rasional atau
menyakitkan hati. Dalam situasi ini id akan bersuara, ego diamkan
diri (Freud 1936).
Contohnya kaunselor meminta klien bercakap apa yang terlintas di
mindanya berkaitan ibu tanpa sebarang batasan. Perkara-perkara
bawah sedar akan memasuki pemikiran sedar dan kaunselor terokai

2 Teori Kaunseling.indd 31

12/06/2014 10:08:59

32

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik Penjelasan
isu yang timbul dengan membuat tafsiran. Jika klien menggunakan
sebarang mekanismebela diri, kaunselor akan berusaha untuk
membuang halangan ini.
Contoh: Sekiranya klien terus bertindak memendam perasan
sebenarnya terhadap ibunya walaupun dia sebenarnya terluka, maka
kaunselor akan menyedarkan bahawa dia perlu menghadapi perasaan
tersebut dengan bercakap tentangnya.
Analisis mimpi Klien diminta menceritakan mimpinya kepada kaunselor. Freud
mempercayai bahawa mimpi merupakan sumber untuk memahami
pemikiran bawah sedar. Mimpi dianggap sebagai jambatan kepada
realiti. Menurut mimpi merupakan cubaan untuk memenuhi
keinginan kanak-kanak dan keinginan seksual yang tidak diendahkan.
Oleh itu, klien disuruh bermimpi dan mengingati mimpi mereka.
Terdapat 2 jenis maksud yang dipentingkan apabila menganalisis
mimpi iaitu maksud tersurat (manifest content) dan tersirat (latent
content). Penggunaan atau kewujudan simbol-simbol yang perlu
diterokai dan ditafsirkan oleh kaunselor. Ada simbol yang jelas dan
ada yang kabur dan sukar ditafsirkan.
Contoh: Seorang klien bermimpi berada dalam sebuah rumah yang
besar dan mewah tetapi klien tidak berasa seronok berada dalam
rumah tersebut kerana hatinya lebih tertarik kepada keindahan di
luar tingkap. Ini mungkin membawa maksud bahawa klien inginkan
kebebasan walaupun kehidupannya dirasakan agak sempurna. Klien
mungkin mencari sesuatu yang baru dalam kehidupannya selain
daripada yang telah dimiliki.
Analisis
transferens

Transferens merupakan respons klien kepada kaunselor seolah-olah


kaunselor merupakan seseorang yang signifikan dalam hidupnya
pada masa lampau. Lazimnya kaunselor dikaitkan dengan personaliti
ibu bapa. Anda patut menggalakkan klien mengalami transferens
seterusnya menganalisis transferens tersebut. Kejayaan klien
menghadapi transferens yang berlaku akan meningkatkan pemahaman
diri klien dan membawanya ke peringkat perkembangan seterusnya.
Contoh transferens, apabila klien berkata:
Saya tak suka awak, awak macam ayah saya
Anda perlu teroka:
Boleh anda cerita tentang ayah anda? Kenapa anda kata saya
sepertinya?

Analisis
Resistance

2 Teori Kaunseling.indd 32

Adakalanya klien akan mengalami halangan untuk meneruskan terapi.


Ada klien yang bersikap resistent apabila diminta melaksanakan
perkaitan bebas, mengingati semula kisah lampau atau mimpi. Sikap
resistent mungkin juga dipamerkan dengan ketidakhadiran dan
keengganan untuk meneruskan sesi. Kewujudan halangan perlu anda

12/06/2014 10:08:59

Teori Psikoanalisis

33

Teknik-teknik Penjelasan
analisis serta-merta. Anda perlu mengalihkan resistant dan
mewujudkan kesediaan untuk berubah dan mencapai celik akal. Jika
analisis resistent tidak dilakukan, kemungkinan besar sesi terpaksa
ditamatkan kerana tidak mendapat kerjasama daripada klien.

Interpretasi
atau
Pentafsiran

Contoh dialog:
Klien: Saya rasa sesi kaunseling ini tidak akan membawa apa-apa
makna kepada saya. Tidak guna anda terus cuba membantu saya
Kaunselor: Saya boleh faham perasaan anda. Anda rasa sesi itu
tidak akan dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Boleh anda
terangkan kepada saya kenapa anda berfikiran begitu?
Interpretasi atau pentafsiran merupakan teknik yang dilaksanakan
bersama teknik lain yang terdahulu. Kemahiran ini bertujuan
membantu klien mencapai celik akal. Interpretasi atau pentafsiran
membantu klien melihat sesuatu isu dari sudut yang mungkin tak
disedari klien selama ini. Teknik ini menolong klien memahami
maksud pengalaman lampau dan semasa kerana ia memberi makna
kepada peristiwa lampau dan pengalaman klien. Melalui interpretasi
atau pentafsiran, pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien
akan diberikan makna yang berbeza. Pentafsiran yang baik tidak
menyinggung perasaan klien dan dilakukan pada masa yang sesuai.
Contoh dialog:
Kaunselor: Anda merasakan seolah diri anda selalu dirundung
malang. Sejak kecil hingga sekarang anda terpaksa menghadapi
perbagai dugaan dalam hidup sehingga ada kalanya anda rasa seperti
ingin mengalah. Tetapi hakikatnya anda tidak pernah mengalah. Apa
yang saya lihat ialah kekuatan anda untuk meneruskan kehidupan
dan sikap anda yang tidak pernah berputus asa. Anda amat beruntung
kerana memiliki semangat yang kental.

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Dari segi silang budaya, penerimaan teori ini bergantung kepada penerimaan
budaya terhadap konsep-konsep perkembangan yang telah dikemukakan oleh
Freud. Teori ini telah dikritik dengan hebatnya kerana terlalu menumpukan
kepada pengaruh perasaan seksual terhadap perkembangan individu. Ini
mungkin berlawanan dengan kepercayaan silang budaya tertentu yang
melihat perkara ini sebagai tabu dan sukar diterima. Banyak penjelasan lain
yang mungkin lebih digemari dalam budaya-budaya tertentu berbanding
menumpukan kepada perkembangan seksual.
Melihat dari perspektif agama Islam konsep id, ego dan superego boleh
disamakan dengan konsep nafsu dan akal. Namun, Freud percaya bahawa id
adalah elemen yang paling nyata dalam personaliti manusia dan oleh itu manusia
sentiasa dilihat sebagai kalah kepada nafsu seolah-olah manusia ini sentiasa

2 Teori Kaunseling.indd 33

12/06/2014 10:08:59

34

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

negatif. Sebaliknya agama Islam melihat manusia sebagai makhluk yang boleh
mengawal nafsunya dengan baik dengan bantuan akal fikiran yang waras.
Ada juga yang berpendapat cara terapi psikoanalisis yang terlalu
liberal memberi kebebasan kepada klien untuk mengalami transferens dan
menyelami semula perasaan bawah sedarnya sebagai terlalu tidak berstruktur
dan membuang masa. Masyarakat Asia mungkin lebih menyukai cara yang
berstruktur dan pendekatan yang lebih berorientasikan penyelesaian masalah
berbanding kaedah tidak direktif seperti psikoanalisis. Teori psikoanalisis lebih
menekankan kepada pembentukan personaliti dalam jangka masa panjang dan
bukannya penyelesaian masalah masa kini.
Dalam masyarakat Asia yang penuh dengan peraturan dan garis
panduan hidup yang boleh dikatakan autoritatif, cara terapi psikoanalisis
yang memberi ruang kepada klien untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya
atau mendedahkan maklumat tentang cara dia dibesarkan oleh keluarga dan
pengalaman masa lampau mungkin dianggap melanggar etika sistem keluarga.
Sebagai masyarakat yang mementingkan nilai-nilai kekeluargaan, keagamaan
dan kemasyarakatan berbanding nilai peribadi, kaedah yang digunakan dalam
terapi psikoanalisis boleh dianggap sebagai invasion of privacy.
Namun demikian, konsep-konsep tentang mekanisme bela diri masih
dilihat sebagai signifikan dalam memahami tingkah laku-tingkahl aku klien
dalam mempertahankan ego semasa situasi-situasi tertentu. Tanpa mengira
batasan budaya dan agama, setiap daripada individu pastinya memiliki atau
mempamerkan mekanisme bela diri bila berada dalam situasi yang dianggap
mengancam harga diri dan kepercayaannya tentang sesuatu perkara.

Kelebihan dan Kelemahan Teori

Teori psikoanalisis merupakan teori terawal yang membantu ahli-ahli psikologi


dan kaunselor untuk memahami tentang personaliti manusia. Bermula dengan
teori yang dibangunkan oleh Freud ini, pemikirpemikir lain dalam bidang
psikologi mula mencari kemungkinan-kemungkinan lain yang menyumbang
kepada pembentukan personaliti manusia. Dengan itu bidang psikologi
semakin berkembang pesat dengan tercetusnya teori psikoanalisis yang
dipelopori oleh Freud.
Teori ini menumpukan kepada elemen pemikiran bawah sedar yang
adakalanya kurang diambil kira sebagai memainkan peranan penting dalam
hidup seseorang. Banyak tindakan manusia yang kadangkala tidak dapat
difahami telah dapat dijelaskan oleh Freud melalui kaedah analisis transferens,
analisis mimpi dan hipnosis. Ini telah membuka lembaran baru kepada dunia
penyembuhan psikologi kerana individu adakalanya bergerak atas kehendak
naluri dan bukannya dengan pemikiran rasional semata-mata.
Teori psikoanalisis ini juga merupakan yang pertama membincangkan
tentang pengaruh pengalaman zaman kanak-kanak terhadap pembentukan

2 Teori Kaunseling.indd 34

12/06/2014 10:08:59

Teori Psikoanalisis

35

personaliti individu. Ia menumpukan kepada betapa pentingnya hubungan


antara ibu bapa dengan anak di peringkat awal, justeru itu menjurus kepada
pengajian kontempori tentang perkembangan kanak-kanak.
Di sebalik sumbangan teori ini kepada dunia pendidikan psikologi,
banyak kritikan telah diterima berkaitan teori ini. Selain dikritik kerana terlalu
menumpukan kepada perkembangan seksual, ia juga dikritik kerana telah
dikembangkan berdasarkan pengalaman peribadi Freud dengan klien daripada
golongan yang tertentu sahaja iaitu golongan bangsawan zaman Victorian dan
bilangan klien yang terlibat adalah terhad menyebabkan agak tidak realistik
untuk digeneralisasikan kepada semua kelompok populasi secara am.
Pendekatan Psikoanalisis hanya digunakan secara meluas dalam kalangan
golongan pertengahan dan atasan di Amerika Syarikat memandangkan kos
rawatan yang tinggi berikutan masa terapi yang lama. Memandangkan terapi
psikoanalisis lazimnya menyelami fikiran bawah sedar tentang pengalamanpengalaman silam, masa terapi mungkin mengambil masa berbulan-bulan.
Oleh itu ianya bukanlah terapi yang sesuai untuk golongan kelas bawahan
kerana kosnya yang tinggi. Jangka masa terapi yang lama juga menyebabkan
ia kurang sesuai digunakan dalam seting pekerjaan memandangkan individu
zaman sekarang yang sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan khidmat
kaunseling psikologi yang lebih ringkas dan efektif dengan segera.

Aplikasi Kes Laila

Kaunselor memulakan sesi dengan menemu bual klien untuk menentukan


masalahnya dan menentukan kesesuaian analisis. Dalam temu bual pertama,
masalah klien akan ditentukan dan keputusan dibuat sama ada analisis
diperlukan. Untuk tujuan itu, kaunselor perlu meneroka tentang sejarah
hidup klien termasuk pengalaman zaman kanak-kanaknya, sejarah keluarga,
pencapaiannya dan hubungannya dengan orang sekeliling. Kaunselor akan
merekodkan maklumat berdasarkan penceritaan klien meliputi perkara-perkara
sedar dan bawah sedar. Kaunselor cuba memahami konflik yang dihadapi
oleh Laila di samping menganalisisproses mental bawah sedarnya. Dengan
cara itu kaunselor akan lebih memahami pergolakan dalaman yang dialami
oleh Laila dan mekanisme bela diri yang wujud dalam diri Laila. Temu bual
awal ini mungkin akan mengambil masa agak lama memandangkan terapi
psikoanalisis memerlukan kaunselor untuk meneroka zaman awal kanak-kanak,
menggunakan perkaitan bebas dan menggalakkan transferens.
Kaunselor: Laila, saya ingin mengajak Laila mengingati kembali
zaman kanak-kanak Laila yang Laila rasakan berkaitan
dengan masalah ini. Laila boleh menceritakan apa sahaja
yang terlintas di fikiran Laila, tidak kira sama ada ianya
Laila rasakan pahit, menyakitkan, tidak logik atau walaupun

2 Teori Kaunseling.indd 35

12/06/2014 10:08:59

36

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

ianya nampak tidak begitu masuk akal. Saya akan berada di


sini sambil mendengar dan cuba memahami. Jangan sekat
pemikiran atau perasaan awak. Awak bebas bercerita.
Laila:

Tapi saya malu hendak menceritakan pengalaman saya.


Ianya membuatkan saya sendiri rasa tidak selesa. Hidup
saya penuh dengan pengalaman hitam.

Kaunselor: Tidak mengapa, anda anggaplah saya sebagai salah


seorang kawan baik anda yang anda percayai. Mungkin
daripada perbincangan ini kita akan dapat mencari cara
membantu anda menghadapi masalah ini dengan baik.
Apa kata anda jelaskan pada saya apa yang anda kaitkan/
maksudkan dengan pengalaman hitam tersebut.
Dari cerita Laila, kaunselor mendapati Laila telah mengalami zaman
kanak-kanak yang terganggu. Dia mengalami gangguan seksual seawal usia
2 tahun iaitu semasa berada di peringkat anal. Peristiwa yang berlaku telah
menyebabkan Laila mengalami esteem kendiri yang rendah. Ini berlanjutan
ke peringkat perkembangan seterusnya iaitu peringkat falik di mana Laila
sudah mula berasakan perasaan ingin tahu tentang organ kelaminnya. Ini
membuatkan Laila sering terfikir tentang perlakuan seks yang berlaku. Namun
Laila lebih banyak memendamkan perasaan kerana tidak tahu bagaimana untuk
menerangkan kepada ibu bapanya. Mekanisme bela diri secara pendaman ini
menyebabkan Laila sering dihantui mimpi atau mengalami pemikiran bawah
sedar yang terganggu. Pada masa sama Laila melalui kehidupannya dengan
membentuk formasi tindak balas yang lebih positif berikutan kasih sayang yang
ditunjukkan oleh kedua ibu bapanya, apabiladia mendapatkan perhatian atau
kasih sayang melalui pencapaian yang memberangsangkan dari segi akademik
dan sukan. Dalam peringkat pendaman (latensi) Laila bergaul dengan rakanrakan sebaya perempuannya dan lebih menumpukan kepada minat sosialnya.
Laila berjaya memendamkan keinginan seksualnya pada masa ini kerana dia
menggantikannya dengan aktiviti-aktiviti sukan dan persatuan di sekolah.
Namun tingkah laku Laila berubah apabila memasuki peringkat remaja
kerana dia sudah mula berminat dengan kaum lelaki. Laila mula menunjukkan
ciri-ciri personaliti yang lebih memenuhi kehendak idnya untuk memperoleh
keseronokan. Seks mula menjadi tumpuannya. Pada peringkat ini nampaknya
superego Laila gagal mengawal idnya dengan baik dan Laila mula terjerumus
dalam pergaulan seks yang tidak sihat dan sering tertarik kepada kaum lelaki
secara seksual. Secara tidak langsung ketagihan seks menjadi fokus pemikiran
bawah sedarnya. Akibatnya Laila terus mengikut kehendak id sehingga lupa
kepada nilai-nilai moral sehingga pernah bersekedudukan semata-mata kerana
inginkan keseronokan. Namun setelah menjadi semakin matang, Laila mula

2 Teori Kaunseling.indd 36

12/06/2014 10:08:59

Teori Psikoanalisis

37

menyedari kesilapannya dan superegonya dapat menguasai idnya dengan


lebih baik. Laila mula mencari jalan untuk memperbaiki personalitinya
yang telah terpesong dan mendirikan rumah tangga dengan harapan untuk
berubah. Namun masalah yang menimpa rumah tangganya menyebabkan
Laila kembali kepada mekanisme bela dirinya yang lama iaitu memendam
perasaan sehingga dia mengalami tekanan yang teruk. Ini juga menyebabkan
dia mengalami masalah rosotan iaitu menangis sehingga peringkat meroyan.
Setelah dapat berfikir dengan rasional Laila telah memohon perceraian dengan
suami pertamanya dan meneruskan hidup.
Dalam proses memperbaiki keadaan dirinya selepas perceraian, Laila
telah beralih kepada mekanisme diri yang lebih baik iaitu mencari pampasan
atau sesuatu yang boleh memberinya kepuasan selain seks dan menutupi
kelemahannya iaitu melalui kecemerlangan kerjaya. Namun masalah
dalaman personaliti Laila tetap menyebabkan Laila menghadapi masalah
selepas perkahwinannya yang kedua iajtu dia mempunyai mekanisme bela
diri pindahgantian agresif terhadap anak-anaknya. Laila sukar mengawal
kemarahannya terhadap mereka dan mempunyai mekanisme bela diri secara
projeksi yang negatif iaitu menyalahkan mereka serta individu-individu dari
masa lampaunya terhadap keadaannya sekarang. Ditambah lagi dengan kelahiran
adik bongsunya, Laila berasakan bahawa perhatian yang diberikan oleh ibunya
terhadapnya sudah berkurangan dan Laila berasa cemburu tidak bertempat.
Setelah memahami pemikiran sedar dan tidak sedar Laila kaunselor
akan cuba mengajak Laila menganalisis personalitinya dengan menggalakkan
transferens. Kaunselor meminta Laila menganggap kaunselor sebagai orang
yang signifikan dalam hidup iaitu sama ada ibu bapanya yang dirasakan
kurang memberikan perhatian kepadanya semasa kecilnya atau suaminya
dahulu yang pernah menyebabkan Laila mengalami tekanan yang teruk.
Melalui analisis transferens ini, Laila akan lebih peka kepada penyebab
pembentukan personalitinya. Kaunselor mengajak Laila untuk menyelesaikan
transferensnya secara bercakap tentang peristiwa-peristiwa lampau yang
pernah dipendamkan supaya peristiwa tersebut tidak lagi mengganggu
pemikiran bawah sedarnya dan menyebabkan dia mengamalkan mekanisme
bela diri yang tidak bermanfaat. Kaunselor akan cuba membuang transferens
tersebut melalui interpretasi dan menghasilkan celik akal kepada Laila supaya
dia dapat menggunakan egonya dengan lebih baik. Kaunselor juga menjalankan
interpretasi mimpi sekiranya Laila menganggap mimpinya masih mengganggu
pemikirannya. Laila dibantu untuk memahami maksud tersurat dan tersirat
yang berlaku dalam mimpinya dan dibimbing supaya membentuk pemikiran
sedar yang lebih rasional supaya Laila tidak lagi memendam perasaan negatif
atau meluahkannya secara tidak bersesuaian. Setelah Laila berjaya mencapai
celik akan dari dua-dua proses ini, maka kaunselor bolehlah menamatkan sesi
tersebut. Berikut adalah contoh dialog kaunselor dan klien yang menggunakan
teknik menggalakkan transferens, perkaitan bebas dan interpretasi.

2 Teori Kaunseling.indd 37

12/06/2014 10:08:59

38

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Kaunselor: Sekiranya saya adalah bekas suami awak yang pertama,


yang pernah menganiayai awak, apakah yang awak ingin
sampaikan supaya dia faham apa yang awak sebenarnya
rasakan semasa dalam perkahwinan tersebut? Boleh awak
cakap kepada saya perasaan awak itu seolah awak bercakap
dengannya? (menggalakkan transferens).
Laila:

Saya benci (Klien kelihatan sedih dan menundukkan


wajah)

Kaunselor: Benci beritahu lagi tentang benci itu (perkaitan bebas)


Laila:

Saya benci kerana dia tidak bimbing saya dengan baik.


Dia tidak pernah ajar saya tentang tanggungjawab hingga
saya lupa apa yang saya patut buat dalam kehidupan. Kami
sama-sama hanyut. Saya jadi marah bila mengenangkan
kisah lama kami

Kaunselor: Sekiranya saya adalah suami anda yang sekarang, adakah


anda turut rasa benci kepada saya?
Laila:

Tidak, pada suami saya sekarang saya tidak ada sedikit pun
perasaan benci. Tetapi saya rasa bersalah sebab dia sentiasa
sabar dengan saya walaupun tahu segala masalah silam
saya. Saya sayang dia sepenuh hati saya dan harap saya
akan dapat jadi isteri yang baik. (Klien sudah mengangkat
wajah dan bercakap dengan nada sayu)

Kaunselor: Maksudnya Laila sebenarnya langsung tidak benci atau


marah kepada suami sekarang, tetapi masalah Laila dengan
suami pertama menyebabkan Laila jadi seorang yang
pemarah kerana awak rasa awak belum tahu sepenuhnya
untuk menjalankan tanggungjawab. Betul ke begitu?
(Interpretasi)
Laila:

Ya mungkin pandangan kaunselor itu betul.

Proses kaunseling psikoanalisis lazimnya mengambil masa yang agak


lama. Laila mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk menyelesaikan
transferens dan membentuk semula struktur personaliti yang seimbang. Laila
dibantu oleh kaunselor menangani tuntutan masyarakat dengan sesuai dan
menjalinkan hubungan dengan ahli keluarganya berlandaskan realiti bukan

2 Teori Kaunseling.indd 38

12/06/2014 10:08:59

Teori Psikoanalisis

39

untuk memenuhi keperluan naluri semata-mata. Dalam hal ini kaunselor


psikoanalisis akan memperkukuhkan ego Laila agar persepsi dan perancangan
hidup Laila menjadi lebih realistik. Laila mungkin berasa tidak selesa sepanjang
sesi kerana terpaksa mengimbas kembali peristiwa-peristiwa pahit zaman awal
kanak-kanaknya yang mencetuskan masalah dalam pemikiran bawah sedarnya.
Namun ini dilihat sebagai sesuatu yang perlu dalam terapi psikoanalisis.
Menurut proses terapi psikoanalisis, hanya klien yang berjaya mencapai celik
akan dapat membuang halangan-halangan psikologi dalaman dan membentuk
personaliti yang lebih baik.

Rumusan

Secara keseluruhannya teori psikoanalisis ini menumpukan usaha membawa


elemen bawah sedar ke peringkat sedar agar klien dapat menghadapi
masalahnya dengan baik. Freud mempercayai bahawa manusia memiliki
naluri yang semulajadi untuk menikmati keseronokan dalam hidup. Namun,
untuk hidup dalam realiti manusia perlu menyesuaikan dirinya dengan baik
menggunakan sistem ego. Akibat daripada kegagalan menerima realiti maka
kita akan bertindak menggunakan mekanisme bela diri untuk mengurangkan
kebimbangan yang dihadapi. Oleh itu, pendekatan ini memperkenalkan
pelbagai teknik untuk membantu menyelaraskan semula struktur personaliti
manusia iaitu id, ego dan superego agar lebih seimbang. Pendekatan
psikoanalisis menimbulkan minat ahli psikologi untuk mengkaji dan
menghasilkan pendekatan untuk menangani masalah individu.
Bab ini telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan teori
psikoanalisis. Bab seterusnya akan membincangkan berkaitan teori pemusatan
klien.
Sepanjang pembelajaran topik ini anda telah mendapat manfaat-manfaat
seperti berikut:
1. Memahami struktur personaliti id, ego dan superego;
2. Mengetahui tahap-tahap perkembangan psikoseksual yang dilalui oleh
individu;
3. Mengetahui jenis-jenis mekanisme bela diri dan rasional di sebalik
kewujudannya; dan
4. Mengetahui proses dan teknik untuk menjalankan pendekatan
psikoanalisis dengan baik dalam sesi kaunseling individu.

Glosari
Id

2 Teori Kaunseling.indd 39

Sumber tenaga psikik asas atau naluri yang wujud


sejak lahir dan berfungsi berdasarkan prinsip
keseronokan (pleasure principle).

12/06/2014 10:08:59

40

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Ego

Superego

Mekanisme bela diri

Transferens

Perkaitan bebas

Analisis mimpi

2 Teori Kaunseling.indd 40

Personaliti yang mewakili bahagian pemikiran


rasional dan merupakan eksekutif sistem personaliti
yang menghubungkan manusia dengan realiti
kehidupan (reality principle)
Berfungsi sebagai hakim personaliti individu yang
mewakili kod moral seseorang iaitu panduan tentang
perkara buruk atau baik, betul atau salah (moral
porinciple)
Tindak balas untuk mengawal dan mengurangkan
kebimbangan dengan memutarbelitkan realiti melalui
pelbagai cara. Lihat jenis dan definisi mekanisme bela
diri yang disenaraikan.
Respons klien kepada kaunselor seolah-olah
kaunselor merupakan seseorang yang signifikan
dalam hidupnya padamasa lampau.
Proses apabila klien akan mengingati kisah lampaunya
secara bebas dan tanpa sebarang halangan. Klien
diminta relaks, mengimbas semula serta meluahkan
apa sahaja yang terlintas di fikirannya ketika itu
secara bebas.
Proses memahami dan mentafsir mimpi klien dengan
maksud tersurat (manifest content), tersirat (latent
content) termasuk penggunaan atau kewujudan
simbol-simbol akan dianalisis oleh kaunselor.

12/06/2014 10:08:59

Bab 3

Teori Pemusatan
Klien

Objektif

Di akhir bab ini anda seharusnya dapat:


1. Memahami andaian asas dan prinsip teori pemusatan klien
2. Memahami proses yang digunakan oleh kaunselor pemusatan klien
3. Mengaplikasikan teori pemusatan klien dalam kerja-kerja kaunseling

Pengenalan

Teori Pemusatan Klien merupakan teori yang mempunyai pandangan amat


berbeza dengan teori yang berasaskan psikodinamik seperti teori Psikoanalisis
dan teori Psikologi Individu Adler. Perbezaan asas yang ketara ialah teori
ini tidak menekankan tentang penerokaan peristiwa lepas sebagai satu cara
memahami masalah klien. Perkara yang ditekankan oleh teori ini ialah tentang
pentingnya kaunselor menerima dan memahami klien seadanya dan dengan
penerimaan dan kefahaman itu akan membolehkan klien memahami masalah
mereka seterusnya menggunakan sumber-sumber diri untuk berkembang.

3 Teori Kaunseling.indd 41

04/06/2014 16:19:51

42

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Gambaran Keseluruhan Teori


Teori Pemusatan Klien

Pengasas Teori

Andaian Asas dan Prinsip


Teori

Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor

Proses Kaunseling

Pengalaman Klien
Hubungan Kaunselor dan
Klien
Ketulenan

Elemen Penting

Empati

Penggerak Perubahan
Penerimaan Tanpa Syarat
Pemusatan Klien Pasca
Moden

Aplikasi Teori dalam


Seting Silang Budaya
Rajah 3.1:

3 Teori Kaunseling.indd 42

Gambaran Keseluruhan Teori Pemusatan Klien

04/06/2014 16:19:51

Teori Pemusatan Klien

43

Pengasas Teori

Pengasas teori ini ialah Carl


Rogers, yang dilahirkan pada
8 Januari 1902 di Oak Park,
Illinois, Amerika Syarikat.
Rogers merupakan anak
keempat daripada enam orang
adik-beradik. Jarak kelahiran
yang jauh antara Rogers dengan
adik bongsunya membolehkan
Rogers mendapat kedudukan
istimewa sebagai anak yang
paling muda selama lebih 4 tahun
sebelum kelahiran adik-adiknya.
Kedua-dua ibu bapa Rogers
mempunyai latar belakang
Rajah 3.2: Carl Rogers (1902-1987)
pendidikan universiti. Bapanya
merupakan jurutera awam yang
berjaya manakala ibunya adalah suri rumah. Hubungan Rogers dengan ibunya
agak rapat dan beliau tidak begitu bergaul dengan kanak-kanak seusianya
kerana masalah penyakit yang dihadapinya semasa kanak-kanak. Menurut
Rogers, persekitaran keluarganya adalah persekitaran yang menekankan
kasih sayang tetapi dalam masa sama keluarganya juga adalah keluarga
yang menekankan kepatuhan kepada ajaran agama yang agak ketat. Walau
bagaimanapun, Rogers menguasai kemahiran membaca seawal usia empat
tahun tetapi hanya ke sekolah pada usia enam setengah tahun dan memulakan
pembelajaran di darjah 2.
Sejarah pendidikan Rogers menunjukkan bahawa beliau bertukar dari satu
bidang ke satu bidang yang lain. Pada permulaannya beliau belajar di University
of Wisconsin dalam bidang pertanian. Kemudian minatnya bertukar kepada
bidang sejarah, kemudian bidang agama dan akhirnya bidang psikologi klinikal.
Perjalanan kerjaya Rogers juga membuktikan beliau seorang yang bukan calangcalang apabila menjawat pelbagai jawatan akademik dan a memberi sumbangan
akademik di institusi-institusi tempat beliau bertugas. Antaranya ialah Ohio
State University, University of Chicago, dan University of Wisconsin.
Sejarah awal dan persekitaran keluarga Rogers mempengaruhi teori yang
diasaskannya. Apabila ditanya andainya beliau dapat berkomunikasi dengan
ibu bapanya mengenai sumbangan beliau, Rogers menyatakan bahawa ibunya
pasti mempunyai pandangan yang negatif. Maka tidak hairanlah antara konsep
utama teori Rogers ialah penekanan kepada menerima tanpa syarat. Pada tahun-

3 Teori Kaunseling.indd 43

04/06/2014 16:19:51

44

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

tahun terakhir hayatnya, Rogers aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan keamanan
dengan menggunakan pendekatan pemusatan klien sehingga beliau dicalonkan
untuk menerima Nobel Prize. Rogers meninggal dunia pada tahun 1987.

Pandangan Tentang Sifat Semula Jadi Manusia

Rogers mempunyai pendirian yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia.
Baginya, manusia bersifat baik, boleh dipercayai, mempunyai keupayaan
menentukan hala tuju yang baik dan boleh berkembang secara positif ke arah
mencapai pembenaran kendiri (self actualization). Menurut Amir Awang
(1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup teguh mengenai
sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif dan
membina jika wujud perasaan percaya-mempercayai, hormat-menghormati
yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan
bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa
sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa
manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal
dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang
dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semula jadi
untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri,
andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai.
Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan
membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab.
Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan
dan berdikari. Sifat-sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina,
bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial.
Perasaan-perasaan negatif yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci
memang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan
dan penerimaan.
Andaian-andaian teori ini terhadap manusia adalah seperti:
1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi
kita dengan orang lain.
2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep
kendirinya.
3. Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara
konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.
4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan
bersedia untuk berkongsi masalahnya.
Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifatsifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup
dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk
berkembang dengan bebas, dia akan berkembang dengan sempurna dan akan

3 Teori Kaunseling.indd 44

04/06/2014 16:19:51

Teori Pemusatan Klien

45

menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang


dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan
kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran
yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana
kendiri menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima
kasih sayang dan sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar
manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain
tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri
dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang
tentang diri dan persekitarannya merupakan realiti baginya. Bagi Rogers,
untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan membina,
mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu;
1. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran.
2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.
3. Kefahaman yang mendalam.
Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien dalam
hubungannya dengan kaunselor, dia juga akan mula menghayati sifat-sifat
dan ciri-ciri ini dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalamanpengalaman yang dilaluinya.

Andaian Asas dan Prinsip Teori

Pendekatan Pemusatan Klien berasal daripada teori psikologi humanistik. Teori


ini berkongsi banyak pendapat dengan teori Kewujudan yang dikategorikan
sebagai teori humanistik. Mengikut teori ini, manusia pada asasnya boleh
dipercayai dan mempunyai potensi dan sumber diri yang boleh digunakan
untuk berkembang. Sumber dan potensi diri itu apabila dikenal pasti akan
dapat digunakan untuk memahami diri dan menyelesaikan masalah mereka
tanpa perlu intervensi langsung dari pihak kaunselor.
Bozart dan rakan-rakannya (2002) yang membuat tinjauan mengenai
penyelidikan-penyelidikan mengenai Pemusatan Klien selama 60 tahun
menyimpulkan perkembangan teori ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
1. Pada awal perkembangannya, klien dalam pendekatan Pemusatan Klien
bertanggungjawab sepenuhnya. Pendekatan non-direktif ini dikaitkan
dengan peningkatan pemahaman diri, penerokaan diri, dan konsep
kendiri.
2. Seterusnya pendekatan ini bergerak daripada penekanan kepada
penjelasan perasaan kepada penekanan pentingnya memahami klien dari
perspektif mereka sendiri.
3. Perkembangan selanjutnya menunjukkan Pemusatan Klien menekankan
pentingnya sikap kaunselor atau ahli terapi. Sikap tersebut ialah

3 Teori Kaunseling.indd 45

04/06/2014 16:19:51

46

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

memahami dengan empati dan kebolehan berkomunikasi tanpa prejudis


dan tanpa syarat merupakan asas kepada terapi yang berkesan.
Berdasarkan Pendekatan Pemusatan Klien menekankan bahawa klien
mempunyai kebolehan untuk maju dan berkembang ke hadapan sekiranya
diberi peluang atau disediakan persekitaran yang kondusif untuk perubahan
tersebut. Pengasas teori ini, Carl Rogers berkali-kali menekankan bahawa
klien adalah individu yang boleh dipercayai, berkebolehan untuk memahami
diri sendiri, mengarah diri sendiri, dan seterusnya mempunyai kehidupan yang
produktif. Syarat utama untuk menyediakan persekitaran ini ialah penyediaan
diri kaunselor itu sendiri. Dengan kata lain, Rogers amat menekankan
ciri-ciri peribadi kaunselor. Tiga syarat yang mesti dimiliki oleh kaunselor
ialah 1) penerimaan tanpa syarat 2) keaslian, dan 3) empati. Sekiranya tiga
ciri ini dimiliki oleh kaunselor dan dapat dirasai kewujudannya oleh klien,
maka berlakulah intervensi secara tidak langsung oleh pihak kaunselor yang
menggalakkan perubahan pada diri klien. Dengan kata lain, ciri-ciri peribadi
kaunselor akan mewujudkan persekitaran yang terapeutik yang dirasai oleh
klien. Persekitaran yang terapeutik ini menggalakkan klien untuk memahami
dirinya dan seterusnya memiliki ketiga-tiga ciri tersebut yang membolehkan
mereka menggunakan sumber diri bagi berhadapan dengan masalah.
Penerangan lebih terperinci ketiga-tiga ciri tersebut akan dibincangkan di
bawah tajuk hubungan kaunselor-klien di dalam bab ini kelak. Mengikut
Rogers, ciri-ciri ini juga menggalakkan klien untuk mengurangkan sikap bela
diri seperti memberi pelbagai alasan untuk berubah.
Apa yang diketengahkan oleh Carls Rogers adalah bertentangan dengan
pendapat Sigmund Freud. Rogers melihat manusia pada asasnya sebagai
baik dan sihat atau sekurang-kurangnya bukanlah teruk atau sakit. Dengan
kata lain, Rogers melihat mental yang sihat sebagai perkara normal dalam
diri manusia manakala penyakit atau gangguan mental sebagai gangguan
daripada ciri normal seseorang. Actualizing tendency adalah terminologi
yang banyak disebut dalam buku-buku yang menerangkan teori Pemusatan
Klien. Terminologi ini bermaksud bahawa manusia sentiasa bergerak ke arah
kesempurnaan kendiri. Motivasi secara internal ini sentiasa wujud dan menjadi
individu untuk menggerakkannya.
Walaupun setiap individu memiliki motivasi internal ini, pergaulan
dan komunikasi manusia dengan persekitaran mungkin memberi impak
sedikit sebanyak kepada kehidupan seseorang. Gangguan-gangguan inilah
boleh mendorong manusia untuk menghadapi gangguan atau kecelaruan
mental. Bagaimana komunikasi manusia dengan persekitaran boleh memberi
impak kepada kehidupan? Persekitaran dan masyarakat pada kebiasaannya
mempunyai ekspektasi atau jangkaan terhadap anggota masyarakat. Sebagai
contoh, masyarakat menetapkan peraturan-peraturan berkenaan kehidupan

3 Teori Kaunseling.indd 46

04/06/2014 16:19:51

Teori Pemusatan Klien

47

yang kadangkala bertulis atau tidak bertulis. Jangkaan masyarakat kadangkala


bertentangan dengan realiti diri seseorang. Kegagalan memenuhi jangkaan dan
harapan masyarakat ini boleh dianggap pertembungan antara realiti diri dan
ideal. Pertentangan inilah yang boleh memberi impak kepada emosi manusia.
Dalam keadaan inilah manusia perlu menggunakan motivasi internalnya
sebagai rawatan kepada gangguan emosi.
Di sini dapat disimpulkan bahawa teori Pemusatan Klien menekankan
aspek diri klien yang boleh digunakan, apa yang sesuai untuk dirinya. Aset
diri yang ada perlu digunakan semaksimum yang mungkin bagi mencapai
kesempurnaan kendiri. Dengan kata lain, teori Pemusatan Klien menolak
peranan kaunselor atau ahli terapi sebagai pakar dalam menyelesaikan masalah
dan mengetahui apa yang sesuai atau tidak sesuai bagi klien.

Matlamat Terapi

Matlamat teori Pemusatan Klien adalah berbeza daripada teori tradisional


yang berasaskan anggapan bahawa kaunselor adalah seorang pakar yang boleh
meneroka dan mengenal pasti punca masalah klien dan membuat diagnosis
berdasarkan masalah yang dinyatakan. Rogers (1977) sendiri tidak percaya
bahawa matlamat terapi atau kaunseling ialah untuk menyelesaikan masalah.
Sebaliknya matlamat terapi adalah untuk membantu manusia berkembang
supaya mereka berupaya untuk menggunakan sumber diri semasa berhadapan
dengan masalah.
Kerap berlaku seseorang pergi berjumpa kaunselor dan bertanya Apa
yang patut saya buat bagi mengatasi masalah ini?. Pada pendapat anda, apa
yang saya seharusnya lakukan?. Matlamat terapi ialah untuk menyediakan
persekitaran yang kondusif yang menggalakkan klien untuk mengenal
pasti kelebihan dan kekurangan dirinya. Untuk menyediakan persekitaran
tersebut, kaunselor perlu menunjukkan ciri tersebut pada dirinya. Bermakna,
kaunselor sendiri perlu bersifat kongruen. Seandainya kaunselor sendiri tidak
mampu menggunakan sumber dirinya, klien akan dapat melihat dan merasai
ketidakkongruenan tersebut dan klien juga mungkin sukar untuk mencapai
matlamat terapi iaitu manusia yang berfungsi sepenuhnya.
Apakah yang Rogers maksudkan sebagai manusia yang berfungsi
sepenuhnya? Oleh sebab Rogers melihat manusia sebagai agen perubahan
yang positif, manusia yang ingin berfungsi sepenuhnya perlu memenuhi
keperluannya supaya dia boleh menerima dirinya seadanya dan menerima
orang lain seadanya. Apabila keperluan ini dipenuhi, manusia akan dapat
menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya. Manusia yang berfungsi
akan sentiasa bersikap terbuka terhadap hubungan yang kongruen dengan
masyarakat, bebas membuat keputusan untuk kebaikan diri, dan seterusnya
membolehkan mereka berhadapan dengan masalah dalam kehidupan. Mereka

3 Teori Kaunseling.indd 47

04/06/2014 16:19:51

48

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

juga menyedari tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dengan mengetahui


apa yang betul atau salah dan menghormati peraturan sedia ada yang diterima
pakai oleh kelompok masyarakatnya.

Peranan Kaunselor

Peranan kaunselor mengikut pendekatan Pemusatan Klien agak berbeza


daripada teori psikodinamik yang menekankan peranan aktif kaunselor.
Pendekatan Pemusatan Klien tidak mencadangkan apa-apa teknik yang
boleh digunakan oleh kaunselor. Kajian lepas mengenai Pemusatan Klien
menunjukkan bahawa pendekatan ini menekankan kepada tingkah laku
kaunselor yang diterjemahkan melalui empati, menerima tanpa syarat, dan
keaslian. Tiga sifat ini merupakan syarat untuk kaunselor Pemusatan Klien.
Apabila menunjukkan ketiga-tiga sifat ini tanpa berpura-pura, bermakna
kaunselor menggunakan asetnya sebagai teknik yang mendorong ke arah
perubahan dalam diri klien. Bagaimana tiga sifat ini boleh mendorong
perubahan dalam diri klien? Jika difahami dari perspektif yang mudah, untuk
mengubah seseorang, sesiapa saja membimbing untuk perubahan tersebut
perlu juga sudah berubah. Andai individu yang membimbing masih lagi
bermasalah dalam tingkah lakunya, orang yang dibimbing akan melihat kepurapuraan dalam diri pembimbing dan mempunyai alasan untuk tidak berubah.
Jadi, mengikut pendekatan Pemusatan Klien, sangat penting bagi kaunselor
menunjukkan ketulenan sifat mereka kepada klien dengan mempamerkan
kejujuran tersebut dalam tiga ciri yang dinyatakan iaitu menerima tanpa syarat,
tulen atau asli, dan memahami dengan empati.

Proses Kaunseling

Pengalaman Klien dalam Proses Kaunseling/Terapi


Pengalaman klien dalam sesi kaunseling banyak bergantung kepada tingkah
laku asas kaunselor. Seandainya kaunselor menyediakan persekitaran yang
kondusif untuk perubahan, maka klien akan berupaya melakukan penerokaan
diri dari segi perasaan, kepercayaan, tingkah laku, dan perspektif terhadap
persekitaran sekeliling. Klien datang berjumpa kaunselor dalam keadaan
tidak kongruen, atau dengan kata lain persepsi mereka terhadap sesuatu dan
pengalaman realiti mereka bercanggah. Sebagai contoh, di sekolah-sekolah
banyak ditemui pelajar yang lemah pencapaian akademik tetapi apabila
ditanya apakah cita-cita mereka, terdapat pelajar yang menyatakan bahawa
mereka mahu menjadi seorang profesional seperti peguam atau doktor. Pada
hakikatnya pelajar tersebut gagal meneroka ketidakselarasan persepsi dan
realiti hidupnya. Seorang yang ingin menjadi profesional perlu memiliki
kelayakan akademik yang cemerlang. Pelajar seperti ini perlu dibantu

3 Teori Kaunseling.indd 48

04/06/2014 16:19:51

Teori Pemusatan Klien

49

membuat penerokaan diri supaya dia memahami dirinya dan membuat


perubahan yang membolehkan dia berpuas hati. Pilihan tersebut mungkin
sama ada memperbaiki pencapaian akademiknya atau melihat bidang kerjaya
lain yang bersesuaian dengan dirinya.

Hubungan antara Kaunselor dengan Klien


Andaian asas teori Pemusatan Klien yang dikemukakan oleh Carl Rogers
mengandaikan bahawa hubungan terapeutik yang terjalin antara kaunselor
dengan klien amat perlu bagi mendorong perubahan dalam diri klien. Andaian
asas yang dikemukakan oleh Rogers adalah bersandarkan pengalamannya
bertahun-tahun sebagai ahli terapi. Hubungan antara kaunselor dengan klien
diperjelaskan seperti berikut:
1. Dua orang (kaunselor dan klien) menjalinkan hubungan psikologi
2. Orang yang pertama, iaitu klien, berada dalam keadaan tidak kongruen
dan bermasalah
3. Orang yang kedua, iaitu kaunselor, berada dalam keadaan yang kongruen
dan tulen.
4. Kaunselor menerima klien tanpa sebarang syarat
5. Kaunselor menunjukkan dan merasai perasaan empati terhadap klien
6. Klien dapat merasakan dan menghayati sikap empati dan penerimaan
tanpa syarat
Tiada syarat lain yang diperlukan kecuali yang dinyatakan. Untuk
memahami lebih lanjut tiga syarat utama yang diandaikan oleh Rogers, berikut
diterangkan secara terperinci.

Teknik-teknik

Teori ini merupakan satu-satunya teori yang tidak menekankan penggunaan


teknik dalam kaunseling. Teknik yang ditekankan ialah kaunselor itu sendiri
kerana bagi Rogers, empati, keaslian dan pemahaman tanpa syarat adalah
penggerak kepada perubahan dalam diri klien itu sendiri.
Bagaimana pula dengan penggunaan ujian standard dalam sesi pemusatan
klien? Pengujian kadangkala diperlukan dalam rawatan kaunseling. Bagi
perkhidmatan kaunseling yang dibayar oleh pihak ketiga, ujian standard adalah
ukuran kepada sejauh mana klien perlu dibantu atau sejauh mana kemajuan
klien dalam perkembangan kaunseling yang diikutinya. Mengikut pemusatan
klien, klien adalah orang terbaik yang boleh menentukan hidup mereka sendiri.
Oleh yang demikian, penggunaan ujian standard perlu ditentukan sendiri
oleh klien Sekiranya ada permintaan daripada klien, maka kaunselor boleh
memenuhi permintaan tersebut.

3 Teori Kaunseling.indd 49

04/06/2014 16:19:51

50

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Elemen Penting Penggerak Perubahan


Ketulenan atau Kongruen

Kaunselor yang kongruen bermaksud kaunselor yang tidak berpura-pura


semasa proses kaunseling dijalankan. Ketulenan ini dapat dirasai oleh klien dan
berupaya mewujudkan suasana yang terapeutik untuk klien meneroka dirinya.
Kaunselor merupakan model yang kongruen yang paling layak menjadi contoh
kepada klien. Tanpa sifat ini, klien dapat merasakan ketidakaslian kaunselor dan
proses penerokaan diri mungkin sukar berlaku. Ini bukan satu teknik khusus
tetapi adalah teknik yang ada di dalam diri kaunselor itu sendiri. Walaupun
Rogers begitu menekankan ketulenan dalam diri kaunselor, beliau mengakui,
sebagai manusia kadangkala kaunselor mungkin bersifat tidak tulen di luar
sesi kaunseling. Walau bagaimanapun, ketulenan adalah salah satu syarat yang
sama sekali tidak boleh dipertikai keperluannya semasa proses kaunseling
berjalan. Bermakna, kongruen dan tulen adalah perlu dan ia perlu bersifat
realistik bukannya bersifat kesempurnaan tanpa kecacatan.

Empati
Empati tidak sama seperti simpati. Empati merupakan suatu perasaan memahami
yang mendalam. Kaunselor yang menunjukkan empati kepada klien ialah
kaunselor yang berupaya merasai perasaan klien walaupun kaunselor tersebut
tidak melalui pengalaman yang sama dengan klien. Walau bagaimanapun,
dalam menunjukkan empati, kaunselor tidak hilang pertimbangan sehingga
lupa sempadan peranannya sebagai kaunselor. Empati bukan penghalang
kepada kaunselor untuk berfikir dan bertindak secara objektif kerana kaunselor
merupakan seorang yang arif mengenai dirinya sedangkan klien berada dalam
kecelaruan emosi. Mengikut Corey (2011), empati membantu klien untuk
menumpukan perhatian dan menghargai pengalamannya, memberi perspektif
baru terhadap pengalamannya sebelum ini, membuat modifikasi terhadap
diri dan persekitarannya, dan meningkatkan keyakinan dalam membuat
pilihan dan membuat tindakan. Empati yang sebenar adalah tonggak kepada
memahami klien. Melalui empati kaunselor berupaya memahami apa yang
tersirat di sebalik tersurat, manakala klien pula apabila merasai empati akan
dapat memahami bahawa apa yang dilaluinya merupakan suatu pengalaman
untuk meningkatkan keyakinan diri dan membuat perubahan sekiranya perlu.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Watson (2002 dan 2003) mendapati
bahawa empati merupakan penentu yang paling berkuasa dalam menentukan
kemajuan klien dalam kaunseling. Jika direnungi dengan mendalam, dapat
disimpulkan bahawa empati merupakan satu bentuk bimbingan tidak langsung
daripada kaunselor yang bertujuan menyatakan kepada klien bahawa apa yang
dilaluinya adalah salah satu daripada banyak pengalaman yang telah dan akan
dilalui. Justeru, klien mempelajari bahawa individu lain juga melalui banyak
pengalaman dalam hidup. Penyelesaian kepada masalah atau kecelaruan emosi

3 Teori Kaunseling.indd 50

04/06/2014 16:19:51

Teori Pemusatan Klien

51

bukan bermakna membuang masalah tersebut tetapi keupayaan menghadapi


masalah dan bertindak apabila perlu.

Penerimaan Tanpa Syarat


Satu lagi sifat yang amat perlu ada pada kaunselor Pemusatan Klien ialah
menerima klien seadanya atau menerima tanpa syarat. Ini bukanlah sifat yang
mudah untuk dipraktikkan seandainya kaunselor tidak boleh membezakan
nilai yang dimilikinya dengan nilai yang dimiliki oleh klien. Walaupun dalam
kehidupan bermasyarakat terdapat nilai sejagat yang telah menjadi peraturan
tidak bertulis, ia bukan alasan bagi kaunselor untuk membina sempadan dalam
usaha memahami kliennya. Contohnya satu kes kaunseling adalah seperti di
bawah:
Nina adalah seorang kaunselor yang berpegang teguh kepada ajaran
agama. Suatu hari beliau mendapat seorang klien perempuan yang
mengaku bahawa oleh sebab kesempitan hidup dia telah melacurkan diri
untuk menyara anak-anaknya kerana suaminya sudah lama menghilangkan
diri. Perkara tersebut telah berlanjutan selama beberapa bulan tanpa
pengetahuan anak-anaknya kerana dia melakukan kerja tersebut semasa
anak-anaknya ke sekolah. Nina yang berpegang teguh kepada nilai agama
tersentak mendengar pengakuan tersebut yang pertama kali didengarnya
sejak menjadi kaunselor selama lebih lima tahun. Nina dengan segera
meminta kliennya bertaubat dan merujuk klien tersebut kepada seorang
pegawai agama untuk mengendalikannya. Klien tersebut pada asalnya
datang kerana berasa celaru dan tertekan dan ingin keluar dari lembah
pelacuran tetapi dia tidak mahu masyarakat menghukumnya dan mahu
mereka memahaminya

Kes di atas menunjukkan sikap kaunselor yang gopoh dan tergesa-gesa tanpa
memberi ruang untuk klien membuat penerokaan diri. Penerimaan tanpa
syarat bukan bermaksud bersetuju dengan tingkah laku klien tetapi menerima
klien dengan hati terbuka untuk mendengar dengan empati supaya klien dapat
merasai bahawa dia tidak berseorangan dalam kecelaruan emosi. Walaupun
tidak dinafikan bahawa pelacuran bukan sahaja salah dari segi agama malah
juga dari segi undang-undang, tetapi dengan menghukum dan memaklumkan
secara tergesa-gesa bahawa klien telah berdosa dan perlu bertaubat belum
tentu mengarahkan klien ke arah keinsafan. Tetapi seandainya penerimaan
tanpa syarat ditunjukkan oleh kaunselor, klien mendapat peluang meneroka
diri dan meningkatkan keyakinan diri, memberi perspektif baru terhadap
pengalamannya dan memahami pengalaman persekitarannya dengan lebih
baik. Peringkat seterusnya ialah klien itu dengan sendiri dan rela hati akan
berhenti melakukan perkara yang salah kerana telah mendapat celik akal hasil
daripada proses terapi.

3 Teori Kaunseling.indd 51

04/06/2014 16:19:52

52

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Pemusatan Klien: PascaModen

Walaupun teori Pemusatan Klien merupakan teori yang jauh berbeza dengan
teori yang berasaskan psikodinamik yang menekankan kepada proses diagnosis,
pendekatan ini tetap mendapat kritikan kerana sifatnya yang dianggap simple.
Natalie Rogers (2004), anak perempuan Carl Rogers telah mengembangkan
pendekatan yang dipelopori oleh bapanya tetapi dengan memperkenalkan
penggunaan seni ekspresif dalam terapi. Tidak seperti bapanya, Natalie
menggunakan seni ekspresif bagai memahami kliennya. Melalui kerja-kerja seni
yang dilakukan oleh klien, kaunselor membuat penerokaan dengan memberi
peluang kepada klien menerangkan pengalaman mereka tanpa sebarang campur
tangan kaunselor. Kaunselor sama sekali tidak memberi interpretasi sama ada
dari segi makna, warna, atau segalanya. Pada kebiasaannya, proses kaunseling
melibatkan verbal. Pelajar atau pelatih kaunselor dilatih dengan teknik
komunikasi tertentu supaya mereka menggunakan verbal yang bersesuaian.
Namun seni ekspresif telah mengurangkan penggunaan verbal sama sekali.
Klien menterjemahkan apa yang tersurat dengan kerja seni, sama ada melalui
lukisan, sand tray, sajak, permainan, tarian, atau pergerakan. Klien tidak terikat
dengan cara seting kaunseling tradisional yang agak rigid dalam kaunseling
atau terapi tradisional. Sumbangan dan kerja Natalie Rogers dalam penggunaan
seni ekspresif diterangkan dalam bukunya The Creative Connection: Expressive
Arts as Healing.
Beberapa prinsip dalam seni ekspresif yang dipelopori oleh Natalie
Rogers ialah:
1. Proses kreatif yang dilalui merupakan satu proses yang boleh mengubah
dan merawat.
2. Setiap manusia mempunyai kebolehan untuk berfikir dan meluahkan apa
yang tersirat secara kreatif.
3. Seperti bapanya Carl Rogers, Natalie Rogers juga berpendapat bahawa
perkembangan boleh dicapai melalui proses memahami diri, arif diri,
dan celik akal.
4. Emosi dan perasaan merupakan sumber tenaga yang boleh diterjemahkan
melalui seni ekspresif.
5. Seni ekspresif memimpin dan mengarah klien ke arah pemikiran bawah
sedar, seterusnya membolehkan klien meluahkan apa yang terpendam dan
selama ini disimpan tanpa tidak disedari yang menyebabkan kecelaruan
emosi.
6. Proses mengenali dan memahami diri melalui seni ekspresif membantu
klien mengenali dirinya dan hubungannya dengan persekitaran dan
bagaimana kedua-duanya bersatu.
Pendekatan seni ekspresif yang dipelopori oleh Natalie Rogers merupakan
kesinambungan daripada pendekatan asal yang dikemukakan oleh bapanya.

3 Teori Kaunseling.indd 52

04/06/2014 16:19:52

Teori Pemusatan Klien

53

Tetapi pendekatan seni ekspresif telah memberi ruang kepada kaunselor


untuk menggunakan alat dalam memahami klien.Walau bagaimanapun
perlu diingat selari dengan apa yang ditegaskan oleh Rogers dalam konsepnya
menerima tanpa syarat, kaunselor perlu mengelakkan membuat diagnosis
dan interpretasi terhadap kerja-kerja seni klien kerana ia bertentangan dengan
pendekatan Pemusatan Klien. Pendekatan seni ekspresif yang menekankan
interpretasi kerja klien oleh kaunselor bukanlah pendekatan yang selari dengan
Pemusatan Klien.

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Sekiranya kaunselor salah faham terhadap pendekatan pemusatan klien,


pendekatan ini mungkin tidak dapat digunakan dengan betul dalam sesi
kelompok. Salah anggap sesetengah kaunselor yang kurang pengalaman
ialah pendekatan ini tidak memerlukan kaunselor bercakap banyak, kaunselor
hanya perlu berdiam diri dan mengikut rentak klien. Dalam aplikasi kelompok,
kaunselor pemusatan klien menyediakan suasana terapeutik yang selamat untuk
klien. Melalui sikap kaunselor yang kongruen, ahli-ahli kelompok mampu
berinteraksi, berkongsi, dan berkomunikasi dengan rasa selamat. Seterusnya,
ahli-ahli kelompok boleh maju ke hadapan dan merasai bahawa masalah serta
kecelaruan yang mereka rasai bukan berseorangan.
Sepanjang pengalaman penulis mengajar Teori Kaunseling kepada
kaunselor pelatih, didapati pelatih kaunselor pada permulaannya sangat
berminat dengan teori Pemusatan Klien kerana pandangan teori ini terhadap
manusia sangat bersesuaian dengan masyarakat yang menekankan ajaran
agama dan nilai budaya. Ini tidaklah menghairankan kerana sejarah hidup Carl
Rogers menunjukkan beliau sendiri merupakan seorang penganut Kristian
yang taat. Walau bagaimanapun, di peringkat aplikasi, ramai pelatih kaunselor
mendapati bahawa aplikasi teori ini secara keseluruhan dalam satu sesi agak
sukar dijalankan memandangkan sifat klien dalam masyarakat di Malaysia
yang berjumpa kaunselor dengan harapan kaunselor membimbing mereka
untuk memilih dan membuat keputusan. Kaunselor dilihat sebagai orang yang
lebih mengetahui berbanding klien dan dihormati pandangannya. Justeru,
pendekatan tanpa teknik agak sukar diaplikasikan bagi kaunselor kurang
berpengalaman sekiranya mereka ingin menggunakannya dari permulaan
sehingga tamatnya sesi terapi. Namun begitu, keistimewaan pendekatan ini
yang tidak menekankan teknik kecuali hubungan terapeutik antara kaunselor
dengan klien membolehkan ia diserapkan bersama pendekatan lain dan amat
bersesuaian digunakan tanpa mengira latar belakang budaya klien. Tiga konsep
utama dalam pendekatan ini iaitu menerima tanpa syarat, empati, dan ketulenan
adalah nilai-nilai utama yang bukan sahaja ditekankan kepada kaunselor tetapi
juga individu atau badan professional dalam bidang perhubungan menolong
yang lain.

3 Teori Kaunseling.indd 53

04/06/2014 16:19:52

54

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Kelebihan dan Kelemahan Teori

Menurut Shertzer dan Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai
ialah membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara
kekuatan teori ini menurut mereka ialah menekankan kepentingan hubungan
yang akrab antara kaunselor dengan klien. Teori ini juga menanamkan pendapat
bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor merupakan syaratsyarat yang amat penting bagi mewujudkan perhubungan. Seterusnya teori ini
memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan
dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri.
Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan klien ini juga mempunyai
kekurangan dan kelemahannya. Antara lain ialah terapi ini tidak mempunyai
satu set teknik atau tatacara tertentu yang terdapat dalam setengah-setengah
psikoterapi. Terapi ini juga kurang menyediakan panduan tentang cara
mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien. Kebanyakan konsep dalam
terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah. Ianya terlalu
abstrak.

Aplikasi Kes Laila

Kaunselor Pemusatan Klien memulakan sesi tanpa sebarang prejudis atau


anggapan tertentu terhadap Laila. Sebelum sesi bermula, masalah umum
(presenting problem) yang dicatatkan dalam borang pengambilan sudah tentu
tidak selengkap cerita sebenar Laila. Antara kemungkinan jenis masalah
yang dicatat ialah kemurungan, kesedihan, tertekan, perasaan bersalah, dan
seumpamanya. Kemungkinan juga masalah yang dicatatkan tiada kaitan langsung
dengan cerita sebenar. Sangat penting di sini bagi kaunselor menunjukkan ciriciri fizikal yang dia boleh dipercayai. Ciri-ciri fizikal pada pandangan pertama
antaranya ialah cara melayan klien semasa pertemuan pertama, menujukkan
minat terhadap apa yang dikongsi walaupun kedengaran seperti bukan masalah
serius, berhati-hati dalam memberi respons memandangkan respons mendadak
mungkin mengganggu keyakinan klien untuk berkongsi. Penggunaan non
verbal seperti pandangan mata yang khusyuk (bukan merenung), anggukan,
mengiakan, dan gerak tubuh memainkan peranan penting. Namun, ini tidak
bermakna kaunselor tidak perlu bercakap langsung atau menggunakan verbal
langsung. Apa yang perlu ditekankan ialah pendekatan bukan didaktif perlu
digunakan. Satu cara yang boleh dipertimbangkan bagi meneroka klien yang
mungkin sukar menceritakan masa silam, tambahan lagi sekiranya masa silam
tersebut sesuatu yang dicela oleh budayanya, ialah dengan memberi ruang
kepada klien meluahkannya tanpa syarat.
Dalam kes Laila, masalah utama masa kini yang dihadapinya ialah
ketagihan seks. Ia berpunca daripada gangguan seksual berbentuk sentuhan

3 Teori Kaunseling.indd 54

04/06/2014 16:19:52

Teori Pemusatan Klien

55

di peringkat kanak-kanak dan berterusan sehingga apabila beliau remaja dan


meneruskan fantasi yang digerakkan di peringkat kanak-kanak. Keberanian
Laila meneruskan aktiviti seks bebasnya berpunca kerana ruang persekitarannya
menyediakannya ke arah itu. Contohnya tinggal berjauhan dari keluarga dan
menetap di luar negara. Memahami situasi ini membolehkan kaunselor untuk
memahami lebih mendalam bahawa apa yang dilalui oleh Laila ialah suatu
proses dan bukan peristiwa secara tiba-tiba seperti kes cabul atau rogol yang
baru berlaku.
Kelebihan yang ada pada sesi ini ialah Laila telah mendapat satu celik
akal dari segi dia sedar apa yang diamalkan adalah salah dan ingin memulakan
hidup baru, tetapi dia tidak tahu bagaimana ingin memulakannya. Walaupun
kelihatannya Laila memahami apa yang dilaluinya tetapi mungkin tidak
memahaminya dalam erti kata bahawa peristiwa yang dilaluinya merupakan
alat yang boleh digunakan untuk mengubah hidupnya.
Penulis mencadangkan agar pendekatan seni ekspresif yang dipelopori
oleh anak Carl Rogers sendiri iaitu Natalie Rogers. Pendekatan seni ekspresif
pemusatan klien amat sesuai kerana ia menyediakan ruang kepada klien
meluahkan apa yang tersirat tanpa sempadan dan kawalan kata-kata. Kaunselor
boleh menyediakan bahan yang bersesuaian dengan seni ekspresif seperti
pensel warna, kertas lukisan, atau objek tertentu yang disediakan tetapi dipilih
secara bebas oleh klien. Klien diminta melakar apa yang sebenarnya dalam
fikirannya dalam apa jua persembahan. Selagi boleh, aktiviti klien tidak
diganggu sama ada oleh kaunselor (seperti pertanyaan, anda sudah siap?),
atau gangguan eksternal yang lain seperti bunyi bising persekitaran. Oleh sebab
masalah yang dilalui oleh Laila merupakan pendaman masa lalu, kaunselor
perlu berhati-hati bukan sahaja semasa klien melakarkan pengalamannya,
tetapi juga selepas klien menyiapkan aktivitinya.
Setelah selesai aktiviti, kaunselor dan klien sama-sama berbincang untuk
memahami hasil seni yang dilakar klien. Sesuai dengan pendekatan pemusatan
klien, kaunselor tidak akan menamakan apa-apa objek, warna, atau memberi
gambaran apa-apa terhadap hasil kerja klien. Di sinilah pentingnya empati,
penerimaan tanpa syarat, dan ketulenan. Meletakkan penilaian, menamakan
objek atau memberi interpretasi terhadap lakaran klien menunjukkan kaunselor
bersifat menghukum. Justeru, kaunselor akan meminta klien menerangkan
secara bebas apa yang dihasilkannya. Kaunselor hanya berperanan memberi
respons yang berbentuk penerokaan seperti boleh Laila kongsi apa yang Laila
maksudkan dengan lakaran ini (sambil menunjukkan ke atas satu point tertentu
pada lakaran). Dengan cara sedemikian, kaunselor dapat mengelak daripada
menghukum dan menilai. Warna hitam yang mungkin digunakan oleh klien
tidak dipanggil hitam oleh kaunselor, tetapi kaunselor akan meminta klien
menamakan atau menerangkan mengapa klien menggunakan nama tertentu

3 Teori Kaunseling.indd 55

04/06/2014 16:19:52

56

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

(tanpa menyebut warna tertentu yang spesifik). Dengan cara sedemikian,


kaunselor telah memberi ruang kepada klien.
SelepasLaila selesai berkongsi dan kaunselor benar-benar memahami apa
yang telah dilalui, aktiviti seni ekspresif boleh diteruskan dengan meminta Laila
melakarkan impiannya. Ekspresi impian adalah penting kerana klien dapat
meneroka matlamat yang mungkin ingin dicapai oleh klien. Kesimpulannya,
kaunselor Pemusatan Klien menyediakan ruang yang kondusif dari segi emosi
bagi menggalakkan pertumbuhan klien. Ia bermanfaat bukan sahaja untuk
klien tetapi juga untuk kaunselor kerana kaunselor dapat memahami masalah
yang dihadapi dengan lebih mendalam tanpa perlu menggunakan teknik verbal
tertentu seperti kebanyakan pendekatan didaktif yang lain.
Berikut adalah contoh dialog kaunselor dan klien bernama Laila dengan
menggunakan pendekatan pemusatan klien:
Kaunselor: Laila, berdasarkan cerita Laila, saya dapati bahawa Laila
telah melalui pengalaman yang mencabar dalam kehidupan
namun saya juga dapati Laila telah berjaya sedikit sebanyak
menghadapi rintangan hidup walaupun banyak dugaan
yang Laila hadapi (sambil mengangguk-angguk kepala).
Laila:

Saya tahu saya telah berjaya mengatasi banyak perkara


tetapi saya masih dibelenggu dengan peristiwa silam.. ia
menghantui sayaia menghantui hidup saya hari ini.

Kaunselor: Hmm saya percaya dan faham ia memang berat kepada


emosi Laila
Laila:

Betul saya rasa ia menghantui setiap pergerakan


dan tingkah laku saya, saya tidak sanggup untuk terus
melaluinya

Kaunselor: (Mengangguk-angguk dan memandang dengan raut wajah


yang menunjukkan empati)
Laila:

Selama ini saya tak luahkan pada sesiapa. Pernah juga


cuba luahkan kat kawan rapat tapi belum apa-apa dah minta
saya teruskan hidup ni, jangan imbau masa lepas.. saya tak
percaya ada orang akan memahami saya

Kaunselor: Ia memang menyakitkan apabila orang keliling tidak mahu


memahami (refleksi perasaan dan memahami dengan
menunjukkan keaslian pemahaman)

3 Teori Kaunseling.indd 56

04/06/2014 16:19:52

Teori Pemusatan Klien

Laila:

57

Sebab tu saya memutuskan untuk jumpa kaunselor, saya


nak luahkan semua yang membelenggu fikiran dan emosi
saya bertahun-tahun

Kaunselor: (mengangguk-angguk kepala) saya faham dan saya


sedia mendengar.. Laila boleh luahkan pada saya tanpa
rasa takut atau bimbang kerana saya sebagai kaunselor
menerima Laila dan apa yang Laila nak ceritakan tanpa
sebarang prejudis atau prasangka.
Dalam dialog di atas, jelas menunjukkan kaunselor tidak menggunakan
teknik khusus tetapi hanya menggunakan pendekatan pemusatan klien yang
menekankan kepada tiga aspek iaitu memahami dengan sebenar-benarnya,
menerima tanpa syarat, dan menunjukkan empati.

Rumusan

Teori Pemusatan Klien tidak menekankan teknik tertentu tetapi penekanan


adalah kepada kaunselor itu sendiri. Justeru, ciri-ciri kaunselor yang disarankan
iaitu menerima tanpa syarat, asli, dan empati. Idea Rogers ini mudah diterima
oleh masyarakat Timur kerana ia dilihat agar sejajar atau bersesuaian dengan
kebanyakan nilai budaya Timur. Idea Rogers juga mudah difahami berbanding
idea Freud yang agak sukar difahami. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna
pendekatan pemusatan klien adalah lebih mudah digunakan. Kesesuaian
sesuatu pendekatan banyak bergantung kepada kepakaran kaunselor dan
kesesuaian penggunaannya terhadap klien dan kesnya. Oleh sebab pendekatan
Pemusatan Klien tidak menekankan penggunaan teknik, kemungkinan bagi
kaunselor yang cenderung menggunakan teknik tidak berapa selesa dengan
pendekatan ini. Justeru, anak kepada pengasas pendekatan Pemusatan Klien,
iaitu Natalie Rogers telah memperkenalkan penggunaan seni ekspresif
digunakan dalam pendekatan ini.
Bab ini telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan teori
pemusatan klien. Bab seterusnya akan membincangkan berkaitan teori terapi
individu Adler.

Glosari
Kongruen

3 Teori Kaunseling.indd 57

Keselarasan antara apa yang tersirat di dalam


dengan apa yang tersurat di luar.
Dalam terapi, kaunselor perlu menunjukkan sifat
kongruen.

04/06/2014 16:19:52

58

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Empati

Penerimaan tanpa syarat

3 Teori Kaunseling.indd 58

Memasuki dunia pemikiran dan perasaan


seseorang yang lain tanpa perlu dipengaruhi
oleh individu tersebut. Kaunselor yang empati
memahami masalah klien dari sudut pemahaman
klien itu sendiri.
Menerima dan menghargai klien seadanya. Ini
tidak bermaksud kaunselor bersetuju dengan
semua tingkah laku dan tindakan klien, tetapi
menunjukkan bahawa kaunselor menerima dan
menghargai dengan tujuan untuk memahami dan
membantu klien.

04/06/2014 16:19:52

Bab 4

Teori Terapi
Individu Adler

Objektif

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Memahami andaian dan prinsip asas yang menjadi landasan teori terapi
individu.
2. Mengetahui matlamat yang perlu dicapai dalam sesi kaunseling terapi
individu.
3. Memahami peranan dan tanggungjawab anda sebagai kaunselor terapi
individu
4. Memahami proses terapi individu
5. Mengaplikasikan teknik-teknik terapi individu dengan baik.

Pengenalan

Pendekatan Terapi Individu ini diasaskan oleh Alfred Adler dan kemudiannya
dimurnikan oleh rakan seperjuangannya Rudolf Dreikurs (1969). Pendekatan
ini berlandaskan kefahaman terhadap motivasi dan tingkah laku individu. Adler
berminat mengkaji mengapa individu bertindak balas secara berbeza terhadap
sesuatu peristiwa dalam kehidupan. Walaupun Adler pada asalnya adalah
pengikut Freud yang mengamalkan psikoanalisis, beliau kemudiannya beralih
arah dan mengasaskan terapinya sendiri kerana bercanggah pendapat tentang
beberapa aspek dalam psikoanalisis. Dalam topik ini, anda akan mempelajari
tentang pendekatan terapi individu dan membandingkan keunikannya dengan
pendekatan psikoanalisis yang telah anda pelajari dalam Bab 1.

4 Teori Kaunseling.indd 59

05/06/2014 9:23:16

60

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Gambaran Keseluruhan Teori


Teori Adler
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat
Semula jadi Manusia
Andaian Asas Dan Prinsip
Teori
Matlamat Terapi

Peranan Kaunselor

Proses Terapi

Mewujudkan Hubungan
Terapeutik
Memahami Klien

Teknik-teknik

Aplikasi Teori kepada Seting


Silang Budaya

Kefahaman Kendiri
dan Celik Akal
Membuat
Keputusan Baru

Kelebihan dan Kelemahan


Teori
Rajah 4.1:

4 Teori Kaunseling.indd 60

Gambaran Keseluruhan

05/06/2014 9:23:16

Teori Terapi Individu Adler

61

Pengasas Teori

Alfred Adler dilahirkan di Penziq,


sebuah kawasan pedalaman di Vienna,
Austria pada tahun 1870. Beliau
merupakan anak kedua daripada enam
adikberadik dari sebuah keluarga
Yahudi kelas pertengahan. Beliau
mempunyai hubungan yang rapat
dengan ibunya hinggalah kelahiran
adiknya menyebabkan beliau mula
rapat dengan bapanya pula. Semasa
kecilnya beliau sering sakit dan
mengalami kecederaan. Beliau hampir
meninggal dunia akibat pneumonia
pada usia 5 tahun. Untuk mengimbangi
kekurangan fizikalnya yang sering
sakit, beliau menjalin persahabatan
Rajah 4.2: Alfred Adler (1870-1937)
dengan ramai kawan dan berusaha
bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Semua pengalaman ini menimbulkan minatnya terhadap profesion perubatan.
Alfred Adler mendapat ijazah dalam bidang perubatan dari University
of Vienna pada tahun 1895 dan kemudiannya melibatkan diri dalam bidang
neurologi dan psikiatri. Beliau telah dijemput menyertai Vienna Psychoanalytic
Society yang diasaskan oleh Freud dan memperoleh pengaruh dalam masa
yang singkat. Walaupun bermula dengan pendekatan psikoanalisis, beliau
tidak mempersetujui pendapat Freud berkaitan faktor seksualiti yang
mempengaruhi manusia. Beliau berpendapat bahawa perasaan adalah lebih
penting daripada dorongan biologi. Berikutan itu, beliau meletak jawatan
dari Vienna Psychoanalytic Society pada 1910 dan mengasaskan Society of
Individual Psychology.
Selepas Perang Dunia Pertama Adler menubuhkan klinik bimbingan
kanak-kanak di sekolah-sekolah di Vienna. Beliau memurnikan teorinya
dan memperkenalkan ke seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Pada tahun
1935 beliau meninggalkan Jerman dan berhijrah ke Amerika Syarikat dan
mengasaskan Society of Adlerian Psychology di Amerika Utara. Tugas terakhir
beliau ialah sebagai ahli psikologi di Long Island College of Medicine. Beliau
meninggal dunia akibat serangan sakit jantung semasa lawatan untuk memberi
syarahan di Aberdeen, Scotland pada tahun 1937.

4 Teori Kaunseling.indd 61

05/06/2014 9:23:16

62

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Pandangan Tentang Sifat Semula Jadi Manusia


Perkembangan awal

Pendekatan ini percaya bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam


pembentukan personaliti semasa zaman kanak-kanak. Adler berpendapat bahawa
kasih sayang dan minat ibu bapa adalah penting bagi membantu perkembangan
personaliti yang sihat. Namun gaya ibu bapa menunjukkan kasih sayang boleh
menyebabkan anak-anak menjadi terlalu bergantung kepada mereka. Anak-anak
yang terlalu dimanjakan akan berasa tidak berdaya dan perlu bergantung kepada
orang lain menyebabkan anak-anak ini berasakan diri mereka serba kekurangan
dan mengalami kompleks inferior (rendah diri). Namun kompleks inferior
boleh dibaiki sekiranya anak-anak ini diberi peluang memperkembangkan
kemahirannya untuk mengimbangi atau mengurangkan perasaan inferiornya.
Kanak-kanak meningkatkan perasaan superior melalui interaksi sosial yang bakal
mengembangkan minat sosial dan tahap empati mereka terhadap masyarakat.
Di samping meningkatkan kemahiran dalam perkara-perkara yang
mereka mampu lakukan, kanak-kanak akan memerhatikan segala peristiwa dan
persekitaran mereka di samping membentuk kepercayaan tentang kehidupan.
Mereka akan bertindak balas kepada persekitaran berdasarkan penilaian sendiri
terhadap pengalaman dan pemerhatian mereka. Kanak-kanak bertindak balas
kepada pengalaman awal dalam suasana unit keluarga dan membentuk gaya
pendekatan mereka terhadap tugasan asas dalam kehidupan, termasuklah di
sekolah, dalam persahabatan dan masyarakat.
Semua pengalaman awal kehidupan ini akan membentuk logik peribadi
tersendiri bagi individu apabila mereka dewasa. Logik peribadi merujuk kepada
corak pemikiran, perasaan dan sikap individu unik yang akan membimbing
seseorang untuk memahami, menjangkakan dan menguruskan pengalaman dan
tingkah laku mereka. Contohnya, jika anda mengalami kompleks inferior, anda
akan percaya bahawa semua orang memandang rendah pada anda, anda akan
menjangkakan bahawa anda akan gagal dalam tugas anda, sering mengalami
kerisauan dan ini akan mempengaruhi tingkah laku anda seterusnya. Apabila
anda berjaya mengatasi kompleks inferior tersebut, anda akan menyesuaikan
perasaan dan tingkah laku anda dengan kehendak sosial.

Konstelasi keluarga
Konstelasi keluarga merujuk kepada sistem hubungan dalam keluarga di
mana kesedaran kendiri terbentuk. Ciri-ciri personaliti setiap individu dalam
keluarga, hubungan emosi antara ahli keluarga, saiz keluarga dan jantina
adik-beradik semuanya merupakan faktor kepada konstelasi keluarga. Taraf
dan peranan seorang anak dalam sesebuah keluarga akan mempengaruhi
perkembangan personalitinya semasa dewasa (Powers & Griffith 1987).
Menurut Adler (1958) adalah salah untuk menganggap bahawa anak-anak
yang dibesarkan dalam keluarga yang sama akan membentuk personaliti yang

4 Teori Kaunseling.indd 62

05/06/2014 9:23:16

Teori Terapi Individu Adler

63

sama. Walaupun konstelasi keluarga adalah sama tetapi penerimaan psikologi


setiap anak akan bergantung kepada susunan kelahiran dan layanan yang
mereka terima semasa membesar. Anda boleh menganalisis personaliti klien
sekiranya mereka anak pertama, kedua, tengah, bongsu atau tunggal. Mengikut
kajian, susunan kelahiran klien akan membentuk personaliti tertentu dalam
diri klien dan mempengaruhi kepercayaan klien terhadap kehidupan. Berikut
adalah penerangan tentang personaliti individu yang dilahirkan dalam susunan
kelahiran yang berbeza menurut penulisan Ansbacher (1964), Dreikurs (1953)
dan Adler (1958).
1. Anak pertama Pada awalnya diberikan perhatian dan dimanjakan
sebagai satu-satunya anak pada waktu itu. Anak pertama lazimnya
boleh diharapkan dan bekerja keras untuk mencapai sesuatu dalam
kehidupannya. Selepas kehadiran adiknya maka dia akan kehilangan
takhtanya sebagai anak tunggal dan berasakan perhatian sudah beralih
kepada adik. Maka anak pertama akan membentuk diri sebagai seorang
yang sentiasa cuba berada di atas dan sentiasa ada keinginan untuk menjadi
model kepada adik-adiknya serta lebih bersifat mengarah seperti ketua.
2. Anak kedua sekiranya cuma ada dua orang adik-beradik, dia akan
berasa sentiasa perlu bersaing dengan abang/kakaknya. Menurut Adler
(1958) sikap bersaing ini mungkin berlanjutan sehingga dewasa dan
boleh merosakkan hubungan sekiranya anak kedua sentiasa mencari
kelemahan anak pertama dalam usaha mengalahkannya. Sekiranya
seorang daripada mereka mahir dalam satu bidang maka seorang lagi akan
mencari bidang lain untuk dikuasai untuk membuktikan kebolehannya.
3. Anak tengah Lazimnya anak ini akan berasa tersepit dan tidak
mendapat layanan yang sepatutnya. Anak ini berasakan perlu bersaing
untuk membuktikan pencapaian berbanding anak pertama dan pada masa
sama juga berusaha mendapatkan perhatian ibu dan bapa yang sering
diberikan kepada anak bongsu. Anak tengah yang mempunyai pemikiran
negatif biasanya cenderung menjadi anak yang bermasalah. Anak tengah
dikatakan mudah terasa hati, tetapi lebih sensitif dan mudah berempati
dengan orang lain. Ini menjadikannya orang yang lebih mendengar dan
suka memerhatikan orang lain sebelum bertindak.
4. Anak bongsu Merupakan bayi kepada ibu bapa walaupun sudah
mencapai usia dewasa. Ada kalanya masih dianggap tidak mampu
menjalankan sesuatu dengan baik, sering diberi kelonggaran dalam
menjalankan tanggungjawab, dan dimanjakan oleh ibu bapa. Dari
sudut negatifnya anak bongsu mungkin tidak pandai berdikari atau
menyelesaikan masalah dengan sendiri. Dari aspek positif pula, anak
bongsu yang diberi lebih kebebasan akan berpeluang meneroka perkaraperkara baru yang adik-beradik lainnya mungkin tidak mendapat peluang.
5. Anak tunggal Walaupun anak tunggal mendapat perhatian penuh
daripada ibu bapa dan sentiasa bersikap sukakan pencapaian, namun

4 Teori Kaunseling.indd 63

05/06/2014 9:23:16

64

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

dia tidak mempunyai peluang untuk belajar berkongsi atau bekerjasama


dengan anak-anak lain. Mereka lebih mahir bergaul dengan orang dewasa
kerana persekitaran yang tiada adik-beradik lain. Anak tunggal sangat
sukakan perhatian dan sekiranya kedudukannya tercabar dia akan rasa
tergugat dan tidak adil.
Kaunselor yang mengamalkan teori psikologi individu perlu memahami
kesan susunan kelahiran terhadap aspek kehidupan klien yang ingin dibantunya.

Andaian Asas dan Prinsip Teori

Berikut adalah beberapa prinsip asas terapi individu yang telah dipelopori
oleh Adler.
1. Manusia dimotivasikan oleh minat sosial. Minat sosial merupakan
sikap positif manusia terhadap manusia lain dalam kehidupannya. Adler
menyifatkan minat sosial sebagai rasa persamaan dan empati sesama
manusia. Sebagai makhluk sosial, kita perlu berguna kepada orang lain
dan mewujudkan hubungan yang bermakna dalam masyarakat.
2. Manusia adalah bersifat holistik atau lengkap. Manusia bukan terdiri
daripada bahagian-bahagian yang boleh dipisahkan. Antara ciri-ciri yang
melengkapi manusia ialah perasaan, kepercayaan, tingkah laku, tret dan
karakteristik, sikap dan banyak lagi. Di samping itu, Adler percaya bahawa
kita merupakan sebahagian daripada sistem sosial tempat kita beroperasi.
3. Persepsi manusia adalah subjektif antara satu sama lain oleh sebab
manusia melihat kehidupan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
Manusia memberikan maksud kepada pengalaman yang dilaluinya.
Sekiranya pengalaman hidup anda adalah pahit sudah tentu anda
beranggapan negatif terhadap kehidupan secara keseluruhan. Namun
sekiranya pengalaman anda kebanyakannya manis, maka anda akan lebih
beranggapan positif terhadap kehidupan.
4. Setiap tindakan manusia mempunyai tujuannya sendiri. Manusia sentiasa
mempunyai matlamat walaupun adakalanya mereka tidak menyedari
kewujudan matlamat tersebut. Matlamat utama manusia ialah bergerak
dari perasaan inferior kepada perasaan superior. Manusia akan memberi
pampasan kepada perasaan inferioriti dengan mencari cara untuk
mengawal faktor-faktor dalam kehidupan. Adler menekankan kepentingan
untuk mencapai perasaan superior dalam semangat minat sosial.
5. Manusia adalah kreatif dan mempunyai keazaman kendiri untuk
merancang masa depan berdasarkan tingkah laku yang boleh dijangka.
Tingkah laku yang tidak bersesuaian biasanya berpunca daripada
kegagalan membuat pemilihan yang tepat. Manusia mempunyai
keupayaan untuk mempengaruhi dan mencipta peristiwa. Menurut
Adler, manusia sentiasa cuba mencapai kesempurnaan, namun mereka

4 Teori Kaunseling.indd 64

05/06/2014 9:23:16

Teori Terapi Individu Adler

6.

65

tidak semestinya menjadi seorang yang sempurna. Manusia berasakan


kesempurnaan apabila mereka mampu menentukan takdir hidup sendiri
menggunakan kreativiti dan keazaman diri.
Gaya hidup yang sihat adalah penting dalam kehidupan. Gaya hidup
termasuklah cara bersosialisasi dan berhubung dengan orang lain. Gaya
kehidupan boleh dibaiki dari masa ke semasa walaupun kebanyakannya
berkembang semasa kecil. Pengalaman awal dalam kalangan ahli keluarga
terutamanya adik-beradik akan menyumbang kepada pembentukan garis
panduan memahami kehidupan yang akhirnya menjadi gaya hidup
seseorang (Sherman & Dinkmeyer 1987).

Matlamat Terapi

Matlamat utama kaunselor melalui terapi individu ini ialah untuk mendidik
klien, dan membantunya memperolehnilai-nilai sesuai berdasarkan kepentingan
sosial mereka dalam masyarakat. Terapi ini juga bertujuan memberi maklumat,
mengajar, membimbing dan memberi galakan kepada klien untuk berubah.
Sepanjang sesi kaunseling terapi individu, kaunselor perlu mewujudkan dan
mengekalkan hubungan kaunseling yang egalitarian berteraskan kerjasama
dan komitmen.
Matlamat utama yang lain ialah menganalisis dinamik yang terdapat
dalam hidup klien. Oleh itu kaunselor perlu menganalisis gaya hidup klien,
matlamat hidupnya dan faktor-faktor yang mempengaruhi kehidupan klien.
Kaunselor juga perlu mahir membuat interpretasi bagi menghasilkan celik akal.
Matlamat akhir terapi ini ialah untuk mengajar klien membuat orientasi semula
kepada gaya hidupnya agar klien mencapai perubahan tingkah laku yang sihat.
Untuk menganalisis dan mentafsirkan dinamik kehidupan klien,
kaunselor perlu memahami life tasks utama dalam hidup manusia. Adler
percaya bahawa setiap individu perlu menghadapi sekurangnya tiga tugasan
utama dalam kehidupan; Kerja, Persahabatan dan Cinta (kasih sayang). Mosak
dan Dreikurs (1967) menambah dua lagi tugasan iaitu dari segi kerohanian dan
kejayaan individu untuk mengurus atau menjaga diri sendiri. Matlamat terapi
individu ialah untuk membantu individu untuk memenuhi tugasan kehidupan
ini dengan cara yang lebih bermakna dan memuaskan hatinya.
Gambar rajah berikutnya mewakili model kesejahteraan diri (Model
of Wellness) yang menggabungkan konsep Adler (1970) dan Mosak dan
Dreikurs (1967). Dalam model ini tugasan kehidupan dilihat berinteraksi secara
dinamik dengan faktor-faktor lain dalam kehidupan seperti agama, keluarga,
masyarakat, dan lain-lain. Setiap tugasan kehidupan ini amat penting dalam
mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan mental yang baik buat individu.
Oleh itu, kaunselor perlu menganalisis setiap aspek ini semasa sesi kaunseling
untuk membentuk pelan rawatan yang komprehensif untuk klien anda.

4 Teori Kaunseling.indd 65

05/06/2014 9:23:16

66

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Rajah 4.3:

Model of Wellness oleh Witmer, Sweeney and Myers (1998)

Peranan Kaunselor

Sebagai kaunselor terapi individu, kaunselor berperanan membuat diagnosis,


menjadi guru dan model kepada klien anda. Kaunselor akan banyak membuat
penilaian terhadap klien dan gaya hidupnya dan ini termasuklah penilaian
berdasarkan susunan keluarga, kisah hidup awal, mimpi dan keutamaan yang
diberikan kepada klien dalam hidupnya. Sehubungan itu kaunselor akan
berkongsi interpretasi, pandangan, pendapat dan perasaan dengan klien.
Kaunselor juga perlu meningkatkan dan mengekalkan hubungan
terapeutik yang terbentuk sepanjang sesi. Kaunselor perlu menjadi model untuk
mendorong minat sosial yang positif dalam kalangan klien. Ini disebabkan
klien menghadapi kesukaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan
kehidupan sosialnya kini. Kaunselor boleh melaksanakan peranan ini dengan
mengarahkan klien agar berkelakuan seperti yang dia inginkan untuk
berjaya dalam kehidupan sosialnya. Kaunselor juga bertanggungjawab untk
meningkatkan tahap motivasi klien untuk berubah ke arah positif.

Proses Terapi

Untuk melaksanakan terapi ini dengan baik, kaunselor perlu mengetahui


proses dan peringkat-peringkat yang terlibat. Ini akan memudahkan kaunselor

4 Teori Kaunseling.indd 66

05/06/2014 9:23:16

Teori Terapi Individu Adler

67

mengatur strategi sepanjang proses kaunseling tersebut. Terdapatempat langkah


atau tahap dalam kelompok terapi Adler seperti yang digariskan oleh Dreikurs
(1969):
1. Membina dan mengekalkan hubungan terapeutik dengan cara
menggalakkan kejelekitan kelompok.
2. Meneroka dinamik yang beroperasi dalam diri individu dari segi motivasi
dan interaksi melalui proses penilaian.
3. Menyampaikan kepada individu kefahaman tentang dirinya dan membina
celik akal.
4. Membuat orientasi semula dengan memilih alternatif dan pilihan baru
yang lebih bersesuaian dalam kehidupan klien.

