You are on page 1of 4

GeoL. Soc. MaLaYJia, BuLletin 44, JuLy 2000; pp.

55-58

Geologi kejuruteraan kawasan Taman Bukit Utama,


Ulu Kelang-Ampang
TAN SIANG FE! DAN TAJUL ANuAR JAMALUDDIN

Jabatan Geologi
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Abstrak: Geologi Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa terdiri daripada granit biotit berporfiritik,
granit 2-mika berporfiritik dan granit-kuarza-feldspar-tourmalin. Pada keseluruhannya, jasad granit
di kawasan ini tericih dan terkekar dengan hebat.
Cerun di Taman Bukit Utama dipotong oleh sekurang-kurangnya tiga set kekar yang berbagai
orientasi utamanya beIjurus 110-120/290-300 dengan kemiringan 74-90.
Penilaian kestabilan cerun telah dilakukan berdasarkan orientasi dan ciri set ketakselanjaran.
Analisis data ketakselanjaran menunjukkan bahawa cerun batuan dikawasan kajian berpotensi untuk
gagal dalam bentuk dalam bentuk kegagalan, satah, kegagalan baji dan kegagalan terbalikan.
Hasil kajian cadangkan beberapa langkah kawalan untuk mengatasi masalah kegagalan cerun
tanah dan batuan.

PENGENALAN
Kawasan kajian merupakan kawasan
perumahan baru iaitu Taman Bukit Utama di Bukit
Antarabangsa dan mempunyai keluasan kira-kira
4.0 km2 (Rajah 1). Litologinya terdiri daripada
granit biotit berporfiritik (Unit 1), granit 2-mika
berporfiritik (Unit 2) dan granit kuarza-feldspartourmalin (Unit 3) yang berusia Trias berdasarkan
perbezaan mineralogi, saiz butiran dan kadar
penyejukan (Tan, 1998). Telerang biasanya hadir
dalam bentuk daik at au intrusi kecil yang
menerobos ketiga-tiga unit, diikuti oleh Unit 3 yang
merej8.h Unit 1 dan 2. Pada keseluruhannya,jasad
granit di kawasan ini tericih dan terkekar dengan
hebat.

PENYIASATAN LAPANGAN
Cerun di Taman Bukit Utama pada
keseluruhannya boleh dikelaskan sebagai cerun
batuan yang dipotong oleh sekurang-kurangnya
tiga set kekar yang berbagai orientasi. Set kekar
dominan di kawasan tersebut beIjurus 110-120/
290-300 dengan kemiringan 740 -900 Bahan pengisi
utama dalam kekar ialah minerallempung, telerang
kuarza dan telerang tourmalin. Manakala
kekasaran permukaan kekar adalah beralun dan!
atau bertangga. Kesan aliran air atau mata air
boleh diperhatikan pada cerun potongan. Ini
menandakan bahawa paras air tanah adalah tinggi.
Batuan di kawasan kajian telah terluluhawa
dengan hebat dan keenam-enam gred luluhawa
boleh ditemui pada singkapan. Langkah
Paper preJented at GSM Annual Geological Conference '99

penstabilan cerun yang dilakukan pada lapisan


tanah (bergred VI dan V) iaitu berhampiran dengan
kawasan perumahan sahaja ialah tutupan rumput,
yang selebihnya terdedah kepada masalah hakisan.
Pembangunan kawasan berbukit ini telah
mengubah sifat-sifat fizikal dan proses geologi
kawasan (seperti hakisan dan peluluhawaan).
Perubahan tersebut berperanan penting dalam
mencetuskan kegagalan cerun. Pada umumnya
cerun-cerun potongan ini curam (geometri cerun
bersudut dari 60 0 -81 0 ) dan mungkin boleh
menimbulkan masalah kestabilan cerun. Penilaian
kestabilan cerun telah dilakukan berdasarkan
orientasi dan ciri set ketakselanjaran. Analisis
kinematik data-data ketakselanjaran (Rajah 2)
menunjukkan bahawa cerun batuan di kawasan
kajian berpotensi untuk gagal dalam bentuk
kegagalan satah, kegagalan baji dan kegagalan
terbalikan. Kombinasi set-set kekar yang padat
pada beberapa cerun memungkinkan kegagalan
lingkaran (cerun batuan) dan kegagalan
gelongsoran (cerun tanah) pada gred VI.
Daripada kajian lapangan, beberapa buah cerun
telah gagal dalam bentuk kegagalan satah,
kegagalan baji dan kegagalan terbalikan. Pada
cerun tanah, kegagalan berlaku dalam bentuk
gelinciran cetek. Hakisan permukaan oleh air hujan
atau air larian permukaan meninggalkan kesan
galur-galir di permukaan serta mempercepatkan
proses luluhawa terhadap batuan dan tanah.
Hakisan ini melonggarkan struktur-struktur tanah
dan batuan. Air yang terperangkap dalam
ketakselanjaran berperanan sebagai pelincir dan
mendorong kegagalan berlaku. Jatuhan debris

56

TAN SIANG FEI DAN TAJUL ANUAR JAMALUDDIN

("I.)

\("1.)

+
+
+

,+
,

\ ,("I.)

+
+

WOn ufC7.A

o W"0t'L.d
+

+
+

..........................................

+
.

......

......................

...................... .
. ..........................................................
.
.. .... .... .... "" .............. " ..
"

............ "" .............. . ..


..... ""..................................................
...... .
10lD 45 1 Greenwich Timur

Skala
,

,, ., ,

D
4)

~ Lokasi kajian

9KM

2 Batu

PETUNJUK

j::;:;:;;=)Aluvium ..__

_____

"".. ."
f:"i:iil

Sekarang

~ Aluvium ----------- Kuaternari

~ Permatang KUarZa}
~.