Membina Hubungan
Terapeutik
Konstelasi keluarga

Membuat analisis dan


penilaian

Ingatan kisah awal hidup


Mimpi
Keutamaan dalam hidup

Kefahaman kendiri dan


mencapai celik akal

Membuat orientasi semula


Rajah 4.4:

Proses Terapi Individu

Peringkat pertama: Membina hubungan dan mengekalkan


hubungan terapeutik dengan ahli
Di peringkat awal, kaunselor mesti menumpukan usaha membina hubungan
terapeutik dengan klien berasaskan kerjasama dan hormat-menghormati.
Klien perlu digalakkan melibatkan diri dengan aktif dalam proses kaunseling.
Kaunselor mesti menjemput klien meneroka gaya hidupnya sendiri dan

4 Teori Kaunseling.indd 67

05/06/2014 9:23:16

68

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

memahami bagaimana tingkah laku tersebut dapat membantu atau mengganggu


fungsi dalam kehidupannya (Mosak 2000). Sebagai ahli terapi Adlerian,
kaunselor perlu mementingkan hubungan setaraf antara klien dengan kaunselor.
Dalam terapi ini, kaunselor mesti membuatkan klien sedar bahawa dirinya
sebagai manusia memainkan peranan tertentu dalam masalah tersebut dan
perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Klien mesti menyedari bahawa
masalahnya disebabkan oleh nilai-nilai sosial yang salah, pembelajaran
salah atau tidak mencukupi dan anggapan yang salah. Sepanjang peringkat
ini kaunselor perlu menggalakkan klien memberikan sepenuh kerjasamanya
dalam sesi kaunseling tersebut. Klien mungkin cuba memerangkap kaunselor
melalui tindakan-tindakan yang tidak sesuai tetapi kaunselor perlu peka dan
fokus kepada proses kaunseling ini.

Peringkat kedua: Analisis dan Penilaian


Tahap kedua ini bertujuan untuk memahami gaya hidup klien dan menilai
sejauh mana ianya memberikan kesan kepada fungsinya dalam kehidupan.
Kaunselor akan meneroka dan membuat interpretasi dalam usaha memahami
masalah klien. Penilaian ini juga akan melihat interpretasi klien terhadap diri
sendiri dan sebahagian daripada andaian-andaian salah yang berkait dengan
interpretasi ini (Sonsteguard1998).
Kaunselor mesti menjalankan penerokaan berdasarkan beberapa perkara
seperti:
1. Konstelasi keluarga dan susunan kelahiran

Konstelasi keluarga merujuk kepada corak psikologi sosial sesebuah
keluarga. Antara yang dinilai termasuklah keadaan keluarga semasa
klien membesar, kedudukan klien dalam adik-beradiknya dan bagaimana
keadaan ini membentuk gaya hidup ahli sekarang. Adler percaya bahawa
persepsi individu terhadap kedudukan diri dalam keluarga sangat
signifikan terhadap cara mereka memahami kehidupan. Seperti yang telah
digariskan, Adler mengenal pasti lima susunan kelahiran yang mampu
mempengaruhi personaliti seseorang iaitu, anak sulung, anak kedua, anak
tengah, anak bongsu dan anak tunggal. Anak-anak dari susunan kelahiran
yang berbeza akan mempamerkan ciri-ciri personaliti dan gaya yang
berbeza dalam kehidupan mereka. Untuk memahami tret personaliti ini
kaunselor digalakkan membaca dengan lebih lanjut tentang kajian-kajian
berkait dengan impak susunan kelahiran terhadap individu.

Semasa meneroka personaliti klien berdasarkan susunan kelahirannya,
kaunselor perlu mengaitkannya dengan permasalahan yang sedang
dihadapinya dan melihat apakah faktor personalitinya yang menyumbang
kepada permasalahan tersebut.

4 Teori Kaunseling.indd 68

05/06/2014 9:23:16

Teori Terapi Individu Adler

69

2.

Ingatan awal zaman kanak-kanak dan kesilapan-kesilapan asas


Klien diminta menyatakan perasaan dan pemikirannya yang berkait
dengan kejadian-kejadian di zaman kanak-kanaknya. Ingatan-ingatan
awal ini biasanya mengandungi sistem kepercayaan, persepsi yang
merosakkan diri serta kesilapan-kesilapan asas yang dilakukan oleh klien.
Individu mempunyai kecenderungan untuk mengekalkan kepercayaan
asas ini walaupun terdapat kesilapan kerana mereka mencipta logik
peribadi sendiri semenjak awal kanak-kanak.

Mosak (1995) menyenaraikan lima jenis kesilapan asas yang sering
berlaku:
a) Overgeneralization atau andaian am.

Contoh: Semua orang jahat. Hidup ini sukar.
b) Matlamat untuk mencapai keselamatan yang salah atau mustahil.

Contoh: Saya mesti puaskan hati semua orang
c) Persepsi dan tuntutan yang salah terhadap kehidupan

Contoh: Saya sentiasa bernasib malang. Suami saya mesti
sentiasa membahagiakan saya.
d) Pengurangan atau penafian harga diri seseorang.

Contoh: Saya ni memang tak berguna. Apa daya, saya ni cuma
seorang wanita
e) Nilai-nilai yang salah

Contoh: Buatlah kerja apapun asal dapat kumpul harta yang banyak
3.

Mimpi
Menurut pendapat Adler, mimpi merupakan aktiviti penyelesaian masalah
yang bakal berlaku. Mimpi dianggap sebagai petunjuk kepada sesuatu
tindakan. Kaunselor boleh mengajak klien meneroka mimpinya. Kaedah
adalah lebih kurang sama dengan kaedah analisis mimpi Freud. Klien
akan mentafsir dan membincangkan mimpi yang dikongsikan dengan
anda. Adler menamakan mimpi sebagai gudang perasaan seseorang.
Dengan menganalisis mimpi, kaunselor mengajak klien mendapatkan
beberapa jawapan untuk menghadapi masalah dengan segera. Tafsiran
mimpi boleh dianggap sebagai latihan untuk tindakan akan datang yang
berguna dan unik bagi klien.

4.

Keutamaan dalam hidup


Kaunselor perlu meneroka keutamaan yang diletakkan klien kepada
hidupnya. Kaunselor mesti menganalisis setakat mana keutamaankeutamaan ini mendatangkan masalah kepada klien. Tiga jenis keutamaan
utama yang lazimnya dipentingkan oleh manusia ialah:
a) Superiority (Perasaan berkuasa/ memiliki kelebihan berbanding
orang lain)

4 Teori Kaunseling.indd 69

05/06/2014 9:23:16

70

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

b)
c)

Kawalan yang dimiliki atas diri dan orang lain


Keselesaan yang diingini dalam kehidupan

Apabila semua maklumat 1, 2, 3, dan 4 telah dikumpul, kaunselor perlu


membuat kesimpulan berkaitan gaya hidup ahli. Pemimpin perlu mencabar
kesimpulan-kesimpulan tersebut dan memerhatikan aset, kekuatan dan bakat
klien.

Peringkat ketiga: Kefahaman diri dan celik akal

Selepas perkara-perkara di atas dianalisis, klien akan memasuki peringkat


mencapai celik akal dan membuat orientasi semula. Di peringkat celik akal,
kaunselor membantu ahli memahami kenapa dia membuat keputusan tertentu
dalam kehidupan. Kaunselor boleh menggunakan kemahiran interpretasi untuk
mencari makna di sebalik kelakuan klien. Kaunselor akan mengkonfrontasi
dan mencabar self defeating actions iaitu tingkah laku yang merosakkan diri
serta kepercayaan silap yang dimiliki oleh klien.
Kaunselor boleh melakukan pentafsiran berdasarkan maklumat yang
diberikan oleh klien mereka tentang tugas-tugas dalam kehidupannya iaitu:
1. Persahabatan: kerjasama, tolak ansur dan hubungan dalam persahabatan
2. Kasih sayang: Pemilihan pasangan, peranan, tanggungjawab dan sikap
dalam hubungan dan lain-lain.
3. Pekerjaan: keutamaan, kejayaan atau kegagalan yang dihadapi dalam
pekerjaan.
4. Kerohanian: kepercayaan, amalan kerohanian dan lain-lain.
5. Pengurusan diri: Gaya menangani masalah, penjagaan kendiri dan
pembentukan identiti dan lain-lain.
Pada masa sama, kaunselor perlu menyokong usaha klien untuk
mencapai celik akal. Fokus diberikan kepada isu here and now. Kaunselor
juga bertanggungjawab membantu klien memikirkan alternatif-alternatif yang
boleh dilakukan bagi membetulkan keadaan tersebut.

Peringkat keempat: Membuat orientasi semula


Peringkat ini lebih berorientasikan tindakan di mana celik akal tadi akan
diikuti dengan perbuatan yang mampu membantu klien memperbaiki keadaan.
Klien akan melaksanakan alternatif-altenatif baru yang lebih berfungsi untuk
menangani kelima-lima life-tasks tadi. Kaunselor perlu mencabar klien untuk
berusaha di samping memberi sokongan untuk berubah.
Dalam peringkat orientasi semula ini, klien digalakkan untuk mengubah
tingkah laku dan mengawal hidupnya dengan lebih baik. Klien perlu

4 Teori Kaunseling.indd 70

05/06/2014 9:23:17

Teori Terapi Individu Adler

71

berani mengambil risiko dan sedia bertingkah laku seolah-olah. Klien


mesti menyedari sebarang tingkah laku yang memudaratkan dan segera
membaikinya. Sebagai kaunselor, boleh menggunakan pelbagai teknik terapi
individu untuk membantu klien menjadi individu sosial yang lebih baik.

Teknik-Teknik

Untuk melaksanakan terapi individu dengan baik kaunselor juga perlu


mengetahui beberapa teknik khas yang boleh dilaksanakan dalam sesi
kaunseling terapi individu ini. Berikut ialah antara teknik-teknik terapi individu
yang kaunselor perlu fahami dan amalkan.
Jadual 4.1:

Teknik-teknik Terapi Individu Adler

Teknik-teknik

Penjelasan

Kesegeraan
(Immediacy)

Klien digalakkan menangani masalah yang perlu


disegerakan atau masalah yang paling signifikan dahulu.
Contoh: Sekiranya klien mempunyai banyak masalah yang
dirasakan mengganggu dirinya, kaunselor perlu meminta
klien memilih salah satu masalah yang dia rasa perlu
diselesaikan dengan segera agar klien dapat berasa lebih
tenang untuk menangani masalah lain.

Paradoxical
intention

Kaunselor mesti peka terhadap sebarang cubaan untuk


menarik perhatian, mendapatkan kuasa, sifat dendam dan
kompleks inferior dalam diri klien.
Contoh: Klien mungkin mencari simpati kaunselor dengan
menceritakan perkara yang menyebabkan kaunselor
menyebelahi dirinya walaupun tindakannya jelas salah.
Kaunselor perlu peka dan tidak terpengaruh dengan sikap
klien. Sebaliknya kaunselor mesti bersikap objektif.

Galakan
(encouragement)

Kaunselor menggalakkan klien dengan menyokong sebarang


usaha atau pemikiran positif yang ditunjukkan oleh klien.
Galakan adalah kunci utama untuk mencapai pilihan hidup
yang produktif.
Contoh: Kaunselor memuji sikap klien yang berani
mengambil risiko dengan memulakan langkah untuk
berubah.

Berlagak seperti
(Acting as if)

4 Teori Kaunseling.indd 71

Klien diarah untuk berlagak seperti seseorang yang mereka


ingin jadi (diri yang ideal). Boleh dilakukan secara role play.

05/06/2014 9:23:17

72

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Penjelasan
Contoh: Jika ingin jadi orang berjaya dalam kerjaya klien perlu
berlagak seperti seorang yang benar-benar berjaya contohnya
dengan menukar cara berpakaian kepada pakaian yang nampak
profesional dan sesuai dengan kerjaya, bukannya berpakaian
selekeh setiap kali ke pejabat.

Mencabar
(Confrontation)

Kaunselor mencabar klien untuk mempertimbangkan logik


peribadi mereka. Lazimnya setelah klien menganalisis cara
pemikiran mereka, mereka akan mendapati bahawa mereka
mampu mengubah cara pemikiran dan tingkahlaku mereka.
Contoh: Sekiranya klien sering memberi alasan atau
menangguhkan usaha untuk berubah maka kaunselor perlu
mempersoalkan / mengkonfrontasikan kesungguhannya
untuk benar-benar berjaya.

Memerangkap diri
(catching oneself)

Klien belajar menjadi lebih peka terhadap tingkah laku serta


pemikiran yang boleh memudaratkan diri mereka apabila
ianya berlaku. Klien akan memberhentikan tingkah laku atau
pemikiran tersebut sebaik sahaja menyedarinya.
Contoh: Biasanya jika anda berasa gementar, anda akan
mula menggigil. Tetapi kali ini apabila menyedari anda
gementar, anda mengawal diri dari menggigil dengan
menarik nafas dan memikirkan perkara yang membuat anda
lebih selesa.

Menekan Butang
(pushing the
button)

Klien digalakkan menyedari bahawa mereka mempunyai


pilihan untuk memilih rangsangan yang ingin diberikan
tumpuan. Ini bermaksud klien boleh memilih untuk
mengingati pengalaman negatif atau positif.
Contoh: Jika anda ditipu orang, anda boleh memilih
untuk berasa sedih dan kecewa atau bersifat tenang dan
menganggapnya sebagai suratan takdir dan lebih berhatihati.

Meludah ke dalam Kaunselor menyatakan pemerhatiannya terhadap tingkah


sup (Spitting in the laku maladaptif klien yang dikesan dan menyebabkan klien
tidak mendapat kepuasan yang diinginkan daripada tingkah
clients soup)
laku tersebut.
Contohnya: Apabila klien cuba menarik perhatian kaunselor
dengan bersifat mengada-ngada dalam sesi. Kaunselor boleh
menyatakan Saya tahu anda menunjukkan sikap sebegini
untuk menagih simpati saya. Ini akan menyedarkan
klien bahawa kaunselor menyedari motifnya dan dia akan
memberhentikan tindakan tersebut.

4 Teori Kaunseling.indd 72

05/06/2014 9:23:17

Teori Terapi Individu Adler

Teknik-teknik
Beri tugasan
dan dapatkan
komitmen
(task setting and
commitment)

73

Penjelasan
Klien akan menetapkan matlamat jangka pendek yang
mampu dicapai dan seterusnya menetapkan pula matlamat
jangka panjang yang lebih realistik. Kaunselor pula cuba
mendapatkan komitmen klien untuk melaksanakan tugas
yang dirancang.
Contohnya pernyataan kaunselor: Kita telah belah bersetuju
dalam sesi ini bahawa anda akan memulakan komunikasi
dengan ibu mertua anda semasa pulang ke kampung minggu
ini. Walaupun anda menganggarkan anda tidak dapat
berbincang panjang tetapi anda berjanji untuk memperbaiki
komunikasi ini lagi dari masa ke semasa sehingga anda dan
dia sudah bersedia bercakap dari hati ke hati tentang masalah
ini. Saya harap anda akan beri komitmen sepenuhnya

Merumus dan
menamatkan sesi

Kaunselor perlu membuat rumusan keseluruhan sesi dan


menamatkan sesi tersebut apabila matlamat telah tercapai
Contoh pernyataan kaunselor: Nampaknya kita telah
sampai ke akhir sesi. Sepanjang sesi ini saya telah
mendengar luahan hati anda yang kurang selesa dengan
layanan rakan sekerja di tempat baru. Kita juga telah
membincangkan halangan-halangan yang anda hadapi dalam
menjalankan tugas serta cara cara yang anda rasakan boleh
dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Jadi menurut anda,
anda sudah mendapat celik akal tentang tindakan yang ingin
anda segerakan setelah pulang dari sesi ini. Dengan itu saya
rasa saya sudah boleh menamatkan buat hari ini tetapi saya
perlu dapatkan maklum balas anda dahulu tentang sesi kita.

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Secara amnya, pendapat teori psikologi individu yang lebih melihat kepada
minat sosial berbanding minat seksual membuatkannya lebih diterima dalam
budaya-budaya lain. Dalam masyarakat Asia khasnya apabila kepentingan
sosial melebihi kepentingan individu, teori ini dilihat sebagai lebih serasi.
Namun penggunaan teori ini untuk melihat gaya hidup berdasarkan konsep
inferior dan superior perlu dilakukan dengan berhati-hati. Dalam masyarakat
yang lebih suka bersikap rendah hati, kemungkinan konsep menggapai
superioriti dianggap agak keterlaluan, terutama bagi kaum wanita yang berasal
dari masyarakat yang kaum lelaki lazimnya lebih superior berbanding wanita.
Dari aspek positif, teori Adlerian yang menekankan kepada pembentukan
hubungan sama rata, kerjasama dan kemahiran bertanggungjawab ke atas diri
sendiri dan orang lain serta sikap sokong menyokong sesama individu. Ini

4 Teori Kaunseling.indd 73

05/06/2014 9:23:17

74

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

menyebabkan ianya lebih sesuai dan diterima pakai dalam pelbagai budaya.
Teori psikologi individu menerapkan celik akal kepada keperluan sikap
bertoleransi dan minat sosial yang positif. Ini banyak membantu masyarakat
berbilang kaum untuk lebih menyeimbangkan keperluan individu dan
keperluan masyarakat secara amnya.
Teori ini secara tidak langsung meletakkan stereotaip terhadap individu
berdasarkan susunan kelahirannya. Ini mungkin selari atau tidak selari dengan
perspektif klien dari latar belakang yang berlainan. Ciri-ciri personaliti
yang digariskan oleh Adler berdasarkan susunan kelahiran juga banyak
mencerminkan personaliti golongan tertentu dalam masyarakatnya sahaja dan
tidak semestinya sama dengan golongan individu yang lain. Ini secara tidak
langsung boleh menimbulkan kekeliruan kepada klien sekiranya dia berasakan
ciri-ciri personaliti dirinya tidak sama seperti yang sepatutnya. Walaupun
pengamal teori Adler menyangkal dakwaan bahawa mereka meletakkan
stereotaip tertentu berdasarkan susunan kelahiran namun ianya adalah sesuatu
yang sukar diketepikan.

Kelebihan dan Kelemahan Teori

Teori psikologi individu merupakan salah satu teori yang berkembang dengan
pesat. Sumbangan terbesar Adler kepada dunia psikologi ialah menambah
satu lagi teori yang membantu ahli psikologi memahami klien. Teori ini juga
dikatakan sesuai untuk masyarakat berbilang bangsa. Tumpuannya terhadap
kesempurnaan insan melalui minat sosial menjadikan ia satu teori yang unik
dan menarik. Banyak kajian yang telah dijalankan terhadap pengaruh susunan
kelahiran terhadap personaliti seperti yang diketengahkan oleh Adler.
Teori Adler juga telah mengubah pandangan am yang berpendapat
bahawa manusia ini cenderung kepada minat seksual semata-mata kepada
pandangan yang lebih diterima oleh masyarakat, iaitu manusia adalah lebih
cenderung kepada minat sosial. Ia juga telah membawa terapi keluar dari
kepompong yang sempit iaitu klien hanya berbaring di atas sofa panjang
melayan pemikiran bawah sedarnya kepada kaedah kaunseling yang lebih
dinamik di mana ia juga digunakan dalam kaunseling kelompok, pendidikan
ibu bapa, dan digabungkan dalam prosedur kaunseling keluarga. Secara amnya
teori ini lebih terbuka dan sesuai dalam seting yang berlainan.
Namun teori Adler telah dikritik atas dasar ianya terlalu am, iaitu tidak
menerangkan kerangka personaliti individu dengan mendalam. Ada juga
berpendapat ianya satu pendekatan yang cuba memuatkan segalanya. Minat
sosial dilihat sebagai tonggak kepada semua perlakuan manusia namun minat
sosial itu sendiri tidak dikupas dengan mendalam. Di samping itu, tidak banyak
kajian telah dijalankan terhadap keberkesanan teori ini untuk menyokong
penggunaannya secara menyeluruh.

4 Teori Kaunseling.indd 74

05/06/2014 9:23:17

Teori Terapi Individu Adler

75

Ada juga yang menganggap terlalu banyak maklumat konstelasi


keluarga yang perlu diterokai semasa dalam sesi kaunseling, namun kaedah
pengumpulan maklumat tersebut tidak dijelaskan dengan terang serta cara
penggunaan maklumat yang telah dikumpul juga agak kabur. Teori Adler
dikatakan hanya sesuai untuk klien yang mampu berkomunikasi dengan baik
tentang diri mereka kerana keperluan mengumpulkan maklumat tersebut,
sedangkan tidak semua klien dapat berbuat demikian.
Walaupun teori Adler turut dipersoalkan dari segi kaedah dan
pelaksanaannya, namun kebolehpakaian teori ini untuk masyarakat berbilang
latar belakang dan pelbagai seting menjadikannya salah satu teori yang menarik
untuk diterokai dan dilaksanakan.

Aplikasi Kes Laila

Kaunselor memulakan sesi bersama Laila dengan membina hubungan


terapeutik. Laila diterima dengan ikhlas dan dilayan dengan penuh rasa
hormat. Kaunselor akan menerangkan kepada klien tentang proses kaunseling
yang akan dilaksanakan termasuk tentang etika kerahsiaan dan batasannya,
jangka masa sesi, peranan kaunselor yang akan melaksanakan diagnosis
dan menjadi guru kepada klien, serta meminta klien memberikan sepenuh
komitmennya terhadap terapi. Klien digalakkan untuk melibatkan diri dengan
aktif sepanjang sesi kaunseling kerana kaunselor akan berkongsi interpretasi,
pandangan, pendapat dan perasaan dengan klien berdasarkan perkongsian
klien sepanjang sesi. Kaunselor bertanggungjawab mengekalkan hubungan
terapeutik sepanjang proses kaunseling.
Seterusnya kaunselor akan meneroka gaya hidup klien dan persepsinya
terhadap kehidupan. Empat aspek utama yang akan ditumpukan ialah a)
Konstelasi keluarga dan susunan kelahiran b) Ingatan awal zaman kanak-kanak
dan kesilapan-kesilapan asas c) Mimpi dan d) Keutamaan dalam hidup. Dari
segi konstelasi keluarga dan susunan kelahiran, kaunselor telah meneroka
cara ibu bapa Laila mendidiknya semasa kecil. Berdasarkan cerita Laila,
kaunselor dapat membuat interpretasi bahawa ibu bapa Laila sangat sayang
kepadanya tetapi kurang menumpukan perhatian kepada Laila akibat kesibukan
tugas. Sebagai anak pertama, Laila dianggap pandai menjaga dirinya sendiri.
Ini ditambah lagi dengan personaliti Laila yang pintar, peramah, senang
bersosial, sukakan pencapaian dan sering mendapat perhatian dalam aktiviti
sekolahnya. Semua ini boleh dikaitkan personaliti Laila sebagai anak pertama
yang dianggap sangat berdikari dan bermotivasi tinggi. Hasil daripada gaya
didikan ibu bapanya, Laila sudah terbiasa mencari dan amat sukakan perhatian
dari pihak-pihak lain. Dalam hal ini Laila nampaknya mencari kasih sayang
daripada lelaki hingga terlibat dalam masalah ketagihan seks.

4 Teori Kaunseling.indd 75

05/06/2014 9:23:17

76

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Kaunselor: Baiklah Laila, saya perlu mengetahui serba sedikit tentang


zaman kanak-kanak Laila dari segi layanan yang diberikan
oleh ibu bapa Laila. Boleh Laila jelaskan sedikit? Ini
mungkin dapat membantu saya memahami apa yang Laila
rasakan.
Laila:

Emak bapa saya ok, apa yang saya minta biasanya saya
dapat. Cuma mereka kurang bercakap dengan saya kerana
banyak kerja. Saya rasa saya faham keadaan mereka. Sebab
itu saya cuba sibukkan diri di sekolah dengan pelbagai
aktiviti. Jadi saya tidak berasa sunyi sangat sekiranya tak
dapat bercakap dengan emak dan bapa. Mereka percayakan
saya jadi saya boleh buat apa saya suka sedangkan adikadik saya agak dikawal oleh mereka. Cikgu dan kawankawan selalu beri semangat kepada saya, jadi saya tidak
rasa saya perlu bergantung kepada emak dan bapa. Lagipun
ramai rakan-rakan lelaki suka berkawan dengan saya sebab
saya agak terkenal di sekolah.

Seterusnya Laila diminta berkongsi tentang perasaannya tentang apa yang


berlaku semasa zaman kanak-kanaknya untuk mengenal pasti persepsi Laila
dan bagaimana persepsi ini membentuk kepercayaannya terhadap kehidupan.
Pengalaman hidup Laila membuatnya percaya bahawa dia memerlukan lelaki
untuk memberikannya perhatian yang diperlukan. Laila juga mempunyai
kepercayaan bahawa dia tidak mampu mengelak daripada kejadian-kejadian
seksual berlaku ke atas dirinya kerana inferioritinya sebagai perempuan.
Sebaliknya, semenjak zaman kanak-kanak lagi, Laila cuba menutup kelemahan
ini dengan mencapai superioriti dari segi sukan, kelab, akademik dan kerjaya
kerana ini membenarkannya berasa kepuasan mengawal hidupnya dengan baik.
Dalam proses terapi ini juga kaunselor akan meneroka mimpi-mimpi Laila yang
sering mengganggunya. Kaunselor akan mentafsirkan mimpi Laila sebagai
satu petunjuk keinginannya untuk bebas daripada masalah ketagihan seksual.
Berdasarkan mimpi ini, kaunselor dan klien akan berbincang cara-cara yang
boleh diambil untuk menghadapi masalah Laila dengan lebih baik. Kaunselor
Adlerian percaya bahawa mimpi dapat memberikan petunjuk-petunjuk yang
berguna dalam penyelesaian masalah. Selain meneroka kepentingan yang Laila
letakkan ke atas nilai superioriti, kaunselor juga meminta Laila berkongsi
sejauh mana dia rasa telah dapat mengawal dirinya serta orang lain dalam
kehidupannya. Kaunselor juga meneroka tahap keselesaan yang dirasakan oleh
Laila sekarang serta tahap keselesaan yang ingin dicapai dari segi kehidupan
peribadinya terutamanya dalam hubungannya dengan suami, anak-anak dan
adik-beradiknya.

4 Teori Kaunseling.indd 76

05/06/2014 9:23:17

Teori Terapi Individu Adler

77

Setelah meneliti kesemua aspek ini, kaunselor akan membantu klien


untuk celik dengan membuat orientasi semua terhadap gaya kehidupannya.
Berdasarkan maklumat kehidupan klien, kaunselor membantu Laila melihat
beberapa aspek yang penting dalam kehidupannya sambil memikirkan
alternatif yang sesuai dalam membantu orientasi semua.
1. Persahabatan: Laila didapati mampu menjalinkan hubungan yang baik
dengan orang lain kerana mempunyai kemahiran komunikasi yang
baik dan memiliki personaliti yang menyenangkan. Namun kelemahan
Laila ialah dia mungkin membuat pilihan yang salah dengan bergaul
dengan lelaki-lelaki yang mengambil kesempatan ke atas dirinya dari
segi seksual. Laila digalakkan membina hubungan persahabatan dengan
orang positif yang dapat membantunya berubah.
2. Kasih sayang: Laila pernah memilih lelaki yang kurang sesuai semasa
perkahwinan pertamanya, mengamalkan kehidupan seksual yang
tidak bermoral sebelum perkahwinan dan akhirnya bercerai kerana dia
dan pasangan tidak memainkan peranan dengan baik. Tindakannya
pada masa lalu disebabkan pemilihan keputusan yang kurang sesuai,
tetapi terapi psikologi individu percaya manusia mampu berusaha
mencapai kesempurnaan dengan cara yang kreatif. Oleh itu kaunselor
meminta Laila menumpukan kepada here and now bagi menyelesaikan
masalahnya. Dalam perkahwinannya sekarang dia memiliki suami
yang sabar, penyayang dan sentiasa menyokongnya. Laila juga sedang
cuba menguruskan kehidupannya sebagai isteri dan ibu dengan lebih
baik. Kesedaran Laila untuk berubah membuktikan dia seorang yang
bertanggungjawab dan boleh menjadi lebih kreatif dalam usahanya
meningkatkan kasih sayang dengan orang yang signifikan dalam
hidupnya.
3. Pekerjaan: Bagi Laila, membina superioriti dalam pekerjaan menjadi
salah satu keutamaan dalam hidup kerana melaluinya Laila berasakan
sense of control yang lebih bermakna. Kaunselor menggalakkan Laila
terus mengamalkan kaedah ini supaya dia sentiasa rasa bersemangat
dalam aspek kerjayanya
4. Kerohanian: Walaupun pada masa mudanya Laila kurang kesedaran
rohani, namun sekarang dia telah mula menyedari keperluan untuk
menjadi individu yang lebih kuat dari segi rohani, ini digambarkan
melalui keinginannya untuk memiliki suami yang boleh membimbingnya
dari segi agama dan mencari penyelesaian kepada masalah ketagihan
seksnya, serta menjadi isteri dan ibu yang lebih baik.
5. Pengurusan diri: Laila perlu belajar kaedah menguruskan emosinya
dengan lebih baik sekiranya dia ingin mempunyai gaya kehidupan yang
lebih sihat. Ini termasuklah menguruskan emosi panas barannya terhadap
anak-anak dan emosi cemburunya terhadap adik sendiri. Dia juga perlu

4 Teori Kaunseling.indd 77

05/06/2014 9:23:17

78

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

mencari cara untuk merapatkan hubungan yang semakin renggang dengan


suaminya dengan mempelajari cara menguruskan komunikasi intim
antara pasangan. Laila juga boleh lebih kreatif dalam pengurusan diri
dengan mengamalkan aktiviti-aktiviti santai dan relaksasi bagi diri sendiri
atau turut melibatkan ahli keluarganya agar mereka dapat menikmati
gaya kehidupan yang lebih berkualiti.
Dalam peringkat akhir terapi ini, Laila akan dibantu merancang
sebarang pelan tindakan hasil dari celik akalnya terdahulu dan digalakkan
melaksanakannya di luar sesi. Kaunselor akan mencabar sebarang kepercayaan
negatif klien, menggalakkannya mengambil risiko serta memberikan sokongan
padu kepada Laila dalam usahanya. Sebagai langkah utama, Laila digalakkan
berlagak seperti dia sudah berjaya mempunyai kawalan yang baik terhadap
dirinya dan cuba sebaiknya melakukannya dalam menyelesaikan masalahnya.
Laila diminta memberi keutamaan kepada masalah yang perlu disegerakan
supaya dapat mengurangkan ketegangan yang dihadapinya. Sepanjang proses
ini, kaunselor akan sentiasa peka terhadap sebarang paradoxical intention
yang melibatkan unsur dendam, mencari perhatian, atau mencari helah yang
mungkin digunakan oleh Laila untuk mengelakkan diri daripada menyelesaikan
masalah dengan baik.
Kaunselor: Dari apa yang saya lihat, Laila sudah boleh mengawal
perasaan Laila sedikit sebanyak apabila berhadapan dengan
anak-anak dan suami. Ini satu petanda yang sangat baik.
Saya harap Laila akan meneruskan sikap positif seolaholah Laila sudah berjaya sepenuhnya menangani perasan
Laila. Saya Laila memang bersungguh-sungguh ingin
berubah. Sekiranya Laila rasa tertekan, fikirkan segera cara
untuk bertenang dan kurangkan perasaan negatif itu.
Laila juga diajar cara untuk mengenal pasti pencetus kemarahannya
terhadap anak-anak dan suami supaya Laila lebih peka apabila ianya berlaku.
Ini akan memudahkan Laila mengamalkan teknik pengurusan emosi dan
relaksasi bagi meredakan kemarahan tersebut. Kaunselor membuatkan Laila
menyedari bahawa dia boleh memilih tindak balas yang lebih berkesan apabila
masalah ini berlaku. Dengan memilih tingkah laku atau tindak balas yang lebih
sesuai, kualiti kehidupan Laila akan dapat diperbaiki.
Kaunselor: Saya ingin Laila kenalpasti apa situasi atau keadaan yang
menimbulkan ketegangan antara awak dan anak-anak atau
suami. Ada sebarang keadaan yang selalunya membuat
awak tertekan dan marah?

4 Teori Kaunseling.indd 78

05/06/2014 9:23:17

Teori Terapi Individu Adler

Laila:

79

(Klien mengambil masa untuk berfikir) Biasanya saya


akan marah kepada anak-anak sekiranya mereka selalu
mengharapkan saya untuk melayan semua soalan mereka.
Saya rasa saya bukannya seorang yang serba tahu. Malah
saya rasa saya serba kekurangan. Saya tertekan kerana
mereka anggap saya sempurna.

Kaunselor: Biasanya apa tindak balas awak kepada mereka?


Laila:

Saya sama ada berdiam diri dan serahkan kepada suami


saya, atau saya akan memarahi mereka tetapi kemudiannya
berasa menyesal.

Kaunselor: Antara dua tindakan itu mana yang awak rasa lebih
baik? Rasanya ada atau tidak cara yang lebih sesuai untuk
mengatasi mereka?.
Laila:

Memang lebih elok sekiranya saya serahkan kepada bapa


mereka untuk menjawab soalan mereka. Tapi saya rasa itu
tidak membantu komunikasi saya dengan mereka kerana
mereka mula rasa jauh dari saya. Selepas ini, saya akan
cuba menjawab apa yang saya mampu. Sekiranya saya
tidak tahu, maka saya dan suami akan sama-sama melayan
mereka. Saya amat berharap hubungan kami akan rapat dan
saya tahu menjauhkan diri dari mereka bukan jawapannya.

Sebelum mengakhiri sesi kaunseling psikologi individu ini, kaunselor


membincangkan beberapa tugasan yang boleh Laila jalankan dalam usaha
mengatasi masalahnya. Sekiranya kaunselor memberikan galakan dan
sokongan yang baik sepanjang sesi kaunseling, lazimnya klien akan lebih
cepat mencapai celik akal dan membuat orientasi semula gaya kehidupannya
dengan berkesan. Kaunselor boleh mengaturkan sesi susulan dengan Laila
untuk menilai perkembangannya dalam masa yang terdekat

Rumusan

Bab ini telah membincangkan tentang terapi Individu Adler yang boleh
anda gunakan sebagai salah satu pendekatan kaunseling individu. Terapi ini
menekankan kepada kepentingan minat sosial dalam kehidupan individu.
Individu dilihat sebagai kreatif dan mampu menentukan arah kehidupannya
sendiri dan sentiasa bergerak dari sikap inferior ke superior. Tugas anda sebagai
kaunselor ialah untuk mendidik klien dalam usaha memenuhi life tasks dengan

4 Teori Kaunseling.indd 79

05/06/2014 9:23:17

80

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

cara yang lebih berkesan. Untuk itu, anda mesti mengenal pasti gaya hidup
klien melalui proses terapi individu yang melibatkan langkah-langkah berikut:
1. Membina hubungan dan mengekalkan hubungan terapeutik dengan ahli
2. Analisis dan penilaian
3. Kefahaman diri dan celik akal
4. Membuat orientasi semula
Pendekatan ini mempunyai beberapa teknik yang unik yang anda
boleh gunakan semasa menjalankan sesi kaunseling. Bab seterusnya akan
membincangkan berkaitan teori kewujudan.

Glosari
Gaya hidup

Konstelasi keluarga

Kompleks Inferior
Kompleks Superior
Ingatan Kisah Awal

Spitting In The Clients Soup

Menekan Butang

4 Teori Kaunseling.indd 80

Satu set kepercayaan yang bersepadu yang


membenarkan seseorang individu menilai,
mengurus dan menjangkakan peristiwa yang
berlaku terhadap mereka. Adler melihat gaya
hidup sebagai peta minda individu yang unik
dan tidak disedari yang memfasilitasikan
individu dalam kehidupannya.
Sistem hubungan dalam keluarga di mana
kesedaran kendiri terbentuk. Ini meliputi
ciri-ciri personaliti ahli keluarga hubungan,
emosi antara ahli keluarga, saiz keluarga dan
jantina adik-beradik.
Merujuk kepada perasaan serba kekurangan
yang ada dalam diri klien
Merujuk kepada perasaan kesempurnaan
dalam diri klien
Peristiwa spesifik yang berlaku di bawah
umur 8 tahun. Terapi Individu melihatnya
sebagai metafora yang mendedahkan
keinginan, pentafsiran dan sikap terhadap
kehidupan.
Teknik menghalang tingkah laku maladaptif
klien dengan menyatakan pemerhatian
kaunselor secara berterus-terang kepadanya.
Teknik memilih rangsangan yang ingin
diberikan tumpuan.

05/06/2014 9:23:17

Teori Terapi Individu Adler

Berlagak seperti
Paradoxical Intention

4 Teori Kaunseling.indd 81

81

Teknik di mana klien berlagak seperti


seseorang yang mereka ingin jadi.
Sebarang cubaan untuk menarik perhatian,
mendapatkan kuasa, sifat dendam dan
kompleks inferior dalam diri klien.

05/06/2014 9:23:17

82

4 Teori Kaunseling.indd 82

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

05/06/2014 9:23:17

Bab 5

Teori Kewujudan

Objektif

Di akhir bab ini pelajar akan:


1. Memahami bagaimana memahami manusia dan masalah yang dihadapi
dari perspektif kewujudan.
2. Memahami bagaimana aplikasi kewujudan digunakan dalam pendekatan
kaunseling.
3. Memahami bagaimana pendekatan kewujudan boleh diaplikasi dalam
seting silang budaya.

Pengenalan

Teori kewujudan merupakan satu pendekatan falsafah yang digunakan dalam


terapi. Mengikut pendekatan ini, konflik di dalam diri manusia berlaku
kerana manusia berkonfrontasi dengan kewujudannya. Kewujudan yang
dimaksudkan di sini ialah kematian, kebebasan, tanggungjawab, dan tiada
pengertian di dalam hidup. Pendekatan yang optimistik ini mengambil kira
potensi manusia tetapi bersikap realistik terhadap limitasi manusia. Pendekatan
ini ada kesamaan sedikit sebanyak dengan pendekatan humanistik lain yang
menghargai potensi manusia. Teori kewujudan berorientasikan falsafah
bahawa manusia adalah bebas, dan oleh yang demikian bertanggungjawab
terhadap pilihan dalam hidupnya. Teori ini menolak idea ortodok psikonalisis
dan tingkahlaku yang radikal. Teori-teori tersebut tidak mengiktiraf manusia
sebagai kejadian yang dinamik. Walaupun teori kewujudan tidak menafikan

5 Teori Kaunseling.indd 83

05/06/2014 9:41:45

84

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

manusia boleh dipengaruhi oleh masa lepas dan persekitaran sosial tetapi
manusia bebas menentukan sama ada mereka mahu dibelenggu oleh unsur
tersebut atau membuat pilihan baru dalam hidupnya.

Gambaran Keseluruhan Teori


Pengasas-pengasas
Teori

Pandangan Tentang Sifat


Semula jadi Manusia

Matlamat Terapi

Peranan Kaunselor

Being in the world


Terapi Gestalt
Pengalaman Perkembangan
Simbolik
Terapi Gestalt
Logotherapy
Terapi Gestalt

Teknik-Teknik

Paradoxical Intention
Terapi Gestalt
Dereflection
Terapi Gestalt

Kelebihan dan
Kelemahan Teori
Pendekatan Kewujudan
Aplikasi Teori Dalam
Seting Silang Budaya
Rajah 5.1:

Dialog Socratic
Terapi Gestalt
Menilai Empat Dimensi
Keadaan Manusia
Terapi Gestalt

Gambaran Keseluruhan

Rajah 11: Gambaran Keseluruhan

5 Teori Kaunseling.indd 84

05/06/2014 9:41:45

Teori Kewujudan

85

Pengasas Teori

Ramai orang yang dikaitkan dengan


perkembangan teori kewujudan.
Antara nama yang terkenal ialah
Vicktor Frankl, Rollo May, Irvin
Yalon, Lydwig Binswanger, dan
Medard Boss. Frankl dan May
merupakan dua pengasas yang
paling terkenal, dan dicatatkan di
kebanyakan buku yang berkaitan
dengan teori kewujudan.
Victor Frankl dilahirkan pada
tahun 1902 di Vienna, Austria
dan menerima MD dan Ph.D dari
University of Vienna. Beliau adalah
seorang doktor perubatan dalam
bidang neurologi dan psikiatri
Rajah 5.2: Victor Frankl (1902-1945)
sehinggalah Perang Dunia Kedua
meletus. Sebagai seorang Yahudi,
Frankl menjadi tawanan dalam kem Nazi dari tahun 1942 hingga tahun
1945. Kebanyakan ahli keluarganya meninggal dunia di dalam kem tersebut.
Pengalaman ini mengukuhkan pandangan Frankl terhadap kewujudan. Frankl
merupakan pengasas logoterapi, satu bentuk analisis kewujudan. Idea beliau
mengenai kewujudan terdapat dalam banyak buku tulisannya tetapi buku
beliau yang paling terkenal ialah Mans Search for Meaning. Asal tajuk buku
tersebut ialah From Death Camp to Existentialism. Dalam buku tersebut Frankl
menceritakan pengalamannya di dalam kem Nazi berdasarkan pandangannya
yang mencari makna bagi setiap kejadian. Frankl bukan sahaja dikenali
sebagai pengasas utama teori kewujudan tetapi beliau juga menjadi inspirasi
kerja terhadap ahli-ahli psikologi humanistik. Idea Frankl tentang kewujudan
bermula sebelum pengalamannya di dalam kem Nazi. Penahanan dalam kem
Nazi hanya mengukuhkan lagi idea beliau.
Dari segi hubungan Frankl dengan pengasas teori Psikoanalisis, Sigmud
Freud, Frankl pernah menghadiri beberapa perjumpaan kumpulan psikoanalisis.
Frankl menghormati pandangan Freud walaupun tidak bersetuju dengannya.
Teori yang Frankl asaskan bertentangan dengan teori psikoanalisis Freud kerana
beliau berpendapat bahawa manusia adalah bertanggungjawab dan mempunyai
kebebasan untuk memilih. Menurut Corey (2011), teori Kewujudan yang
diasaskan oleh Frankl ialah teori yang diuji oleh kehidupan Frankl sendiri, dan
Frankl hidup berasaskan apa yang disarankan oleh teori yang diperkenalkannya.

5 Teori Kaunseling.indd 85

05/06/2014 9:41:45

86

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Rollo May dilahirkan di Ada,


Ohio dan melalui kehidupan yang sukar
semasa kecil. Ibu bapanya bercerai dan
saudara perempuannya pula mengalami
skizofrenia. Sebagai anak sulung, May
memikul tanggungjawab menolong
ibunya menjaga adik-adiknya. Pada usia
kanak-kanak, May dan adik-beradiknya
mengikut bapa mereka berpindah ke
Michigan. May menyifatkan kehidupan
zaman kanak-kanaknya sebagai suatu
yang sukar, dan ini merupakan pencetus
kepada minat beliau dalam psikologi
dan kaunseling. Kehidupan yang sukar
Rajah 5.3: Rollo May (1909-1994)
tidak menghalang May berjaya dalam
pendidikan. Beliau berjaya memperoleh
ijazah sarjana muda pada tahun 1930 dan kemudian bekerja sebagai guru
di Greece. Semasa di Greece, May mengambil kesempatan semasa cuti
musim panas untuk bertemu dan belajar dengan Alfred Adler di Vienna.
Dari situ bertitik-tolak minat yang semakin mendalam terhadap psikologi
dan seterusnya mendorong beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doktor
falsafah di Columbia University, New York. Pengalaman hidup May banyak
mempengaruhi teori yang diasaskannya. Selain daripada kesukaran semasa
zaman kanak-kanak, May juga pernah dikuarantin selama dua tahun kerana
menghidap penyakit tibi. Semasa tempoh tersebutlah beliau mempelajari
apa yang dimaksudkan dengan kebimbangan. Beliau berminat dan mula
mempelajari kerja-kerja Saren Kierkegaard yang akhirnya mendorongnya
menulis mengenai kebimbangan dalam bukunya The Meaning of Anxiety
pada tahun 1950. May juga dikenali sebagai penyumbang utama dalam
psikoterapi humanistik dan merupakan Ahli Psikologi Kewujudan di Amerika
Syarikatyang menjadi jurucakap pendekatan Kewujudan yang diasaskan di
Eropah. Pandangan May yang utama tentang manusia ialah beliau percaya
bahawa psikoterapi perlu bermatlamatkan untuk membantu manusia menemui
dan memahami pengertian hidup mereka. Psikoterapi juga perlu memfokuskan
kepada masalah kewujudan dan penyelesaian masalah. Dalam konteks ini May
bersetuju dengan Alfred Adler kerana May juga berpendapat bahawa kewujudan
manusia perlu diseimbangkan dengan minat sosial iaitu kecenderungan untuk
menyumbang kepada masyarakat di mana mereka tinggal.

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia

Teori Kewujudan tidak menekankan teknik dalam pendekatannya tetapi


menekankan pemahaman terhadap makna menjadi seseorang manusia. Justeru,

5 Teori Kaunseling.indd 86

05/06/2014 9:41:45

Teori Kewujudan

87

teori ini juga sering dikatakan sebagai pendekatan falsafah. Dari perspektif
teori Kewujudan, terdapat enam andaian tentang manusia iaitu:

Kebolehan untuk Mengenali Diri Sendiri

Maksud andaian bahawa manusia berupaya mengenali diri sendiri ialah


memahami bahawa diri sendiri berupaya untuk memilih tingkah laku tertentu
atau tidak bertingkah laku dengan tingkahlaku tertentu. Dengan kata lain,
manusia menyedari bahawa hala tuju hidup mereka terletak di tangan mereka
sendiri. Cara mereka bertindak balas terhadap persekitaran adalah bersifat
personal iaitu mereka berupaya menentukannya. Manusia tidak sewajarnya
bersifat reaktif dan berasakan bahawa kehidupannya di luar kawalannya.
Menurut Corey (2011), manusia boleh meningkatkan kapasiti dengan cara
mempertingkatkan kesedaran dalam perkara-perkara berikut:
1. Tiada had masa tertentu bagi manusia untuk melakukan sesuatu.
2. Kapasiti untuk mengambil tindakan atau sebaliknya. Tidak melakukan
apa-apa adalah satu keputusan.
3. Kapasiti untuk memilih jenis tindakan, dan menentukan hala tuju.
4. Memahami pengertian kehidupan yang dilalui dan menjadikannya sebagai
pengalaman kreatif.
5. Mengakui bahawa manusia terdedah kepada kesunyian, kekosongan,
rasa bersalah dan terasing.
6. Pada asalnya manusia adalah bersendiri, dan mereka berpeluang untuk
berhubungan dengan orang lain.
Meningkatkan kesedaran kendiri juga bermaksud meningkatkan kesedaran
mencari alternatif, motivasi, dan menentukan matlamat hidup. Ini juga adalah
matlamat kaunseling mengikut pendekatan Kewujudan. Kebolehan mengenali
diri dan orang lain membezakan antara manusia dengan spesis yang lain. Pengkaji
seperti Binswanger (1975) menggunakan terma being in the world yang merujuk
kepada kebolehan seseorang untuk berfikir dan membuat refleksi ke atas sesuatu
kejadian yang berlaku dan memberi pengertian kepada kejadian tersebut. Bagi
Rollo May, kuasa saya atau I am adalah prasyarat utama untuk menyelesaikan
masalah. Ini adalah pengalaman dengan diri sendiri dan bukan hubungan dengan
ahli terapi atau masyarakat. Ini jelas dalam tulisan May (1958b) I am the being
who can, among other things, know himself as the subject of what is occurring.

Kebebasan dan Tanggungjawab


Kebebasan boleh terdiri daripada beberapa aspek iaitu: kesedaran, pilihan,
tindakan, dan perubahan. Maksudnya ialah manusia bebas memilih dan
membuat pilihan daripada pelbagai alternatif yang ada untuk tujuan membentuk
hidup mereka. Secara realitinya, manusia selalu lari dari kebebasan ini,

5 Teori Kaunseling.indd 87

05/06/2014 9:41:45

88

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

dan tidak menyedari bahawa kehidupan mereka merupakan pilihan yang


mereka buat. Justeru, amat penting manusia menerima tanggungjawab yang
memberi hala tuju kepada hidup mereka. Kebebasan yang ditekankan oleh
teori Kewujudan bermakna manusia bertanggungjawab terhadap kehidupan,
tindakan, dan kegagalan mereka sendiri dalam mengambil tindakan. Rasa
bersalah terhadap kewujudan bermaksud manusia menyedari bahawa mereka
cuba lari dari tanggungjawab. Memberi tanggungjawab membuat pilihan
untuk diri kita kepada orang lain adalah satu kesilapan. Ini kerana manusia
yang menyedari kewujudannya mengiktiraf dirinya sebagai ejen yang paling
layak membuat keputusan untuk diri mereka walaupun keputusan tersebut
mungkin (atau sebaliknya) menimbulkan kebimbangan kepada diri manusia.
Kebebasan dan tanggungjawab tidak boleh dipisahkan kerana manusia adalah
pengarang kehidupan mereka sendiri. Dalam terapi, klien dibimbing untuk
bertanggungjawab terhadap diri. Ini kerana sikap tanggungjawab adalah
syarat kepada perubahan. Ramai orang yang mengalami masalah sebenarnya
cuba lari dari tanggungjawab. Mengikut Selingman dan Reichenberg (2010),
apabila manusia memahami bahawa mereka bebas membuat pilihan, mereka
akan menyedari bahawa setiap tindakan mereka bukan tidak bermatlamat,
mereka tidak akan mencari alasan untuk mengelak daripada bertanggungjawab
ke atas tindakan dan tingkah laku mereka, dan akan menjadi individu yang
berkembang secara positif.

Berjuang untuk mencapai identiti dan hubungan dengan orang lain


Manusia berjuang untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Dalam masa
sama mereka mahu berhubungan dengan orang lain. Usaha untuk mendapat
kesempurnaan kendiri adalah penting kerana ia membentuk identiti diri. Ia
bukan satu proses automatik dan mudah. Berhubungan dengan orang lain
menjadi penting kerana pengasingan akan membawa kepada kesunyian dan
rasa tersisih. Perkara ini berlaku kerana manusia gagal membina hubungan
dengan orang lain. Menurut Corey (2011), yang menjadi masalah bagi
kebanyakan manusia ialah kecenderungan mereka untuk merujuk kepada orang
lain bagi menentukan hidup mereka dan tidak percaya kepada diri sendiri.
Akibatnya, manusia yang bermasalah melihat diri mereka mengikut jangkaan
orang lain, dan mereka menjadi sangat asing kepada diri sendiri.

Mencari Pengertian Hidup


Pendekatan kewujudan membantu manusia melihat diri mereka dan membantu
mereka mencabar apa yang mereka mahukan daripada kehidupan ini. Orang
yang tidak mengenali diri akan sering bertanya kepada diri, apa ertinya
hidupku ini? Apa matlamat hidup ini? Manusia yang bermasalah sering kali
keliru dengan diri mereka sendiri. Mereka tidak tahu apa yang mereka mahukan

5 Teori Kaunseling.indd 88

05/06/2014 9:41:45

Teori Kewujudan

89

dalam hidup mereka, dan mereka kebiasaannya sentiasa tidak berpuas hati
dengan hidup mereka. Rollo May (1969) menyatakan bahawa keinginan untuk
menyayangi dan keinginan untuk hidup merupakan makna kepada kehidupan
kita. Perasaan bahawa hidup ini tidak bermakna boleh mendorong kepada
rasa kekosongan yang dinamakan oleh Frankl sebagai existential vacuum.
Keadaan ini berlaku kerana bagaimana kehidupan perlu diisi dan dibentuk
tidak ditentukan terlebih dahulu dalam hidup manusia. Sebaliknya, manusia
sendiri bertanggungjawab memberikan makna kepada kehidupan mereka.
Dalam pendekatan Kewujudan, terdapat cara digunakan bagi membantu
klien memahami makna kehidupan. Logoterapi adalah satu pendekatan yang
digunakan bagi tujuan ini (Frankl 1978). Menurut logoterapi, penderitaan yang
dialami manusia boleh ditukar kepada pencapaian bergantung kepada cara
seseorang berhadapan dengan penderitaan tersebut. Mencari makna dalam
kehidupan adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan penuh komitmen
dan proses yang berterusan. Ini kerana sesuatu yang memberi makna pada
hari ini mungkin tidak bermakna esok hari dan apa yang bermakna esok hari
mungkin tidak bermakna hari ni. Justeru, pencarian pengertian adalah proses
yang berterusan dalam kewujudan.
Ahli terapi Kewujudan mengenal pasti empat cara kewujudan di dunia
iaitu Uberwell, Mitwell, Eigenwell, dan yang saling berkait dan merupakan
dimensi-dimensi yang menjadi penggerak kepada kewujudan. Manusia
terperangkap antara dua iaitu di bahagian yang positif, iaitu apa yang mereka
inginkan, dan di bahagian yang negatif iaitu apa yang mereka bimbangkan.
Uberwelt adalah dimensi psikologi apabila individu berhubungan dengan
persekitaran dan dunia semula jadi di sekeliling mereka. Ini termasuklah sikap
mereka terhadap tubuh badan mereka, sikap terhadap persekitaran seperti
iklim dan cuaca, objek, kesihatan dan penyakit, keperluan tubuh badan, dan
kematian. Manusia berjuang dan mencuba untuk mendominasi dimensi fizikal
mereka tetapi dalam masa sama manusia juga perlu berjuang untuk menerima
limitasi yang berpunca daripada kekurangan semula jadi yang berada di luar
kawalan mereka seperti usia yang semakin lanjut, persekitaran tempat tinggal
yang daif contohnya yang berpunca daripada peperangan atau bencana alam.
Kebanyakan manusia inginkan kehidupan yang sihat, sejahtera, dan aman
damai dalam segala aspek. Tetapi cabaran hidup adalah sesuatu yang di luar
jangkaan. Kadangkala mereka memperoleh segala yang mereka inginkan,
tetapi itu mungkin bersifat sementara. Ataupun mereka mungkin mencapai
dan memiliki apa yang mereka cita-citakan tetapi akhirnya mendapati bahawa
apa yang mereka cita-citakan tidak pernah terbatas. Maka kegagalan mencapai
apa yang diluar jangkaan boleh menyumbang ke arah kebimbangan. Apabila
manusia mengiktiraf batasan mereka, maka kebimbangan mereka akan
berkurangan dan mereka dapat menerima apa yang berlaku seadanya.
Mitwell ialah dimensi sosial. Ia adalah bagaimana manusia berhubungan
dengan dunia di sekelilingnya. Dimensi ini termasuklah bagaimana manusia

5 Teori Kaunseling.indd 89

05/06/2014 9:41:45

90

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

berinteraksi dengan budaya, bangsa yang dimiliki oleh individu itu atau
budaya yang tidak berkaitan dengannya. Sikap yang lahir daripada dimensi
ini termasuklah cinta dan benci, bekerjasama dan bersaing. Sikap yang
bertentangan antara satu sama lain ini dapat difahami dari konsep penerimaan
dan penolakan, atau dipunyai dan pengasingan. Sesetengah individu memilih
untuk melarikan diri dari dunia realiti manakala sebahagian yang lain menerima
bulat-bulat apa sahaja peraturan dan norma yang ditetapkan. Ada juga yang
cuba mengatasi semua dengan menunjukkan kuasa dan dengan demikian dapat
mendominasi keadaan. Walau bagaimanapun, sama ada lambat atau cepat,
individu pasti perlu juga berhadapan dengan kegagalan dan keseorangan.
Eigenwell ialah dimensi psikologi. Individu berhubungan dengan orang
lain dan dengan cara ini individu membentuk dunia peribadinya sendiri.
Termasuk di bawah dimensi ini ialah pandangan manusia terhadap karakternya
sendiri, pengalaman lepas dan kemungkinan masa depan. Cabaran yang dialami
yang mengganggu individu dari segi dimensi psikologi ialah berhadapan
dengan kekuatan dan kelemahan diri. Individu akan mencari identiti diri.
Individu akan berhadapan dengan banyak perkara yang tidak dapat dielak
yang mungkin menyebabkannya mereka menjadi keliru dan tertekan. Justeru,
mengikut teori Kewujudan, berhadapan dengan kematian dan kehilangan diri
akan menyebabkan kebimbangan dan kekeliruan pada sesiapa yang tidak dapat
menerima kehilangan diri sendiri.
Dimensi paling akhir ialah Uberwelt (van Deurzen 1984) atau dimensi
spiritual. Dimensi spiritual membolehkan individu berhubungan dengan
sesuatu yang tidak diketahui dan dengan demikian membentuk hubungan
dengan dunia yang ideal. Melalui dimensi ini manusia akan berjumpa dengan
pengertian kehidupan dengan cara mencantumkan semua yang dialami
dalam hidupnya menjadi satu di dalam dirinya. Bagi sesetengah manusia,
proses ini dilakukan dengan merujuk kepada agama tertentu, bagi sesetengah
manusia yang lain pula yang tidak mempercayai agama, proses ini berlaku
dengan cara yang mungkin bersifat sekular. Halangan yang dihadapi pada
dimensi ini ialah pertentangan antara harapan dengan putus asa, matlamat dan
kegagalan. Manusia akan membentuk nilai dalam mencari sesuatu sama ada
untuk kehidupan atau kematian. Berhadapan dengan realiti bahawa ketiadaan
adalah wujud sepertikewujudan merupakan sesuatu yang amat perlu sebagai
sebahagian daripada pencarian sesuatu yang kekal abadi.

Kesedaran Tentang Kematian dan Ketidakwujudan


Teori Kewujudan melihat kematian sebagai suatu perkara yang positif. Malahan
pendekatan Kewujudan menekankan bahawa kesedaran tentang kematian
memberikan makna kepada kehidupan. Menurut Frankl, kematian tidak harus
dianggap sebagai ancaman. Tetapi kematian sepatutnya memberi motivasi
untuk menjalani kehidupan yang bermakna. Manusia yang asyik mengelak

5 Teori Kaunseling.indd 90

05/06/2014 9:41:46

Teori Kewujudan

91

daripada kematian sebenarnya tidak dapat mengelaknya dan hidup mereka


menjadi tidak bererti. Kesedaran terhadap kematian menjadikan manusia
lebih kreatif. Kehidupan dan kematian perlu dilihat sebagai saling bergantung.
Ketakutan kepada kematian menyebabkan manusia cuba menjauhinya dan
enggan bercakap mengenainya. Ketakutan kepada kematian bermakna
ketakutan kepada kehidupan.

Keaslian
Kesempurnaan diri adalah konsep yang penting dalam Kewujudan, sama seperti
Pemusatan Klien. Bersesuaian dengan apa yang disarankan oleh Maslow
(1968), individu yang sihat dan berfungsi sepenuhnya adalah individu yang
telah mengenal dirinya dan menggunakan sepenuhnya potensi dirinya tanpa
bergantung kepada pengiktirafan dan penerimaan orang lain. Kesempurnaan
kendiri boleh dihalang oleh banyak faktor, antaranya latar belakang keluarga
yang tidak menggalakkan kreativiti, persekitaran yang menekan, perasaan
bersalah dan bimbang yang keterlaluan. Mereka yang gagal bergerak ke
arah kesempurnaan kebiasaannya akan mengalami perasaan-perasaan yang
negatif seperti malu, bimbang, melihat diri sebagai tidak bermakna, dan keliru
(Vontress 2008). Dalam konteks masyarakat Malaysia, kesempurnaan kendiri
adalah konsep yang agak asing memandangkan sifat budaya Malaysia sendiri
yang menekankan kepentingan pengiktirafan kumpulan (rakan dan keluarga).
Mengikut norma budaya Malaysia, kepentingan kumpulan adalah mengatasi
kepentingan individu. Justeru, konsep Kewujudan dan humanistik ini perlu
diaplikasi secara berhati-hati.

Andaian Asas dan Prinsip Teori

Terdapat beberapa perkara telah disebutkan dalam terapi kewujudan ini


antaranya adalah:
1. Penciptaan makna dan kecemasan
2. Kebebasan
3. Kesedaran diri
4. Tanggungjawab

Matlamat Terapi

Berdasarkan perkara telah diterangkan sebelum ini, dapat disimpulkan bahawa


pendekatan Kewujudan menekankan tentang pentingnya manusia menghargai
dan memahami kehidupannya dan dirinya. Justeru, matlamat terapi Kewujudan
ialah untuk membantu klien mencapai kesempurnaan melalui keaslian dalam
menjalani kehidupan. Orientasi terapi Kewujudan melihat bahawa manusia
tidak boleh melarikan diri daripada tanggungjawab dan kebebasan untuk

5 Teori Kaunseling.indd 91

05/06/2014 9:41:46

92

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

memilih. Klien dalam terapi dibantu untuk berhadapan dengan kebimbangan


dan menjalani kehidupan dengan lebih kreatif. Bugental (1990) menggariskan
tiga matlamat terapi Kewujudan:
1. Membantu klien memahami dan menyedari bahawa andai mereka
sendiri tidak sepenuhnya hadir dalam proses terapi bermakna mereka
membataskan pilihan mereka di luar proses terapi.
2. Membantu klien berhadapan dengan kebimbangan tidak berasas yang
selama ini cuba dijauhi.
3. Membantu klien mendefinisikan semula diri dan dunia mereka dengan
cara yang lebih menggalakkan keaslian dalam diri mereka sendiri dan
tidak berpura-pura.

Peranan Kaunselor

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, teori Kewujudan menekankan


tentang pentingnya klien menyedari bahawa mereka bertanggungjawab
terhadap diri mereka dan bebas untuk menentukan kehidupan mereka. Sesuai
dengan konsep tersebut, kaunselor dalam terapi Kewujudan membantu
klien untuk memahami diri mereka sendiri supaya klien akhirnya dapat
memahami tugas dan tanggungjawab mereka. Sebagai contoh, sesetengah
klien suka menyalahkan orang atau situasi tertentu yang menyebabkan mereka
bermasalah. Kaunselor membantu klien mencapai arif diri dengan meneroka
bagaimana orang lain atau situasi tertentu menyebabkan mereka bermasalah.
Klien akan ditanya mengenai apa yang dia telah lakukan yang menyumbang
kepada masalah, apakah pilihan yang boleh dibuatnya, dan apakah sumber diri
yang dia mungkin boleh gunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Matlamat
terapi ialah untuk menggerakkan klien yang tersekat dalam masalahnya.
Klien dibantu dan dibimbing untuk membuat konfrontasi diri. Tiada teknik
tertentu yang boleh dikaitkan dengan teori Kewujudan kerana pendekatan ini
menggunakan apa sahaja teknik bersesuaian yang boleh diadaptasi dari teoriteori lain. Lebih penting ialah matlamat terapi dan bagaimana kaunselor dapat
membantu klien mencapai matlamat tersebut.

Proses Terapi

Klien yang datang berjumpa kaunselor selalunya seorang yang berputus


asa dan kecewa serta tidak nampak apa-apa yang boleh dilakukannya untuk
mengubah dirinya. Klien di dalam terapi Kewujudan digalakkan untuk
memahami pengalaman subjektif mereka yang telah menyebabkan mereka
bermasalah. Mereka dicabar untuk mengambil tanggungjawab terhadap pilihan
yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka. Selepas klien memahami
tanggungjawabnya dan bersedia memikulnya, klien dibimbing untuk

5 Teori Kaunseling.indd 92

05/06/2014 9:41:46

Teori Kewujudan

93

mengambil tindakan bagi mengubah dirinya. Semasa dalam proses terapi,


klien perlu aktif dan mengenal pasti apakah kebimbangan, perasaan bersalah,
dan tekanan yang menghantui diri mereka. Hasil daripada terapi Kewujudan
akan membantu klien mempunyai perspektif baru mengenai diri mereka dan
mengenal pasti sumber-sumber diri yang boleh dikawal dan dipergunakan
bagi mendapatkan hasil yang diharapkan.
Antara contoh masalah atau isu yang dirawat melalui pendekatan
Kewujudan ialah masalah kebimbangan, neurosis, kemurungan, obsessivecompulsive, skizofrenia, dan pesakit yang mendapat penyakit terminal yang
tidak mungkin sembuh.

Teknik-Teknik

Intervensi utama pendekatan Kewujudan sama seperti pendekatan humanistik


Pemusatan Klien yang menekankan hubungan antara kaunselor dengan
klien. Seperti dinyatakan sebelum ini, pendekatan Kewujudan tiada teknik
khusus, tetapi yang ada ialah aplikasi konsep-konsep Kewujudan yang telah
dibincang ke dalam kehidupan klien sendiri. Di bawah adalah contoh intervensi
Kewujudan:
Jadual 5.1:

Teknik-teknik Teori Kewujudan

Teknik-teknik

Penjelasan

Being in the world

Ia merujuk kepada pentingnya pemahaman kaunselor terhadap


dunia klien yang objektif dan subjektif (May 1958). Terma ini
merangkumi tiga keadaan iaitu berada di dalam dunia fizikal,
berada di dunia hubungan interpersonal, dan berada di dunia
personal dan psikologi. Kaunselor dan ahli terapi perlu meneroka
interaksi antara tiga dunia ini kerana ketiga-tiga dunia itu
memerlukan perhatian. Perhatian pada satu dunia dan pengabaian
pada yang lain adalah satu keadaan yang tidak seimbang dalam
diri manusia. Dalam proses kaunseling, kaunselor membantu klien
membuat hubungan atau menghubungkaitkan antara tiga dunia
klien supaya klien memahami dirinya secara holistik.

Pengalaman
perkembangan yang
simbolik

Pengalaman simbolik merujuk kepada proses pembelajaran dan


perkembangan yang datang dari pengalaman yang memuncak
(intense experience) (Frankl, 1963; Maslow, 1968). Ia juga
dipanggil carthartic experience Melalui pengalaman simbolik,
seseorang menemui pengertian kepada pengalaman yang
dilaluinya. Pengalaman simbolik juga boleh diertikan sebagai satu
pengiktirafan dan interpretasi terhadap dimensi simbolik dalam
pengalaman yang membawa kepada kesedaran diri yang tinggi
(Frick 1987). Frick juga memberi contoh bagaimana membuat
penerokaan pengalaman simbolik melalui empat langkah iaitu:

5 Teori Kaunseling.indd 93

05/06/2014 9:41:46

94

Teori Kaunseling dan Psikoterapi


a)

Klien dididik dan diberi faham mengenai konsep pengalaman


perkembangan yang simbolik
b)
Klien memiliki pengalaman lepas yang simbolik dan meneroka
kepentingan dan simboliknya dalam hidup mereka
c)
Klien dibantu untuk memahami makna yang tersembunyi dalam
pengalaman
d)
Klien akhirnya mendapat pemahaman yang jelas mengenai
makna pengalamannya dan berupaya menggunakan strategi
yang sama dalam pengalaman yang lain.
Apa yang dilalui klien dipanggil juga sebagai celik akal.
Logoterapi

Logoterapi diperkenalkan oleh Frankl (2006) sebagai satu


pendekatan Kewujudan. Ia bermaksud keinginan untuk mencari
pengertian, bertentangan dengan apa yang disarankan Adler iaitu
keinginan untuk menjadi superior dan juga bertentangan dengan
idea Freud iaitu keinginan untuk bersuka-suka (pleasure). Frankl
mengaitkan idea ini dengan pengalaman hidupnya sendiri di
dalam kem tahanan Nazi dan kerana berpegang teguh dengan
teorinya yang dibukukan dalam Man Search for Meaning telah
membantunya untuk melalui pengalaman hidupnya berhadapan
dengan holocaust. Prinsip logoterapi yang diajar kepada klien
terdiri daripada tiga asas yang berikut iaitu i) Hidup mempunyai
makna dan pengertian dalam keadaan apa sekalipun; termasuk
hidup yang dianggap bercelaru; (ii) motivasi utama manusia
dalam kehidupan ini ialah mencari pengertian hidup, (iii) manusia
mempunyai kebebasan untuk mencari pengertian dalam apa yang
dilakukan, dialami atau dalam menegakkan pendirian apabila
berhadapan dengan situasi yang mencabar yang tidak boleh diubah.
Contohnya dalam kes klien yang mengalami tekanan dan
kemurungan, kaunselor membimbing klien menerusi prinsipprinsip logoterapi iaitu klien dibantu mencari makna dan
pengertian hidupnya dan mendorong klien membuat pilihan
berdasarkan konsep-konsep kebebasan yang dimilikinya yang tidak
bertentangan dengan norma dan undang-undang. Klien akhirnya
mendapat celik akal di mana kemurungan atau sebaliknya adalah
suatu yang boleh dipilih.

Paradoxical Intention Melalui teknik ini klien mempelajari bagaimana berhadapan


dengan masalah dengan cara menjauhinya (self-distancing) atau
melalui humor secara agresif. Dengan cara ini dapat memecahkan
simptom dan tahap simtom. Teknik ini kebiasaannya diguna
untuk merawat masalah compulsive, kebimbangan dan vegetative.
Compulsive ialah sifat tingkah laku keterlaluan dalam sesuatu
perkara, manakala vegetative ialah tingkah laku yang menunjukkan
seseorang itu tersekat tidak berkembang.
Contohnya kaunselor membuat provokasi terhadap klien yang
menunjukkan sikap enggan berkembang dengan mengatakan
bahawa klien boleh terus menunjukkan tingkah laku tersebut
kerana dengan kekal dengan tingkah laku itu bermakna klien
tidak perlu risau dengan cabaran masa hadapan tetapi klien harus
menerima bahawa beliau tidak akan berasa apa-apa kemajuan
dalam diri kerana keengganan untuk berubah.

5 Teori Kaunseling.indd 94

05/06/2014 9:41:46

Teori Kewujudan

95

Teknik-teknik

Penjelasan

Dereflection

Proses ini membawa klien jauh dari dirinya sendiri dan membantu
klien supaya menumpukan perhatian kepada orang lain atau
pengertian hidup yang lebih bermakna. Matlamat teknik ini
bertujuan membantu klien mengubah tingkah laku berlebihan
dan keterlaluan dalam sesuatu perkara kepada sesuatu yang lebih
positif. Dengan ini diharapkan klien akan mempelajari pengertian
hidupnya daripada terus membiarkan dirinya terperangkap dalam
kebimbangan yang berlebih-lebihan (Graber 2003).
Contoh penggunaan teknik ini apabila kaunselor meminta
klien membuat biasan terhadap pengalaman yang dilaluinya
dengan cara memberi makna baru terhadap pengalaman itu atau
mengambil contoh daripada pengalaman bermakna yang dilalui
orang lain.

Dialog socratic

Tujuan dialog socratic adalah membantu klien meningkatkan


kesedaran sehingga menemui dirinya sendiri. Dengan
menggunakan soalan berpandu, kaunselor membantu klien
mencapai matlamatnya memahami masalah yang dihadapinya.
Contoh soalan berpandu apabila kaunselor mengajukan soalan
bagaimana anda melihat diri anda dalam masa setahun lagi.
Bergerak dari soalan berpandu, klien dipimpin untuk mencapai
matlamat hidupnya yang tersekat.

Menilai Empat
Dimensi keadaan
manusia

Manusia pada asasnya memiliki kebimbangan memikirkan tentang


kematian, pengasingan, hidup yang tidak bermakna, dan mencari
kebebasan.
Contohnya, kaunselor membantu klien yang murung dan berputus
asa dalam kehidupan untuk menilai empat dimensi tersebut dengan
cara membantu klien memahami (i) kepercayaan manusia terhadap
kewujudan dirinya pada masa kini mengurangnya kebimbangan
terhadap kematian, (ii) Cinta dan kasih sayang adalah respon yang
asli terhadap pengasingan. Justeru, manusia boleh mendapatkan
kasih sayang dengan cara menyayangi dirinya sendiri atau orang
lain, (iii) klien dibantu untuk melakar kehidupannya secara
dalaman menggunakan kreativiti (melalui cara berfikir) bagi
melawan atau berhadapan dengan hidup yang kurang atau tidak
bermakna, dan akhirnya (iv) melalui sifat tanggungjawab dan
komitmen, membuat pilihan dan kekal dalam sesuatu pilihan, akan
membantu klien mengatasi bebanan mengharapkan kebebasan.

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Dalam seting pelbagai budaya, terutama budaya klien yang berbeza dari
budaya di mana Kewujudan diasaskan, adalah penting kaunselor dan ahli
terapi terlebih dahulu memahami pendekatan ini sebaiknya. Oleh sebab
Kewujudan menekankan tentang kewujudan manusia, ia adalah sesuai bagi
klien dari pelbagai latar belakang agama, budaya, dan bangsa. Apa yang

5 Teori Kaunseling.indd 95

05/06/2014 9:41:46

96

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

perlu dilakukan oleh kaunselor ialah memahami budaya klien dan bagaimana
penekanan tentang kewujudan dan ketiadaan dapat diaplikasi bersesuaian
dengan budaya tersebut.
Walau bagaimanapun, bagi pengamal kaunseling yang berpendirian
bahawa apabila memahami Kewujudan, ia perlu disertai oleh pemahaman
terhadap sesuatu agama, maka pendekatan ini agak sukar diaplikasi. Ini
disebabkan klien sendiri datang dari pelbagai latar belakang, ada yang
menganut agama tertentu dan ada yang tidak percaya wujudnya agama.
Tambahan pula, Kewujudan tidak pernah menekankan bahawa pendekatan
ini memerlukan klien mempunyai agama. Oleh yang demikian, kaunselor
yang tidak mahir dalam mengaplikasi teori ini mungkin dengan mudah boleh
membuat projeksi terhadap klien. Sedangkan apa yang seharusnya dilakukan
oleh kaunselor ialah menekankan tentang Kewujudan itu agar klien memahami
hakikat cabaran hidupnya sama ada yang positif atau negatif.

Kelebihan dan Kelemahan Teori

Sesetengah pengkritik pendekatan Kewujudan seperti Vontress dan rakanrakannya berpendapat bahawa pendekatan ini sangat bersesuaian dalam
kaunseling pelbagai budaya. Ini disebabkan konsep Kewujudan yang
menekankan pencarian pengertian dalam kehidupan adalah sesuatu yang
boleh diterima dalam apa jua budaya. Manusia, tanpa mengira latar belakang
budaya, melalui cabaran dan ujian dalam hidup yang menyebabkan emosi dan
kehidupan mereka boleh tersekat.
Oleh sebab Kewujudan tidak mempunyai teknik spesifik seperti
kebanyakan pendekatan yang lain (contohnya Tingkah laku, Kognitif Tingkah
laku dan Psikoanalisis), klien dibantu dan dibimbing untuk memahami
pengertian hidupnya dan apakah tujuan hidupnya bergantung kepada budaya
klien itu sendiri. Klien dibantu mengenal pasti batasan budaya dan menyedari
bahawa mereka berhak mencari kebebasan tetapi kebebasan tersebut perlu
termasuk dalam ruang lingkup budaya mereka sendiri.
Kelemahan Kewujudan yang ketara terutama dari perspektif kaunselor
yang berpegang kepada pendekatan sistem keluarga dan sosiobudaya ialah
teori Kewujudan ini sifatnya sangat menekankan individualistik. Kewujudan
menafikan bahawa sesetengah masalah klien bukan berpunca daripada klien
sendiri tetapi dari sosiobudaya (di mana klien tinggal, keluarga, dan lainlain). Klien yang dirawat melalui pendekatan Kewujudan tetapi tidak dapat
mengabaikan aspek sosiobudaya dalam kehidupannya mungkin berasa kecewa
kerana walaupun dia cuba untuk berubah dan mencari pengertian dalam
kehidupannya, kebebasan yang dimiliki sering kali terbatas dan terhad kerana
tekanan sosiobudaya. Justeru, klien yang memahami dan berupaya mencapai
celik akal tinggi sahaja mampu untuk menerima hakikat bahawa yang boleh
diubah adalah dirinya dan bukan sosiobudayanya.

5 Teori Kaunseling.indd 96

05/06/2014 9:41:46

Teori Kewujudan

97

Di samping kelebihan dan kekurangan, para pengkaji pendekatan


Kewujudan menyatakan, masih banyak salah anggap terhadap pendekatan
ini yang mungkin menyebabkan pengamal kaunseling dan psikoterapi
beranggapan ia sebagai kekurangan Kewujudan. Antara salah anggap tersebut
ialah Kewujudan adalah teori yang bersifat atheis, sama seperti pendekatan
humanistik, pesimis yang sesuai untuk klien yang bijak dan hanya berhadapan
dengan masalah kecil (Hoffman 2009a).
Anggapan bahawa Kewujudan adalah bersifat atheis dan tidak percayakan
Tuhan adalah tidak benar kerana pengkaji Kewujudan terdiri daripada pelbagai
lapisan. Ada antara mereka adalah penganut Kristian, dan ada juga pemikir
bebas. Kierkegaard dan Tillich adalah dua contoh pengasas falsafah Kewujudan
yang menganut Kristian.
Pendekatan Kewujudan juga tidak sama dengan pendekatan humanistik.
Pendekatan Kewujudan menekankan pentingnya memahami kewujudan
dan kematian, manakala pendekatan humanistik lebih menekankan potensi
manusia. Walaupun kedua-dua pendekatan ini berkongsi dari segi pandangan
mereka mengenai manusia mempunyai kebolehan memahami diri sendiri,
tetapi cara pemahaman kendiri itu adalah berbeza.
Manakala anggapan bahawa teori Kewujudan adalah pendekatan
yang pesimis kerana melihat bahawa cabaran-cabaran dalam hidup adalah
sebahagian daripada dunia kehidupan yang perlu diterima. Apa yang
ditekankan Kewujudan ialah perlunya klien memahami bahawa kesakitan
adalah sebahagian daripada kegembiraan. Justeru, manusia akan dapat
menerima apa yang dilalui sama ada positif atau negatif seadanya.
Satu lagi salah anggap bahawa Kewujudan hanya sesuai bagi klien yang
mempunyai daya intelektual yang tinggi juga tidak benar. Kemungkinan
dakwaan ini timbul daripada kaunselor dan ahli psikoterapi yang sebenarnya
tidak memahami Kewujudan. Ini tidak menghairankan kerana terapi
Kewujudan lahir daripada falsafah Kewujudan. Memahami falsafah adalah
satu perkara yang bukan mudah. Apabila pendidik kaunselor sendiri kurang
memahami Kewujudan, maka kaunselor yang dilatih juga berhadapan dengan
masalah memahami pendekatan ini, jauh sekali untuk menggunakannya.

Aplikasi Kes Laila

Pendekatan Kewujudan memberi tumpuan tentang hakikat kejadian manusia.


Pemahaman tentang manusia disimpulkan melalui tiga perkara; (1) manusia
berkebolehan mengenali diri sendiri; (2) manusia mempunyai kebebasan
dan tanggungjawab; dan (3) berjuang mencapai identiti dan hubungan
dengan orang lain. Berpandukan tiga perkara ini, kaunselor membantu klien
mengenali kebolehan diri klien. antara kebolehan yang jelas ada pada Laila
ialah dia menyedari dan menginsafi bahawa cara hidupnya adalah salah dari
segi budayanya (agama). Walaupun kesedaran itu timbul setelah Laila berusia

5 Teori Kaunseling.indd 97

05/06/2014 9:41:46

98

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

39 tahun tetapi kaunselor menekankan bahawa tiada had masa tertentu bagi
manusia untuk menyesali kesilapan dan memperbaiki diri. Klien dibantu
mengenal pasti jenis tindakan yang telah dibuat dan akan dibuat. Kaunselor
meyakinkan klien bahawa seperti mana klien membuat keputusan bangun
semula setelah kegagalan perkahwinan pertama, klien juga mempunyai kapasiti
lain yang boleh digunakan untuk menentukan hala tuju baru. Suatu asset klien
yang boleh diketengahkan oleh kaunselor ialah kesedaran Laila mengenai
hukum-hakam agama, walaupun apa yang dimaksudkan dengan kesedaran
itu mungkin terbatas kepada tahap pengetahuan. Aset ini boleh digunakan bagi
membantu klien menentukan hala tuju berdasarkan pengetahuan. Kaunselor
boleh berkongsi maklumat berkaitan pengetahuan yang diakui dikuasai oleh
klien kerana kadangkala klien mendakwa bahawa mereka mengetahui sesuatu
tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahuinya. Perkongsian maklumat boleh
dilakukan menerusi brosur bagi mengelak salah anggap klien bahawa kaunselor
bertujuan memaksa klien menerima nilai kaunselor. Daripada maklumat yang
dikongsikan, kaunselor membantu klien mengenali apakah pengertian klien
tentang kehidupan yang dilaluinya dan bagaimana menggunakan pengalaman
kehidupan itu dalam merangka strategi tindakan. Ciri-ciri hakikat Kewujudan
yang ditekankan ialah klien mencapai celik akal bahawa manusia terdedah
kepada kesunyian, rasa bersalah, dan terasing. Perasaan tersebut adalah normal
dirasai oleh sesiapa yang pernah melakukan kesilapan.
Setelah klien menyedari hakikat bahawa perasaan bersalah dan berdosa
adalah normal, kaunselor membawa klien mengenal pasti tanggungjawab klien
terhadap dirinya. Walaupun peristiwa dinodai semasa kecil adalah kesalahan
orang lain, tetapi penglibatan dalam seks luar nikah adalah pilihan sendiri. Klien
telah menyedari kedua-duanya adalah salah. Klien dibawa memahami dalam
kes kedua iaitu penglibatan dalam seks luar nikah, adalah cubaan klien untuk
lari dari hakikat kehidupan. Klien telah menyerahkan tanggungjawab membuat
pilihan iaitu tidak terlibat dalam seks luar nikah, yang mendedahkannya
kepada risiko, kepada teman lelakinya. Kaunselor membawa klien supaya
mengambil balik hak tanggungjawab tersebut dengan berbincang dengan klien
bentuk tanggungjawab yang boleh diambil. Ini kerana klien merupakan orang
yang paling layak membuat keputusan untuk dirinya sebagaimana dia telah
membuat beberapa keputusan sebelum ini, walaupun sesetengah keputusan
itu silap dan merosakkan diri. Fokus di sini ialah sebagaimana klien berupaya
membuat keputusan sebelum ini, klien juga berupaya membuat keputusan baru
yang lebih menguntungkan masa kini dan masa depan klien. Untuk mencapai
tahap ini Laila perlu mengenal pasti matlamat yang ingin dicapainya kerana
tanpa matlamat, dia mungkin akan mencari alasan untuk mengelak daripada
bertanggungjawab ke atas tindakan dan tingkah lakunya.
Teknik-teknik Kewujudan seperti dialog sokratik, dereflection,
logoterapi, dan being in the world perlu digunakan dalam penerokaan dan
proses pemahaman. Teknik-teknik ini boleh digunakan seawal sesi penerokaan

5 Teori Kaunseling.indd 98

05/06/2014 9:41:46

Teori Kewujudan

99

kerana pendekatan Kewujudan bersifat humanistik dan menggalakkan


perkembangan klien melalui penerokaan berbanding pendekatan lain yang
bersifat didaktik. Berikut adalah contoh dialog kaunselor yang menggunakan
pendekatan Kewujudan dengan Laila:
Kaunselor:

Laila, berdasarkan cerita Laila tadi saya mengesan


beberapa tanggapan Laila terhadap hidup Laila sendiri.
Laila rasa tersekat, hidup tidak bermakna, dan tidak bermaya
meneruskan kehidupan.

Laila:

Benar.. saya rasa hidup saya terkurung oleh emosi saya


sendiri, saya tidak dapat keluar, saya rasa tersekat..

Kaunselor: Hmmm berat apa yang Laila lalui saya faham Laila
setiap apa yang berlaku pasti ada makna dan hikmahnya,
apakah yang Laila telah pelajari sepanjang Laila melalui
pengalaman ini, dari pahit dan manis sehingga hari ini.
(teknik logoterapi dan dialog socratic).
Laila:

Saya rasa dunia tidak adil tapi saya juga sedar walaupun
saya dah buat macam-macam kesalahan tapi saya sentiasa
bernasib baik, saya berjaya dalam pelajaran, sekarang saya
dapat suami yang baik..

Kaunselor: Hmmm. Nampaknya Laila sedikit sebanyak memahami


bahawa ada maknanya setiap pengalaman yang Laila
lalui Laila mengakuinya
Laila:

Ya, saya sendiri rasa rasa saya sangat bertuah kerana walau
buat banyak silap Allah bagi saya peluang mengubah hidup
saya Saya tahu terpulang pada saya untuk menggunakan
peluang yang Allah bagi, tapi kenapa saya asyik rasa
tertekan dengan kisah silam.. kenapa.. kenapa

Kaunselor: Laila boleh terus memilih untuk tertekan dengan kisah


silam atau Laila juga bebas memilih untuk menggunakan
peluang memilih yang Laila ada (teknik paradoks).

Rumusan

Pendekatan Kewujudan merupakan pendekatan bersifat falsafah tetapi


digunakan dalam kaunseling dan psikoterapi. Menariknya pendekatan ini,
ia mengajak manusia berfikir tentang sumber dan keterbatasan diri dalam

5 Teori Kaunseling.indd 99

05/06/2014 9:41:46

100

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

merancang sesuatu. Dengan kata lain, manusia perlu meletakkan matlamat


realistik dalam kehidupannya kerana matlamat yang tidak realistik menjadikan
manusia putus asa. Seperti mana manusia menerima hakikat kewujudan
dirinya, mereka juga perlu menerima hakikat kematian. Menerima dan
memahami hakikat ini membolehkan manusia menerima diri mereka seadanya
dan mengatasi masalah kebimbangan dalam diri. Pendekatan Kewujudan ini
bersesuaian dengan fahaman masyarakat Timur terutama yang menekankan
peranan agama dan spiritual dalam kehidupan. Oleh sebab sifatnya yang
neutral, modifikasi pendekatan ini boleh dilakukan bagi menyesuaikannya
dengan budaya dan masyarakat setempat.
Bab ini telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan teori
kewujudan. Bab seterusnya akan membincangkan berkaitan teori Gestalt.

Glosari
Attitude modulation

Dereflection

Logoterapi

Dialog socratic

Paradoxical intention

5 Teori Kaunseling.indd 100

Teknik yang diguna untuk mengubah motivasi


daripada bimbang kepada motivasi yang sihat.
Dilakukan dengan cara mempersoal rasional
kebimbangan dan membuang halangan yang
menghalang klien daripada bertanggungjawab.
Teknik supaya klien cuba melarikan diri daripada
fokus kepada masalah bagi mengurangkan
kebimbangan.
Fokus kepada mencabar klien supaya mencari
makna kepada kehidupan mereka. Ia berkait dengan
teknik yang lain juga iaitu attitude modulation,
paradoxical intention, dan dialog socratic.
Siri soalan yang direka untuk membantu klien
mendapat jawapan dan penyelesaian yang logik
terhadap persoalan yang menghantui mereka.
Dinamakan juga sebagai penemuan berpandu.
Strategi apabila klien diarah untuk melakukan
sesuatu tingkah laku secara berlebihan yang mereka
mahu ubah. Tujuannya supaya klien menjadi lebih
arif dan sedar situasi yang beliau alami dan mula
berusaha menjauhi simptom yang tidak sihat itu.

05/06/2014 9:41:46

Bab 6

Teori Gestalt

Objektif

Di akhir bab ini anda seharusnya dapat:


1. Memahami dan menguasai apa yang dimaksudkan dengan Gestalt
2. Mengaplikasi pendekatan Gestalt dalam amalan terapi
3. Memahami proses perkembangan terapi mengikut pendekatan Gestalt

Pengenalan

Gestalt menekankan kepada individu secara keseluruhan, iaitu individu perlu


difahami dari segala aspek dan bukan setakat bahagian-bahagian tertentu
sahaja. Istilah Gestalt itu sendiri merujuk kepada susunan dinamik yang terdiri
daripada dua atau beberapa bahagian. Pendekatan kaunseling berasaskan
teori Gestalt adalah bersifat fenomenologi yang mengiktiraf pengalaman
manusia dalam terapi. Terdapat juga unsur existential atau kewujudan dalam
pendekatan yang menekankan pentingnya tanggungjawab individu terhadap
diri mereka dan keupayaan mereka untuk menentukan pengalaman masa
kini. Penerangan lebih lanjut mengenai teori ini akan dibincangkan dalam
bahagian selanjutnya.

6 Teori Kaunseling.indd 101

12/06/2014 10:11:31

102

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Gambaran Keseluruhan Teori


Pengasas Teori

Konsep-konsep Utama

Matlamat Terapi

Hubungan Kaunselor
Klien

Eksperimen

Pernyataan
Teknik-Teknik
Mimpi
Aplikasi Teori Dalam
Kelompok

Konfrontasi

Aplikasi Teori dalam


Seting Silang Budaya

Kelebihan dan Kelemahan


Teori
Rajah 6.1:

6 Teori Kaunseling.indd 102

Gambaran Keseluruhan Teori Gestalt

12/06/2014 10:11:31

Teori Gestalt

103

Pengasas Teori

Rajah 6.2:

Gambar Fritz Perls (1893-1970) dan bekas isterinya Laura


Perls, yang juga merupakan salah seorang penyumbang kepada
teori Gestalt

Dalam mempelajari teori Gestalt, adalah penting untuk mengenali


pengasasnya iaitu Frederick Perls dan beberapa individu lain yang mempunyai
pengaruh ke atas pemikiran Perls. Seperti beberapa ahli teori yang lain contohnya
Alfred Adler dan William Glasser, Perls juga dilatih mengikut pendekatan
psikoanalisis, pendedahan kepada teori-teori falsafah dan psikologi yang lain
mendorong untuk mempunyai pandangan yang berbeza daripada Psikoanalisis.
Frederick Perls atau lebih dikenali sebagai Fritz Perls (1893-1970)
dilahirkan di Berlin merupakan anak tunggal lelaki dalam sebuah keluarga kelas
pertengahan berbangsa Yahudi. Perls mempunyai ijazah dalam bidang perubatan
dengan pengkhususan psikiatri atau perubatan psikologi. Kehidupan Perls
semasa kecil tidak sunyi daripada kesusahan dan dugaan. Seorang kakaknya
terbunuh semasa dalam tahanan kem Nazi. Perls sendiri dianggap oleh adikberadiknya sebagai seorang yang bermasalah, pernah gagal di sekolah. Walau
bagaimanapun akhirnya Perls berjaya diterima di sekolah perubatan.
Sejarah pendidikan yang dilalui oleh Perls juga menunjukkan bahawa beliau
banyak mengembara dengan tujuan menuntut ilmu. Perls dilaporkan pernah
ke Vienna dan berjumpa dengan beberapa ahli psikologi seperti Karen Horney
dan Withelm Reich. Kedua-duanya merupakan pendukung psikoanalisis. Perls
juga bertemu dengan Adler, Jung dan Freud di Vienna. Perls menerima latihan

6 Teori Kaunseling.indd 103

12/06/2014 10:11:31

104

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

formal psikoanalisis di Vienna and Berlin Institute of Psychoanalysis. Selepas


menerima ijazah perubatan Perls bekerja di Institute for Brain Injured Soldiers,
di situ beliau mengenali Kurt Goldstein yang mengetengahkan idea Gestalt.
Pada tahun kebangkitan Nazi iaitu 1934, Perls meninggalkan Jerman
menuju ke Afrika Selatan. Di sana, beliau menubuhkan South African Institute
for Psychoanalysis. Beliau bertemu dengan Jan Smuth, pengarang Holism and
Evolution (1926) yang berpengaruh besar dalam membangunkan pendekatan
Gestalt. Selepas 12 tahun di Afrika Selatan, Perls berhijrah ke Amerika
Syarikat. Di New York, beliau dan isterinya Laura Perls juga Paul Goodman,
menubuhkan New York Institute for Gestalt Therapy.
Frederick Perls meninggal dunia pada tahun 1970 manakala isterinya
Laura meninggal dunia 20 tahun selepas itu (1990). Selepas kematian Frederick
Perls, terapi Gestalt terus berkembang dan terdapat lebih daripada 60 Institut
Gestalt di seluruh dunia, kebanyakannya di Amerika Syarikat. Setakat ini tiada
akreditasi dikeluarkan kepada kaunselor dan ahli terapi yang mendapat latihan
formal Gestalt. Penubuhan International Gestalt Therapy Association pada 2000
menjadi titik-tolak latihan yang lebih tersusun untuk Gestalt. Antara sumbangan
persatuan ini termasuklah menerbitkan International Gestalt Journal, Gestalt
Review, dan Bristish Gestalt Journal yang membolehkan pengamal Gestalt
serata dunia mempunyai rujukan khusus dalam teori yang mereka dukung.
Laura Perls (1905-1990), isteri kepada Frederick Perls dilahirkan di
Pforzheim, Jerman. Kebolehan Perls terserlah sejak beliau kecil iaitu pada usia
5 tahun beliau sudah pandai bermain piano dan bermain secara profesional
pada umur 18 tahun. Laura mula berminat dengan psikologi pada usia 16 tahun
apabila mula membaca penulisan Freud yang bertajuk The Intepretaion of
Dreams (Fadiman & Frager 2002). Laura berkahwin dengan Frederick Perls
pada 1930 semasa bekerja di Frankurt Psychological Institute. Beliau mendapat
ijazah doktor falsafah daripada Frankfurt University. Pada tahun 1933, Laura
dan suaminya melarikan diri ke Jerman apabila Nazi mula menindas dan
membunuh orang Yahudi. Mereka berdua menetap di Afrika Selatan selama
10 tahun. Di sana, mereka menulis buku yang pertama iaitu Ego, Hunger, and
Aggression. Ini merupakan titik-tolak bermulanya terapi Gestalt.
Dalam tahun 1951, mereka suami isteri berhijrah ke New York dan
seterusnya bekerjasama dengan Paul Goodman dan Ralf Hefferline untuk
menerbitkan buku Gestalt Therapy: Excitement and Growth in the Human
Personality. Pada 1952, Perls suami isteri dan Goodman menubuhkan New
York Institute for Gestalt Therapy (Fadiman & Frager 2002). Laura Perls
meninggal dunia pada tahun 1990 ketika berusia 52 tahun.

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia

Terdapat beberapa prinsip yang digunakan oleh Gestalt dalam menerangkan


tentang sifat semula jadi manusia. Prinsip-prinsip tersebut ialah:

6 Teori Kaunseling.indd 104

12/06/2014 10:11:31

Teori Gestalt

105

Kesempurnaan
Perkataan Gestalt berasal dari bahasa Jerman yang bermaksud sempurna, atau
satu bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagian lain.
Dalam bahasa lebih mudah, manusia perlu difahami secara menyeluruh dan
bukan aspek-aspek tertentu sahaja. Jika tidak, pemahaman tentang manusia itu
menjadi tidak tepat. Oleh sebab pendekatan ini menekankan tentang memahami
manusia secara menyeluruh atau sempurna, ia tidak memfokuskan kepada aspek
tertentu seperti emosi sahaja, atau tingkah laku sahaja, atau peristiwa silam
sahaja. Dalam kaunseling Gestalt, klien akan difahami dari segala aspek iaitu
pemikiran, perasaan, tingkah laku, tubuh badan, memori, juga mimpi. Walau
bagaimanapun, penumpuan mungkin diberikan ke atas aspek pengalaman
klien yang menyebabkan kecelaruan atau dipanggil figure dan aspek dalam
diri klien yang diabaikan atau dipanggil ground. Dalam masyarakat Malaysia,
ground ini dipanggil perkara yang tersirat tetapi impaknya besar. Oleh yang
demikian, kaunselor perlu juga memberi perhatian kepada aspek ground selain
dari figure bagi memahami masalah klien dengan lebih baik.

Berhubungan dengan Alam Persekitaran (Field Theory)


Gestalt merupakan teori yang berasaskan prinsip hubungan manusia dengan
persekitaran. Oleh sebab wujudnya hubungan antara manusia dengan
persekitaran, maka kaunselor perlu meneroka apa sebenarnya yang berlaku
dalam persekitaran klien. Seperti mana persekitaran yang sentiasa berubah,
manusia yang hidup dalam persekitaran juga adalah agen yang sentiasa
berubah. Teori Gestalt juga dipanggil field theory. Prinsip ini mungkin ada
kesamaan dengan konsep social interest yang dikemukakan oleh Alfred Alder
yang menekankan tentang manusia dan persekitaran.

Pembentukan figure
Proses pembentukan figure atau apa yang tersurat semasa sesi merupakan
pengalaman yang dialami oleh klien dari semasa ke semasa. Proses
pembentukan figure menerangkan bagaimana sesetengah aspek dari
persekitaran muncul menjadi nyata dan menjadi pengalaman yang utama
dalam diri klien.

Organismic dan Self-Regulation


Pembentukan figure mempunyai kaitan dengan proses yang dipanggil
organismic self-regulation. Maksudnya dengan prinsip ini ialah keseimbangan
dalam diri seseorang diganggu gugat oleh keinginan, pancaindera, dan minat
terhadap sesuatu. Organisme akan melakukan yang terbaik untuk mengawal
semua yang dinyatakan dengan menggunakan sumber diri dan persekitaran.

6 Teori Kaunseling.indd 105

12/06/2014 10:11:31

106

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Peranan manusia ialah untuk mengawal keseimbangan yang boleh menjadi


penggerak kepada perkembangan diri. Dengan kata lain, kaunselor Gestalt akan
membimbing klien untuk mencapai kesedaran atau arif diri terhadap figure
yang muncul dari ground semasa proses kaunseling. Matlamat paling akhir
ialah membantu klien mengenal pasti isu-isu tidak selesai dalam diri mereka
dan mengembalikan kesempurnaan diri mereka yang terganggu disebabkan
masalah yang dihadapi.

Kesedaran atau Arif Diri


Bagi Gestalt, kesedaran atau arif mengenai sesuatu amat penting untuk
kesihatan mental. Dengan adanya kesedaran maka manusia mampu untuk
mengawal dirinya. Kesedaran adalah matlamat paling tinggi dalam proses
kaunseling Gestalt. Terdapat beberapa punca yang mendorong seseorang itu
tidak mencapai kesedaran. Antara puncanya ialah terlalu memikirkan atau
dihantui dengan peristiwa lepas. Rendah diri keterlaluan, terlalu banyak
fantasi dan angan-angan juga boleh menyebabkan seseorang tidak sedar akan
dirinya. Bagaimana ia berlaku? Seorang yang menyedari dan arif mengenai
dirinya akan mengenali sumber-sumber dirinya atau aset yang dimilikinya.
Pengaruh luar memainkan peranan kecil dalam menentukan persepsi terhadap
dirinya. Justeru, individu yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi akan
mendapat kesihatan mental yang baik. Seandainya individu hilang keyakinan
atau kurang keyakinan pada dirinya, maka dengan mudah dia akan ditindas
oleh persekitaran kerana faktor-faktor luaran lebih berpengaruh daripada faktor
dalaman yang lemah.

Hubungan dengan Persekitaran Syarat untuk Berkembang


Terdapat sedikit kesamaan teori Gestalt dengan teori psikologi individu dari
segi penekanan kepada kepentingan hubungan dengan persekitaran. Dalam
usaha untuk mencapai kesedaran diri, manusia melakukan hubungan dengan
persekitaran. Hubungan atau dalam teori Gestalt dipanggil Contact adalah
sangat perlu dan dicapai dengan pelbagai cara misalnya melihat, menyentuh,
bercakap, bergerak, menghidu, dan merasa (Polster & Polster 1973).
Pengalaman yang dilalui manusia melalui hubungan dengan persekitaran
mengajar mereka untuk menyedari bahawa mereka adalah sebahagian daripada
persekitaran terebut. Justeru, Perls berpendapat mereka yang menjauhkan diri
dan mengasingkan diri mungkin beranggapan mereka ingin memelihara diri
mereka sedangkan sebenarnya mereka menghalang perkembangan diri. Perls
(1969a) mengenal pasti lima tahap hubungan dan perkembangan iaitu:
1. Tahap Phony lapisan ini merujuk kepada bertindak balas terhadap orang
lain dengan cara yang tidak asli atau cara yang menjadi ikutan sahaja.

6 Teori Kaunseling.indd 106

12/06/2014 10:11:31

Teori Gestalt

2.
3.

4.
5.

107

Contohnya apabila mengucapkan Selamat Pagi pada sesiapa tetapi


bukan sebab hati ingin menyatakannya tetap sekadar manis di mulut.
Contoh yang lebih ekstrem ialah seorang yang berpura-pura baik dengan
anda dengan harapan mendapat sesuatu hadiah.
Tahap Phobic Phobic adalah cubaan mengelak kesakitan psikologi
seperti enggan menerima hakikat bahawa orang yang kita sayangi sudah
meninggal dunia.
Tahap Impasse tahap di mana seseorang takut untuk berubah atau
melakukan perubahan. Contohnya mereka yang tidak bahagia dalam
ikatan perkahwinan tetapi cukup takut untuk memulakan langkah pertama
untuk membuat perubahan.
Tahap Implosive pada tahap ini, seseorang individu sudah mula merasai
dan sedar tentang diri sendiri tetapi tidak melakukan apa-apa.
Tahap Explosive Tahap yang paling tinggi ini dicapai apabila seseorang
menjadi dirinya yang sebenar. Perls menekankan kepentingan merasai
tahap ini secara penuh kerana ia menandakan bahawa seseorang itu
mencapai tahap arif dirinya yang sebenar.

Batasan Contact
Maksud batasan contact ialah proses memberi definisi yang jelas dalam
berhubung juga memisahkan diri dari orang atau objek lain. Konsep ini
ada pada teori kaunseling perkahwinan dan keluarga Inter-Generasi yang
diperkenalkan oleh Murray Bowen (1978). Mengikut Gestalt, ia dipanggil
I-boundaries. I-boundaries membezakan seseorang dengan persekitarannya,
sama ada manusia mahupun objek. Individu yang mempunyai I-boundary tidak
dipengaruhi oleh orang lain dan asertif dalam membuat keputusan. Polster dan
Polster (1973) membahagikan boundary kepada empat jenis iaitu:
1. Body-boundaries Batasan yang wujud dalam fizikal seseorang yang
mengehadkan pergerakan seseorang.
2. Value-boundaries Nilai yang dipegang seseorang dan tidak mahu
diubah.
3. Familiarity-boundaries peristiwa yang berlaku berulang-ulang tetapi
tidak pernah dicabar. Contohnya pergi melakukan kerja yang sama
setiap hari, melakukan rutin dalam rumah setiap hari. Seandainya rutin
ini terganggu misalnya kerana dibuang kerja atau perkahwinan berakhir
dengan perceraian, maka impak kepada individu yang terlibat mungkin
amat dahsyat.
4. Expressive boundaries Expressive boundary diajar pada peringkat
awal perkembangan seseorang. Contohnya, sejak kecil kanak-kanak
pada kebiasaannya diajar supaya tidak menjerit, tidak menangis, tidak
menyentuh sesuatu, dan pelbagai jenis tidak. Dalam masyarakat

6 Teori Kaunseling.indd 107

12/06/2014 10:11:31

108

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Malaysia misalnya, perempuan diajar untuk tidak menyatakan perasaan,


lelaki diajar untuk tidak menangis. Expressive boundaries kadangkala
perlu atau boleh dilanggar untuk kebaikan diri dan orang sekeliling.

Gangguan Terhadap Boundaries


Kadangkala berlaku gangguan terhadap boundaries oleh sebab-sebab yang
tertentu. Apabila keinginan tersekat, hajat tidak kesampaian, cita-cita patah
di tengah jalan, maka berlakulah gangguan terhadap boundaries. Apabila
boundaries menerima gangguan, kemungkinan satu atau lebih daripada satu
akibat berikut mungkin boleh berlaku:
1. Introjections Gangguan dalam bentuk introjections berlaku apabila
seseorang menerima pendapat orang lain tanpa menapis. Contohnya
seorang yang mencintai seorang yang lain mungkin menerima bulat-bulat
apa yang dikatakan oleh orang yang dicintai. Apabila dia menjadi semakin
matang, maka dia mungkin akan mula berfikir apabila mendengar
cadangan dan nasihat berdasarkan kepentingan semasa.
2. Projection melupuskan satu aspek atau lebih aspek diri dengan memberi
tanggungjawab tersebut kepada orang lain. Contohnya rasa bersalah atau
marah yang disalurkan kepada individu atau objek yang lain. Seorang
yang tidak pandai memasak memberi alasan bahawa dia bukan tidak
pandai memasak tetapi bahan masakan tidak mencukupi.
3. Retroflection melakukan sesuatu untuk diri kita apa yang kita
sebenarnya mahu lakukan ke atas orang lain. Contohnya mengaku bahawa
kita mampu melakukan sesuatu kerja seorang diri walaupun dalam masa
sama mengharapkan orang lain membantu.
4. Deflection mengelak daripada melakukan hubungan. Seorang yang
tidak mahu bercakap banyak, menukar topik kepada satu topik lain yang
tidak relevan adalah contoh sikap deflection. Ia banyak berlaku dalam
kaunseling terutama klien yang masih belum membina kepercayaan
kepada kaunselor dan kaunseling.
5. Confluence ini berlaku apabila batasan antara seseorang dengan seorang
atau objek yang lain menjadi semakin kurang. Dalam confluence, dua
individu mungkin dilihat mempunyai perasaan, emosi, dan nilai yang
sama sedangkan pada hakikatnya mereka sebenarnya tidak menyedari
diri mereka sendiri.

Tenaga dan Halangan-halangan kepada tenaga


Dalam kaunseling atau terapi Gestalt, kaunselor akan mengenal pasti lokasi
tenaga klien. Ini kerana tenaga yang tersekat merupakan satu bentuk tingkah
laku defensif. Contoh tenaga yang tersekat mungkin dimanifestasikan
melalui tingkah laku bukan lisan (non-verbal) seperti gelisah, memalingkan

6 Teori Kaunseling.indd 108

12/06/2014 10:11:31

Teori Gestalt

109

muka, nafas tersekat-sekat, atau tunduk tanpa hubungan mata. Tugas


kaunselor adalah mengenal pasti tenaga yang telah terganggu dan tersekat
serta mengetengahkannya supaya klien mendapat menyedarinya. Klien
dibimbing bagaimana tenaga mereka yang tersekat itu sebenarnya tidak dapat
disembunyikan tetapi ia berada di dalam fizikal mereka dan boleh dikenal
pasti oleh kaunselor. Klien digalakkan merasai tenaga yang tersekat itu supaya
mereka lebih menyedari dan memahami diri dan bukannya menafikannya.

Andaian Asas dan Prinsip Teori

Konsep-konsep utama Gestalt menerangkan tentang pandangan Gestalt


terhadap sifat semula jadi manusia. Seperti juga pendekatan humanistik yang
lain, Gestalt meletakkan kepentingan kesempurnaan kendiri sebagai satu
perkara utama dalam kehidupan manusia. Mengikut teori ini, manusia pada
asalnya adalah baik dan berupaya untuk berhadapan dengan cabaran kehidupan.
Walau bagaimanapun, sebahagian manusia mungkin memerlukan bantuan
kerana kecelaruan emosi yang mereka lalui. Sebaliknya, individu yang sihat
akan sentiasa bergerak secara produktif dan menuju ke arah kesempurnaan.
Gestalt pada amnya amat menggalakkan manusia untuk meningkatkan
tahap arif diri, kekuatan dalaman atau motivasi internal kerana aset seperti
ini membantu manusia untuk menggunakan sumber diri mereka apabila
berhadapan dengan masalah dan kemelut yang mencelarukan emosi mereka.

Matlamat Terapi

Terapi Gestalt mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam diri


klien, meningkatkan kematangan, berkembang sebagai individu yang arif diri.
Mengikut Perls (1969), penekanan dalam terapi Gestalt ialah klien memahami
tanggungjawab terhadap diri juga orang lain. Individu yang mengenali dirinya
tidak bergantung ke atas orang lain. Kaunselor Gestalt membantu klien
mengenali diri sehingga mereka boleh bergerak ke arah kesempurnaan kendiri.
Zinker (1978) melalui bukunya Creative process in Gestalt therapy
menggariskan dengan lebih terperinci maksud self-awareness atau arif diri
yang menjadi matlamat terapi Gestalt.
1. Klien membina kesedaran diri yang penuh di dalam tubuh badan, perasaan
dan persekitaran.
2. Klien memiliki sepenuhnya pengalaman diri sendiri dan bukan
memindahkannya ke atas orang lain.
3. Klien menyedari kehendak dan kemahiran diri yang dapat memberi
kepuasan kepada diri mereka tanpa melanggar hak orang lain.
4. Klien mempunyai hubungan terus dan sepenuhnya ke atas pancaindera
mereka (menghidu, menyentuh, mendengar, melihat, dan merasa) dengan
harapan mereka dapat merasai sepenuhnya semua aspek diri mereka.

6 Teori Kaunseling.indd 109

12/06/2014 10:11:31

110
5.
6.
7.
8.

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Klien mendapat sokongan dan kuasa ke atas diri dan mengelak daripada
menyalahkan orang lain dan mengeluh.
Klien juga menyedari dan sensitif terhadap persekitaran mereka dan
berupaya memelihara diri mereka daripada perkara-perkara bahaya di
persekitaran tersebut
Bertanggungjawab terhadap sesuatu tindakan dan akibatnya merupakan
satu kesedaran diri yang amat tinggi.
Klien juga tahu bila masanya dia perlu mendapat pertolongan dari orang
lain dan bila masanya dia perlu memberi pertolongan kepada orang lain.

Berdasarkan pernyataan oleh Gestalt, klien bagaimanakah yang mungkin


paling sesuai mendapat terapi atau kaunseling Gestalt? Kemungkinan klien
yang sikapnya suka menghukum diri dengan menyalahkan diri sendiri,
mengasingkan diri dari persekitaran dan orang lain. Individu yang mengalami
kemurungan pada tahap awal juga boleh dibimbing menggunakan terapi Gestalt
supaya dia tidak terus merosakkan dirinya dengan kemurungan tersebut. Seperti
yang ditekankan oleh Gestalt, apabila manusia mengenali diri mereka, mereka
akan dapat berfungsi dengan sempurna dan berupaya menghadapi gangguan
dari persekitaran dengan sumber diri mereka sendiri.

Peranan Kaunselor

Terapi Gestalt menekankan hubungan yang asli atau tulen antara kaunselor
dengan klien. Seperti juga pendekatan humanistik yang lain (Pemusatan
Klien dan Kewujudan), empati amat ditekankan dalam Gestalt. Hubungan
kaunselor-klien yang bermakna atau disebut I-thou relationship menjadi asas
dalam memahami dialog klien. Kaunselor Gestalt yang mengamalkan sifat
tulen menggalakkan dan meningkatkan kepercayaan, rasa selamat, dan arif
diri dalam diri klien. Kedua-duanya, kaunselor dan klien adalah rakan kongsi
tetapi klien merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengubah diri
dengan menggunakan maklumat yang diperoleh semasa sesi. Kaunselor pula
sebagai individu yang menyedari dirinya, akan dapat melihat emosi klien yang
bercelaru melalui apa yang diluahkan klien. Kaunselor tidak membuat apa-apa
interpretasi tetapi hanya memberi fokus dan maklumat yang menggalakkan
pembentukan arif diri dalam diri klien. Fokus dalam sesi terapi atau kaunseling
ialah masa kini yang dialami dan dirasai klien. Ciri-ciri hubungan terapeutik
kaunselor Gestalt dan kliennya menekankan konsep dialog. Seperti yang
dinyatakan oleh Yontef (1993), Gestalt menekankan empat ciri dialog:
1. Inclusion Meletakkan diri sendiri untuk memahami orang lain tanpa
menghukum atau membuat interpretasi terhadap apa yang didengar. Ini
merupakan aplikasi kewujudan untuk memahami pengalaman seseorang
dari perspektif individu tersebut. Dengan ini, tahap arif atau sedar diri

6 Teori Kaunseling.indd 110

12/06/2014 10:11:31

Teori Gestalt

2.

3.

4.

111

klien dapat dipertingkatkan apabila kaunselor memahami klien melalui


perspektif fenomenologi ini.
Presence Kaunselor Gestalt meluahkan atau berkongsi apa yang
diperhati dan difahaminya bersama klien. Kaunselor berkongsi apa
yang diperhati, kecenderungannya, perasaan, pengalaman peribadi,
dan pandangan dengan klien. Maksud perkongsian di sini bukanlah
pengalaman cerita hidup kaunselor tetapi adalah perkongsian berdasarkan
refleksi yang dibuat ke atas cerita klien. Tujuannya untuk menggalakkan
klien sentiasa sedar bahawa menyedari apa yang dirasai masa kini adalah
penting untuk mencapai matlamat kaunseling.
Commitment to dialogue Kaunselor menjalankan sesinya dengan
sepenuh hati bagi menjamin hubungan berterusan dengan klien.
Memandangkan kaunselor dan klien merupakan rakan kongsi dalam
memastikan hubungan terapeutik terjalin dengan jayanya, kaunselor
berperanan melahirkan perasaan dan keadaan selamat untuk klien.
Tujuannya untuk menggalakkan proses perubahan dan pembangunan
terhadap diri klien.
Dialogue is lived Dialog ialah sesuatu yang dilakukan dan bukan
setakat diperkatakan. Kaunselor boleh menggunakan eksperimen tertentu
bagi menggalakkan perluahan ekspersif klien, antaranya melalui tarian,
nyanyian, dan perkataan.

Proses Terapi

Pada kebiasaannya terapi Gestalt memberi tumpuan kepada aspek yang


bercorak eksperimen atau cubaan-cubaan oleh klien itu sendiri. Untuk
mengelakkan kesan negatif atau sebarang akibat yang tidak diingini, klien
sebaiknya diterangkan terlebih dahulu apa yang akan berlaku dalam terapi
Gestalt ini.
Antara perkara-perkara yang harus dilakukan termasuklah:
1. Segala cadangan jangan berbentuk arahan atau perintah kepada individu
tersebut.
2. Klien itu sendiri harus meneliti dan menilai cadangan kaunselor tadi
seterusnya bebas membuat keputusan sama ada menerima, menilai
semula atau menolak.
3. Jika klien membuat keputusan menolak, kaunselor sebaik-baiknya
meninjau dan meneroka sebab dan punca kenapa klien berkeputusan
untuk menolak.
4. Jika klien menerima, maka beliau mempunyai pilihan untuk meneruskan
sebarang aktiviti atau menghentikannya pada bila-bila masa sahaja.
5. Sebaiknya kaunselor mempunyai pengalaman, pengetahuan dan
kemahiran mengenai semua proses terapi gestalt.

6 Teori Kaunseling.indd 111

12/06/2014 10:11:31

112

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Terapi Gestalt mempunyai teknik-teknik yang boleh digunakan oleh kaunselor


bagi membantu klien mencapai arif diri. Seperti yang telah disebut sebelum
ini, matlamat utamanya adalah untuk meningkatan kesedaran kendiri. Ada
pelbagai cara untuk mencapai matlamat ini. Berikut ini diterangkan dengan
lebih terperinci.
Jadual 6.1:

Teknik-teknik Teori Gestalt

Teknik-teknik

Penjelasan

Eksperimen

Kaunselor Gestalt menggunakan eksperimen untuk membimbing


klien menyedari hakikat diri mereka. Eksperimen dalam terapi Gestalt
ada pelbagai bentuk seperti lakonan, kerusi kosong, kerja rumah
atau aktiviti yang perlu disiapkan di antara dua sesi. Kerusi kosong,
salah satu teknik yang popular oleh Gestalt dilaksanakan dengan
menggunakan dua kerusi. Kedua-dua kerusi ini mewakili perasaan
positif dan negatif yang dirasai klien. Ia bertujuan melahirkan konflik
dalaman klien. Dua bahagian dalam diri klien yang berkonflik
diwakili oleh kerusi masing-masing. Klien diberi peluang untuk
duduk di atas kerusi satu demi satu dan bercakap dari perspektif
kerusi yang didudukinya. Sekiranya kerusi yang didudukinya
mewakili perasan marah, maka klien diminta meluahkan perasaan
marah tersebut. Dialog yang keluar dari klien boleh dikategori
sebagai top dog dan under dog. Top dog mewakili perasaan yang
dominan atau super ego yang mengawal underdog. Manakala under
dog mewakili perasaan yang agak lemah dan memaafkan tetapi tidak
semestinya bersedia untuk berubah. Peluang untuk meneroka top dog
ini pada akhirnya akan membuat klien melalui apa yang dipanggil
oleh Laura Perls sebagai pengalaman ah-ha, iaitu klien akhirnya
menyedari dan merasai siapakah dirinya secara mendalam. Kerusi
kosong juga digunakan bagi membantu klien menyelesaikan hal yang
belum selesai (unfinished business).
Contohnya: Seorang wanita Melayu yang berjaya dalam akademik
ditanya banyak kali oleh ahli keluarganya tentang bilakah dia
mahu berumah tangga. Setiap kali wanita ini berjaya dalam bidang
akademik, dia cuba berkongsi kejayaan tersebut dengan ahli
keluarganya tetapi ahli keluarganya tetap bertanya soalan yang sama
iaitu tentang bila mahu berumah tangga. Lama-kelamaan wanita
ini berasa rendah diri dan memikirkan kejayaan akademik dan
kerjayanya bukan perkara yang bernilai. Melalui terapi Gestalt iaitu
kerusi kosong, wanita ini diminta meluahkan perasaan tidak puas
hati terhadap keluarganya. Aktiviti ini akhirnya membolehkan beliau
faham dan menghormati budaya asalnya dan dalam masa sama
menghargai kejayaan yang diperolehnya.

6 Teori Kaunseling.indd 112

12/06/2014 10:11:31

Teori Gestalt

113

Teknik-teknik

Penjelasan

Pernyataan

Pernyataan lebih digalakkan dalam sesi berbanding soalan kerana


soalan meletakkan klien dalam keadaan apabila dia perlu menjawab
atau respons kepada klien dalam penyataan yang terhad. Soalan lebih
sesuai dalam hubungan guru dengan murid sedangkan dalam kaunseling
Gestalt, kaunselor dan klien adalah rakan kongsi. Justeru, pernyataan
adalah lebih sesuai bagi menggalakkan hubungan kedua-dua belah pihak.
a)
Soalan Apa dan Bagaimana kaunselor Gestalt
menggunakan istilah apa, bagaimanana, di mana tetapi jarang
sekali menggunakan istilah kenapa semasa meneroka masalah
klien. Penggunaan kenapa selalunya menjadikan penerokaan
sebagai proses yang tertutup dan menggalakkan kepada
penerokaan masa lepas.
b)
Penggunaan kata ganti nama Saya sesetengah orang
suka menyalahkan atau merujuk kepada orang lain apabila
menerangkan masalah yang dihadapinya. Seorang yang tidak
menjadi klien bukanlah dalam kawalan kaunselor untuk
melakukan sesuatu ke atasnya. Justeru, klien dalam sesi Gestalt
digalakkan menggunakan perkataan saya supaya mereka
memiliki dan sedar masalah yang diutarakan ialah masalah
mereka bukan masalah orang lain.
c)
Penggunaan kata kerja masa kini klien dalam sesi kaunseling
Gestalt digalakkan bercakap mengenai masa kini, atau
membawa peristiwa silam kepada masa kini. Contohnya,
perasaan marah terhadap seseorang ditukar kepada bagaimana
perasaan marah tersebut memberi impak kepada masa kini
dari segi perasaan, pemikiran, tingkah laku klien. Penggunaan
kata kerja masa kini menggalakkan kesedaran diri klien dan
hubungan klien dengan sesuatu kejadian atau peristiwa lepas.
d)
Menggalakkan klien bertanggungjawab terhadap diri salah
satu ciri seorang yang mempunyai kesedaran kendiri dan
mengenali dirinya dengan baik ialah sikap tanggungjawabnya
terhadap diri. Mengikut Gestalt, individu yang mempunyai
kesedaran kendiri sentiasa bertanggungjawab terhadap
perkataan, perbuatan, dan tingkahlakunya. Klien digalakkan
untuk menukar ayat dan pernyataannya kepada diri sendiri dan
bukan dengan menggunakan orang lain untuk menerangkan
sesuatu peristiwa. Contoh: Seorang klien berkata, Bapa
saya menjadi penyebab semua ini, klien akan diminta
menggunakan perkataan saya dan bukan menggunakan
bapanya. Contoh lain ialah klien diminta berterus terang secara
eksplisit dan bukan memberi alasan apabila diminta melakukan
sesuatu. Contohnya, seorang wanita serba salah untuk
menerima lamaran seorang lelaki dan menyatakan bahawa
mungkin lelaki itu lebih sesuai dengan wanita lain. Klien
Gestalt dibimbing untuk menyatakan bahawa dia tidak dapat
menerima lelaki tersebut secara berterus terang bukan dengan
pembabitan orang atau peristiwa lain.

6 Teori Kaunseling.indd 113

12/06/2014 10:11:31

114

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Penjelasan

Mimpi

Mimpi merupakan konsep penting dalam terapi Gestalt.


Mengikut Gestalt, mimpi merupakan projeksi masa lepas
seseorang. Kebiasaannya, bahagian ini dilupakan, diabaikan, dan
diketepikan. Justeru, peranan kaunselor Gestalt ialah membantu
klien menyepadukan bahagian-bahagian ini. Menganalisismimpi
melibatkan penggunaan dialog dan melakukan tindakan. Orang yang
bermimpi digalakkan untuk berdialog dengan pelbagai aspek dalam
mimpi mereka. Mereka digalakkan untuk mengambil bahagian dalam
elemen mimpi dan melakonkan mimpi mengikut perspektif mereka.
Contoh: Klien bermimpi seseorang mencercanya. Klien tadi
digalakkan untuk bertanya kepada orang yang mencerca apa
puncanya dia dicerca. Kemudian ambil alih peranan sebagai orang
yang mencerca dan menerangkan mengapa cercaan itu dilakukan.
Kemudian klien diminta pula untuk melihat dari perspektif pihak
ketiga, misalnya dari perspektif sebatang pokok yang melihat
kejadian tersebut. Proses ini boleh membantu klien melihat celaan
dan cercaan yang diterimanya dari satu perspektif yang baru. Dalam
menganalisis mimpi, kaunselor Gestalt tidak memberikan interpretasi
kepada simbol universal. Hanya klien sahaja yang boleh menamakan
dan menginterpretasikan simbol dalam mimpi mereka. Ini bermakna
kaunselor Gestalt tidak meletakkan diri mereka sebagai orang yang
serba tahu, bersesuaian dengan konsep fenomenologi.

Konfrontasi

Sesetengah orang berpendapat bahawa Gestalt dikenali dengan teknik


konfrontasinya. Corey (2011) menyatakan bahawa adalah salah
mengaitkan teori Gestalt dengan pengasasnya iaatu Frederick Perls.
Gaya Perls sememangnya selalu dikaitkan dengan teknik konfrontasi.
Teori Gestalt hari ini atau lebih dikenali sebagai versi baru Gestalt
lebih cenderung kepada pendekatan yang berhemah. Mengikut Yontef
(1993), gaya versi baru Gestalt adalah lebih bersifat menyokong,
empati, dan memfokuskan kesedaran kendiri. Teknik konfrontasi
yang digunakan dalam sesi Gestalt bukan bersifat menyerang. Corey
berpendapat bahawa konfrontasi patut dilakukan apabila klien
bersedia, kerana melalui konfrontasi, klien diminta untuk menilai
tingkah laku, sikap dan pemikirannya. Konfrontasi tidak bertujuan
merendah-rendahkan klien. Melalui konfrontasi, klien dicabar untuk
mengenal pasti apa yang telah menghalangnya untuk mengenal
kekuatan dirinya.
Contoh: Konfrontasi boleh dilaksanakan dengan cara klien itu
memberikan kerjasama apabila mereka diajak oleh kaunselor untuk
melihat semula tingkah laku, sikap, dan gaya pemikiran mereka.
Klien dibawa untuk melihat ketidaksamarataan (incongrueities)
dan jurang perbezaan yang wujud di antara cara berkomunikasi
secara lisan dengan gerak badan. Di sini kaunselor bukan bertujuan
untuk melihat kepada kelemahan atau sifat negatif klien, tetapi klien
dicabar untuk mengenal pasti bagaimana mereka menyekat dan tidak
menggunakan keupayaan mereka semaksimum mungkin.

6 Teori Kaunseling.indd 114

12/06/2014 10:11:31

Teori Gestalt

115

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, pendekatan Gestalt menekankan


masa kini, pengalaman langsung, dan bertindak. Seandainya ahli-ahli kelompok
mempunyai isu berkaitan masa hadapan, mereka boleh membangkitkan isu
tersebut pada masa kini. Cubaan untuk mengubah daripada mengatakan sesuatu
kepada melakukan sesuatu tindakan dilakukan dengan secara eksperimen
dalam kelompok. Dengan cara ini, ahli kelompok dapat mempraktiskan
sesuatu tindakan yang mereka tidak berani lakukan dengan sokongan ahliahli kelompok yang lain. Kesemua teknik yang dinyatakan sebelum ini boleh
digunakan dalam seting kelompok.
Tidak seperti teori Psikoanalisis yang agak sukar diterima oleh
pelatih-pelatih kaunselor di Malaysia kerana konsep-konsepnya yang
agak asing dengan masyarakat Timur, terutama dari segi perkembangan
psikoseksual, teori Gestalt lebih bersifat humanistik dan menekankan masa
kini. Penekanan masa kini membolehkannya diaplikasi merentas budaya.
Konsep fenomenologi yang menjadi konsep penting teori Gestalt meletakkan
manusia sebagai individu yang boleh dipercayai untuk memahami diri sendiri.
Fenomenologi juga menunjukkan kaunselor seorang yang empati kerana
memahami masalah dari perspektif klien dan bukan bertindak sebagai pakar.
Walaupun terdapat beberapa teknik yang agak sukar untuk dilakukan tetapi
latihan yang berterusan akan membolehkan kaunselor menggunakan teori
ini dengan lebih berkesan. Tidak dapat dinafikan bahawa beberapa teknik
seperti menganalisis mimpi dan penggunaan kerusi kosong agak berat untuk
dilakukan oleh klien, dan sukar juga digunakan oleh kaunselor-kaunselor yang
kurang latihan tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk teori ini berkembang
dan dipraktikkan di Malaysia.

Kelebihan dan Kelemahan Teori

Terapi Gestalt ini merupakan suatu pendekatan yang bertujuan untuk membantu
klien bagi membentuk personaliti baru yang lebih baik dan bertanggungjawab
terhadap dirinya. Terapi ini memberikan penekanan terhadap penggunaan
pendekatan eksistensial atau fenomenologi yang meletakkan bahawa manusia
perlu mencari jalan dalam hidupnya dan bertanggungjawab pada dirinya
sendiri sekiranya mahu mencapai kematangan. Melalui kesedaran manusia
memperoleh kefahaman diri dan pengetahuan untuk membantunya berubah.
Antara kelemahan yang terdapat dalam mengaplikasikan teori ini ialah
kecenderungan kaunselor untuk lebih bersifat manipulasi dan mengawal adalah
tinggi kerana kaunselor akan banyak mengarah klien untuk melakukan sesuatu.
Teori ini mempunyai kecenderungan mengetepikan unsur logikal, kognitif dan
merendahkan faktor intelektual dalam personaliti.

6 Teori Kaunseling.indd 115

12/06/2014 10:11:31

116

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Aplikasi Kes Laila

Oleh sebab terapi Gestalt amat sesuai untuk klien yang bimbang dan murung
memandangkan lazimnya klien seperti ini menolak hakikat diri sendiri,
berfikir dan bertindak dengan cara yang mungkin boleh merosakkan diri
sendiri. Dengan kata lain, individu yang tidak tahu bagaimana untuk berhenti
daripada merasa tidak gembira merupakan calon utama dalam senarai klien
yang memerlukan pertolongan bagi mencapai arif diri semula.
Kaunselor: Apakah yang membawa Laila datang ke sesi pada hari
ini?
Klien:

Saya sering berasa tidak gembira dan berada dalam


keadaan murung.

Kaunselor: Okay, Laila sering tidak gembira dan murung, jadi boleh
Laila kongsikan sejak bila Laila mula mempunyai perasaan
begitu?
Klien:

Perasaan begini sudah lama saya pendamkan. Saya


ingin mulakan hidup baru sama seperti orang lain. Berasa
bahagia... tapi saya tidak tahu bagaimana nak mempunyai
perasaan sebegitu.

Dalam kes Laila, dia sudah bersedia untuk memulakan hidup baru
tetapi tidak tahu apa yang patut dilakukan atau berasa tersekat untuk terus
berkembang. Gestalt mengajar klien seperti Laila untuk bertanggungjawab
terhadap hakikat diri atau dipanggil self-regulation. Sekiranya Laila hanya
mahu melupakan atau melegakan diri daripada simptom tanpa pencapaian arif
diri, maka pendekatan tingkah laku seperti biofeedback dan modifikasi tingkah
laku adalah lebih sesuai. Kaunselor Gestalt melihat personaliti Laila secara
menyeluruh dan bukan berpecah-pecah. Justeru, kaunselor akan membantu
Laila dengan memintanya membuat perbezaan antara apa yang dia tidak boleh
lakukan dengan apa yang dia tidak akan lakukan.
Kaunselor boleh memulakan penerokaan dengan memeriksa contact
Laila iaitu bagaimana dia berurusan dengan persekitarannya. Sempadan perlu
dikena lpasti supaya Laila tahu dan arif tentang apa yang mampu dilakukannya.
Perasaan bersalah Laila terhadap peristiwa silam merupakan urusan yang
tidak selesai. Teknik seperti main peranan dan kerusi kosong boleh digunakan
bagi menyelesaikan perasaan tidak selesai terhadap peristiwa silam. Walau
bagaimanapun, teknik kerusi kosong merupakan teknik lanjutan dan kaunselor
perlu berhati-hati memilih masa bersesuaian untuk mengaplikasi teknik ini.
Penggunaan ganti nama saya adalah sama penting supaya Laila dapat
fokus kepada apa yang mahu dicapai dan tidak menyibukkan dirinya memikir

6 Teori Kaunseling.indd 116

12/06/2014 10:11:31

Teori Gestalt

117

dan mengenangkan apa yang orang lain telah lakukan ke atas dirinya. Tujuan
kata nama saya ialah bagi menggalakkan klien mengenal pasti boundary
nya atau dipanggil boundary. Body-boundary, value boundary, familiarities
boundary, dan expressive boundary menghalang perkembangan seseorang.
Dalam kes Laila, beliau seakan-akan sudah bersedia menukar cara hidupnya.
Tetapi kesemua jenis boundaries yang disebut tadi telah menghalang
pergerakan dan kemajuan hidupnya. Kaunselor boleh menggunakan teknik
konfrontasi dalam kes ini kerana berdasarkan cerita Laila, walaupun dia
menyatakan telah sedar kesilapan yang telah berlalu tetapi dia tidak
mempunyai kekuatan membina hidup baru tanpa impak daripada kesilapan
lepas. Ini terbukti apabila sifat panas barannya terserlah dalam perkahwinan
keduanya walaupun mendapat suami yang baik. Ini terjadi kerana fikiran Laila
masih dibelenggu dengan masa silam.
Justeru, dengan membimbing Laila memberi fokus kepada diri, iaitu
apa yang mahu dicapai dalam hidupnya, dapat membantu Laila untuk melihat
dirinya secara keseluruhan sebagai objek yang sempurna, bukan setakat
bahagian-bahagian tertentu sahaja dalam hidupnya. Dengan ini, Laila akan
lebih menghargai dirinya kerana menyedari bahawa dirinya juga mungkin
memiliki aset dan sumber yang selama ini diabaikan. Penggunaan pernyataan
yang bersifat masa kini adalah sangat penting dan sangat perlu ditekankan
supaya klien bergerak ke hadapan dan tidak dihantui masa lepas. Selain itu,
penggunaan ayat yang berbentuk soalan dilihat oleh kaunselor sebagai suatu
ruang untuk Laila menyorokkan diri daripada masalah sebenar yang dihadapi.
Klien:

Mengapa saya yang rasa tidak disayangi oleh keluarga


sendiri? Adakah kerana diri saya yang sering kali memarahi
anak-anak apabila mereka cuba untuk rapat dengan saya?
Mungkinkah ini kesan daripada kisah silam saya?

Oleh itu, kaunselor perlu membimbing Laila untuk menukarkan soalan


kepada pernyataan sebagai satu permulaan untuk bertanggungjawab terhadap
apa yang dikatakan.
Klien:

Saya murung kerana sering rasa tidak dihargai dan


disayangi. Ini adalah akibat daripada sikap saya sendiri
yang sering memarahi anak-anak apabila mereka ingin
mendekati saya. Kemungkinan, kisah silam saya turut
menambah kepada kemarahan saya.

Kaunselor juga boleh membantu Laila untuk mengubah penggunaan


perkataan yang menafikan kekuatan diri sendiri. Contohnya, penggunaan
perkataan saya tidak akan (I wont) kepada saya tidak boleh (I cant) dan
sebaliknya boleh membantu Laila memiliki dan mengambil tanggungjawab

6 Teori Kaunseling.indd 117

12/06/2014 10:11:31

118

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

terhadap keputusan yang dibuat. Walau bagaimanapun, kaunselor perlu


berhati-hati dalam penggunaan ayat agar tidak membuatkan Laila berasa salah
di dalam setiap tutur kata yang disusun. Selain itu, Laila juga boleh diberi
tugasan kerja rumah misalnya memintanya memikirkan terlebih dahulu apa
yang akan dibincangkan pada sesi berikutnya supaya Laila dapat mengenal
pasti sejauh mana dia mencapai celik akal.
Setelah beberapa sesi berlangsung, Laila sudah bersedia untuk bergerak
sendiri tanpa perlukan perkhidmatan dan bantuan daripada kaunselor.
Sehubungan itu, kaunselor pengamal terapi Gestalt perlu memastikan bahawa
pembangunan arif diri mantap dan unfinished business yang dialami oleh Laila
telah pun diselesaikan.

Rumusan

Teori Gestalt menekankan masa kini dalam membantu klien. Pendekatan


yang bersifat sedemikian bertentangan dengan sesetengah pendekatan yang
menumpukan kepada penerokaan masa lampau yang memberi impak kepada
kehidupan masa kini. Ini tidak bermakna pendekatan Gestalt mengabaikan
masa lampau klien tetapi penekanannya ialah bagaimana klien melihat masa
lampau dari perspektif masa kini. Oleh sebab pendekatan ini banyak mencabar
klien, kaunselor perlu berhati-hati menggunakannya dengan memastikan
bahawa klien sudah mencapai tahap kematangan yang sesuai dalam proses
kaunseling bagi menerima cabaran dan soalan yang dikemukakan. Pendekatan
Gestalt juga boleh diaplikasi dalam seting pelbagai budaya dengan syarat
kaunselor cekap dan berkebolehan memahami budaya klien minoriti dan
membuat modifikasi, jika perlu, untuk kepentingan klien.
Bab ini telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan teori
Gestalt. Bab seterusnya akan membincangkan berkaitan teori tingkah laku.

Glosari
Contact

Contact boundary

6 Teori Kaunseling.indd 118

Hubungan antara diri sendiri dengan orang lain. Ia


termasuk perasaan bahawa diri mempunyai hubungan
dengan orang atau dunia luar dan dalam masa sama
terus menjaga sempadan antara diri dengan orang luar.
Sempadan yang membezakan antara seorang dengan
seorang yang lain atau objek yang lain atau perbezaan
antara satu aspek dalam diri dengan aspek diri yang
lain. Ini termasuklah persempadan tubuh badan,
persempadanan nilai, dan persempadanan yang
diluahkan.

12/06/2014 10:11:31

Teori Gestalt

Introjection
Projection

Retroflection

Deflection
Confluence

Unfinished business

6 Teori Kaunseling.indd 119

119

Gangguan pada contact boundary dengan individu


menerima maklumat atau nilai yang diturunkan oleh
orang lain tanpa menilainya.
Gangguan pada contact boundary apabila individu
melepaskan tanggungjawab diri (pemikiran, perasaan
dan tingkahlaku) kepada orang lain. Contohnya,
perasaan kecewa disabitkan kepada orang lain.
Gangguan pada contact boundary apabila individu
melakukan sesuatu ke atas diri sendiri berdasarkan
apa yang dia mahu lakukan ke atas orang lain atau
seperti mana apa yang dia mahu orang lain lakukan
ke atas dirinya.
Gangguan kepada contact boundary apabila individu
menolak atau mengetepikan hubungan yang bermakna
sama ada secara tidak langsung, atau samar-samar.
Gangguan kepada contact boundary dengan pembezaan
antara diri dan orang lain tidak jelas, hingga ke tahap
sukar untuk membezakan antara persepsi dan nilai diri
dengan persepsi dan nilai orang lain.
Perasaan masa lepas yang tidak diluahkan tetapi
mengganggu masa kini dan menyebabkan
ketidakfungsian psikologi. Termasuk dalam unfinished
business ialah memori dan fantasi masa lepas.

12/06/2014 10:11:31

120

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

6 Teori Kaunseling.indd 120

12/06/2014 10:11:31

Bab 7

Teori Tingkah
Laku

Objektif

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Memahami andaian asas dan prinsip terapi tingkah laku
2. Memahami proses yang terlibat dalam pendekatan ini
3. Mengaplikasikan teknik-teknik pendekatan tingkah laku dengan baik.

Pengenalan

Teori tingkah laku adalah satu pendekatan yang memberi fokus kepada sesuatu
tingkah laku yang diperhatikan, menumpukan kepada faktor-faktor yang
menyebabkan wujudnya suatu tingkah laku, pengalaman pembelajaran yang
boleh membawa kepada perubahan, menentukan strategi rawatan yang sesuai
untuk klien secara individu serta membuat penilaian yang teliti terhadap tingkah
laku sasaran (Kazdin 2001; Wilson 2008). Terapi tingkah laku telah digunakan
secara meluas untuk merawat kecelaruan psikologikal dengan populasi klien
yang berbeza (Wilson 2008). Berdasarkan kajian-kajian lampau, penyakitpenyakit seperti kecelaruan, kerisauan, depresi, penyalahgunaan bahan,
kecelaruan pemakanan, penderaan domestik, masalah seksual, pengurusan
kesakitan dan hipertensi telah berjaya dirawat dengan menggunakan pendekatan
ini. Selain itu, prosedur tingkah laku juga digunakan dalam membantu
perkembangan orang kurang upaya, merawat penyakit mental, pendidikan dan
pendidikan khas, psikologi komuniti, psikologi klinikal, pemulihan, perniagaan,
pengurusan kendiri, psikologi sukan, tingkah laku berkaitan kesihatan, dan
gerontologi (Miltenberg 2008). Kebolehgunaan teori tingkah laku dalam
pelbagai bidang menjadikan teori ini terus berkembang.

7 Teori Kaunseling.indd 121

11/06/2014 12:05:13

122

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teori tingkah laku telah mula diperkenalkan pada tahun 1950-an dan
awal 1960-an yang diasaskan dengan perspektif psikoanalitik. Pergerakan
terapi tingkah laku berbeza dengan pergerakan pendekatan terapeutik yang lain
dalam konteks pengaplikasian konsep pembelajaran klasik dan pembelajaran
operan dalam merawat pelbagai masalah tingkah laku. Apabila berlakunya
perkembangan dalam teori dan terapi tingkah laku, semakin banyak pandangan
yang berbeza dan kompleks tentang pendekatan ini. Hal ini menyulitkan
pendefinisian terapi tingkah laku yang dipersetujui secara bersama oleh pakarpakar dalam teori ini. Selain itu, perkembangan ini juga membawa kepada
pertindihan beberapa aspek utama dalam pendekatan tingkah laku dengan
pendekatan psikoterapeutik yang lain.
Kemunculan teori atau terapi tingkah laku bermula di Amerika Syarikat,
Afrika Selatan, dan Great Britain pada tahun 1950-an. Pada ketika itu juga,
pendekatan ini berhadapan dengan pelbagai kritikan dan penolakan psikoterapis
dalam psikoanalitik. Hal ini disebabkan oleh pendekatan ini mendemonstrasikan
bahawa teknik tingkah laku adalah berkesan dan boleh digunakan sebagai
alternatif kepada terapi psikoanalitik. Pada tahun 1960-an, Albert Bandura telah
membina teori pembelajaran sosial yang menggabungkan pembelajaran klasikal
dan operan dengan pembelajaran pemerhatian. Pada tahun tersebut, banyak
pendekatan kognitif yang lain muncul, bagaimanapun pendekatan tingkah laku
masih mempunyai kesan yang signifikan dalam pengamalan terapeutik. Ini jelas
menunjukkan bahawa pendekatan tingkah laku telah dapat berdiri sebagai satu
pendekatan yang telah diterima oleh banyak pihak.
Sekitar tahun 1970-an, terapi tingkah laku kontemporari telah muncul
sebagai kuasa utama dalam bidang psikologi dan ia memberi impak terhadap
bidang pendidikan, psikologi, psikoterapi, psikiatri dan kerja sosial.
Pengaplikasian teori tingkah laku kemudiannya diperluaskan lagi dalam
menyelesaikan masalah dalam bidang perniagaan, industri dan masalah
penjagaan anak. Pendekatan tingkah laku juga dikenali sebagai gelombang
pertama dalam bidang tingkah laku, iaitu teknik terapi tingkah laku dilihat
sebagai pilihan rawatan untuk pelbagai masalah psikologi.
Pada tahun 1980-an, pencarian lingkungan pengetahuan baru dalam
konsep dan kaedah teori pembelajaran tradisional bermula. Pelopor teori
tingkah laku meneruskan usaha mereka untuk membuat penelitian secara
empirikal untuk mempertimbangkan kesan praktis terapi ini terhadap klien
dan masyarakat dalam skop yang lebih luas. Perhatian turut diberi kepada
peranan emosi dalam perubahan terapeutik dan peranan faktor biologi dalam
kecelaruan psikologi. Dua perkembangan signifikan dalam bidang ini adalah
penerusan kemunculan terapi kognitif tingkah laku sebagai kuasa utama dan
pengaplikasian teknik tingkah laku untuk merawat dan mencegah kecelaruan
yang berkaitan dengan kesihatan.
Terapi kognitif dikenali sebagai gelombang kedua dalam tradisi tingkah
laku. Pada awal tahun 2000, gelombang ketiga muncul yang meluaskan lagi

7 Teori Kaunseling.indd 122

11/06/2014 12:05:13

Teori Tingkah Laku

123

skop pengamalan dan penyelidikan dalam bidang tingkah laku. Perkembangan


terbaru dalam gelombang ketiga ini termasuklah terapi tingkah laku dialektik,
pengurangan stresberdasarkan mindfulness, terapi kognitif berdasarkan
mindfulness, dan terapi penerimaan dan komitmen.
Terapi tingkah laku berkembang dalam empat bidang iaitu pembelajaran
klasik, pembelajaran operan, teori pembelajaran sosial dan terapi tingkah laku
kognitif. Pembelajaran klasikal boleh dijelaskan melalui eksperimen yang
dijalankan oleh Ivan Pavlov (1927) terhadap seekor anjing. Makanan yang
diletakkan dalam mulut anjing boleh menghasilkan air liur, iaitu tingkah laku
respons. Apabila makanan diletakkan berulang kali dalam keadaan yang neutral
iaitu suatu keadaan yang tidak menyebabkan respons tertentu, seperti bunyi
loceng, anjing akan mengeluarkan air liur walaupun hanya mendengar bunyi
loceng. Walau bagaimanapun, apabila loceng dibunyikan tanpa diberikan
makanan, tingkah laku mengalirkan air liur akan berkurangan dan akhirnya pupus.
Pembelajaran operan pula melibatkan respons yang dialami dalam
kehidupan seharian kita misalnya membaca, menulis, mendengar lagu,
memandu, makan dan lain-lain. Pembelajaran jenis ini melibatkan jenis
pembelajaran dengan tingkah laku adalah dipengaruhi oleh kesan yang
mengikutinya. Sekiranya perubahan persekitaran yang membawa kepada
tingkah laku diperteguhkan dan diberikan rangsangan untuk mendapatkan
respons tertentu, peluang untuk tingkah laku itu berulang kembali adalah
tinggi. Jika perubahan persekitaran tidak membawa kepada peneguhan, atau
menghasilkan respons tertentu, peluang untuk tingkah laku yang diingini itu
berulang semula adalah tipis. Pembelajaran jenis operan biasanya dibuat dalam
program pendidikan ibu bapa dan program pengurusan berat badan.
Perkembangan teori tingkah laku diteruskan dengan pengenalan teori
pembelajaran sosial yang dibina oleh Albert Bandura dan Richarcd Walters
pada tahun 1963. Teori pembelajaran sosial dan kognitif melibatkan interaksi
bersilang antara tiga faktor iaitu persekitaran, faktor peribadi (kepercayaan,
minat, jangkaan, persepsi kendiri dan interpretasi) dan tingkah laku individu.
Dalam pendekatan sosiokognitif, peristiwa persekitaran ke atas sesuatu
tingkah laku adalah ditentukan oleh proses kognitif yang mengawal pengaruh
persekitaran ke atas individu dan bagaimana individu membuat persepsi dan
menginterpretasikan pengaruh tersebut (Wilson 2008). Pendekatan ini juga
mengandaikan bahawa individu berupaya untuk mengarahkan diri mereka
melakukan sesuatu perubahan tingkah laku. Antara contoh yang boleh
digunakan untuk memahami pendekatan pembelajaran sosial adalah bagaimana
seseorang individu dapat membina kemahiran sosial yang baik setelah mereka
mempelajari kemahiran interpersonal dan intrapersonal daripada orangyang
mempunyai kemahiran sosial yang baik.
Pada masa kini, terapi tingkah laku kognitif dan teori pembelajaran
sosial telah menjadi aliran utama dalam terapi tingkah laku kontemporari.
Sejak awal tahun 1970-an, faktor kognitif memainkan peranan utama dalam

7 Teori Kaunseling.indd 123

11/06/2014 12:05:13

124

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

merawat masalah emosi dan tingkah laku manusia. Pada pertengahan tahun
1970-an, terapi kognitif tingkah laku telah menggantikan terapi tingkah laku dan
kemudiannya ahli dalam bidang ini mula memberi penekanan terhadap interaksi
antara dimensi afektif, tingkah laku dan kognitif (Lazarus 2003; Wilson 2008).

Gambaran Keseluruhan Teori


Teori Tingkah laku
Pengasas Teori

Pengenalan

Andaian Asas dan Prinsip


Teori

Matlamat Terapi
Analisa Tingkah laku
Peranan Kaunselor

Teknik-Teknik

Disensitizasi Sistematik

Imaginal Flooding
Teknik Modeling
Latihan Relaksasi

Aplikasi Teori dalam


Seting Silang Budaya

Latihan Kemahiran Sosial

Kekuatan dan Kelemahan


Teori

Rajah 7.1:

7 Teori Kaunseling.indd 124

Gambaran Keseluruhan Teori Tingkah Laku

11/06/2014 12:05:13

Teori Tingkah Laku

125

Pengasas Teori

Skinner telah dianugerahkan Ijazah


Doktor Falsafah dalam bidang psikologi
di Universiti Harvard pada tahun 1931.
Selepas penganugerahan tersebut,
Skinner menjalankan tugas pengajaran
di beberapa buah universiti dan
kemudiannya kembali berkhidmat di
Universiti Harvard. Beliau mempunyai
dua orang anak perempuan, seorang
daripadanya adalah ahli psikologi
pendidikan manakala seorang lagi
dalam bidang artistik. Skinner boleh
dikatakan sebagai Bapa pendekatan
tingkah laku dalam bidang psikologi.
Rajah 7.2: B.F. Skinner (1904-1990)
Beliau memperjuangkan tingkah laku
radikal yang memberi penekanan
kepada kesan persekitaran terhadap tingkah laku. Skinner mengiktiraf kewujudan
perasaan dan pemikiran, bagaimanapun beliau menafikan bahawa dua aspek ini
menjadi punca kepada tingkah laku manusia. Sebaliknya beliau berpendapat
bahawa sebab dan akibat berkait dengan objektif dan situasi persekitaran
yang diperhatikan. Skinner juga berminat terhadap konsep peneguhan yang
diaplikasikan dalam kehidupannya sendiri. Kebanyakan hasil kerja Skinner
adalah berbentuk eksperimen yang dijalankan di makmal dengan ramai ahli
dalam bidang ini mengaplikasikan ideanya untuk digunakan dalam pengajaran,
pengurusan masalah manusia dan untuk membuat perancangan sosial.
Dilahirkan di Alberta, Canada,
merupakan anak bongsu daripada enam
adik-beradik. Bandura berketurunan
Eropah Timur, dianugerahkan Ijazah
Doktor Falsafah dalam bidang psikologi
klinikal dari Universiti Iowa pada tahun
1952. Lima tahun kemudian, Bandura
berkhidmat di Universiti Stanford.
Bandura dan rakannya menjadi
pengasas dalam bidang pembelajaran
sosial dan mempromosikan modeling
sebagai proses yang berkesan untuk
menjelaskan tentang kepelbagaian
b en tu k p emb elajar an . B an d u r a
dan rakan-rakan mengkaji teori
pembelajaran sosial dan peranan
Rajah 7.3: Albert Bandura (1925)

7 Teori Kaunseling.indd 125

11/06/2014 12:05:13

126

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

pembelajaran melalui pemerhatian serta pembelajaran sosial atau modeling


sosial dalam memotivasikan manusia, pemikiran dan tindakan. Pada pertengahan
tahun 1980-an, Bandura menamakan semula pendekatan teoritikalnya sebagai
Teori Sosial Kognitif yang menekankan tentang bagaimana manusia berfungsi
dari segi pengurusan kendiri, proaktif, reflektif kendiri dan regulasi kendiri.
Beliau juga memperluaskan skop terapi tingkah lakunya dengan meneroka
kuasa dalaman kognitif afektif yang memotivasikan manusia.

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia


1.

2.
3.
4.

Semua manusia yang dilahirkan ke dunia ini adalah bersih dan suci dalam
keadaan kosong. Apa juga yang berlaku kepada manusia adalah hasil
daripada pembentukan tingkah laku yang telah dibentuk oleh tekanan
atau keadaan persekitaran. Manusia dianggap sebagai makhluk yang pasif
dan menerima apa sahaja pengaruh persekitaran yang membentuknya.
Manusia biasa tidak sepenuhnya dilahirkan sebagai jahat atau baik,
sebaliknya pengalaman yang dilalui dalam hidup menyebabkan manusia
berpotensi untuk cenderung kepada semua jenis tingkah laku.
Manusia berupaya untuk memahami konsep dan mengawal tingkah
lakunya sendiri serta berupaya untuk melakukan tingkah laku yang baru.
Namun begitu, dalam teori tingkah laku moden, manusia dianggap
sebagai penghasil dan produk kepada persekitaran mereka.

Andaian Asas dan Prinsip Teori

Terdapat enam karakteristik utama yang boleh difahami dalam terapi tingkah
laku iaitu:
1. Teori tingkah laku adalah berdasarkan prinsip dan prosedur dalam kaedah
saintifik. Prinsip pembelajaran berdasarkan eksperimen diaplikasikan
secara sistematik untuk membantu klien mengubah tingkah laku
maladaptif mereka. Karakter utama yang membezakan pengamal tingkah
laku dengan pendekatan lain ialah penilaian yang empirikal dan tepat.
Terapi tingkah laku menyatakan bahawa matlamat rawatan yang objektif
dan konkrit adalah diperlukan bagi membuat perubahan terhadap strategi
rawatan mengikut kesesuaian klien. Matlamat rawatan yang dibentuk
juga harus dipersetujui oleh kaunselor dan klien. Melalui terapi yang
dijalankan, kaunselor menilai tingkah laku yang bermasalah dan situasi
yang mengekalkannya.
2. Kaunselor tingkah laku membantu klien berhadapan dengan masalah yang
dihadapi pada masa kini dan memahami faktor yang mempengaruhinya
untuk menilai penentu atau penyebab historikal kepada tingkah laku
tersebut. Penekanan diberikan kepada faktor spesifik tertentu yang

7 Teori Kaunseling.indd 126

11/06/2014 12:05:13

Teori Tingkah Laku

3.

4.

5.

6.

127

mempengaruhi kefungsian klien pada masa sekarang di samping faktor


yang boleh digunakan untuk mengubah suai atau memperbaiki tingkah
laku atau prestasi klien. Pemahaman masa lalu yang dibuat oleh kaunselor
juga boleh memberikan maklumat yang berguna tentang peristiwa
persekitaran yang mengekalkan tingkah laku bermasalah klien. Selain
itu, kaunselor juga meneliti keadaan persekitaran klien pada masa
sekarang yang memperteguhkan tingkah laku bermasalah dan seterusnya
membantu klien menukar tingkah lakunya dengan mengubah keadaan
persekitaran menerusi proses yang dikenali sebagai penilaian kefungsian
atau juga dikenali oleh Wolpe (1990) sebagai analisis tingkah laku.
Klien yang terlibat dalam terapi dijangkakan memainkan peranan yang
aktif dengan melakukan tindakan spesifik untuk menyelesaikan masalah.
Klien bukan hanya sekadar membincangkan tentang keadaan mereka,
bahkan mereka perlu melakukan sesuatu yang boleh membawa kepada
perubahan. Klien juga perlu memantau tingkah laku mereka di dalam dan
di luar sesi, mempelajari dan mempraktiskan strategi untuk mengatasi
dan melaksanakan tingkah laku baru dalam kehidupan seharian bagi
menggantikan tingkah laku lama yang tidak berfungsi dengan bimbingan
kaunselor. Bagi tujuan tersebut, tugasan atau kerja rumah adalah bahagian
asas dalam pendekatan ini.
Pendekatan tingkah laku menjangkakan bahawa perubahan boleh berlaku
tanpa celik akal terhadap dinamik yang mendasarinya. Perubahan tingkah
laku boleh berlaku sebelum atau serentak dengan pemahaman tentang
klien, di samping boleh meningkatkan tahap pemahaman kendiri.
Fokus utama adalah untuk menilai tingkah laku yang nyata dan tidak
nyata secara langsung, mengenal pasti masalah, dan menilai perubahan.
Penilaian secara langsung dibuat kepada tingkah laku sasaran menerusi
pemerhatian atau pengawalan kendiri. Ahli terapi juga menilai budaya
klien sebagai sebahagian daripada persekitaran sosial mereka, termasuklah
rangkaian sokongan sosial yang mempunyai perkaitan dengan tingkah
laku sasaran (Tanaka-Matsumi, Hingginbotham & Chang 1996). Dalam
pendekatan ini, penilaian yang teliti terhadap masalah dan penilaian
intervensi dibuat untuk menentukan sama ada perubahan tingkah laku
yang berlaku adalah disebabkan oleh prosedur rawatan atau sebaliknya.
Intervensi rawatan tingkah laku dibuat secara individu bergantung
kepada masalah yang dialami oleh klien dan kesesuaian rawatan dengan
klien. Beberapa teknik mungkin digunakan untuk merawat masalah
satu-satu klien.

Kesemua karakteristik ini menjadi elemen utama sebagai panduan kepada


kaunselor untuk memahami dan mengaplikasikan teori tingkah laku dalam
merawat masalah klien.

7 Teori Kaunseling.indd 127

11/06/2014 12:05:13

128

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Matlamat Terapi
Matlamat memainkan peranan yang sangat penting dalam terapi tingkahlaku.
Dalam pendekatan tingkah laku, matlamat umum adalah untuk mengubah
tingkah laku. Kaunselor perlu mengenal pasti peristiwa atau tindakan yang
boleh menjadi punca klien terlekat dengan tingkah laku tertentu menerusi
analisis kefungsian tingkah laku klien. Matlamat dapat dibentuk setelah
kaunselor menjalankan analisis kefungsian terhadap tingkah laku sasaran.
Melalui analisis ini, kaunselor mempelajari penyebab dan akibat tingkah
laku klien, seterusnya kaunselor dapat membantu klien untuk mengenal
pasti matlamat. Pemilihan matlamat yang sesuai adalah sebahagian daripada
penilaian berterusan yang dijalankan dalam proses terapeutik. Sekiranya klien
mengutarakan beberapa jenis masalah, kaunselor dan klien akan memilih untuk
menyelesaikan masalah yang terlebih dahulu ingin diselesaikan oleh klien.
Dengan bantuan kaunselor, klien akan merangka matlamat rawatan yang
spesifik dalam proses terapeutik. Matlamat yang dibentuk haruslah bersifat
objektif, jelas dan dapat diukur, konkrit, difahami, dan dipersetujui oleh
klien dan kaunselor. Kaunselor dan klien membincangkan tentang tingkah
laku yang dikaitkan dengan matlamat, persekitaran atau lingkungan yang
diperlukan untuk membuat perubahan, persekitaran submatlamat, serta pelan
tindakan untuk mencapai matlamat. Proses penentuan matlamat terapeutik
ini melibatkan perundingan di antara klien dengan kaunselor yang membawa
kepada hasil yang memandu pelan rawatan yang strategik.

Peranan Kaunselor

Kaunselor tingkah laku membuat penilaian kefungsian atau analisis tingkah laku
dengan mendapatkan maklumat berkaitan situasi penyebab secara sistematik,
dimensi tingkah laku bermasalah, dan kesan masalah yang juga dikenali juga
sebagai ABC Model, iaitu A ialah antecendets, B ialah behaviours, dan C
adalah consequences. Dalam model ini, ia mencadangkan bahawa behaviors
(b) dipengaruhi oleh peristiwa tertentu yang menyebabkannya, yang disebut
sebagai antecedents (a), dan dengan peristiwa tertentu yang mengikutinya,
dipanggil consequences (c) atau kesan daripada tingkah laku tersebut.
Antecendent events pula adalah peristiwa yang menyebabkan sesuatu
tingkah laku. Consequences (C) adalah peristiwa yang mengekalkan tingkah
laku dengan cara tertentu sama ada meningkatkan atau mengurangkannya.
Dalam membuat penilaian tingkah laku, tugas kaunselor adalah mengenalpasti
antecedents dan consequences tertentu yang mempengaruhi atau berkaitan
dengan tingkah laku individu (Cormier, Nurius & Osborn 2009). Kesemua
perkara ini dapat dikenal pasti melalui perbincangan dengan klien. Berdasarkan

7 Teori Kaunseling.indd 128

11/06/2014 12:05:13

Teori Tingkah Laku

129

maklumat tentang analisis fungsi ini, dapat membantu kaunselor dalam


pemilihan intervensi yang sesuai untuk klien (Kazdin 2001).
Kaunselor tingkah laku berperanan aktif dan direktif serta berfungsi
sebagai perunding dan penyelesai masalah. Kaunselor memberikan perhatian
kepada klu atau petunjuk yang diberi oleh klien di samping menunjukkan
kemahiran, kesensitivitian, dan kepakaran klinikal (Wilson2008). Kaunselor
juga perlu menggunakan kemahiran-kemahiran asas seperti yang digunakan
dalam pendekatan lain iaitu membuat rumusan, refleksi, penjelasan, dan
soalan terbuka dan tertutup. Tambahan daripada itu, Miltenberger (2008)
dan Spiegler dan Guevremont (2003) menyatakan bahawa fungsi kaunselor
tingkah laku adalah:
1. Berdasarkan penilaian kefungsian komprehensif, kaunselor membentuk
matlamat rawatan awal, mereka bentuk serta melaksanakan pelan rawatan
untuk mencapai matlamat.
2. Kaunselor menggunakan strategi yang mempunyai sokongan penyelidikan
untuk digunakan ke atas masalah tertentu. Strategi ini digunakan untuk
mempromosikan generalisasi dan mengekalkan perubahan tingkah laku.
3. Kaunselor menilai kejayaan pelan perubahan dengan mengukur kemajuan
dalam mencapai matlamat sepanjang tempoh rawatan. Hasil yang diukur
diberi kepada klien pada awal sesi (disebut sebagai baseline) dan dipungut
semasa dan selepas sesi rawatan untuk menentukan strategi dan pelan
rawatan berjalan dengan lancar. Jika sebaliknya, pengubahsuaian strategi
akan dilakukan.
4. Tugas utama kaunselor adalah mengadakan sesi penilaian susulan untuk
melihat sama ada perubahan berlaku sepanjang masa atau sebaliknya.
Klien mempelajari cara untuk mengenal pasti dan mengatasi apa jua
halangan terhadap pelaksanaan tingkah laku baru. Penekanan diberikan
untuk membantu klien mengekalkan perubahan pada tempoh yang lebih
lama dan menguasai kemahiran mengatasi dari segi kognitif dan tingkah
laku bagi mencegah pengulangan semula berlaku.

Proses Kaunseling
Elemen yang menjadi keutamaan dalam terapi tingkah laku adalah matlamat
sesi kaunseling. Secara umumnya, matlamat dalam terapi tingkah laku adalah
untuk meningkatkan pilihan peribadi dan menyediakan keadaan pembelajaran
yang baru. Setelah mengenal pasti dan menilai masalah atau tingkahl aku
yang tidak sesuai yang dihadapi oleh klien, kaunselor membantu klien untuk
membentuk matlamat perubahan tingkah laku yang ingin dicapai. Dalam hal
ini, proses penilaian dan rawatan akan berjalan serentak. Ini bertujuan untuk

7 Teori Kaunseling.indd 129

11/06/2014 12:05:13

130

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

memantau perubahan yang dilakukan oleh klien di samping menilai tugasan


yang diberikan oleh kaunselor kepada klien.
Dalam proses kaunseling, klien memainkan peranan yang aktif dalam
menentukan perancangan rawatan yang bersesuaian dengan diri mereka. Hal
ini disebabkan klien lebih mengetahui kaedah rawatan mana yang dirasakan
mampu untuk dilaksanakan berdasarkan sumber-sumber yang dimiliki.
Bagi pemilihan teknik rawatan pula, kaunselor boleh memilih atau
menggabungkan mana-mana teknik yang dirasakan berkesan untuk mengubah
tingkah laku klien. Kaunselor juga akan memberikan tugasan-tugasan tertentu
kepada klien bagi mengukuhkan lagi perubahan tingkah laku yang ingin
dicapai. Tugasan-tugasan ini mungkin akan dibincangkan dalam satu sesi atau
beberapa sesi bergantung kepada isu yang ingin diselesaikan. Bagaimanapun,
dalam terapi tingkah laku biasanya sesi akan berlangsung dalam lebih daripada
satu sesi kerana ia melibatkan penilaian rawatan yang diberi dan sesi susulan
dengan klien. Sesi susulan akan ditetapkan dengan persetujuan klien dalam
tempoh tertentu setelah sesi kaunseling ditamatkan. Ini bertujuan untuk
memantau sejauh mana klien telah dapat melakukan atau mempraktiskan
tingkah laku baru dalam kehidupan mereka.

Teknik-teknik

Pendekatan tingkah laku mempunyai kekuatan tersendiri dari segi


pengaplikasian teknik-tekniknya. Pembinaan prosedur terapeutik yang
spesifik dalam teori ini terbukti berkesan secara empirikal dan mempunyai
bukti pengamalan yang tinggi. Hasil intervensi tingkah laku adalah jelas
kerana kaunselor menerima maklum balas secara langsung daripada klien.
Lazarus (1989, 1996b, 1997a, 2005, 2008) yang merupakan pengasas terapi
kontemporari tingkah laku klinikal, berpendapat bahawa pengamal tingkah
laku boleh memasukkan ke dalam pelan rawatan mereka mana-mana teknik
yang berkesan untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini oleh klien. Ini
jelas menunjukkan bahawa kaunselor tingkah laku tidak berpegang hanya pada
satu teknik daripada teori pembelajaran sahaja, tetapi boleh mengintegrasikan
beberapa teknik yang berbeza. Prosedur terapeutik yang digunakan oleh
kaunselor tingkah laku direka bentuk khusus untuk klien tertentu sesuai dengan
keunikan klien itu sendiri.
Terdapat banyak teknik dalam pendekatan tingkah laku misalnya analisis
tingkah laku, latihan relaksasi, disensitizasi sistematik, terapi pendedahan,
desensitizasi pergerakan mata dan pemprosesan semula, latihan kemahiran
sosial, program modifikasi kendiri, dan tingkah laku pengarahan kendiri,
terapi multimodal, dan pendekatan berasaskan mindfulness dan penerimaan
serta banyak lagi teknik-teknik lain. Walau bagaimanapun, perbincangan ini
akan menfokuskan kepada beberapa teknik iaitu:

7 Teori Kaunseling.indd 130

11/06/2014 12:05:13

Teori Tingkah Laku

Jadual 7.1:

131

Teknik-teknik Teori Tingkahlaku

Teknik-teknik
Analisis Tingkah
laku: Prinsip
pembelajaran
operan.

Penjelasan
Teknik ini membincangkan tentang beberapa prinsip
pembelajaran operan iaitu peneguhan positif, peneguhan
negatif, penghapusan, hukuman. Peneguhan positif
merupakan pemberian sesuatu yang bernilai kepada
individu seperti pujian, perhatian, wang dan makanan
sebagai akibat (consequence) terhadap tingkah laku
tertentu. Stimulus atau rangsangan yang mengikuti
sesuatu tingkah laku dengan peneguhan positif adalah
misalnya apabila kanak-kanak mendapat gred yang baik
dalam peperiksaan, dia akan dipuji oleh ibu bapanya.
Sekiranya pujian itu adalah bernilai baginya, kanakkanak ini akan berusaha untuk sentiasa mendapat gred
yang terbaik agar terus dipuji oleh ibu bapa. Apabila
matlamat program adalah untuk mengurangkan atau
menyingkirkan tingkah laku yang tidak diingini, peneguhan
positif sering digunakan untuk meningkatkan kekerapan
tingkah laku yang diingini untuk menggantikan tingkah
laku tidak diingini. Berbeza dengan peneguhan positif,
peneguhan negatif bermatlamat untuk menghilangkan atau
mengelakkan rangsangan yang tidak menyenangkan.
Contohnya apabila anak-anak dimarahi oleh ibu kerana
pulang lewat ke rumah, untuk mengelakkan daripada
terus dimarahi, anak-anak mungkin akan berusaha untuk
pulang ke rumah lebih awal. Individu akan berusaha untuk
mengelakkan diri dari keadaan yang tidak disenanginya.
Hukuman pula berupa denda atas perlakuan suatu tingkah
laku iaitu misalnya individu yang ingin berhenti merokok,
apabila dia melakukan tingkah laku merokok, dia akan
dikenakan hukuman berupa denda sebanyak RM5 bagi
setiap batang rokok yang dihisapnya. Untuk mengelakkan
didenda, individu tidak akan menghisap rokok dan akhirnya
dapat menghentikan tingkah laku merokoknya.

Disensitizasi
Sistematik

7 Teori Kaunseling.indd 131

Teknik ini dibina oleh Joseph Wolpe (1958) berdasarkan


prinsip pembelajaran klasik yang direka bentuk untuk
merawat pesakit yang mengalami kerisauan tahap tinggi
atau ketakutan terhadap sesuatu peristiwa, orang tertentu,
objek atau ketakutan umum. Pendekatan ini membolehkan
klien menukar perasaan risau mereka kepada lebih tenang.
Sebelum memulakan teknik ini, kaunselor akan menemu
bual klien untuk mengenal pasti maklumat spesifik tentang
kerisauan dan maklumat latar belakang tentang klien.
Melalui proses temubual, kaunselor dapat mencungkil

11/06/2014 12:05:13

132

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Penjelasan
pelbagai maklumat daripada klien termasuklah perkara
berkaitan kerisauan klien seperti keadaan kerisauan, bila
dan di mana ia berlaku. Klien akan diminta untuk membuat
pemantauan kendiri yang melibatkan pemerhatian dan
rakaman situasi sepanjang minggu rawatan yang untuk
mendapatkan maklum balas tentang tahap kerisauan
tersebut.
Contoh: Kaunselor pada awalnya mengajar klien tingkah
laku atau respons yang tenang bagi melawan resposn takut
dan risau mereka. Kemudian, peristiwa yang membuatkan
klien berasa risau dinilai dan disusun darjah kerisauannya.
Seterusnya, kaunselor meminta klien mengimaginasikan
situasi kerisauan yang timbul semasa dalam keadaan yang
tenang dan keadaan ini diulang secara beransur-ansur di
mana relaksasi itu disertakan dengan pemikiran peristiwa
yang sebelum ini menimbulkan kerisauan.

Imaginal Flooding

Berbeza dengan teknik sistematik disensitizasi yang


menggunakan kaedah secara beransur-ansur, flooding
melibatkan pendedahan secara berlebihan kepada imej
atau gambaran sesuatu objek dan peristiwa yang menjadi
ketakutan atau yang menimbulkan kerisauan kepada klien.
Klien akan diminta untuk mengimaginasikan situasi yang
menakutkan atau merisaukan klien seterusnya menentukan
aras kerisauan mereka. Kaedah ini diteruskan sehinggalah
kerisauan beransur-ansur dapat dipulihkan apabila klien
semakin biasa dengan rangsangan yang ditakuti itu.
Namun perlu diingat bahawa pendedahan ini tidak dibuat
kepada situasi sebenar tetapi kepada gambaran sesuatu
yang menimbulkan ketakutan atau kerisauan sahaja seperti
berada dalam kapal terbang.
Contoh: Klien yang mempunyai rasa fobia terhadap haiwan
tertentu misalnya katak boleh didedahkan dengan gambar
haiwan tersebut. Kaunselor menunjukkan imej katak yang
banyak kepada klien dan mendapatkan skala perasaan
kerisauan klien. Klien akan didedahkan dengan keadaan
tersebut sehingga kerisauan tersebut berkurangan.

Teknik modeling
(pembelajaran dari
pemerhatian)

7 Teori Kaunseling.indd 132

Teknik ini dilaksanakan dengan cara klien memerhatikan


tingkah laku orang lain dan memanfaatkan pemerhatian
tersebut. Dalam terapi tingkah laku, terdapat 5 fungsi
asas modeling iaitu mengajar, prompting, memotivasikan,
mengurangkan kerisauan dan menggalakkan klien untuk
tidak melakukan sesuatu tingkah laku. Teknik

11/06/2014 12:05:13

Teori Tingkah Laku

Teknik-teknik

133

Penjelasan
modeling diaplikasikan dengan cara pengajaran
menerusi pendemonstrasian misalnya mengajar sesuatu
tentang cara untuk memasak nasi. Modeling juga boleh
menjadi prompting atau penggerak sesuatu tingkah laku
secara spontan iaitu misalnya apabila sebaik sahaja
seseorang mendengar bunyi drum, maka dia akan
memulakan sesuatu tingkah laku dengan segera. Dengan
memperteguhkan tingkah laku modeling, individu
boleh memotivasikan orang lain untuk melakukan atau
mengulangi tingkah laku itu, misalnya ibu bapa membuat
pertandingan membersihkan bilik tidur anak-anak akan
berasa gembira dengan aktiviti itu. Pengurangan kerisauan
juga boleh dilaksanakan melalui modeling dengan cara di
mana seorang klien akan berani untuk berenang sekiranya
dia melihat orang lain berenang terlebih dahulu. Selain
itu, melalui teknik modeling juga dapat memberikan
galakan kepada seseorang untuk tidak meneruskan sesuatu
tingkah laku.
Contoh: kaunselor menunjukkan gambar pesakit yang
menghidapi HIV/AIDS kepada klien untuk tidak
menggalakkan klien mengambil dadah terutamanya melalui
perkongsian jarum suntikan.

Latihan Relaksasi

Latihan relaksasi digunakan untuk membantu klien


mengatasi tekanan dalam kehidupan seharian. Ia
bermatlamat untuk mencapai relaksasi otot dan mental yang
mudah untuk dipelajari. Setelah klien mempelajari prosedur
asas dalam latihan relaksasi, klien akan mengamalkan
latihan ini dalam kehidupan seharian bagi mendapatkan
hasil yang maksimum. Teknik ini juga digunakan bersama
teknik-teknik yang lain misalnya disensitizasi sistematik,
latihan ketegasan, program pengurusan kendiri dan
meditasi. Latihan relaksasi melibatkan beberapa komponen
yang biasanya memerlukan 4-8 jam pengarahan. Bagi
melaksanakan teknik ini, persekitaran yang pasif dan
tenang serta senyap diperlukan.
Contoh: Dalam latihan ini, klien akan diberi satu set
panduan atau arahan yang mengajar mereka untuk berada
dalam keadaan yang tenang. Klien akan belajar untuk
melapangkan fikiran dengan memberi fokus kepada
pemikiran atau gambar yang menenangkan. Klien akan
diminta untuk merasai dan mengalami pembentukan
tekanan serta merasai bagaimana pergerakan otot-otot yang
semakin tegang. Klien kemudiannya diajar bagaimana

7 Teori Kaunseling.indd 133

11/06/2014 12:05:13

134

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Penjelasan
untuk merelaksasikan kesemua otot dengan memberi
penumpuan kepada otot muka. Otot lengan akan
ditenangkan terlebih dahulu, diikuti dengan kepala, leher
dan bahu, belakang, perut dan dada, dan kemudiannya di
bahagian bawah anggota badan. Teknik ini boleh dijadikan
amalan harian selama 25 minit setiap hari. Teknik ini juga
banyak digunakan untuk merawat penyakit asthma, sakit
kepala, tekanan darah tinggi, insomnia dan kecelaruan
panik (Cormier et al. 2009).

Latihan kemahiran
sosial

Teknik ini boleh digunakan untuk membantu klien


berinteraksi dengan orang lain dalam persekitaran sosial
yang berbeza dengan lebih berkesan. Dalam latihan ini,
andaian utama adalah individu mempunyai hak untuk
mengekspresikan diri mereka dan mereka boleh membuat
pilihan sama ada untuk bertindak tegas dalam satu-satu
situasi tertentu atau tidak. Latihan ini juga memberi fokus
kepada pernyataan negatif klien dan kepercayaan yang
tidak rasional atau salah. Teori dan terapi tingkah laku
menggunakan pelbagai teknik dalam aplikasi terapeutiknya.
Klien yang mempunyai masalah gugup ketika bercakap
di khalayak ramai akan diberi kerja rumah atau latihan
secara berperingkat untuk membuat teks ucapan, membuat
pengucapan di hadapan beberapa orang rakan, seterusnya
membuat pengucapan di hadapan kelompok yang lebih
ramai sehinggalah klien benar-benar berjaya mengatasi
masalah gugup tersebut. Bagaimanapun, kesemua teknik ini
boleh dirangkumkan bersama atau diintegrasikan dengan
teknik lain untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Contoh: Antara teknik yang biasanya digunakan ialah
latihan ketegasan diri, latihan pengurusan kemarahan dan
latihan mengatasi rasa malu.

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Teori tingkah laku adalah satu teori yang bersifat universal. Ia boleh
diaplikasikan dalam banyak bidang seperti yang telah terbukti dalam kajiankajian lepas. Dalam bidang psikologi pendidikan, terapi tingkah laku dapat
membantu mengatasi masalah pengurusan kendiri, pengurusan masa, masalah
komunikasi dengan rakan, masalah tingkah laku merokok dan sebagainya.
Kesemua masalah ini dapat dirawat menggunakan pendekatan tingkah laku.
Di Malaysia, teori ini boleh disesuaikan dengan kepelbagaian budaya
terutamanya masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu

7 Teori Kaunseling.indd 134

11/06/2014 12:05:13

Teori Tingkah Laku

135

Melayu, Cina, India, masyarakat pribumi dan sebagainya. Bagi merawat


masalah tingkah laku klien, analisis kefungsian tingkah laku perlu dijalankan
oleh kaunselor ke atas tingkah laku bermasalah klien. Maklumat-maklumat
yang diperoleh dalam analisis kefungsian yang dijalankan mengambil kira
konteks budaya dan persekitaran klien di mana berlakunya masalah tingkah
laku tersebut. Analisis juga dijalankan untuk mengetahui kesan tingkah laku
ke atas persekitaran klien. Berdasarkan analisis yang dibuat, kaunselor dan
klien akan menetapkan matlamat yang ingin dicapai oleh klien dan seterusnya
kaunselor menentukan strategi rawatan klien.
Strategi rawatan yang dipilih adalah mengikut kesesuaian klien dari
pelbagai aspek yang telah diambil kira. Kaedah penilaian mestilah dipilih
berdasarkan latar belakang budaya klien (Spiegler & Guevremont 2003;
Tanaka- Matsumi et al. 1996). Selain itu, kaunselor juga harus peka kepada
perbezaan individu dan budaya klien yang mungkin berbeza berbanding
kaunselor atau individu lain. Bagi tujuan tersebut, antara persoalan yang
mungkin perlu diambil kira oleh kaunselor adalah tingkah laku yang normal
dan tidak normal dalam budaya klien, konsepsi budaya klien terhadap masalah
tingkah lakunya, serta jenis maklumat yang diperlukan untuk membuat
penilaian yang tepat (Corey 2009). Sensitiviti kaunselor terhadap aspek-aspek
budaya dan persekitaran dapat mengiktiraf perbezaan nilai dan budaya klien.