L.-.J Batuan G ramt


E=3
H'
~ Formasi Kenny III

fES5:I Batu Kapur


b:::1:::SI Kuala Lumpur

~
W
Skis Hawthornden

mJ Skis Dindin,J

Ordtvl.,
Silurian

Mesozoik ~

~ Sesar

Permian
Karbonifsrus

r-::J.

~ Sentuhan batuan

Rajah 1. Peta geologi bagi kawasan Ulu Kelang-Ampang (diubahsuai selepas Gobbett, 1965).

GeoL. Soc. MaLaYJia, Bulletin 44

57

GEOLOGI KEJURUTERAAN KAWASAN TAMAN BUKIT UTAMA, ULU KELANG-AMPANG

,
' ....

IdJIiI/tIJo

11,.'1]9,.,

....

111;:141179

JIIiI bppIm JmlboD:I bnW:=

fV:117J811

T...,. ...

Loboi"1'BUZ(_bm.)

POTENSI KEGAGALAN 01

i.

Kegagalan Baji

ii.

B
T

Kegagalan Baji &


Kegagalan Terbalikan

iii.

Kegagalan Terbalikan

iVo

Stabil

I"DIO

~ I

OOGIUI

'"

OO";-UNITl

Granl1

f.t'.-

Tumbuhotumbuhan

UNJT2 Kuala

.._
Lumpur
-_- UNIT3

~~~;:"pah
II:1Granlt

~BUId111nggl
o..;;:wSesar

cs:lJalan

!.!!!!!

KawBsan IBpang
Cerun
Singkapan batuan
Kekar Uurus &
kemiringan)
Rumah &etinggan
Sallran air
Tumpahan minyak

---

Sisa/buangan bumi

lVI

Gred luluhawa

~>;;.

Hakisan

"t

Mala air

(@]

Kegagaian salah
Kegagalan baji
25m

(f.)

Gelinciran cetek

Kegagaian cerun

Rajah 2. Peta geologi kejuruteraan Taman Bukit Utamao

JuLy 2000

58

TAN SIANG FEI DAN TAJUL ANUAR JAMALUDDIN

(runtuhan sisa tanih) dan batu teras dapat


diperhatikan di sekitar kaki cerun. Pengurusan
sisa-sisa dan sampah-sarap domestik yang tidak
sempurna menambahkan potensi kegagalan kerana
ini menyebabkan sistem saliran tersumbat dan air
yang berlebihan mengalir ke kawasan cerun.
Masalah kestabilan cerun bukan sahaja
bergantung pada kehadiran satah-satah
ketakselanjaran, malahan juga bergantungpada
faktor-faktor lain seperti darjah peluluhawaan
bahan, pengaruh iklim, tindakan larian air
permukaan dan air bawah tanah. Faktor-faktor
sampingan lain termasuk langkah penstabilan
cerun yang kurang memuaskan, kelemahan pada
rekabentuk cerun dan penyelenggaraan cerun yang
tidak sempurna.

HASIL DAN PERBINCANGAN


Hasil daripada kajian ini, berikut dicadangkan
beberapa langkah kawalan untuk mengatasi
masalah kegagalan cerun tanah dan batuan.
Langkah-langkah pengawalan cerun tanah
ialah:
i. sudut cerun potongan harus dikurangkan
(sudut yang sesuai untuk kawasan tropika ialah
35-40),
ii. permukaan cerun hendaklah diteres,
iii. setiap cerun mesti dilengkapi dengan sistem
saliran permukaan dan juga bawah tanah
(seperti "horizontal drain"),
iv. menanam tanaman penutup bumi,
v. meletakkan
bahan-bahan
tambakan,
penyemburan bahan simen untukmengurangkan
kegagalan cerun dan melambatkan peluluhawaan
dan kadar hakisan pada permukaan,
vi. sudut cerun tambakan sekitar 30-35.

Cara-cara rawatan untuk mengurangkan


kebarangkalian berlakunya kegagalan satah, baji
dan terbalikan atau jatuhan batuan adalah:
i. memasang jaringan dawai keluli pada
permukaan di mana kaedah ini sesuai untuk
menghalang jatuhan blok-blok batuan yang
kecil,
ii. penyimenan ketakselanjaran-ketakselanjaran
yang terbuka,
iii. menahan cerun yang tidak stabil dengan
dinding-dinding konkrit,
iv. mengalihkan blok-blok batuan yang longgar
dan yang tergantung,
v. melengkapkan cerun dengan sistem saliran
yang sempuma,
vi. pemasangan sauh atau selak untuk menyokong
dan mengikat blok-blok batuan yang longgar
pada cerun.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan akhir, kajian ini jelas
menunjukkan bahawa penyelidikan dan
perancangan yang menitikberatkan strukturstruktur geologi patut dilaksanakan sebelum kerjakerja pemotongan cerun-cerun. Ini dapat
menjimatkan kos dan mas a kerana untuk
mengatasi masalah kegagalan adalah jauh lebih
mahal, malah boleh mengelakkan kehilangan harta
benda dan nyawa.

RUJUKAN
GOBBE'IT,D.J., 1965. Lower Palaeozoic rocks of Kuala Lumpur,
Malaysia. Fed. Mus. Journal, 9, 67-79.
TAN, S.F., 1998. Geologi kawasan (perumahan baru) Ulu Kelang
dengan penekanan terhadap kestabilan cerun potongan.

.. ... ..

Unpubl. B.Sc. Thesis, Universiti Malaya, 32p.

Manuscript received 30 August 1999

Geol. Soc. Malaytlia, Bulletin 44

You might also like