Kelebihan dan Kelemahan Teori

Teori tingkah laku telah dibina berdasarkan bukti-bukti saintifik yang nyata.
Keberkesanan teori ini dalam merawat masalah klien telah jelas terbukti
menjadikan ia dapat diaplikasikan dengan lebih meluas dalam pengamalan
terapeutik. Tambahan itu, pendekatan tingkah laku yang bersifat fleksibel juga
membolehkan teori ini dapat diintegrasikan dengan pendekatan yang lain.
Seterusnya memberi impak kejayaan sesi yang lebih besar dalam merawat
masalah klien.
Teori ini yang mengambil kira faktor-faktor persekitaran klien yang
menyumbang kepada masalah tingkah laku dan kesan tingkah laku tersebut.
Ini bermaksud, teori ini mengambil kira banyak aspek dalam kehidupan klien
yang menjadi peneguhan kepada masalah tersebut. Dengan pengenalpastian
banyak perkara di persekitaran klien, masalah klien berkemungkinan dapat
diatasi dengan lebih menyeluruh.
Meskipun keberkesanan teori ini sudah terbukti secara saintifik,
namun kaunselor atau ahli terapi khususnya yang masih baru dan kurang
berpengalaman harus berhati-hati dalam mengaplikasikan teknik dalam
pendekatan ini. Penggunaan teknik-teknik ini sekiranya tidak dipraktikkan
dengan betul boleh memberi mudarat kepada klien. Selain itu, tumpuan yang
lebih kepada aspek tingkah laku juga membataskan teori ini dari melihat faktorfaktor lain yang mungkin memberi impak kepada masalah klien. Aspek-aspek

7 Teori Kaunseling.indd 135

11/06/2014 12:05:13

136

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

seperti kerohanian dan hubungan kekeluargaan klien juga diberi perhatian


agar masalah klien dapat diselesaikan secara total.

Aplikasi Kes Laila

Proses kaunseling bermula dengan penjelasan oleh kaunselor tentang elemenelemen penting yang terkandung dalam sesi kaunseling. Antara perkara yang
diperjelaskan oleh kaunselor termasuklah aspek masa, peranan kaunselor
dan klien, etika kerahsiaan, komitmen oleh klien dan penamatan sesi
kaunseling. Kaunselor tingkah laku berperanan aktif dan mengarah, bertindak
sebagai perunding dan penyelesai masalah. Kaunselor memberikan sepenuh
perhatian kepada sebarang petunjuk yang dipamerkan oleh Laila di samping
menggunakan kemahiran, kesensitivitian, dan kepakaran klinikal yang dimiliki.
Selain itu, penggunaan kemahiran-kemahiran asas seperti yang digunakan
dalam pendekatan lain iaitu membuat rumusan, refleksi, penjelasan, dan soalan
terbuka dan tertutup turut diaplikasikan.
Kaunselor menjalankan analisis tingkah laku bermasalah menggunakan
model ABC. Berdasarkan perbincangan antara kaunselor dengan Laila, Laila
mempunyai pengalaman pahit pada masa silamnya. Laila pernah dicabul
oleh anak pengasuhnya dan seorang lelaki tua. Rentetan dari peristiwa itu
membawa Laila untuk terjebak dengan hubungan seks sebelum perkahwinan.
Bermula dengan pengalaman itu, Laila mula berani mengadakan hubungan
luar nikah dengan teman-teman lelakinya. Analisis kefungsian tingkah laku
membolehkan kaunselor memahami dengan jelas tentang simptom tingkahl
aku bermasalah yang mengganggu klien. Analisa ini dibuat dengan mengenal
pasti punca-punca yang membawa kepada masalah. Maklumat yang diperoleh
dianalisis bagi membolehkan kaunselor membuat perancangan strategi atau
intervensi rawatan yang sesuai dengan masalah Laila. Pelbagai jenis soalan
boleh diajukan oleh kaunselor kepada klien untuk mendapatkan pemahaman
lebih lanjut tentang tingkah laku sasaran klien. Antara soalan yang boleh
ditanyakan adalah berbentuk apa, bila, di mana, bagaimana, dan seberapa
kerap sesuatu tingkah laku atau perkara itu berlaku.
Kaunselor: Apakah yang membawa Laila datang ke sesi pada hari ini?
Klien:

Saya berasa tertekan.

Kaunselor: Ahaa..Laila tertekan..boleh saya tahu, sejak bila Laila


mula berasa tertekan?.
Klien:

7 Teori Kaunseling.indd 136

Sejak beberapa bulan yang lalu. Saya rasa hidup ini


sungguh memenatkan.

11/06/2014 12:05:13

Teori Tingkah Laku

137

Kaunselor: Em..seberapa kerap tekanan ini melanda diri Laila?.


Klien:

Sejak saya berhadapan dengan pelbagai masalah.. hampir


setiap hari saya berasa tertekan. Lebih-lebih apabila saya
bertemu dia...

Berdasarkan kes yang dibawa oleh Laila, beberapa masalah lain dapat
dikenal pasti. Dari segi tingkah laku, Laila mempunyai sikap panas baran
yang menyebabkan dia sering memarahi suami dan anak-anaknya. Dari
segi emosi, Laila sering berasa sedih dengan kerenggangan hubungan yang
dialami dengan anak-anaknya. Keadaan ini menyebabkan dia sering berasa
keseorangan dan tidak punya sesiapa dalam kehidupannya. Selain itu, Laila
juga mengalami masalah dalam hubungan dengan adik perempuannya kerana
terlalu mengongkong adiknya. Setelah melengkapkan analisis ini, kaunselor
membantu Laila untuk mengenal pasti perkara spesifik yang ingin diubahnya.
Kemudian, kaunselor dan klien membincangkan tentang tingkah laku yang
dikaitkan dengan matlamat, persekitaran atau lingkungan yang diperlukan
untuk membuat perubahan, persekitaran submatlamat, serta pelan tindakan
untuk mencapai matlamat. Proses penentuan matlamat terapeutik ini melibatkan
perundingan antara Laila dengan kaunselor yang membawa kepada hasil yang
memandu pelan rawatan yang strategik. Sebelum membentuk pelan rawatan,
kaunselor membantu Laila memahami tujuan tingkah lakunya. Kaunselor
menjelaskan tentang bagaimana sesi kaunseling dan tugasan luar sesi dapat
membantu Laila mengubah tingkah lakunya. Penjelasan dan perbincangan
matlamat spesifik juga ditetapkan.
Laila menyedari akan keterlanjurannya dan bertekad untuk memperbaiki
diri ke arah yang lebih baik. Laila juga telah mengambil langkah untuk
mengatasi masalah ini iaitu dengan berkahwin. Laila menyatakan bahawa dia
ingin menjadi seorang ibu, anak dan kakak yang baik. Dia ingin memperbaiki
hubungan dengan anak-anaknya supaya tidak lagi berasa berjauhan dengan
anak-anak. Untuk tujuan ini, Laila sedar bahawa dia perlu memperbaiki sikap
panas barannya. Bagi hubungan dengan adik perempuannya, Laila ingin
menjernihkan hubungan itu kembali. Dia tidak mahu sikapnya yang terlalu
mengawal itu mengeruhkan hubungan dengan adik perempuannya. Kesemua
perubahan yang ingin dilakukan ini dinyatakan oleh Laila selepas analisis
kefungsian tingkah laku dibuat bersama kaunselor.
Melalui pengenalpastian masalah dan matlamat, kaunselor merancang
pelan rawatan yang sesuai dengan Laila. Kaunselor memperkenalkan
latihan relaksasi kepada Laila yang bermatlamat untuk mencapai relaksasi
otot dan mental. Ia agak mudah untuk dipelajari. Kaunselor mengajarkan
prosedur-prosedur asas dalam latihan relaksasi dan kemudiannya Laila akan
mengamalkan latihan ini dalam aktiviti seharian bagi mendapatkan hasil yang

7 Teori Kaunseling.indd 137

11/06/2014 12:05:13

138

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

maksimum. Latihan relaksasi melibatkan beberapa komponen yang biasanya


memerlukan 4-8 jam pengarahan. Bagi melaksanakan teknik ini, persekitaran
yang pasif dan tenang serta senyap diperlukan. Dalam latihan relaksasi, Laila
akan diberi satu set panduan atau arahan yang mengajarnya untuk berada
dalam keadaan yang tenang. Laila akan belajar untuk melapangkan fikiran
dengan memberi fokus kepada pemikiran atau gambar yang menenangkan.
Klien akan diminta untuk merasai dan mengalami pembentukan tekanan
serta merasai bagaimana pergerakan otot-otot yang semakin tegang. Klien
kemudiannya diajar bagaimana untuk merelaksasikan kesemua otot dengan
memberi penumpuan kepada otot muka. Rawatan ini diberikan kepada Laila
untuk diaplikasikan apabila dia berasa marah.
Kaunselor juga turut mengajarkan latihan pengurusan kemarahan kepada
Laila. Ini bertujuan untuk membolehkan Laila menguruskan kemarahannya
dan mengurangkan sikap panas baran terutamanya kepada anak-anak.
Laila akan menggantikan tingkah laku panas barannya dengan tingkah laku
yang baru iaitu berdiam diri seketika dan melakukan hal lain ketika sedang
marah. Tingkah laku ini bertujuan untuk membentuk tingkah laku baru yang
menggantikan tingkah laku panas baran Laila. Untuk memperbaiki hubungan
dengan adik perempuannya, Laila diajarkan latihan kemahiran sosial yang
memberi fokus kepada hubungan dan tingkah laku dengan adiknya. Kaunselor
menggunakan teknik main peranan dan modeling dengan melatih Laila untuk
berhadapan dengan adiknya menggunakan tingkah laku dan cara yang sesuai.
Bagaimanapun, strategi rawatan ini tidak diberi sekali gus untuk kesemua
masalah. Kaunselor membimbing Laila untuk memilih masalah yang ingin
diselesaikannya terlebih dahulu.
Bagi mengukuhkan perubahan dengan kemahiran-kemahiran baru yang
dipelajari, kaunselor memberikan tugasan rumah kepada Laila. Kaunselor
menjelaskan kepada Laila perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh Laila di
luar sesi kaunseling dengan persetujuan Laila. Kaunselor juga mengajarkan
kepada Laila bagaimana dia dapat membuat pemantauan kendiri ke atas
tugasan rumah yang dilakukan. Hasil tugasan ini akan dibincangkan dalam
sesi kaunseling. Dalam perbincangan sesi kaunseling, kaunselor memberikan
pujian kepada Laila atas perubahan yang berjaya dilakukan. Kaunselor juga
membincangkan sekiranya Laila menghadapi kesukaran untuk melaksanakan
tugasan rumah yang diberikan.
Selepas beberapa sesi berlangsung, Laila mengemukakan hal penamatan
sesi kaunseling. Menurut Laila, dia sudah berasa yakin untuk bergerak sendiri
di luar sesi secara berdikari dan tidak bergantung kepada kaunselor. Justeru,
kaunselor merumuskan kesemua perjalanan sesi bersama Laila. Kaunselor juga
merumuskan matlamat perubahan yang ingin dicapai oleh Laila dan kemajuan
Laila sepanjang sesi ini berjalan. Kaunselor juga memberi kata-kata perangsang
kepada Laila untuk meneruskan perubahan yang dilakukan.

7 Teori Kaunseling.indd 138

11/06/2014 12:05:13

Teori Tingkah Laku

139

Pada akhir sesi, dengan persetujuan Laila, satu sesi susulan akan dibuat.
Sesi susulan bertujuan untuk melihat perkembangan Laila dalam mengubah
tingkah lakunya. Penilaian dibuat untuk menentukan sama ada perubahan
oleh Laila berlaku sepanjang masa atau sebaliknya. Di samping itu, kaunselor
juga mengenal pasti halangan terhadap pelaksanaan tingkah laku baru. Laila
tidak mengalami sebarang halangan untuk memperteguhkan tingkah laku
barunya. Oleh itu, kaunselor membantu Laila untuk mengekalkan perubahan
untuk tempoh yang lebih panjang dan menguasai kemahiran mengatasi dari
segi kognitif dan tingkah laku bagi mencegah pengulangan semula berlaku.

Rumusan

Teori tingkah laku merupakan teori tradisi yang mengalami perkembangan


positif sejak kewujudannya. Bermula dengan pembelajaran klasikal dan
operan, teori tingkah laku terus berkembang dan mengubah struktur teori ini
untuk menjadi lebih efektif dalam memahami dan merawat masalah tingkah
laku klien. Antara contoh masalah tingkah laku yang telah berjaya dirawat
menggunakan pendekatan ini termasuklah kecelaruan panik, kecelaruan
kerisauan, fobia, pengurusan berat badan, pengurusan masa, pengurusan
kendiri dan banyak lagi. Tidak sekadar dalam bidang psikologi, pendekatan
ini turut diaplikasikan dalam membantu pesakit-pesakit yang mempunyai
penyakit biologi seperti tekanan darah tinggi dan asthma.
Pendekatan tingkah laku juga boleh dianggap sebagai pendekatan yang
fleksibel iaitu kaunselor boleh mengintegrasikan pelbagai teknik perawatan
klien untuk merawat masalah tingkah laku klien mengikut kesesuaian klien.
Antara teknik-teknik dalam pendekatan ini termasuklah pengaplikasian konsep
peneguhan dan hukuman, disensitizasi sistematik, latihan kemahiran sosial,
modeling, flooding dan lain-lain. Keunikan teori ini yang mengambil kira
faktor-faktor persekitaran klien yang menyumbang kepada masalah tingkah
laku dan kesan tingkah laku tersebut terhadap persekitaran menjadikan teori
ini sesuai untuk diaplikasikan kepada klien yang datang dari pelbagai latar
belakang budaya dan persekitaran yang berbeza.
Bab ini telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan teori
tingkah laku. Bab seterusnya akan membincangkan berkaitan teori tingkah
laku kognitif.

Glosari
Mindfulness

7 Teori Kaunseling.indd 139

Satu cara untuk individu menghayati apa yang


sedang dirasai atau dialaminya pada masa sekarang.
Dengan melakukan demikian, individu akan berasa
tenang, terbuka dan lebih berjaga-jaga.

11/06/2014 12:05:13

140

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Pembelajaran klasik

Pembelajaran operan

Modeling

Kebanjiran

7 Teori Kaunseling.indd 140

Satu jenis pembelajaran dalam keadaan rangsangan


neutral diberikan secara berulang-ulang. Rangsangan
tersebut pula akan menghasilkan satu respons
tingkah laku oleh penerima rangsangan.
Sejenis pembelajaran sesuatu tingkalaku didapati
semakin meningkat atau berkurang akibat perubahan
yang sistematik dalam kesan yang mengikuti tingkah
laku tersebut.
Satu teknik di mana klien membuat pemerhatian ke
atas suatu tingkah laku individu lain dan menjadikan
pemerhatian tersebut sebagai contoh untuk diikuti.
Pendedahan secara imaginasi terhadap rangsangan
yang menimbulkan kerisauan klien.

11/06/2014 12:05:13

Bab 8

Teori Tingkah
Laku Kognitif

Objektif

Di akhir bab ini anda seharusnya dapat:


1. Memahami apakah yang dimaksudkan dengan teori tingkah laku kognitif
2. Membuat perbezaan antara teori tingkah laku dan tiga teori tingkahlaku
kognitif
3. Memahami dan boleh mengaplipasi teori tingkah laku kognitif untuk
tujuan intervensi

Pengenalan

Teori tingkah laku kognitif asalnya lahir dari teori tingkah laku yang
berkembang kepada tingkah laku kognitif. Teori ini mengiktiraf peranan
kognitif dalam tingkah laku. Tidak seperti teori tingkah laku yang menerima
kritikan kerana menganggap manusia seolah-olah satu objek yang boleh
diprogramkan, teori tingkah laku kognitif mengiktiraf manusia sebagai ejen
yang mempunyai pemikiran untuk menentukan tingkah laku mereka. Dengan
kata lain, mengikut perspektif teori tingkah laku kognitif, manusia bukan
seperti robot tetapi manusia adalah ejen celik akal yang membentuk tingkah
laku dan kehidupannya. Hari ini, teori tingkah laku kognitif telah berkembang
dengan pesat dan terdapat beberapa pendekatan yang boleh diklasifikasi sebagai
teori tingkah laku kognitif. Teori tersebut ialah:
1. Teori Rasional Emotif Tingkah laku yang dipelopori oleh Albert Ellis.
2. Teori Kognitif yang dipelopori oleh Aaron Beck

8 Teori Kaunseling.indd 141

11/06/2014 12:36:37

142
3.

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teori Modifikasi Tingkah laku Kognitif yang dipelopori oleh Donald


Meichenbaum

Perbincangan mengenai setiap satu daripada cabang teori yang dinyatakan


di atas dibincangkandalam bab ini.

Gambaran Keseluruhan Teori


Teori Kognitif
Tingkahlaku
Rasional Emotif
Tingkah laku

Teori Kognitif

Modifikasi Tingkah
laku

Objektif
Pengasas
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Proses Terapi
Teknik-Teknik
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila

Rajah 8.1:

8 Teori Kaunseling.indd 142

Gambaran Keseluruhan

11/06/2014 12:36:38

Teori Tingkah Laku Kognitif

143

Teori Rasional Emotif Tingkah Laku


Pengasas Teori

Teori Rasional Emotif Tingkah laku


atau amat dikenali sebagai REBT
iaitu singkatan daripada bahasa
Inggeris Rational Emotive Behavior
Therapy diasaskan oleh Albert Ellis
(1913-2007). Ellis di lahirkan
di Pittsburgh, Amerika Syarikat
tetapi dibesarkan di New York
dan New Jersey seawal usiaempat
tahun. Teori REBT diperkenalkan
pada tahun 1955 oleh beliau, yang
merupakan seorang ahli psikologi
klinikal yang mendapat latihan
di Columbia University. Ellis
mengasaskan Institut Albert Ellis di
New York. Ellis dianggap sebagai
orang pertama yang memulakan
paradigma tingkah laku kognitif
Rajah 8.2: Albert Ellis (1913-2007)
dan paling berpengaruh dalam
pendekatan ini. Berdasarkan soal
selidik mengenai ahli-ahli psikologi di Amerika dan Kanada pada tahun 1982,
Ellis jatuh di tempat kedua selepas Carl Rogers, diikuti oleh Sigmund Freud di
tempat ketiga. Majalah Psychology Today menggelarnya sebagai the Greatest
Living Psychologist sebelum kematiannya.
Antara ahli-ahli psikologi yang mempunyai pengaruh ke atas pemikiran
Ellis ialah Karen Horney, Alfred Adler, Erich Fromm, dan Harry Stack Sullivan.
Alfred Korzybski juga merupakan seorang yang mendapat pengiktirafan Ellis
dalam menggerakkan beliau mengasaskan teori REBT. Falsafah moden dan
lama serta pengalaman hidup Ellis sendiri juga mempengaruhi pendekatan
REBTnya. Pada tahun 1953, Ellis terus memisahkan dirinya dari psikoanalisis
dan beliau mula menggelar dirinya sebagai ahli terapi rasional. Mulai tahun
1954 Ellis mula mengajar teorinya kepada ahli-ahli terapi. Kebanyakan ahli
terapi pada masa itu dipengaruhi oleh sama ada pendekatan tingkah laku
atau pendekatan psikoanalisis. Pada tahun 1955 beliau menamakan teorinya
sebagai Rational Therapy (RT). Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1957,
Ellis mengetengahkan terapi tingkah laku kognitif dan mula mencadangkan
para kaunselor dan ahli terapi untuk mengubahsuai pemikiran dan tingkah
laku klien untuk mengatasi masalah mereka. Walaupun pendekatan Ellis tidak
begitu mendapat sambutan di peringkat permulaan, Ellis terus menubuhkan

8 Teori Kaunseling.indd 143

11/06/2014 12:36:38

144

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Institute for Rational Living, yang diasaskan sebagai organisasi non-profit pada
tahun 1958. Pada tahun 1968, kerajaan negeri New York mengiktiraf institut
itu sebagai institusi dan klinik latihan psikologi.

Pengenalan
Rational Emotive Behavioral Therapy (REBT) merupakan teori kognitif
tingkahlaku yang utama berbanding yang lain. Andaian asas teori ini ialah
manusia merupakan penyumbang kepada masalah psikologi yang mereka
alami. Ini kerana manusia sendiri yang memberi interpretasi terhadap masalah
yang dihadapi, dan interpretasi tersebut memberi impak kepada aspek psikologi
mereka. Ini kerana kognitif (pemikiran), emosi, dan tingkahlaku manusia saling
berinteraksi antara satu sama lain. Apabila manusia menggunakan kognitifnya
menginterpretasi mengenai sesuatu peristiwa, tingkahlaku dan emosinya akan
bersandarkan kepada pemikiran tersebut. Ellis secara konsisten dalam banyak
penulisannya menegaskan tentang interaksi saling berkait tiga unsur utama
tadi (Ellis, 1994, 2001a, 2001b, 2002, 2008). Seperti beberapa tokoh teori
lain, Ellis mengkritik teori psikoanalisis yang tidak menyumbang ke arah
perkembangan positif klien.
Perbezaan ketara pendekatan REBT dengan pendekatan terapi yang lain
ialah REBT tidak menekankan tentang perkaitan bebas, mimpi, pengalaman
masa lepas, penerokaan perasaan dan pengendalian transference. Fokus
utama REBT ialah pemikiran klien dan tingkah lakunya berbanding dengan
perasaan. Proses terapi REBT adalah proses pendidikan sesuai dengan peranan
kaunselor sebagai guru yang membimbing klien untuk menukar cara berfikir
dan bertindak.

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia


Pengasas REBT, Albert Ellis, berpendapat bahawa manusia pada asasnya
dilahirkan dengan memiliki potensi sama ada untuk menjadi seorang yang
rasional atau tidak rasional. Ini bermakna, manusia boleh menentukan sama
ada untuk gembira, menyayangi, disayangi, dan mendapat kesempurnaan
kendiri atau boleh memilih sesuatu yang memusnahkan diri dan mengelak
daripada berkembang. Justeru, matlamat REBT ialah untuk membantu manusia
menerima diri mereka yang akan berterusan melakukan kesilapan tetapi dalam
masa yang sama belajar daripada kesilapan tersebut dan tidak menyalahkan
diri atau orang lain.
Ellis mengenal pasti beberapa faktor penyumbang ke arah pembentukan
personaliti manusia. Tiga aspek yang dikupas oleh Sharf (2008) ialah faktor
biologi, faktor sosial, dan mudahnya seseorang ditimpa gangguan.
Faktor biologi faktor biologi merujuk kepada aspek biologi seseorang
yang menyebabkannya berfikir secara tidak rasional. Mengikut Ellis (1962),

8 Teori Kaunseling.indd 144

11/06/2014 12:36:38

Teori Tingkah Laku Kognitif

145

gangguan mental yang teruk sebahagiannya adalah diwarisi dan berkaitan


dengan komponen-komponen biologi. Contohnya, skizofrenia adalah satu
ilustrasi biologi yang menghalang seseorang untuk berfikir secara jelas dan
rasional.
Faktor Sosial hubungan seseorang dengan persekitarannya seperti ahli
keluarga, rakan taulan di tempat kerja, rumah ibadah, atau kumpulan sosial
menyumbang ke arah bagaimana seseorang melihat dirinya. Pujian, kejian,
kata-kata positif atau negatif boleh mempengaruhi penilaian kendiri seseorang.
Seorang yang bergantung konsep kendirinya kepada penilaian luaran, akan
mudah tunduk kepada persepsi orang lain. Sebaliknya, individu yang lebih
bergantung kepada penilaian internal tidak menjadikan penilaian luaran sebagai
hakim yang menentukan siapakah dirinya sebenar. Penilaian orang lain yang
negatif boleh menyebabkan seseorang yang bergantung kepada penilaian luaran
untuk berfikiran negatif dan berfikir secara tidak rasional.
Mudah mendapat gangguan mengikut Dryden dan Ellis (2001),
sesetengah orang sangat mudah mendapat gangguan psikologi. Perkara ini
juga bergantung kepada faktor biologi dan sosial. Manusia pada kebiasaannya
suka kepada keseronokan dan kegembiraan, tetapi kepercayaan tidak rasional
mendorong mereka menerima penilaian negatif orang lain dengan mudah dan
menganggap penilaian tersebut sebagai benar dan betul. Individu seperti ini
akan lebih mudah menerima gangguan psiikologi. Manusia seperti ini banyak
menetapkan hukuman terhadap diri sendiri seperti saya mesti berjaya walau apa
pun halangan.Mesti, perlu, dan wajib yang dikenakan ke atas diri sendiri
menyebabkan individu seperti ini lebih mudah mendapat gangguan psikologi.

Punca Gangguan Emosi


Mengikut teori REBT, sejak usia manusia kanak-kanak mempelajari
kepercayaan tidak rasional daripada orang penting dalam hidup mereka
seperti ibu, bapa, adik-beradik, dan pengasuh. Manusia memaksa diri dengan
menerima cadangan, penilaian, dan doktrin orang lain berulang-ulang kali
sehingga kepercayaan tersebut menjadi sebati dalam diri. Manusia sendiri
yang bertanggungjawab membina kepercayaan tersebut dan bukannya orang
luar penting dalam hidup mereka. Semasa proses membesar, kanak-kanak
mempelajari sekiranya mereka ingin disayangi dan dimanjai, mereka perlu
bertingkah laku dengan tingkah laku tertentu. Mengikut Ellis, kasih sayang
adalah satu perkara yang diperlukan tetapi kalau manusia tidak memperolehnya,
ia tidak sepatutnya menjadi punca kemurungan. Dogma tertentu seperti yang
dinyatakan dalam bahagian sebelum ini menjadikan manusia bertindak dan
berfikiran mengikut dogma tersebut. Dogma tersebut antaranya ialah saya
mesti, saya wajib, dan saya perlu. Ellis menyenaraikan tiga mesti yang
di serapkan dalam diri yang mendorong kepada kepercayaan tidak rasional
(Ellis 1999):

8 Teori Kaunseling.indd 145

11/06/2014 12:36:38

146
1.
2.
3.

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Saya mesti melakukan yang terbaik dan mendapat pengiktirafan dari


orang lain terhadap pencapaian saya. Jika tidak, saya bukan orang yang
bagus.
Orang lain mesti melayan saya dengan bertimbang rasa, baik, seperti
saya mahukan. Sekiranya tidak, mereka bukan orang yang bagus dan
mereka patut diperlekeh dan dihukum.
Saya mesti dapat apa yang saya mahukan, bila saya mahukannya, dan
saya mesti tidak dapat apa yang saya tidak mahu. Sekiranya saya tidak
dapat apa yang saya mahu, musnahlah saya dan saya tidak mampu
menghadapinya.

Jadi, kita sebagai manusia sangat cenderung menjadikan diri sendiri


mendapat gangguan emosi dengan cara menyerapkan kepercayaan tidak
rasional yang dinyatakan. Justeru, Ellis (2001a) berpendapat, untuk mendapat
dan memelihara kesejahteraan psikologi merupakan satu cabaran.

Model ABC dalam REBT


Model ABC merupakan model yang menerangkan bagaimana personaliti
terbentuk mengikut REBT. Model ini sangat penting dan merupakan konsep
utama REBT. Diagram mengenai ABC dan DEF ditunjukkan seperti
berikut.
A (activating event)

B (belief)

C (emotional and behavioural


Consequences)

D (disputing event)

E (effect)

F (new feeling)

Mengikut Wolfe (2007), kaunselor boleh merujuk kepada model


ini untuk memahami perasaan, pemikiran, peristiwa, dan tingkah laku yang
berkaitan dengan kliennya. A atau activating event adalah peristiwa yang
mencetuskan, C ialah emotional and behavioural consequences atau kesan
atau akibat terhadap emosi dan tingkah laku. B adalah belief atau kepercayaan
tentang A, yang menyebabkan C, iaitu kesan terhadap emosi. Contoh
penerangan model ABC ini dapat difahami dengan jelas misalnya dalam kes
seorang yang mengalami kemurungan kerana kematian pasangan. Kematian
ialah A, manakala kemurungan adalah kepercayaan individu (B) tersebut
terhadap kematian pasangan. Seandainya kepercayaannya ialah kematian
tersebut bererti kehidupannya menjadi tidak bermakna, kegembiraannya telah
tiada, maka kesan emosi (C) adalah murung. Justeru, kemurungan bukan
disebabkan oleh A, tetapi oleh B iaitu kepercayaan.

8 Teori Kaunseling.indd 146

11/06/2014 12:36:38

Teori Tingkah Laku Kognitif

147

Selepas mengenal pasti ABC, kaunselor perlu membantu klien dengan


menggunakan model seterusnya iaitu DEF. D ialah disputing event iaitu
perdebatan yang mencabar kepercayaan tidak rasional. Terdapat tiga komponen
dalam D iaitu mengenal pasti, membahaskan, dan membuat pembezaan
(detecting, debating, and discriminating). Langkah pertama, klien mengenal
pasti kepercayaan tidak rasionalnya. Kemudian, klien membahaskan
kepercayaan tersebut dengan menyoal dirinya dan mempertikaikan kepercayaan
tersebut. Akhirnya klien membezakan kepercayaan rasional dengan tidak
rasional. Proses ini dipanggil penstrukturan kognitif (cognitive restructuring).
Selepas proses D, klien akhirnya sampai ke tahap E atau effective philosophy
iaitu di mana klien mempunyai kepercayaan baru yang menggantikan
pemikiran tidak rasional. Sekiranya klien berjaya mempraktikkan E dalam
dirinya maka lahirkan F atau new feeling iaitu perasaan baru terhadap peristiwa
yang dialami. Klien yang murung akan menukar perasaannya kepada klien
yang masih juga bersedih dengan kematian tetapi boleh menerima kematian
sebagai satu hakikat yang akan dilalui oleh setiap orang apabila ajalnya tiba.
Model ABCDEF ditunjukkan dalam rajah di bawah. F (feeling) atau perasaan
tidak ditunjukkan dalam model di bawah kerana ia adalah kesan daripada E
yang sudah pasti terjelma apabila wujudnya E (effective new beliefs).
(A)

(C)

Peristiwa yang
mencetuskan

Kesan atau akibat


terhadap emosi

(B)
Kepercayaan
tentang peristiwa
atau keadaan

(E)

(D)

Kepercayaan baru yang


menggantikan pemikiran
tidak rasional

Perdebatan yang
mencabar
kepercayaan tidak
rasional

Rajah 8.3:

Penstrukturan Kognitif

Corey (2011) merumuskan bahawa penstrukturan falsafah hidup untuk


menukar personaliti yang tidak berfungsi melibatkan tujuh langkah iaitu:
1. Mengakui bahawa diri bertanggungjawab menyebabkan masalah emosi.
2. Menerima hakikat bahawa diri sendiri berupaya mengubah gangguan
tersebut.

8 Teori Kaunseling.indd 147

11/06/2014 12:36:38

148
3.
4.
5.
6.
7.

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Mengiktiraf bahawa masalah emosi adalah berpunca daripada


kepercayaan tidak rasional.
Mengenal pasti kepercayaan tidak rasional.
Melihat nilai yang baik andai kepercayaan itu disanggah.
Menerima hakikat bahawa andai manusia mahu berubah, mereka perlu
berusaha untuk berubah secara emosi dan juga tingkah laku bagi melawan
kepercayaan dan tingkah laku tidak rasional.
Mengaplikasi metode REBT dalam mengenal pasti gangguan emosi yang
berlaku dalam hidup.

Proses Terapi
Matlamat Terapi
Matlamat utama terapi REBT ialah untuk membantu manusia meminimumkan
gangguan emosi dan mengurangkan tingkah laku yang merosakkan diri sendiri
seterusnya mendapat kesempurnaan kendiri. Dengan itu, klien akan menjadi
manusia yang lebih gembira dengan kehidupannya.

Peranan Kaunselor
REBT berbeza dari terapi tingkahlaku kognitif yang lain kerana falsafahnya.
Falsafah REBT yang elegan ialah membimbing klien untuk mengubah
falsafah pemikiran mereka dengan mengubah cara mereka berfikir dari tidak
rasional kepada rasional. Dengan lebih terperinci, kaunselor berperanan
mendidik klien mengenal diri sendiri dengan mengenali kepercayaankepercayaan tidak rasional dalam diri klien dan menggalakkan klien menukar
kepercayaan tersebut dengan pilihan-pilihan hidup yang lain. Kaunselor
seterusnya berperanan membantu klien menyedari bahawa masalah dan
gangguan emosi yang mereka alami adalah hasil dari kepercayaan tidak
rasional tersebut, dan klien bertanggungjawab sepenuhnya ke atas masalah
dan gangguan tersebut. Seterusnya kaunselor membantu klien mengubahsuai
kepercayaan tidak rasional tersebut kepada kepercayaan yang rasional. Klien
boleh mencuba untuk mengurangkannya beransur-ansur sehingga berjaya
menghapuskannya terus dari pemikiran. Langkah seterusnya ialah kaunselor
membantu klien membina falsafah pemikiran yang bar yang lebih rasional.
Dengan falsafah pemikiran yang baru, klien berupaya menghadapi situasi
yang mungkin mencabar emosinya. Peranan kaunselor pada amnya ialah
mendidik klien untuk membina semula kognitif atau cara berfikir klien dan
menunjukkan bagaimana kepercayaan yang salah dan tidak rasional telah
merosakkan hidup mereka. Akhirnya, klien akan menyedari bahawa mereka
berupaya mengawal dan menentukan emosi mereka, bersandarkan kepada
pemikiran mereka.

8 Teori Kaunseling.indd 148

11/06/2014 12:36:38

Teori Tingkah Laku Kognitif

149

Pengalaman Klien di dalam Terapi


Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, klien dalam sesi REBT diajar
untuk membuat penstrukturan semula kognitif mereka. Klien akan menyedari
bahawa kehidupan mereka akan menjadi bermakna sekiranya mereka
menginginkannya. Seperti mana teori pemusatan klien dan Gestalt, REBT
juga menekankan kepada masa kini dan kebolehan klien pada masa kini
untuk menstruktur semula pemikiran dan emosi mereka. Pengalaman masa
lepas klien tidak begitu diutamakan seperti dalam pendekatan psikoanalisis
dan psikologi individu.
Klien REBT diperlukan untuk terus mengubah cara mereka berfikir
bukan sahaja semasa sesi tetapi juga di luar sesi. Ada kalanya kaunselor REBT
akan memberi latihan untuk dilaksanakan di luar sesi. Latihan tersebut yang
dipersetujui kedua belah pihak iaitu kaunselor dan klien bertujuan membantu
klien meminimakan pemikiran yang silap dan tidak rasional.
Hubungan Kaunselor dengan Klien
Sepertimana juga teori Pemusatan Klien, REBT juga menekankan penerimaan
klien oleh kaunselor tanpa sebarang syarat. Klien juga diajar untuk menerima
diri mereka dan orang lain seadanya tanpa syarat. Walau bagaimana pun,
Ellis menekankan, hubungan kaunselor dan klien yang terlalu memahami
akan mendorong sikap bergantung pada diri klien. Ellis menyarankan
untuk menerima klien, kaunselor menunjukkan kepada klien bahawa klien
mempunyai kebolehan diri untuk mengubah diri mereka manakala peranan
kaunselor adalah hanya untuk membantu. Kaunselor REBT bersifat berterus
terang dan terbuka. Self-disclosure secara minima adalah dibenarkan.
Hubungan egalitarian iaitu kaunselor dan klien mempunyai peranan yang
sama di dalam kaunseling amat ditekankan oleh REBT. Walaupun kaunselor
REBT mendidik dan membimbing klien, ia tidak bermakna kaunselor adalah
seorang yang berkuasa dan pakar dalam menentukan hala tuju klien.

Teknik-Teknik
Pendekatan REBT yang utama ialah mempersoalkan kepercayaan tidak
rasional klien. Terdapat empat strategi mempertikaikan kepercayaan tidak
rasional yang dicadangkan oleh Beal, Kopec, dan DiGiuseppe (1996):
1. Mempertikaikan logik. Yang dimaksudkan dengan logik ialah sesuatu
yang menjadi kebiasaan. Misalnya, seorang yang enggan menjawab
panggilan telefon tidak semestinya dia enggan berbual tetapi mungkin
disebabkan oleh punca lain.
2. Mempertikaikan kepercayaan tidak rasional dengan mengemukakan
bukti. Contohnya seorang pelajar yang gagal dalam peperiksaan menjadi

8 Teori Kaunseling.indd 149

11/06/2014 12:36:38

150

3.

4.

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

murung dan berduka kerana gagal mempertahankan pencapaiannya


selama ini. Kaunselor boleh menjelaskan dan mengingatkan klien semula
tentang siri kejayaan pelajar itu sebagai bukti dan kegagalan sekali bukan
bermaksud beliau seorang yang tidak berguna.
Mempertikaikan fungsi. Kaunselor mempertikaikan kepercayaan tidak
rasional klien dengan memberi fokus kepada kesan praktikal dari
kepercayaan tersebut. Kaunselor membimbing klien melihat kesan
kepercayaan tidak rasional dengan meminta klien memikirkan adakah
kesan tersebut adalah sesuatu yang klien inginkan.
Membentangkan rasional kepercayaan yang lain menggantikan
kepercayaan tidak rasional. Membincangkan kepercayaan alternatif
menggantikan kepercayaan tidak rasional adalah satu pendekatan yang
boleh membantu klien menukar dan membuat penstrukturan semula
kognitifnya.

Di samping pendekatan yang dinyatakan di atas, REBT juga


menggunakan pendekatan kognitif, tingkahlaku, dan emosi. Contoh setiap
pendekatan tersebut dinyatakan di bawah.

Kelebihan dan Kelemahan Teori


REBT telah digunakan secara meluas untuk rawatan klien dari pelbagai latar
belakang masalah seperti kebimbangan, masalah psikotik, kemurungan,
masalah seksual dan cinta, dan juga masalah perkahwinan (Ellis & Blau,
1998). Model ABC DEF yang jelas dapat membantu kaunselor menggunakan
teknik ini pada klien secara berstruktur. Bagi kaunselor baru yang mahukan
satu panduan yang agak berstruktur dalam menjalankan sesi, model ABCDEF
boleh dijadikan panduan untuk mereka membantu klien dan meneroka masalah
secara lebih objektif. Sebenarnya, pendekatan REBT sesuai digunakan untuk
pelbagai jenis isu tetapi apa yang penting ialah pengamal REBT iaitu kaunselor
sendiri perlu mengetahui cara menggunakannya dengan betul kerana salah
faham dan kurang kefahaman dalam REBT mungkin menyebabkan rawatan
REBT tidak berjaya.
Walaupun boleh digunakan untuk klien dari pelbagai latar belakang
masalah, kaunselor diperingatkan untuk berhati-hati terlebih dahulu kerana
pendekatan REBT yang bersifat mencabar berkemungkinan tidak sesuai
seandainya klien dari latar belakang yang mudah berasa lemah. Klien sebegini
mungkin merasakan kaunselor tidak simpati padanya. Oleh yang demikian,
penerokaan dan pembinaan hubungan yang terapeutik perlu dibina terlebih
dahulu sebelum seorang kaunselor tergesa-gesa menggunakan model ini.

8 Teori Kaunseling.indd 150

11/06/2014 12:36:38

Teori Tingkah Laku Kognitif

Jadual 8.1:

151

Teknik-teknik Tingkahlaku Kognitif

Teknik-teknik
Teknik Kognitif

Penjelasan
a) Membuat kerja rumah dari segi kognitif
b) Mengubah bahasa yang digunakan oleh klien
c) Pendekatan psikopendidikan
d) Penggunaan imej dan visual
e) Pelabelan semula. Contoh: Melibatkan gambaran
identiti klien berdasarkan ketidaksempurnaan
dan kesilapan yang dibuat pada masa lalu dan
membolehkan penentuan identiti sebenar klien

Teknik Emosi

a)
b)
c)
d)
e)
f)

Teknik Tingkahlaku

a)
b)
c)
d)
e)
f)

Pengimejan kreatif
Penggunaan humor
Main peranan
Latihan menyerang perasaan malu (shameattacking exercise)
Menggunakan cerita, metafor yang boleh memberi
kesan dari segi emosi
Memujuk dengan mengajar klien bagaimana
menukarkan ketidakfungsian emosi kepada yang
lebih sihat. Contoh: Klien yang sering menyalahkan
diri sendiri dibantu untuk keluar daripada emosi
negatif kepada positif.
Teknik relaksasi
Merakam sesi supaya boleh dinilai di masa hadapan
Bertukar peranan antara kaunselor dank lien
Biblioterapi
Latihan asertif dan komunikasi
Menggalakkan aktiviti yang menghiburkan yang
bersesuaian dengan minat
Penggunaan kerusi mewakili kepercayaan rasional
dan kepercayaan tidak rasional. Contoh; Klien
berdialog berdasarkan kerusi yang didudukinya.
Kerusi kepercayaan rasional akan membantu klien
melihat kepada tingkahlaku positif untuk berubah
manakala kerusi kepercayaan tidak rasional hanya
mengekang klien daripada terus berkembang dan
membangunkan diri.

Dari konteks pelbagai budaya, terutama budaya yang asing daripada


budaya di mana REBT lahir, penggunaan REBT perlu digunakan dengan
hati-hati. Kaunselor perlu memahami budaya klien sebaiknya kerana bagi

8 Teori Kaunseling.indd 151

11/06/2014 12:36:38

152

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

sesetengah klien yang bukan berbangsa Eropah, pemikiran tidak rasional


mungkin lahir daripada konteks sosio-budaya. Kehidupan mereka dipantau
dan ditentukan oleh sosio-budaya. Pemikiran tidak rasional kadangkala bukan
kehendak mereka tetapi seandainya mereka tidak mematuhi norma budaya,
mereka mungkin disisihkan. Contohnya, seorang wanita yang lanjut usia tetapi
belum berkahwin dalam masyarakat Malaysia mungkin berasa rendah diri
kerana jangkaan masyarakat pada kebiasaannya ialah seorang wanita yang
sudah berusia 40 tahun perlu berkahwin dan berkeluarga. Beliau mungkin
mengalami tekanan kerana pertanyaan dari orang sekeliling tentang statusnya.
Tekanan yang dialaminya dianggap berpunca dari pemikiran tidak rasional
wanita itu kerana merasa perlu memenuhi jangkaan orang lain. Seandainya
klien wanita ini belum mendapat celik akal dan jati diri yang membolehkannya
hidup tanpa diperngaruhi oleh orang lain, maka penggunaan REBT perlu
diguna secara berhati-hati kerana sifat gopoh kaunselor mungkin menyebabkan
wanita ini menjadi lebih tertekan kerana cuba menjadi seorang yang berbeza
dari jangkaan orang sekelilingnya.

Aplikasi Kes Laila

Pendekatan teori REBT adalah multimodal dan integratif. Terapi REBT


bermula dengan kekusutan emosi yang dialami oleh Laila dan kaunselor
akan membantu Laila memahami dan mengubah perasaan tersebut melalui
proses eksplorasi emosi tersebut yang berkait rapat dengan gaya pemikiran
dan tingkahlaku.
Kaunselor: Bagaimana perasaan Laila pada hari ini?
Klien:

Saya berasa tidak lagi disayangi. Tiada siapa pun


menyayangi diri saya lagi, baik suami mahupun anakanak.

Kaunselor secara aktif akan membantu Laila untuk mempertikaikan


kepercayaan tidak rasional iaitu tidak lagi disayangi dan mengajar untuk
mengubahnya kepada kepercayaan yang rasional. Kaunselor berperanan
untuk membantu menukarkan sistem kepercayaan Laila agar dia boleh
bertanggungjawab mengharungi cabaran dan masalah yang dihadapinya.

Klien:
Saya berasa tidak disayangi. Tiada siapa pun menyayangi
diri saya lagi, baik suami mahupun anak-anak. Saya berasa
tidak disayangi bukan kerana mereka membenci saya,
tetapi kerana sikap saya yang sentiasa panas baran dan
susah didekati oleh anak-anak. Saya juga berasa begitu
kerana saya cepat melenting sekiranya suami menegur

8 Teori Kaunseling.indd 152

11/06/2014 12:36:38

Teori Tingkah Laku Kognitif

153

suami. Jadi, saya perlu memahami perkara ini dan berubah


menjadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik. Alangkah
bahagianya kalau saya disayangi dan anak-anak berlari ke
arah saya dan memeluk saya apabila penat pulang bekerja
di petang hari.
Kaunselor juga boleh memberikan kerja rumah kepada Laila dan
menggalakkannya menulis segala masalah berkaitan serta cara menangani
masalah tersebut dengan menerapkan sistem kepercayaan secara rasional
terhadap diri. Kaunselor REBT sebenarnya mengajar Laila bagaimana untuk
mempunyai sistem pemikiran yang berbeza daripada biasa.
Selain itu, pelaksanaan kerja rumah menggalakkan Laila meletakkan
diri di dalam situasi berisiko dan mencabar dirinya untuk mencabar sistem
kepercayaan yang mengehadkan diri daripada berkembang positif. Laila
telah menerapkan kepercayaan di dalam dirinya sendiri bahawa tiada sesiapa
di kalangan ahli keluarganya yang menyayangi dirinya sendiri. Ini telah
mengakibatkan perasaan, tingkah laku dan cara pemikiran dipengaruhi oleh
sistem kepercayaan tidak rasional yang telahpun disematkan di dalam diri.
Sehubungan itu, kerja rumah yang diberikan oleh kaunselor adalah bertujuan
untuk membantu Laila menyedari bahawa perasaan yang negatif dan
mengakibatkan kepercayaan tidak rasional boleh diubah. Laila juga secara
tidak langsung berkebolehan untuk menangani kebimbangan dan menilai
kepercayaan tidak rasional dan mengubahnya kepada kepercayaan rasional.
Kaunselor juga menggalakkan penggunaan perkataan yang lebih tepat
bagi mengelakkan proses pemikiran yang boleh diputarbelitkan. Sebagai
contoh, Laila mungkin berkata, Saya berasa sukar untuk berubah kerana saya
panas baran. Kaunselor akan mengajar Laila untuk membetulkan penggunaan
perkataan yang lebih tepat iaitu kepada Saya berasa proses berubah mungkin
mengambil masa Sistem pemikiran diubah daripada negatif kepada positif
walaupun proses untuk berubah mengambil masa, namun begitu; Laila telahpun
menyatakan hasrat untuk berubah.
Humor juga diterapkan di dalam sesi kaunseling. Kaunselor REBT
berpendapat bahawa gangguan emosi berlaku apabila Laila terlalu serius dan
humor perlu disuntik di dalam kehidupan seharian. Salah satu kaedah yang
boleh digunakan oleh kaunselor adalah dengan mengaplikasikan penggunaan
humor melalui nyanyian atau lagu bagi menceriakan keadaan dan mengajar
Laila untuk melihat kehidupan daripada lensa yang berbeza.
Selain daripada aplikasi gaya pemikiran di dalam teknik kaunseling
bersama Laila, kaunselor juga boleh melaksanakan pendekatan teknik emosi
atau perasaan. Salah satu teknik yang boleh digunakan adalah pendekatan
rational-emotive imagery di mana Laila disuruh untuk berimaginasi mengenai
sesuatu yang paling buruk yang boleh berlaku di dalam hidupnya.

8 Teori Kaunseling.indd 153

11/06/2014 12:36:38

154

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Klien:

Saya seringkali berimaginasi bahawa saya akan


ditinggalkan oleh suami. Anak-anak pula diberi hak
penjagaan sepenuhnya kepada suami.

Kaunselor akan membantu Laila menyelami masalah yang paling


ditakutinya sekiranya ianya benar-benar berlaku, bagaimana untuk melalui
perasaan yang ditakuti tersebut, bagaimana untuk memahami pengalaman
tersebut dan akhirnya menukarkan pengalaman buruk tersebut kepada sesuatu
yang positif. Sekiranya Laila berjaya menukarkan perasaan negatif yang
dialaminya kepada sesuatu yang memberangsangkan, maka; Laila akan lebih
berjaya untuk menukarkan tingkahlaku ketika berdepan dengan sebarang
masalah.
Role play juga boleh dipraktikkan di mana kaunselor memberhentikan
Laila di sesi kaunseling dan menunjukkan di mana Laila perlu menukarkan
perasaan negatif menjadi lebih positif. Laila boleh melakonkan tingkahlaku
yang dikesan pada waktu itu. Fokus adalah untuk memberikan kesedaran
terhadap sistem tidak rasional yang mengakibatkan perasaan negatif dan
tidak menyenangkan. Shame-attacking exercises juga boleh dipraktikkan di
dalam hubungan terapeutik di antara kaunselor dan Laila. Ini adalah salah
satu proses latihan untuk mengurangkan rasa malu serta rendah diri yang
berada di dalam diri Laila. Memandangkan Laila berasakan dirinya tidak lagi
disayangi, perasaan malu untuk berbincang dengan suami dan anak-anak untuk
membantunya berubah semakin menebal. Latihan ini membantu meningkatkan
penerimaan diri dan kematangan memikul tanggungjawab terhadap diri.
Kaunselor juga boleh mengaplikasikan penggunaan kuasa dan tenaga sebagai
salah satu kaedah untuk membantu Laila meneroka dari sudut intelek kepada
emosi dalaman diri. Di antara teknik yang boleh dilaksanakan kaunselor
adalah dengan bertukar peranan dengan Laila di mana kaunselor menyuruh
Laila membantunya keluar daripada kepercayaan tidak rasional kaunselor. Ini
membolehkan Laila berfikir secara rasional dan memahami cara untuk keluar
daripada pemikiran negatif dan tidak rasional tersebut.

Teori Kognitif (Cognitive Therapy) Aaron Beck


Pengasas Teori

Aaron Beck dilahirkan pada tahun 1921 merupakan seorang pakar psikiatri
dan professor emeritus di Jabatan Psikiatri, University of Pennsylvannia.
Beliau juga digelar Bapa Terapi Kognitif. Pada peringkat awal kerjayanya,
Beck cuba mengesahkan kesesuaian teori psikoanalisis Freud dalam merawat
kemurungan. Walau bagaimana pun, kajian yang dijalankannya membuktikan
sebaliknya. Beck disisihkan oleh komuniti ahli psikiatri beberapa tahun tetapi
itu tidak melemahkan semangatnya. Dalam kajian Beck, beliau mengkaji
kandungan mimpi klien yang menghadapi masalah kemurungan. Klien ini

8 Teori Kaunseling.indd 154

11/06/2014 12:36:38

Teori Tingkah Laku Kognitif

155

menunjukkan sikap marah kepada


diri mereka sendiri. Beck mula
menyedari, kemarahan tersebut
bukan kemarahan sebagai suatu
reaksi seperti yang disarankan
oleh terapi Psikoanalisis,
tetapi merupakan interpretasi
negatif klien terhadap peristiwa
yang dikatakan menyebabkan
kemurungan. Akhirnya Beck
mengasaskan teori kognitif
berdasarkan hasil kajian yang
dijalankannya.
Pendekatan terapi kognitif
yang diasaskannya amat
dikenali dalam merawat klien
Rajah 8.4: Aaron Beck (1921-1993)
yang menghadapi masalah
kemurungan. Berasaskan teorinya,
Beck membina alat ukur bagi mengukur kemurungan dan kebimbangan yang
telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Alat ukur tersebut ialah Beck
Depression Inventory (BDI), Beck Hopelessness Scale, Beck Scale for Suicidal
Ideation (BSS), Beck Anxiety Inventory (BAI), and Beck Youth Inventories.
Beck merupakan graduan dari Brown University dan Yale University dalam
bidang perubatan. Pada permulaannya beliau dilatih dalam bidang neurologi
tetapi menukar bidang ke psiakiatri semasa latihan. Sumbangan Beck telah
memberi insipirasi kepada Dr. Martin Seligman untuk mengkaji learned
helplessness.
Beck merupakan pengasas kepada Beck Institute of Cognitive Behavior
Therapy dan Presiden Kehormat Academy of Cognitive Therapy yang
mengeluarkan pengiktirafan kepada ahli pakar terapi kognitif. Institusi tersebut
buat masa ini dipengerusikan oleh salah seorang daripada anak beliau, Dr
Judith Beck. Dari segi latar belakang keluarga, Aaron Beck mempunyai empat
anak dan 8 cucu. Perkahwinan beliau dengan isterinya berkekalan sehingga
hari ini. Buat masa ini, Beck masih aktif menulis dan membuat penyelidikan.
Sepanjang kerjayanya, Beck telah menerbitkan lebih daripada 17 buah buku
dan lebih 450 artikel dalam jurnal dan bab buku.

Pengenalan
Fokus utama terapi kognitif ialah untuk memahami gangguan kepercayaan
dalam diri klien dan seterusnya membantu mereka menukar pemikiran tidak
tersuai dengan menggunakan teknik afektif dan tingkahlaku. Dengan kata lain,
teori ini menekankan kepentingan sistem kepercayaan dan pemikiran dalam

8 Teori Kaunseling.indd 155

11/06/2014 12:36:38

156

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

menentukan tingkahlaku dan perasaan. Terapi kognitif berpasakkan model


feneomenologi seperti mana terapi Pemusatan Klien, terapi Gestalt, dan terapi
Kewujudan. Yang membezakan terapi kognitif yang dipelopori oleh Aaron Beck
dengan model terapi yang lain ialah terapi ini memberi fokus kepada pengertian
kepada pengalaman hidup yang dilalui oleh klien, dari segi bagaimana mereka
memikirkannya dan bukan bagaimana mereka merasakannya. Terapi kognitif
melihat pemikiran sebagai penentu utama kepada tingkahlaku dan emosi, dan
seterusnya menentukan sama ada seseorang berada dalam keadaan psikologi
yang sihat atau mendapat kecelaruan mental. Oleh yang demikian, peranan
terapi kognitif yang utama ialah untuk menggantikan pemikiran yang rosak
dengan pemikiran yang sihat yang boleh membantu seseorang untuk menjalani
kehidupan yang lebih sihat secara psikologi.

Andaian Asas dan Prinsip Teori


Mengikut teori kognitif, orang yang sihat dari segi psikologi menyedari apa
yang difikirkan. Ini bermakna mereka sentiasa menyedari pemikiran-pemikiran
yang merosakkan dan boleh mengubahnya menjadi pemikiran yang sihat.
Orang yang mempunyai masalah dari segi emosi sering melakukan kesilapan
penaakulan yang bersifat sistematik, seterusnya menyebabkan mereka
mempunyai konsep dan andaian yang silap tentang diri (Beck & Weishaar,
2008). Konsep-konsep terapi kognitif ditulis dalam bahasa Inggeris tetapi
diterangkan dalam bahasa Melayu.
1. Pemikiran Semua atau Tiada Langsung. Individu berfikir bahawa
beliau mesti mendapatkan apa yang beliau inginkan atau jika tidak
bermakna beliau seorang yang gagal. Contohnya pelajar yang mahu
mendapat gred A dalam semua kertas peperiksaan akan merasakan
bahawa gred selain A bermakna beliau seorang yang gagal.
2. Membuat kesimpulan berdasarkan peristiwa tertentu. Individu
membuat kesimpulan ke atas sesuatu isu bersandarkan satu peristiwa.
Semua maklumat lain diabaikan. Contohnya pelajar yang mendapat
A dalam semua kertas peperiksaan, kecuali satu kertas, memfokuskan
kegagalan ke atas satu kertas yang beliau tidak mendapat A. Kesannya,
beliau berfikir secara negatif terhadap diri sendiri.
3. Membaca minda. Individu seolah-olah membaca minda orang lain.
Dengan ini, individu tersebut berfikir dia tahu apa yang orang lain fikirkan
terhadapnya. Contohnya seorang mengatakan bahawa kawan baiknya
membencinya hanya kerana kawan tersebut tidak menjawab panggilan
telefonnya sedangkan kawan tersebut mungkin tidak menyedari
panggilan telefon tersebut.
4. Ramalan negatif. Apabila seseorang meramalkan sesuatu yang buruk
akan berlaku terhadapnya walau beliau tiada bukti bermakna beliau

8 Teori Kaunseling.indd 156

11/06/2014 12:36:38

Teori Tingkah Laku Kognitif

5.

6.

7.

8.

9.

157

telah membuat ramalan yang negatif. Seorang pelajar yang meramalkan


bahawa beliau akan gagal dalam peperiksaan walaupun selama ini beliau
cemerlang.
Membesar-besarkan isu. Bentuk pemikiran yang rosak ini terjadi
apabila seseorang mengambilkira satu peristiwa dan membesarbesarkannya sehingga dia menjadi bimbang dan takut. Contohnya,
seorang graduan yang akan menghadiri temuduga beranggapan beliau
akan gagal temuduga kerana beliau tidak mempunyai kelayakan dan itu
bermakna beliau seorang yang tidak mungkin berjaya dalam kerjaya.
Membuat generalisasi berlebih-lebihan. Konsep ini lebih kurang
serupa dengan konsep kedua iaitu membuat kesimpulan berdasarkan
peristiwa tertentu. Perbezaannya ialah melalui konsep ini individu
membuat kesimpulan secara berlebih-lebihan. Contohnya seorang
pelajar menyatakan bahawa oleh kerana dia gagal dalam kertas Statistik,
bermakna dia adalah pelajar yang teruk dalam semua bidang.
Pelabelan dan Salah Label. Seseorang melabelkan dirinya tetapi dengan
pelabelan yang silap hanya kerana dia melakukan sesuatu kesalahan.
Contohnya, seorang perempuan yang baru putus hubungan cinta
merasakan bahawa dia adalah seorang perempuan yang tidak menarik
kerana lelaki tidak berminat dengannya.
Membesar-besarkan atau menganggap kecil sesuatu isu. Keadaan
ini berlaku apabila seseorang melihat sesuatu peristiwa sebagai terlalu
besar impaknya atau terlalu kecil impaknya. Seorang kaunselor yang baru
bertugas melakukan kesilapan dalam sesi dan menganggap dirinya sebagai
kaunselor yang gagal (membesar-besarkan isu) atau menganggap kesilapan
tersebut tidak penting untuk diatasi (menganggap kecil sesuatu isu).
Menganggap sesuatu peristiwa sebagai peristiwa peribadi.
Apabila seseorang mengambilkira sesuatu peristiwa yang tiada kaitan
dengannya sebagai sesuatu yang berkaitan dengan peribadinya bermakna
pemikirannya telah terganggu. Seorang kaunselor yang baru lulus latihan
menyimpulkan bahawa dua orang kliennya tidak hadir sesi sebagai
kekurangannya dan beliau yang menjadi punca klien tersebut enggan
datang ke sesi kaunseling.

Tahap Pemikiran
Mengikut Seligman dan Reichenberg (2010), tahap pemikiran boleh
dikategorikan kepada empat tahap iaitu 1) pemikiran automatik, 2) pemikiran
pertengahan, 3) kepercayaan utama, dan 4) skema. Dalam terapi kognitif,
kaunseling dimulakan dengan menganalisa pemikiran automatik.
Pemikiran automatik sentiasa bergerak dalam diri manusia. Pemikiran
secara automatik menjadi penengah antara satu kejadian dan emosi. Contohnya:

8 Teori Kaunseling.indd 157

11/06/2014 12:36:38

158


Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Kejadian: Anak yang sepatutnya pulang dari asrama berjanji akan tiba
dalam pukul 6 petang tetapi sehingga pukul 7:30 malam anak tersebut
belum muncul.
Pemikiran automatik ibu: Sesuatu yang buruk mesti berlaku ke atas
anaknya.
Emosi: Berdebar-debar dan bimbang.

Pemikiran pertengahan berbeza dengan pemikiran automatik di mana


pemikiran pertengahan ialah refleksi yang agak ekstrem melibatkan peraturan
atau sikap yang tidak fleksibel. Berdasarkan contoh di atas, pemikiran
pertengahan akan menyatakan bahawa seorang anak sepatutnya memaklumkan
ibunya mengapa dia tidak dapat menepati janjinya.
Kepercayaan utama adalah idea utama seseorang terhadap dirinya
yang mengandungi semua pemikiran lain. Ia boleh disifatkan sebagai global
dan tidak fleksibel (Beck, 1995). Pemikiran ini biasanya berpunca dari
pengalaman semasa kanak-kanak. Pemikiran ini tidak semestinya betul dan
tepat dan boleh dicabar serta dimodifikasi. Kadangkala ia bersifat positif, dan
kadangkala ia bersifat negatif. Contoh positif ialah seseorang menganggap
dirinya berkebolehan. Contoh negatif pula ialah seperti orang lain yang tidak
sama pendirian dengan saya semua adalah musuh saya, atau saya memang
dilahirkan sebagai manusia yang tidak berguna.
Skema kognitif ialah struktur kognitif dalam minda seseorang. Ia lebih
mendalam dari kepercayaan utama di mana ia melibatkan pemikiran, emosi,
dan tindakan. Menurut Beck, skema mengawal dan memproses maklumat,
memandu seseorang untuk mempunyai jangkaan tertentu terhadap pengalaman,
peristiwa, dan manusia lain dan mengadunkannya dengan maklumat yang
yang telah ada di dalam skema. Skema boleh bersifat peribadi, keluarga,
sosial, budaya, dan berkaitan agama. Apabila skema telah terpahat dalam
diri seseorang, individu akan mempercayai apa sahaja maklumat yang
membenarkan skemanya. Contohnya, seorang yang menganggap dirinya tidak
cekap, beliau akan menerima apa sahaja perkara negatif berkenaan dirinya
dan tidak mempedulikan maklumat yang lain. Walaubagaimanapun, menurut
Beck, skema boleh diubahsuai apabila manusia mengalami perubahan hasil
daripada penilaian dan pengubahsuaian pemikiran mereka yang rosak selama
ini. Justeru, Beck et al (2005) percaya bahawa skema merupakan perkara
utama yang perlu dianalisa dalam proses terapi.

Hubungan Kaunselor dan Klien


Terapi kognitif menggunakan kedua-dua teknik kognitif dan tingkahlaku
dalam memberi kaunseling. Matlamat utamanya adalah untuk memperbetulkan
kesilapan di dalam pemprosesan maklumat dan membuat pengubahsuaian

8 Teori Kaunseling.indd 158

11/06/2014 12:36:38

Teori Tingkah Laku Kognitif

159

ke atas kepercayaan utama. Terapi kognitif mengenalpasti kepercayaan


klien, meneroka puncanya, dan membuat pengubahsuaian. Kaunselor boleh
menggunakan teknik tingkahlaku seperti main peranan, latihan kemahiran,
melakonkan tingkahlaku. Penilaian terhadap masalah klien boleh dibuat
melalui beberapa metod, antaranya temubual, meminta klien membuat selfmonitoring, dan persampelan pemikiran klien di mana klien merekodkan
pemikirannya di dalam pita rakaman atau buku nota. Analisa kemudian dibuat
dalam sesi kaunseling.
Teknik kognitif termasuk memahami makna perkataan klien. Contohnya
klien menggunakan perkataan seperti dukacita, putus asa, dan kecewa bagi
menggantikan kemurungan. Kaunselor menyoal klien untuk memahami proses
pemikiran klien yang sebenarnya. Teknik kognitif yang lain termasuk mencabar
pemikiran yang rigid, mengajar klien untuk membahagikan tanggungjawab
kepada orang lain yang terlibat selain dari klien. Contohnya, kegagalan dalam
perkahwinan bukan kegagalan sebelah pihak tetapi kegagalan kedua-dua
belah pihak. Kaunselor juga boleh memberikan label kepada kepercayaan
yang silap. Pelabelan kepercayaan dan pemikiran yang silap membantu klien
mengkategorikan pemikiran automatik yang merosakkan. Kaunselor juga boleh
meminta klien menyenaraikan kepercayaan yang berfaedah dan kepercayaan
yang tidak berfaedah. Penyenaraian ini membantu klien menjauhkan diri
daripada kepercayaan yang silap.

Aplikasi Teori
Pada asalnya terapi kognitif diperkenalkan untuk merawat kemurungan,
tetapi ia telah berkembang dan juga digunakan untuk merawat kemarahan.
Masalah-masalah lain yang didapati bersesuaian ditangani oleh terapi kognitif
termasuklah fobia, masalah pemakanan, panik, dan tekanan post trauma
(Chambless & Peterman, 2004), bunuh diri, dan masalah personaliti dan
skizofrenia (Datillio & Freeman, 2007). Terapi kognitif juga digunakan dalam
kaunseling keluarga (Datillio, 2006).

Hubungan Kaunselor dengan Klien


Beck (1987) menekankan hubungan terapeutik dalam amalan kaunseling. Tiga
syarat utama untuk klien berubah seperti yang disyaratkan oleh Carl Rogers
iaitu penerimaan tanpa syarat, ketulenan, dan empati adalah perlu tetapi tidak
mencukupi. Bagi Beck, kaunselor perlu tahu bagaimana mengkonsepsikan
kes, kreatif, aktif, dan boleh melibatkan klien dalam proses kaunseling. Beck
percaya pada hubungan kerjasama kaunselor dengan klien bagi mengenalpasti
andaian dan kepercayaan klien yang silap. Peranan kaunselor adalah sebagai
pembimbing. Matlamat jangka panjang terapi kognitif ialah membantu klien

8 Teori Kaunseling.indd 159

11/06/2014 12:36:38

160

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

untuk menjadi kaunselor pada diri mereka sendiri dengan cara mendidik klien
memahami masalah mereka, proses terapi kognitif dan memahami bagaimana
kepercayaan mereka mempengaruhi emosi dan tingkahlaku mereka. Salah
satu cara ialah dengan menggunakan teknik biblioterapi di mana klien diberi
tugasan untuk membaca dan memahami proses terapi kognitif. Kesimpulannya,
kaunselor yang menggunakan terapi kognitif berperanan bukan sahaja sebagai
ahli terapi, tetapi juga guru, pembimbing, dan pendidik.

Kelebihan dan Kelemahan Teori


Sekiranya diteliti kedua-dua teori iaitu REBT dan CT, kedua-duanya adalah
serupa tetapi dipersembahkan dan diterangkan dalam bentuk yang berbeza.
Kesamaan antara REBT dan CT ialah kedua-duanya menekankan kognitif
klien. REBT menekankan tentang kepercayaan tidak rasional klien yang
mendorong mereka bermasalah sedangkan CT berpendapat bahawa skema
kognitif menjadikan seseorang bermasalah. Justeru, kelebihan dan kekurangan
CT adalah lebih kurang sama dengan REBT. CT telah dibuktikan berkesan di
Barat dalam merawat pelbagai masalah gangguan emosi dan mental seperti
yang dinyatakan sebelum ini. Tetapi, keberkesanan CT dalam konteks budaya
kolektivis seperti Malaysia tidak begitu banyak dibuktikan kerana kurangnya
penyelidikan eksperimen di Malaysia. Walaubagaimanapun, bagi pengamal
CT, diagnosis tentang skema kognitif perlu dilakukan secara cermat dan
berhati-hati kerana seperti yang dinyatakan sebelum ini, klien yang banyak
bergantung dengan kumpulan sosio budaya yang mempunyai norma dan
peraturan memerlukan masa untuk mengubah skema pemikiran mereka kerana
berkemungkinan mereka khuatir untuk melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan norma. Ini kerana pertentangan dengan norma budaya mungkin
menyebabkan pemulauan dan penyisihan.

Teori Modifikasi Tingkah Laku Kognitif


Pengasas Teori

Modifikasi tingkahlaku kognitif atau dikenali sebagai Cognitive Behaviour


Modification (CBM) merupakan satu pendekatan yang menggunakan kombinasi
kognitif dan tingkahlaku untuk membentuk dan menggalakkan tingkahlaku
yang dikehendaki. Pendekatan ini dipelopori oleh Donald Mecheinbaum.
Mecheinbaum dibesarkan di New York, Amerika Syarikat. Sejak kecil,
beliau berminat mempelajari mengapa sesetengah individu bertingkahlaku
merosakkan. Beliau berminat mempelajari bagaimana manusia berfikir. Beliau
mempunyai ijazah sarjana muda, sarjana, dan doktor falsafah dalam bidang
psikologi. Selepas menamatkan pengajian, beliau berkhidmat di University

8 Teori Kaunseling.indd 160

11/06/2014 12:36:38

Teori Tingkah Laku Kognitif

161

of Waterloo (1966-1998). Hari ini, Dr


Meicheinbaum merupakan seorang
Professor Emiritus di universiti yang
sama selepas persaraannya.

Pengenalan
Pendekatan modifikasi tingkahlaku
kognitif yang diperkenalkan
Mecheinbaum mempunyai persamaan
dengan terapi Rational Emotif
Tingkahlaku Albert Ellis dan Terapi
Kognitif Aaron Beck dari segi ketigatiga pendekatan ini mengandaikan
bahawa emosi yang terganggu adalah
kesan dari pemikiran yang tidak
Rajah 8.5: Donald Mecheinbaum
tersuai. Perbezaan hanyalah dari segi
(1966-1998)
perlaksanaan di mana REBT lebih
bersifat langsung dan konfrontasi
dalam mencabar pemikiran tidak rasional. Beck pula menekankan
tentang pemikiran automatik yang menyebabkan respon emosi. Manakala
Meichenbaum menumpukan kepada membantu klien agar menyedari dan
memahami monolog atau percakapan sendiri.
Penstrukturan kognitif merupakan agenda utama pendekatan ini. Dengan
kata lain, modifikasi tingkahlaku menumpukan kepada mengubah kata-kata
klien yang merosakkan yang diucapkan kepada diri sendiri (self-talk) kepada
kata-kata yang dikehendaki. Matlamat utama pendekatan ini ialah mengajar
klien untuk mengawal tingkahlaku mereka dengan cara membuat modifikasi
pemikiran kerana modifikasi pemikiran (kognitif) akan membawa kepada
perubahan emosi dan tingkahlaku.

Andaian Asas Dan Prinsip Teori


Terdapat tiga komponen modifikasi tingkahlaku kognitif yang menekankan
pengintegrasian kognitif dan tingkahlaku (Meichenbaum, 1993):
1. Naratif konstruktif.

Individu secara aktif membina realiti mereka sendiri.
2. Pemprosesan maklumat.

Satu kejadian masuk ke dalam kognitif seseorang dan mengakibatkan
pemikiran yang tidak tersuai, tidak tepat, dan merosakkan. Individu
seterusnya mengalami emosi yang negatif dan bertingkahlaku dengan

8 Teori Kaunseling.indd 161

11/06/2014 12:36:38

162

3.

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

tingkahlaku yang merosakkan sebagai akibat dari persepsi dan cara


pemikiran mereka yang rosak dan silap.
Pelaziman.
Pemikiran atau kognitif dilihat sebagai tingkahlaku yang boleh dilihat
yang dilazimkan. Oleh yang demikian, ia boleh tidak dilazimkan dan
diubahsuai melalui proses eksternal dan internal. Penggunaan strategi
tertentu seperti permodelan boleh digunakan untuk mengukuhkan
pemikiran yang baru dan lebih sihat.

Bagaimana Tingkah Laku Berubah


Meichenbaum berpendapat bahawa tingkahlaku berubah melalui proses yang
berurutan antara ucapan-ucapan dalaman, struktur kognitif, dan tingkahlaku
sebagai hasil dari semua itu. Manusia boleh berubah melalui proses tertentu,
dan proses-proses itu adalah saling berkait (Meichenbaum, 1977).
Fasa 1: Pemerhatian Kendiri. Pada peringkat ini klien mempelajari
bagaimana ingin membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku mereka sendiri.
Seorang yang bermasalah ialah seorang yang dialog dalamannya dipenuhi
oleh pernyataan dan imej yang negatif. Jika klien ingin berubah, perlu bagi
mereka untuk mendengar diri mereka sendiri. Mendengar dan memerhati diri
sendiri bermakna menjadi seorang yang sensitif terhadap pemikiran, perasaan,
tingkahlaku sendiri, dan reaksi psikologi dari perkara-perkara tersebut.
Kemurungan yang dialami oleh seseorang bukan berpunca dari perasaan dan
pemikiran yang negatif, tetapi berpunca dari pernyataan yang mereka buat
terhadap diri mereka sendiri (self-talk)
Fasa 2: Memulakan dialog internal yang baru. Setelah klien mengenalpasti
tingkahlaku tidak sesuai, mereka seharusnya juga mengenalpasti tingkahlaku
alternatif yang lebih sihat. Pendekatan modifikasi tingkahlaku kognitif
mencadangkan agar klien belajar untuk menukar atau mengganti dialog internal
kerana dialog internal yang baru akan membimbing dan memandu mereka
untuk bertingkahlaku baru yang sihat, dan seterusnya memberi impak kepada
cara mereka berfikir terhadap diri mereka.
Fasa 3: Mempelajari kemahiran baru. Fasa terakhir proses modifikasi
ialah mengajar klien kemahiran mengatasi masalah (coping skills) yang boleh
diamalkan dalam kehidupan yang realiti. Seorang klien yang merasakan
bahawa orang lain asyik memandang rendah dirinya boleh mengatasi
masalah tersebut dengan cara mengurangkan interaksi dengan orang yang
dia rasa cenderung merendah-rendahkannya. Penstrukturan semula kognitif
membantu klien untuk menukar pandangan negatif kepada positif dan menukar
cara mereka memberitahu diri sendiri (self-talk) dari negatif kepada positif.
Tingkahlaku baru akan memberi kesan kepada pemikiran dan emosi yang

8 Teori Kaunseling.indd 162

11/06/2014 12:36:38

Teori Tingkah Laku Kognitif

163

mereka sendiri kerana apa yang mereka rasa dan fikir adalah dipengaruhi oleh
dialog internal mereka.

Teknik-Teknik
Jadual 8.2:

Teknik-teknik

Teknik-teknik
Latihan Stres
Inoculation

Penjelasan
Meichenbaum bertanggungjawab memperkenalkan satu
prosedur tingkahlaku kognitif yang bertujuan membantu
klien menghadapi masalah tekanan. Manusia mengalami
tekanan kerana mereka menganggap atau mempunyai
persepsi bahawa sesetengah kejadian atau peristiwa yang
berlaku adalah di luar jangkaan dan kemampuan mereka
untuk menghadapinya. Stress Inoculation Training (SIT)
adalah latihan untuk mereka mengurangkan tekanan. SIT
terdiri dari tiga fasa (Meichenbaum, 1985):
a)

b)

c)

8 Teori Kaunseling.indd 163

Pengkonsepsian. Pada peringkat ini kaunselor dan


klien membina hubungan kolaboratif. Klien diajar
mengenai tekanan dan cara berhadapan dengannya,
peranan pemikiran, tindakan, dan emosi dalam
mengekalkan tekanan yang ada. Setelah memahami
apa yang dimaksudkan dengan tekanan, mereka
meneroka tekanan dan faktor yang mendorong
wujudnya tekanan, tanda-tanda, dan juga kesan
stress.
Menguasai kemahiran dan melatih diri. Klien diajar
untuk berhadapan dengan tekanan tahap sederhana
dengan mengumpul maklumat dan menggunakan
pernyataan diri sendiri sebagai alat mengatasi.
Dengan kata lain, klien mempelajari teknik-teknik
untuk mengurangkan tekanan. Cara yang mudah
ialah dengan memberi perhatian kepada pernyataan
yang diucapkan kepada diri sendiri (self-talk).
Aplikasi. Pada peringkat ini klien mengaplikasi apa
yang dipelajari pada fasa kedua. Pengubahsuaian
pernyataan terhadap diri membolehkan klien
melihat diri sendiri dengan persepsi yang lebih
positif. Skala boleh digunakan pada fasa ini.
Sebelum kaunseling dijalankan, kaunselor meminta
klien memberi rating kepada tahap masalah yang
mereka alami, dan sekali lagi klien akak memberi
rating setelah tamat sesi.

11/06/2014 12:36:39

164

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Aplikasi Kes Laila


Aplikasi di sini akan menggunakan tiga pendekatan iaitu REBT yang dipelopori
oleh Albert Ellis, pendekatan CT yang dipelopori oleh Aaron Beck, dan
pendekatan CBM yang diperkenalkan oleh Donald Meichenbaum.

Aplikasi mengikut pendekatan REBT


Kesemua punca kepada gangguan emosi menurut REBT terdapat dalam diri
Laila iaitu:
1. Pemikiran Semua atau Tiada Langsung. Laila berfikir bahawa
beliau mesti mendapatkan apa yang beliau inginkan atau jika tidak
bermakna beliau seorang yang gagal. Perjalanan hidup Laila seperti
yang diceritakan menunjukkan bahawa Laila berjaya dalam banyak
aspek seperti kejayaan dalam akademik, memiliki rupa paras yang
menarik, berjaya menyembunyikan penglibatan dalam seks bebas dan
kandungan luar nikah berkali-kali. Walaubagaimanapun, Laila gagal
dalam perkahwinan pertama, gagal mendapat perhatian ibunya semasa
melahirkan anak pertama kerana ibunya juga melahirkan anak pada
masa yang lebih kurang sama. Kegagalan paling besar ialah melupakan
peristiwa yang dianggap pahit dalam hidupnya. Justeru, Laila fokus
kepada kegagalan dan sikap sedemikian menghalangnya mengenalpasti
kelebihan dirinya dan bergerak ke hadapan.
2. Membuat kesimpulan berdasarkan peristiwa tertentu. Individu
membuat kesimpulan ke atas sesuatu isu bersandarkan satu peristiwa.
Semua maklumat lain diabaikan. Sama seperti dalam kes Laila,
kekecewaan dalam beberapa aspek menjadi tumpuannya dan mengganggu
serta membelenggu fikiran dan emosi. Kejayaan yang dilaluinya, aset
yang dimilikinya diabaikan.
3. Membaca minda. Individu seolah-olah membaca minda orang lain.
Dengan ini, individu tersebut berfikir dia tahu apa yang orang lain fikirkan
terhadapnya. Kaunselor boleh meneroka sama ada Laila berfikiran seperti
ini. Adakah Laila merasakan bahawa orang lain mempunyai persepsi
tertentu terhadap Laila. Ini penting kerana Laila menetap dalam budaya
kolektif dan perasaan bahawa persepsi orang sekeliling terhadap individu
mungkin memberi impak besar kepada emosi seseorang.
4. Ramalan negatif. Apabila seseorang meramalkan sesuatu yang buruk
akan berlaku terhadapnya walau beliau tiada bukti bermakna beliau
telah membuat ramalan yang negatif. Kaunselor meneroka sejauh mana
Laila yakin dan percaya aset yang dimilikinya boleh digunakan untuk
mencapai matlamat. Ini kerana berdasarkan kes menunjukkan Laila
tidak begitu mengambil kira sumber dirinya yang positif bagi merancang
kehidupannya.

8 Teori Kaunseling.indd 164

11/06/2014 12:36:39

Teori Tingkah Laku Kognitif

5.

6.

165

Membesar-besarkan isu dan membuat generalisasi. Bentuk pemikiran


yang rosak ini terjadi apabila seseorang mengambilkira satu peristiwa
dan membesar-besarkannya sehingga dia menjadi bimbang dan takut. Ini
jelas dalam kes Laila di mana beliau lebih memberikan tumpuan kepada
aspek negatif dirinya.
Membesar-besarkan atau menganggap kecil sesuatu isu. Keadaan ini
berlaku apabila seseorang melihat sesuatu peristiwa sebagai terlalu besar
impaknya atau terlalu kecil impaknya. Laila melalui proses ini kerana
impak gangguan seksual semasa kecil dianggap sebagai satu pengalaman
menyeronokkan dan menjadi impak kecil sahaja kerana ia menjadi titik
tolak kepada penglibatan seksual bebas berkali-kali selepas itu.

Bagi memudahkan kaunselor memahami apa yang membelenggu emosi


Laila, model ABCDEF digunakan. A atau activating event di dalam kes Laila
ialah hakikat bahawa kehidupannya telah ternoda kerana terlibat dalam seks
bebas sejak di bangku sekolah. B pula ialah kepercayaan Laila terhadap
seks bebas dan dirinya yang telah ternoda. Dalam kes ini, Laila nampaknya
menyedari bahawa apa yang telah dilakukannya adalah salah dan bertentangan
dengan agama. Namun, dia juga percaya bahawa penglibatan dalam seks telah
membawa keseronokan pada hidupnya selama ini, tambahan pula kedua ibu
bapanya tidak tahu, dan beliau berjaya menggugurkan kandungannya beberapa
kali tanpa pengetahuan ibu bapa. Namun hari ini, Lalia mula melihat impak dari
perbuatannya dari segi emosi. Laila sebenarnya tidak gembira dengan apa yang
dilakukannya. Dia menjadi panas baran dan cemburu. Kepercayaan bahawa
dia telah melakukan kesalahan dan dosa, dan dirinya kotor menghasilkan
reaksi emosi. Oleh kerana pendaman perasaan, Laila menujukkan simtomsimtom tekanan dan kemurungan. Ia diserlahkan melalui tingkahlakunya
yang panas baran. Laila berkemungkinan tidak bersedia berkongsi perasaan
dengan ahli keluarga dan rakan-rakan kerana khuatir dipersalahkan atas apa
yang berlaku. Tindakan Laila bertemu kaunselor menunjukkan Laila telah
menapak selangkah untuk lebih mengenal dirinya.
Selepas mengenalpasti ABC, kaunselor perlu membantu klien dengan
menggunakan model seterusnya iaitu DEF. D ialah disputing event iaitu teknik
yang diguna untuk membantu Laila mencabar kepercayaan tidak rasionalnya.
Terdapat tiga komponen dalam D iaitu mengenalpasti, membahaskan, dan
membuat pembezaan (detecting, debating, and discrimating). Langkah
pertama, Laila dibantu mengenalpasti kepercayaan tidak rasionalnya. Dalam
kes ini, kepercayaan tidak rasional yang dikenalpasti ialah kepercayaan bahawa
diri seseorang itu kotor setelah ternoda dan terlibat dalam seks bebas. Kaunselor
membantu Laila mengakui bahawa apa yang dilakukannya walaupun salah
tetapi kaunselor juga membantu Laila untuk berfikir melakukan sesuatu bagi
memperbaiki diri akibat kesilapan masa silam. Dengan kata lain, Laila dibantu

8 Teori Kaunseling.indd 165

11/06/2014 12:36:39

166

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

untuk mengenali dirinya, iaitu mengenalpasti apa yang dia boleh lakukan bagi
memperbaiki masa hadapannya. Kepercayaan bahawa diri telah ternoda dan
kotor menjadi alasan yang tidak rasional untuk mengubah diri.
Di peringkat D iaitu disputing event, klien dipandu untuk mengenalpasti,
membahaskan, dan membuat pembezaan (detecting, debating, dan
discriminating). Langkah pertama klien mengenalpasti kepercayaan tidak
rasionalnya. Kemudian, klien membahaskan kepercayaan tersebut dengan
menyoal dirinya dan mempertikaikan kepercayaan tersebut. Soalan-soalan
terhadap diri mungkin adakah apabila ternoda bermakna ternoda selamalamanya? Adakah kalau Laila membuat keputusan untuk berubah, perubahan
tersebut menguntungkannya? Adakah perlu mengambilkira perasaan orang lain
apabila ingin berubah ke arah kesempurnaan? Akhirnya Laila membezakan
kepercayaan rasional dengan tidak rasional. Proses ini dipanggil penstrukturan
kognitif (cognitive restructuring). Selepas proses D, Laila akhirnya sampai ke
tahap E atau effective philosophy iaitu di mana klien mempunyai falsafah baru
tentang hidup yang lebih sihat. Sekiranya klien berjaya mempraktikkan E dalam
dirinya maka lahirkan F atau new feeling iaitu perasaan baru terhadap peristiwa
yang dialami. Hasil dari pendekatan ABCDEF ini ialah Laila yang yakin dengan
diri sendiri dan berusaha mengejar kesempurnaan diri tanpa peduli kepada
cakap-cakap orang, selama mana Laila masih mematuhi peraturan dan undangundang. Walaupun kaunselor REBT banyak menggunakan teknik konfrontasi
dalam membantu Laila mengenal kepercayaan tidak rasionalnya, ia tidak
bermakna kaunselor tidak empati. Kaunselor REBT boleh mengintegrasikan
agama dalam kes ini dengan menyatakan walaupun Laila telah melakukan noda
dan kesilapan tetapi Allah masih menyayanginya. Ini terbukti apabila Laila
berjaya dalam akademik dan kerjayanya, dan mendapat suami yang baik dan
bersabar dengan sikap panas baran Laila. Melalui pengintegrasian ini, adalah
diharapkan Laila mendapat celik akal dan mengenali sumber kekuatan yang
ada dalam dirinya yang boleh digunakan untuk memperbaiki masa kini dan
masa hadapannya.

Aplikasi mengikut pendekatan CT


Kaunselor CT membantu Laila dengan mengenalpasti tahap pemikiran
Laila. Seperti yang dicadangkan oleh Seligman dan Reichenberg (2010),
tahap pemikiran boleh dikategorikan kepada empat tahap iaitu 1) pemikiran
automatik, 2) pemikiran pertengahan, 3) kepercayaan utama, dan 4) skema.
Dalam terapi kognitif, kaunseling dimulakan dengan menganalisa pemikiran
automatik.
Pemikiran automatik sentiasa bergerak dalam diri manusia. Pemikiran
secara automatik menjadi penengah antara satu kejadian dan emosi. Dalam
kes Laila;

8 Teori Kaunseling.indd 166

11/06/2014 12:36:39

Teori Tingkah Laku Kognitif

167

Kejadian: Penglibatan dalam seks bebas dan diperkosa secara seksual


semasa kecil.
Pemikiran automatik Laila: Diri sudah ternoda, jadi alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, jadi terus terlibat
dalam seks bebas.
Emosi: Perasaan bersalah dan berdosa kerana tidak suci dan terus terlibat
dalam dosa.

Kepercayaan utama adalah idea utama seseorang terhadap dirinya yang


mengandungi semua pemikiran lain. Ia boleh disifatkan sebagai global dan
tidak fleksibel (Beck, 1995). Pemikiran ini biasanya berpunca dari pengalaman
semasa kanak-kanak seperti yang dilalui oleh Laila. Pemikiran ini boleh dicabar
serta dimodifikasi. Kadangkala ia bersifat positif, dan kadangkala ia bersifat
negatif. Contoh positif ialah Laila menganggap walau dia terlibat dalam seks
bebas sebelum ini, dia masih boleh berjaya. Contoh negatif pula ialah sesiapa
yang pernah diperkosa dan terlibat dalam seks bebas adalah kotor dan berdosa.
Skema kognitif Laila pula menganggap dirinya tidak cekap, berdosa
dan kotor, dan beliau akan menerima apa sahaja perkara negatif berkenaan
dirinya dan tidak mempedulikan maklumat yang lain. Walaubagaimanapun,
menurut Beck, skema boleh diubahsuai apabila manusia mengalami perubahan
hasil daripada penilaian dan pengubahsuaian pemikiran mereka yang rosak
selama ini. Justeru, seperti yang dicadangkan oleh Beck et al (2005) tugas
utama kaunselor ialah menganalisa skema kognitif Laila dan membantunya
memperbetulkannya atau dipanggil cognitive restructuring.
Kaunselor boleh menggunakan teknik tingkahlaku seperti main peranan,
latihan kemahiran, melakonkan tingkahlaku. Masalah dan isu Laila dianalisa
menerusi beberapa metod seperti temubual, self-monitoring oleh Laila dan
rekod pemikiran, juga oleh Laila sendiri. Peranan kaunselor hanya membimbing
Laila melakukannya. Dengan ini Laila diajar untuk bertanggungjawab kepada
dirinya, kerana melalui self-monitoring dan rekod pemikiran yang direkodkan
dalam buku nota, Laila belajar untuk menggunakan pemikirannya menilai
kehidupan yang dilaluinya. Analisa buku nota kemudian dibuat dalam sesi
kaunseling.
Teknik kognitif termasuklah memahami makna perkataan klien.
Contohnya Laila mungkin menggunakan perkataan seperti dukacita, putus
asa, dan kecewa bagi menggantikan kemurungan. Kaunselor menyoal klien
untuk memahami proses pemikiran klien yang sebenarnya. Teknik kognitif
yang lain yang boleh kaunselor gunakan termasuk mencabar pemikiran yang
Laila yang mungkin agak kaku. Contohnya, kegagalan dalam perkahwinan
pertama bukan kegagalan sebelah pihak tetapi kegagalan kedua-dua belah
pihak. Kaunselor juga boleh memberikan label kepada kepercayaan yang
silap. Pelabelan kepercayaan dan pemikiran yang silap membantu Laila

8 Teori Kaunseling.indd 167

11/06/2014 12:36:39

168

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

mengkategorikan pemikiran automatik yang merosakkan emosinya selama


ini. Kaunselor juga boleh meminta Laila menyenaraikan kepercayaan yang
berfaedah dan kepercayaan yang tidak berfaedah kepada dirinya. Penyenaraian
ini membantu Laila menjauhkan diri daripada kepercayaan yang silap yang
menghalang perkembangan dan kemajuan dirinya.

Aplikasi mengikut pendekatan CBM


Fokus utama kes Laila ialah seperti berikut:

Naratif Konstruktif: Naratif yang dibina terhadap diri ialah dirinya sudah
ternoda, tidak suci, dan berdosa.

Pemprosesan Maklumat: Dalam keadaan berdosa, apa pun yang
dilakukannya tidak memberi makna kerana dia tetap berdosa dan tidak
suci.

Pelaziman: Perasaan bersalah terus menghantui dan kata-kata negatif
berulang-ulang diucapkan secara internal kepada diri sehingga Laila
gagal membezakan antara dirinya dan peristiwa silamnya menjadikannya
melabel dirinya sebagai seorang yang tidak suci sampai bila-bila. Contoh
dialog antara kaunselor yang menggunakan pendekatan CBM dengan
Laila adalah seperti berikut:
Kaunselor: Laila, daripada cerita Laila saya simpulkan secara ringkas
bahawa Laila melihat diri Laila sebagai tidak suci dan
berdosa. Perasaan itu membelenggu fikiran dan akhirnya
ia diluahkan melalui perlakuan Laila terhadap orang lain.
Laila:

Benar, saya tahu saya berdosa, saya tidak suci, saya telah
berkali-kali terlibat dengan dosa, mengapa saya yang jadi
mangsa? Saya benci tengok diri sendiri, saya kotor (selftalk).

Kaunselor: Laila menyatakan berulang kali terhadap diri sendiri


yang Laila seorang yang tidak suci dan berdosa (Naratif
Konstruktif). Apa yang Laila selalu ucapkan pada diri
akhirnya membuat Laila melihat diri tersekat kerana itulah
Laila iaitu tidak suci.. benar kah..
Laila:

8 Teori Kaunseling.indd 168

Memang benar, saya cuba keluar dari perasaan tersebut tapi


saya tak ke mana, pusing-pusing kat situ juga. Tu saya jadi
geram dan sakit hati tak tau nak lepaskan kat sapa, orang
keliling jadi mangsa (pelaziman)

11/06/2014 12:36:39

Teori Tingkah Laku Kognitif

169

Kaunselor: Laila, nampaknya mesej yang Laila sampaikan ke dalam


diri Laila ialah mesej yang negatif sehingga Laila tidak
boleh lari dari mesej tersebut. Mesej tersebut ialah rasa
tidak suci dan berdosa. Laila berkebolehan sebab itu Laila
berjaya dalam pelajaran dan hari ini Laila mendapat suami
yang baik berbanding suami masa perkahwinan pertama.
Itu menunjukkan Laila seorang yang berkemampuan untuk
berubah. Mungkin Laila boleh cuba menukar pengucapan
terhadap diri kepada pengucapan yang lebih positif (klien
diajar menguasai kemahiran baru bersumberkan kekuatan
diri)

Rumusan

Terdapat tiga pendekatan yang boleh dikategori sebagai pendekatan tingkahlaku


kognitif iaitu Rational Emotive Behavior Therapy (REBT), terapi kognitif (CT)
dan Cognitive Behavior Modification (CBM). REBT memfokuskan kepada
sistem kepercayaan tidak rasional yang menjadi punca kepada masalah emosi,
teori kognitif pula percaya bahawa cara seseorang berfikir menyumbang ke arah
kecelaruan emosi, manakala CBM menumpukan kepada self-talk yang telah
memberi kesan negatif kepada cara manusia berfikir. Pendekatan-pendekatan
ini ada yang menggunakan teknik kognitif dan ada juga yang menggunakan
teknik tingkahlaku.
Bab ini telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan teori
tingkahlaku kognitif. Bab seterusnya akan membincangkan berkaitan teori
realiti.

Glosari
A-B-C Model

Skema aktif
Pertukaran afektif

8 Teori Kaunseling.indd 169

Teori yang menerangkan tentang masalah yang


dihadapi oleh manusia di mana ia bukan berpunca
dari A iaitu activating event, tetapi berpunca dari B
iaitu belief atau kepercayaan. Setelah itu manusia akan
mengalami kesan iaitu C atau dipanggil consequences,
sama ada dari segi emosi atau tingkahlaku
Skema kognitif yang terjadi dalam kehidupan seharian
Satu perubahan yang dapat dilihat dari air muka dan
eskpresi tubuh badan yang menunjukkan bahawa
perubahan kognitif telah berlaku, pada kebiasaannya
kognitif yang negatif.

11/06/2014 12:36:39

170

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

8 Teori Kaunseling.indd 170

11/06/2014 12:36:39

Bab 9

Teori Realiti

Objektif

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Memahami andaian-andaian dan prinsip asas terapi realiti
2. Mengetahui matlamat yang ingin dicapai dalam sesi kaunseling terapi
realiti.
3. Memahami peranan dan tanggungjawab anda sebagai kaunselor terapi
realiti
4. Memahami prosedur terapi realiti Sistem WDEP dengan mendalam
5. Menggunakan semua teknik-teknik terapi realiti dengan baik seiringan
dengan sistem WDEP

Pengenalan

Terapi realiti berasal daripada teori pemilihan yang melihat manusia


sebagai individu yang mampu menentukan arah hidupnya sendiri. Manusia
dianggap sebagai seorang yang berautonomi, mampu membuat pilihan,
bertanggungjawab dan boleh mengawal tindakan sendiri. Menurut terapi
realiti, kita sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan psikologi diri. Oleh
itu terapi realiti akan membantu kita untuk memenuhi keperluan ini dengan
berlandaskan realiti. Bab ini akan membawa anda meneroka terapi realiti
dengan lebih mendalam dan menggunakan konsep-konsep terapi realiti untuk
membantu klien anda.

9 Teori Kaunseling.indd 171

09/06/2014 12:34:37

172

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Gambaran Keseluruhan Teori


Pengasas Teori

Pandangan Tentang Sifat


Semula jadi Manusia

Andaian Asas dan


Prinsip Terapi

Matlamat
Terapi

Peranan
Kaunselor

Wants/Kehendak
Doing & directions
Perlakuan dan Arah Tujuan

Proses
Terapi
Evaluate/Penilaian
Teknik-teknik

Planning/Perancangan

Aplikasi Teori dalam Seting


Silang Budaya

Kelebihan dan Kelemahan


Teori

Rajah 9.1:

9 Teori Kaunseling.indd 172

Gambaran Keseluruhan Teori Realiti

09/06/2014 12:34:37

Teori Realiti

173

Pengasas Teori

Terapi Realiti telah diasaskan


oleh William Glasser seorang
doktor psikologi klinikal yang
dilahirkan di Cleveland, Ohio,
California pada 11 Mei 1925.
Realiti terapi bermula apabila
Glasser tidak berpuas hati dengan
kaedah psikiatri psikoanalisis
yang dipelajarinya di Veteran
Administration Brentwood
Hospital dan University of
California di Los Angeles. Beliau
tidak bersetuju dengan pendapat
bahawa masalah manusia
Rajah 9.2: William Glasser (1925-2013)
disebabkan oleh orang lain
dan dianggap sebagai mangsa
keadaan. Oleh itu beliau mula memfokus kepada masa kini dan mendorong
klien mengakui tanggungjawab diri terhadap apa yang mereka lakukan,
melakukan perubahan dan mengelakkan pergantungan kepada orang lain.
Terapi Realiti banyak menyumbang dalam bidang kaunseling khususnya
dalam konteks pendidikan di luar negara. Pada awal tahun 1960-an, Glasser
telah mengaplikasi prinsip terapi realiti untuk dibangunkan di sekolah. Beliau
sangat aktif bergiat dalam bidang pendidikan (Glasser 1965, 1990). Terapi ini
amat praktikal digunakan di sekolah dan institusi pendidikan (Dempster &
Raff 1989; Grimesey 1990; Renna 1990). Pada tahun 1965 Glasser dilantik
menjadi konsultan di Sekolah Ventura sebuah institusi di bawah penyeliaan
California Youth Authority yang menempatkan remaja perempuan delinkuen.
Glasser telah menggunakan realiti terapi untuk mengubah pandangan bahawa
remaja-remaja ini tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang mereka lakukan.
Sebaliknya mereka diajar untuk memikul tanggungjawab untuk diri sendiri
dan membentuk identiti yang lebih sesuai. Glasser (1986,1990) juga telah
mengaplikasi teori kawalan (control theory) untuk melihat mengapa ramai
pelajar tidak berjaya dalam bidang akademik.
Terapi ini juga dipelopori oleh Robert E. Wubbolding yang merupakan
orang kanan Glasser. Beliau adalah profesor dalam bidang kaunseling di
Xavier University di Cincinnati, Ohio. Selain itu beliau merupakan pengarah
latihan untuk Institut William Glasser di Chatsworth, California yang
bertanggungjawab mengeluarkan lesen kelayakan untuk mengamalkan terapi
ini. Selain itu nama-nama seperti John Brickell dari England, Bob Hughland
dari Ausralia, Larry L. Palmatier dari USA, Masaki dan Sumiye Kakitani dari
Japan, Elizabeth Tham dari Singapura dan beberapa tokoh lagi yang banyak
menyumbang kepada perkembangan terapi ini (Ahmad Jazimin 2005b).

9 Teori Kaunseling.indd 173

09/06/2014 12:34:37

174

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia

Terapi realiti percaya manusia dimotivasikan oleh dorongan masa kini dan
bukannya kejadian-kejadian lampau, lekatan atau rangsangan luaran. Idea
utama terapi realiti ialah manusia bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri
kerana setiap daripada kita mencipta dunia dalaman kita sendiri. Tingkah
laku dan tindakan manusia merupakan manifestasi percubaan kita untuk
mengawal persepsi dunia luar dan menyesuaikannya dengan dunia peribadi
masing-masing. Otak berfungsi sebagai satu sistem kawalan dan mengarahkan
semua tingkahlaku untuk memenuhi keperluan asas manusia dan keinginan
merupakan sumber utama setiap perlakuan.
Terapi realiti percaya bahawa manusia beroperasi pada tahap kesedaran
bukan di tahap tidak sedar atau mengikut naluri. Setiap individu mempunyai
tenaga perkembangan dan kesihatan yang dimanifestasikan pada dua tahap
1. Fisiologikal: makanan, tempat tinggal dan lain-lain
2. Psikologi: rasa dimiliki, kuasa, kebebasan dan keseronokan
Melalui terapi realiti, kita perlu mempercayai bahawa manusia
memerlukan kebebasan untuk menentukan pilihan matlamat hidupnya.
Terapi realiti mengajar bahawa manusia berupaya untuk memilih tindakannya
sendiri. Apabila pilihan dibuat, kita akan menyedari sama ada pilihan tersebut
sesuai atau kurang sesuai. Oleh itu, kita dapat memastikan sama ada pilihan
tersebut dapat memenuhi keperluan diri atau tidak. Kita juga akan dapat
mengetahui bahawa ada aspek-aspek dalam kehidupan yang memuaskan,
kurang memuaskan ataupun neutral. Masalah utama yang dihadapi oleh
manusia ialah kecenderungan untuk membuat pilihan-pilihan yang tidak
tepat dan memudaratkan diri sendiri. Melalui kaunseling, seorang individu
boleh belajar untuk mencapai kebahagiaan yang diinginkan dengan cara
yang lebih realistik.

Perkembangan Personaliti dan Identiti

Terapi realiti percaya bahawa manusia sentiasa berusaha membentuk identiti.


Glasser (1972 dan 1985) memperkenalkan dua jenis personaliti am manusia.
Manusia melakukan sesuatu tindakan untuk memenuhi keperluan dirinya.
Apabila manusia cuba menyempurnakan pelbagai tugas perkembangan, mereka
akan menghadapi sama ada kejayaan atau kegagalan. Sekiranya sering gagal
maka mereka akan membentuk identiti kegagalan yang bercirikan tingkah
laku luar kawalan atau tidak efektif.

Identiti kegagalan: Arah hidup yang kurang berkesan


Tiga tahap rosotan ini bercirikan beberapa tingkah laku yang nyata.

9 Teori Kaunseling.indd 174

09/06/2014 12:34:37

Teori Realiti

175

Tahap 1: Mengalah
Ini berlaku apabila seseorang itu gagal memenuhi keperluannya secara
berkesan. Contohnya, apabila seorang pelajar gagal dalam pelajarannya, dia
mungkin memilih untuk mengalah sahaja.
Tahap 2: Memilih simptom negatif
Tindakan mengalah itu mungkin merupakan permulaan kepada tingkah
laku-tingkah laku kurang berkesan atau simptom-simptom negatif yang lain
seperti pemikiran negatif, menjadi antisosial, mengalami kemurungan dan
lain-lain. Contoh simptom negatif; apabila pelajar berasa kecewa, dia akan
mula mengasingkan diri dari kawan-kawan, melibatkan diri dengan aktiviti
tidak sihat dan seumpamanya.
Pemilihan simptom negatif dimanifestasikan melalui beberapa cara
termasuk:
1. Tingkah laku. Seseorang yang mempamerkan simptom negatif memilih
tingkah laku yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
2. Pemikiran. Individu yang memilih simptom negatif turut mengalami
gangguan pemikiran iaitu mereka tidak dapat berfikir secara rasional
untuk mengatasi masalah.
3. Perasaan. Individu ini sering mempamerkan perasaan-perasaan negatif
yang mungkin meliputi perasaan marah, hilang kawalan diri, depresi dan
lain-lain.
4. Fisiologi. Individu kehilangan minat dan usaha untuk menguruskan diri
dengan efektif. Mereka akan mengabaikan kesihatan diri dari segi fizikal.
Tahap 3: Ketagihan negatif
Sesetengah individu mengalami kemerosotan melebihi simptom negatif dan
menganggap tingkah laku tidak berkesan sebagai sesuatu yang memenuhi
keperluannya. Tingkah laku negatif ini memberi tanggapan bahawa ianya
dapat membekalkan kepuasan serta-merta. Ia membekalkan perasaan dimiliki,
kuasa, keseronokan dan kebebasan, tetapi cuma untuk jangka masa yang
singkat. Ketagihan negatif ini boleh berbentuk ketagihan alkohol dan dadah,
perjudian, makanan dan kerja.

Identiti kejayaan: Arah kehidupan lebih berkesan


Manusia juga mempunyai perkembangan personaliti sihat yang bergerak
bertentangan dengan identiti kegagalan tadi. Individu yang memiliki identiti
kejayaan memiliki kesungguhan dan kemahiran yang diperlukan untuk
mencapai kepuasan kendiri dalam kelima-lima aspek keperluan iaitu, keperluan

9 Teori Kaunseling.indd 175

09/06/2014 12:34:37

176

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

rasa dimiliki, kuasa, keseronokan, kebebasan dan survival dengan cara yang
positif. Identiti kejayaan adalah seperti berikut:

Tahap 1: Keinginan untuk berubah


Pada peringkat ini klien menunjukkan keinginan untuk berubah. Ini boleh
dimanifestasikan oleh kata-kata seperti, Saya akan lakukannya, Saya ingin
perbaiki diri, Saya akan berubah. Semua kata-kata sebegini melambangkan
tahap komitmen klien dan kesediaan untuk memenuhi kehendaknya dengan
cara yang bersesuaian dan tidak mengganggu hak orang lain.
Tahap 2: Simptom positif
Peringkat ini merupakan lawan kepada simptom negatif apabila klien akan
memenuhi keperluannya dengan cara yang positif. Ia dilaksanakan melalui
pelbagai cara termasuk:
1. Tindakan yang meliputi tingkah laku asertif dan altruistik. Individu
yang sihat biasanya tahu apa yang mereka inginkan dan pada masa sama
menyumbang kepada orang lain.
2. Pemikiran yang rasional supaya klien akan dapat berfikir dan merancang
secara yang realistik dan tahu keupayaan dirinya untuk mengawal
keadaan.
3. Perasaan yang meliputi perasaan sabar, tolak ansur, menerima hakikat,
bersemangat dan perasaan lain yang menghasilkan tingkah laku positif.
4. Fisiologi yang meliputi gaya hidup efektif untuk memenuhi keperluan
fizikal seseorang seperti diet yang baik, senaman, pengurusan diri yang
baik dan lain-lain.
Tahap 3: Ketagihan positif
Pada tahap ini klien akan melaksanakan pilihan hidup yang meningkatkan
kualiti kehidupannya. Ketagihan positif akan meningkatkan kesihatan mental
dan sangat memberi kepuasan. Ianya juga akan meningkatkan harga kendiri
dan semangat pencapaian klien. Menurut Glasser (1976) contoh dua aktiviti
yang membantu pencapaian peringkat ketagihan positif ialah meditasi dan
senaman. Aktiviti lain melibatkan aktiviti yang memberikan ketenangan
dan menyeronokkan seperti melancong, membaca, dan banyak lagi. Aktiviti
sebegini yang dilakukan secara berterusan akan mengekalkan ketagihan positif
seseorang dan membentuk identiti kejayaan yang lebih kekal.

Andaian Asas dan Prinsip Teori

Terapi realiti menumpukan kepada beberapa prinsip atau konsep asas iaitu:

9 Teori Kaunseling.indd 176

09/06/2014 12:34:37

Teori Realiti

1.
2.
3.
4.

177

Keperluan manusia dan tingkah laku bermakna


Orientasi fenomenologi
Kesepaduan tingkah laku
Teori pemilihan

Keperluan Manusia dan Tingkah laku Bermakna


Menurut Glasser (1984), semua tingkah laku adalah berasal dari dalam diri kita
sendiri dan bertujuan untuk memenuhi satu atau lebih daripada satu keperluan
asas seseorang. Antara keperluan psikologi manusia ialah keperluan untuk
rasa dipunyai, kuasa, kebebasan keseronokan dan keperluan meneruskan
hidup (survival needs). Semua ini bertindak sebagai sumber motivasi yang
mendorong manusia bertingkah laku dalam cara tersendiri. Oleh itu, segala
tindakan yang diambil oleh manusia mempunyai makna tersendiri dalam usaha
untuk mencapai mana-mana matlamat yang telah mereka tentukan.

Orientasi Fenomenologi
Menurut Glasser, manusia membuat persepsi kehidupan berdasarkan keperluan
sendiri, bukannya secara realistik dan objektif. Manusia mencipta pandangan
sendiri terhadap kehidupannya. Manusia bukanlah mangsa keadaan tetapi
individu yang mampu menentukan arah kehidupan yang diingininya. Glasser
(1998) berpendapat, selagi manusia beranggapan bahawa mereka adalah
mangsa keadaan, manusia tidak dapat berubah menjadi lebih baik. Manusia
mampu menukar apa yang diingininya dan apa yang dilakukannya atau keduaduanya sekali.

Kesepaduan Tingkah laku

Setiap tingkah laku membawa makna tersendiri kepada individu dan oleh sebab
ianya berasal dari diri individu sendiri, maka mereka mampu mengawalnya.
Prinsip ini menekankan kepada kefahaman tentang kesepaduan tingkah laku
manusia yang merangkumi empat aspek yang tidak boleh dipisahkan iaitu
perbuatan, pemikiran, perasaan dan fisiologi. Terapi realiti berpendapat bahawa
manusia mempunyai kawalan terus terhadap aspek perbuatan dan pemikiran.
Menurut Glasser (1997), sekiranya individu berjaya mengubah perbuatan dan
pemikirannya, maka komponen perasaan dan reaksi fisiologinya akan turut
mengalami perubahan.

Teori Pemilihan
Teori ini menekankan bahawa manusia mempunyai kawalan sepenuhnya
terhadap diri sendiri. Satu-satunya cara untuk manusia mengawal

9 Teori Kaunseling.indd 177

09/06/2014 12:34:37

178

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

persekitarannya ialah dengan memilih apa yang perlu dilakukan. Walaupun


masa lepas adalah di luar kawalan manusia namun, manusia masih mampu
mengawal dan merancang tindakan di masa sekarang. Manusia perlu
melakukan sedaya mungkin untuk memperbaiki hubungan masa kini.
Teori pemilihan digunakan dalam realiti terapi agar kaunselor dapat
membantu klien mengenalpasti tindakan yang berkesan dan tidak berkesan
untuk diri mereka, menerima diri seadanya dan membimbing klien membuat
perancangan realistik.

Matlamat Terapi

Matlamat terapi realiti ialah untuk membantu klien memenuhi kehendaknya


dan menjadi lebih kuat dari segi emosi serta bertindak dengan lebih rasional.
Tumpuan terapi realiti ialah mengajar manusia menjadi lebih baik dan
menggunakan cara yang lebih berkesan untuk berhadapan realiti agar dapat
mencapai matlamat yang dibentuk Sebagai kaunselor realiti anda akan
membantu klien meneroka tingkah laku dan pilihan sedia ada yang berkait
dengan perasaan dimiliki, kuasa, keseronokan dan kebebasan. Terapi ini
bertujuan untuk mengkaji setiap kehendak yang berkait dengan empat aspek
ini dan membantu klien mencapainya dengan cara yang berkualiti.
Matlamat lain terapi ini ialah untuk membantu klien mencapai autonomi
dan kematangan agar dia dapat melepaskan sokongan persekitaran dan
menggantikan dengan sokongan dalaman. Dalam terapi realiti ini, anda
perlu fokus kepada apa yang klien sedari dan membantunya meningkatkan
tahap kesedaran tersebut. Anda juga perlu membantu klien membentuk pelan
perubahan sebagai cara untuk menterjemahkan percakapan kepada tindakan
serta menimbulkan komitmen untuk menyiapkan pelan yang dirangka.

Peranan Kaunselor

Kaunselor terapi realiti berperanan sebagai guru yang aktif semasa sesi untuk
membantu klien membentuk pelan perubahan, memberi pilihan atau cadangan
serta membimbing klien mencapai keperluannya. Sebagai kaunselor realiti,
anda perlu memberi fokus kepada kekuatan, sikap dan potensi klien yang
boleh menghasilkan kejayaan.
Tahap peranan kaunselor realiti berubah mengikut situasi yang dibawa
oleh klien ke dalam sesi. Kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin klien
ataupun sebagai pengikut klien. Situasi tertentu memerlukan kaunselor
mendengar dengan penuh tumpuan dan membantu klien mengawal tindakantindakannya yang boleh mendatangkan kepuasan terhadap keperluannya. Ada
kalanya kaunselor bersikap mencabar, memberi maklum balas tentang tingka
hlaku yang spesifik dan banyak bertanya.

9 Teori Kaunseling.indd 178

09/06/2014 12:34:37

Teori Realiti

179

Namun, dalam semua situasi, kaunselor perlu mewujudkan suasana yang


sesuai, selesa dan kondusif untuk menggalakkan perubahan. Kaunselor realiti
akan meletakkan had atau batasan dalam sesi. Berikut adalah lapan peranan
utama kaunselor di dalam sesi realiti:
1. Mewujudkan hubungan terapeutik
2. Fokus kepada tingkah laku semasa klien
3. Mempelawa klien menilai perlakuannya
4. Membantu klien membentuk pelan tindakan
5. Dapatkan komitmen klien
6. Enggan menerima alasan klien
7. Tidak menggunakan penderaan, hukuman atau penalti
8. Tidak berputus asa atau menyerah kalah terhadap klien
Sehubungan itu, sebagai kaunselor realiti anda perlu mengamalkan
kemahiran melayan (attending behaviours) berdasarkan konsep AB-CDEFG
semasa membantu klien anda. Konsep ini diperkenalkan sebagai garis panduan
tingkah laku kaunselor di dalam sesi kaunseling realiti. Kita akan bincangkan
konsep ini di bawah tajuk teknik-teknik terapi realiti.

Proses Terapi

Melalui terapi realiti, anda sebagai kaunselor boleh membantu klien menilai
semula perjalanan hidupnya dan memikirkan alternatif yang lebih sesuai
untuk memenuhi keperluan diri serta melaksanakannya. Untuk itu, anda perlu
memahami konsep WDEP yang diperkenalkan oleh Wubbolding (1991) yang
meliputi prosedur-prosedur utama dalam terapi realiti. Berikut adalah maksud
akronim WDEP:
Jadual 9.1:

Maksud Akronim WDEP

Akronim
W Wants
D Doing and Direction
E Evaluation
P Plan and Action

Maksud
Meneroka kehendak, keperluan dan persepsi
Melihat tingkah laku dan arah tujuan tindakan
Menjalankan penilaian kendiri
Merancang dan melaksanakan pelan tindakan

W - Meneroka kehendak, keperluan dan persepsi ahli


Dalam peringkat permulaan ini, anda boleh mengajukan soalan Apa yang
anda inginkan? kepada klien. Klien diminta mengenal pasti dan menyatakan
apa yang mereka inginkan dalam kehidupan mereka. Kaunselor realiti sering

9 Teori Kaunseling.indd 179

09/06/2014 12:34:37

180

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

menggunakan soalan untuk mengetahui tentang harapan dan keinginan klien.


Oleh sebab itu, anda mesti mempelbagaikan struktur soalan agar mereka
sentiasa dapat meneroka kehendak klien dengan berkesan tanpa menimbulkan
perasaan bosan atau marah kepada klien.
Menurut Corey (2000), kemahiran menyoal dalam realiti terapi
melibatkan jenis soalan yang ditanya, cara ianya ditanyakan dan bila ianya
ditanya kepada klien. Klien akan diajak untuk meneroka kehendaknya, apa
yang dimiliki dan apa yang dia tidak miliki setakat ini. Persepsi klien tentang
kehidupan akan diteroka untuk mengetahui setakat mana kehendaknya telah
dapat dipenuhi.

D - Melihat tingkah laku dan arah tujuan tindakan


Setelah meneroka kehendak, keperluan dan persepsi klien, maka ditanyakan
kepada klien setakat mana tingkah lakunya sekarang menyumbang kepada
pencapaian matlamat tersebut. Minta klien menilai sama ada dia sedang
menjalankan langkah-langkah yang membantunya mencapai apa yang dia
harapkan. Anda perlu fokus kepada pengalaman masa kini dan bukannya
melihat pengalaman masa lalu. Menurut pendekatan ini, masa kini adalah
lebih penting dalam menentukan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mencapai matlamat pada masa hadapan.
Anda perlu meminta klien menjadi lebih bertanggungjawab ke atas
tingkah laku, perasaan dan pemikirannya. Tumpukan kepada tindakan-tindakan
yang dilakukannya yang menyumbang kepada pencapaian matlamat. Soalansoalan yang boleh ditanya oleh kaunselor termasuklah:
1. Apa yang anda lakukan sekarang?
2. Apa yang anda akan lakukan esok bagi memastikan matlamat anda
tercapai?
3. Apa yang menghalang anda daripada meneruskan tindakan tersebut?
4. Apa rancangan anda seterusnya?
E - Menjalankan penilaian kendiri
Seterunya anda mesti meminta klien melakukan penilaian kendiri. Penilaian
kendiri boleh dilakukan pada aspek tingkah laku, pemikiran atau emosi.
Pada peringkat ini, anda perlu mengkonfrontasi sebarang tingkah laku tidak
produktif klien dan menyuruhnya menilai sendiri tingkah lakunya. Ini akan
menyedarkannya tentang sebarang kesilapan yang telah dia lakukan dan
seterusnya membuat perubahan yang sepatutnya. Anda tidak perlu bertindak
sebagai hakim terhadap tingkah laku klien sebaliknya menggalakkan klien
bertanyakan soalan-soalan seperti berikut untuk menilai diri sendiri.
1. Adakah saya sudah lakukan yang terbaik?
2. Adakah tindakan saya berkesan?

9 Teori Kaunseling.indd 180

09/06/2014 12:34:37

Teori Realiti

3.
4.

181

Adakah saya sudah membuat keputusan yang terbaik?


Adakah tingkah laku saya bersesuaian untuk mencapai matlamat ini?

Anda boleh mengulangi soalan-soalan tadi dengan cara yang berbeza


untuk menggalakkan ahli berfikir dengan lebih rasional.

P - Merancang dan melaksanakan pelan tindakan


Peringkat ini merupakan peringkat yang paling penting untuk menggerakkan
perubahan dalam diri ahli. Perancangan adalah berasaskan tindakan dan
menentukan arah yang perlu dituju oleh klien selepas ini. Peringkat ini
melibatkan proses pengajaran oleh pemimpin kepada ahli untuk membantunya
membuat pelan tindakan yang bersesuaian. Menurut Wubbolding (1988 dan
1991), pelan tindakan yang efektif memiliki ciri-ciri mudah difahami (simple),
mudah dicapai (attainable), boleh diukur keberkesanannya (measurable),
boleh dilaksanakan segera (immediate) dan dikawal sepenuhnya oleh klien
(controlled by client). Wubbolding memperkenalkan akronim SAMIC bagi
mewakili pelan tindakan yang baik.
Sebahagian besar peringkat ini digunakan untuk membuat pelan tindakan
yang bersesuaian untuk mencapai matlamat yang sudah ditentukan oleh klien.
Berdasarkan ciri pelan tindakan tadi (SAMIC), ianya mestilah realistik dan
mampu dicapai oleh klien. Pelan tindakan yang terlalu rumit akan menurunkan
motivasi klien apabila tidak berjaya. Pelan tindakan mesti menggerakkan
tindakan segera klien, maksudnya klien tidak perlu menunggu untuk satu masa
yang sesuai untuk melaksanakan tetapi boleh dilakukan serta merta untuk melihat
keberkesanannya. Klien perlu berasakan dirinya mampu mengawal sendiri
segala tindakannya supaya dia lebih bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Teknik-Teknik
Jadual 9.2:

Teknik-teknik Realiti

Teknik-teknik

Penjelasan

Membina suasana
yang sesuai

Sebelum anda dapat menggunakan prosedur WDEP,


anda perlulah memahami dan menyediakan suasana atau
persekitaran psikologi yang sesuai. Perhubungan kaunseling
realiti perlu berlandaskan kepercayaan klien terhadap
kaunselor dan proses kaunseling. Untuk menyediakan
suasana persekitaran psikologi yang sesuai terdapat beberapa
perkara yang perlu dilaksanakan dan tidak boleh dilakukan
sama sekali. Pertamanya, anda dilarang sama sekali
bertengkar dengan klien. Begitu juga dengan tindakan

9 Teori Kaunseling.indd 181

09/06/2014 12:34:37

182

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Penjelasan
mengarah, mengkritik, menjatuhkan air muka dan mencari
kesilapan klien. Paling penting, anda mestilah tidak
menerima sebarang alasan dari klien yang cuba mengelakkan
diri dari tanggungjawab. Suasana yang positif akan membina
hubungan yang baik antara kaunselor dan klien dan
memudahkan kerjasama.
Kaunselor: Saya gembira awak datang bertemu saya untuk
membincangkan hal ini. Saya harap proses kaunseling ini
akan membantu anda membuat pilihan yang lebih baik
dalaman kehidupan

Gunakan
kemahiran
melayan
(Attending
Behaviours AB)

Ivey (1980) melihat kemahiran melayan sebagai sesuatu


yang amat penting dalam terapi realiti. Bahasa badan seperti
pandangan mata, mimik muka, postur badan dan nada
suara yang sesuai mencerminkan keikhlasan anda untuk
membantu klien. Konsep AB-CDEFG digunakan untuk
menggambarkan intervensi-intervensi seperti jadual 9.1.

Elakkan menilai

Memandangkan tingkah laku seseorang menggambarkan


usahanya untuk memenuhi keperluannya pada masa tersebut,
maka anda tidak boleh membuat penilaian ke atas klien.
Anda tidak boleh melabelkan tindakan klien sebagai betul
atau salah.
Contoh: Kaunselor tidak boleh menghukum klien kerana
tingkah laku moralnya yang bertentangan dengan norma
budaya. Kaunselor hanya boleh menawarkan bantuan yang
diperlukan dan membantunya menghadapi masalah yang
dihadapinya sekarang.

Merancang dan
membentuk
kontrak

Anda perlu merancang dan menetapkan batas sesi seperti


jumlah sesi, kos yang terlibat (jika ada) tanggungjawab
kaunselor dan klien, matlamat jangka pendek dan panjang
dan perancangan yang spesifik untuk mencapai matlamat. Ini
semua merupakan proses yang berstruktur dan rasional untuk
membantu klien mencapai identiti kejayaan. Pembentukan
kontrak bertulis yang spesifik akan membantu menetapkan
matlamat klien dan menjadi garis panduan realistik dalam
merancang intervensi yang diperlukan untuk mencapai
matlamat.

Lakukan sesuatu di Menurut terapi realiti, sesuatu yang tidak dijangka


luar jangkaan
boleh meningkatkan kualiti perhubungan kaunseling.
Anda boleh mencuba sesuatu yang berbeza apabila anda
mengesan kesediaan klien. Wubbolding (1984 dan 1988)
mencadangkan beberapa cara untuk melakukan sesuatu

9 Teori Kaunseling.indd 182

09/06/2014 12:34:37

Teori Realiti

Teknik-teknik

183

Penjelasan
dengan cara yang berbeza seperti merangka semula persepsi
klien, mendefinisikan semula sesuatu peristiwa atau
melabelkan semula emosi klien.
Contohnya kaunselor boleh menyuruh klien melakukan
sesuatu yang baru/ yang tidak pernah dilakukan oleh klien
untuk mengatasi perasaan gemuruhnya seperti menyanyi
atau menari (terapi seni). Klien diminta berkongsi
perasaannya setelah melakukan aktiviti tersebut.

Gunakan humor

Anda boleh menggunakan lawak jenaka untuk meningkatkan


kualiti kaunseling terapi realiti. Humor dikatakan boleh
menghasilkan faktor pemulihan yang diperlukan bagi
meningkatkan kesihatan mental klien. Ketawa boleh
membantu seseorang menangani masalah berkait dengan
kebimbangan, kemurungan dan kehilangan. Kaunselor
perlu bersikap spontan dan tidak terlalu berstruktur semasa
mengendalikan klien.
Contoh: Kaunselor boleh mengajak klien melihat kejadian
yang menimpanya dari sudut yang kelakar (sekiranya klien
bersedia)

Kongsikan diri
anda (pendedahan
kendiri)

Antara teknik untuk menggalakkan penyertaan klien dalam


sesi ialah melakukan pendedahan kendiri anda kepada klien.
Namun pendedahan kendiri mesti dilakukan secara terpilih
dan pada masa yang bersesuaian agar tidak mengganggu
hubungan terapeutik yang terbentuk. Pendedahan kendiri
penting bagi meningkatkan kepercayaan klien. Tetapi
terlalu banyak perkongsian kendiri boleh menjurus kepada
dwihubungan antara kaunselor dengan klien.
Contoh perkongsian kendiri kaunselor: Semasa saya remaja
dulu, saya juga kurang memikirkan tentang perasaan orang
lain. Ada kalanya tindakan saya mengguris perasaan orang
yang saya sayang. Tetapi pengalaman hidup telah banyak
merubah persepsi dan cara saya terhadap orang lain. Saya
yakin anda juga akan mampu menilai tindakan anda dengan
lebih baik selepas ini.

Kenalpasti
metafora

Metafora dalam terapi ini berbentuk perumpamaan, simpulan


bahasa atau kata-kata kiasan yang menyamakan diri klien
atau masalahnya dengan sesuatu.
Berikut adalah contoh metafora yang digunakan oleh klien:
Suami saya anggap saya macam tunggul dalam rumah kami
Dia tinggalkan saya, maklumlah, lepas dapat gading
bertuah, tanduk tak berguna lagi

9 Teori Kaunseling.indd 183

09/06/2014 12:34:37

184

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Penjelasan
Bahtera kami dah nak karam
Tugas anda ialah mengenal pasti (mendengar) sebarang
metafora yang dinyatakan oleh klien dan menggunakannya
untuk meneroka masalah klien.
Contohnya :
Jadi anda tidak suka dianggap tunggul yang tidak mampu
berbuat apa-apa?
Boleh puan ceritakan sedikit tentang gading tersebut?
Adakah awak rasa awak masih mampu selamatkan bahtera
ini?

Ulangi soalan
dengan cara
berbeza

Sebagai kaunselor terapi realiti anda boleh bertanyakan


soalan-soalan yang sama kepada klien berulang kali dengan
cara yang berbeza. Ini akan menimbulkan tema tertentu
dalam usaha penerokaan anda.
Contohnya;
Apabila anda buat perkara tersebut, adakah anda rasa okay?
Adakah anda rasa anda telah lakukan sesuatu yang tepat?
Pada pandangan anda, adakah pilihan anda sesuai?
Soalan yang berulang-ulang akan mengurangkan penolakan
klien dan menguatkan perasaan tanggungjawab dalam diri
klien. Anda perlu berlatih melakukan kemahiran ini agar
tidak berasa janggal semasa melakukannya.

Wujudkan suasana
suspense dan
menyeronokkan

Salah satu elemen yang penting dalam terapi realiti ialah


elemen suspence yang menimbulkan keseronokan bagi klien.
Anda perlu berlatih untuk menimbulkan semangat klien
untuk meneruskan sesi dan melihat kejayaan yang boleh
dicapainya melalui sesi tersebut.
Kaunselor: Anda sendiri tentu tertanya-tanya respons
daripada dia bila anda berbuat demikian walaupun anda tahu
dia akan sukakannya. Tidakkah anda hendak mencubanya
secepat mungkin? Sudah tentu ini menyeronokkan

Benarkan
kesenyapan

Membenarkan kesenyapan pada masa yang tepat,


membenarkan klien untuk bermuhasabah dan menilai diri
sendiri, kehendaknya dan memikul tanggungjawabnya dalam
sesi tersebut. Anda tidak perlu bertanyakan soalan bertalutalu untuk mengelakkan kesenyapan. Anda perlu berasa
selesa membenarkan klien mengambil masa untuk berfikir
secara mendalam.
Contoh: Tidak mengapa, puan ambillah sedikit masa untuk
bertenang. Saya akan berada di sini untuk mendengar apabila
puan bersedia (Kaunselor membenarkan kesenyapan)

9 Teori Kaunseling.indd 184

09/06/2014 12:34:37

Teori Realiti

Teknik-teknik
Merumus dan
menfokus

Jadual 9.3:

185

Penjelasan
Akhir sekali anda perlu membuat rumusan tentang apa yang
berlaku sepanjang prosedur WDEP agar klien tahu bahawa
dirinya difahami. Untuk itu, anda perlu mendengar dengan
teliti maklumat, cerita dan sebarang tema yang ditimbulkan
oleh klien sepanjang sesi. Jika perlu fokuskan perhatian
anda terhadap klien dan perkara yang boleh dikawalnya dan
bukannya perkara-perkara yang berada di luar kawalan klien.

Konsep AB-CDEFG

Akronim

Deskripsi

1. AB-C : Always be courteous

Anda perlu sentiasa melayan klien dengan


rasa hormat dan penuh harga diri.

2. AB-D : Always be determined

Anda perlu sentiasa mempercayai bahawa


perubahan boleh dilakukan, jangan putus asa
dengan klien dan yakin bahawa klien akan
dapat memperbaiki hidupnya.

3. AB-E : Always be enthusiastic

Anda perlu sentiasa melihat dari sudut yang


positif dan menggalakkan klien untuk melihat
semua kemungkinan dan mengambil langkah
penyelesaian masalah yang berkesan. Anda
juga mesti menunjukkan tahap semangat
yang tinggi.

4. AB-F : Always be firm

Anda perlu sentiasa bersifat tegas dengan


klien dan tidak membenarkan klien
memudaratkan diri sendiri. Namun anda
tidak boleh mengabaikan suasana empati.
Ketegasan dalam sesi bukanlah alasan untuk
meletak nilai diri sendiri ke atas klien.

5. AB-G : Always be genuine

Anda perlu sentiasa bersikap tulen dan


tidak berpura-pura dengan klien. Anda juga
perlu selesa dengan peranan anda sebagai
kaunselor dan sentiasa menunjukkan tingkah
laku yang selaras dan jujur.

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Terapi realiti memberikan sumbangan besar kepada kaunseling silang budaya


kerana ia memberikan satu sistem yang komprehensif untuk membantu sesiapa
sahaja yang terlibat dalam profession membantu seperti ahli psikoterapi,

9 Teori Kaunseling.indd 185

09/06/2014 12:34:37

186

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

kaunselor, guru, pakar motivasi, pekerja sosial, ibu bapa, pengurus dan banyak
lagi tanpa mengira budaya dan bangsa. Kaedah-kaedah dalam kaunseling
terapi realiti boleh dimodifikasikan dengan mudah untuk disesuaikan dengan
klien dari sebarang latar belakang budaya asalkan kaunselor memahami apa
yang sering memotivasikan klien tersebut dari aspek budaya asalnya. Ianya
berasaskan kehendak asas manusia dan tidak memerlukan klien dari budaya
yang berbeza untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan yang dilaksanakan.
Di samping itu terapi realiti lebih singkat dan fokus dan tidak memerlukan
masa yang lama untuk dikendalikan. Ini mengurangkan kos rawatan dan
membolehkan klien dari latar belakang sosio-ekonomi yang berbeza turut
menikmati peluang untuk menjalani kaunseling terapi realiti tanpa rasa
terbeban dengan kos yang tinggi.
Terapi realiti juga boleh digunakan dengan jayanya untuk membantu
golongan kurang upaya berasakan sense of control atau membina lokus
kawalan ke atas keupayaan dirinya berbanding hanya melihat ketidakupayaan
diri. Livneh dan Sherwood (1991) banyak membuat dokumentasi bagaimana
terapi realiti membantu kaunselor memahami penyesuaian psikologi dalam
kalangan orang kurang upaya dan membantu dalam proses rehabilitasi.
Kaunselor boleh menekankan tentang identiti kegagalan/ kejayaan untuk
memotivasikan golongan ini agar hidup dengan lebih positif. Di samping
itu terapi realiti boleh membantu klien kurang upaya meningkatkan kawalan
diri untuk memilih tingkah laku bersesuaian dan produktif. Ini secara tidak
langsung meningkatkan keupayaan mereka untuk hidup berdikari.
Namun sebagaimana teori lain, terapi realiti juga dilihat memiliki
beberapa kekurangan untuk digunakan dalam kaunseling silang budaya. Antara
kekurangan yang dipertikaikan ialah penggunaan teori ini dalam kalangan
klien minoriti yang tertakluk kepada batasan moral dan undang-undang
yang hidupnya dikawal oleh banyak aspek luaran contohnya penjenayah
atau individu daripada golongan yang mengamalkan adat resam dan amalan
ugama yang ketat. Mereka lazimnya lebih sukar menggunakan hak kawalan
diri sendiri untuk mencapai hasrat atau keperluan hidup.

Kelebihan dan Kelemahan Teori

Terapi realiti merupakan salah satu teori yang paling banyak mendapat
sambutan dalam dunia psikologi terutama dalam aspek motivasi. Ianya
berfokus kepada tingkah laku klien pada masa ini dan bukannya mencungkil
kesilapan atau masalah masa silam klien. Terapi realiti membantu klien lebih
menyedari tindakannya sekarang dan komponen tingkah lakunya yang boleh
dikawal dengan sendiri. Ini membuatkan ramai klien menggemari terapi realiti
kerana berasakan mereka mendapat kuasa kawalan ke atas diri sendiri.

9 Teori Kaunseling.indd 186

09/06/2014 12:34:37

Teori Realiti

187

Terapi realiti juga banyak menyumbang kepada proses kaunseling


kelompok. Ramai klien berasakan terapi realiti dapat membantu mereka
memenuhi keperluan diri dan langkah-langkah dalam kaunseling kelompok
berasaskan terapi realiti adalah jelas dan berstruktur. Klien akan ditanya tentang
kehendaknya, tingkah laku masa kininya yang menyumbang kepada kehendak,
penilaian diri dan pelaksanaan perancangan untuk memperbaiki diri mengikut
tahap-tahap perkembangan dalam kelompok. Secara sendirinya, dengan
menggunakan proses terapi realiti, setiap fasa dalam kaunseling kelompok
dapat dijalankan dengan lancar.
Terapi realiti juga sesuai digunakan untuk kaunseling keluarga kerana
ia berasaskan teori kawalan. Menurut Wubbolding (1988) terapi realiti boleh
membantu ahli keluarga dari beberapa aspek seperti:
1. Memenuhi kehendak diri sendiri tanpa mengganggu pencapaian kehendak
ahli keluarga lain.
2. Merubah persepsi ahli keluarga agar tidak menjadi terlalu meletakkan
syarat dalam perhubungan kekeluargaan.
3. Mengajar ahli keluarga menggunakan masa berkualiti dengan lebih
baik dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan mengamalkan
interaksi positif antara satu sama lain.
4. Mengubah dan memperbaiki tingkah laku masing-masing terutamanya
cara tingkah laku semasa berhubungan antara satu sama lain.
Namun penggunaan teknik tiada alasan mungkin mengundang rasa
kurang senang dalam kalangan klien yang agak defensif. Klien lazimnya
tidak suka jika sistem pertahanan diri mereka diserang. Bagi sesetengah
klien, memberi alasan itu dapat mengurangkan kerisauannya terhadap sesuatu
masalah. Sekiranya kaunselor ingin menggunakan teknik ini ke atas klien
yang defensif, kaunselor perlulah melakukannya dengan penuh kemahiran
dan berhati-hati supaya klien tidak menganggap kaunselor sebagai seorang
lagi individu dalam masyarakat sekeliling yang cuba merampas kawalan ke
atas kehidupannya. Antara limitasi yang agak nyata bagi terapi realiti ialah
penumpuannya kepada masa kini dan tidak menghiraukan masa lampau klien.
Bagi klien yang ingin mencapai celik akal tentang masa silamnya, terapi
realiti tidak dapat membantunya berbuat demikian. Terapi realiti seolah tidak
mengendahkan signifikan pengalaman masa lampau terhadap personaliti,
tingkah laku, pemikiran dan perasaan klien masa kini.
Selain itu, untuk memastikan kejayaan pendekatan terapi realiti untuk
meningkatkan motivasi klien, kaunselor perlulah meletakkan sepenuh
kepercayaan bahawa kliennya mampu berubah dan membuat pilihan-pilihan
hidup yang tepat. Ini akan memudahkan kaunselor untuk melatih klien
meningkatkan kawalan dalam dirinya. Sekiranya kaunselor tidak melihat

9 Teori Kaunseling.indd 187

09/06/2014 12:34:37

188

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

keistimewaan klien, berkemungkinan tahap motivasi klien tidak akan dapat


dipertingkatkan.

Aplikasi Kes Laila

Proses terapi dimulakan oleh kaunselor dengan sesi perkenalan ringkas dan
penstrukturan sesi. Kaunselor menerangkan kepada Laila tentang jangka masa
sesi, etika kerahsiaan dan batasannya, peranan kaunselor dan klien, penerangan
proses serta sebarang kontrak (sekiranya ada). Sepanjang sesi ini kaunselor akan
mengamalkan peranan-peranan utamanya sebagai kaunselor realiti yang akan
membimbing klien mencapai keperluannya dan membantu merancang pelan
tindakan yang sesuai. Suasana yang terapeutik amat penting untuk menggalakkan
Laila berfikir dan membuat pilihan terbaik untuk dirinya. Memandangkan
terapi ini tidak mementingkan masa lalu klien dan lebih bertumpu kepada
peristiwa masa kini, maka kisah silam Laila tidak perlu diteroka oleh kaunselor.
Sebaliknya, kaunselor akan fokus kepada tingkah laku semasa klien dan aspek
yang ingin diubahnya sahaja. Di samping itu kaunselor akan menggunakan
kemahiran melayan menggunakan konsep AB- CDEFG sepanjang proses
membantu Laila. Kaunselor tidak akan menggunakan hukuman dan penalti
sebaliknya Laila dilayan dengan rasa hormat dan diberi kepercayaan penuh
untuk membuat pilihan terbaik bagi dirinya. Pada masa sama kaunselor bersikap
positif, tegas iaitu tidak terpengaruh dengan klien dan bersikap tulen sepanjang
sesi. Klien diharapkan akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam proses ini.
Proses kaunseling dilaksanakan menggunakan konsep WDEP yang
akan dimulakan dengan meneroka kehendak Laila dan keperluannya. Laila
akan ditanya tentang matlamat yang ingin dicapainya melalui terapi ini.
Melalui penerokaan ini Laila menyatakan keinginannya untuk mencapai
beberapa matlamat iaitu mengawal sikap pemarahterhadap anak-anaknya serta
belajar menunjukkan kasih sayangnya terhadap suami serta ahli keluarganya
yang lain dengan cara yang lebih sesuai. Dalam penerokaan ini, kaunselor
akan menggunakan struktur soalan yang berbeza tetapi mempunyai fungsi
yang sama untuk memastikan apakah kehendak Laila yang sebenarnya.
Kaunselor akan mendapatkan persepsi klien tentang kehidupannya sekarang
dan yang diidamkannya. Kaunselor mendapat tahu bahawa Laila berasakan
kehidupannya sekarang dipengaruhi oleh peristiwa masa dahulu, namun dalam
sesi terapi realiti ini Laila diajak menilai kelebihan-kelebihan yang dimilikinya
sekarang dan fokus kepada hasrat yang boleh dicapai dengan perancangan
matlamat yang baik. Laila diminta memikirkan apakah lagi yang diperlukannya
untuk mencapai matlamatnya.
Kaunselor: Laila, awak beritahu saya bahawa awak ingin berubah,
boleh saya tahu apa yang awak ingin ubah dalam kehidupan
awak?

9 Teori Kaunseling.indd 188

09/06/2014 12:34:37

Teori Realiti

Laila:

189

Saya ingin jadi ibu dan isteri yang lebih baik.

Kaunselor: Wah! Itu sesuatu yang bagus. Perubahan dari segi apa
yang awak ingin buat untuk jadi isteri dan ibu yang baik?
Laila:

Saya harap saya akan jadi seorang ibu yang sabar dengan
kerenah anak-anak dan boleh lebih rapat dengan mereka.
Tentunya saya nak jadi isteri yang selesa dengan suami saya
dan bebas berbincang apa-apa saja dengannya. Buat masa
ini saya tak pandai nak bercerita dengan suami tentang
masalah saya dan ini membuatkan kami renggang. Saya
terlalu tertekan dengan diri sendiri. Saya tahu ini bukan
salah mereka.

Kaunselor: Ok jadi awak tahu bahawa awak ingin berubah jadi ibu
dan isteri yang lebih rapat dengan keluarga. Boleh awak
bayangkan kepada saya ibu dan isteri yang bagaimana
Laila akan jadi sekiranya perubahan ini berhasil?
Kaunselor dapat mengenal pasti bahawa Laila sekarang sedang berubah
ke arah identiti kejayaan daripada seorang pernah memiliki ketagihan negatif
iaitu ketagihan seks kepada individu yang sudah memiliki keinginan untuk
berubah ke arah kehidupan positif. Laila sudah memiliki kesungguhan dan
kemahiran sendiri untuk mencapai kepuasan dirinya pada masa sekarang.
Antaranya ialah mencapai kepuasan memiliki kuasa dengan mengawal
kehidupan kerjayanya dengan baik dan sering mendapat pengiktirafan yang
mampu memberi keseronokan kepadanya dalam kerjaya. Di samping itu dia
telah berjaya memenuhi keperluan untuk dimiliki dengan mempunyai suami
yang sabar dan amat menyayanginya serta anak-anak yang menjadi pelengkap
hidupnya. Dengan wujudnya keinginan untuk berubah, kaunselor seterusnya
membantu Laila untuk menerapkan simptom-simptom positif melalui tingkah
laku, pemikiran, perasaan dan gaya kehidupannya agar Laila dapat mencapai
matlamatnya dengan baik.
Berdasarkan kehendak dan keperluan yang telah diterokai, Laila akan
diajak oleh kaunselor untuk melihat tingkah laku sedia adanya dan menentukan
sama ada tingkah lakunya membantu dalam mencapai matlamatnya. Sekiranya
Laila ingin menjadi seorang yang penyabar dan penyayang, maka adakah dia
menunjukkan sikapnya itu dengan sebaik-baiknyanya kepada suami dan anakanaknya? Apakah yang dilakukannya untuk meredakan perasaan marahnya
apabila dia mengalami perasaan tersebut? Apakah yang biasanya menyebabkan
dia gagal membendung perasaan marahnya dan mengeluarkan kata-kata kesat
kepada anak dan suaminya? Adakah dia mencari cara-cara untuk menguruskan
kemarahannya dengan baik? Adakah dia mempamerkan kasih sayangnya

9 Teori Kaunseling.indd 189

09/06/2014 12:34:37

190

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

dengan berkesan kepada anak-anak, suami, dan orang lain yang signifikan
dalam hidupnya secara konsisten? Adakah dia menghargai kesabaran dan
sokongan yang diberikan oleh suaminya dalam usahanya mahu berubah?
Sepanjang proses ini kaunselor tidak boleh bersikap menilai terhadap tingkah
laku, perasaan dan emosi klien. Kaunselor perlu yakin bahawa klien akan dapat
memperbaiki hidupnya apabila dia bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri.
Proses seterusnya dalam terapi ini ialah meminta klien menilai sama
ada tindakannya setakat ini berkesan untuk mencapai matlamatnya. Laila
diberi tanggungjawab menilai dirinya secara telus supaya kaunselor dapat
membantunya memasuki proses seterusnya iaitu perancangan pelan tindakan.
Sekiranya wujud tingkah laku/ emosi/ pemikiran Laila yang tidak produktif
atau memberikan kesan negatif terhadap pencapaian matlamatnya, maka
kaunselor perlu mengkonfrontasi Laila dan menggalakkan dia mengubah
tingkah/ emosi/ pemikirannya itu. Contohnya, sekiranya Laila tidak mengawal
kemarahannya dengan baik kerana menganggap itulah cara terbaik baginya
melepaskan perasaannya terhadap apa yang telah berlaku kepadanya selama ini,
kaunselor perlu bersikap tegas dan menyuruh laila menukar simptom negatif
ini kepada yang lebih positif. Laila juga perlu menilai sama ada langkahlangkah yang diambilnya untuk menguruskan kemarahan adalah efektif dan
mencukupi. Sekiranya tidak, maka Laila perlu memikirkan cara-cara yang lebih
baik untuk dia menangani sikap pemarahnya. Dalam hal hubungan dengan
suaminya, Laila perlu menilai sama ada dia menghargai kehadiran suaminya
yang kini, memandangkan suaminya ini melayan dia dengan baik dan menjaga
anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Jika sikapnya selama ini hanya
meretakkan hubungan mereka, maka Laila perlu melakukan langkah-langkah
positif untuk segera memperbaiki keadaan. Kaunselor menggalakkan Laila
meneruskan simptom-simpton positif yang sedia diamalkannya sekarang sama
ada dari segi tindakan, perasaan atau pemikirannya seperti bermotivasi tinggi
dalam hal kerjayanya, pemaaf dan penyayang terhadap anak-anaknya dan
bersikap bertanggungjawab terhadap adik-adiknya kerana simptom-simptom
positif ini akan membantu membentuk ketagihan positif dalam usahanya
untuk berubah.
Untuk memastikan matlamat Laila menghadiri sesi kaunseling tercapai
dengan jayanya, kaunselor membantu Laila untuk merancang pelan tindakan
yang sesuai. Kaunselor terapi realiti akan memandu klien membuat pelan
tindakan efektif yang memiliki ciri-ciri mudah difahami, senang dicapai, boleh
diukur keberkesanannya serta boleh dilaksanakan segera oleh Laila. Kaunselor
juga perlu memastikan Laila dapat mengawal perancangan dengan baik. Antara
alternatif yang boleh diambil oleh Laila untuk menguruskan sikap pemarahnya
ialah mengamalkan kaedah mengawal kemarahan yang mudah seperti bertenang
dan mengamalkan kaedah pernafasan atau relaksasi setiap kali dia berasa marah,
dan mengelakkan mengeluarkan kata-kata kasar sekiranya marah. Di samping

9 Teori Kaunseling.indd 190

09/06/2014 12:34:37

Teori Realiti

191

itu Laila boleh mengalihkan perhatiannya kepada hal-hal yang menyeronokkan


apabila dia berada dalam mood negatif seperti menumpukan perhatian
kepada kerjayanya atau beriadah sebagai salah satu cara mengurangkan
stres. Laila boleh mengambil peluang untuk bercuti dan bergembira bersama
suami dan anak-anaknya sebagai satu cara mengelakkan perasaan marah dan
meningkatkan perasaan kasih sayang dan tolak ansur sesama mereka. Ini
juga akan mengeratkan anak-anak kepadanya dan membekalkan rasa selamat
kepada Laila. Sekiranya dia lebih kerap merasakan emosi positif dalam hidup
berbanding emosi negatif, dengan sendirinya ianya akan menjadi tabiat positif.
Laila juga boleh bersikap lebih santai dengan adik-beradiknya dalam usaha
untuk memperoleh rasa kepunyaan yang lebih memuaskan. Walaupun dia berasa
sedikit janggal menerima adik yang baru, tetapi Laila boleh menggunakan sikap
penyayangnya untuk membina ikatan dengan adiknya dan melupakan konflik
yang berlaku pada dirinya di masa kecil.
Kaunselor: Baiklah Laila, ini adalah sesi sambungan kita selepas kita
berbincang dahulu tentang keinginan awak untuk berubah
dan halangan-halangan yang awak lalui setakat ini. Jadi
dalam sesi ini saya akan bantu awak merancang pelan
tindakan untuk mencapai matlamat anda. Setakat ini apa
yang telah anda rancangkan untuk menjalankan perubahan
tersebut?.
Laila:

Saya hendak cuba untuk lebih banyak bertenang apabila


saya rasa tertekan. Saya ada belajar tentang teknik relaksasi
yang boleh saya lakukan. Kawan saya juga mencadangkan
saya untuk mula bersenam. Katanya kita akan rasa lebih
tenang lepas bersenam, sambil itu saya dapat menjaga
kesihatan dan kecantikan. Saya rasa itu cadangan yang
menarik.

Kaunselor: Bagus, nampaknya awak telah membuat sedikit kerja


rumah dan memikirkan cara untuk mencapai matlamat.
Saya puji sikap anda, ini satu permulaan yang baik.
Baiklah, adakah awak rasa dua cara ini, iaitu teknik
relaksasi dan bersenam mampu anda jalankan dengan baik?
Sekiranya anda rasa ianya sesuai, mungkin saya boleh
membantu anda untuk lihat cara pelaksanaannya supaya
anda benar-benar faham dan boleh laksanakan segera.
Laila:

9 Teori Kaunseling.indd 191

(kelihatan seronok). Elok juga kalau begitu, saya rasa


saya boleh lakukannya. Mungkin saya kena bermula

09/06/2014 12:34:38

192

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

sekadar mampu dahulu tapi saya rasa ia akan membantu.


Saya rasa saya juga boleh ajak anak-anak dan suami
juga melakukannya bersama saya. Ini pasti akan bantu
hubungan kami. Bukankah begitu?.
Kaunselor: Hebat! Itu semangat yang kita mahukan. Apa kata kita
mulakan sekarang?.
Kaunselor perlu percaya klien memiliki ciri-ciri positif yang dapat
membantunya untuk berubah. Untuk memastikan semua perancangan ini
mendatangkan hasil yang memuaskan maka Laila perlulah memberi komitmen
yang teguh terhadap perancangan dan pelaksanaan pelan tindakan. Sepanjang
proses ini kaunselor bolehlah bersikap lebih terbuka dan mungkin menyelitkan
sedikit humor agar klien tidak berasa terlalu tertekan. Sekiranya Laila perlu
masa untuk berfikir sepanjang sesi perbincangan, kaunselor perlu memberi
ruang kepadanya supaya Laila dapat memikirkan keputusan yang paling
sesuai untuk dirinya. Apabila Laila berasa lebih yakin dengan keputusannya,
maka tentulah dia akan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat.
Sebelum menamatkan sesi, kaunselor perlu merumuskan semula apa yang
telah dibincangkan dalam sesi untuk mengingatkan klien tentang objektif
utamanya dan pelan tindakan yang telah dipersetujui agar klien faham apa
yang perlu dilaksanakannya selepas ini. Kaunselor boleh menamatkan sesi
buat masa ini dan mengaturkan sesi susulan sekiranya perlu untuk menilai
perkembangan klien.

Rumusan

Melalui bab ini anda telah mengetahui beberapa perkara yang menjadi tonggak
teori terapi realiti. Terapi realiti mementingkan keupayaan klien untuk membuat
pilihan yang tepat dalam hidupnya bagi memenuhi keperluan psikologi iaitu
rasa dipunyai, kuasa, kebebasan keseronokan dan keperluan meneruskan
hidup (survival needs). Namun dalam proses ini manusia mungkin membentuk
sama ada identiti kejayaan atau kegagalan. Peranan anda sebagai kaunselor
realiti ialah untuk membantu klien memperbaiki kaedahnya dalam memenuhi
keperluan diri. Kaunselor terapi realiti perlu melaksanakan prosedur WDEP
untuk membantu perubahan di samping mengamalkan kemahiran melayan
(AB-CDEFG) secara efektif. Di samping itu kaunselor perlu mahir membantu
klien merancang pelan tindakan dengan efektif menggunakan garis panduan
SAMIC. Kesemua ini akan membantu klien anda membentuk identiti kejayaan
yang mampu meningkatkan kualiti hidupnya sebagai manusia.
Bab ini telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan teori
realiti. Bab seterusnya akan membincangkan berkaitan teori berfokuskan
penyelesaian.

9 Teori Kaunseling.indd 192

09/06/2014 12:34:38

Teori Realiti

193

Glosari
Keperluan psikologi manusia

Kesepaduan tingkah laku

Identiti kegagalan

Identiti kejayaan

Prosedur WDEP

Metafora

9 Teori Kaunseling.indd 193

Keperluan untuk rasa dipunyai, kuasa,


kebebasan keseronokan dan keperluan
meneruskan hidup (survival needs) yang
bertindak sebagai summber motivasi yang
mendorong tingkah laku manusia.
Tingkah laku manusia merangkumi empat
aspek yang tidak boleh dipisahkan iaitu
perbuatan, pemikiran, perasaan dan fisiologi.
Identiti seseorang yang bercirikan tingkah
laku luar kawalan atau tidak efektif. Individu
ini cuba mendapatkan kepuasan dengan cara
yang kurang berkesan dan memudaratkan
diri sendiri dan orang lain.
Identiti seseorang yang memiliki kesungguhan
dan kemahiran yang diperlukan untuk
mencapai kepuasan kendiri dalam kelimalima aspek keperluan iaitu, keperluan rasa
dimiliki, kuasa, keseronokan, kebebasan dan
survival dengan cara yang positif.
Proses terapi realiti yang meliputi W (wants)Meneroka keperluan atau kehendak, D
(Doing and direction)- Melihat tingkah laku
dan arah tujuan, E (Evaluation)- membuat
penilaian kendiri, P (Plan)- Merancang dan
melaksanakan pelan tindakan.
Perumpamaan, simpulan bahasa atau katakata kiasan yang menyamakan diri klien atau
masalahnya dengan sesuatu

09/06/2014 12:34:38

194

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

9 Teori Kaunseling.indd 194

09/06/2014 12:34:38

Bab 10

Teori Berfokuskan
Penyelesaian

Objektif

Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Memahami andaian asas dan prinsip terapi berfokuskan penyelesaian
masalah
2. Memahami proses yang terlibat dalam pendekatan ini
3. Mengaplikasikan teknik-teknik terapi berfokuskan penyelesaian dengan
baik

Pengenalan

Teori berfokuskan penyelesaian memberi tumpuan kepada perkara yang


berfungsi dalam kehidupan klien, berbeza dengan pendekatan atau teori
tradisional yang biasanya cenderung memberi tumpuan kepada sesuatu masalah
serta puncanya. Teori ini membantu klien dengan menfokuskan pengecualian
pola masalah yang merupakan suatu situasi dengan klien tidak diganggu
oleh masalah tersebut. Klien juga dibantu untuk mengenal pasti faktor-faktor
yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalahnya dalam masa yang
singkat. Selain itu, kaunselor atau ahli terapi turut menggalakkan individu
untuk menganalisis sesuatu masalah dan mengenal pasti bagaimana masalah
tersebut wujud bagi mencari strategi penyelesaian masalah.

10 Teori Kaunseling.indd 195

12/06/2014 10:14:36

196

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Gambaran Keseluruhan Teori


Teori Berfokuskan
Penyelesaiaan

Pengasas Teori

Andaian Asas dan Prinsip


Terapi

Matlamat Terapi

Peranan Kaunselor
Hubungan Kerjasama
Proses Terapi

Perubahan Pra-Terapi
Exception Questions

Teknik-Teknik

Miracle Questions
Scaling Questions
Pembentukan Tugas

Aplikasi Teori dalam


Seting Silang Budaya

Maklum balas ahli terapi


Penamatan

Kekuatan dan Kelemahan


Teori

Rajah 10.1: Gambaran Keseluruhan Teori Berfokuskan Penyelesaian

10 Teori Kaunseling.indd 196

12/06/2014 10:14:37

Teori Berfokuskan Penyelesaian

197

Pengasas Teori

Steve de Shazer merupakan


seorang psikoterapis, penulis
dan pengasas kepada terapi
berfokuskan penyelesaian. De
Shazer mendapat latihan dalam
bidang muzik klasik dan pernah
bekerja sebagai pemain seksafon.
Kemudian beliau meneruskan
pengajiannya dan dianugerahkan
Bachelor in Fine Arts dan MSc
in Social Work dari Universiti
Milwaukee-Wisconsin. Pada tahun
1978, De Shazer menubuhkan
Brief Family Therapy Center di
Milwaukee, Wisconsin bersama
isterinya, Insoo Kim Berg. De
Rajah 10.2: Steve de Shazer (1940-2005)
Shazer telah menulis enam buah
buku yang diterjemah kepada 14
buah bahasa, menulis artikel, dan mengajar di peringkat antarabangsa. Antara
penulisan beliau yang berpengaruh adalah Keys to Solutions in Brief Therapy
(1985), Clues: Investigating Solutions in Brief Therapy (1988) dan Words
Were Originally Magic (1994). Beliau meneruskan usaha dalam pembinaan
teori ini sehingga kematiannya pada tahun 2005.
Insoo Kim Berg dilahirkan di
Korea, merupakan ahli psikoterapis
Amerika, yang juga pengasas
kepada terapi berfokuskan
penyelesaian. Pada tahun 1978,
Berg bersama suaminya, De Shazer
menubuhkan Brief Family Therapy
Center (BFTC) di Milwaukee.
Beliau telah menerbitkan banyak
buku ilmiah antaranya termasuklah
Working with the Problem Drinker:
A Solution-Focused Approach
pada tahun 1992, dan Family
Based Services: A SolutionFocused Approach pada 1994.
Antara pencapaian beliau adalah
mengaplikasikan teori berfokuskan
Rajah 10.3: Insoo Kim Berg (1934-2007) penyelesaian kepada penagih

10 Teori Kaunseling.indd 197

12/06/2014 10:14:37

198

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

alkohol, terapi perkahwinan dan perkhidmatan untuk orang miskin. Berg


meninggal dunia 16 bulan selepas kematian suaminya pada tahun 2005. Selepas
kematian kedua-dua pengasas ini, BFTC telah ditutup pada tahun 2007, dan
segala bahan dan peralatan latihan telah berpindah milik kepada Solution
Focused Brief Therapy Association.

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia

Teori berfokuskan penyelesaian masalah memahami manusia dengan beberapa


cara iaitu:
1. Manusia mempunyai keupayaan untuk mengatasi cabaran hidup, namun
adakalanya, manusia kehilangan kawalan untuk mencari penyelesaian
dan mengatasi masalahnya.
2. Setiap manusia mempunyai kekuatan diri masing-masing. Jika manusia
dapat memahami dan menggunakan kekuatan ini dengan sebaik-baiknya,
manusia tersebut dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupannya.
3. Manusia tidak sentiasa berhadapan dengan masalah. Pada satu ketika,
pasti terdapat waktunya manusia tidak diganggu oleh masalah.

Andaian Asas dan Prinsip Teori

Teori berfokuskan penyelesaian adalah bersifat optimistik dan menganggap


bahawa individu yang sihat dan cekap mempunyai keupayaan untuk membina
penyelesaian terhadap sesuatu masalah dalam kehidupan mereka. Pendekatan
ini percaya bahawa manusia mempunyai keupayaan untuk mengatasi cabaran
hidup, namun adakalanya, manusia kehilangan kawalan untuk mencari
penyelesaian dan mengatasi masalahnya.
Walter dan Peller (1992) menjelaskan bagaimana manusia dapat berubah
dan bagaimana mereka boleh mencapai matlamat mereka. Beberapa andaian
asas yang membawa kepada perubahan tersebut adalah:
1. Individu atau klien yang datang ke sesi terapi mempunyai keupayaan
untuk bertingkah laku dengan berkesan, walaupun adakalanya keupayaan
tersebut disekat oleh pemikiran yang negatif. Pemikiran yang bermasalah
ini menghalang klien untuk mengenal pasti cara-cara yang berkesan untuk
menangani masalah.
2. Tumpuan kepada aspek positif dan masa depan dapat membantu
menyelesaikan masalah. Sekiranya klien dapat menyesuaikan diri dengan
kekuatan diri mereka, maka masalah dapat diselesaikan dengan mudah.
3. Terdapat pengecualian bagi setiap masalah yang timbul. Perbincangan
tentang pengecualian dapat membantu klien mengawal masalah yang
dihadapi. Pengecualian merujuk kepada satu keadaan atau ketika masalah
tersebut tidak memberi kesan atau mengganggu klien.

10 Teori Kaunseling.indd 198

12/06/2014 10:14:37

Teori Berfokuskan Penyelesaian

4.
5.
6.
7.
8.
9.

199

Klien biasanya melihat diri mereka dari satu perspektif. Justeru, teori ini
memandu klien untuk melihat diri mereka dari perspektif yang berbeza.
Perubahan yang kecil dapat membawa kepada perubahan lebih besar
yang biasanya membantu untuk menyelesaikan masalah.
Klien ingin membuat perubahan, berupaya untuk berubah dan dapat
melakukan yang terbaik untuk berubah.
Terapis seharusnya bekerjasama dengan klien untuk merangka strategi
penyelesaian masalah, dan bukan merangka strategi penyelesaian untuk
klien.
Klien boleh dipercayai dalam niat mereka untuk menyelesaikan masalah.
Tiada satu set pun penyelesaian masalah yang boleh digunakan untuk
semua individu, setiap individu adalah unik maka mereka memerlukan
cara penyelesaian masalah yang berbeza bergantung kepada diri masingmasing.

Matlamat Terapi

Matlamat terapi adalah berbeza bagi setiap klien. Antara matlamat pendekatan
ini ialah untuk mengubah pandangan sesuatu masalah, mengubah perlakuan
yang membawa kepada situasi yang bermasalah, dan mengenal pasti sumber
dan kekuatan klien (O Hanlon & Davis 2003). Klien digalakkan untuk
membincangkan tentang penyelesaian dan perubahan berbanding berbincang
tentang masalah itu. Keadaan ini adalah berdasarkan jangkaan bahawa apa
yang dibincangkan di dalam sesi adalah apa yang akan kita hasilkan.
Apabila kita sentiasa bercakap tentang masalah, maka akan terhasillah
masalah secara berterusan. Sebaliknya jika kita bercakap tentang perubahan, akan
terhasillah perubahan. Apabila individu dapat mempelajari untuk menyatakan
sesuatu yang mampu dilakukan dengan berkesan, membincangkan tentang
sumber dan kekuatan yang dimiliki, juga mengutarakan perkara yang telah dan
berjaya dilakukan, mereka telah mencapai matlamat utama dalam terapi (Nichols
2006; 2007). Sekiranya klien tidak dapat menentukan matlamat dengan jelas,
sesi terapi akan menjadi tidak berkesan. Justeru, pada peringkat awal sesi, amat
penting bagi terapis untuk mengenal pasti isu yang sedia untuk dibincangkan
oleh klien. Terapis juga perlu mengetahui perubahan yang ingin dicapai oleh
klien dengan menyediakan suasana yang memudahkan perubahan itu berlaku di
samping menggalakkan klien untuk berfikir dari pelbagai sudut yang berbeza.
Walter dan Peller (1992) juga menekankan tentang kepentingan
membantu klien membina matlamat yang jelas yang dinyatakan dalam bahasa
yang positif oleh klien, matlamat yang berorientasikan proses dan tindakan,
berkonsepkan here and now, boleh dicapai, konkrit dan khusus serta boleh
dikawal oleh klien. Bagaimanapun, ahli terapiperlu berhati-hati agar tidak
terlalu tergesa-gesa dalam membantu klien membentuk matlamat. Ahli terapi

10 Teori Kaunseling.indd 199

12/06/2014 10:14:37

200

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

perlu terlebih dahulu mendengar masalah yang dikemukakan oleh klien agar
klien berasa dihargai dan difahami.

Peranan Kaunselor

Klien akan mengambil bahagian sepenuhnya dalam sesi terapi sekiranya


mereka menyedari bahawa mereka sendiri yang menentukan arah dan tujuan
perbincangan terapi (Walter & Peller 1996). Dalam proses terapi, klien harus
menentukan matlamat dan perubahan yang ingin dicapai. Ahli terapi pula
akan mengambil posisi tidak tahu (not knowing position) untuk menggalakkan
klien meletakkan diri mereka sebagai pakar dalam kehidupan mereka sendiri.
Ahli terapi menganggap klien sebagai pakar dalam kehidupan mereka, ini
berbeza dengan pendekatan tradisional lain yang melihat ahli terapi atau
kaunselor sebagai pakar dalam penilaian dan rawatan, sebaliknya pendekatan
berfokuskan penyelesaian menganggap ahli terapi sebagai pakar yang dapat
memandu kepada proses perubahan.
Tugas utama ahli terapipula adalah untuk membantu klien bergerak ke
arah perubahan yang telah ditentukan oleh klien. Ahli terapi perlu berusaha
untuk mewujudkan hubungan kerjasama dengan klien kerana ia mungkin dapat
membantu perubahan pada masa sekarang dan masa hadapan (Bertolino & O
Honlon2002).Ahli terapi perlu membina suasana yang saling menghormati,
menyediakan dialog yang berkesan, penerokaan, serta menerima apa yang
sedia untuk dikongsi, diteroka dan diubah semula oleh klien (Walter & Peller
1996). Ahli terapi juga perlu membantu berfikir tentang perubahan yang
diingini dan mengenal pasti perkara yang boleh membawa kepada perubahan
tersebut (Gingerich & Eisengart 2000).

Proses Terapi

Bertolino dan OHonlon (2002) menekankan kepentingan hubungan kerjasama


terapeutik antara ahli terapi dengan klien bagi memastikan proses terapi menjadi
lebih efektif. Ahli terapi dianggap sebagai pakar dalam konteks mewujudkan
perubahan, manakala klien dianggap sebagai pakar dalam kehidupan mereka
sendiri. Klien lebih mengetahui tentang semua aspek dalam kehidupannya
sama ada positif atau negatif berbanding dengan ahli terapi itu sendiri.
Walter dan Peller (1992) menghuraikan empat langkah dalam proses
terapi ini iaitu:
1. Mengenal pasti keinginan dan ketidakmahuan klien.
2. Tidak mencari patologi atau memberi label dan diagnosis kepada klien
kerana ia boleh memberi kesan yang negatif kepada klien. Sebaliknya,
kenal pasti aspek positif yang dapat membantu klien dan menggalakkan
mereka untuk terus ke arah yang lebih baik.

10 Teori Kaunseling.indd 200

12/06/2014 10:14:37

Teori Berfokuskan Penyelesaian

3.
4.

201

Sekiranya apa yang telah dilaksanakan oleh klien tidak berjaya, galakkan
klien untuk mencuba alternatif yang baru atau berbeza.
Laksanakan setiap sesi terapi dengan menganggap sesi tersebut adalah
satu-satunya sesi dan yang terakhir.

Selain daripada Walter dan Peller (1992), De Shazer (1991) juga percaya
bahawa klien boleh membina penyelesaian masalahnya tanpa sebarang
penilaian terhadap kewujudan semula jadi masalah tersebut. Struktur ini
membezakan teori dengan pendekatan tradisional yang lain.
De Jong dan Berg (2008) menjelaskan tentang langkah yang terlibat
dalam proses pendekatan berfokuskan penyelesaian iaitu:
1. Klien diberi peluang untuk menceritakan masalah mereka manakala
ahli terapi pula akan mendengar dengan penuh hormat dan berhati-hati.
Klien juga akan diajukan dengan pertanyaan bagaimana ahli terapi boleh
berguna kepadanya.
2. Ahli terapi dan klien bekerjasama untuk membentuk matlamat sesi.
Bagi tujuan pembentukan matlamat ini, soalan yang boleh diajukan
kepada klien ialah Apakah perbezaan yang wujud setelah masalah anda
diselesaikan?
3. Ahli terapi bertanya kepada klien tentang waktu atau situasi masalah
tersebut tidak mengganggu klien. Klien dibantu untuk meneroka
pengecualian masalah dengan memberi penekanan khas kepada tindakan
klien untuk ke arah pengecualian masalah.
4. Pada akhir setiap sesi, ahli terapi akan membuat rumusan, memberikan
galakan, dan mencadangkan apa yang perlu dilakukan oleh klien
sebelum sesi yang akan datang untuk memastikan masalah klien dapat
diselesaikan.
5. Ahli terapi dan klien menilai kemajuan yang telah dicapai melalui sesi
dengan menggunakan skala penilaian. Klien diminta untuk melaksanakan
tindakan yang dibincangkan sebelum masalah dapat diselesaikan.

Teknik-teknik
Jadual 10.1: Teknik-teknik Berfokuskan Penyelesaian
Teknik-teknik
Membina hubungan
kerjasama

10 Teori Kaunseling.indd 201

Penjelasan
Ahli terapi berfokuskan penyelesaian bolehmemilih
beberapa intervensi untuk membantu klien dalam mencari
penyelesaian dan dalam mewujudkan kehidupan yang
lebih memuaskan. Walaubagaimanapun, sekiranya prosedur
ini dijalankan secara rutin tanpa membina hubungan kerja
yang baik, ia tidak akan memberi hasil yang efektif. Ahli

12/06/2014 10:14:37

202

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Penjelasan
terapi atau kaunselor perlu mempercayai bahawa klien
adalah pakar dalam kehidupan mereka sendiri, bukan ahli
terapi. Justeru, semua teknik yang akan dibincangkan perlu
didasari dengan hubungan kerjasama antara terapis atau
kaunselor dengan klien.
Contoh: Bagi mewujudkan hubungan kerjasama yang baik,
kaunselor perlu menyediakan persekitaran yang membantu
dalam sesi kaunseling. Ini termasuklah menyediakan
suasana yang saling menghormati, mesra, dan mendengar
dengan aktif. Dengan itu, klien dapat berasakan bahawa
kaunselor bersedia untuk membantunya.

Perubahan Praterapi. Penjadualan temu janji boleh membawa kepada perubahan


yang positif dalam terapi. Pada awal sesi, kaunselor boleh
bertanya kepada klien tentang perubahan atau usaha
yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut.
Dengan bertanyakan tentang perubahan, ahli terapi boleh
mendapatkan, membangkitkan dan memperkukuhkan apa
yang telah dilaksanakan oleh klien yang boleh membawa
kepada perubahan yang positif. Pertanyaan tentang
perubahan boleh menggalakkan klien agar tidak terlalu
bergantung kepada ahli terapi sebaliknya lebih bergantung
kepada sumber dan keupayaan mereka sendiri untuk
mencapai matlamat rawatan (De Shazer & Dolan, 2007;
McKeel, 1996).
Contoh: Pada awal sesi terapi, ahli terapi boleh bertanya
kepada klien, Apakah yang telah anda lakukan, yang
membawa kepada perubahan dalam masalah anda sejak
anda datang ke sesi?
Soalan Pengecualian Teori berfokuskan penyelesaian menganggap bahawa
atau Exception
terdapat waktu atau masa dalam kehidupan klien
Questions
diaitu masalah yang dikenal pasti tidak hadir sebagai
satu masalah. Situasi atau ketika ini dipanggil sebagai
exceptions atau pengecualian dan mewakili perbezaan
berita atau news of difference (Bateson 1972). Terapis
akan menggunakan soalan pengecualian untuk mengarah
klien melihat waktu atau keadaan masalah tersebut tidak
wujud, atau satu keadaan masalah tersebut tidak terlalu
mengganggu. Dengan membantu klien mengenal pasti
exceptions kepada masalah, peluang untuk klien berusaha
ke arah penyelesaian masalah semakin meningkat
(Guterman 2006). Penerokaan ini mengingatkan klien
bahawa masalah bukanlah sesuatu yang berkuasa dan tidak
wujud selama-lamanya. Ia juga memberi peluang kepada

10 Teori Kaunseling.indd 202

12/06/2014 10:14:37

Teori Berfokuskan Penyelesaian

Teknik-teknik

203

Penjelasan
klien untuk mengenal pasti sumber kekuatannya dan
memilih strategi penyelesaian. Terapis juga meminta klien
untuk berfikir tentang perkara yang boleh menyebabkan
pengecualian masalah ini lebih kerap wujud atau juga
dikenali sebagai change-talk (Andrew & Clarks1996).
Contoh: Pernah tak anda berasakan masalah ini tidak
mengganggu hidup anda?,
Dalam situasi yang bagaimana masalah ini tidak
mengganggu anda?.

Soalan Ajaib atau


Miracle Question

Teknik ini merupakan antara teknik utama dalam


pendekatan berfokuskan penyelesaian yang melibatkan
penggunaan soalan tertentu oleh ahli terapi. Dalam teknik
ini, ahli terapimengajukan soalan kepada klien. Klien
digalakkan untuk melihat dan membayangkan perbezaan
yang akan berlaku sekiranya masalah tersebut telah dapat
diselesaikan. Proses yang mengandaikan penyelesaian ini
selaras dengan kepercayaan OHanlon dan Weiner-Davis
(2003) yang percaya bahawa perubahan dalam tingkah laku
dan tanggapan terhadap masalah boleh mengubah masalah
tersebut.
Penggunaan soalan ajaib mempunyai beberapa kelebihan
antaranya termasuklah boleh membuka kemungkinan
kepada perubahan pada masa hadapan. Klien digalakkan
untuk membiarkan diri mereka berimaginasi atau
membayangi sebagai satu cara untuk mengenal pasti
perubahan yang mereka inginkan. Soalan ini mempunyai
fokus terhadap masa hadapan dengan klien boleh
memikirkan tentang kehidupan yang berbeza dan tidak
didominasi oleh sesuatu masalah. Intervensi ini mengubah
penekanan masalah pada masa lepas kepada penekanan
masalah pada masa sekarang untuk mendapatkan
kehidupan masa hadapan yang lebih memuaskan.
Contoh:
Jika berlaku keajaiban dan masalah anda telah diselesaikan
dalam sekelip mata, bagaimana anda tahu ia telah
diselesaikan, dan apakah perbezaan yang akan wujud?.

Soalan berskala atau Soalan berskala digunakan memandangkan perubahan


Scaling Questions
dalam pengalaman manusia agak sukar diperhatikan,
misalnya perasaan, mood dan komunikasi (De Shazer &
Berg 1988). Soalan berskala membolehkan klien untuk
memberi perhatian yang lebih kepada apa yang mereka
lakukan dan langkah yang boleh mereka ambil untuk
membawa kepada perubahan yang diinginkan.

10 Teori Kaunseling.indd 203

12/06/2014 10:14:37

204

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Penjelasan
Contoh: Individu yang mempunyai kerisauan atau kecelaruan
panik mungkin akan ditanya, dalam skala 1 hingga 10,
bagaimana perasaan anda pertama kali datang ke sesi dan
bagaimana perasaan anda selepas berlakunya keajaiban
dalam hidup anda? Setelah masalah anda selesai, bagaimana
anda meletakkan skala kerisauan anda sekarang?. Walaupun
sekiranya klien hanya meletakkan peningkatan skala
dari skala 1 ke skala 2, namun klien telah menunjukkan
perubahan. Bagaimana klien tersebut melakukannya?
Apakah yang perlu klien lakukan untuk meningkatkan
skalanya? Segala persoalan ini membantu klien untuk
mengenal pasti tahap masalah dan kerisauan mereka.

Membentuk tugas
sesi pertama atau
Formulating First
Session Task (FFST)

FFST adalah satu bentuk kerja rumah yang diberi oleh


ahli terapi kepada klien untuk diselesaikan dalam tempoh
sesi pertama dan sesi kedua. Dalam tugasan ini, ahli terapi
mungkin akan berkata, Mulai saat ini dan sesi yang
akan datang, saya ingin anda membuat pemerhatian dan
menerangkan kepada saya tentang apa yang berlaku dalam
keluarga anda, kehidupan, perkahwinan dan perhubungan
yang anda ingin ia terus berlaku pada masa hadapan (De
Shazer 1985). Pada sesi yang kedua, akan ditanya tentang
apa yang diperhatikan dan apa yang klien ingin terus
berlaku. Persoalan tentang bagaimana perubahan tersebut
berlaku adalah tidak penting, sebaliknya bila perubahan
itu berlaku adalah lebih penting. Menurut De Shazer,
intervensi ini cenderung untuk meningkatkan optimistik
dan harapan klien tentang situasi mereka. Klien biasanya
akan bekerjasama dengan ahli terapi dalam FFST dan
melaporkan perubahan atau peningkatan mereka bermula
dari sesi pertama (McKeel 1996; Walter & Peller 2000).
Tugasan ini diberikan setelah klien diberi peluang untuk
berkongsi tentang cerita dan masalah mereka kerana
klien perlu rasa difahami terlebih dahulu sebelum mereka
dipandu untuk membuat sesuatu perubahan.

Maklum balas
terapis terhadap
klien

Pada akhir setiap sesi, ahli terapi perlu berehat selama 5


hingga 10 minit untuk membuat rumusan sesi. Pada waktu
tersebut, terapis akan merangka maklum balas yang akan
disampaikan kepada klien selepas waktu rehat tersebut. De
Jong dan Berg (2008) menjelaskan bahawa tiga bahagian
asas dalam struktur rumusan tersebut adalah pujian,
penghubung atau bridge dan cadangan tugasan. Pujian
yang ikhlas diberikan kepada klien atas apa yang telah
dilakukan oleh klien yang mengarah kepada penyelesaian

10 Teori Kaunseling.indd 204

12/06/2014 10:14:37

Teori Berfokuskan Penyelesaian

Teknik-teknik

205

Penjelasan
yang berkesan. Pujian harus diberikan dengan cara yang
membina harapan bahawa klien dapat mencapai matlamat
perubahan yang diingini dengan menggambarkan kekuatan
dan kejayaan mereka. Kedua, penghubung atau bridge
menghubungkan pujian dengan cadangan tugasan yang
akan diberikan. Penghubung ini menyediakan rasional
kepada sesuatu tugasan.
Seterusnya, aspek ketiga iaitu cadangan tugasan kepada
klien. Tugasan pemerhatian yang diberi kepada klien
membolehkan klien untuk melihat beberapa aspek dalam
kehidupan mereka. Proses pemantauan diri ini membantu
klien mengenalpasti perbezaan yang berlaku apabila
sesuatu keadaan itu menjadi lebih baik, terutamanya
perbezaan pada cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku.
Tugasan tingkah laku pula memerlukan klien membuat
sesuatu yang dirasakan berguna oleh ahli terapi dalam
membantu klien membina penyelesaian masalah. De Jong
dan Berg (2008) menekankan bahawa maklum balas yang
diberikan oleh terapis kepada klien menjelaskan tentang
apa yang perlu klien lakukan termasuklah perbezaan atau
perubahan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan
peluang dalam mencapai matlamat terapi.
Contoh: Kaunselor membuat kesimpulan di akhir setiap
sesi dan memberikan tugasan kepada klien sekiranya perlu.

Penamatan

Pada permulaan sesi terapi, terapis dan klien sedar bahawa mereka bekerja ke
arah penamatan sesi. Apabila klien telah dapat membina penyelesaian yang
memuaskan, hubungan terapeutik boleh ditamatkan. Soalan-soalan yang
ditanya oleh ahli terapidapat membuatkan klien berfikir tentang perubahan
yang diingini dalam kehidupan mereka di samping mengenal pasti sumber
kekuatan yang dapat membantu klien untuk melaksanakan perubahan tersebut.
Penggunaan soalan berskala membolehkan ahli terapi membantu klien
memantau perkembangan mereka apabila tidak lagi berada dalam sesi terapi
(De Jong & Berg 2008). Sebelum sesi terapi berakhir, ahli terapi membantu
klien mengenal pasti perkara yang boleh dan telah dilakukan oleh klien yang
dapat membawa kepada perubahan pada masa hadapan (Bertolino & OHanlon
2002). Klien juga dibantu untuk mengenal pasti kesukaran atau halangan yang
mungkin dihadapi dalam mengekalkan perubahan yang dilakukan.
Oleh sebab terapi ini bersifat ringkas dan berpusatkan masa sekarang,
berkemungkinan klien akan berhadapan dengan masalah perkembangan

10 Teori Kaunseling.indd 205

12/06/2014 10:14:37

206

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

yang lain pada masa yang lain. Justeru, klien boleh mendapat sesi tambahan
sekiranya terdapat sebarang masalah atau isu yang memerlukan klien untuk
memperbaiki kehidupan mereka.

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Teori ini boleh disesuaikan dengan kepelbagaian budaya terutamanya


masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa misalnya
Melayu, Cina, India, masyarakat pribumi dan sebagainya. Kepelbagaian
etnik ini mewujudkan kepelbagaian budaya dalam kalangan klien juga ahli
terapi sendiri. Pendekatan moden seperti teori berfokuskan penyelesaian
menggalakkan klien berfikir tentang pemikiran mereka, menilai aspek
kehidupan dan mengenal pasti sumber kekuatan dari sudut nilai dan budaya
mereka sendiri. Penggunaan teknik soalan membolehkan klien berfikir secara
bebas dalam konteks kehidupan mereka sendiri. Klien juga dianggap sebagai
pakar dalam kehidupan mereka yang berkuasa untuk menentukan kehidupan
mereka tanpa sebarang isu perbezaan nilai dan budaya antara klien dengan
ahli terapi. Justeru, teori ini disifatkan sebagai teori yang boleh diaplikasikan
kepada kaunseling multibudaya.

Kekuatan dan Kelemahan Teori

Seperti mana pendekatan naratif, teori berfokuskan penyelesaian juga


menganggap klien sebagai pakar dalam kehidupan mereka. Klien dianggap
lebih mengetahui dengan jelas kehidupan mereka berbanding ahli terapi yang
hanya membantu memandu klien menyelesaikan masalah mereka. Klien
lebih berhak untuk menentukan matlamat hidup mereka. Dengan andaian ini,
memberi keyakinan dan motivasi kepada klien bahawa mereka yang lebih
berhak menentukan kehidupan sendiri.
Selain itu, pendekatan ini juga bersifat objektif. Ia lebih memandangke
hadapan dan lebih berusaha ke arah mencari strategi penyelesaian masalah klien.
Oleh sebab ahli terapi kurang atau tidak membincangkan tentang aspek masa
lalu, pendekatan ini akan lebih cepat berbanding pendekatan lain. Dalam kata
lain, kaunselor dan klien mungkin tidak memerlukan sesi yang banyak untuk
membincangkan satu-satu masalah kerana ia terus kepada penyelesaian masalah.
Sesuai dengan nama teori ini sendiri, semestinya ia lebih memberi fokus
kepada penyelesaian masalah berbanding meninjau pengalaman lampau klien
yang menyebabkan masalah ini berlaku. Oleh sebab penerokaan terhadap
pengalaman lalu yang biasanya melibatkan emosi klien tidak dibuat secara
mendalam, klien mungkin tidak dapat mencapai tahap katarsis atau luahan
perasaan yang memberikan kelegaan dalam sesi kaunseling. Masih ada
unfinished business terpendam dalam hati klien yang tidak dapat diluahkan.

10 Teori Kaunseling.indd 206

12/06/2014 10:14:37

Teori Berfokuskan Penyelesaian

207

Atas kekangan ini juga, hubungan terapeutik antara kaunselor dengan klien agak
sukar dibina kerana berkemungkinan klien tidak berasakan bahawa kaunselor
mendengar masalah yang ingin diluahkannya. Seterusnya menjadikan matlamat
sesi sukar dicapai. Justeru, kaunselor perlu mempertimbangkan aspek-aspek
ini sebelum menggunakan terapi berfokuskan penyelesaian masalah dalam
merawat masalah klien. Kesesuaian isu yang dibawa oleh klien juga harus
dipertimbangkan sama ada bersesuaian dengan pendekatan ini atau tidak.

Aplikasi Kes Laila

Pendekatan berfokuskan penyelesaian boleh diaplikasikan untuk menyelesaikan


masalah yang dibawa oleh Laila. Pendekatan ini turut boleh diintegrasikan
dengan pendekatan yang lain. Namun begitu, bagi tujuan pemahaman
terhadap pendekatan berfokuskan penyelesaian, pendekatan ini digunakan
tanpa pengintegrasian dengan mana-mana teori lain untuk membantu Laila
berhadapan dengan masalahnya.
Proses kaunseling bermula dengan kaunselor menjelaskan kepada
Laila tentang kepentingan untuk dia memberi kerjasama yang sewajarnya
kepada kaunselor. Kerjasama yang baik antara kaunselor dengan klien
membolehkan arah tuju sesi kaunseling yang dijalankan dapat ditentukan
dan dicapai. Kerjasama juga penting bagi memastikan Laila benar-benar
mengambil bahagian dalam perbincangan ini. Laila juga diberi penjelasan
tentang bagaimana prosedur sesi kaunseling akan dijalankan termasuklah
dalam aspek masa, tempat, kerahsiaan, peranan kaunselor dan klien, serta
beberapa perkara penting lain yang dirasakan perlu diperjelaskan kepada Laila.
Kaunselor juga akan memberikan peluang kepada klien untuk menceritakan
masalahnya kerana Laila dianggap pakar yang lebih mengetahui kehidupannya
sendiri berbanding kaunselor. Laila akan mengajarkan atau berkongsi tentang
kehidupannya kepada kaunselor. Kaunselor hanya membantu Laila dalam
usaha untuk bergerak ke arah perubahan. Dalam hal ini, kaunselor perlu
mewujudkan suasana menghormati klien dan berkesan untuk membolehkan
proses penerokaan berjalan dengan lancar.
Dalam kes ini, Laila mengemukakan beberapa masalah yang mengganggu
hidupnya kepada kaunselor. Kaunselor membantu Laila untuk mengena lpasti
masalah yang paling mendominasi kehidupannya dan ingin diselesaikan
terlebih dahulu. Menurut Laila, selain daripada masalah dengan anak-anak,
masalah dengan adik perempuannya amat mengganggu kehidupan Laila
terutama ketika dia pulang ke rumah ibu bapanya. Walaupun Laila berusaha
untuk berbaik dengan adiknya, namun ada ketikanya adik perempuan Laila
seolah-olah menjauhkan diri daripadanya. Laila juga menjelaskan bahawa
walaupun dia berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan adiknya, namun
dia masih tidak dapat membuang perasaan benci pada adik perempuannya.

10 Teori Kaunseling.indd 207

12/06/2014 10:14:37

208

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Pernah pada satu ketika, apabila melihat adik perempuannya dibelikan apa
yang menjadi kemahuannya, Laila berasa amat iri hati. Perasaan ini sering
kali tidak dapat dibendung oleh Laila.
Setelah memahami masalah yang berlaku, kaunselor membantu Laila
menetapkan matlamat yang ingin dicapai sebaik sahaja dia membuat keputusan
untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Menurut Laila, dia dibesarkan
dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Ibu bapa dan adik-beradiknya
saling menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain. Justeru, Laila
tidak mahu perasaan cemburu pada adiknya memusnahkan kehidupan dan
hubungannya dengan ahli keluarga yang lain. Oleh yang demikian, Laila
mengambil keputusan untuk berusaha menjernihkan kembali hubungan dari
segi fizikal dan emosi dengan adiknya di samping mengubah tingkah laku dan
sikap tidak baiknya terhadap adik perempuannya itu.
Proses terapi diteruskan dengan kaunselor mengenal pasti kekuatan klien.
Berdasarkan penceritaan klien, sumber kekuatan klien telah dapat dikenal pasti.
Laila dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Setiap kali dilanda
masalah, Laila mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan penuh
kepada Laila. Justeru, Laila tidak keseorangan apabila dia dilanda masalah.
Selain itu, Laila juga merupakan seorang yang berpersonaliti ceria dan dapat
menarik perhatian ramai orang di sekelilingya. Meskipun dia merupakan
seorang yang tegas, namun dia amat penyayang. Sikapnya yang peramah juga
membuatkan Laila mempunyai ramai kawan. Kejayaan yang dikecapi oleh
Laila dalam pelajaran dan kerjaya juga membuktikan bahawa Laila seorang
yang berkebolehan dan bijak. Sumber kekuatan ini dapat digunakan oleh Laila
dalam membantunya membuat perubahan ke arah yang lebih positif.
Selain daripada sumber kekuatan yang dipunyai oleh klien, kaunselor
juga mengenal pasti usaha yang telah dilaksanakan oleh Laila untuk mengatasi
masalahnya. Untuk tujuan ini, kaunselor membimbing Laila untuk menjelaskan
langkah-langkah atau strategi yang telah diambil untuk memperbaiki hubungan
dengan adiknya. Keberkesanan strategi ini dalam merawat masalah turut
dinilai oleh kaunselor dan klien. Kaunselor juga membimbing klien untuk
membincangkan strategi baru yang boleh dijalankan untuk mengatasi masalah
mengikut kesesuaian klien. Perlu diingat bahawa setiap klien adalah unik,
justeru strategi ke arah penyelesaian masalah juga adalah unik bagi setiap
klien yang datang.
Dalam keadaan yang bermasalah, biasanya akan wujud situasi klien tidak
terganggu oleh masalah tersebut. Bagi mendapatkan penjelasan tentang hal
ini, teknik soalan eksternalisasi boleh digunakan. Teknik ini membolehkan
pengecualian kepada masalah dapat dikenal pasti dengan membezakan klien
daripada masalah yang dihadapi. Kaunselor mengingatkan klien bahawa
masalah adalah wujud sebagai satu masalah, yang tidak wujud seiring
dalam diri individu. Kewujudan masalah adalah bersifat sementara dan tidak
berkaitan dengan diri individu. Kaunselor membawa Laila untuk berfikir

10 Teori Kaunseling.indd 208

12/06/2014 10:14:37

Teori Berfokuskan Penyelesaian

209

bahawa masalah yang dihadapi bukan lah sesuatu yang berkuasa dan tidak
wujud selama-lamanya. Oleh itu, Laila tidak perlu menyalahkan dirinya atas
masalah yang dihadapi.
Dalam situasi ini, dengan bimbingan kaunselor, Laila mengenal pasti
situasi apabila dia berasakan perkara yang disifatkan sebagai masalah tidak
mengganggu dirinya. Antara situasi yang dapat dikenal pasti oleh Laila dengan
kehadiran adiknya tidak dianggap sebagai bermasalah ialah ketika pada hari
raya apabila sanak saudara berkumpul. Selain itu adalah pada ketika adik
Laila berkunjung ke rumahnya kerana satu sikap baik Laila adalah melayan
tetamu tidak kira siapa dengan sebaik-baiknya. Situasi ketiga yang tidak
memberi masalah kepada Laila adalah ketika mereka sekeluarga berkumpul
untuk membincangkan hal-hal kekeluargaan yang penting misalnya yang
melibatkan ahli keluarga yang tidak sihat atau memerlukan bantuan. Dengan
membincangkan hal ini, kaunselor turut membawa klien untuk berfikir tentang
bagaimana Laila dapat meningkatkan kekerapan situasi ini berlaku. Dengan
kerapnya wujud situasi bermasalah yang tidak mengganggu Laila, boleh
meningkatkan kemungkinan perubahan positif untuk berlaku.
Selain daripada mengenal pasti situasi bermasalah yang tidak
membelenggu Laila, penggunaan soalan ajaib juga turut digunakan dalam
pendekatan berfokuskan penyelesaian. Dengan penjelasan Laila terhadap isu
yang dihadapi, kaunselor cuba membawa Laila untuk berfikir sesuatu yang
lebih positif dan mungkin dapat memberi semangat kepada Laila untuk terus
melakukan perubahan. Soalan ajaib membenarkan sesuatu jangkaan positif
dibuat apabila Laila dapat menyelesaikan isunya dengan mengenal pasti
perbezaan yang wujud setelah masalah dapat diselesaikan. Penggunaan soalan
ajaib membolehkan Laila melihat perubahan yang boleh dilakukan untuk masa
hadapan. Laila diberikan masa untuk mengimaginasikan apa yang diperoleh
dengan perubahan tersebut.
Laila diminta untuk menggambarkan perasaan dan perkara yang berlaku
apabila masalah ini tiba-tiba dapat diselesaikan. Laila menutup matanya untuk
satu tempoh yang diberikan oleh kaunselor dan berada dalam keadaan yang
tenang. Kaunselor memberi bayangan kepada Laila yang mengimaginasikan
dirinya sebagai sedang tidur. Apabila terjaga daripada tidur, Laila mendapati
bahawa masalahnya sudahselesai dan dia telah berbaik-baik dengan
adik perempuannya. Kaunselor mengajukan soalan kepada Laila tentang
perbezaan yang mungkin berlaku atau dirasakan setelah mendapati masalah
yang dihadapinya selesai. Laila memberi maklum balas bahawa amat baik
baginya jika ia benar-benar berlaku. Pertama, Laila mempunyai teman untuk
berkongsi suka duka hidup memandangkan adik-beradik yang lain kesemuanya
lelaki. Apatah lagi untuk membicarakan tentang hal-hal wanita yang boleh
dikongsikan dengan wanita yang signifikan sahaja. Kedua, Laila dan adiknya
boleh berkongsi minat yang sama iaitu mencuba resipi-resipi masakan yang
baru. Banyak aktiviti lain yang dapat dilakukan bersama misalnya percutian

10 Teori Kaunseling.indd 209

12/06/2014 10:14:37

210

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

dengan keluarga. Sebelum ini, jika ada percutian bersama keluarga, biasanya
Laila akan mengelak kerana tidak mahu bertembung adiknya. Selain itu,
Laila tidak akan berasa canggung lagi apabila dia berada di rumah ibu dan
bapanya memandangkan adiknya tinggal bersama ibu bapa. Kelima, hubungan
mereka sekeluarga dapat disatukan. Perasaan bersalah pada adiknya juga dapat
diselesaikan.
Laila meneliti semula gambaran ini bersama kaunselor. Laila berasakan
bahawa terlalu banyak kebaikan yang diperoleh jika masalah ini dapat
diselesaikan. Ini menjadikan Laila tidak sabar-sabar ingin menyelesaikan
masalahnya dan amat positif untuk melakukan perubahan. Laila juga berharap
masalah ini dapat segera diselesaikan kerana sudah lama dia terbelenggu
dengan perkara ini.
Setelah masalah diteroka dan perbincangan dibuat, kaunselor juga turut
memberi tugasan kepada Laila. Kaunselor menyediakan beberapa tugasan yang
perlu dibuat oleh Laila ketika di dalam dan luar sesi. Pertama, Laila dikehendaki
menulis satu catatan yang menggambarkan kenangan manis dengan adiknya
dan catatan ini akan dibentangkan oleh Laila dalam sesi kaunseling. Kedua,
Laila dikehendaki membuat pemerhatian terhadap apa yang berlaku dalam
keluarganya. Laila juga perlu mencatatkan perkara yang diingini oleh Laila
terus berlaku dalam keluarga dan yang tidak mahu ia terus berlaku. Ketiga,
apabila pulang ke rumah ibu bapa, Laila perlu melakukan aktiviti yang sihat
bersama-sama adiknya sekurang-kurangnya seminggu sekali. Antaranya
Laila boleh menonton cerita kegemaran bersama, makan semeja dan beriadah
bersama. Laila perlu merekodkan semua aktiviti ini dalam buku log yang
diberikan oleh kaunselor.
Selepas empat sesi berlangsung, kaunselor mendapati bahawa Laila
sudah bersedia untuk bergerak sendirian dalam mengatasi masalahnya. Pada
akhir sesi iaitu sesi penamatan, kaunselor menggunakan soalan berskala untuk
mengenal pasti tahap perubahan Laila.
Kaunselor: Kita telah menjalan lima sesi termasuk sesi pada kali ini.
Saya masih ingat pada hari pertama Laila datang ke sesi
kaunseling, Laila kelihatan sangat runsing. Laila lebih
banyak termenung. Namun ada hari ini, saya dapat melihat
senyuman Laila. Apa agaknya perasaan Laila sekarang.
Jika saya berikan skala kepada Laila yang bermula dari
kosong hingga lima, di mana kosong amat runsing dan
lima sangat tenang, boleh Laila letakkan di mana diri Laila
pada hari pertama datang ke sesi dan pada hari ini?.
Laila:

10 Teori Kaunseling.indd 210

Haaa.. (Laila tertawa kecil). Ya lah. Hari pertama saya


datang, saya betul-betul perlukan kaunselor. Saya rasa tak
tertanggung dengan perkara ini. Saya tak jumpa jalan yang

12/06/2014 10:14:37

Teori Berfokuskan Penyelesaian

211

harus saya ambil. Hmm. Kalau boleh saya letakkan skala,


mungkin saya boleh letakkan satu pada hari pertama saya
datang dan empat pada hari ini. Dan saya harap masalah
saya akan selesai selepas ini dan saya boleh letakkan lima
skala.
Selain daripada soalan berskala ini, Laila dan kaunselor juga
membincangkan kemungkinan halangan yang dihadapi oleh Laila dalam
usahanya untuk membuat perubahan. Di samping itu, kaunselor juga sekali
lagi merumuskan perjalanan sesi yang telah berlangsung, matlamat Laila,
perubahan yang telah dibincangkan dan usaha yang perlu dijalankan oleh
Laila. Kaunselor juga memberi kata-kata perangsang kepada Laila untuk terus
melakukan perubahan pada masa hadapan. Di penghujung sesi, kaunselor
menetapkan satu tarikh bagi sesi susulan untuk memantau kejayaan perubahan
yang dibuat oleh Laila dengan persetujuannya

Rumusan

Teori berfokuskan penyelesaian ini lebih memberi fokus kepada penyelesaian


masalah berbanding berbicara tentang masalah tersebut. Teori ini melihat
klien sebagai individu pakar dalam konteks kehidupan klien. Meskipun klien
dianggap sebagai pakar, namun adakalanya klien berhadapan dengan situasi di
mana klien tidak dapat mengawal kehidupan mereka sendiri akibat dari tingkah
laku dan pemikiran yang tidak sesuai. Justeru ahli terapi perlu membantu
klien untuk menilai kembali aspek kehidupan mereka dengan mengenal pasti
sumber kekuatan yang dimiliki untuk memperteguhkan sesuatu perubahan
positif yang telah dan akan dilakukan. Dalam mencapai matlamat ini, perkara
yang paling utama harus dicapai oleh ahli terapi adalah membentuk hubungan
kerjasama terapeutik dengan klien agar dapat menjamin keberkesanan sesi
terapi. Walaupun teori ini bersifat agak ringkas, namun ahli terapi perlu juga
mendengar perkongsian dari klien agar klien rasa dihargai, dengan itu klien
akan bersedia untuk berubah.
Bab ini telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan teori
berfokuskan penyelesaian. Bab seterusnya akan membincangkan berkaitan
teori feminis.

Glosari
Soalan pengecualian

10 Teori Kaunseling.indd 211

Penggunaan soalan dengan ahli terapi bertanya


tentang pengecualian sesuatu masalah yang
berlaku. Misalnya, bila masalah tersebut tidak
wujud dan bagaimana situasi atau keadaannya
apabila masalah tersebut tidak wujud?

12/06/2014 10:14:37

212

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Soalan ajaib

Perubahan praterapi
Soalan berskala

10 Teori Kaunseling.indd 212

Teknik soalan yang dapat membantu membentuk


matlamat sesi. Contohnya, apakah perbezaan yang
wujud sekiranya berlaku suatu keajaiban dalam
hidup anda?
Perubahan yang berlaku sebelum klien datang ke
sesi kaunseling.
Soalan yang digunakan untuk mengukur sesuatu
tahap masalah yang dihadapi oleh klien. Klien
diberi pilihan untuk menentukan tahap masalah
mereka berdasarkan skala 0-10 (yang biasa
digunakan).

12/06/2014 10:14:37

Bab 11

Teori Feminis

Objektif

Di akhir bab ini, anda akan dapat:


1. Memahami tingkah laku manusia menurut perspektif feminis
2. Memahami bagaimana konteks budaya, sosial dan politik berpengaruh
dalam kehidupan manusia
3. Mengaplikasi teori feminis kepada klien sama ada lelaki atau perempuan

Pengenalan

Teori Feminis merupakan teori alternatif kepada teori-teori sedia ada yang
disifatkan oleh pendukung feminis sebagai berpusatkan lelaki. Mengikut
pendukung teori feminis, teori-teori yang lain diasaskan oleh lelaki, berkulit
putih, berbangsa Euro-Amerika. Justeru, teori-teori berkenaan bersifat kurang
sensitif kepada klien minoriti. Secara ringkasnya, teori ini menekankan kepada
kuasa dan gender sebagai asas dalam proses terapi. Teori ini diasaskan dengan
andaian bahawa adalah penting untuk mengambil kira konteks sosial, budaya,
dan politik yang mungkin menyumbang kepada masalah yang dibawa oleh
klien. Sesuai dengan namanya, pengasas kepada teori ini adalah wanita. Dua
konsep asas feminis ialah kajian mereka memberi fokus kepada wanita dalam
masyarakat dan kajian mereka juga diasaskan dengan andaian bahawa wanita
pada amnya dipinggirkan oleh masyarakat. Teori ini tidak mempunyai seorang
pengasas, sebaliknya nama-nama seperti Jean Naker Miller, Carolyn Zerbe
Enns, Oliva M. Espin, dan Laura S.Brown yang dikaitkan dengan ahli-ahli
terapi feminis kontemporari.

11 Teori Kaunseling.indd 213

10/06/2014 9:42:59

214

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Gambaran Keseluruhan Teori


Teori Feminis
Pengasas-Pengasas

Sejarah Ringkas

Andaian Asas dan Prinsip


Teori

Matlamat Terapi

Peranan Kaunselor

Pendedahan kendiri (selfdisclosure)


Analisis peranan gender

Teknik-Teknik

Analisis kuasa
Biblioterapi
Latihan asertif

Aplikasi Teori dalam


Seting Silang Budaya

Pelabelan semula

Tindakan sosial
Kekuatan dan Kelemahan
Teori

Kerja berkumpulan

Rajah 11.1: Gambaran Keseluruhan Teori Feminis

11 Teori Kaunseling.indd 214

10/06/2014 9:42:59

Teori Feminis

Pengasas Teori

Rajah 11.2: JeanBaker Miller


(1928-2006)

215

JeanBaker Miller, (1928-2006). Miller


merupakan seorang profesor dalam bidang
psikiatridi Boston University School of
Medicine dan pengarah di Jean Baker
Miller Institute di Stone Center, Wellesley
College. Antara penulisan beliau yang
berkaitan dengan pendekatan feminis ialah
stet. Beliau juga merupakan pengarang
bersama buku The Healing Connection:
How Women From Relationships in
Therapy and in Life, dan buku Womens
Growth in Connection.

Toward a New Psychology of Women

Carolyn Zerbe Enns, (1961 - ) Enns


merupakan seorang profesor dalam bidang psikologi. Beliau mula menunjukkan
minat dalam terapi feminis semasa menyempurnakan pengajian doktor
falsafah dalam bidang psikologi kaunseling di University of California, Santa
Barbara. Enns banyak menghabiskan masanya mengkaji kesan terapi feminis
dalam proses terapeutik. Enns menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
memperjuangkan perubahan sosial dengan mempengerusikan Jawatankuasa
Memories of Childhood Sexual Abuse di bawah American Psychological
Association.
Olivia M. Espin, (1938 - ). Espin merupakan professor dalam bidang
Pengajian Wanita San Diego State University juga ahli fakulti di California
School of Professional Psychology. Espin merupakan antara pengasas dalam
teori dan amalan terapi feminis dan mengamalkannya dengan klien wanita
dari pelbagai latar belakang budaya. Espin telah menjalankan penyelidikan
secara aktif, terlibat dalam pengajaran dan latihan mengenai psikologi pelbagai
budaya. Sebagai seorang natif Cuba, beliau menerbitkan beberapa buku yang
berkaitan dengan budaya Latino selain menerbitkan buku dalam bahasa
Inggeris.
Laura S. Brown C. Brown merupakan pengasas kepada Feminist Therapy
Institute, sebuah organisasi yang bertujuan menyokong dan menggalakkan
amalan terapi feminis. Beliau juga terlibat dalam National Conference on
Education and Training in Feminist Practice. Brown menghasilkan beberapa
buku yang berkaitan dengan terapi feminis antaranya Subversive Dialogue:
Theory in Feminist Therapy dianggap sebagai buku utama dalam pendekatan
feminis.

11 Teori Kaunseling.indd 215

10/06/2014 9:42:59

216

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Sejarah Ringkas

Konsep utama dalam terapi feminis ialah penekanan kepada pentingnya


memahami dan mengiktiraf penindasan yang dilalui oleh wanita dan kekangan
yang dikenakan oleh sosiopolitik ke atas wanita. Pendekatan ini menekankan
bagaimana wanita dan lelaki melalui pengalaman sosial yang berbeza, dan
daripada perbezaan pengalaman tersebut lelaki dan wanita mempunyai persepsi
yang berbeza dalam menangani dan berhadapan dengan isu dan masalah.
Dengan kata lain, perbezaan pengalaman lelaki dan perempuan memberi
kesan kepada pembinaan identiti, konsep kendiri, aspirasi, juga kesejahteraan
psikologi mereka. Oleh yang demikian, sesetengah wanita, berkemungkinan
ramai menyerahkan kepada budaya dan norma dalam menentukan hidup
mereka tanpa memikirkan betapa pentingnya mereka mengenali keperluan
diri sendiri.
Di negara maju, majoriti klien yang datang menemui kaunselor adalah
wanita. Adakah keadaan yang sama berlaku di Malaysia? Walaupun tiada
data untuk menyokong pendapat ini tetapi laporan akhbar dan pengalaman
penulis sendiri menunjukkan lebih ramai wanita berbanding lelaki mengadu
mengenai nasib dan masalah mereka yang mana masalah yang mereka hadapi
kebiasaannya berpunca daripada penindasan. Penindasan wanita sering
kali dikaitkan dengan lelaki yang berkuasa. Jadi, terapi feminis mungkin
mempunyai jawapan kepada masalah ini.
Feminis terapi boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulankumpulan itu ialah feminis liberal, feminis budaya, feminis radikal, feminis
sosialis, dan feminis pascamoden.
1. Feminis liberal memfokuskan perjuangan untuk membantu wanita
mengatasi tekanan dan kekangan akibat daripada peranan gender yang
dipelajari semasa proses sosialisasi. Feminis liberal berjuang untuk
membuat transformasi daripada menerima peranan gender yang tradisional
kepada membentuk peluang sama rata kepada lelaki dan wanita. Kumpulan
ini cenderung mempercayai bahawa perbezaan antara lelaki dengan
perempuan akan menjadi kurang bermasalah apabila persekitaran sosial
dan kerja bebas daripada pilih kasih atau bias. Matlamat utama terapi
feminis mengikut kumpulan ini ialah memberikan dan meningkatkan kuasa
peribadi, harga diri, kepuasan diri, berupaya membuat keputusan dalam
hubungan, dan kesamarataan terutama kepada wanita.
2. Feminis budaya pula menekankan bahawa penindasan berpunca daripada
sikap masyarakat yang tidak menghargai kekuatan, nilai dan peranan
wanita. Kumpulan ini menekankan perbezaan antara lelaki dengan wanita
dan menegaskan bahawa penyelesaian kepada penindasan ini bergantung
kepada proses menjadikan budaya lebih feminis. Dengan itu, masyarakat
akan lebih bersimpati, subjektif, rasional, dan kooperatif dalam menilai
sesuatu isu. Feminis budaya menegaskan pentingnya konsep saling

11 Teori Kaunseling.indd 216

10/06/2014 9:42:59

Teori Feminis

3.

4.

5.

6.

7.

8.

217

bergantung dan menolak individualisme. Matlamat utama terapi feminis


budaya ialah melakukan transformasi dalam budaya dengan cara
menanamkan nilai feminin seperti nilai kerjasama dan seumpamanya.
Feminis radikal menekankan tentang penindasan ke atas wanita yang
sudah sebati dalam masyarakat yang mengutamakan lelaki. Kumpulan
ini berjuang untuk mengubah masyarakat melalui aktiviti dan kesamaan
kuasa dengan lelaki. Kumpulan feminis radikal berjuang mencapai
identiti dan mempertikaikan banyak perkara yang menunjukkan lelaki
sangat memonopoli masyarakat. Antara isu yang diperjuangkan hak
sama rata termasuk kesamaan dalam menguruskan rumah tangga,
keibubapaan, dan keganasan rumah tangga. Matlamat utama kumpulan
ini ialah untuk mengubah hubungan gender, mengubah institusi sosial,
dan meningkatkan ketegasan wanita dalam pelbagai perkara.
Feminis sosial mempunyai pandangan yang lebih kurang serupa dengan
feminis radikal dari segi memperjuangkan wanita untuk perubahan sosial.
Walau bagaimanapun fokus mereka agak berbeza kerana feminis sosial
memfokuskan penindasan pelbagai apabila mereka juga memperjuangkan
ketidaksamarataan dari segi kelas sosial, pendidikan, peranan dalam
keluarga dan kehidupan. Matlamat utama kumpulan ini ialah mengubah
hubungan sosial dan institusi secara keseluruhan.
Feminis post modern pula mengandaikan realiti adalah sesuatu yang
sebati dengan hubungan sosial dan konteks sejarah, dibentuk oleh sosial,
dan akhirnya menghasilkan kuasa dalam hubungan. Pendekatan ini
menyeru tentang pentingnya menyedari batasan pengetahuan. Justeru,
model ini menyeru pembinaan semula konsep seperti maskulin dan
feminis dengan menganalisis bagaimana konsep tersebut dibina.
Feminis lesbian berkongsi pandangan dalam banyak aspek dengan
kumpulan feminis radikal. Feminis lesbian selalu berasakan mereka
diasingkan oleh feminis heteroseksual yang tidak memahami penindasan
yang mereka alami kerana orientasi seksual. Justeru, kumpulan ini menyeru
kepada penganalisisan semula identiti dan hubungannya dengan penindasan
dengan harapan masyarakat memahami lesbian dengan lebih baik.
Feminis global international mengambil pandangan feminis secara
menyeluruh dengan melihat penindasan dari perspektif global. Kumpulan
ini menyeru kepada pemahaman mengenai bagaimana isu bangsa,
seksual, ekonomi, dan kelas sosial memberi kesan kepada wanita di
pelbagai negara. Feminis di Barat dicabar untuk mengiktiraf batasan
ethosentrik dan stereotaip wanita menurut perspektif mereka sendiri. Ini
penting kerana masyarakat adalah berbeza mengikut lokasi menjadikan
kesannya juga berbeza kepada wanita di lokasi yang berbeza.
Feminis bagi kumpulan kulit berwarna dipelopori oleh feminis daripada
kumpulan kulit berwarna kerana kumpulan ini mengkritik feminis kulit

11 Teori Kaunseling.indd 217

10/06/2014 9:42:59

218

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

putih yang membuat generalisasi berlebihan berdasarkan pengalaman


mereka. Bagi kumpulan ini, pengalaman wanita kulit putih sebagai
kumpulan majoriti dalam budaya Amerika Syarikat tidak seharusnya
terlepas pandang menilai pengalaman wanita daripada kumpulan minoriti
kulit berwarna (Amerika Afrika, Asia, Latino, dan lain-lain). Kumpulan
feminis sedia ada dicabar untuk mengkaji semula penindasan pelbagai
seperti penindasan bukan sahaja kerana gender, tetapi juga warna kulit,
dan penilaian dalam bentuk yang lain. Jika diteliti, prinsip kumpulan
ini ada persamaan dengan beberapa kumpulan feminis yang lain. Cuma
bezanya di sini, mereka menekankan tentang penindasan berganda yang
dialami oleh wanita kulit berwarna.

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia

Terdapat beberapa pandangan tentang sifat semula jadi manusia berdasarkan


terapi feminis ini. Masalah manusia bersumberkan dari konteks politik. Prinsip
ini berdasarkan andaian bahawa masalah yang dibawa oleh klien ke dalam
kaunseling bersumberkan dari konteks politik dan sosial. Terapi feminis tidak
hanya berusaha melakukan perubahan secara individual tetapi juga perubahan
sosial. Para kaunselor feminis memandang bahawa praktik kaunseling tidak
hanya untuk membantu klien menyelesaikan masalahnya secara individu tetapi
juga mewujudkan transformasi sosial.

Andaian Asas dan Prinsip Teori

Prinsip-prinsip yang diperjuangkan oleh kumpulan feminis berkisar kepada


perjuangan untuk meningkatkan kesedaran tentang wujudnya penindasan
terhadap golongan wanita khasnya dan kumpulan minoriti lain amnya. Prinsipprinsip tersebut ialah:
1.

Hubungan egalitarian
Egalitarian bermaksud keseimbangan kuasa. Dalam terapi feminis,
egalitarian dalam hubungan kaunselor dan klien amat ditekankan.
Status kaunselor dan klien adalah sama. Klien dibimbing untuk
menyedari bahawa kuasa bukan sesuatu yang kaunselor berikan tetapi
tanggungjawab klien untuk mencarinya dalam dirinya sendiri. Hubungan
egalitarian ini menggalakkan klien untuk bertanggungjawab terhadap
diri sendiri kerana kaunselor menggalakkan klien menghargai kekuatan
diri klien serta menerima perasaan klien

2.

Perubahan sosial adalah proses berterusan.


Perubahan sosial adalah proses berterusan kerana ia bukan terletak
pada individu semata-mata tetapi perubahan dalam masyarakat. Justeru,

11 Teori Kaunseling.indd 218

10/06/2014 9:42:59

Teori Feminis

219

kaunselor bertanggungjawab untuk membantu klien membuat perubahan


dalam diri juga bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu bagi
perubahan sosial. Melalui kaunseling, klien mendapat kesedaran untuk
berubah, dan dengan kesedaran itu klien dan kaunselor meneruskan
perjuangan tersebut dengan menyertai kumpulan yang berjuang
mendukung perubahan. Matlamat murni pendekatan feminis ialah untuk
menggerakkan masyarakat ke arah membebaskan lelaki dan wanita dari
adat dan kebiasaan sosial yang menetapkan jangkaan tertentu terhadap
lelaki dan wanita.
3.

Isu peribadi adalah bersifat politik (the personal is political)


Konsep ini bermaksud bahawa isu-isu peribadi yang dibawa untuk
kaunseling merupakan isu yang lahir daripada konteks politik dan sosial.
Penindasan, stereotaip, dan peminggiran yang dialami oleh wanita adalah
berpunca daripada jangkaan masyarakat. Pengiktirafan tentang impak
sosial dan politik kepada masalah seseorang merupakan perkara asas
yang amat ditekankan oleh pendekatan feminis.

4.

Segala bentuk penindasan diambil kira oleh feminis


Segala bentuk penindasan dianggap penting untuk difahami oleh feminis.
Ketidaksamaan politik dan sosial antara lelaki dan wanita dirasakan
oleh semua orang tanpa mengira gender. Walaupun dalam kaunseling
fokus utamanya adalah klien, tetapi kaunselor feminis bekerja keras
untuk membawa perubahan sosial yang boleh membebaskan semua
ahli masyarakat daripada tunduk kepada stereotaip, peminggiran, dan
penindasan. Matlamat utamanya ialah untuk membuat transformasi dari
segi sosiopolitik.

5.

Pengalaman unik wanita (termasuk di peringkat kanak-kanak) diiktiraf


Pendekatan feminis menekankan tentang pentingnya mengiktiraf perbezaan
pengalaman wanita tanpa mengira peringkat perkembangan. Kebiasaannya
kaunselor dan ahli terapi memberi pertolongan dengan menggunakan
pendekatan yang menganggap lelaki dan perempuan adalah sama. Klien
perempuan digalakkan untuk menghargai emosi mereka dan dibimbing
untuk menggunakan pengalaman mereka yang unik. Pengiktirafan terhadap
suara hati perempuan semasa proses terapi dan selepas terapi boleh
menyumbang ke arah perubahan yang diharapkan.

Matlamat Terapi

Terapi feminis bermatlamatkan untuk memberi power atau kuasa kepada klien
supaya mereka menyedari bahawa adalah penting untuk memperjuangkan nasib
diri mereka dan bergerak ke arah perubahan dan bukannya cuba menyesuaikan

11 Teori Kaunseling.indd 219

10/06/2014 9:42:59

220

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

diri dengan apa yang ditentukan oleh norma sosial dan politik. Worell dan
Remer (2003) menggariskan matlamat-matlamat berikut yang perlu dicapai
dalam kaunseling yang menggunakan pendekatan feminis:
1. Menyedari proses sosialisasi gender.
2. Mengenal pasti mesej internal dan menggantikannya dengan kepercayaan
yang lebih membantu perkembangan mereka.
3. Memahami bagaimana kepercayaan dan amalan yang menindas
mempengaruhi cara mereka berfikir.
4. Membina tingkah laku baru yang bebas.
5. Membentuk perasaan berkuasa terhadap diri dan persekitaran sosial.
6. Menilai kesan dan faktor sosial terhadap diri mereka.
7. Mempercayai pengalaman yang mereka lalui.

Peranan Kaunselor

Kaunselor feminis mempunyai dasar yang sama dengan kaunselor Adlerian


dalam hal penekanan utamanya iaitu kesamarataan dan minat sosial. Kaunselor
feminis juga sama dengan kaunselor kewujudan yang menekankan kaunseling
sebagai perjalanan bersama bahawa kehidupan berubah tidak hanya untuk
klien namun untuk kaunselor serta meyakini bahawa klien mampu untuk
bergerak maju secara positif dan konstruktif. Para kaunselor feminis meyakini
bahawa hubungan kaunseling harus berbentuk hubungan person-to-person dan
mereka berusaha meyakinkan klien untuk menjalani kehidupan mengikut nilai
dalam menentukan mana yang baik untuk dirinya. Seperti juga pendekatan
terapi pemusatan klien, kaunselor feminis menunjukkan ketulusan dan sikap
saling empati antara kaunselor dengan klien. Namun, kaunselor feminis
tidak memandang hubungan kaunseling semata-mata sebagai sesuatu yang
mencukupi untuk berlakunya perubahan. Kaunselor feminis bekerja untuk
membebaskan klien daripada peranan-peranan yang telah mengikat mereka
untuk merealisasikan potensi masing-masing.
Mengikut Corey (2011), pendekatan feminis boleh diaplikasi dalam
pendekatan terapi yang lain kerana falsafahnya adalah penekanan kepada
keadilan gender, sensitif terhadap budaya, dan bersifat sepanjang hayat. Ini
bermakna pendekatan feminis bersesuaian tanpa mengira tahap umur dan latar
belakang budaya. Ahli terapi atau kaunselor yang menggunakan pendekatan
feminis berperanan untuk:
1. Ahli terapi feminis mengintegrasikan pendekatan feminis dalam semua
proses kerja terapi.
2. Ahli terapi feminis perlu mengiktiraf latar belakang budaya klien terutama
daripada golongan minoriti kerana pengalaman mereka amat berbeza
dengan klien daripada golongan majoriti.

11 Teori Kaunseling.indd 220

10/06/2014 9:42:59

Teori Feminis

3.
4.
5.

221

Ahli terapi feminis perlu aktif dalam memperjuangkan hak golongan


yang tertindas dan menggalakkan perubahan sosial dalam masyarakat.
Ahli terapi feminis perlu celik akal terhadap pengalaman mereka sendiri
dan bagaimana pengalaman itu mungkin member kesan kepada proses
terapi yang mereka jalankan.
Ahli terapi feminis mengiktiraf perasaan dan pengalaman klien dan tidak
mengeneralisasikannya sebagai pengalaman yang sama.

Teknik-Teknik

Terapi feminis menekankan masa kini dalam pendekatannya dan kepentingan


mencapai kesempurnaan kendiri. Antara teknik terapi feminis ialah:
Jadual 11.1: Teknik-teknik Teori Feminis
Teknik-teknik
Pendedahan diri
(self-disclosure)

Penjelasan
Pendedahan diri oleh kaunselor bertujuan menunjukkan
model kepada klien dan membantu klien melihat
pengalamannya sebagai pengalaman normal. Pendedahan
ini perlu dibuat secara berpatutan demi kebajikan klien
dan bukan untuk kepentingan kaunselor. Pendedahan diri
kaunselor juga mengurangkan perbezaan kuasa antara
kaunselor dengan klien sambil meneguhkan serta memberi
kekuatan kepada klien. Melalui pendedahan diri, kaunselor
menunjukkan sifat asli dan tulennya.
Contohnya, kaunselor membuat pendedahan di peringkat
awal sesi dengan memaklumkan orientasi pendekatan
feminisnya iaitu nilai dan kepercayaan kaunselor terhadap
politik dan sosial dikongsi bersama klien. Pendedahan
bukan bermaksud kaunselor menceritakan dengan terperinci
pengalaman hidupnya tetapi terhad kepada pendirian
kaunselor terhadap isu-isu keadilan sosial.

Analisis peranan
gender

11 Teori Kaunseling.indd 221

Menganalisis peranan gender bermakna meneroka kesan


jangkaan peranan gender terhadap perkembangan psikologi
dan personal klien. Kebiasaannya, individu mempelajari
peranan gender melalui norma kebiasaan masyarakat.
Masyarakat juga telah menentukan bagaimana lelaki dan
wanita perlu berperanan. Mesej yang diterima oleh klien
yang berkaitan dengan jangkaan masyarakat dianalisis agar
klien menyedari sejauh mana jangkaan terhadap dirinya
sebenarnya dipengaruhi dan ditentukan oleh masyarakat.

10/06/2014 9:42:59

222

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Penjelasan
Klien dibantu melihat peranan gender dalam masyarakatnya,
pengaruh budaya dalam menentukan peranan gender, dan
pendirian klien terhadap peranan gender. Sering kali klien
tidak sedar bahawa proses sosialisasi mempengaruhi cara
klien bertindak misalnya lelaki tidak boleh menangis, wanita
perlu menyerah kepada keadaan kerana mereka golongan
yang lemah.

Analisis kuasa

Analisis kuasa merujuk kepada membantu klien mendapat


celik akal terhadap ketidaksamaan kuasa dalam masyarakat.
Ketidaksamaan ini telah mempengaruhi realiti hidup dan
akhirnya menyebabkan seseorang yang ditindas akan
terganggu kesihatan mentalnya. Matlamat teknik ini ialah
membantu klien menyedari mengenai ketidaksamaan kuasa
antara lelaki dengan perempuan. Dengan kesedaran tersebut
klien mencabar dan menganalisis mesej peranan gender yang
sudah sebati di dalam dirinya dengan akhirnya klien mendapat
lebih keyakinan diri, mengenali dan menghargai dirinya.
Contohnya, klien menyebut bahawa sebagai lelaki dia
dibesarkan untuk mempercayai bahawa tugas lelaki ialah
menyara keluarga, justeru dia tidak perlu membantu isteri
di dapur. Manakala bagi si isteri, dia dibesarkan dalam
keluarga iaitu wanita perlu memainkan peranan aktif dalam
rumah tangga sama ada mereka bekerja atau tidak. Proses
pembudayaan ini menyebabkan konflik kepada pasangan
suami isteri. Justeru peranan kaunselor ialah membantu klien
menilai peranan kuasa dalam gender.

Biblioterapi

Biblioterapi merupakan strategi klien membaca bahan-bahan


yang boleh memberi celik akal tentang penindasan, peranan
gender, jangkaan masyarakat terhadap lelaki dan wanita, dan
lain-lain yang berkaitan dengan matlamat terapi feminis.
Bahanbahan yang boleh dicadangkan tidak terhad kepada
buku, tetapi juga video dan filem.
Contoh buku-buku yang sesuai untuk rujukan klien Muslim
misalnya ialah buku yang membincangkan tentang peranan
wanita Muslim. Buku berkaitan hak wanita dalam keganasan
rumah tangga dan hak dari segi perundangan juga sesuai
menjadi bahan biblioterapi.

Latihan asertif

11 Teori Kaunseling.indd 222

Kaunselor mengajar dan memberi galakan melalui latihan


asertif dengan harapan klien menyedari dan arif mengenai
hak-hak diri, kesan streotaip dalam masyarakat, nilai dan
kepercayaan yang negatif, juga peranan gender.

10/06/2014 9:43:00

Teori Feminis

223

Teknik-teknik

Penjelasan
Melalui latihan asertif, klien meningkatkan kuasa dirinya
apabila memahami bagaimana pengaruh sosial dan politik
menyumbang kepada masalah yang dialaminya. Latihan
asertif meminjam teknik pendekatan tingkah laku. Latihan
tertentu dijalankan oleh kaunselor seperti aktiviti dalam
kumpulan iaitu klien digalakkan mencuba aktiviti tertentu
yang dia tidak berani mencubanya sebelum ini.

Pelabelan semula

Maksud pelabelan semula ialah klien dibimbing untuk


melihat masalah sebagai impak daripada pengaruh sosial dan
politik. Melalui proses ini, klien menilai kembali dimensi
politik dan sosial persekitarannya dan bagaimana dimensi
tersebut menyumbang kepada cara berfikir dan kepada
masalah yang timbul. Celik akal membantu klien melihat
masalahnya bukan sebagai masalah dirinya tetapi berpunca
daripada pengaruh sosial dan politik.
Contohnya, klien pada asalnya melihat bahawa perceraian
adalah sesuatu yang negatif kerana masyarakat menganggap
individu yang bercerai sebagai tidak berupaya menjalankan
tanggungjawab suami atau isteri. Dengan menggunakan
kombinasi teknik biblioterapi dan pelabelan semula, klien
dibimbing untuk melihat perceraian secara sihat andainya
ikatan perkahwinan tidak boleh dipertahankan kerana
pasangannya gemar melakukan keganasan rumahtangga.
Proses melihat semula perceraian secara sihat bagi individu
yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dipanggil
pelabelan.

Tindakan sosial

Klien digalakkan menyertai dan melibatkan diri dalam


kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan golongan
yang tertindas seperti di pusat krisis, atau pusat pendidikan
komuniti. Penyertaan dan penglibatan seperti ini membantu
klien untuk mendapat kuasa dirinya dan menganalisis
hubungan antara pengalaman peribadi dengan konteks sosial
dan politik masyarakatnya. Kaunselor boleh mencadangkan
beberapa pertubunhan sosial yang boleh membantu klien
mendapat pencerahan mengenai peranan gender. Di
Malaysia, ada pelbagai pertubuhan yang boleh menjadi
tempat rujukan seperti IKRAM, ABIM, bagi yang beragama
Islam sahaja atau pertubuhan lain yang bersesuaian.

Kerja kumpulan

Penyertaan dalam kumpulan sokongan bukan sesuatu yang


asing bagi mereka yang bermasalah. Menurut pendekatan
feminis, penyertaan klien dalam kerja kumpulan

11 Teori Kaunseling.indd 223

10/06/2014 9:43:00

224

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Penjelasan
membolehkan mereka berkongsi pengalaman dengan ahliahli kumpulan dan menjadikan kumpulan tersebut sebagai
kelab untuk mereka membantu diri mereka sendiri.
Contohnya ibu tunggal yang berasa tertekan kerana statusnya
boleh menyertai aktiviti Persatuan Ibu Tunggal Malaysia
membolehkan dia berkenalan dengan ibu-ibu tunggal yang
lain, dan boleh mempelajari survival mereka sebagai ibu
tunggal.

Aplikasi dalam Seting Silang Budaya

Pendekatan feminis boleh dikategorikan sebagai pendekatan baru dalam


kalangan kaunselor di Malaysia. Walau bagaimanapun ia telah berkembang
pesat di Amerika Syarikat sejajar dengan pergerakan feminis itu. Nama
pendekatan ini iaitu feminis, mungkin menyebabkan individu yang tidak
mempelajarinya berasakan ia tidak bersesuaian dengan masyarakat kolektif,
mempunyai nilai agama yang tinggi, dan terikat dengan norma budaya.
Namun begitu apabila diteliti, pergerakan feminis terbahagi kepada beberapa
pergerakan dan kaunselor perlu bijak memilih jenis pendekatan feminis yang
mana satu bersesuaian untuk diaplikasi dalam masyarakat Malaysia. . Feminis
liberal berkemungkinan agak ekstrem untuk diaplikasikan tetapi feminis sosial,
feminis budaya, dan feminis global boleh dipertimbangkan perlaksanaannya
dalam seting Malaysia. Ini kerana jika dilihat sememangnya banyak isu dan
masalah boleh diatasi sekiranya lebih ramai individu celik akal bahawa masalah
gangguan dan kebimbangan banyak berpunca daripada sosial dan persekitaran.
Mengajar klien supaya menyedari bahawa banyak masalah berpunca daripada
sikap tunduk kepada budaya tanpa mencabar kesesuaiannya. Contohnya,
dalam kalangan masyarakat Melayu, lelaki dianggap lebih sesuai meminang
perempuan untuk dikahwini kerana wanita yang meminang lelaki mungkin
dianggap menjatuhkan air mukanya atau memalukan dirinya sendiri. Walaupun
masyarakat Melayu beragama Islam, kepercayaan atau budaya yang tidak
wujud dalam agama Islam ini masih menebal dalam fikiran mereka. Dalam
kes yang lain pula, seorang wanita yang didera secara fizikal membiarkan
dirinya terus didera tanpa mendapatkan bantuan kerana percaya bahawa
isteri yang baik ialah isteri yang taat kepada suami. Mungkin juga kerana
wanita itu percaya sekiranya mendapatkan bantuan, dia berkemungkinan
berhadapan dengan perceraian. Dia mungkin terus membiarkan dirinya didera
kerana percaya status seorang isteri lebih mulia daripada status seorang janda.
Kedua-dua kepercayaan tersebut adalah bersumberkan budaya dan tiada
kaitan dengan mana-mana agama. Kaunselor feminis membantu wanita yang

11 Teori Kaunseling.indd 224

10/06/2014 9:43:00

Teori Feminis

225

ditindas kerana norma budaya agar membezakan antara kepercayaan dengan


peraturan hidup. Wanita dibimbing mendapatkan haknya yang selari dengan
undang-undang. Ini adalah tugas yang sukar bagi kaunselor sekiranya klien
belum benar-benar mendapat celik akal. Justeru, kaunselor perlu bersabar
dalam proses meyakinkan klien mengubah dirinya. Klien yang berjaya diubah
boleh diharapkan membantu ahli masyarakat dan ahli keluarga yang lain agar
berubah dan keluar dari penindasan budaya.
Feminis juga sesuai diaplikasi kepada lelaki walaupun istilah pendekatan
ini seolah-olah cenderung untuk wanita. Lelaki sering digambarkan sebagai
pemimpin, mesti kuat, tidak boleh menangis dan berduka. Lelaki dianggap
mesti berupaya melakukan kerja-kerja berat. Lelaki yang menceburi pekerjaan
yang didominasi wanita sering kali dipandang rendah. Kaunselor menggunakan
pendekatan feminis bagi memberi empowerment kepada klien lelaki agar
berani melakukan sesuatu yang bertentangan dengan budaya tetapi tidak
bertentangan dengan peraturan dan undang-undang. Lelaki yang membuat
keputusan menceburi pekerjaan yang didominasi wanita seperti jurusolek dan
jururawat merupakan contoh lelaki yang melawan arus budaya dan percaya
bahawa diri mereka mempunyai kuasa menentukan tindakan yang bertujuan
untuk kebaikan hiudp dan tidak sesekali tunduk dengan tekanan sosial yang
tidak berasas.

Kekuatan dan Kelemahan Teori

Kelebihan pendekatan feminis ialah mendidik klien untuk melihat masalahnya


dalam persepsi yang lebih luas merangkumi masyarakatnya. Sesuatu masalah
tidak dilihat sebagai masalah individu tetapi masalah masyarakat. Klien
diajar untuk melihat dan menganalisis pengaruh sosial dan politik dalam
masyarakatnya dan mengubah cara berfikir selepas mendapat keberanian
atau empowerment. Walaupun pendekatan ini seolah-olah sesuai bagi
golongan wanita yang tertindas, hakikatnya ia sesuai untuk semua golongan
tanpa mengira latar belakang gender dan bangsa. Ini kerana matlamat murni
pendekatan feminis bukan setakat mengubah cara berfikir dan bertindak
klien tetapi mengubah masyarakat secara total. Justeru, pendekatan ini sesuai
untuk pelbagai latar belakang klien dan jenis kaunseling termasuk kelompok,
pasangan, perkahwinan, dan keluarga.
Pendekatan ini juga memberi nafas baru dalam perkembangan kaunseling
dan psikoterapi kerana pendekatan lain diasaskan atas dasar manusia tanpa
mengira latar belakang adalah sama, gagal mengambil kira konteks politik dan
sosial, dan melihat masalah individu sebagai personal. Pendekatan feminis
yang mendidik klien untuk menjadi agen perubahan dalam masyarakat
menjadikan pendekatan inimenekankan matlamat jangka panjang bukan sahaja
untuk kebaikan klien tetapi juga persekitaran klien.

11 Teori Kaunseling.indd 225

10/06/2014 9:43:00

226

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Walau bagaimanapun, pendekatan feminis jika tidak difahami dengan


betul mungkin kelihatan agak ekstrem bagi masyarakat yang mementingkan
penerimaan dan kohesif kumpulan. Sebagai contoh, bagi masyarakat Malaysia,
amat penting seseorang itu mengikut norma masyarakat kerana pelanggaran
atau penyimpangan dari norma menyebabkan seseorang itu mungkin dicemuh.
Contohnya ialah mengenai perceraian. Bagi masyarakat Melayu, masih ramai
yang beranggapan bahawa perceraian merupakan suatu yang negatif dan sebuah
rumah tangga perlu diselamatkan walau dengan cara apa pun. Wanita yang
menjadi janda mungkin dipandang serong. Norma masyarakat ini mungkin
mendorong wanita yang ingin bercerai walaupun rumah tangganya tidak
bahagia untuk meneruskan kehidupannya dalam perkahwinan yang tidak
bahagia. Penganalisisan peranan gender, biblioterapi, dan pelabelan semula
mungkin boleh membantu wanita ini untuk bertindak dengan lebih bijak dan
menamatkan perkahwinan yang gagal. Namun begitu cemuhan masyarakat
mungkin mendorong wanita itu meneruskan hasratnya menamatkan perceraian.
Dalam kes ini, meningkatkan kuasa kepada orang yang ditindas merupakan
proses yang panjang dan berterusan. Justeru, pengamal kaunseling dan
psikoterapi haruslah berhati-hati dalam mengaplikasi pendekatan ini kerana
kesilapan dan sikap gopoh untuk membuat transformasi sosial mungkin
menyebabkan proses kaunseling lebih memudaratkan klien yang belum benarbenar bersedia.

Aplikasi Kes Laila

Kes Laila menunjukkan peranan sosiobudaya dalam kehidupan seseorang.


Menjadi mangsa keganasan seksual semasa kanak-kanak dan memendamnya
berkemungkinan besar dipengaruhi oleh kepercayaan masyarakat Melayu
yang menganggap perbincangan tentang seksualiti sebagai kotor. Pendedahan
tentang risiko seks tidak akan dibincangkan secara terbuka lebih-lebih lagi
dengan kanak-kanak yang belum baligh. Ini mendorong kanak-kanak dan
wanita yang menjadi mangsa keganasan seksual menyembunyikan peristiwa
hitam yang mereka lalui kerana tidak mahu dilabel sebagai kotor, jijik, dan
ternoda. Dalam kes Laila, kaunselor feminis perlu membina rapport terlebih
dahulu sehingga Laila benar-benar meyakini kaunseling kerana pendekatan
feminis merupakan pendekatan yang bersifat agak didaktik. Kaunselor feminis
boleh menggunakan teknik-teknik berikut:
1. Pendedahan atau perkongsian diri: Kaunselor membuat sedikit
pendedahan mengenai dirinya dari segi bagaimana dia mendapat celik
akal tentang haknya sebagai individu dalam masyarakat.
2. Analisis peranan gender: Kaunselor membantu Laila menganalisisapakah
peranannya sebagai wanita dalam masyarakat dan kelompoknya. Adakah
wanita merupakan objek sekssual? Adakah wanita perlu berdiam diri

11 Teori Kaunseling.indd 226

10/06/2014 9:43:00

Teori Feminis

3.

4.

5.

6.

227

kerana menjaga maruah diri yang ditentukan peraturannya (secara tidak


bertulis) oleh sosiobudayanya?
Analisis kuasa: Kaunselor membantu Laila menganalisis kuasa yang
dimilikinya sebagai individu dewasa. Apakah yang Laila boleh dan
berupaya lakukan untuk membela dirinya? Adakah Laila melihat wanita
perlu menurut perintah dan kehendak lelaki untuk menjamin keharmonian
walaupun pada hakikatnya bergolak?
Biblioterapi: Sifat memendam dan dihantui peristiwa silam telah
mempengaruhi sikap Laila dengan suami barunya dan anak-anaknya.
Sikap panas barannya berkemungkinan berpunca daripada perasaan
terpendam. Demi menunjukkan yang dia juga berkuasa, Laila menjadi
panas baran terhadap suaminya. Ia mungkin satu mekanisme bela diri
tetapi dengan cara yang salah. Justeru, kaunselor boleh mencadangkan
tajuk-tajuk buku, artikel atau blog yang boleh dijadikan sumber
bimbingan kepada Laila.
Pelabelan semula: Teknik ini digunakan bagi membantu Laila melihat
semula peristiwa hidupnya dari sudut berbeza. Walaupun penderaan
seksual merupakan satu jenayah dan penindasan tetapi Laila mungkin
boleh mempertimbangkan untuk melihatnya dari segi bagaimana
dia telah berjaya bangun dari jatuh dan seterusnya berjaya dalam
pendidikan dan kerjayanya. Laila juga boleh melihat apa yang dilaluinya
sebagai penggerak untuk dia membela nasib golongan yang ditindas
kerana mendiamkan dan membiarkan diri ditindas akan menyebabkan
penindasan berterusan.
Kumpulan sokongan: Laila juga dibimbing untuk menyertai kumpulan
wanita yang membantu memberi sokongan kepada mangsa keganasan.
Melalui penyertaan dalam kumpulan sokongan, Laila akan bertukar-tukar
fikiran dengan mangsa keganasan yang lain dan mengurangkan rasa stres
akibat peristiwa silam. Kebiasaannya organisasi yang menganjurkan
kumpulan sokongan juga menawarkan perkhidmatan kaunseling individu
kepada yang memerlukannya.

Di akhir proses kaunseling, adalah diharapkan Laila telah mendapat


celik akal tentang peranan sosiobudaya yang menyebabkan dia tidak
memperjuangkan haknya sebagai individu yang ditindas. Diharapkan
kesedaran itu dapat disebarkan kepada ahli keluarga yang lain supaya lebih
ramai mendapat kesedaran untuk menyatakan kebenaran dan tidak membiarkan
diri terusmenerus ditindas. Wala ubagaimanapun, kaunselor perlu juga
memastikan bahawa sebelum proses kaunseling boleh ditamatkan, Laila perlu
mendapat celik akal dari segi peranan gender dan analisis kuasa, kerana dua
perkara tersebut merupakan penggerak paling penting ke arah perubahan.
Di bawah adalah contoh dialog klien dan kaunselor yang menggunakan
pendekatan feminis:

11 Teori Kaunseling.indd 227

10/06/2014 9:43:00

228

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Kaunselor: Laila, Laila telah ceritakan bahawa Laila diperalatkan


sebagai wanita dan dinoda oleh lelaki yang Laila percayai.
Lelaki tersebut mempunyai imej lelaki yang boleh
dipercayai. Bagaimana Laila melihat peristiwa tersebut
sebagai titik hitam dalam hidup Laila ceritakan.
Laila:

Lelaki itu kelihatan seperti orang beragama, mana saya


sangka dia sanggup menodai saya. Sedangkan saya
dibesarkan dengan diajar bahawa orang yang menunjukkan
imej agama boleh dipercayai.

Kaunselor: Hmmm.. imej agama.. boleh Laila jelaskan lebih lanjut


maksudnya.
Laila:

Mak saya kata kalau nak kenal seseorang itu beragama atau
tidak lihat tutur katanya. Orang beragama lemah lembut
tutur katanya, sopan pakaiannya. Lelaki yang melindungi
wanita

Kaunselor: Jadi Laila lihat ciri-ciri itu ada pada lelaki yang mula-mula
menodai kehormatan Laila?.
Laila:

Ya, saya lihat tapi bila dia buat jahat saya sedar dia
berpura-pura baik berpura-pura berimej baik.

Kaunselor: Apa yang Laila faham adalah apa yang ibu bapa Laila ajar.
pernah tak Laila sendiri mendapatkan maklumat berkenaan
ciri-ciri orang yang baik (analisis gender)
Laila:

Tidak pernah, sebab saya rasa siapa pun tahu siapa orang
baik siapa orang jahat.

Kaunselor: Saya ada bahan bacaan ringkas mengenai ciri-ciri individu


yang jujur dan ikhlas dari segi agama. Mungkin sesuai
untuk Laila baca bagi meningkatkan kefahaman. Laila
berminat atau tidak? (biblioterapi)
Laila:

11 Teori Kaunseling.indd 228

Kenapa tidak, selama ini saya bertindak hanya ikut naluri


dan apa yang orang lain kata ok mungkin buku ini boleh
bantu saya sedikit sebanyak.

10/06/2014 9:43:00

Teori Feminis

229

Rumusan

Prinsip perjuangan feminis ialah untuk menguatkan atau empower golongan


yang tertindas. Terdapat pelbagai gerakan feminis, namun kesamaan antara
gerakan yang berbeza nama ini ialah perjuangan membantu golongan tertindas
mendapat hak mereka kerana diskriminasi yang berjalan selama ini kadangkala
tidak disedari sehingga menjadi norma budaya. Sungguhpun demikian, amat
penting bagi kaunselor di Malaysia melihat secara mendalam kesesuaian
pendekatan ini kerana penerimaan tanpa pemahaman akan memberi lebih
mudarat kepada klien. Pendekatan ini pada dasarnya adalah bagus tetapi
kaunselor sendiri perlu celik akal dari segi diskriminasi yang telah berakar
umbi dalam masyarakat. Diandaikan, sekiranya lebih ramai klien yang boleh
memahami bahawa banyak masalah yang berlaku adalah berpunca daripada
norma sosiobudaya, mereka mungkin dengan lebih mudah membezakan
antara masalah diri dan masalah yang disebabkan oleh tekanan sosiobudaya.
Kesimpulannya, pendekatan ini sangat bersesuaian bagi membantu individu
bergerak dan maju ke hadapan tanpa tunduk kepada tekanan sosiobudaya yang
tidak membantu ke arah produktiviti.
Bab ini telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan teori
feminis. Bab seterusnya akan membincangkan berkaitan pendekatan naratif.

Glosari
Peranan Gender

Egalitarian
The personal is political

11 Teori Kaunseling.indd 229

Sesuatu peranan yang spesifik mengikut


gender (sama ada lelaki atau perempuan) yang
bersandarkan norma masyarakat
Kesamarataan
Isu-isu peribadi dan personal yang dialami oleh
seseorang adalah berpunca dari persekitaran
sosiopolitik masyarakat.

10/06/2014 9:43:00

230

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

11 Teori Kaunseling.indd 230

10/06/2014 9:43:00

Bab 12

Pendekatan
Naratif

Objektif

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Memahami andaian asas dan prinsip terapi naratif
2. Memahami proses yang terlibat dalam pendekatan ini
3. Mengaplikasikan teknik-teknik terapi naratif dengan baik

Pengenalan

Pendekatan naratif melihat penceritaan klien sebagai aspek utama dalam


pendekatannya. Terapis atau kaunselor akan mendengar cerita klien yang
membawa kepada masalah. Penceritaan cerita yang sama tetapi dari perspektif
yang berbeza membolehkan klien mengatasi masalah dalam kehidupan mereka
(Neimeyer 2000). Ahli terapi naratif akan meneroka seting, karakter, plot dan
tema dalam cerita yang dibawa untuk memahami masalah klien. Pendekatan
ini membantu klien melihat hidup mereka dengan cara memisahkan masalah
tersebut daripada hidup mereka. Ahli terapi naratif mencari pengecualian atau
eksternalisasi dalam penceritaan oleh klien yang membolehkan hidup klien
menjadi lebih memuaskan. Tambahan dari itu, teori ini juga mengambil kira
kekuatan dan kebolehan klien yang dapat membantu menyelesaikan masalah
yang dihadapi.

12 Teori Kaunseling.indd 231

10/06/2014 12:11:24

232

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Gambaran Keseluruhan Teori


Pendekatan Naratif

Pengasas Teori

Andaian Asas dan Prinsip


Teori

Matlamat Terapi

Peranan Kaunselor

Proses Terapi
Soalan Demi Soalan
Eksternalisasi Masalah

Teknik-Teknik

Cari Hasil yang Unik


Cerita Altenatif dan
Karangan Semula
Dokumentasi Bukti

Aplikasi Teori dalam


Seting Silang Budaya

Latihan Kemahiran Sosial

Kekuatan dan Kelemahan


Teori

Rajah 12.1:

12 Teori Kaunseling.indd 232

Gambaran Keseluruhan Terapi Naratif

10/06/2014 12:11:25

Pendekatan Naratif

233

Pengasas Teori

Teori ini telah diperkenalkan oleh


Michael White (19482008) yang
bekerja di Dulwich Centre di
Adelaide, Afrika Selatan. White
telah membangunkan terapi naratif
bersama-sama beberapa orang
rakan yang lain. Pada mulanya
beliau merupakan seorang pelukis
pelan elektrikal dan mekanikal,
kemudiannya menjadi pekerja
sosial untuk membantu orang
ramai. Dalam kerjayanya, White
banyak dipengaruhi oleh Bateson
dan Institut Penyelidikan Mental.
Beliau berminat dalam memahami
persepsi manusia terhadap dunia
mereka (Nichols & Schwartz 2004),
yang seterusnya membawa beliau
Rajah 12.2: Michael White (1948-2008)
kepada pendekatannya dalam
memahami cerita dan eksternalisasi
masalah klien. White juga menulis beberapa buah buku, antaranya Narrative
Means To Therapeutic Ends (White & Epston, 1990) dan Reauthoring Lives:
Interview and Essays.
David Epston (1944) juga
dikenali sebagai salah seorang
antara pelopor pendekatan naratif.
Beliau menetap di New Zealand
dan merupakan Pengarah Bersama
di Pusat Terapi Keluarga di
Auckland, New Zealand. Salah
satu daripada sumbangan beliau
dalam bidang ini adalah konsep
leagues atau kumpulan. Leagues
adalah sekumpulan klien yang
mengalami masalah yang sama
dan berhubung antara satu sama
lain melalui penulisan. Antara
penulisan Epston yang terkenal
adalah Playful Approaches to
Serious Problems: Narratives
Rajah 12.3: David Epston (1944)
with Children and Their Families

12 Teori Kaunseling.indd 233

10/06/2014 12:11:25

234

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

( Freeman, Epston, & Lobovits 1997) dan Biting the Hand That Starves You:
Inspiring Resistance to Anorexia/ Bulimia (Maisel, Epston, & Borden 2004).

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia

Pendekatan naratif memahami manusia dengan melihat perspektif penceritaan


dalam konteks keluarga dan budaya di mana manusia tersebut dibesarkan.
Beberapa pemahaman tersebut adalah:
1. Manusia membina makna kehidupan berdasarkan penceritaan yang
diinterpretasikan olehnya, yang mana penceritaan tersebut dianggap
benar dalam kehidupannya.
2. Manusia hidup dalam persekitaran budaya. Budaya ini mendominasi
hidup manusia dan sering kali menyebabkan manusia terikat dengan
budaya tersebut dan berpegang kuat kepada sesuatu yang bersifat
dominan. Keadaan ini menyebabkannya membelakangkan atau
melepaskan peluang dalam kehidupan semata-mata untuk memenuhi
tuntutan budaya.
3. Manusia dapat memisahkan dirinya daripada masalah dengan memahami
bagaimana budaya dan konteks sosial mempengaruhi masalah yang
dihadapi.

Andaian Asas dan Prinsip Teori

Terapi naratif melihat penceritaan sebagai suatu yang membentuk realiti iaitu
sesuatu yang dirasai, dilihat dan dilakukan. Cerita terhasil daripada percakapan
dalam konteks sosial dan budaya. Manusia hidup di dunia ini berdasarkan
penceritaan yang diceritakan oleh orang lain terhadap diri kita juga cerita
yang kita ceritakan pada diri sendiri. Penceritaan ini membina pengalaman
yang sebenar dan biasanya membentuk realiti dalam kehidupan kita yang
memberi kesan mendalam terhadap kehidupan dan akhirnya mewujudkan
situasi yang memberi masalah. Cerita hidup setiap individu perlu direka atau
ditulis semula untuk memperbaiki aspek-aspek kehidupan dan pengalaman
yang lebih memberi makna kepada seseorang.
White (1989) melihat pengaruh dan kesan sesuatu masalah bukan sahaja
kepada klien, bahkan kepada konteks lebih luas yang merangkumi pengaruh
dan kesan ke atas orang lain termasuklah ahli terapi. Proses ini dikenali sebagai
eksternalisasi yang membolehkan klien melihat hubungan mereka dengan
masalah tersebut dengan lebih jelas lagi. Andaian yang lebih tepat dalam naratif
adalah kesedaran bahawa bukan individu atau klien tersebut yang bermasalah,
tetapi yang bermasalah itu adalah masalah itu sendiri.
Selain itu, klien juga perlu disedarkan tentang tujuan, nilai, harapan dan
komitmen mereka dalam kehidupan. Apabila nilai dan harapan telah dapat

12 Teori Kaunseling.indd 234

10/06/2014 12:11:25

Pendekatan Naratif

235

ditentukan dalam kehidupan, ahli terapi membantu klien untuk mengarang


semula cerita dan pengalaman hidup mereka. Dengan cara ini diharapkan
klien mendapat sinar hidup baru dalam kehidupan mereka.

Matlamat Terapi

Terapi naratif mengajak individu untuk menggambarkan pengalaman mereka


dalam bahasa yang baru dan lebih bertenaga. Pendekatan ini memberi fokus
kepada bagaimana individu menceritakan pengalaman hidup mereka dan
bagaimana mereka persembahkan cerita ini dalam hidup. Dengan melakukan
penceritaan dan penceritaan semula dengan bahasa yang baru, individu itu
dapat membuka atau mengenal pasti kemungkinan-kemungkinan yang baru
dalam kehidupan. Bahasa yang baru membolehkan klien membina makna dan
pandangan yang baru untuk memperbaiki pemikiran, perasaan dan tingkah
laku yang bermasalah (Freedman & Corbs 1996). Di samping itu, ahli terapi
membantu klien membentuk makna daripada plot dan karakter dalam cerita
yang dibawa dengan tujuan untuk mengatasi masalah. Ahli terapi menggunakan
kuasa frasa atau ayat yang mampu memberi kesan kepada cara individu melihat
diri mereka dan orang lain di samping memberi celik akal kepada klien untuk
melihat alternatif baru yang ada dalam kehidupannya.

Peranan Kaunselor

Terapis naratif berperanan sebagai fasilitator yang aktif. Sikap mengambil


berat, menunjukkan minat, perasaan ingin tahu, keterbukaan, empati,
sentuhan, dan tarikan adalah dilihat sebagai aspek yang penting dalam
sesuatu perhubungan. Kedudukan yang tidak tahu (not-knowing position),
membolehkan ahli terapi untuk mengikuti, mengiakan cerita yang dibawa
oleh klien, mencipta peserta-pemerhati serta mengintegrasikan terapi dengan
pandangan teori moden terhadap kajian tentang manusia. Ahli terapi perlu
bertindak sebagai pendengar yang aktif agar dapat memahami bagaimana
cerita masalah tersebut membawa kepada kerumitan dalam kehidupan klien.
Tugas utama ahli terapi naratif adalah untuk membantu klien membina
cerita yang ingin dipilih. Mereka berperanan untuk memandu klien
menceritakan masalah serta pengaruh masalah tersebut terhadap dirinya
dan orang lain. Ahli terapi akan memberi kefahaman kepada klien tentang
hubungan klien dengan masalah tersebut seterusnya membantu klien untuk
mengambil perspektif yang berbeza dalam melihat masalah tersebut. Ahli
terapi naratif mengambil pendirian yang dicirikan oleh perasaan ingin tahu
dengan cara yang hormat, dan bekerjasama dengan klien untuk meneroka
kesan masalah ke atas ahli terapidan klien serta apa yang mereka lakukan untuk
mengurangkan kesan masalah tersebut (Winslade & Monk 2007). Penerokaan

12 Teori Kaunseling.indd 235

10/06/2014 12:11:25

236

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

ini dilakukan dengan bertanyakan soalan kepada klien, dan daripada jawapan
tersebut, dapat menghasilkan soalan yang lebih lanjut.
White dan Epston (1990) menggunakan teknik soalan untuk
memisahkan masalah dengan klien. Perubahan dalam bahasa atau penggunaan
soalan menjadi titik permulaan pembinaan semula penceritaan asal yang
dibawa oleh klien. Pada awalnya, klien menganggap diri mereka sebagai
satu kesatuan yang wujud bersama masalah, namun dengan teknik-teknik
soalan yang diajukan, klien dapat memisahkan diri mereka dari masalah
tersebut. Seperti mana dalam terapi berfokuskan penyelesaian, ahli terapi
naratif juga menganggap klien sebagai pakar dalam menentukan keinginan
mereka dalam kehidupan ini. Ahli terapi perlu berusaha untuk mengelakkan
penggunaan bahasa yang membawa kepada pendiagnosisan, penilaian,
rawatan dan intervensi kerana berkemungkinan boleh membantu ahli terapi
lebih mengetahui tentang kehidupan klien itu berbanding diri mereka sendiri.
Ahli terapi naratif juga perlu berhati-hati supaya tidak mengambil peranan
atau kuasa klien dalam membawa perubahan dalam kehidupan mereka
(Winslade, Crocket & Monk 1997). Sekiranya tidak, klien mungkin akan
berasakan bahawa ahli terapi lebih berkuasa untuk menentukan perubahan
dalam hidup mereka.
Selain itu, ahli terapi juga perlu ingat bahawa setiap klien adalah
unik dan berbeza (Monk 1997). Ini memberi maksud bahawa penceritaan
yang dibawa oleh klien adalah berbeza-beza menyebabkan ahli terapi perlu
menyesuaikan penciptaan cerita yang baru seperti yang diinginkan oleh klien
yang berbeza.

Proses Terapi

Menurut O Hanlon (1994), terdapat beberapa langkah dalam proses terapeutik


pendekatan naratif iaitu:
1. Bekerjasama dengan klien untuk saling mengenal pasti dan menerima
masalah yang dihadapi.
2. Menjelmakan masalah dengan mengena lpasti keadaan atau faktor yang
menyumbang kepada masalah tersebut, serta memilih strategi ke arah
penyelesaian masalah tersebut.
3. Meneroka bagaimana masalah tersebut boleh menyebabkan huru hara,
mendominasi klien serta tidak memberi galakan kepada klien dalam
kehidupannya.
4. Mengajak klien untuk melihat cerita mereka dari perspektif yang baru dan
berbeza dengan memberikan makna yang lain terhadap sesuatu peristiwa
atau cerita yang dibawa oleh klien tersebut.
5. Mencari waktu supaya klien tidak didominasi oleh masalah bagi tujuan
mencari pengecualian masalah.

12 Teori Kaunseling.indd 236

10/06/2014 12:11:25

Pendekatan Naratif

6.

7.

8.

237

Mencari bukti sejarah untuk memperteguhkan atau memberi sokongan


kepada pandangan baru klien agar menjadi lebih kompeten untuk
dipegang, dipertikaikan, atau keluar dari masalah tersebut. Pada peringkat
ini identiti klien dan cerita hidupnya mula ditulis semula.
Meminta klien untuk membuat spekulasi atau jangkaan tentang masa
hadapan yang lebih baik. Apabila klien bebas daripada penceritaan
masalah masa lalu yang tepu, klien akan dapat membayangkan atau
merancang masa hadapan yang kurang bermasalah.
Mencari dan mencipta audiens untuk merasai dan menyokong cerita
klien yang baru. Proses ini tidak mencukupi dengan hanya membaca atau
mengutarakan cerita yang baru, sebaliknya klien perlu menghidupkan
cerita yang baru itu di luar sesi terapi. Oleh sebab masalah yang wujud
adalah terbina daripada persekitaran sosial, maka adalah penting untuk
melibatkan persekitaran sosial dalam usaha menyokong kisah hidup yang
baru yang terhasil melalui perbincangan dengan ahli terapi.

Kesemua proses perbincangan naratif ini tidak perlu diikuti secara terlalu
rigid atau linear. Sebaliknya proses ini mungkin berlaku secara melangkau
atau berada lebih lama pada tahap tertentu. Walau bagaimanapun, ia masih
perlu mengikut terma kitaran perkembangan yang melihat elemen berikut:
1. Memindahkan cerita masalah kepada gambaran luaran masalah
2. Melakar kesan masalah kepada individu
3. Mendengar dan mengenal pasti tanda kekuatan dan kompetensi dalam
cerita masalah klien yang tepu.
4. Membina kisah baru yang kompeten dan mendokumentasikan pencapaian
tersebut.

Teknik-teknik

Terdapat beberapa teknik yang digunakan dalam terapi naratif yang bergantung
kepada sikap dan perspektif ahli terapi itu sendiri. Walau bagaimanapun,
terapi naratif melihat bahawa kaedah yang digunakan oleh ahli terapi adalah
bertentangan dengan kaedah penggunaan teknik. Pendekatan naratif adalah
kaedah yang bukan sahaja tertumpu kepada pengaplikasian kemahiran, ia juga
berdasarkan karakteristikahli terapi yang membina atau mencipta suasana
yang menggalakkan klien untuk meluahkan cerita mereka dari perspektif yang
berbeza. Pendekatan ini juga melibatkan peluahan pendirian tentang etika yang
diasaskan oleh kerangka falsafah. Bermula dari kerangka konseptual inilah,
amalan diaplikasikan untuk membantu klien mencari makna dan kemungkinan
baru dalam hidup mereka (Winslade & Monk 2007).
Selain daripada konsep asas dalam pengaplikasian ini, antara teknikteknik lain yang digunakan adalah:

12 Teori Kaunseling.indd 237

10/06/2014 12:11:25

238

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Jadual 12.1: Teknik-teknik Pendekatan Naratif


Teknik-teknik
Soalan demi
soalan

Penjelasan
Ahli terapi naratif menggunakan soalan sebagai cara untuk
menjana pengalaman berbanding untuk mendapatkan
maklumat. Tujuan soalan adalah untuk meneroka dan membina
pengalaman klien secara progresif, dengan itu merekas dapat
menentukan hala tuju sesi yang boleh dijadikan panduan dalam
mengarah sesi terapi. Soalan biasanya ditanya dengan cara yang
menghormati klien, keinginan untuk mengetahui tentang klien
serta bersifat terbuka. Ahli terapi juga mengambil posisi tidak
tahu ketika mengajukan pertanyaan kepada klien. Soalan-soalan
ini membolehkan ahli terapi menyediakan peluang kepada
klien untuk meneroka pelbagai dimensi dalam situasi kehidupan
mereka. Ia juga membantu klien mengenal pasti andaian
budaya yang menyumbang kepada kewujudan masalah. Ahli
terapi naratif berminat untuk mengetahui bagaimana masalah
tersebut terbukti menjadi masalah dan bagaimana masalah itu
memberi kesan kepada pandangan klien terhadap diri mereka
sendiri (Monk 1997). Selain itu, ahli terapi naratif juga cuba
melibatkan klien dalam membina semula cerita masalah klien
yang tepu, mengenal pasti hala tuju dam mereka cerita alternatif
yang menyokong hala tuju tersebut (Freedman & Combs 1996).
Contoh: Soalan yang ditanyakan oleh ahli terapi biasanya
terkandung dalam perbualan dengan klien, sebahagian dialog
dari dialog awal, penerokaan peristiwa yang unik, atau
penerokaan proses budaya yang dominan dan penting. Soalan
yang terlibat biasanya berbentuk kitaran atau saling berkait
apabila ahli terapi cuba mencari sesuatu untuk memperkasakan
klien dalam cara yang baru.

Eksternalisasi
masalah

Dalam terapi naratif, masalah menjadi lawan kepada klien


dan bukan individu atau klien yang dikaitkan dengan masalah
tersebut. White (1989) percaya bahawa bukan klien atau
individu yang bermasalah, sebaliknya masalah itu sendiri yang
bermasalah. Masalah dan cerita masalah yang tepu memberi
kesan kepada manusia dan mendominasi kehidupan manusia
secara negatif. Eksternalisasi adalah satu proses untuk membina
semula kuasa naratif klien. Proses ini memisahkan individu
daripada masalah yang membelenggu mereka. Apabila klien
melihat diri mereka sebagai menjadi bermasalah, mereka
mempunyai cara yang terbatas untuk berhadapan dengan
masalah mereka.
Setelah klien memisahkan diri mereka dari masalah dengan
menganggap bahawa masalah adalah sesuatu yang di luar

12 Teori Kaunseling.indd 238

10/06/2014 12:11:25

Pendekatan Naratif

Teknik-teknik

239

Penjelasan
dirinya, mereka telah membina satu perhubungan dengan
masalah. Dengan memahami pengaruh budaya dalam
mewujudkan masalah, klien dapat membina semula garis
kehidupan mereka dengan cerita kehidupan yang lebih positif.
Kaedah yang digunakan untuk memisahkan masalah dari
individu dikenali sebagai perbincangan eksternalisasi atau
externalizing conversation yang membuka ruang untuk
kehadiran cerita yang baru. Eksternalisasi menghalang sebarang
penindasan, cerita masalah yang tepu dan memperkasakan
klien untuk berasa lebih cekap dalam menangani masalah yang
dihadapi. Dua tahap dalam eksternalisasi masalah iaitu (1)
pemetaan pengaruh masalah terhadap kehidupan seseorang, dan
(2) pemetaan pengaruh kehidupan seseorang terhadap masalah
(McKenzie & Monk 1997). Pemetaan pengaruh masalah ke atas
seseorang menyediakan maklumat berguna kepada individu
agar rasa malu dan bersalah klien dapat dikurangkan. Apabila
pengaruh masalah diteroka dengan cara yang sistematik, klien
akan berasa didengari dan difahami.
Contoh: Bila kali pertama masalah ini muncul dalam hidup
anda?. Apabila lakaran atau perangkaan ini dilakukan dengan
baik, ia dapat menjadi asas kepada penulisan semula cerita baru
untuk klien.
Contoh: Sekiranya masalah ini akan berterusan selama sebulan
atau selama tempoh tertentu, apakah yang anda fikirkan?

Mencari hasil
yang unik

12 Teori Kaunseling.indd 239

Soalan eksternalisasi diikuti dengan persoalan untuk mencari


hasil yang unik. Apabila ahli terapi mendengar cerita klien
yang penuh dengan masalah,mereka mencari pengecualian
cerita tersebut (Nichols & Schwartz 2004). Pencarian hasil
yang unik melibatkan ahli terapi perlu mencari waktu atau
situasi di dalam cerita klien iaitu klien dapat menyelesaikan
masalah mereka dengan cara bertanyakan soalan pembukaan.
Soalan ini mendedahkan pengecualian yang dilihat sebagai saat
berharga yang dikenali juga sebagai hasil yang unik. Waktu atau
pengecualian ini mungkin melibatkan pemikiran, perasaan dan
tingkah laku yang berbeza daripada apa yang dimiliki individu
lain. Dengan menfokuskan kepada hasil yang unik, ahli terapi
naratif meneroka pengaruh dan halangan untuk mencapai
matlamat. Persoalan ini membolehkan klien melihat kepada
perubahan yang mungkin terjadi. Menurut Epston dan White
(1992), pembinaan hasil cerita yang unik kepada penyelesaian
yang unik dapat dibantu dengan penggunaan circular
questions.

10/06/2014 12:11:25

240

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik

Penjelasan
Contoh: Sekarang anda sudahmencapai tahap ini dalam hidup
anda, siapa lagi yang seharusnya tahu tentang hal ini?
Saya rasa mungkin terdapat beberapa orang yang ketinggalan
maklumat tentang diri anda. Apa cadangan anda untuk
mengemaskinikan maklumat ini kepada mereka?
Sekiranya terdapat orang lain yang datang ke sesi terapi dan
mengalami masalah yang sama dengan anda, bolehkah saya
berkongsi dengan mereka perkara-perkara penting yang telah
anda lakukan?
Soalan-soalan ini tidak ditanya secara bertalu-talu. Sebaliknya,
McKenzie dan Monk (1997) mencadangkan agar ahli terapi
mendapatkan keizinan daripada klien sebelum bertanyakan
beberapa soalan. Dengan memberitahu kepada klien bahawa
mereka tidak semestinya perlu menjawab soalan yang diajukan,
ahli terapi telah meletakkan klien berada dalam kawalan semasa
proses terapeutik di samping mengurangkan risiko penindasan
terhadap klien secara tidak sengaja.

Cerita alternatif
dan pengolahan
semula

Individu mampu untuk menulis kembali kisah kehidupan


mereka. Dalam pendekatan ini, ahli terapi naratif mengajak
klien untuk menulis cerita alternatif menerusi hasil yang unik,
yang dianggap sebagai peristiwa yang tidak dijangkakan
daripada masalah yang tepu (Freedman & Combs 1996). Ini
boleh dilakukan dengan bertanyakan kepada klien, Pernahkah
anda melepaskan diri daripada pengaruh masalah ini? Apabila
klien menjawab atau memberi respons, ahli terapi akan
mendengar, memberi perhatian dan seterusnya mengenal pasti
kunci kecekapan klien dalam cerita masalahnya. Bertitik-tolak
dari pemahaman tersebut, kaunselor membantu klien membina
cerita yang mengambil kira kecekapan tersebut. Titik perubahan
dalam terapi naratif muncul apabila klien membuat pilihan
sama ada untuk meneruskan kehidupan dengan cerita masalah
yang tepu atau membina cerita alternatif yang baru (Winslade
& Monk 2007). Penggunaan soalan unik ini membolehkan ahli
terapi mengalihkan fokus kepada masa hadapan.
Contoh: Dengan apa yang telah anda pelajari tentang diri anda,
apakah langkah seterusnya yang akan anda ambil? Apabila anda
bertingkah laku mengikut identiti pilihan anda, apakah tindakan
yang boleh membantu anda untuk lebih mencapainya? Soalansoalan seperti ini menggalakkan klien untuk merefleksikan apa
yang telah dapat mereka capai dan langkah seterusnya yang
harus diambil untuk mencapai matlamat mereka.

12 Teori Kaunseling.indd 240

10/06/2014 12:11:25

Pendekatan Naratif

241

Teknik-teknik Penjelasan
Dokumentasikan Cerita baru yang dicipta yang dicipta oleh klien hanya berguna
bukti
apabila terdapat audiens yang menghargai dan menyokong
mereka. Antara kaedah mendokumentasikan bukti adalah melalui
penulisan surat. Ahli terapi naratif adalah pengasas kepada
penulisan surat secara terapeutik (Epston & White 1992). Surat
yang ditulis oleh ahli terapimengandungi maklumat tentang
rakaman sesi, penjelasan eksternalisasi masalah dan pengaruhnya
terhadap klien, serta kekuatan dan keupayaan klien yang dikenal
pasti semasa sesi dijalankan. Surat tersebut juga menggariskan
tentang kesukaran dan usaha yang perlu diambil oleh klien untuk
berhadapan dengan masalah tersebut, serta melukis perbezaan
antara masalah-cerita yang tepu dan pembinaan cerita baru yang
diingini oleh klien (McKenzie & Monk 1997).
Antara kelebihan penggunaan surat ialah surat boleh dibaca
berulang kali pada masa lain agar dapat memberi inspirasi
kepada klien. Surat juga digunakan untuk menggalakkan klien,
mencatat pencapaian klien dalam menguruskan masalah mereka
dan orang lain dalam komuniti masyarakat. Winslade dan Monk
(2007) juga menyatakan bahawa surat mendokumentasikan
perubahan yang dicapai oleh klien cenderung untuk
memperkuatkan perubahan tersebut terhadap klien juga orang
lain yang signifikan dalam hidup klien.
Di samping itu, penulisan surat naratif memperteguhkan apa
yang telah dipelajari dalam terapi untuk diaplikasikan ke dalam
kehidupan seharian (Nylund & Thomas 1994). Sesi yang baik
akan membantu klien melaksanakan apa jua yang dipelajari
dalam kehidupan sebenar bukan sekadar dalam sesi sahaja.
Kerja kumpulan

Kesemua teknik yang dibincangkan sebelum ini boleh


diaplikasikan dalam kaunseling kelompok atau kerja kumpulan.
Winslade dan Monk (2007) menyatakan bahawa pendekatan
naratif memberi penekanan untuk mewujudkan audiens bagi
menghargai perkembangan baru dalam hidup individu yang
dikaitkan dengan kelompok kerja. Kelompok atau kumpulan
menyediakan persekitaran masyarakat sedia ada yang
prihatin dan menyediakan peluang interaksi yang terbuka
untuk menemui kemungkinan cara hidup yang baru. Justeru,
persekitaran kelompok amat sesuai bagi memperteguhkan
pengalaman baru klien.
Contoh: Menjemput klien untuk menyertai kaunseling
kelompok atau kelompok perkembangan diri bagi individu atau
klien yang mempunyai masalah yang hampir sama.

12 Teori Kaunseling.indd 241

10/06/2014 12:11:25

242

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Terapi naratif melihat masalah dalam konteks sosial, budaya, politik dan
hubungan berbanding melihat masalah itu wujud secara individu. Pendekatan
ini menyediakan kerangka untuk klien berfikir tentang pemikiran mereka dan
menentukan kesan cerita terhadap apa yang mereka lakukan. Klien digalakkan
untuk meneroka bagaimana realiti kehidupan mereka dibina dan kesan
pembinaan realiti kehidupan tersebut ke atas diri dan kehidupan mereka. Melalui
kerangka pandangan tentang budaya dan nilai klien, klien boleh meneroka
kepercayaan dan makna sesuatu peristiwa mengikut interpretasi sendiri. Faktor
ini menjadikan terapi naratif sebagai terapi yang bersifat multibudaya dan
sesuai digunakan khususnya dalam kalangan ahli terapi dan klien yang datang
dari latar belakang yang berbeza. Bertolino dan OHanlon (2002) berpendapat
bahawa ahli terapi tidak memberi sebarang idea atau jangkaan awal terhadap
pengalaman klien, sebaliknya,mereka mempelajari daripada klien tentang
dunia pengalaman daripada klien itu sendiri. Klien dianggap sebagai guru yang
berkongsi denganahli terapi tentang budaya dan nilai kehidupan mereka yang
mungkin berbeza dengan ahli terapi itu seterusnya meletakkan isu perbezaan
budaya sebagai bukan penghalang dalam proses terapi.

Kekuatan dan Kelemahan Teori

Terapi naratif mengandaikan bahawa individu adalah kompeten dan boleh


dipercayai untuk menggunakan sumber mereka sendiri atau mencari strategi
penyelesaian masalah. Andaian ini mengambil kira sumbangan dan peranan
individu itu sendiri dalam menyelesaikan masalah. Individu diiktiraf
sebagai seorang yang hebat dalam kehidupannya, secara tidak langsung
memperteguhkan dirinya untuk terus melakukan perubahan ke arah yang
lebih baik.
Terapi naratif juga memberi lebih tumpuan ke atas aspek yang positif bagi
klien. Perbincangan masalah tidak menumpukan kepada masalah itu sahaja atau
bagaimana masalah itu boleh wujud. Sebaliknya, ia lebih menekankan mencari
sumber dan kekuatan klien dalam menentukan strategi penyelesaian masalah.
Selain itu, penggunaan teknik soalan yang berorientasikan masa depan
atau bertanyakan tentang sesuatu yang bakal terjadi kepada klien sekiranya
masalah dapat diselesaikan, mampu menjana minda klien untuk lebih aktif
memikirkan masa depan mereka. Klien juga boleh berasa dan membayangkan
pembaharuan yang bakal berlaku dalam kehidupan mereka jika masalah
yang dihadapi dapat diatasi. Ini seterusnya memberi kekuatan kepada klien
untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah mereka agar suasana
pembaharuan yang dibayangkan dapat direalisasikan.
Meskipun terapi naratif kelihatan agak ringkas dan mudah, namun ia
tidak semudah yang disangka. Penggunaan teknik-teknik misalnya pengolahan
semula cerita, dan penggunaan soalan demi soalan memerlukan kemahiran,

12 Teori Kaunseling.indd 242

10/06/2014 12:11:25

Pendekatan Naratif

243

kepakaran dan pengalaman ahli terapi. Bagi ahli terapi atau kaunselor baru
yang kurang pengalaman menjalankan sesi terapi atau kaunseling, mereka
mungkin berhadapan dengan kekangan untuk mengaplikasikan teknik ini
dengan baik.

Aplikasi Kes Laila

Kaunselor atau ahli terapi mengaplikasikan pendekatan naratif dalam


berhadapan dengan isu Laila. Seperti biasa, pada awal sesi kaunselor
menerangkan kepada Laila tentang perjalanan sesi kaunseling yang bakal
berlangsung. Kaunselor menyentuh tentang aspek masa, peranan kaunselor
dan klien, matlamat, kerjasama yang diperlukan serta aspek kerahsiaan.
Proses terapi bermula dengan kaunselor mengajak klien untuk menceritakan
perkara yang membawa klien untuk hadir ke sesi kaunseling. Di samping
itu, kaunselor turut cuba mengenal pasti matlamat serta harapan klien ini
datang ke sesi kaunseling. Dalam kes ini, Laila merupakan seorang yang
peramah dan mudah untuk berbicara. Keadaan ini melancarkan lagi proses
penceritaan oleh klien. Semasa Laila meluahkan masalahnya, kaunselor
bertindak sebagai pendengar yang setia. Kaunselor bersifat terbuka dalam
mendengar perkongsian Laila sebagai seorang pakar dalam kehidupannya.
Laila dan kaunselor juga saling bekerjasama untuk saling mengenal pasti dan
menerima masalah yang dihadapi.
Dalam sesi terapi, kaunselor membawa Laila untuk meluahkan masalah
yang dihadapi olehnya. Pada ketika ini, Laila diminta untuk bekerjasama
menceritakan masalahnya. Tanpa kerjasama daripada Laila, langkah untuk
mengenal pasti masalah agak sukar untuk dicapai. Sepanjang penceritaan
oleh Laila, beberapa masalah dapat dikenal pasti. Pertama, Laila mempunyai
masalah dengan ingatan terhadap peristiwa dia dicabul yang sering kali
menghantui dirinya menyebabkan dia menjadi seorang yang ketagihan
seks. Kedua, sikap panas baran Laila menyebabkan anak-anak kurang rapat
dengannya, sebaliknya lebih rapat dengan bapa walaupun hanyalah bapa tiri.
Kesemua masalah ini membelenggu hidup Laila. Namun begitu, kaunselor
membimbing Laila untuk menyelesaikan masalah Laila, satu persatu. Selepas
perbincangan, Laila ingin memperbaiki dirinya untuk tidak menjadi seorang
yang panas baran. Dengan itu dia dapat memperbaiki hubungannya dengan
orang lain terutamanya dengan anak-anak dan suami. Laila mengatakan
bahawa dia ingin menyelesaikan isunya dengan anak-anak kerana itu
mengganggu hampir seluruh hidupnya.
Dengan penetapan matlamat sesi, kaunselor meneroka bagaimana masalah
yang dihadapi oleh Laila boleh menyebabkan huru hara, mendominasinya
serta tidak memberi galakan kepada Laila dalam kehidupannya. Kaunselor
membimbing Laila untuk meluahkan bagaimana situasi yang dihadapi oleh
Laila boleh menyebabkan keadaan yang huru hara dalam kehidupannya.

12 Teori Kaunseling.indd 243

10/06/2014 12:11:25

244

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Kaunselor: Bolehkah Laila gambarkan bagaimana hubungan yang


renggang dengan anak-anak boleh mengganggu kehidupan
anda?
Laila:

Emm... Saya agak kesal..apabila pulang dari kerja, saya


harapkan anak-anak akan menerpa ke arah saya, memeluk
saya dan mencium pipi saya. Tapi, tidak bagi anak-anak
saya walaupun ketiga-tiga mereka adalah anak kandung
saya, anak yang saya lahirkan sendiri. Jika saya pulang ke
rumah bersama suami, mereka akan memeluk ayahnya,
kemudian baru memeluk saya...itupun bila disuruh oleh
ayah mereka. Ada ketikanya, apabila saya pulang ke
rumah dan anak-anak sedang bersama ayah mereka,
mereka tidak menghiraukan kepulangan saya sehinggalah
disuruh oleh ayah mereka. Sebelum tidur pula, anak-anak
akan mengucapkan selamat malam kepada ayah terlebih
dahulu...dan jika mereka diberi pilihan untuk bersama
siapa, mereka akan lebih suka untuk memilih bersamasama ayah mereka. Saya kesal.

Kaunselor: Ahaa.. saya ada dengar Laila menyebut bahawa Laila


kesal dengan anak-anak yang lebih memilih ayah mereka.
Boleh Laila jelaskan bagaimana keadaan ini boleh memberi
masalah dalam kehidupan Laila?
Laila:

12 Teori Kaunseling.indd 244

Ya, saya agak kesal dengan keadaan ni.. bila anak-anak


seolah-olah meminggirkan saya, saya sedih. Saya rasa
keseorangan. Saya rasa tak punyai sesiapa dalam hidup
ni. Anak kandung saya pula lebih menyayangi ayahnya
walaupun mereka tahu dia adalah bapa tiri mereka. Tetapi
kasih sayang terhadap ayahnya mengatasi kasih sayang
pada saya sebagai ibu yang melahirkan mereka. Bila
pulang dari kerja, anak-anak berperangai seperti itu, saya
rasa seluruh hidup saya tak bermakna. Saya kehilangan
satu-satunya sumber kasih sayang berharga dalam hidup
ini. Saya bimbang kalau satu hari nanti berlaku apa-apa
antara saya dengan suami, anak-anak tidak mahu bersama
saya. Keadaan ini sering bermain dalam fikiran dan hampir
saban hari saya memikirkan hal ini. Setiap hari apabila
melihat anak-anak, saya rasa kehilangan. Saya rasa putus
asa dengan hidup ini.

10/06/2014 12:11:25

Pendekatan Naratif

245

Kaunselor menjelaskan kepada Laila akan pentingnya untuk memahami


dan menilai kesan masalah tersebut kepada diri dan kehidupannya. Perbincangan
ini turut meliputi tempoh Laila dibelenggu masalah tersebut dan sejauh mana
masalah berkenaan menyebabkan ketidakfungsian dalam hidupnya. Melalui
penjelasan Laila, kaunselor meneroka bagaimana keadaan tersebut boleh
berlaku dengan memahami bagaimana Laila boleh menyebabkan anak-anaknya
seolah-olah membina jurang dengannya. Berdasarkan penceritaan Laila, sikap
panas barannya menyebabkan anak-anak mengelakkan diri dari Laila. Laila
merupakan seorang yang amat tegas, cermat, dan teliti dalam setiap perkara.
Laila sukakan kebersihan, kekemasan, dan kesempurnaan. Meskipun anakanak Laila masih kecil, Laila telah mendidik mereka seperti mana dirinya.
Anak-anak tidak dibenarkan bermain di dalam rumah, mempunyai peraturan
di rumah yang terlalu rigid sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai
ruang untuk diri masing-masing. Laila juga menentukan setiap perkara untuk
anak-anaknya termasuklah dalam aspek pemilihan makanan dan pakaian.
Keadaan ini bertentangan dengan sikap suaminya yang amat penyayang dan
memberikan kebebasan secara adil untuk anak-anak serta bersikap toleransi.
Oleh itu, anak-anak Laila lebih selesa bersama bapa tirinya berbanding
bersama-sama Laila kerana mereka dapat melakukan perkara yang disukai
seperti anak-anak yang lain.
Apabila mengimbau kisah kehidupan Laila, Laila menyedari bahawa dia
juga terbawa-bawa dengan cara didikan pengasuh terhadapnya. Pengasuh Laila
merupakan seorang yang sangat pembersih dan mementingkan kesempurnaan.
Dia tidak membenarkan anak-anak jagaannya mengotorkan rumahnya.
Ekoran dari itu, Laila berasakan dia juga perlu menjaga kebersihan seperti
pengasuhnya itu. Tambahan itu, meskipun bapa Laila seorang penyayang,
namun sifat sebagai seorang tentera tidak dapat disembunyikan. Bapa Laila
pernah memukul Laila kerana balik lewat dari sekolah dan tidak dibenarkan
keluar dari bilik selama satu hari. Laila masih ingat pada ketika itu, dia diherdik
di hadapan rakan-rakan oleh bapanya. Sikap bapanya yang tegas menyebabkan
Laila turut sama berperwatakan demikian. Menyedari akan hal ini, Laila
mendapati bahawa dia perlu perubahan dan tidak boleh meneruskan keadaan
yang mengkucar-kacirkan kehidupannya.
Pendekatan naratif membolehkan penggunaan teknik penceritaan
dengan melihat cerita klien dari perspektif yang baru dan berbeza. Klien
diajak untuk melihat cerita mereka dari perspektif yang baru dan berbeza
dengan memberikan makna yang lain terhadap sesuatu peristiwa atau cerita
yang dibawa oleh klien tersebut. Kaunselor mengajukan persoalan yang
boleh membawa kepada perspektif baru terhadap masalah yang dihadapi oleh
klien. Dalam kes ini, Laila bersetuju bahawa punca berlakunya kerenggangan
hubungan dengan anak-anak adalah berpunca daripada sikap panas barannya.
Dia sedar bahawa walaupun niatnya adalah untuk mendidik anak-anak menjadi

12 Teori Kaunseling.indd 245

10/06/2014 12:11:25

246

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

insan yang berguna, namun dia tidak boleh terlalu tegas dengan mereka.
Sebaliknya, perlu lebih bertoleransi dan saling menghormati. Perbincangan
sesi diteruskan lagi dengan kaunselor membimbing klien untuk mencari waktu
yang klien tidak didominasi oleh masalah bagi tujuan mencari pengecualian
masalah. Kaunselor meminta klien untuk berfikir dan mengingati keadaan
apabila Laila tidak didominasi oleh masalah tersebut. Untuk tujuan ini, soalan
eksternalisasi digunakan. Soalan eksternalisasi membolehkan pengecualian
kepada masalah dapat dikenal pasti.
Kaunselor: Sebentar tadi anda telah menceritakan tentang bagaimana
anak-anak melihat diri anda dan bertindak menjauhkan diri
daripada anda. Okay..cuba anda fikirkan kembali tentang
satu keadaan di mana perkara ini tidak menjadi masalah
bagi anda.
Laila:

Emm.. saya tidak pasti..emm..mungkin sewaktu kami


bercuti atau pada hujung minggu ketika saya tidak
bekerja, saya menyediakan makanan untuk kami secara
bersama-sama. Anak-anak kelihatan gembira. Apabila saya
mengajak mereka untuk membantu saya di dapur, saya
nampak anak-anak agak gembira. Walaupun anak-anak
masih kecil tapi mereka suka memasak seperti saya. Saya
tak marah kalau mereka ke dapur, sebab bagi saya, saya
nak didik mereka untuk pandai memasak. Selain itu, bila
ayah mereka outstation, anak-anak akan rapat dengan saya.
Kami menonton tv bersama, keluar makan, dan tidur pun
bersama.

Kaunselor seterusnya mendapatkan maklum balas Laila tentang


perasaannya ketika masalah ini tidak mendominasi dirinya. Bagi Laila, pada
waktu tersebut, dia berasa amat tenang dan seolah-olah kehidupannya amat
sempurna. Laila berkeinginan untuk meneruskan keadaan ini pada setiap masa
agar dia mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup yang berkekalan dengan
anak-anak dan suaminya. Di samping itu, kaunselor turut membincangkan
keunikan Laila yang merangkumi kejayaan dan kekuatan Laila. Dalam kes
ini, Laila merupakan seorang yang sangat bijak, peramah, suka menolong
orang yang dalam kesusahan dan berjaya dalam kerjaya. Laila juga berupaya
menentukan hala tuju masa depannya dengan baik. Kaunselor memberi
semangat kepada Laila dengan menyedarkan Laila bahawa dia mempunyai
banyak kekuatan yang membolehkannya untuk melakukan perubahan baru
dalam hidupnya.

12 Teori Kaunseling.indd 246

10/06/2014 12:11:25

Pendekatan Naratif

247

Menyedari akan hal ini, Laila bertekad untuk mengubah cara


kehidupannya. Dengan bantuan kaunselor, Laila mengumpulkan bukti-bukti
daripada kisah lepas untuk membuka perspektif baru bagi membolehkannya
keluar dari penceritaan bermasalah yang mendominasi hidupnya. Pada fasa
ini, Laila mengambil keputusan untuk membina cerita alternatif yang baru.
Beberapa sesi berlangsung bagi membolehkan cerita yang dibina lebih kreatif
dan menarik. Kaunselor juga mengenal pasti audiens atau individu yang boleh
memperteguhkan perubahan positifnya. Bagi Laila, sekiranya dia mengubah
sikapnya, orang yang paling gembira menerima berita perubahan ini adalah
suami dan anak-anaknya. Bagi suami Laila, inilah saat yang ditunggu-tunggu.
Perubahan ini juga pastinya akan menjadi titik -tolak yang menggembirakan
dalam kehidupan mereka sekeluarga. Untuk Laila sendiri, dia akan menjadikan
suaminya yang amat penyayang dan penyabar itu sebagai sumber inspirasi.
Selain itu, ibu Laila juga pasti gembira dengan perubahan ini kerana setiap
kali Laila menelefon ibunya, ibu Laila akan berpesan kepada Laila untuk
mengubah sikap panas barannya. Bagi anak-anak, sudah pasti mereka akan
gembira dengan perubahan Laila. Mereka akan dapat merasai kasih sayang
seorang ibu yang amat menyayangi mereka. Di samping itu, Laila juga dapat
mengeratkan hubungan dengan anak dan suaminya.
Selepas enam sesi berlangsung dengan kaunselor, Laila mula
menunjukkan tanda-tanda kesediaannya untuk menamatkan sesi kaunseling.
Kaunselor membuat rumusan tentang apa yang telah dibincangkan sepanjang
enam sesi berlangsung. Kaunselor juga merumuskan perubahan yang akan
dibuat oleh Laila untuk masa hadapan. Bagi tujuan ini, kaunselor menulis
sepucuk surat yang merumuskan perjalanan perubahan yang ingin dilakar
oleh Laila. Dalam surat tersebut juga kaunselor menilai perubahan positif
yang telah dicapai oleh Laila sepanjang sesi berlangsung.

Rumusan

Terapi Naratif menganggap klien sebagai pakar dalam kehidupan mereka


sendiri. Namun ada ketikanya, klien atau individu akan mengalami kesukaran
yang menyebabkannya tidak dapat menjalani hidup dengan berkesan. Dalam
pendekatan naratif, klien akan disedarkan tentang kehadiran masalah yang
bersifat sementara. Teori naratif menekankan tentang perbincangan atau
perbualan sebagai cara untuk mendapatkan maklumat tentang perspektif,
sumber dan pengalaman unik klien. Pentingnya dalam proses terapi adalah
pembentukan hubungan kerjasama terapeutik antaraahli terapi dengan klien
sebagai asas kejayaan dan keberkesanan terapi yang diberikan.
Bab ini telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan pendekatan
naratif. Bab seterusnya akan membincangkan pendekatan integratif.

12 Teori Kaunseling.indd 247

10/06/2014 12:11:25

248

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Glosari
Pengolahan semula

Hasil yang unik

12 Teori Kaunseling.indd 248

Memberi penjelasan yang baru dan berbeza ke atas


sesuatu peristiwa yang membolehkan perubahan
dibina dalam keluarga.
Adakalanya disebut sebagai saat yang indah. Ia
merupakan pemikiran, perasaan dan tingkah laku
yang berlaku apabila sesuatu masalah mula dapat
diselesaikan.

10/06/2014 12:11:25

Bab 13

Pendekatan
Integratif

Objektif

Di akhir bab ini anda seharusnya:


1. Menguasai apa yang dimaksudkan dengan teori integratif atau eklektif
2. Mengenal pasti kesesuaian penggunaan integratif dalam sesi kaunseling
3. Membuat perbezaan antara pendekatan yang berasaskan satu teori dengan
pendekatan integratif

Pengenalan

Pendekatan integratif merupakan pendekatan yang menggabungkan pelbagai


pendekatan dalam sesi kaunseling. Suatu masa dahulu, pendekatan ini
dipanggil eklektik. Pendekatan ini menjadi semakin dikenali kerana tiada
satu pun teori kaunseling dan psikoterapi yang berupaya memahami semua
pengalaman manusia sepanjang hidupnya. Menyedari hal ini, ahli psikoterapi
dan kaunselor menggunakan beberapa pendekatan dalam membantu klien
mereka. Tambahan pula, untuk menjadi seorang kaunselor yang hanya
menggunakan satu teori sahaja mungkin memerlukan latihan lanjut dalam teori
berkenaan. Walau bagaimanapun, bagi kaunselor dan ahli terapi yang berminat
mendalami sesuatu teori, kewujudan institusi latihan yang menawarkan sijil
dan latihan dalam teori berkenaan membantu mereka untuk menjadi pakar
dalam satu-satu teori. Sebagai contoh, bagi yang meminati dan yakin bahawa
mereka boleh menjalankan terapi dengan menggunakan pendekatan Gestalt,
Gestalt Institute yang mempunyai banyak cawangan di Amerika Utara adalah
tempat latihan yang sewajarnya dipertimbangkan.

13 Teori Kaunseling.indd 249

10/06/2014 16:34:19

250

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Faktor yang Mendorong Penggunaan Pendekatan Integratif

Terdapat beberapa faktor yang mendorong ahli terapi dan kaunselor


memilih menggunakan pendekatan integratif. Antara faktor pendorong ialah
kepelbagaian budaya klien. Pada asalnya, kaunseling dan psikoterapi berasal
dari negara Barat seperti Austria dan berkembang pesat di Amerika Syarikat.
Hari ini, kaunseling dan psikoterapi telah berkembang ke pelbagai negara
dan latar belakang klien itu sendiri terdiri daripada pelbagai warna kulit,
bangsa, agama, nilai, dan lain-lain. Teori yang asalnya lahir untuk golongan
Euro-American cuba diaplikasikan ke atas klien yang berbeza budayanya. .
Sudah pasti akan timbul konflik dari segi kesesuaian. Justeru, kaunselor yang
kebanyakannya dilatih dalam bidang kaunseling yang berasaskan pendekatan
Barat mungkin berasakan ketidaksesuaian pendekatan dengan klien tempatan.
Faktor lain yang mendorong berkembangnya pendekatan integratif ialah
kekurangan sesuatu teori itu. Ini disebabkan para pengasas teori kaunseling dan
psikoterapi mengasaskan teori mereka berdasarkan klien yang mereka bantu.
Sigmund Freud misalnya merawat pesakit psikiatri di hospital, dan dengan
sendirinya, jadi kesesuaian teori tersebut untuk semua lapisan masyarakat boleh
dipersoalkan. Seiring dengan faktor sebelum ini iaitu faktor klien, kekurangan
sesuatu teori atau tidak wujudnya satu-satu teori yang lengkap bersesuaian
dengan semua klien mendorong lahirnya pendekatan integratif.
Perkembangan penyelidikan dalam aplikasi kaunseling dan psikoterapi
juga menggalakkan perkembangan pendekatan integratif. Penyelidikan tentang
keberkesanan sesuatu teori telah banyak dijalankan terutama di Amerika
Syarikat, tempat berkembang pesatnya disiplin kaunseling dan psikoterapi.
Kewujudan kajian-kajian seperti ini membantu kaunselor dan ahli terapi
menilai sejauh mana kesesuaian sesuatu pendekatan dalam menangani
sesuatu masalah. Pendekatan integratif merupakan pendekatan yang dianggap
selamat kerana berupaya menggabungkan teori-teori yang bersesuaian dalam
menangani sesuatu masalah.

Jenis-jenis Pendekatan Integratif

Seligman dan Reichenberg (2010) mengenal pasti jenis-jenis pendekatan


eklektik atau integratif iaitu:
1. Integratif tanpa teori pendekatan ini tidak berlandaskan mana-mana
teori. Kaunselor berkemungkinan menggunakan justifikasi sendiri dalam
memberi kaunseling. Implikasi daripada penggunaan pendekatan seperti
ini ialah kaunselor mungkin memberi kaunseling tanpa panduan, dan
boleh mengelirukan klien. Klien mungkin melihat kaunselor sebagai
tidak cekap kerana apa yang dilakukannya tidak berpasak kepada

13 Teori Kaunseling.indd 250

10/06/2014 16:34:19

Pendekatan Integratif

2.

3.

4.

251

mana-mana asas. Keadaan ini banyak berlaku dalam seting Malaysia


apabila terdapat individu yang mengaku diri mereka kaunselor dan
menawarkan kaunseling kepada orang ramai. Oleh sebab profesyen
kaunseling masih belum berada di peringkat profesional seperti negara
maju jadi kebanyakan orang memahami bahawa hanya kaunselor berlesen
layak memberi kaunseling, maka kaunselor palsu memberi bantuan dan
akhirnya implikasinya bukan sahaja kepada klien tetapi juga kepada
profesyen kaunseling itu
Integratif berdasarkan faktor kebiasaan (common factors) mengikut
pendekatan integratif ini, beberapa elemen dalam hubungan terapeutik
seperti memberi sokongan, empati, penerimaan tanpa syarat boleh
mendorong perubahan klien. Penggunaan elemen-elemen yang
menggalakkan hubungan terapeutik digandingkan dengan intervensi
tertentu tanpa menggunakan teori yang spesifik. Elemen yang boleh
dikategorikan sebagai faktor kebiaasaan ini diterima dan disarankan oleh
semua pendekatan, walaupun pendekatan Pemusatan Klien merupakan
salah satu pelopor yang menggalakkan penggunaan faktor kebiasaan
ini tanpa teknik tertentu. Perlu ditekankan di sini, kaunselor novis
mungkin beranggapan pendekatan ini mudah sedangkan hakikatnya
ia adalah pendekatan yang memerlukan kecekapan kaunselor supaya
tidak sewenangwenang menggunakan justifikasi sendiri yang boleh
memudaratkan klien.
Integratif teknikal mengikut pendekatan ini kaunselor membuat
kombinasi antara kepelbagaian teori dengan cara mengguna pakai
teknik atau intervensi tertentu dari pelbagai teori. Walaupun kaunselor
menggunakan teknik dan intervensi dari pelbagai teori, kaunselor tidak
semestinya menggunakan teori-teori tersebut dalam rawatan kaunseling.
Penggunaan hanyalah teknik dan intervensi yang bersesuaian dengan
klien dan masalah yang dihadapinya. Contoh pendekatan ini ialah
pendekatan Multimodal yang diperkenalkan oleh Lazarus.
Integrasi teori pengintegrasian teori bermakna kaunselor atau ahli
terapi mengintegrasikan dua atau lebih teori dalam rawatan kaunseling.
Kombinasi antara teori membolehkan kaunselor membentuk pendekatan
rawatan baru yang efektif dan bersesuaian dengan klien. Pendekatan
ini berfokuskan kombinasi teori dan bukan berfokuskan kombinasi
teknik. Contoh pendekatan yang menggunakan integrasi teori ialah
Developmental Counseling and Therapy (DCT) yang diasaskan oleh
Allen dan Ivey, Sandra Rigazio-DiGillio dan rakan-rakan mereka.
Penerangan mengenai teori ini akan dibincangkan kelak dalam bahagian
yang berikutnya.

13 Teori Kaunseling.indd 251

10/06/2014 16:34:19

252

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Gambaran Keseluruhan Teori


Pengenalan kepada teori integratif
Faktor-faktor yang mendorong penggunaan teori integratif
Jenis-jenis pendekatan integratif
Teori yang berasaskan eklektif dan integratif

DCT

TTM

MM

Pengenalan

Objektif

Objektif

Andaian Asas dan Prinsip


Teori

Pengenalan

Pengenalan

Pengasas Teori

Pengasas Teori

Pandangan Tentang Sifat


Semula jadi Manusia

Pandangan Tentang Sifat


Semula jadi Manusia

Andaian Asas dan Prinsip


Teori

Andaian Asas & Prinsip


Teori

Matlamat Terapi

Matlamat Terapi

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Peranan Kaunselor

Peranan Kaunselor

Kelebihan dan Kelemahan


Teori

Tahap-Tahap Perubahan

Matlamat Terapi
Punca kepada masalah
penyesuaian
Peranan Kaunselor dan
Proses Kaunseling

Aplikasi Kes Laila

Tahap Masalah
Psikologikal

Rumusan

Proses Terapi

Glosari

Teknik-Teknik

Proses Terapi
Teknik-Teknik
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya


Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila

Kelebihan dan KelemahanTeori


Aplikasi Kes Laila
Rumusan
Glosari

Rajah 13.1: Gambaran keseluruhan Teori Integratif

Teori Berasaskan Eklektik dan Integratif

Beberapa teori yang berasaskan eklektik dan integratif telah diasaskan oleh
ahli-ahli terapi yang dapat dijadikan panduan oleh kaunselor yang mahu
menggunakan pendekatan berkenaan. Antara pendekatan integratif yang

13 Teori Kaunseling.indd 252

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

253

popular ialah terapi Multimodal, Developmental Counseling and Therapy


(DCT), dan Transtheoretical Model.

Development Counseling and Therapy (Dct)


Pengenalan

DCT diasaskan oleh Allen Ivey dan rakan-rakannya (1997). DCT adalah
berasaskan pelbagai sistem intervensi yang menggalakkan rawatan yang
paling bersesuaian dengan klien. DCT bukan setakat kombinasi teknik-teknik
yang diambil dari pelbagai teori tetapi adalah kombinasi antara teori. DCT
merupakan wakil kepada pendekatan pascamoden kerana ia merupakan
integrasi antara teori dengan penilaian. Menurut Ivey dan Groncalves
(1988), DCT lahir daripada kerja Plato dan Piages juga kerja ahli-ahli teori
perkembangan yang lain.
DCT adalah berdasarkan idea dan penyelidikan Plato dan Piaget
(Ivey & Gonzales 1988; Rigazio-Digillio & Ivey 1990) dan ahli-ahli teori
perkembangan yang lain seperti Ivey & Ivey (1990). Tujuan DCT adalah untuk
menilai perkembangan kognitif klien semasa mereka mula-mula memulakan
proses terapi dan kaunseling.

Andaian Asas dan Prinsip Teori


Terdapat empat tahap proses perkembangan kognitif yang dikenal pasti oleh
DCT iaitu peringkat perkembangan sensorimotor, perkembangan konkrit,
perkembangan operasi formal, dan perkembangan dialektik atau sistemik
(Rigazio-DiGillio 1994; Rigazio-DiGillio & Ivey 1990; Myers, Shaffner, &
Briggs 2002; Sweeney, Myers, & Stephan 2006). Keempat-empat orientasi
perkembangan ini diterangkan seperti berikut:
1. Sensorimotor. Melalui orientasi ini, individu memberi fokus kepada
tindakan dan perasaan masa kini dan input sensori tentang keadaan
sekeliling. Emosi mungkin lebih membayangi kognitif atau pemikiran
individu, atau mungkin kedua-duanya terpisah sama sekali, atau menjadi
celaru.
2. Konkrit Individu yang menggunakan orientasi ini mungkin lebih bersifat
objektif, berupaya menerangkan pengalaman hidupnya dengan jelas,
menamakan emosi yang dialaminya. Walau bagaimanapun, individu yang
berorientasikan konkrit mengalami kesukaran untuk membuat refleksi
dan berfikir. Individu seperti ini juga sukar menghubungkaitkan respons
emosinya dengan pengalaman yang dilaluinya.
3. Operasi formal Individu yang berorientasikan operasi formal adalah
seorang yang bersifat analitikal dan berfikir mengenai pemikirannya,
perasaannya, dan tingkah lakunya. Mereka berupaya melihat secara

13 Teori Kaunseling.indd 253

10/06/2014 16:34:20

254

4.

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

abstrak juga objektif tetapi sukar merasai dan menghayati perasaan


mereka pada masa kini.
Dialektik/sistemik. Orientasi ini dianggap sebagai orientasi yang paling
tinggi kerana individu yang berorientasikan dialektik memahami sesuatu
di peringkat metakognitif. Contohnya, individu boleh membuat refleksi
terhadap refleksi yang telah dibuatnya. Mereka menilai sesuatu dari
pelbagai sudut dan berupaya mengandaikan impak keluarga, kumpulan
budaya, dan unit sosial ke atas diri mereka. Walau bagaimanapun, mereka
mungkin sukar memproses perasaan mereka secara langsung kerana
terperangkap dalam proses intelektual sehingga menjadikan mereka
terpisah dari emosi sendiri.

Dengan mengenal pasti orientasi perkembangan kognitif klien


membolehkan ahli terapi atau kaunselor memilih intervensi terapeutik
yang bersesuaian dengan tahap perkembangan klien. Seterusnya, matlamat
kaunseling yang bersesuaian dengan tahap perkembangan tersebut akan
dikenal pasti. Ivey dan rakan-rakan pengasas DCT tidak melihat salah satu
orientasi yang dinyatakan sebagai lebih baik dan utama berbanding tiga yang
lain kerana manusia yang sihat sewajarnya boleh membuat adaptasi orientasi
bergantung kepada situasi.

Matlamat Terapi
Dalam bukunya, Theories of Counseling and Psychotherapy, Seligman dan
Reichenberg (2010) menggariskan tiga matlamat kaunseling pendekatan DCT
iaitu membantu klien mencapai integrasi dan fleksibiliti dalam perkembangan
kognitif mereka, membolehkan klien menggunakan struktur diri mereka
bagi mencapai pelbagai perspektif dalam hidup mereka dan berupaya
melihat pelbagai kebarangkalian dalam hidup, dan bekerjasama dengan klien
mencapai penyelesaian yang relevan dengan keperluan perkembangan diri
dan persekitaran mereka.

Punca kepada Masalah Penyesuaian


Walaupun terdapat empat tahap perkembangan kognitif, kaunselor DCT
tidak berpegang atau berfokus kepada satu-satu tahap kognitif tetapi lebih
menggalakkan penggunaan operasi kognitif yang membolehkan klien bertindak
dengan menggunakan semuanya serentak. (Cashwell, Myers & Shurts 2004;
Ivey & Goncalves 1988; Rigazio-DiGillio 1994; Sweeney, Myers & Stephan
2006). Mengikut Ivey dan Goncalves (1988) kegagalan klien berfungsi dalam
semua tahap kognitif berpunca daripada halangan perkembangan atau struktur
kognitif yang tidak berkembang sepenuhnya. Ia mungkin berpunca daripada

13 Teori Kaunseling.indd 254

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

255

peristiwa-peristiwa dalam kehidupan hasil interaksi klien dengan persekitaran


(keluarga, rakan, dan masyarakat) (Rigazio-DiGillio 1994). Menurut Ivey dan
Goncalves (1988), matlamat asal kaunseling ialah untuk memudahkan dan
menggalakkan perkembangan. Walau bagaimanapun, terdapat jurang antara
matlamat asas ini dengan amalan klinikal DCT. Dalam kaunseling tradisional,
ahli terapi membantu klien dengan menggunakan teori tertentu tetapi dalam
DCT, kaunselor memulakan sesi dengan memberi fokus kepada peristiwa hidup
klien dan bukan teori mana yang mereka pegang. Dengan kata lain atau bahasa
yang lebih mudah, penekanan DCT ialah menggalakkan perkembangan klien
pada semua tahap kognitif tanpa memberi fokus kepada sesuatu pendekatan
teori di peringkat awal.
Apabila klien membuat keputusan mengikuti sesi kaunseling, mereka
beroperasi mengikut orientasi perkembangan kognitif yang mereka
cenderung. Kebanyakan klien memulakan sesi pada tahap akhir sensorimotor.
Tanggungjawab kaunselor ialah untuk bersama-sama klien pada tahap kognitif
kliennya tetapi secara beransur-ansur kaunselor perlu menggalakkan klien
meneroka isu yang dihadapinya pada tahap kognitif yang lain. Matlamat
penerokaan ini ialah untuk perkembangan horizontal dan vertikal klien (Ivey
& Goncalves 1988; Ivey & Ivey1990).
Perkembangan horizontal berlaku apabila kaunselor membimbing klien
dengan soalan yang dirancang secara spesifik dan cermat. Soalan yang spesifik
dan terancang menggalakkan perkembangan kognitif klien sehingga mereka
mencapai tahap perkembangan yang memuaskan. Kaunselor juga memberi
sokongan kepada klien apabila mereka berpindah ke tahap perkembangan
berikutnyayang dipanggil perkembangan vertikal. Pada tahap ini klien boleh
berkembang secara horizontal dan vertikal dipanggil struktur perkembangan
kognitif (Ivey & Ivey 1998).
Struktur perkembangan kognitif pula terbahagi kepada empat struktur
iaitu fleksibel, celaru, tidak berkembang, dan rigid. Rigazio-DiGillio
berpendapat bahawa perkembangan dan pertumbuhan seseorang tidak akan
berlaku melainkan klien sudahmemahami sejelas-jelasnya konsep sesuatu
masalah pada tahap kognitif. Ini tidak menghairankan kerana pemikiran atau
kognitif seseorang yang mendapat celik akal membolehkannya melakukan
perubahan untuk kebaikan dan kesejahteraan walau apa pun halangan. Klien
seperti ini tahan uji (resilient) kerana mereka mampu bergerak merentasi
pelbagai tahap kognitif secara fleksibel.
Bagi klien yang tahap kognitifnya bercelaru dan tidak berkembang pada
tahap sepatutnya, bertindak secara tidak rasional sebagai respons kepada
persekitaran. Tahap perkembangan kognitif mereka tidak fleksibel dan tidak
konsiten untuk berubah dan bergerak pada pelbagai tahap orientasi kognitif.
Sementara klien yang berada tahap kognitif yang rigid pula bertindak balas secara
statik dan tidak berupaya membuat perubahan kepada persekitaran walaupun

13 Teori Kaunseling.indd 255

10/06/2014 16:34:20

256

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

pendekatan yang mereka gunakan selama ini ternyata tidak efektif. Peranan
kaunselor DCT diterangkan dalam proses kaunseling di bahagian berikut.

Peranan Kaunselor dan Proses Kaunseling

Kaunselor atau ahli terapi yang menggunakan pendekatan DCT mengenal


pasti terlebih dahulu orientasi utama dan sekunder klien sebelum membuat
perancangan intervensi rawatan yang sesuai. Pada peringkat awal kaunselor
menggunakan intervensi yang bersesuaian dengan klien tetapi secara beransuransur kaunselor menggalakkan klien untuk meneroka orientasi yang klien
mungkin kurang suka dan abaikan. Semasa di peringkat perancangan pelan,
DCT menekankan tiga tahap objektif dan intervensi iaitu asas, pertengahan,
dan tahap mendalam. Pada peringkat asas, fokus ialah kepada sembuh daripada
simptom dan membina kemahiran baru. Intervensi peringkat pertengahan
berfokus kepada penyelesaian masalah yang efektif, kemahiran interpersonal,
dan celik akal. Peringkat mendalam pula berfokus kepada integrasi, sintesis,
dan penguasaan perspektif baru.

Proses Terapi

Pengasas pendekatan DCT menggunakan intervensi tertentu bagi membantu


klien mencapai matlamat setiap tahap yang bersesuaian dengan orientasi
perkembangan kognitif klien (Rigazio-DiGillio & Ivey 1991). Berikut adalah
penerangan yang lebih jelas.
1. Sensorimotor

Matlamat: Panduan secara direktif atau langsung, menggalakkan
celik akal dan pengalaman langsung, fokus kepada masa kini dan
meminimumkan sikap menafikan.

Intervensi: DCT meminjam intervensi dari pelbagai pendekatan seperti
kerusi kosong (Gestalt), yoga (seni ekspresif), relaksasi, pengimejan,
terapi muzik dan terapi permainan.
2.

3.

Operasi Konkrit
Matlamat: Kaunselor menggalakkan pemikiran sebab dan akibat,
pembinaan kemahiran, tindakan yang konstruktif, penerokaan perspektif
yang lebih luas dan peningkatan penghargaan kendiri
Intervensi: Latihan kemahiran seperti latihan asertif, penggunaan teknik
REBT, main peranan, lakonan, empati, teknik-teknik dalam naratif dan
terapi berfokuskan penyelesaian.
Operasi Formal
Matlamat: Kaunselor menggalakkan klien membuat analisis, refleksi,
celik akal, dan menggalakkan klien membuat pilihan dan keputusan.

13 Teori Kaunseling.indd 256

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

257

Intervensi: Penggunaan rawatan pemusatan klien, terapi psikodinamik,


interpretasi, penstrukturan kognitif, analisis mimpi, analisis sejarah awal
kehidupan (Adlerian), reframing, dan psikopendidikan. Penggunaan
intervensi ini diharapkan dapat membentuk sifat arif diri dan peningkatan
penghargaan kendiri dalam klien.

4.

Dialektik/Sistemik
Matlamat: Kaunselor menggalakkan klien membuat integrasi dan
berfikir yang membolehkan klien meneroka pelbagai perspektif dan
meningkatkan arif diri dengan orang lain dan persekitarannya. Pada
peringkat ini juga klien boleh mengeluarkan isu-isu yang disembunyikan
keluar ke dunia nyata.
Intervensi: Teknik EMDR, terapi feminis, terapi keluarga, penerokaan
mengenai hubungan antara dunia luar dengan pengalaman diri, memeriksa
countertransferens merupakan antara intervensi yang boleh digunakan.

Peranan yang harus dimainkan oleh kaunselor DCT bukan mudah, sesuai
dengan nama pendekatan ini iaitu Development Cognitive Theory, maka
kaunselor yang menggunakan pendekatan DCT perlu mahir dalam membuat
penilaian orientasi perkembangan kognitif klien dan mesti bersifat kongruen
iaitu kaunselor sendiri berfungsi sebagai individu yang memiliki semua
empat orientasi DCT. Seperti yang dibincangkan dalam bahagian sebelum
ini mengenai intervensi DCT, kaunselor DCT perlu mengetahui dan mahir
mengaplikasi teknik dari pelbagai pendekatan kaunseling dan psikoterapi.
Oleh sebab peranan kaunselor agak mencabar, kaunselor perlu memastikan
orientasi perkembangan kognitifnya bersesuaian dengan yang ingin dibina
dalam diri klien. Dengan ini juga bermakna, kaunselor memainkan pelbagai
peranan seperti jurupandu (coach), konsultan, juga kolaborator.

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya


Sesuai dengan sifatnya yang menekankan integratif, DCT sememangnya sesuai
digunakan dalam pelbagai budaya kerana kaunselor bebas memilih teknik yang
bersesuaian dengan klien. Ini berbanding dengan pendekatan yang memberi
fokus kepada satu-satu teori sahaja yang memerlukan kemahiran yang agak
tinggi di pihak kaunselor untuk melakukannya. Sekiranya kaunselor kurang
berkemahiran, ada kemungkinan pendekatan berasaskan satu teori silap
diaplikasikan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pendekatan
integratif seperti DCT ini tidak bermakna ia mudah kerana sifatnya yang
fleksibel. Kaunselor yang menggunakan pendekatan DCT perlu cermat dalam
memilih teknik yang bersesuaian dan sensitif dengan budaya kliennya kerana
kecuaian mungkin mendorong proses kaunseling menjadi tidak efektif.

13 Teori Kaunseling.indd 257

10/06/2014 16:34:20

258

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Kelebihan dan Kelemahan Teori

Antara kelebihan DCT ialah boleh digunakan untuk klien dari pelbagai jenis
latar belakang. Pendekatan DCT telah dibuktikan berkesan untuk klien yang
mengalami masalah dengan transisi, mangsa kemalangan, lelaki yang mendera
pasangannya, klien yang baru memasuki alam pekerjaan, dan kanak-kanak
yang didera (Rigazio-DiGillio & Ivey 1995). Masalah kebimbangan dan mood
juga didapati sesuai dirawat oleh DCT (Myers, Shoffner, & Briggs 2002).
Myers dan rakan-rakannya juga mencadangkan kaunselor sekolah untuk
menggunakan DCT dalam kerja mereka bagi menggalakkan perkembangan
dan mengekalkan sensitiviti dalam isu budaya.
Walaupun DCT mempunyai kelebihan, ia juga mempunyai kekurangan.
DCT bukan pendekatan yang dikenali ramai kecuali oleh para pengasasnya.
Kebanyakan buku mengenai teori kaunseling dan psikoterapi juga tidak
memuatkan DCT dalam perbincangan. DCT mungkin pendekatan yang
sukar difahami dibandingkan dengan pendekatan kognitif dan tingkah laku
kognitif yang asal. Kemungkinan lain yang menyebabkan DCT tidak begitu
berkembang kerana tidak banyak kajian yang dijalankan bagi membuktikan
keberkesanan DCT. Mana-mana teori akan berkembang apabila banyak kajian
dijalankan bagi membuktikan keberkesanan dan seterusnya sekiranya terdapat
kelemahan, maka teori tersebut mungkin akan ditambah baik.

Aplikasi Kes Laila

Seperti yang dinyatakan dalam proses kaunseling DCT sebelum ini, kaunselor
perlu mengenal pasti orientasi kognitif Laila berada di tahap mana Laila
digalakkan berfikir pada masa kini dan meminimumkan sifat penafian atau
defensif. Pada tahap sensori motor, kaunselor memberikan panduan secara
direktif dan menggalakkan Laila fokus kepada masa kini dan meminimumkan
sikap defensif dengan menggunakan pendekatan yang dipinjam. Satu teknik
yang sesuai untuk menggalakkan Laila berfikir secara bebas ialah menggunakan
seni ekspresif iaitu Laila boleh menerangkan pengalaman kehidupannya
tanpa rasa wujudnya batas tertentu atau bergantung kepada soalan kaunselor.
Diandaikan pada tahap sensorimotor ini Laila dapat mengenal pasti apakah
sebenarnya isu atau masalah yang ingin diselesaikan dan apa yang menjadi
matlamat untuk dicapai menerusi sesi kaunseling. Pemahaman Laila tentang
masalahnya akan membolehkan kognitifnya bergerak secara fleksibel antara
orientasi kognitif.Teknik kerusi kosong mengikut pendekatan Gestalt boleh
juga digunakan tetapi ia bergantung kepada tahap keselesaan Laila kerana
bersifat agak direktif berbanding seni ekspresif.
Pada tahap seterusnya iaitu operasi konkrit seperti celik akal sudah mula
dapat dilihat pada Laila, kaunselor menggalakkan Laila berfikir lebih rasional
dengan menggunakan teknik seperti REBT, memainkan peranan, lakonan bagi

13 Teori Kaunseling.indd 258

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

259

tahap penerokaan yang lebih mendalam. Dalam kes Laila, pengetahuannya


mengenai apa yang telah dilakukannya selama ini adalah salah dari segi norma
budaya tidak mencukupi, tetapi Laila perlu dibantu ke tahap dia berfikir bahawa
setiap perbuatan ada akibatnya dan dia sendiri telah melaluinya. Contohnya,
penglibatan dalam seks bebas menyebabkan Laila diganggu kenangan silam
dan menjadikannya panas baran. Latihan asertif dan teknik berfokuskan
penyelesaian juga boleh digunakan.
Kaunselor seterusnya menggalakkan Laila membuat analisis, pilihan,
dan keputusan. Peringkat operasi formal ini diharapkan dapat membentuk
kendiri yang lebih positif dalam diri Laila. Laila dibantu melihat masalahnya
dari perspektif yang berbeza (Reframing) atau analisis sejarah awal kehidupan
dengan tujuan meningkatkan kendiri yang lebih positif dalam diri Laila.
Akhir sekali, di peringkat sistemik, Laila akhirnya mencapai celik
akal yang membolehkannya berfikir dan meningkatkan arif dirinya terhadap
persekitrannya. Segala masalah yang tersembunyi dikeluarkan, penerokaan
mengenai hubungan Laila dengan dunia luar dianalisis, dan beberapa teknik
yang memerlukan kemahiran khusus seperti EMDR digunakan bagi membantu
Laila mencapai tahap perkembangan kognitif yang fleksibel.

Rumusan
Pendekatan DCT merupakan teori integratif yang menggabungkan konsep
dan teknik dari pelbagai teori. Teori ini sebenarnya lebih berfokuskan
perkembangan kognitif cuma perbezaannya dengan teori kognitif dan kognitif
tingkah laku ialah fokusnya kepada orientasi struktur kognitif itu Kaunselor
yang menggunakan pendekatan DCT perlu mahir dalam banyak teori dari segi
konsep dan tekniknya kerana model ini tidak berdiri dengan sendirinya tetapi
merupakan adunan daripada pelbagai pendekatan.

Glosari
Struktur Kognitif

Tahap pemikiran

Transtheoritical Model (Ttm)


Objektif

Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:


1. Memahami andaian asas dalam model transteoritikal
2. Memahami tahap-tahap perubahan klien
3. Memahami tahap-tahap masalah psikologikal yang dihadapi oleh klien
4. Memahami aplikasi model transteoritikal dalam sesi kaunseling

13 Teori Kaunseling.indd 259

10/06/2014 16:34:20

260

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Pengenalan
Salah satu model transteoritikal yang terkenal adalah model yang dibangunkan
Prochaska dan Norcross (2007) dan Prochaska dan DiClemente (2005). Model
transteoritikal ini banyak digunakan dalam penyelidikan dan menyediakan
integrasi teori lengkap yang banyak dibincangkan dalam buku ini. Teori
transteoritikal merupakan satu pendekatan yang menggalakkan terapis atau
kaunselor membina teknik baru dan inovatif dengan mengambil mana-mana
teknik yang berkesan dari mana-mana terapi atau perspektif untuk dijadikan
sebagai teori sendiri.
TTM merupakan satu model perubahan yang bergantung kepada
kesediaan klien untuk berubah, jenis masalah yang perlu diubah, dan proses
teknik yang digunakan untuk membuat perubahan. Keunikan teori ini adalah
penekanan yang diberikan terhadap proses perubahan klien. TTM menjelaskan
lima tahap perubahan dengan lima tahap masalah psikologikal. Bagi membantu
klien pada setiap tahap perubahan dengan masalah psikologikal yang berbeza,
TTM mencadangkan 10 proses perubahan dengan teknik yang digunakan pada
setiap tahap ini diambil daripada gabungan beberapa teori lain. Teknik yang
digunakan berbeza-beza bergantung kepada kesediaan klien untuk berubah
juga jenis masalah yang dibawa oleh klien.

Pengasas Teori

Rajah 13.2: James O. Prochaska



(1943-2001)

13 Teori Kaunseling.indd 260

Salah satu model transteoritikal


yang terkenal adalah model yang
dibangunkan James O. Prochaska
dan Norcross (2007) dan Prochaska
dan DiClemente (2005). James
O. Prochaska merupakan seorang
Profesor dalam bidang psikologi
dan Pengarah Pusat Penyelidikan
Pencegahan Kanser di Universiti
Rhode Island. Beliau juga merupakan
pengasas Model Transteoritikal dan
perubahan tingkah laku bermula
pada tahun 1977. Pada tahun 1964,
beliau mendapat Ijazah Sarjana
Muda dalam bidang psikologi di
Universiti Wayne State, diikuti
Ijazah Sarjana pada tahun 1967 dan
Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969.
Prochaska merupakan penulis dan

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

261

penulis bersama dalam lebih 250 artikel tentang dinamik perubahan


tingkahlaku.

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia


Oleh sebab TTM adalah sebahagian daripada pendekatan dalam integratif,
yang membawa konsep integratif itu sendiri, iaitu mengaplikasikan beberapa
teori mengikut kesesuaian klien, maka tidak terdapat sebaarang konsep yang
tepat untuk menerangkan tentang sifat semula jadi manusia. Seperti mana
pendekatan integratif yang lain, TTM juga menganggap bahawa masalah
dan pengalaman hidup klien tidak dapat difahami berdasarkan satu teori
sahaja. Hal ini kerana, kehidupan manusia melibatkan tiga aspek utama iaitu
kognitif, afektif dan tingkah laku. Justeru, pemahaman terhadap sifat semula
jadi manusia juga perlu melihat kepada ketiga-tiga aspek ini.

Andaian Asas dan Prinsip Teori


Teori transteoritikal merupakan pendekatan yang menggalakkan ahli terapi atau
kaunselor membina teknik baru dan inovatif dengan mengambil mana-mana
teknik yang berkesan dari mana-mana terapi atau perspektif untuk dijadikan
sebagai teori sendiri.
TTM adalah satu model perubahan yang bergantung kepada kesediaan
klien untuk berubah, jenis masalah yang perlu diubah, dan proses teknik
yang digunakan untuk membuat perubahan. Keunikan teori ini adalah kepada
penekanan yang diberikan terhadap proses perubahan klien. TTM menjelaskan
lima tahap perubahan dengan lima tahap masalah psikologikal. Bagi membantu
klien pada setiap tahap perubahan dengan masalah psikologikal yang berbeza,
TTM mencadangkan 10 proses perubahan dengan teknik yang digunakan pada
setiap tahap ini diambil daripada gabungan beberapa teori lain. Teknik yang
digunakan berbeza-beza bergantung kepada kesediaan klien untuk berubah
dan jenis masalah yang dibawa oleh klien.

Matlamat Terapi
Matlamat utama TTM adalah untuk memberi kesedaran dan celik akal
kepada klien tentang masalah yang dihadapi. Kaunselor TTM berusaha untuk
membantu klien mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien serta ingin
membantu klien menilai masalah tersebut. Kaunselor membantu klien melihat
sejauh mana masalah tersebut menghantui klien di samping menilai kesemua
aspek yang signifikan dengan klien yang boleh menjadi penggalak dan pelerai
kepada masalah. Selain itu, TTM juga bermatlamat untuk membantu klien

13 Teori Kaunseling.indd 261

10/06/2014 16:34:20

262

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

lebih mengenali dirinya sendiri. Dengan cara ini, klien dapat mengenal pasti
kelebihan dan kekuatan diri serta menerima diri seadanya.
TTM juga bertujuan untuk memberi celik akal tentang aspek kebebasan
kepada klien. Dengan menyedari perkara-perkara luar atau sosial yang
membelenggu kehidupan sehingga menyebabkan timbulnya masalah, klien
dapat dibantu untuk memperoleh jati diri mereka untuk berfungsi dengan lebih
baik dalam kehidupan. Matlamat lain TTM juga termasuklah membantu klien
untuk membentuk tingkah laku baru dan membuat pelan rawatan yang dapat
membantu mencapai matlamat perubahan yang diinginkan oleh kaunselor.
Tingkah laku ini termasuklah mengenal pasti rangsangan yang sesuai dengan
tingkah laku tersebut berdasarkan penilaian yang dibuat secara bersama oleh
kaunselor dan klien.

Peranan Kaunselor

Secara umumnya, kaunselor TTM perlu bertindak sebagai kaunselor yang


memberi galakan dan dorongan kepada klien. Dalam hal ini, kaunselor haruslah
berupaya untuk membentuk hubungan yang terapeutik dengan klien. Untuk
menyediakan persekitaran yang terapeutik, kaunselor perlu menerima klien
seadanya, saling menghormati, empati dan sentiasa bersedia untuk mendengar
masalah klien. Kaunselor perlu meyakinkan klien bahawa dirinya sentiasa
diterima dan membuatkan klien berasa dihargai.
Kaunselor juga berperanan untuk mengenal pasti tahap masalah klien.
Penentuan tahap masalah ini amat penting untuk menentukan kaedah teori
yang sesuai untuk diaplikasikan. Selain itu, kaunselor juga bertanggungjawab
untuk mempertimbangkan dan menentukan pelan rawatan yang sesuai untuk
klien berdasarkan tahap masalah klien yang telah dibincangkan. Pelan rawatan
pula haruslah dibuat dengan persetujuan klien.
Dalam TTM, kaunselor juga adakalanya memberi tugasan tertentu kepada
klien khususnya dalam membentuk tingkah laku tertentu. Selaras dengan
pemberian tugasan tersebut, kaunselor TTM juga berperanan untuk memantau
tingkah laku klien di dalam dan luar sesi. Pemantauan tingkahlaku ini merujuk
kepada tingkah laku perubahan yang telah dibincangkan dan dipersetujui
bersama oleh kaunselor dan klien. Kaunselor perlu mengenal pasti setiap
perubahan yang telah dicapai, sedang dicapai dan akan dicapai oleh klien.

Tahap-tahap Perubahan
Prochaska dan Norcross (2007) menjelaskan lima tahap kesediaan klien
untuk berubah iaitu prapertimbangan, pertimbangan, persediaan, tindakan
dan pembaikan. Pada peringkat prapertimbangan, klien mempunyai pemikiran
tentang perubahan tetapi masih tidak bersedia untuk melakukan perubahan.
Pada peringkat kedua iaitu pertimbangan, klien mula mempertimbangkan

13 Teori Kaunseling.indd 262

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

263

untuk melakukan sesuatu perubahan namun masih belum memberi komitmen


sepenuhnya untuk berubah. Seterusnya pada peringkat persediaan, klien mula
berniat untuk berubah dan mula menunjukkan tingkah laku perubahan. Pada
peringkat tindakan, klien mula memberikan komitmen untuk melakukan
perubahan dan berubah secara konsisten. Akhirnya pada peringkat pembaikan,
klien berusaha ke arah perubahan dan mencegah pengulangan semula
tingkahlaku asal. Bagaimanapun, klien mungkin berhadapan dengan masalah
pada mana-mana peringkat perubahan ini.

Tahap Masalah Psikologikal


Lima tahap perubahan yang dibincangkan itu boleh diaplikasikan dengan lima
kategori masalah yang berbeza tahap kompleksitinya iaitu simptom, pemikiran
maladaptif, interpersonal, keluarga dan konflik interpersonal. Simptom masalah
misalnya fobia atau takut terhadap sesuatu rangsangan seperti fobia terhadap
air. Pemikiran maladaptif pula merupakan pemikiran negatif seperti Saya
selalu menyusahkan orang lain. Konflik keluarga pula biasanya bersifat agak
kompleks kerana ia melibatkan hubungan yang rapat dengan ahli keluarga.
Konflik interpersonal pula merujuk kepada masalah hubungan dengan orang
lain misalnya rakan sekerja.
Pada kebiasaannya, TTM akan cuba menyelesaikan masalah simptom
dan pemikiran maladaptif terlebih dahulu. Kemudiannya tumpuan akan
diberikan kepada masalah interpersonal, keluarga dan konflik interpersonal.
Dalam TTM, ahli terapi yang mempunyai pegangan teori tingkah laku akan
cuba menyelesaikan masalah simptom, ahli terapi kognitif menyelesaikan
masalah pemikiran maladaptif, terapis keluarga menyelesaikan masalah
keluarga dan terapis gestalt, psikoanalitik dan kewujudan akan menyelesaikan
masalah interpersonal atau konflik interpersonal (Prochaska & Norcross 2007).
Gabungan kesemua pendekatan ini menjadi asas utama dalam TTM.

Proses Terapi
Terdapat 10 proses perubahan yang merangkumi hampir kesemua aspek
perubahan yang diintegrasikan daripada teori yang berbeza (Prochaska &
Norcross 2007; Prochaska & DiClemente 1984, 2005). Sepuluh proses tersebut
adalah:
1. Memberi kesedaran

Merujuk kepada intervensi yang membantu klien untuk menyedari punca
dan kesan tingkahla kunya. Antara teknik yang boleh digunakan pada
peringkat ini ialah pemerhatian ahli terapi ke atas klien, interpretasi
kenyataan klien, dan konfrontasi. Teknik-teknik ini berasal daripada teori
psikoanalitik, Alderian, Jungian, kewujudan, gestalt dan terapi feminis.

13 Teori Kaunseling.indd 263

10/06/2014 16:34:20

264

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

2.

Katarsis atau kelegaan dramatik


Klien membuat peluahan masalah kepada terapis yang boleh menimbulkan
kelegaan kepada klien. Antara teknik yang boleh digunakan adalah teknik
kerusi kosong dalam terapi gestalt.

3.

Penilaian semula persekitaran


Penilaian aspek persekitaran membantu klien melihat masalah mereka
dalam konteks yang lebih luas. Dengan cara ini, klien dapat melihat
bagaimana masalah tersebut boleh memberi kesan kepada orang lain atau
disebabkan oleh orang lain. Misalnya, klien berkeinginan untuk berhenti
meminum arak kerana mendapati tingkahl aku tersebut membahayakan
kesihatan dirinya dan memberi kesan buruk kepada ahli keluarganya.

4.

Penilaian semula kendiri


Dalam proses ini, individu menilai apa yang harus dilakukannya untuk
mengatasi masalah yang berlaku. Ini termasuklah perubahan dari segi
kognitif, perasaan dan tingkah laku. Klien akan menilai kelebihan dan
kekurangan sekiranya dia melakukan sesuatu perubahan. Klien juga
menilai apa yang perlu dilakukan dalam usaha untuk berubah.

5.

Kebebasan atau liberasi kendiri


Klien memilih untuk mengenal pasti masalah mereka dan ingin
melakukan perubahan ke arah mengatasi masalah tersebut. Klien boleh
memilih cara baru untuk mengatasi masalahnya. Klien juga mengenal
pasti potensi mereka untuk berubah serta tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan untuk berubah.

6.

Kebebasan sosial
Ada ketikanya, untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul, perubahan
sosial yang besar atau kecil perlu dilaksanakan. Misalnya, wanita yang
mengalami gangguan seksual di tempat kerja perlu mengambil tindakan
undang-undang untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam hal ini, teori
feminis boleh diaplikasikan.

7.

Pengurusan kontigensi
Salah satu contoh terbaik dalam pengurusan kontigensi adalah konsep
peneguhan tingkah laku. Ini melibatkan pengajaran kepada klien tentang
bagaimana membentuk tingkah laku baru mereka. Teknik-teknik dalam
terapi tingkah laku misalnya disensitizasi sistematik boleh diaplikasikan.

8.

Counterconditioning
Klien boleh membuat perubahan yang positif dalam hidup mereka dengan
mengubah cara mereka merefleksi sesuatu masalah yang timbul. Klien

13 Teori Kaunseling.indd 264

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

265

mempelajari cara baru untuk merefleksi sesuatu masalah seperti mana


kaedah pengolahan semula cerita yang digunakan dalam terapi naratif
boleh diaplikasikan oleh kaunselor.
9.

Kawalan rangsangan
Dengan mengawal persekitarannya, individu dapat mengawal cara
mereka berhadapan dengan suatu situasi yang sukar. Latihan bagaimana
individu perlu berubah apabila berada dalam satu-satu situasi sukar boleh
digunakan sebagai salah satu cara mengawal rangsangan kepada masalah.

10. Membantu perhubungan



TTM juga menekankan aspek hubungan terapeutik antara kaunselor
dengan klien sebagai elemen utama kejayaan sesi kaunseling yang
dijalankan. Pendekatan berpusatkan klien dan terapi kewujudan antara
contoh pendekatan yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan
hubungan yang baik antara kaunselor dan klien.

Teknik-teknik

Sebagai satu pendekatan integratif, tiada satu-satu teknik khusus di bawah


TTM. Sebaliknya, ia mengintegrasikan pelbagai teknik dalam sesi kaunseling
bergantung kepada tahap perubahan, tahap masalah klien, matlamat yang
telah ditetapkan serta kesesuaian dengan diri klien sendiri. Dalam hal ini,
kaunselor boleh mengaplikasikan mana-mana teknik dalam pendekatan lain
yang dirasakan sesuai untuk diaplikasikan. Gabungan teknik ini mungkin boleh
melibatkan tiga kombinasi iaitu kognitif, afektif dan tingkah laku. Kombinasi
ketiga-tiga elemen ini amat penting bagi membantu klien memikirkan tentang
kepercayaan dan jangkaan mereka, mengalami tahap perasaan atau emosi
terhadap masalah yang dihadapi, serta menterjemahkan celik akal mereka ke
dalam bentuk tingkah laku yang baru (Corey 2009).
Namun begitu, kaunselor perlu berhati-hati dalam memilih teknik yang
sesuai. Hal ini kerana tidak semua teori sesuai untuk digunakan pada satusatu peringkat yang tertentu sahaja. Terdapat teori yang sesuai digunakan di
peringkat proses perubahan dan ada juga yang sesuai digunakan di pengakhiran
sesi kaunseling. Bagaimanapun ia masih bergantung kepada kesesuaian
masalah klien seperti contoh berikut:
1. Simptom atau situasi : Terapi tingkah laku dan pendekatan berfokuskan
penyelesaian.
2. Pemikiran maladaptif: Terapi Adler, REBT, dan terapi kognitif.
3. Konflik interpersonal: Terapi keluarga, terapi yang bersifat interpersonal,
terapi realiti dan psikodrama.
4. Konflik atau sistem kekeluargaan: Teori keluarga Bowen, terapi
struktural, terapi eksperiental dan teori kemanusiaan.

13 Teori Kaunseling.indd 265

10/06/2014 16:34:20

266
5.

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Konflik intrapersonal: terapi psikoanalitik, terapi Jungian terapi


kewujudan, terapi gestalt, terapi naratif, dan terapi seni kreatif.

Anda boleh merujuk tentang teknik-teknik dalam teori di dalam bab-bab


yang telah dibincangkan sebelum ini.

Kombinasi tahap perubahan, tahap masalah psikologikal dan


proses perubahan
Dalam TTM, proses perubahan atau teknik yang berbeza boleh digunakan
bergantung kepada kesediaan klien untuk membuat perubahan. Dalam
peralihan dari peringkat prapertimbangan kepada pertimbangan, teknik
mewujudkan kesedaran membantu klien menyedari masalah mereka. Teknik
katarsis atau kelegaan dramatik membantu klien menyedari masalah mereka
dan mewujudkan kesedaran untuk membuat perubahan. Penilaian aspek
persekitaran juga menyedarkan klien bahawa sudah tiba masanya untuk dia
melakukan perubahan.
Untuk beralih dari peringkat pertimbangan kepada peringkat persediaan,
klien perlu menilai semula dirinya. Bagi tujuan ini, klien menentukan isu
atau masalah yang ingin diselesaikan. Penetapan matlamat dilakukan pada
peringkat ini. Untuk bergerak ke peringkat seterusnya, klien perlu melalui
proses liberasi atau kebebasan kendiri. Pada peringkat ini, klien menilai dengan
lebih mendalam tentang apa yang perlu dilakukan untuk berubah. Klien juga
menentukan bagaimana perubahan tersebut boleh berlaku.
Setelah klien beralih ke peringkat tindakan, mereka telah bersedia untuk
proses berorientasikan tindakan. Pada peringkat ini, tindakan berorientasikan
tingkah laku seperti pengurusan kontinjensi dan kawalan rangsangan adalah
sesuai untuk digunakan. Strategi liberasi sosial juga mungkin boleh digunakan
bergantung kepada masalah yang dibawa oleh klien. Tahap ini diteruskan
sehingga ke peringkat pembaikan. Untuk tujuan pembaikan, sesi susulan perlu
dijalankan oleh kaunselor untuk menilai strategi atau perubahan yang telah
dilaksanakan oleh klien.
Bagaimanapun, perlu diingat bahawa sepanjang sesi berjalan, hubungan
terapeutik antara kaunselor dengan klien perlu dijaga pada setiap fasa
(Prochaska & DiClemente 2005). Tanpa hubungan yang baik antara keduaduanya, sesi tidak akan dapat berjalan dengan lancar menyebabkan matlamat
sesi tidak dapat dicapai.

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya


TTM berpegang kepada andaian bahawa tiada sebarang teori tertentu yang
dapat digunakan untuk memahami klien secara keseluruhan. Justeru, ia

13 Teori Kaunseling.indd 266

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

267

mengaplikasikan beberapa teori daripada pendekatan lain untuk disesuaikan


dengan peringkat dan jenis masalah klien. Gabungan beberapa teori ini
membolehkan kaunselor TTM mengambil pendekatan yang dapat menampung
kekurangan pada satu-satu teori kerana tidak semua teori kaunseling
menitikberatkan aspek perbezaan budaya, penindasan kelompok minoriti
dan isu-isu berkaitan silang budaya. Pendekatan yang mengambil kira teori
lain membolehkan penyesuaian terhadap isu budaya dan minoriti ditekankan.
Tidak kurang juga, penekanan terhadap isu yang berlaku dalam masyarakat
yang boleh membawa masalah kepada individu meyakinkan bahawa TTM
adalah satu pendekatan yang bersifat silang budaya. Penindasan ke atas
golongan wanita misalnya membolehkan kaunselor TTM mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh golongan ini tanpa ada sifat berat sebelah
khususnya dalam budaya masyarakat tertentu. Selain itu, kepentingan aspek
terapeutik dalam TTM seperti empati, ketulenan dan penerimaan tanpa syarat
membolehkan TTM sesuai untuk diaplikasikan ke atas pelbagai golongan
budaya yang berbeza. Kaunselor bersedia menerima klien tanpa mengambil
kira latar belakang klien dan faktor ini menjadi tarikan untuk kaunselor untuk
mempraktiskan TTM dalam pengamalan kaunseling.

Kelebihan dan Kelemahan Teori


TTM merupakan pendekatan yang sangat fleksibel. Ahli terapi atau kaunselor
boleh menyesuaikan setiap peringkat perubahan klien dengan teknik
yang berbeza. Hal ini membolehkan ahli terapi menggunakan teknik atau
pendekatan yang benar-benar sesuai dengan klien. Kepelbagaian teknik yang
digunakan juga memaksimumkan kesan perubahan yang dilakukan oleh
klien. Kebolehsuaian TTM juga membolehkan kaunselor merawat pelbagai
jenis masalah atau isu klien. Kelebihan ini tidak membataskan TTM untuk
berhadapan dengan isu tertentu sahaja.
Penekanan terhadap proses perubahan klien juga menjadi salah satu
kelebihan teori ini berbanding pendekatan yang lain. TTM menjelaskan 10
proses perubahan yang dilalui oleh klien dengan setiap satunya menggunakan
teknik yang berbeza. Penjelasan tentang proses perubahan ini memberi
gambaran yang lebih jelas kepada kaunselor untuk mempraktikkan TTM
dalam sesi kaunseling terutamanya bagi kaunselor baru.
Namun begitu perlu diingat bahawa TTM mengintegrasikan beberapa
pendekatan yang berbeza. Pendekatan-pendekatan ini mempunyai pandangan
yang berbeza terhadap andaian asas tentang konsep manusia. Andaian
yang berbeza ini memungkinkan ketidaksuaian sesuatu pendekatan untuk
diintegrasikan bersama. Justeru, kaunselor yang menggunakan TTM harus
berhati-hati dan menilai pendekatan yang ingin diintegrasikan terlebih
dahulu.

13 Teori Kaunseling.indd 267

10/06/2014 16:34:20

268

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Aplikasi Kes Laila


Pengaplikasian TTM terhadap kes yang dibawa oleh Laila melibatkan
penggunaan beberapa pendekatan atau teori mengikut kesesuaian jenis masalah
tersebut. Pada sesi yang pertama, Laila meluahkan masalah yang dihadapinya
melibatkan hubungan Laila dengan suaminya. Di awal sesi kaunseling, seperti
biasa kaunselor menjelaskan beberapa perkara penting berkaitan sesi yang perlu
difahami oleh Laila misalnya peranan kaunselor dan klien, tempoh kaunseling
dijalankan, penekanan aspek kerahsiaan dan lain-lain. Pada sesi terawal ini,
kaunselor mula membina rapport dan menyediakan persekitaran yang kondusif
untuk Laila. Keadaan ini bertujuan untuk memastikan Laila berasa selesa dan
penerokaan masalah dapat dibuat dengan lancar.
Masalah Laila dikenal pasti melalui proses penerokaan oleh kaunselor.
Laila memberi kerjasama dan rela untuk meluahkan masalahnya kepada
kaunselor. Kaunselor melihat Laila menyedari bahawa dia sedang berhadapan
dengan masalah dan perlu melakukan perubahan agar masalah tersebut
dapat diatasi. Dalam sesi ini, untuk melancarkan lagi proses penerokaan dan
memastikan penerokaan isu yang maksimum dapat dilakukan, teknik Gestalt
turut digunakan. Kaunselor perlu berhati-hati untuk menggunakan teknik ini
iaitu dengan memperjelaskan kepada Laila tentang bagaimana teknik ini akan
dijalankan, peranan Laila serta mendapatkan persetujuan daripada Laila untuk
melakukan teknik ini. Teknik kerusi kosong adalah salah satu teknik dalam
teori Gestalt yang membolehkan klien meluahkan perasaan yang terpendam
terhadap seseorang. Semasa menjalankan teknik ini, sebuah kerusi kosong
diletakkan di hadapan Laila. Laila akan membayangkan kerusi kosong tersebut
sebagai suaminya. Di hadapan kerusi kosong tersebut, Laila meluahkan segala
yang terbuku di hatinya selama ini.
Pada ketika itu, Laila melepaskan segala perasaan pada suaminya,
adakalanya Laila menangis dan memarahi suaminya. Laila juga meluahkan rasa
kecewanya pada dirinya sendiri kerana kurang menghargai suaminya. Dalam
kes ini, Laila memilih untuk meletakkan suaminya di posisi kerusi kosong
tersebut kerana dia sering dihantui perasaan bersalah kepada suaminya kerana
sering memikirkan tentang lelaki lain sehingga berkeinginan untuk melakukan
hubungan seks dengan mereka. Laila juga meluahkan kekesalannya kerana
sikap suaminya yang adakalanya menolak keinginan Laila untuk mengadakan
hubungan seksual bersamanya. Di akhir luahannya dalam teknik kerusi
kosong, Laila menyatakan kebimbangannya terhadap kesetiaan suaminya
setelah apa yang dilakukan terhadap suaminya. Kebimbangan inilah yang
memberi kesedaran kepada Laila bahawa dia perlu melakukan perubahan
untuk memperbaiki hubungan dengan suaminya.
Setelah itu, kaunselor membuat penilaian aspek persekitaran yang berada
dalam lingkungan masalah yang dihadapi oleh Laila dibuat bagi membantu
Laila melihat masalahnya dalam konteks yang lebih luas. Dengan cara ini,

13 Teori Kaunseling.indd 268

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

269

Laila dapat melihat bagaimana masalah tersebut boleh memberi kesan kepada
dirinya dan orang lain yang signifikan terhadap dirinya. Laila juga boleh
memahami bagaimana orang lain boleh menyumbang kepada masalah yang
dihadapi. Untuk menilai masalah ini, kaunselor mengaplikasikan analisis
tingkah laku seperti dalam teori tingkah laku. Laila juga menilai apa yang
harus dan telah dilakukannya untuk mengatasi masalah yang berlaku. Ini
termasuklah perubahan dari segi kognitif, perasaan dan tingkah laku. Kelebihan
dan keburukan setiap perubahan yang ingin dicapai juga dinilai oleh Laila
dengan bantuan kaunselor.
Setelah menjalani beberapa proses dalam penerokaan, Laila kelihatan
semakin tenang. Pada ketika ini, Laila diberikan skala 1 hingga 5 untuk
meletakkan tahap kekecewaan dan kebimbangan terhadap masalah yang
dihadapi, dengan 1 tidak risau dan 5 sangat risau. Berdasarkan respons daripada
Laila yang menyatakan skala kebimbangannya telah berkurangan daripada
5 kepada 3, kaunselor dapat merasakan bahawa Laila telah mencapai tahap
katarsis. Laila berasa semakin tenang dan lega setelah meluahkan masalahnya
kepada kaunselor di samping kaunselor pula memberikan galakan dan perhatian
yang baik kepadanya.
Apabila masalah yang dihadapi oleh Laila telah dapat dikenal pasti
dengan jelas, kaunselor membimbing Laila untuk menetapkan matlamat yang
ingin dicapai dalam sesi kaunseling. Kaunselor juga memastikan bahawa
matlamat perubahan yang dibuat oleh Laila adalah realistik untuk dicapai.
Matlamat yang dibentuk mengambil kira tiga aspek utama dalam kehidupan
iaitu kognitif, afektif dan tingkah laku. Dari segi kognitif, Laila ingin sentiasa
berfikiran lebih positif dan cuba mempertimbangkan aspek etika dan agama
dalam kehidupannya. Dari segi afektif pula, Laila menetapkan matlamat
untuk memupuk rasa kasih sayang yang lebih mendalam pada suaminya serta
mengatasi rasa kecewa terhadap suaminya. Laila juga ingin mengubah tingkah
lakunya yang sering memandang lelaki-lelaki kacak di samping mengatasi
tingkah laku panas baran terhadap suaminya.
Sepanjang sesi kaunseling berlangsung, kaunselor mengekalkan ciri-ciri
terapeutik dalam sesi kaunseling iaitu empati, menerima klien tanpa syarat
serta saling menghormati. Ini amat penting bagi memastikan Laila sentiasa
memberi kerjasama dalam mencapai matlamat sesi.
Setelah mengenal pasti potensi diri serta usaha yang telah dan
belum dilaksanakan dalam tujuan untuk mencapai perubahan, kaunselor
mencadangkan rawatan yang sesuai dengan Laila. Kaunselor juga mengajar
Laila teknik pengurusan kemarahan di samping memberi tugasan kepada
Laila untuk dilaksanakan di luar sesi. Kesemua tugasan yang diberikan adalah
dengan persetujuan Laila. Tugasan-tugasan ini bertujuan untuk membantu Laila
melaksanakan tingkah laku barunya serta mengekalkan tingkah laku tersebut.
Kesemua tugasan yang diberikan kepada Laila akan dibincangkan bersama
kaunselor pada sesi berikutnya bagi menilai keberkesanan rawatan yang dipilih.

13 Teori Kaunseling.indd 269

10/06/2014 16:34:20

270

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Rumusan
Meskipun TTM mengintegrasikan teknik-teknik daripada teori sedia ada
yang berbeza dalam bidang ini, masih ramai yang kurang percaya terhadap
pengintegrasian yang dibuat oleh TTM dalam merawat masalah klien. Tidak
kurang juga, ramai dalam kalangan kaunselor atau terapis yang masih asing
dengan pendekatan ini. Walau bagaimanapun, oleh sebab pendekatan ini
menyediakan kaedah yang berbeza bergantung kepada kesediaan klien untuk
berubah, penulis yakin bahawa lebih ramai dalam kalangan kaunselor yang
akan menggunakan pendekatan ini untuk merawat masalah klien apatah
lagi apabila melihat kepelbagaian teori dan teknik yang boleh diaplikasikan
untuk memahami manusia. Justeru, kajian-kajian dengan bukti empirikal
perlu diperbanyakkan agar dapat memberi keyakinan kepada para pengamal
kaunseling untuk menggunakan pendekatan TTM.

Glosari
Katarsis
Transteoritikal

Peluahan perasaan yang memberi kelegaan kepada klien.


Pendekatan psikoterapeutik apabila konsep-konsep dalam
kebanyakan teori kaunseling digunakan untuk membina
suatu teori psikoterapi yang baru.

Terapi Multimodal
Objektif

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Memahami andaian-andaian dan prinsip asas terapi multimodal
2. Mengetahui matlamat yang ingin dicapai dalam sesi kaunseling terapi
multimodal
3. Memahami peranan dan tanggungjawab anda sebagai kaunselor terapi
multimodal
4. Memahami prosedur BASIC ID dengan mendalam
5. Menggunakan semua teknik-teknik terapi multimodal dengan baik

Pengenalan
Terapi multimodal adalah satu kaedah psikoterapi yang komprehensif dan
berorientasikan tindakan. Terapi multimodal menepati ciri-ciri rawatan tingkah
laku kognitif yang mengambil kira semua modaliti dalam kefungsian manusia.
Kajian-kajian klinikal membuktikan bahawa hasil positif jangka panjang
yang positif akan lebih mudah berlaku jika rawatan psikoterapi mengambil
kira faktor-faktor personaliti yang berikut: tingkah laku bermasalah, emosi

13 Teori Kaunseling.indd 270

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

271

yang kurang disenangi, rungutan psikosomatik, imej kendiri yang negatif,


pemikiran tidak rasional, perhubungan yang tertekan dan kecelaruan biologi.
Kebanyakan kaedah kaunseling lain hanya menumpukan kepada satu atau
dua modaliti sahaja, sebaliknya terapi mutimodal memeriksa dan merawat
secara terperinci semua tujuh dari modaliti tersebut. Ini berlandaskan idea
bahawa manusia adalah makhluk biologi yang berfikir, berperasaan, bertindak,
menggunakan deria, membayangkan dan berinteraksi antara satu sama lain
Semua modaliti ini termuat dengan sempurna dalam akronim BASIC ID yang
diperkenalkan oleh Lazarus.

Pengasas Teori
Dr. Arnold A. Lazarus adalah
seorang ahli psikologi klinikal dari
Afrika Selatan yang terkenal kerana
sumbangannya kepada terapi tingkah
laku. Lazarus memperkenalkan terma
Terapi Tingkah laku dan kemudiannya
mengasaskan Terapi Multimodal yang
kini dikenali sebagai salah satu bentuk
terapi tingkah laku kognitif yang paling
berkesan.
Beliau juga merupakan penulis 18
buah buku dan beratus-ratus penulisan
ilmiah dan saintifik berkenaan terapi
kognitif tingkah laku dan multimodal.
Antara bukunya yang paling klasik
Rajah 13.3: Arnold Lazarus
ialah The Principles of Multimodal
(1932-2013)
Therapy. Beliau mengetengahkan satu
kaedah terapi kognitif tingkah laku yang
meliputi spektrum yang sangat luas serta eklektik melalui terapi Multimodal.
Pencapaian Arnold Lazarus yang lain termasuklah menerima anugerah
berikut: American Psychological Associations Distinguished Psychologist
Award, Distinguished Professional Contributions Award dan Distinguished
Service Award dari the American Board of Professional Psychology dan The
First Annual Cummings PSYCHE Award. Merupakan Profesor Emeritus
Kehormat dari Rutgers Universitys Graduate School of Applied and
Professional Psychology, Dr. Arnold Lazarus sebelum ini berkhidmat di
beberapa fakulti seperti di Stanford University, Temple University Medical
School dan Yale University. Pada ketika ini beliau merupakan Pengarah
Eksekutif kepada The Lazarus Institute dan terus mengamalkan psikoterapi
secara aktif semenjak tahun 1959.

13 Teori Kaunseling.indd 271

10/06/2014 16:34:20

272

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia


Terapi multimodal melihat sifat tabii manusia dari perspektif tingkah laku.
Setiap manusia dianggap sebagai kain kosong yang tidak memiliki dorongan
dalaman, motif, keperluan atau kecenderungan, kecuali kesediaan untuk
mempelajari tingkah laku baru. Semua tingkah laku dipelajari sebagai tindak
balas kepada keperluan semasa. Teori ini melihat manusia sebagai menumpukan
kepada modaliti atau dimensi yang berlainan dalam hidup mereka, lazimnya
mengikut keutamaan yang diletakkan berdasarkan perspektif sendiri.

Andaian Asas dan Prinsip Teori


Terapi multimodal merupakan satu kaedah yang bersifat personal dan
individualistik. Ini bermaksud pendekatan tekniknya diubahsuai mengikut
kesesuaian dan keperluan klien.
Antara andaian asas teori ini:
1. Personaliti kita terbentuk hasil gabungan ciri-ciri genetik, persekitaran
fizikal dan sejarah pembelajaran sosial kita. Manusia tidak bertindak balas
kepada persekitaran sebenar, sebaliknya kepada persekitaran berdasarkan
tanggapan mereka.
2. Setiap individu adalah sama rata antara satu sama lain tanpa mengira
status sosial atau peranannya dalam kehidupan.
3. Individu yang memiliki kelebihan dalam aspek tertentu tidak dianggap
sebagai manusia yang superior kerana setiap orang memiliki kelebihan
masing-masing
Terapi multimodal dilihat sebagai turut meliputi terapi tingkah laku
kognitif dan terapi rasional emotif dalam beberapa aspek. Teori-teori ini
berkongsi andaian daripada beberapa segi seperti berikut:
1. Kebanyakan masalah adalah dianggap bermula dari proses pembelajaran
yang tidak mencukupi atau salah
2. Hubungan kaunselor-klien dilihat lebih seperti jurulatih dan pelatih
berbanding doktor dan pesakit
3. Pemindahan pembelajaran atau generalisasi dari terapi kepada
persekitaran klien tidak dilihat sebagai automatik sebaliknya dicerapkan
melalui tugasan dan kerja rumah
4. Label seperti kategori diagnostik adalah definisi operasional berdasarkan
tingkah laku yang boleh diperhatikan. Ini akan memudahkan pemantauan
perubahan
Lazarus menyenaraikan singkatan modaliti dalam terapi multimodal ini
sebagai BASIC I.D.

13 Teori Kaunseling.indd 272

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

B
A
S
I
C

I
D

273

Behaviour (tingkah laku)


Affect (emosi)
Sensation (deria seperti sentuhan, bau, pandangan, pendengaran dan rasa)
Imagery (bayangan mental dalam bentuk gambaran dan imej kendiri)
Cognition (cara pemikiran melalui perkataan, kepercayaan, sikap, pendapat
dan stail berfikir)
Interpersonal (cara berhubungan dengan orang lain)
Drugs & biology (Ubat-ubatan, subtans, cara pemakanan (diet) senaman
kesihatan dan tidur)

Lazarus berpendapat bahawa apabila sistem kepercayaan manusia dapat


divisualisasikan, klien akan lebih cenderung untuk memberikan tindak balas
positif kepada dunianya, terutama aspek yang perlu diperbaiki.

Matlamat Terapi

Menurut Zilbergeld (1982), matlamat utama MMT ialah untuk mendapatkan


kaedah terbaik untuk setiap klien berbanding memaksa semua klien untuk
mengikuti satu kaedah terapi yang sama. Tiga klien yang menghadapi depresi
mungkin diberi rawatan yang berlainan bergantung kepada penilaian kaunselor
dan kaedah yang lebih mereka gemari. Matlamat utama ialah untuk membantu
klien melaksanakan perubahan yang diidamkan secepat yang mungkin.
Menurut Fall dan Hodder (2003) matlamat keseluruhan terapi multimodal
ialah mengurangkan kesukaran/cabaran psikologi dan mempromosikan
perkembangan kendiri klien. Masalah daripada kesemua aspek 7 modaliti
BASIC ID akan diteliti berdasarkan keinginan klien untuk berubah mengikut
setiap modaliti. Kaunselor multimodal akan membantu klien membentuk
matlamat-matlamat yang boleh dicapai supaya klien akan lebih yakin dan
meletakkan harapan yang lebih tinggi supaya tindakan yang dipilihnya menuju
kejayaan. Matlamat yang spesifik dan lebih jelas adalah lebih digalakkan
berbanding matlamat yang am dan kabur.

Peranan Kaunselor

Kaunselor terapi multimodal bertindak aktif dan melibatkan diri dengan


sepenuhnya dalam terapi semasa sesi dengan klien, Beliau juga bersikap
fleksibel dan boleh menyesuaikan diri dengan baik dalam mengendalikan
klien serta masalahnya.
Antara peranan yang dimainkan oleh kaunselor terapi multimodal ialah :
1. Sebagai konsultan, pengajar, jurulatih dan model peranan untuk klien
2. Kaunselor menggunakan pelbagai teknik dan stail terapeutik bergantung
kepada perbezaan stail, personaliti dan keperluan klien

13 Teori Kaunseling.indd 273

10/06/2014 16:34:20

274
3.
4.

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Kaunselor berganding dengan klien untuk menentukan masalah spesifik


yang dihadapi klien merentasi BASIC ID yang paling ketara dan
menumpukan kepada perbincangan penyelesaian isu spesifik tersebut
Kaunselor menentukan stail interpersonal yang sesuai dengan klein
semasa melayan klien sepanjang sesi

Proses Terapi
Terapi Multimodal meletakkan keutamaan kepada keunikan setiap individu.
Oleh sebab itu, tiada format rawatan yang piawai yang digunakan untuk
semua klien. Apabila menyesuaikan diri dengan karakteristik klien, kaunselor
boleh mengamalkan sama ada cara yang pasif dan reflektif atau aktif dan
mengkonfrontasi.
Seperkara yang penting ialah memastikan apa yang klien inginkan
daripada proses terapi tersebut. Sesi awal biasanya lebih fokus kepada
masalah yang diutarakan oleh klien. Pengalaman yang menjurus kepada
masalah dan faktor-faktor yang menyebabkan klien kekal dengan tingkah
laku bermasalahnya akan diterokai dengan terperinci. Kaunselor juga akan
mengambil kira sikap-sikap positif dan kekuatan klien.
Walaupun terapi multimodal ini banyak berpegang kepada beberapa
sistem terapi seperti terapi tingkah laku, terapi rasional emotif dan terapi
kognitif, terdapat enam ciri yang membezakan pendekatan multimodal dengan
pendekatan yang lain
1. Tumpuan spesifik dan menyeluruh kepada keseluruhan modaliti BASIC
ID
2. Penggunaan turutan kedua BASIC ID
3. Penggunaan profile modaliti
4. Penggunaan profil struktur
5. Prosedure bridging
6. Mengesan susunan sasaran modaliti (tracking the firing order)
Inventori Sejarah Hidup MultiModal (Lazarus 1991) lazimnya akan
diberikan kepada klien untuk dilengkapkan selepas sesi konsultasi awal
atau di rumah akan membantu kaunselor dan klien untuk mengenal pasti
modaliti atau dimensi yang diutamakan atau tidak diendahkan oleh klien.
Terapi dimulakan dengan menumpukan kepada modaliti yang dirasakan
paling bermanfaat kepada klien. Terapi akan seterusnya mengambil kira
semua modaliti mengikut turutan keutamaan (firing order) dan intervensi
yang dijalankan boleh menggabungkan teknik-teknik rawatan dari pelbagai
kaedah psikoterapi. Dengan itu teknik rawatan terapi multimodal mengamalkan
ecclectisme berdasarkan idea bahawa rawatan boleh dan patut menggabungkan
pelbagai perspektif teori yang berlainan tanpa perlu menggunakan asas teori-

13 Teori Kaunseling.indd 274

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

275

teori yang berkaitan. Berikut adalah gambaran hubung kait antara semua tujuh
elemen modaliti yang ditekankan oleh teori multimodal.

Rajah 13.4: Hubung kait elemen modaliti translate labels

Penggunaan prosedur bridging dan tracking amat penting dalam terapi


multimodal. Bridging merujuk kepada prosedur apabila kaunselor akan
menumpukan dahulu kepada modaliti yang klien gemari sebelum menjurus
kepada dimensi atau modaliti lain yang dirasakan lebih produktif. Ini bertujuan
untuk memasuki domain atau ruang rujuk klien terlebih dahulu sebelum
mencabar kebolehannya dari aspek-aspek yang mungkin tidak disedarinya
sebelum ini.
Tracking pula merujuk kepada penelitian susunan sasaran (firing order)
terhadap modaliti yang berbeza. Susunan sasaran lazimnya bukan sesuatu
yang tetap tanpa perubahan. Ianya mungkin berubah mengikut perspektif
dan keperluan klien pada masa berlainan. Tracking ini akan membantu klien
merancang pelan tindakannya berdasarkan susunan sasarannya pada masamasa tertentu dan mengikut situasi yang dialaminya. Mungkin klien ingin
menumpukan firing order BDAI, atau DAIB pada masa yang berlainan.
Berdasarkan susunan sasaran ini, kaunselor akan menjalankan intervensi atau
mengajarkan teknik yang bersesuaian kepada klien.

Teknik-teknik

Memandangkan individu membawa pelbagai masalah ke dalam terapi,


adalah berpatutan sekiranya kaunselor menggunakan pelbagai teknik dan
kaedah untuk membantu klien dan ini dinamakan technical ecclectism.
Terapi multimodal bersifat psychoeducational iaitu mementingkan proses
pendidikan/pembelajaran dan dan menganggap bahawa kebanyakan masalah
klien adalah berpunca daripada salah faham terhadap maklumat atau tidak
cukup maklumat berkenaan sesuatu.

13 Teori Kaunseling.indd 275

10/06/2014 16:34:20

276

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Melihat kepada pendekatan pluralistik dalam terapi ini, pelbagai teknik


rawatan boleh digabungkan untuk membantu klien menyelesaikan masalahnya.
Ini membolehkan pelbagai teknik diperkenalkan atau diperbaiki secara
fleksibel. Teknik yang berlainan bertanggungjawab untuk membawa perubahan
positif kepada individu yang berlainan. Adakalanya sekadar penerimaan
tanpa syarat oleh individu lain sudah dapat mengubah sikap dan tingkah laku,
manakala bagi sesetengah individu mekanisma perlu lebih didaktik, mereka
belajar melalui perbincangan dengan kaunselor kaedah-kaedah yang lebih
efektif untuk menangani masalah yang dihadapi.
Berikut adalah sebahagian contoh teknik mengikut modaliti yang boleh
digunakan melalui terapi multimodal:
Jadual 13.1: Teknik Modaliti
Modaliti/ Dimensi

Teknik yang boleh dilaksanakan

B- Behaviour
(Tingkahlaku)

a) Teknik Penghapusan menghentikan respons yang tidak diingini dan


pembanjiran (flooding)
b) Counterconditioning pendedahan secara berperingkat dan
desensitisasi
c) Peneguhan positif, peneguhan negatif dan hukuman menggunakan
posedur pelaziman operan seperti memberi ganjaran, pujian, time out
dan terapi aversi.

A-Affect
(Emosi)

a) Peluahan emosi terutamanya apabila mengingati dan menghayati


emosi yang terluka
b) Mengakui dan menerima perasaan sendiri.

S- Sensation
(Deria)

a) Melepaskan ketegangan melalui bio feedback, teknik relaksasi, dan


senaman fizikal
b) Memuaskan deria melalui aktiviti aktiviti yang dirasakan memenuhi
kepuasan diri berkait dengan masalah deria.

I-Imagery
(Bayangan)

a) Mengubah imej kendiri ke arah lebih positif


b) Membayangkan imej untuk menangani masalah melibatkan kawalan diri
dan pencapaian diri dalam situasi imej ini sukar diperoleh sebelum ini.

C-Cognition
(Pemikiran
kognitif)

a) Penstrukturan semula kognitif perubahan dalam cara berfikir dari


tidak rasional kepada rasional, mengurangkan keinginan berlebihan
untuk mendapat pengesahan dan penerimaan orang lain
b) Meningkatkan celik akal memahami penyebab dan kesannya terhadap
tingkah laku sekarang, menghargai tentang aturan keutamaan dalam
penyelesaian masalah.

I- Interpersonal
Hubungan
Interpersonal

a) Modeling (kaunselor sebagai model peranan melalui pendedahan


kendiri dan latihan ganti peranan
b) Paradoxical manuevers (mengendalikan pernyataan-pernyataan yang
bercanggah dengan diri)
c) Penerimaan tanpa syarat.

D- Drugs /
Biological
Dadah dan faktor
biologi

a)
b)
c)
d)

13 Teori Kaunseling.indd 276

Pemeriksaan kesihatan
Mengamalkan pengambilan nutrisi dan senaman
Teknik penghapusan ketagihan
Ubat-ubatan psikotropik untuk kecelaruan dan lain-lain.

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

277

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya


Berdasarkan pendekatan terapi multimodal yang pelbagai, ianya amat sesuai
untuk semua jenis klien tidak mengira latar belakang budaya. Ini memandangkan
kaunselor dan klien dapat membincangkan secara unik keperluan setiap klien
yang datang ke sesi kaunseling multimodal. Peranan kaunselor dan ciri-ciri
interaksi antara kaunselor dan klien berbeza daripada individu ke individu
dan dari sesi ke sesi. Ada klien yang akan memberi respons dengan lebih baik
dalam interaksi formal dan lebih berpaksikan tindakan sementara ada yang
mungkin memerlukan interaksi yang lebih lembut, empati dan menyokong.
Oleh sebab itu kaunselor perlu mahir mengendalikan perhubungan dalam sesi
terapi multimodal untuk memberi impak yang sebaiknya kepada klien dari
pelbagai latar belakang budaya. Dari segi penggunaan teknik, kepelbagaian
teknik berlandaskan budaya masing-masing boleh diaplikasikan ke dalam
terapi multimodal ini menjadikannya lebih serba boleh (versatile).

Kelebihan dan Kelemahan Teori


Antara kekuatan teori ini ialah ianya menggalakkan tindakan klien, tidak
mengira mana satu modaliti yang diingini, yang penting klien dapat digerakkan
untuk mula menangani masalahnya. Ia juga membolehkan kaunselor
menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza mengikut kesesuaian masalah
klien tanpa terikat dengan teori-teori asal pendekatan tersebut. Kaunselor
akan dapat membantu klien merancang pelan tindakan mengikut modaliti
yang dirasakan ingin diperbaikinya. Pendekatan tingkah laku kognitif seperti
ini telah banyak dikaji, boleh digunakan dalam pelbagai seting dan didapati
mudah untuk diterima oleh klien kerana fleksibilitinya.
Dari segi limitasi penggunaannya, teori ini dikatakan lebih menumpukan
kepada tingkah laku, maka ia kurang menekankan kepada elemen emosi secara
keseluruhan, walaupun afektif merupakan salah satu modaliti yang diambil
kira. Proses terapi lebih menumpukan kepada perubahan yang boleh dilihat.
Selain itu, peranan yang dimainkan oleh kaunselor atau ahli terapi multimodal
ini dikatakan banyak mengenakan kawalan ke atas klien, bersifat direktif dan
memanipulasi klien. Secara amnya ini dilihat sebagai sesuatu yang mungkin
meningkatkan pergantungan klien sekiranya kaunselor tidak pandai melibatkan
klien dalam proses membuat keputusan dan memikirkan alternatif.

Aplikasi Kes Laila


Kaunselor pada awalnya memulakan sesi perkenalan untuk mengetahui
maklumat klien secara am dan memaklumkan peraturan serta etika sesi
kaunseling yang bakal berlangsung. Ini akan memberi masa kepada klien
menyesuaikan diri dengan keadaan bilik terapi dan berasa selesa sepanjang
sesi. Terapi multimodal biasanya memakan masa yang agak lama bergantung

13 Teori Kaunseling.indd 277

10/06/2014 16:34:20

278

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

kepada jenis dan jumlah rawatan yang perlu diberikan kepada klien. Oleh itu
kaunselor membuat persetujuan dengan Laila untuk mengadakan 8-10 sesi
untuk membantunya menangani masalahnya. Semasa temu bual pertama,
klien diminta menjelaskan situasi yang mengganggunya. Lazimnya dalam sesi
pertama ahli terapi akan menumpukan kepada aduan-aduan klien berkenaan
masalahnya. Laila juga diminta untuk melengkapkan borang Inventori Sejarah
Hidup (Life History Inventory, Lazarus & Lazarus 1991) dan memulangkan
kepada kaunselor sebelum sesi kaunseling seterusnya berlangsung. Melalui
pendekatan terapi Multimodal, kaunselor akan memikirkan Apakah yang
terbaik untuk klien ini?. Kaunselor membentuk profil modaliti Laila
menggunakan BASIC I.D seperti berikut:

Profil Modaliti Laila


Tingkahlaku (B)

: Bekerja keras demi pencapaian, keluarkan katakata kesat semasa marah


Afek/ Emosi (A)
: Sering marah, hilang kawalan emosi
Deria (S)
: Mudah terdorong dengan nafsu seks, tegang,
depresi
Imageri (I)
: Mimpi buruk yang berulang, dihantui kisah silam
Kognisi / Pemikiran (C) : Pentingkan pencapaian, sering menyalahkan
pasangan dan anak-anak, menganggap adik sebagai
gangguan
Interpersonal (I)
: Hubungan semakin renggang. Terlalu tegas dengan
orang yang dikasihi, tidak pandai menyerlahkan
kasih sayang
Dadah/ Biologi (D)
: Tiada
Semasa sesi kaunseling kedua berlangsung, profil modaliti Laila
dibincangkan. Laila mengakui bahawa masalah utamanya adalah disebabkan
oleh kesukaran mengawal perasaan marahnya terhadap anak-anak dan suami
menyebabkan dia sering mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka. Laila
sedar bahawa dia sering menyalahkan suami dan anak-anaknya secara tidak
rasional kerana tingkah lakunya itu hubungannya dengan suami semakin
renggang manakala anak-anaknya menjauhkan diri darinya dan lebih rapat
dengan suami. Laila tahu bahawa dia perlu mengawal perasaannya dan belajar
mempamerkan kasih sayang kepada suami dan anak-anaknya sekiranya ingin
memperbaiki hubungan dengan mereka. Laila turut mengakui bahawa dia
amat terganggu oleh kisah silamnya hingga menyebabkan dia berasa tegang
dan tertekan. Laila juga ingin mengawal dorongan seksual terlampau yang
dihadapinya walaupun sudah berkurangan selepas berkahwin kerana ia hanya
mengingatkannya kepada kesilapannya di masa lalu.

13 Teori Kaunseling.indd 278

10/06/2014 16:34:20

Pendekatan Integratif

279

Kaunselor: Boleh Laila ceritakan kenapa Laila berada di sini?


Klien:

Saya mudah marah. Saya sering memaki hamun suami


dan anak-anak saya. Perkataan yang tidak senonoh senang
keluar daripada mulut saya dan ianya seakan sinonim
dengan diri saya.

Kaunselor: hmm, okay teruskan.


Klien:

Saya berasakan bahawa suami dan anak-anak sudah


semakin jauh dengan saya. Hubungan kami terjejas. Anakanak dilihat semakin rapat dengan suami.

Kaunselor: Jadi, apa yang Laila mahukan daripada hubungan ini?


Klien:

Saya mahukan keluarga saya semula. Saya sentiasa


murung apabila melihat bahawa anak-anak dan suami
menjauhkan diri daripada saya. Saya ingin berubah.

Melalui perbincangan tersebut kaunselor dan Laila bersetuju bahawa


aturan sasaran modaliti Laila ialah A-B-I- C- I- S (Afek Tingkah lakuHubungan Interpersonal- Pemikiran Imageri Deria). Berdasarkan aturan
sasaran modaliti Laila, kaunselor telah menjalankan rawatan/ intervensi seperti
berikut:
1. Afek/ Emosi (A) Laila diajar untuk peka terhadap faktor-faktor yang
mencetuskan kemarahannya terhadap suami dan anak-anak. Dengan
ini Laila dapat menghindarkan diri daripada pencetus tersebut untuk
mengurangkan insiden kemarahannya. Selain itu Laila diajar cara
mengendalikan emosi dengan lebih cerdik. Laila diminta menumpukan
perasan sayangnya terhadap suami dan anak-anak dalam usaha menjadi
lebih sabar.
2. Tingkah laku (B) Laila diajar teknik mengawal emosi melalui kaedah
pernafasan dan penggantian tingkah laku. Sekiranya Laila berasa marah
dia disuruh mencari tempat untuk bertenang dan memulakan teknik
pernafasan supaya kemarahannya dapat diredakan. Dia juga diminta
mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata kesat dan sebaliknya
membuat aktiviti- aktiviti positif yang boleh membantunya seperti
bersenam atau melakukan tugas-tugas yang menjurus kepada pencapaian
seperti yang digemarinya.
3. Hubungan Interpersonal (I) Laila diajar cara untuk berkomunikasi
yang lebih berkesan dengan suami, anak-anaknya dan adik-adiknya.
Laila dilatih cara meluahkan perasaan dengan sihat supaya dia lebih

13 Teori Kaunseling.indd 279

10/06/2014 16:34:20

280

4.

5.

6.

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

difahami dan memahami orang lain. Laila juga digalakkan meluangkan


lebih masa berkualiti dengan suami dan anak-anaknya dan bukan setakat
menumpukan kepada hal hal kerja yang dianggapnya memberi kepuasan
kepadanya selama ini. Laila dilatih supaya lebih menghargai orang yang
menyayangi dan bukannya berasakan mereka sebagai beban. Kaunselor
menyuruh Laila memainkan peranan di dalam sesi untuk berlatih cara
menyatakan kasih sayangnya kepada anak-anak dan suami.
Pemikiran (C) Kaunselor mengkonfrontasikan pemikiran Laila yang
sering menyalahkan suami dan anak-anaknya tanpa sebab yang nyata.
Laila selama ini mengharapkan kehidupannya sempurna walaupun
tahu bahawa dia tidak mampu menjadi sempurna. Sebenarnya Laila
menyalahkan diri sendiri atas kesilapan masa lalunya tetapi meletakkan
kesalahan tersebut di bahu orang lain. Kaunselor cuba meningkatkan
penerimaan kendiri Laila agar dia tidak lagi berfikiran negatif. Laila
diajar memberikan pernyataan positif untuk diri sendiri.
Imageri (I) Laila diajar cara menggantikan bayangan masa silamnya
yang negatif kepada positif. Kaunselor meminta Laila lebih mengingati
kejayaan-kejayaan yang telah dikecapinya sepanjang hidup termasuk
suami yang sangat penyayang dan anak-anak yang menjadi permata
hatinya. Laila diminta membayangkan dirinya berjaya melepasi segala
halangan emosi, pemikiran dan tingkah laku di masa hadapan untuk
memotivasikan dirinya dalam usaha menangani masalahnya.
Deria / Sensori Laila diajar cara untuk lebih menghargai/ menikmati
hubungan seksual yang positif dengan suami. Dia perlu cuba menyalurkan
keinginan seksualnya dengan cara yang lebih sihat.

Laila memberikan komitmen yang baik terhadap terapi dan melaksanakan


apa yang telah dipelajari dalam sesi ke dalam kehidupan sehariannya. Setelah
lapan sesi berlangsung, kaunselor membuat penilaian ke atas progres Laila dan
mendapati dia telah mencapai perubahan positif untuk keseluruhan modaliti
BASIC ID seperti berikut:
1. Tingkah laku (B) - Laila sudah boleh mengurangkan stres dengan
menggunakan teknik relaksasi dan bersenam. Dia mengamalkan gaya
hidup sihat yang turut disertai oleh suami dan anaknya. Ini menambahkan
masa mereka bersama.
2. Afek/ Emosi (A) - Laila dapat mengurangkan kekerapan perasaan
marahnya dan lebih pandai mengawal apabila ianya berlaku. Laila
menumpukan kepada keseronokan yang diperoleh dengan bersama
keluarga dan membincangkan perasaannya dengan suaminya bila perlu.
3. Deria (S) Laila menyalurkan keinginan seksnya secara sihat dengan
suami kerana dia sudah pandai meluahkan keinginannya secara positif
dan ini disambut baik oleh suami yang memang menyayanginya.

13 Teori Kaunseling.indd 280

10/06/2014 16:34:21

Pendekatan Integratif

4.
5.

6.

7.

281

Imageri (I) Mimpi buruk Laila sudah berkurangan kerana dia lebih
menumpukan kepada kehidupan masa kini.
Pemikiran (C) Laila lebih berfikiran positif dan terbuka, serta kurang
menyalahkan orang lain. Laila sudah boleh memaafkan dirinya sendiri
dan tidak terlalu memikirkan perkara silam. Dia juga bersikap lebih
fleksibel.
Hubungan Interpersonal (I) Hubungan Laila dengan suaminya
bertambah intim dan mereka sering meluangkan masa bersama kerana
Laila sudah pandai membahagikan masa antara kerja dengan keluarga.
Anak-anak Laila mendapat lebih perhatian daripadanya serta bertambah
mesra. Hubungan dengan adik-adik lebih santai dan Laila tidak lagi
bersikap terlalu tegas. Dia cuba berbincang dengan adik-adiknya
sekiranya ada masalah yang timbul
Dadah (D) Tidak relevan kerana Laila memang tidak mengambil
sebarang ubat-ubatan.

Secara amnya terapi multimodal mungkin memakan masa sedikit kerana


melihat keseluruhan aspek masalah klien, tetapi pendekatannya agak mudah
dan jelas. Kaunselor boleh menyesuaikan teknik rawatan berdasarkan susunan
sasaran modaliti klien supaya klien memberikan komitmen yang lebih padu.
Ini akan menjamin keberkesanan sesi yang lebih baik.

Rumusan
Secara amnya, terapi multimodal merupakan salah satu pendekatan yang
komprehensif, sistematik dan holistik yang mampu membawa perubahan
yang positif kepada klien. Kaedahnya yang pelbagai menyebabkannya sangat
mudah diterima pakai dan tidak membataskan kaunselor kepada teknik-teknik
tertentu sahaja. Kaunselor boleh menggunakan kreativitinya dengan lebih baik
untuk membantu klien berdasarkan kehendak dan keperluan. Ini menjadikan
terapi multimodal semakin mendapat tempat dalam dunia psikologi kaunseling.
Bab ini telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan pendekatan
Integratif. Bab seterusnya akan membincangkan tentang integrasi agama dan
spiritual dalam kaunseling.

Glosari
Holistik

13 Teori Kaunseling.indd 281

Melihat sesuatu perkara secara menyeluruh agar apa yang


dijalankan dalam kaunseling dapat diselesaikan dan dapat
mencapai matlamat seperti yang telah ditetapkan dalam pada
awal sesi kaunseling.

10/06/2014 16:34:21

282

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

13 Teori Kaunseling.indd 282

10/06/2014 16:34:21

Bab 14

Integrasi Agama dan


Spiritual dalam Kaunseling

Objektif

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Memahami konsep agama, spiritual, dan psikologi transpersonal
2. Mengaplikasi teknik-teknik integrasi agama dan spiritual dalam
kaunseling
3. Memahami peranan agama dan spiritual dalam kaunseling
4. Menerapkan nilai-nilai empati, perikemanusiaan dan keikhlasan bagi
mencapai matlamat kaunseling berkesan

Pengenalan

Spiritual dan agama mempunyai satu ikatan hubungan unik dan dua konsep
tersebut pada kebiasaannya dimanifestasikan dalam kehidupan seharian.
Para kaunselor, ahli psikologi, pengamal kesihatan mental serta ahli terapi
perkahwinan dan keluarga mungkin mempunyai sedikit atau tidak terdedah
langsung kepada peranan agama atau spiritual dalam amalan klinikal masingmasing. Terdapat beberapa sebab mengapa wujudnya jurang atau kekurangan
perhatian kepada agama dan spiritual dalam bidang terapeutik: (1) jurang antara
psikologi dengan agama, (2) wujudnya konflik antara sains dengan agama dan
spiritual; (3) kepercayaan bahawa agama dan spiritual adalah hak ilmuwan
agama; (4) kekurangan latihan untuk menyatukan agama dan kerohanian
ke dalam amalan klinikal, dan (5) pengamal kesihatan mental tidak dapat
menangani isu berkaitan agama dan spiritual.

14 Teori Kaunseling.indd 283

12/06/2014 9:48:55

284

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Gambaran Keseluruhan
Integrasi Agama dan Spiritual dalam
Kaunseling

Pengenalan
Definisi Spiritual dan Agama
Punca Ketiadaan Integrasi Antara Kaunseling
dengan Agama dan Spiritual
Kepelbagaian Sistem Agama dan
Kepercayaan Rohani
Penilaian agama, kepercayaan dan nilai
spiritual

Punca masalah yang Berkaitan Agama dan


Rohani
Strategi Pengintegrasian Agama dan Spiritual

Isu-isu Sensitif

Integrasi Teori Konvensional dengan Agama


dan Spiritual

Intervensi Rohani

Aplikasi Silang Budaya dalam


Pengintegrasian Agama dan Spiritual dalam
Kaunseling

Rajah 14.1:

14 Teori Kaunseling.indd 284

Gambaran Keseluruhan Agama dan Spiritual dalam


Kaunseling

12/06/2014 9:48:56

Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling

285

Penerapan agama dan spiritual tidak seharusnya diabaikan begitu


sahaja dalam kaunseling dan psikoterapi kerana ia membawa kesan positif
terhadap klien. Setiap klien adalah unik dan mempunyai latar belakang
agama dan spiritual berbeza yang mungkin mempengaruhi pembentukan
sikap, perasaan, kepercayaan, dan tingkah laku mereka. Pertindihan dalam
nilai-nilai dan matlamat antara kaunseling dengan agama dan spiritual juga
wujud. Sebagai contoh kedua-duanya iaitu kaunseling dan agama menawarkan
cara menguruskan kesukaran hidup. Profesion kaunseling juga membolehkan
kefahaman terhadap nilai-nilai klien dan kaunselor diakui dan bukannya
diabaikan. Selain itu, bukti empirikal menunjukkan bahawa kepercayaan
agama dan spiritual menyumbang secara positif terhadap kesihatan mental,
dan dengan itu, dimensi agama dan spiritual dalam kehidupan klien boleh
menjadi alat sokongan dalam usaha mencapai matlamat terapeutik.

Definisi Spiritual dan Agama


Spiritual

Memahami maksud dan konsep spiritual dalam erti kata yang sebenar amat
mencabar. Spiritual atau kerohanian sering kali dikaitkan dengan roh dan
jiwa. Dalam perkataan Latin, Spiritus bermaksud nafas, keberanian, semangat,
atau kehidupan. Walsh (1998) mendefinisikan spiritual sebagai satu set
nilai yang bersifat internal dan sempurna yang berkaitan dengan kejadian
yang lain. Dengan kata lain, spiritual atau rohani membawa maksud yang
mendalam dan boleh diertikan sebagai sesuatu yang suci di dalam jiwa. Ia juga
dikaitkan dengan pencarian makna, tujuan dan nilai dalam sebuah kehidupan.
Sehubungan itu, pentafsiran kepada maksud spiritual membawa maksud
yang luas mengikut pandangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, secara
ringkasnya, spiritual boleh dirumuskan sebagai rangkuman nilai, kepercayaan,
misi, kesedaran, subjektiviti, pengalaman, hala tuju, dan usaha ke arah sesuatu
yang lebih besar dan bermakna daripada diri sendiri. Ia mungkin atau mungkin
tidak merangkumi ketuhanan. Fokus spiritual ialah hubungan dengan orang
lain yang melibatkan tiga komponen, (1) hubungan dengan seseorang, (2)
perasaan menyayangi dan mengasihani orang lain, dan (3) keinginan untuk
menyumbang kebaikan kepada orang lain (Blando 2006).

Agama
Berbanding dengan spiritual, maksud agama di sini adalah lebih mudah untuk
diterangkan. Menurut Walsh (1998), agama adalah satu set kepercayaan
yang tersusun yang terdiri daripada nilai moral yang dikongsi bersama dan
ia melibatkan kepercayaan terhadap Tuhan dan penglibatan dalam kumpulan
agama. Agama cenderung untuk dinyatakan dalam bentuk mazhab, luaran,
kognitif, tingkah laku, dan ritual. Agama juga boleh dizahirkan dalam bentuk

14 Teori Kaunseling.indd 285

12/06/2014 9:48:56

286

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

spiritual. Kedua-dua konsep agama dan spiritual tidak saling berpisah malah
saling berkait. Ramai pengikut sesuatu agama mendapati bahawa doktrin,
upacara, dan program masyarakat yang berlandaskan agama merupakan
pemudahcara apabila aspek spiritual dijalankan dan dipertingkatkan. Namun
begitu, terdapat juga yang melihat diri mereka dari sudut spiritual berbanding
dengan mengaitkan diri mereka dengan agama kerana berpendapat agama
mengganggu pengalaman diri dalam mencapai matlamat rohani yang dianggap
suci. Kesimpulannya terdapat pertindihan antara agama dengan spiritual.
Dalam agama ada unsur spiritual tetapi di dalam spiritual tidak semestinya ada
unsur agama. Agama lebih bersifat sosial manakala spiritual lebih berfokuskan
individu.

Punca Ketiadaan Integrasi Antara Kaunseling dengan


Agama dan Spiritual
Kekurangan Kompetensi Kaunselor

Kompetensi kaunselor itu sendiri mungkin merupakan halangan dalam


pegintegrasian agama dan spiritual ke dalam kaunseling. Sering kali, kepakaran
kaunselor yang terhad kepada ilmu psikologi dan kaunseling tidak dapat
memenuhi keperluan memahami isu-isu berkaitan agama dan spiritual klien
dan hubungan dalam proses kaunseling tidak dapat dijalinkan dengan baik.
Dalam sesebuah masyarakat yang masih menjadikan agama sebagai salah
satu unsur penentu dalam kehidupan, ketidakcekapan kaunselor mungkin
melambatkan proses penerimaan kaunseling dalam masyarakat itu sendiri.
Terdapat juga para kaunselor yang tidak arif di dalam bidang agama serta tidak
memahami konsep agama dan spiritual untuk diaplikasikan kepada diri sendiri.
Ketiadaan contoh agama dan spiritual dalam diri kaunselor yang boleh dilihat
oleh klien menjarakkan hubungan mereka dengan klien dan melambatkan
proses memahami klien khususnya dari aspek dan spiritual.

Pengalaman Peribadi Kaunselor


Salah satu sebab ramai kaunselor dan lain-lain pengamal kesihatan mental
mengabaikan atau menentang kemasukan agama dan kerohanian dalam
psikoterapi ada kaitan dengan pengalaman peribadi mereka. Isu-isu
peribadi kaunselor yang tidak dapat diselesaikan yang berkaitan dengan
agama merupakan punca kaunselor mengelakkan berurusan dengan isu-isu
berkaitan agama dan spiritual. Jika kaunselor masih terus ingin menangani
isu-isu tersebut, kauntertransferen boleh berlaku dan seterusnya menjejaskan
hubungan antara kaunselor dengan klien serta mempengaruhi proses
kaunseling.

14 Teori Kaunseling.indd 286

12/06/2014 9:48:56

Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling

287

Salah Anggap Terhadap Kedua-dua Bidang


Dalam konteks masyarakat Malaysia, salah anggap oleh pakar dari keduadua bidang iaitu bidang agama dan bidang kaunseling melambatkan proses
pengintegrasian. Ada anggapan menyatakan apa yang dilakukan oleh ilmuwan
agama seperti memberi nasihat dan ceramah sebagai kaunseling. Manakala
sesetengah individu pula beranggapan bahawa kaunseling dan agama tidak
boleh disatukan. Hakikatnya, kedua-duanya boleh diintegrasikan seandainya
pakar daripada kedua-dua bidang memahami skop kedua-dua bidang.

Penilaian Agama, Kepercayaan dan Nilai Spiritual


Sebelum penilaian agama dan kerohanian klien dilaksanakan, kaunselor
perlu mempertimbangkan cara paling berkesan untuk mendekati klien dan
memahami aspek dalam kehidupan klien yang perlu diterokai. Sebagai
permulaan, penilaian umum terhadap fungsi klien, pemahaman mereka
terhadap masalah yang dihadapi, tindakan penyelesaian yang diambil dan
sama ada kepercayaan agama dan kerohanian turut menjurus kepada masalah
sedia ada perlu difahami. Apabila masalah yang dihadapi berkait rapat dengan
aspek keagamaan dan kerohanian, kaunselor perlu membuat penerokaan untuk
memahami klien. Justeru, pengintegrasian antara agama dan spiritual dengan
kaunseling memerlukan kaunselor untuk membuat proses penilaian. Tujuan
penilaian ini adalah seperti berikut:
1. Memahami Agama, Kepercayaan dan Nilai Spiritual Klien

Penilaian dibuat untuk memahami pandangan klien dari segi agama,
kepercayaan, dan nilai spiritual klien adalah penting untuk memahami
pandangan klien secara tepat. Klien datang daripada pelbagai latar
belakang serta kepercayaan agama dan spiritual yang mungkin
mempunyai kesan terhadap cara mereka menjalani kehidupan seharian.
Kaunselor perlu meneroka latar belakang klien sebelum proses kaunseling
melalui proses penilaian. Ini dilihat sebagai keperluan supaya kaunselor
dapat (a) memahami bagaimana klien meletakkan kepercayaan agama
dan spiritual dalam kehidupan, (b) memahami kesan kepercayaan agama
dan spiritualiti terhadap tingkah laku, dan (c) mengenal pasti persekitaran
budaya yang berkisar terhadap kepercayaan dan amalan agama dan
spiritual. Cabaran utama bagi kaunselor adalah untuk memahami
sejauh mana kepercayaan agama dan nilai-nilai spiritual mempengaruhi
keputusan dan kehidupan seharian klien.
2.

Membantu Klien dalam Proses Penerokaan Diri


Terdapat klien yang hadir ke sesi kaunseling dengan membawa
kepercayaan agama dan nilai spiritual yang mempengaruhi dan

14 Teori Kaunseling.indd 287

12/06/2014 9:48:56

288

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

membentuk pemikiran, perasaan, dan tingkah laku mereka. Sebilangan


klien yang menghadiri kaunseling kerana mempunyai masalah akan
mencari maksud atau makna sebenar, tujuan kehidupan, dan perkara
yang paling memberikan makna pada diri klien itu. Penilaian terhadap
sejarah peribadi, kepercayaan, nilai dan amalan agama dan spiritual
klien, boleh membantu kaunselor membimbing klien mereka untuk
menjadi proaktif dalam memiliki atau mengubah perspektif mereka,
membuat keputusan, dan bertanggungjawab ke atas kehidupan mereka.
Menggunakan keputusan penilaian dengan bijaksana tanpa mengabaikan
aspek agama dan spiritual juga boleh merangsang klien untuk mempunyai
pandangan baru terhadap masalah mereka dan mempertimbangkan caracara alternatif untuk menangani permasalahan tersebut.
3.

Membantu dalam Diagnosis


Malony (1985) mencadangkan bahawa penilaian terhadap domain
keagamaan dan kerohanian boleh membantu kaunselor menilai tahap
permasalahan yang dihadapi klien. Dengan cara ini juga kaunselor boleh
mengukur sejauh mana kepercayaan agama dan spiritual klien boleh
menyumbang kepada masalah sedia ada mereka.

4.

Mengukur Tahap Kesihatan melalui Sistem Kepercayaan Klien


Peningkatan kesihatan yang lebih baik dari segi fizikal, emosi dan
penyesuaian boleh dikaitkan dengan aspek agama dan kerohanian.
Kajian lepas (Graham, Furr, Flowers & Burk 2001) telah membuktikan
bahawa aspek keagamaan dan kerohanian merupakan faktor yang
memberikan kesihatan secara fizikal dan mental seseorang. Kaunselor
boleh mendapatkan maklumat berharga dengan mengetahui sokongan
sosial dan kerohanian yang diperolehdaripada institusi keagamaan
klien dan seterusnya memudahkannya dalam membantu klien dalam
mencapai kesejahteraan hidup. Walau bagaimanapun, tanggapan ini
tidak boleh diguna pakai secara total kerana agama dan spiritual boleh
juga mengakibatkan penurunan tahap kesihatan seterusnya menimbulkan
permasalahan diri apabila ia diamalkan secara tidak sihat. Sebagai contoh,
individu yang membuat tafsiran silap mengenai agama dengan memberi
tumpuan kepada ibadah khusus sehingga mengabaikan tanggungjawab
terhadap keluarga dan masyarakat. Contoh lain ialah amalan agama yang
menyeleweng yang menyebabkan kemudaratan kepada sistem sosial dan
kemasyarakatan.

Punca Masalah yang Berkaitan Agama dan Rohani

Tekanan psikologi dalam diri klien juga boleh disebabkan oleh keraguan dan
kebimbangan mengenai nilai-nilai rohani dan agama yang dianuti. Penilaian

14 Teori Kaunseling.indd 288

12/06/2014 9:48:56

Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling

289

secara komprehensif terhadap hubungan klien yang melibatkan emosi dengan


pengalaman kerohanian boleh membawa kepada petunjuk untuk proses
penerokaan yang lebih mendalam. Klien yang mempunyai harga diri yang
rendah dan dihantui oleh rasa malu dan bersalah juga mungkin mempersoalkan
ciri-ciri diri yang dikaitkan dengan pemberian tuhan. Manakala bagi klien
yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan mengalami penderaan mungkin akan
mempersoalkan tuhan yang sering dikaitkan dengan sifat yang pemurah
dan penyayang. Ini secara tidak langsung membawa kepada salah tanggap
seseorang itu kepada agama.
Salah satu perkara yang boleh menyebabkan masalah juga ialah apabila
seseorang itu bertukar agama. Pertukaran agama ini membawa kepada bebanan
yang baru walaupun ianya dilakukan secara sukarela. Kaunselor berperanan
untuk membantu dengan menyedarkan klien bahawa apabila membuat
pilihan secara sukarela, klien bertanggungjawab untuk menerima kesan
daripada pertukaran tersebut. Walaupun kaunselor perlu memastikan amalan
kaunselingnya mengikuti etika namun dalam masa yang sama kaunselor juga
perlu memastikan apa yang dilakukannya tidak bertentangan dengan undangundang yang boleh mencetuskan kontroversi dan seterusnya meningkatkan
bebanan gangguan mental oleh klien.
Penumpuan amalan atau pematuhan kepada kepercayaan secara total
tanpa bimbingan boleh menyebabkan wujudnya permasalahan dalam diri
klien. Kebanyakan kepercayaan agama berpendapat bahawa kasih sayang
Tuhan adalah kepada semua hambanya. Walau bagaimanapun, terdapat klien
yang berpendapat mereka tidak dapat atau tidak layak mendapat kasih sayang
Tuhan mereka dan seterusnya beranggapan diri mereka tidak diterima. Ini
terutamanya berlaku apabila mereka menerima ujian yang berterusan dalam
kehidupan seperti kematian, kemiskinan, penyakit serius, dan seumpamanya.
Ramai yang beranggapan bahawa apabila melaksanakan aktiviti
keagamaan dan kerohanian, mereka akan mencapai jiwa tenteram dan perasaan
damai dengan cepat sekiranya berhadapan dengan penderitaan dan tragedi.
Membantu klien menyedari bahawa trauma yang dihadapi merupakan satu
proses yang panjang dan bukannya diselesaikan serta-merta boleh membantu
melegakan mereka. Sesetengah penganut agama mempercayai dengan pegangan
yang kuat pada agama serta diiringi doa, kesan penyembuhan pasti berlaku
dengan lebih pantas. Walau bagaimanapun apabila ini tidak berlaku, mereka
akan mempersoalkan kepercayaan terhadap agama. Justeru, klien perlu dibantu
mendapatkan bimbingan agama dari ilmuwan yang layak bagi mengelakkannya
menyalahkan agama sekiranya impian dan doanya tidak tercapai.
Penyampaian tidak sempurna oleh pakar dalam sesuatu agama juga boleh
menimbulkan masalah kepada klien. Walaupun para pakar ini mempunyai
kedudukan tinggi dalam aspek keagamaan, namun penyampaian yang silap
boleh mendorong klien untuk menjauhkan diri mereka. Justeru, kerjasama
erat antara kaunselor dengan pakar agama adalah perlu supaya klien mendapat
bimbingan yang sepatutnya.

14 Teori Kaunseling.indd 289

12/06/2014 9:48:56

290

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Penyerahan diri secara total terhadap agama adalah ciri sebahagian


agama yang dianuti dan amalan yang terpuji. Walau bagaimanapun, penyerahan
diri secara mutlak terhadap agama tanpa bimbingan yang mencukupi boleh
menimbulkan masalah dan gangguan mental. Terdapat klien yang berfikiran
bahawa mereka tidak perlu mengambil sebarang inisiatif atau usaha untuk
menyelesaikan masalah kerana Tuhan sentiasa ada bersama mereka. Walau
bagaimanapun, apabila sesuatu permasalahan itu tidak selesai, klien mungkin
dilanda kemurungan dan seterusnya menyalahkan Tuhan.

Strategi Pengintegrasian Agama dan Spiritual

Strategi Implisit Menangani Klien yang Mempunyai Isu Agama dan


Kerohanian

Sebelum ini, apabila wujud permasalahan yang berkaitan agama dan kerohanian
dalam kaunseling sekular, kaunselor hanya membantu mendapatkan alternatif
lain dan tidak menangani masalah tersebut secara terus. Berikut adalah
kebiasaan yang diamalkan:
1. Kaunselor hanya merujuk klien kepada pakar bidang agama masingmasing.
2. Kaunselor yang tidak memahami kepercayaan agama dan rohani klien
berkemungkinan akan menukarkan pandangan klien terhadap agama
kepada agama lain. Cadangan alternatif ini dilihat tidak berkesan malahan
mendatangkan keburukan kepada klien. Selain itu, kaunselor juga telah
melanggar etika dalam pelaksanaan tugas sebagai seorang profesional.
3. Kaunselor mungkin memilih untuk berkompromi dengan masalah klien
dan menggunakan kaedah rawatan dan intervensi psikologi dan merujuk
kepada pakar lain dalam menangani masalah agama dan kerohanian.
4. Kaunselor boleh cuba untuk mendekati isu-isu agama dan spiritual
tetapi perasaan tidak pasti bagaimana cara terbaik untuk meneruskannya
mungkin boleh membawa kepada kebimbangan.
Walaupun kebiasaannya yang keempat itu dikira berisiko, tetapi kaunselor
yang beretika dan sensitif terhadap budaya akan berusaha memahami budaya
kliennya kerana proses itu menjadikan peranan kaunselor yang lebih efektif
dan membantunya menjadi lebih cekap. Oleh itu, adalah penting bagi setiap
kaunselor untuk sentiasa belajar dan membina rangkaian dengan pakar lain
terutama pakar bidang agama dan perhubungan menolong supaya khidmat
yang lebih efektif dapat ditawarkan terhadap klien.

Isu-isu Sensitif

Apabila kaunselor mengambil keputusan untuk menangani isu agama dan


spiritual klien dengan tujuan membina hubungan terapeutik, kaunselor itu

14 Teori Kaunseling.indd 290

12/06/2014 9:48:56

Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling

291

sendiri mungkin akan berhadapan dengan dilema. Kaunselor perlu maklum


mengenai berapa banyak pendedahan dan penzahiran diri yang boleh
dilakukan. Adakalanya soalan ini dicetuskan oleh klien itu sendiri yang
bertanya soalan pegangan agama dan spiritual yang diamalkan oleh kaunselor.
Klien yang tidak mengamalkan pegangan agama masing-masing mungkin akan
berasakan bahawa tugas kaunselor adalah untuk memastikan mereka kembali
kepada pegangan agama masing-masing. Pandangan lain pula mengatakan
bahawa klien juga berasa tidak selesa sekiranya kaunselor seorang yang
mengamalkan pegangan atheis atau tidak percaya kepada Tuhan kerana boleh
memberi impak yang negatif semasa sesi kaunseling dijalankan. Terdapat juga
klien yang berasa tidak selesa sekiranya kaunselor seolah-olah mempengaruhi
klien mempercayai agama kaunselor dan seterusnya mempengaruhi klien
untuk menukar agama. Oleh itu, adalah penting bagi kaunselor menjelaskan
bahawa kaunselor boleh dipercayai untuk menghormati kepercayaan agama
klien dan kaunselor akan membantu klien meneroka cara yang bersesuaian
bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

Integrasi Teori Konvensional dengan Agama dan Spiritual


Pendekatan Psikoanalitik
Hubungan objek

Kebanyakan teori kaunseling mengandungi pelbagai variasi teknik dan


amalan yang dilaksanakan. Ini juga merupakan ciri-ciri yang terdapat dalam
teori psikoanalitik. Sigmund Freud, pengasas teori psikoanalitik percaya
bahawa agama merupakan tonggak bagi menampung ego yang rapuh, yang
memerlukan kuasa kosmik bagi menjamin keselamatan dan perlindungan.
Beliau telah menolak agama dalam intervensi yang digunakan ke atas klien.
Walau bagaimanapun, terdapat ramai ahli teori yang mengaplikasikan teori
psikoanalitik telah menggunakan agama dan nilai-nilai spiritual ke dalam kajian
dan intervensi kaunseling mereka (Genia 1995; Rizzuto 1996; Spero 1990). Pada
asasnya, mereka terus menggunakan teknik psikoanalitik seperti perkaitan bebas,
interpretasi, dan analisis transference untuk membantu klien mencapai hubungan
yang dinamik dengan masalah yang dihadapi. Kesimpulannya, ahli teori ini
bukan menolak aplikasi nilai agama dalam memahami manifestasi klien, kerana
mereka turut mengambil serius hubungan klien dengan Tuhan masing-masing.

Pendekatan Humanistik-Kewujudan
Pendekatan pergerakan humanistik atau kemanusiaan dan kewujudan
mempunyai persamaan dari segi penggalakan pilihan positif dan apresiasi
pengalaman bagi setiap klien. Ianya juga menekankan aspek kebebasan dan
tanggungjawab untuk membuat pilihan serta memberi makna peribadi dan

14 Teori Kaunseling.indd 291

12/06/2014 9:48:56

292

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

nilai-nilai dalam konteks hubungan interpersonal. Perbezaan pendekatan


kemanusiaan dan kewujudan adalah apabila kaunselor humanistik menekankan
potensi klien untuk menjadi diri sendiri, dan mencari makna apabila berada
di dalam persekitaran yang menyokong.
Kaunselor kewujudan lebih prihatin kepada pembentukan peribadi
klien itu sendiri dalam mencari makna kehidupan. Bagi kaunselor yang
menggunakan teknik pemusatan klien, konsep penerimaan tanpa syarat dan
keutamaan hubungan terapeutik boleh diaplikasikan apabila bekerja dengan
klien yang dipengaruhi oleh kepercayaan agama dan rohani. Penggunaan
teknik empati, pendengaran reflektif (reflective listening) dan parafrasa boleh
diguna pakai di dalam sesi kaunseling sekiranya klien menghadapi masalah
yang dipengaruhi oleh kepercayaan agama dan nilai-nilai kerohanian.

Pendekatan Gestalt
Terapi Gestalt merangkumi aspek fenomenologi, kemanusiaan, kewujudan, dan
pendekatan pengalaman dalam kaunseling. Salah satu matlamat pendekatan
kaunseling ini adalah untuk membolehkan klien mengintegrasikan keseluruhan
diri mereka sebagai satu fungsi dan membantu meningkatkan kesedaran
mereka terhadap diri mereka sendiri dalam keadaan sedia ada dan bukannya
masa lampau atau masa hadapan. Justeru, kaunselor Gestalt membantu klien
memahami pengalaman mereka secara menyeluruh dengan menggunakan
teknik tertentu seperti teknik kerusi kosong. Percubaan membawa keluar
konflik dalaman dengan membuat eksperimen terhadap masalah sebenar yang
berlaku dalam diri klien dalam keadaan semasa. Oleh sebab pendekatan Gestalt
menekankan bahawa klien perlu difahami secara menyeluruh, aspek agama
dan spiritual klien yang mungkin menyumbang ke arah masalah yang dihadapi
boleh diterokai melalui teknik dan eksperimen Gestalt. Teknik kerusi kosong
misalnya adalah berkesan apabila Tuhan menjadi sebahagian yang penting
dalam kehidupan klien. Dalam teknik ini, kaunselor akan menggalakkan klien
bercakap dengan membayangkan masalah tersebut wujud di hadapan untuk
membantu melepaskan masalah yang terpendam.

Pendekatan Kognitif Tingkah Laku


Kaunselor kognitif tingkah laku bekerja dengan pemikiran dan kepercayaan
klien untuk membolehkan suatu perubahan kognitif dalam pembuatan
keputusan bagi mengurangkan gangguan psikologi. Oleh itu, kepercayaan
agama dan spiritual, pandangan dunia dan persepsi klien yang membentuk
realiti mereka adalah tumpuan logik yang perlu diambil kira bagi tujuan
penyusunan semula kognitif yang telah terganggu. Pada asasnya, pendekatan
kognitif tingkah laku melibatkan empat perkara iaitustetpertama, penerimaan
bahawa pemikiran membentuk perasaan dan tingkah laku. Kedua, klien

14 Teori Kaunseling.indd 292

12/06/2014 9:48:56

Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling

293

mesti mengenal pasti aspek pemikiran yang merosakkan. Ketiga, kaunselor


mencabar pemikiran dan menangani skema kognitif asas yang menyumbang
kepada kesusahan klien. Keempat, kaunselor membantu klien dalam mengubah
andaian interpersonal dan tingkah laku mereka.

Pendekatan Teori Tingkah Laku

Terapi tingkah laku, berdasarkan teori pembelajaran, menyatakan bahawa


semua tingkah laku dipelajari dan dengan itu boleh tidak dipelajari (unlearned)
dan kemudiannya dipelajari semula (relearned). Melalui teknik-teknik
pengukuhan, pembentukan, model, pemantauan diri, penyahpekaan sistematik,
hukuman, dan kepupusan, tingkah laku yang tidak diingini boleh dihapuskan
dan digantikan dengan mereka yang lebih adaptif. Terapi tingkah laku
terbukti berkesan dalam mengurangkan atau menghapuskan kesusahan yang
disebabkan oleh pelbagai masalah. Ia juga digunakan untuk meningkatkan
amalan kerohanian yang berkaitan dengan pemikiran fizikal dan mental yang
positif. Keberkesanan kaunselor dalam membantu klien mencapai sifat-sifat
rohani termasuk pengampunan, kesedaran, penerimaan, harapan atau kebaikan
lain boleh dibantu dengan mengakui cara dan sifat-sifat yang dikehendaki
mereka termasuk tingkah laku dan cara berfikir yang tertentu. Justeru itu, klien
akan dapat melihat jalan untuk mencapai kualiti yang diinginkan.

Intervensi Rohani
Doa

Doa adalah salah satu aspek yang paling universal dalam setiap agama di dunia
ini dan ianya adalah penting kepada kerohanian dan tidak dinyatakan dalam
dogma agama, doktrin atau mazhab. Doa adalah pemikiran, sikap, dan tindakan
yang dilakukan untuk mencapai hubungan yang suci dengan Tuhan mengikut
kepercayaan agama masing-masing. Ianya juga merupakan mekanisme bagi
menangani bebanan yang dihadapi akibat permasalahan serius yang berkait
rapat dengan kepuasan hidup, kesejahteraan, dan kepuasan beragama. Ia
membantu untuk menangani tekanan. Dengan melakukan upacara sembahyang
termasuk meditasi, niat ritual dan berdoa, klien dapat mengurangkan tekanan
perasaan akibat bebanan masalah yang dihadapi.

Meditasi
Meditasi adalah satu bentuk amalan tertumpu dan melibatkan latihan tumpuan
yang mendalam. Terdapat dua jenis meditasi; (1) konsentrasi memberi tumpuan
kepada sesuatu objek seperti lilin, pernafasan sendiri, dan (2) kesedaran,
apabila klien membuka dan membenarkan penyerahan diri secara total dalam
mendapatkan petunjuk.

14 Teori Kaunseling.indd 293

12/06/2014 9:48:56

294

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Dalam mengamalkan dan meningkatkan peringkat kesedaran memerlukan


penglibatan diri secara sedar. Meditasi telah dibuktikan keberkesanannya dalam
menguruskan stres, kebimbangan, kemurungan, gangguan tekanan selepas
trauma, masalah kesihatan dan berguna untuk rawatan tingkah laku ketagihan.

Visualisasi dan Imejan spiritual


Visualisasi dan imej kerohanian berkait rapat meditasi dan tahap kesedaran
diri. Melalui amalan visualisasi kaunselor boleh membawa klien untuk melalui
perjalanan khayalan, membaca untuk penulisan naratif serta mengajak mereka
memikirkan tentang tulisan-tulisan suci dan makna kitab-kitab ini.

Tumpuan

Satu lagi intervensi kaunseling yang berkait rapat dengan prinsip meditasi
adalah berdasarkan kajian Gendlin (1969) yang dipanggil kaedah tumpuan.
Terdapat enam langkah untuk proses ini dan kaunselor akan mengarahkan
klien untuk berehat, duduk dalam keadaan selesa, dan tenang.
1. Klien membentuk inventori berkaitan masalah dan isu yang dihadapi.
2. Klien dapat berasakan isu yang dihadapi.
3. Klien berfikir mengenai perkataan atau imej-imej untuk menggambarkan
perasaan tersebut.
4. Klien memikirkan tentang perasaan yang dirasai dan cuba untuk
meletakkan perkataan yang sesuai kepada imej sebagai langkah
penyelesaian.
5. Kaunselor menggalakkan klien untuk bertanya soalan terbuka mengenai
perasaannya.
6. Klien mengambil masa untuk mencari jawapan yang melibatkan perasaan.

Jurnal Kerohanian
Menggalakkan klien untuk mempunyai diari untuk menulis apa sahaja tentang
fikiran, perasaan dan reaksi mereka terhadap apa yang telah berlaku merupakan
teknik kaunseling yang berkesan. Menyimpan dan menulis sebuah jurnal rohani
adalah proses yang sama, namun tumpuan adalah kepada isu-isu rohani yang
berkait rapat dengan kaunselor. Kaunselor boleh menerangkan jurnal kepada
klien sebagai:
A book in which you keep a personal record of events in your life, or
your deferent relationships, of your response to things, of your feelings
about things of your search to find out who you are what the meaning
of your life might be. It is a book in which you carry out the greatest of
lifes adventures the discovery of yourself. (Cargas & Radley 1981, p.8)

14 Teori Kaunseling.indd 294

12/06/2014 9:48:56

Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling

295

Kaunselor boleh menggalakkan klien yang mempunyai masalah


berkaitan agama dan kerohanian untuk menyimpan jurnal kerohanian sebagai
alat untuk membantu mereka mencari diri sendiri, membantu konsentrasi,
injap bagi keselamatan emosi dan cermin kepada intipati dalaman diri.
Penulisan jurnal bermaksud mencari ruang untuk membantu klien mencapai
matlamat terapeutik dengan menggabungkan pengembangan psikologi dan
nilai-nilai rohani klien. Kaunselor boleh menggalakkan klien untuk berkongsi
ayat-ayat yang dirasakan perlu untuk dibincangkan di dalam sesi kaunseling.
Walau bagaimanapun, kaunselor perlu sentiasa menjaga dan melindungi
privasi klien dengan tidak mendedahkan kandungan jurnal mereka pada
orang lain.

Biblioterapi
Biblioterapi adalah teknik kaunseling feminis yang boleh digunakan untuk
penstrukturan interaksi antara kaunselor dengan peserta. Walaupun biblioterapi
sering dianggap sebagai teknik yang sesuai untuk digunakan dengan kanakkanak, ia juga adalah satu alat yang berkesan dengan remaja kerana:
1. membolehkan klien menyatakan masalah yang mereka hadapi termasuk
masalah yang mereka tidak sedari tetapi turut mengganggu.
2. membantu klien mengkaji pemikiran sendiri dan tingkah laku mereka
berbanding dengan orang lain.
3. Menyediakan maklumat yang boleh membantu dalam penyelesaian
masalah atau dalam membangunkan pemikiran yang positif.
4. Biblioterapi boleh membantu dalam proses relaksasi untuk mengurangkan
kebimbangan dan emosi yang terpendam
5. Biblioterapi menyediakan satu cara untuk mencari penyelesaian baru
kepada masalah. Biblioterapi kerohanian adalah sama dengan teknik
aplikasi biblioterapi klasik.
6. Klien memilih buku atau jalan cerita untuk menceritakan situasi
permasalahan. Klien membaca cerita, buku atau mitos.
7. Kaunselor kemudian meminta klien menceritakan semula watak-watak
dan tingkah laku watak tersebut.
8. Kaunselor meminta klien untuk menggambarkan persepsi mereka
terhadap emosi dan tingkah laku watak-watak itu.
9. Klien diminta untuk mempertimbangkan tingkah laku alternatif dan
akibat yang boleh berlaku dalam cerita.
10. Kaunselor menggalakkan klien untuk memperibadikan cerita dan
mengaitkannya dengan tema dalam kehidupan mereka sendiri
11. Kaunselor meminta klien untuk menilai keberkesanan tingkah laku watak
yang berbeza dan meminta klien mengaplikasikan tingkah laku positif
tersebut ke dalam situasi mereka sendiri.

14 Teori Kaunseling.indd 295

12/06/2014 9:48:56

296

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Menggunakan Kitab Suci atau Kitab-Kitab Pakar Agama


Terapi Biblio juga menggabungkan penggunaan kitab suci atau kitab-kitab lain
dalam kaunseling. Sebelum menggunakan kitab-kitab suci seperti Al-Quran,
Bible, dan Torah atau sebarang kitab agama dalam kaunseling, beberapa
sempadan perlu ditetapkan oleh kaunselor:
1. Pastikan kaunselor tidak mencampuri atau cuba untuk meletakkan
kepercayaan agama mereka sendiri terhadap klien.
2. Elakkan menetapkan diri sebagai seorang yang berkuasa dalam
perbincangan agama bagi mengelakkan perbahasan mengenai petikan
atau teks di dalam kitab suci.
3. Sekiranya klien menyoal perkara yang di luar tahap kecekapan dan
kefahaman kaunselor, klien tersebut boleh dibantu untuk merujuk kepada
pakar agama.
Walaupun sesetengah kaunselor selesa memetik kitab-kitab atau kitab
suci dan menggunakannya semasa mengajar klien konsep kerohanian, ramai
antara klien yang berasakan pendekatan ini mengganggu atau tidak sesuai.

Keampunan dan Taubat


Isu penting yang dapat dipelajari dari aspek agama dan spiritual klien adalah
memaafkan individu yang menganiaya mereka, dan memohon kemaafan
daripada orang yang telah mereka aniaya. Pengampunan bermaksud
melepaskan kemarahan dan tindak tanduk yang berkaitan dengan kemarahan,
hukuman dan membalas dendam. Pengampunan juga bermaksud kesediaan
untuk meninggalkan segala bentuk kemarahan, penghakiman negatif, dan
tingkah laku tidak ambil peduli terhadap individu yang menzalimi diri kita.
Beberapa peringkat yang klien perlu lalui semasa proses pengampunan adalah
(a) kejutan dan penafian, (b) kesedaran mengenai keperitan atau penderaan,
(c) memperakui dan menerima kesedihan, kemarahan dan peluang untuk
meluahkan perasaan kepada orang lain, (d) mengiktiraf perasaan mereka,
(e) keadilan dalam menilai, (f) pencegahan daripada melakukan kesalahan
yang sama, dan (g) memohon ampun dan memberi ampun dan memulakan
kehidupan baru.

Aplikasi Silang Budaya dalam Pengintegrasian Agama dan


Spiritual dengan Kaunseling

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza latar belakang
agama. Walaupun kebebasan beragama dibenarkan mengikut perlembagaan,
ini tidak bermakna mana-mana individu berhak menginterpretasi agama
mengikut pandangan sendiri. Isu agama adalah sesuatu yang sangat sensitif

14 Teori Kaunseling.indd 296

12/06/2014 9:48:56

Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling

297

dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Kaunselor tidak boleh menolak


hakikat bahawa agama tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan seseorang
walaupun tahap pemahaman dan amalan agamanya berbeza antara satu
dengan lain. Bagi klien yang datang dari latar belakang yang mementingkan
agama sebagai cara hidup, amalan spiritual seperti doa, meditasi, dan iktiqaf
mungkin bersesuaian. Sekiranya kaunselor tidak yakin sama ada intervensi
yang digunakannya bersesuaian atau bertentangan dengan agama klien, maka
menjadi tanggungjawab kaunselor untuk merujuk kepada ilmuwan agama
supaya tidak berlaku pertentangan antara kaunseling dengan budaya klien.
Oleh sebab psikologi dan kaunseling merupakan bidang ilmu yang lahir
di negara Barat, pemisahan antara agama dan spiritual dengan kaunseling
merupakan sesuatu yang boleh difahami dan diterima. Namun, pemisahan
antara dua bidang ini dalam konteks masyarakat Malaysia perlu dielakkan.
Malah, aspek agama dan spiritual klien tidak boleh diabaikan malah perlu
diberi perhatian serius demi menjaga profesion kaunseling itu sendiri.
Pengintegrasian antara kedua-duanya memerlukan kerjasama erat antara
ilmuwan kaunseling dan ilmuwan agama. Ia juga memerlukan seorang
kaunselor untuk menunjukkan sifat dan ciri yang kongruen dan asli selaras
dengan kehendak agama bagi membolehkan profesion itu diterima oleh klien
yang meletakkan agama sebagai landasan kehidupan.

Aplikasi Kes Laila

Dalam kehidupan seharian, setiap individu adalah satu entiti yang unik.
Kepelbagaian boleh dilihat daripada faktor budaya, bahasa dan nilai murni yang
diterapkan dalam individu dan masyarakat sekeliling. Selain itu, penganutan
terhadap sesuatu agama dan nilai spiritual juga adalah sesuatu yang membentuk
kepercayaan, perasaan, sikap dan tingkah laku individu tersebut. Dalam usaha
membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh Laila, kaunselor
yang mempunyai latar belakang agama yang berbeza terlebih dahulu perlu
memahami kepercayaan agama dan nilai-nilai spiritual yang diamalkan oleh
Laila. Di dalam kes ini, Laila menganut agama Islam dan percaya wujudnya
Tuhan semesta alam yang menjadikan kejadian bumi, manusia dan segala
ciptaan di langit dan di bumi. Tujuan memahami dan menerapkan amalan
integrasi antara keagamaan dengan spiritual dilihat dapat membantu dan
memberikan kesan positif terhadap klien. Ini dilihat daripada matlamat
terapeutik antara perkhidmatan kaunseling dengan upacara keagamaan dan
spiritual yang akhirnya membantu Laila untuk menguruskan diri dan keluar
darikesukaran hidup yang dialaminya.
Di permulaan sesi, kaunselor boleh melaksanakan penilaian umum
terhadap tahap kefungsian Laila sebagai individu, pemahaman Laila terhadap
masalah dan cabaran yang dialami, tindakan penyelesaian sekiranya ada.
Selain itu, kaunselor perlu melihat sekiranya faktor kepercayaan agama dan

14 Teori Kaunseling.indd 297

12/06/2014 9:48:56

298

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

kerohanian atau spiritual turut memberikan impak terhadap permasalahan


yang dihadapi.
Kaunselor: Mungkin Laila boleh terangkan mengenai perasaan Laila
pada hari ini.
Klien:

Hmm... saya berasakan bahawa Tuhan berlaku tidak adil.


Apakah kesalahan saya sehingga saya dihukum begini?

Kaunselor: Apa maksud Laila? Boleh Laila terangkan dengan lebih


lanjut?
Klien:

Yalah, saya hanya seorang anak kecil yang tak mengerti


apa-apa. Kenapa saya dirogol? Kenapa Tuhan tidak
melindungi saya? Apa dosa saya? Sekarang ni, anak-anak
dan suami pula membenci saya.

Apabila penilaian umum terhadap kefungsian Laila dilaksanakan,


kaunselor telah dapat mengesan bahawa terdapat pengaruh dan unsur agama
dan spiritual yang telah pun memberikan impak negatif terhadap kehidupan
Laila. Kaunselor mengenalpasti bahawa masalah yang dihadapi berkait rapat
dengan aspek keagamaan dan kerohanian maka penerokaan untuk memahami
Laila secara mendalam perlu dilaksanakan. Antara lain, tujuan penilaian
adalah untuk membantu memahami agama, kepercayaan dan nilai spiritual
Laila secara tepat. Kaunselor mungkin mengalami masalah untuk memahami
sejauh mana kepercayaan agama dan nilai spiritual mempengaruhi keputusan
Laila dalam kehidupan sehariannya.
Proses penerokaan diri turut boleh dilaksanakan dalam proses kaunseling.
Laila mungkin bertanya, Mengapa Tuhan tidak adil? Saya dilahirkan dan
hidup hanya untuk disakiti? Kaunselor boleh membantu dengan membawa
nilai spiritual dan kepercayaan agama Laila dalam membantunya menyedari
mengenai tujuan kehidupan, makna kehidupan sebenar dan seterusnya
membantu memberikan makna pada sesuatu kejadian yang berlaku. Kaunselor
boleh menerapkan faktor keagamaan dan nilai spiritual untuk mendorong Laila
mengubah pandangan terhadap kehidupan daripada negatif kepada kehidupan
yang positif.
Kaunselor: Apakah yang Laila maksudkan dengan Tuhan tidak
berlaku adil?
Klien:

14 Teori Kaunseling.indd 298

Saya hanya mempersoalkan kenapa Tuhan membiarkan


saya diperlakukan sebegini? Saya tahu sebagai seorang

12/06/2014 9:48:56

Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling

299

yang beragama Islam saya tidak boleh mempersoalkan


hukum tuhan. Mmm...mungkin ini cara Tuhan untuk
menguji saya dan menjadikan seorang yang lebih
memahami kehidupan yang penuh duri dan ranjau.
Kaunselor: Jadi bagaimana Laila menangani ujian Tuhan?
Klien:

Menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur


dengan nikmat yang diberikan. Saya bersyukur kerana
dianugerahkan seorang suami yang sangat baik dan
memahami dan dikurniakan dengan zuriat yang baik. Saya
perlu kembali kepada jalan yang ditetapkan-Nya agar hidup
ini menjadi lebih tenang.

Bagi memastikan Laila mencapai matlamat terapeutik melalui proses


integrasi keagamaan dan nilai spiritual, kaunselor perlu terus menerapkan
nilai positif dalam hal keagamaan yang diamalkan oleh Laila untuk membantu
mengubah gaya pemikiran, emosi dan tingkah laku negatif kepada positif.
Penerapan berterusan melalui proses berdoa dan meditasi juga dilihat dapat
membantu Laila melalui proses relaksasi dan membantunya mengubah
pandangan terhadap kehidupannya melalui lensa yang lebih positif.

14 Teori Kaunseling.indd 299

12/06/2014 9:48:56

300

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

14 Teori Kaunseling.indd 300

12/06/2014 9:48:56

Bibliografi

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) Dan Peraturan-Peraturan/Caunsellors Act 1998 (Act
580) And Regulations. International Law Book Series.
Amir Awang 1987. Teori dan amalan psikoterapi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia.
Anderson, D.A. & Wortham, D. 1997. Exploring a fourth dimension: Spirituality as
a resource for the couple therapist. Journal of Marital and Family Therapy,
23(1), 2-12.
Andrews, J., & Clark, D. J. 1996. In the case of a depressed woman: Solution focused
or narrative therapy approaches? The family journal, 4(3), 243-250.
Binswanger, L. 1975. Being-in-the world: Selected papers of Ludwig Binswanger.
London: Souvenir Press.
Bozart, J.D. , Zimring, F. M., & Tausch, R. 2002. Client-centered therapy: The
evolutionary of a revolution. In D. J. Cain & J. Seeman (eds), Humanistic
psychotherapies: Handbook of research and practice (pp, 147-188). Washington
DC: American Psychological Association.
Bateson, G. 1972. Steps to an ecology of mind. New York: Ballantine.
Bertolino, B., & O Hanlon, B. 2002. Collaborative, competency-based counseling
and therapy. Oston: Allyn & Bacon.
Beal, D., Kopec, A.M., & DiGiuseppe, R. 1996. Disputing clients irrational beliefs.
Journal of Rational-Emotive & Cognitive-Behavior Therapy, 14, 215-229.
Binswanger, L. 1975. Being-in-the world: Selected papers of Ludwig Binswanger.
London: Souvenir Press.
Beck, A.T. 1987. Cognitive models of depression. Journal of Cognitive Psychotherapy:
An International Quarterly. 1(1): 5-37.
Beck, J. S. 1995. Cognitive therapy: Basics and beyond. New York: The Guilford Press.
Beck, A. T., & Weishaar, M. E. 2008. Cognitive therapy. In R. J. Corsini. & D. Wedding
(eds.),Current psychotherapies(8th ed.; pp.263-294). Belmont CA: Thomson
Brooks/Cole.

15 Biblio.indd 301

12/06/2014 10:05:40

302

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Blando, J. 2006. Spirituality, religion, and counseling. Counseling and Human


Development, 39(2), 1.
Bowen, M. 1978. Family Therapy in Clinical Practice. New York: J. Aronson.
Brown, L. R. 2001. Eco-economy: Building and economy for the future. New York:
W. W. Norton and Company.
Bugental, J. F. T. 1990. Intimate journeys. San Fransisco: Jossey-Bass.
Cargas, H. J. & Radley, R.J. 1981. Keeping a spiritual journal, Garden City, NY:
Doubleday & Company, Inc.
Cashwell, C., Myers, J. E., & Shurts, M. 2004. Using the developmental counseling
and therapy model to work with clients with spiritual bypass: Some preliminary
considerations. Journal of Counseling & Development 82(4), 403-409. The
American Counseling Association
Chambless, D., & Peterman, M. 2004. Evidence on cognitivebehavioral therapy for
generalized anxiety disorder and panic disorder: The second decade. In R.
Leahy (ed.), Contemporary cognitive therapy: Theory, research and practice
(pp. 86115). New York: The Guilford Press.
Corey, G. 2011. Theory and practice of counseling and psychotherapy. Belmont, CA:
Brooks Cole.
Corey, G. 2009. Theory and practice of counseling and psychotherapy (8th ed.).
Belmont, CA: Brooks/Cole Publishing.
Corey, G. 2000. The art of integrative counseling. Belmont, CA: Wardsworth.
Cormier, S., Nurius, P. S., & Osborn, C. 2009. Interviewing and change strategies for
helpers: Fundamental skills and cognitive behavioral interventions (6th ed.).
Belmont, CA: Brooks/Cole.
Datillio, F. M. & Freeman, A. 2007. Cognitive-behavioralsStrategies in crisis
intervention. (3rd ed.). New York: Guilford Press.
Dattilio, F. M., 2006. Does the Case Study Have a Future in the Psychiatric Literature?
International Journal of Clinical Psychiatry in Practice.
De Jong, P. & Berg, I. K. 2008. Interviewing for solutions (3rd ed.). Belmont, CA:
Brooks/Cole.
De Shazer, S. 1985. Keys to solutions in brief therapy. New York: Norton.
De Shazer, S. 1988. Clues: Investigating solutions in brief therapy. New York: Norton.
De Shazer, S. 1991. Putting difference to work. New York: Norton.
De Shazer, S., Dolan, Y. M. (with Korman, H., Trepper, T., McCullom, E., & Berg,
I.K.) 2007. More then miracles: The state of the art of solution-focused brief
therapy. New York: Haworth Press.
Dempster, M., &Raff, D. 1989. Managing students in primary schools: Asuccessful
Australian experience: Journal of Reality Therapy Vol 8(2).
Deurzen-Smith, E. van 1984. Existential therapy. In W. Dryden (ed.), Individual
Therapy in Britain. London: Harper and Row.
Dreikurs, R. 1969. Learning to live together in a democracy. Canadian Counsellor,
3, 4-9.
Dryden, W., & Ellis, A. 2001. Rational emotive behaviour therapy.In K.S. Dobson
(ed.). Handbook of cognitive-behavioural therapies. Second edition. New York:
Guilford. (pp. 295-348).
Ee Ah Meng. 1997. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Shah Alam : Fajar Bakti.

15 Biblio.indd 302

12/06/2014 10:05:40

Bibliografi

303

Ellis, A. 1962. Reason and emotion in psychotherapy. New York: Lyle Stewart.
Ellis, A. 1994. Reason and emotion in psychotherapy revised. New York: Kensington.
Ellis, A. 1999. Rational emotional behaviour theraphy diminishes much of the human
ego. New York: Albert Ellis Institute
Ellis, A. 2001a. Feeling better, getting better, and staying better. Atascadero, CA:
Impact.
Ellis, A. 2001b. Overcoming destructor beliefs, feelings, and behaviors. Amherst, NY:
Prometheus Books.
Ellis, A. 2002. Overcoming resistance: A rational emotive behavior therapy integrated
accproach (2nd ed.) New York: Springer.
Ellis, A. 2008. Rational emtove behavior therapy. In R. Corsini & D. Wedding (eds.)
Current psychotherapies (8th.ed., pp. 187-222), Belmont, CA: Brooks/Cole.
Epston, D., & White, M. 1992. Experience, contradiction, narrative and imagination:
Selected papers od David Epston and Micheal White, 1989-1991. Adelaide,
South Australia: Dulwich Centre Publications.
Ellis, A., & Blau, W. 1998. Cited in Corey, G. 2009. Theory and practice of counselling
and psychotherapy. California: Thomson Brooks/Cole.
Fadiman, J., & Frager, R. 2002. Personality and personal growth (5th ed.). Upper
Saddle River, N.J: Prentice Hall.
Frankl, V. E. 1963. Mans search for meaning. Boston: Beacon Press..
Frankl, V. E. 2006. Mans search for meaning. Boston, MA: Beacon Press.
Frankel, H. 1978. Arthur Holmes and Continental Drift [Electronic version]. The
British Journal for the History of Science, 11(2), 130-150.
Freedman, J., & Combs, G. 1996. Narrative therapy: The social construction of
preferred realities. New York: Norton.
Freeman, J., Epston, D., & Lobovits, D. 1997. Playful approaches to serious problems:
Narrative therapy with children and their families. New York: Norton.
Freud, A. 1936. The ego and mechanisms of defense. New York: International
Universities Press, Inc.
Frick, W. B. 1987. The symbolic growth experience and creation for meaning.
International Forum for Logotherapy, 10, 35-41.
Gendlin, E. T. 1969. Focusing. Psychotherapy. Theory, Research, and Practice, 6, 1.
Genia, V. 1995. Counseling and psychotherapy of religious clients: A developmental
approach. Westport, CT: Praeger.
Gingerich, W. & Eisengart, S. 2000. Solutionfocused brief therapy:A review of
outcomeresearch. FamilyProcess, 39(4), 477496.
Glasser, W. 1965. Reality therapy: A new approach to psychiatry. New York: Harper
& Row.
Glasser, W., 1986. Control theory in the classroom. New York: Harper and Row.
Glasser, W 1984. Control theory: A new explanation of how we control our lives. New
York: Harper Row.
Glasser, W. 1972. The Identity Society. New York: Harper and Row
Glasser, W. 1985. Control Theory: A new explanation of how we contol our lives. New
York: Harper and Row
Glasser, W. 1977. 10 Steps to good discipline. Todays Education, 66(4), 61-63.
Glasser, W. 1990. The Quality School. Phi Delta Kappan, 71. (5).

15 Biblio.indd 303

12/06/2014 10:05:40

304

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Glasser, W. 1998. Choice theory: A new psychology of personal freedom. New York:
Harper Collins.
Graber, D. A. 2003. The power of communication: Managing information in public
organizations. Washington, DC: CQ Press.
Graham, S., Furr, S., Flowers, C., & Burke, M. 2001. Religion and spirituality in
coping with stress. Counseling and Values, 46(1), 2.
Grimesey, R. P. 1990. Teacher & student perceptions of their middle schools
implementation of reality therapy: Journal of Reality Therapy Vol. 10(1) Fal
1990, 42-45
Guterman, J. T. 2006. Mastering the art of solution focused counseling. Alexandria,
VA: American Counseling Association.
Hoffman, L. 2009a. Introduction to existential psychotherapy in a cross-cultural
context: An East-Westdialogue. In L. Hoffman, M. Yang, F. J. Kaklauskas, &
A. Chan (eds.). Existential psychology East-West (pp. 1-67). Colorado Springs,
CO: University of the Rockies Press.
Ivey, A. 1980. Counseling and Psychotherapy: Connections and applications. New
York: Prentice Hall.
Ivey, A. & Goncalves, O. F. 1988. Developmental therapy: Integrating developmental
processes into the clinical practice. Journal of Counseling & Development, 66,
406-413.
Ivey, A. & Ivey, M. B. 1990. Assessing and facilitating childrens cognitive
development: Developmental counseling and therapy in a case of child abuse.
Journal of Counseling & Development, 68, 299-305.
Ivey. A. E. & Rigazio-Digilio. S. A. 1994. Developmental Counseling and Therapy:
Can still another theory be useful to you? The journal for the Professional
Counselor, 9. 23-48.
Ivey, A . E ., Ivey, M . B ., & S i m e k - M o r g a n, L . 1997. Counseling and psychotherapy:
A multicultural perspective. Needham Heights, M A : Allyn and Bacon
Ivey, A. & Ivey, M. B. 1998. Reframing DSM-IV: Positive strategies from developmental
counseling and therapy. Journal of Counseling & Development, 76, 334-350.
Kazdin, A. E. 2001. Behavior modification in applied settings (6th ed.). Belmont, CA:
Wadsworth.
Lazarus, A. A. 1989. The practice of multimodal therapy. Baltimore: Johns Hopkins
University Press.
Lazarus, R. S. 1991. Emotion and adaptation. London: Oxford University Press.
Lazarus, A. A. 1996b. The utility and futility of combining treatments in psychotherapy.
Clinical Psychology: Science and Practice, 3(1), 59-68.
Lazarus, A. A. 1997a. Brief but comprehensive psychotherapy: The multimodal way.
New York, Springer.
Lazarus, A. A. 2003. Multimodal behavior therapy. In W. O Donohue, J. E. Fisher, &
S. C. Hayes (eds.), Cognitive behavior therapy: Applying empirically supported
techniques in your practice (pp. 261-265). Hoboken, NJ: Wiley.
Lazarus, A. A. 2005. Multimodal therapy. In J. C. Norcross & M. R. Goldfried (eds.),
Handbook of psychotherapy integration (2nd ed., pp. 105-120). New York:
Oxford University Press.

15 Biblio.indd 304

12/06/2014 10:05:40

Bibliografi

305

Lazarus, A. A. 2008. Multimodal therapy. In R. J. Corsini & D. Wedding (eds.) Current


psychotherapies (8th ed., pp. 368-401). Belmont, CA: Brooks/Cole.
Livneh, H., & Sherwood, A. 1991. Application of personality theories and counseling
strategies to clients with physical disabilities. Journal of Counseling &
Development, 69, 525538.
Maisel., R., Epston, D., & Borden, A. 2004. Biting the hand that starves you: Inspiring
resistance to anorexia/bulimia. New York: Norton.
Malony, H. N. 1988. The clinical assessment of optimal religious functioning. Review
of Religious Research, 30, 2-17.
Maslow, A. 1968. Towards a psychology of being (2nd ed.) New York: Van Nostrand.
May, R. 1969 . Love and will. New York: W.W. Norton.
May, R. 1958. The origins and significance of the existential movement in psychology.
In R. May, E, Angel, & H.R. Ellenberger (eds.). Existence: A new dimension in
psychiatry and psychology. New York: Basic Books.
McKeel, A. J. 1996. A clinicians guide to research on solution-focused brief therapy.
In S. D. Miller, M. A. Hubble, B. L. Duncan (eds.), Handbook of solution focused
brief therapy (pp.251-271). San Francisco: Jossey-Bass.
Mackenzie W. & Monk, G. 1997. Learning and teaching narrative ideas. In G. Monk,
J. Winslade, K. Crocket & D. Epston (eds), Narrative Therapy in Practice: The
archaeology of hope (pp.82-117). San Francisco: Jossey Bass.
Meichenbaum, D. 1977. Cognitive-behavior modification. New York: Plenum Press.
Meichenbaum, D. (1985). Stress inoculation training. New York: Pergamon Press.
Meichenbaum Donald. 1993. Stress Inoculation Training; A Preventative and Treatment
Approach.
Mosak, H. H. 2000. Adlerian psychotherapy. In R. J. Corsini & D. Wedding (eds.),
Current psychotherapies (6th ed., pp. 5498). Itasca, IL: Peacock.
Milternberger, R. G. 2008. Behavior modification: Principles and procedures (4th ed.).
Belmont, CA: Brooks/Cole.
Minuchin, S. 1974. Families and family therapy. Cambridge, MA: Harvard University
Press.
Monk, G. 1997. How narrative therapy works. In G. Monk, J. Winslade, K. Crocket,
& D. Epston (eds.), Narrative therapy in practice: The archaeology of hope
(pp.3-31). San Francisco: Jossey-Bass.
Mosak, H. H. 1995. Adlerian psychotherapy. In R. Corsini & D. Wedding (eds.),
Current Psychotherapies (pp. 51-94). Itasca, IL: Peacock.
Mosak, H. H., & Dreikurs, R. 1967. The life task: III. The fifth life task. Journal of
Individual Psychology, 5, 16-22.
Myers, J.E., Shoffner, M.F, & Briggs, M.A. 2002. Developmental counseling and
therapy: An effective approach to understanding and counseling children.
Professional School Counseling, 5(3), 194-202.
Neimeyer, R. A. 2000. Narrative discruptions in the construction of the self. In R.
A. Neimeyer & J. Raskin (eds.), Constructions of disorder (pp. 207-242).
Washington, DC: American Psychological Association.
Nichols, M. P., & Schwartz, R. C. 2004. Family therapy: Concepts and methods (6th
ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Nichols, M. P. (with Schwartz, R. C.). 2006. Family therapy: Concepts and methods
(7th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

15 Biblio.indd 305

12/06/2014 10:05:40

306

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Nichols, M. P. (with Schwartz, R. C.). 2007. The essentials of family therapy (3rd ed.).
Boston: Allyn &Bacon.
Nylund, D., & Thomas, J. 1994. The economics of narrative. The Family Therapy
Networker, 18(6), 38-39.
OHanlon, W. H. 1994. The third wave: The promise of narrative. The Family Therapy
Networker, 18(6), 19-26, 28-29.
OHanlon, W. H., & Weiner-Davis, M. 2003. In search of solutions: A new direction
in psychotherapy (rev. ed.) New York: Norton.
Perls, F. 1969. In and out of the garbage pail. Moab, UT: Real People Press.
Polster, E., & Polster, M. 1973. Gestalt therapy integrated: Contours of theory and
practice. New York: Brunner/Mazel.
Prochaska, J. O., & Diclemente, C. C. 1984. The transtheoretical approach: Crossing
the traditional boundaries of therapy. Homewood, IL: Dow-Jones-Irwin.
Prochaska, J. O., & Diclemente, C. C. 2005. The transtheoritical approach. In J. C.
Norcross & M. R. Goldfried (eds.), Handbook of psychotherapy integration (2nd
ed., pp. 147-171). New York: Oxford University Press.
Prochaska, J. O., & Norcross, J. C. 2007. Systems of psychotherapy: A Transtheoretical
analysis (6th ed.). Belmont, CA: Brooks/ Cole-Thomson.
Powers, R. L., & Griffith, J. 1987. Understanding lifestyle: The psycho-clarity process.
Chicago: AIAS.
Renna, R. 1990. The use of control theory in the education of students with
sensory, cognitive, and physical challenges: A public school special education
collaborative approach: Journal of Reality Therapy Vol. 10(1,) Fall 1990, 34-39.
Richards, P. S., & Bergin, A. E. 1997. A spiritual strategy for counseling and
psychotherapy. Washington, DC: American Psychological Association.
Richard S. Sharf. 2008. Theories of psychotherapy & counseling: Concepts and Cases.
Brooks Cole.
Rigazio-Digilio, S. & Ivey, A. E. 1990. Developmental therapy and depressive
disorders: Measuring cognitive levels through patient natural language.
Professional Psychology: Research and Practice, 21, 470-475.
Rigazio-Digilio, S.A & Ivey, A.E 1991. Developmental counseling and: A framework
for individual and family treatment. Counseling and Human Development, 24,
1-20.
Rigazio-Digilio, S. A. 1994. A co-constructive-developmental approach to ecosystemic
treatment. Journal of Mental Health Counseling, 16, 43-74.
Rigazio-Digilio, S.A & Ivey, A. E. 1995. Individual and family issues in intercultural
counseling and therapy: A culturally centered perspective. Canadian Journal
of Counseling, 29, 244-261.
Rizzuto, A. 1996. Christian worshipping and psychoanalysis in spiritual truth. In
Personhood Orthodox Christianity and the connection between body, mind, and
soul. Edited by J. Chirban. Westport, CT: Bergin & Garvey.
Rogers, C. 1977. Carl Rogers on personal power: Inner strengths and its revolutionary
impact. New Jersey: Delacorte Press.
Rogers, N. 2004. Expressive arts for peace: Using the creative process to connect
to the world. Association for Humanistic Psychology Perspective, pp.10-12.

15 Biblio.indd 306

12/06/2014 10:05:40

Bibliografi

307

Shertzer, B. & Stone, S. C. 1992. A Theory of Theory: Guidelines for Counseling


Practice. Newsbury Park.
Seligman, L. & Reichenberg, L.W. 2010. Theories of counseling and psychotherapy.
New Jersey: Pearson Education.
Sherman, R., & Dinkmeyer, D. (eds.). 1987. Systems of family therapy: An Adlerian
integration. New York: Brunner/Mazel.
Sonstegard, M. A. 1998. A rationale for group counselling. The Journal of Individual
Psychology, 54(2), 173-185.
Spero, M. H. 1990. Parallel dimensions of experience in psychoanalytic psychotherapy
of the religious patient. Psychotherapy, 27(1), 5371.
Spiegler, M. D., Guevremont, D. C. 2003. Contemporary behavior therapy (4th ed.).
Belmont, CA: Wadsworth.
Suradi Salim. 1996. Bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications
and Distributions Sdn Bhd.
Sweeney, T. J., Myers, J. E., & Stephan, J. B. 2006. Introducing Developmental
Counseling Theory to Adlerians. Journal of Individual Psychology.
Tanazaka-Matsumi, J., & Higgenbotham, H. N. 1996. Behavioral approaches to
counseling across cultures. In P. B. Pedersen, J. G. Dragerns, W. J. Lonner, & J.
E. Trimble (eds.), Counseling across cultures (4th ed., pp. 266-292). Thousand
Oaks, CA: Sage.
Vontress 2008. Existential Therapy. In J. Frew & M.D. Spiegler (eds). Contemporary
Psychotherapies for Diverse World . Boston: Houghtom Mifflin/Lahaska Press.
Walter, J. L., & Peller, J. E. 1992. Becoming solution-focused in brief-therapy. New
York: Brunner/ Mazel.
Walter, J. L., & Peller, J. E. 1996. Rethinking our assumptions: Assuming anew in a post
modern world. In S. D. Miller, M. A. Hubble & B. L. Duncan (eds.), Handbook
of solution-focused brief therapy (pp. 9-26). San Francisco: Jossey-Bass.
Walter, J. L., & Peller, J. E. 2000. Recreating brief therapy: Preferences and
possibilities. New York: Norton.
Watson, J.C. 2002. Re-visioning empathy. In D.J. Cain & J. Seeman (eds.), Humanistic
psychotherapies: Handbook of research and practice (pp. 445-471). Washington
DC: American Psychological Association.
Watson, J.C. 2003. Client-centered and experiential psychotherapy: Advances in theory
research, and practice. Ross-on Wye: PCCS Brooks.
White, M. 1989. The externalizing of the problem in the reauthoring of lives and
relationships. Dulwich Centre Newsletter, In Selected Papers. Adelaide, South
Australia: Dulwich Centre.
White, M., & Epston, D. 1990. Narrative means to therapeutic ends. New York: Norton.
Witmer, J. M., Sweeney, T. J., & Myers, J. E. 1998.The Wheel of Wellness. Greensboro,
NC: Authors.
Wilson, G. T. 2008. Behavior therapy. In R. Corsini & D. Wedding (eds.), Current
psychotherapies (8th ed., pp. 223-262). Belmont, CA: Brooks/ Cole.
Winslade, J., & Monk,G. 2007. Narrative counseling in schools (2nd ed.). Thousand
Oaks, CA: Corwin Press (Sage).
Winslade, J., Crocket, K., & Monk, G. 1997. The therapeutic relationship. In G.

15 Biblio.indd 307

12/06/2014 10:05:40

308

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Monk, J. Winslade, K. Crocket, & D. Epston (eds.), Narrative therapy in practice: The
archaeology of hope (pp.53-81), San Francisco: Jossey-Bass. Year???
Walsh, F. 1998. Beliefs, spirituality, and transcendence: Keys to family resilience. In
M. McGoldrick (ed.). Re-visioning family therapy: race, culture, and gender in
clinical practice. (pp. 62-89). New York: Guilford.
Wolfe, J. M. 2007. Guided Search 4.0: Current progress with a model of visual search.
In W. Gray (ed.), Integrated models of cognitive systems (pp. 99-119). New
York: Oxford.
Wolpe, J. 1958. Psychotherapy by reciprocal inhibition. Satnford, CA: Stanford
University Press.
Wolpe, J. 1990. The practice of behavior therapy (4th ed.). New York: Pergamon.
Worell, J., & Remer, P. 2003. Feminist perspectives in therapy: Empowering diverse
women (2nd ed.). Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.
Wubbolding, R. E. 1991. Understanding reality therapy: A metaphorical approach.
New York: Harper Collins.
Wubbolding, R. E. 1988. Using reality therapy. New York: Harper Collins.
Wubbolding, R. E. 1984. Using paradox in Reality Therapy: I: Journal of Reality
Therapy Vol 4(1) Fal 1984, 3-9.
Wubbolding, R. E. 1991. Professional issues: Consultation: III: Journal of Reality
Therapy Vol. 11(1) Fal 1991, 76-80.
Yontef, G. 1993. Awareness, dialogue, and process: Essays on Gestalt therapy.
Highland, NY: Gestalt Journal Press.
Zilbergeld, B. 1982. Bespoke therapy. Psychology Today, 16, 85-86.
Zinker, J. 1978. Creative process in Gestalt therapy. New York: Vintage Books.

15 Biblio.indd 308

12/06/2014 10:05:40

You might also like