You are on page 1of 9

EDU 3093 Cabaran dan Guru Semasa (Tahun 2011)

Bahagian A
1. UNESCO
a. Huraikan bagaimana guru di Malaysia dapat memainkan peranan bagi
memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar mereka yang berbilang
bangsa.

Guru-guru boleh membahagikan pelajar secara berkumpulan


dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains,

persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.


Guru boleh membahagikan kedudukan pelajar dengan
sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan
pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu

kaum sahaja.
Guru tidak boleh

mencetuskan

isu-isu

sensitif

semasa

mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan


budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain.
Guru perlu mendidik kepada pelajar supaya belajar dan
menghayati

sejarah

negara

agar

dapat

memahami

erti

perpaduan negara.

Pembentukan

modal

insan

secara

JERI

merupakan

tonggak

pendidikan ketiga UNESCO.


b. Huraikan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk mencapai
matlamat tonggak tersebut.

Memperkukuh Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.


Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
Pembudayaan Adab dan Budi Bahasa
Rujuk buku teks m/s 24 hingga 26 untuk lanjutan.

2. Peraturan Tataterrib Pegawai Awam.


a. Jelaskan dua rasional Peraturan
dilaksanakan.
Melaksanakan

tugas

dengan

Tatatertib
cekap,

Pegawai
beramanah

Awam
dan

bertanggungjawab
Meletakkan kepentingan

Tatatertib utama daripada kepentingan mereka sendiri.


Menjaga imej perkhidmatan awam
Yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan akan

awam

lebih

Rasional

Peraturan

dihukum

Rujuk buku teks m/s 62 untuk lanjutan.


b. Jelaskan tiga contoh Peraturan 4 Bab D seorang guru.

Seseorang pegawai tidak boleh


1. Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan
peribadi; contohnya

Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri /


isteri / anak / saudara-mara dalam waktu pejabat /

tugas rasmi
Menyebelahi

saudara-mara

memberi
/

keutamaan

kepada

rakan-rakan

dalam

menimbangkan sesuatu permohonan.


2. Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin
menyebabkan

kepentingan

peribadinya

bercanggah

dengan tugas awamnya; contohnya


Menguruskan tender / sebut harga sedangkan
pegawai mengetahui ada antara mereka yang
mengemukakan tender / sebut harga terdiri
daripada saudara-maranya.
3. Berkelakuan dengan sedemikian
memburukkan

nama

dan

cara

sehingga

mencemarkan

nama

perkhidmatan Awam; contohya


Terlibat dalam penyalahgunaan dadah
Berjudi di pejabat / waktu bertugas
Disabitkan kesalahan jenayah / mahkamah

syariah
Kesusahan berat kerana hutang
Melakukan gangguan seksual
Rujuk buku teks m/s 51 hingga 54 untuk lanjutan.

3. Stres
a. Nyatakan tiga isu dan cabaran yang menimbulkan stres dalam
kalangan guru.

Komunikasi : Masalah wujud apabila seseorang individu tidak


menggunakan kemahiran mendengar dengar baik. Apabila
berlakunya komunkasi, kerap kali hanya kemahiran bertutur
diberikan penekanan manakala kemahiran mendengar kurang
diberikan tumpuan. Apabila sesuatu hajat atau perasaan cuba
disampaikan, penutur dapat berasa bahawa mesej yang cuba
disampaikan tidak didengari dengan baik dan timbul pelbagai
andaian terhadap komunikasi tersebut seperti perasaan marah,

sedia dan rasa diri tidak dihargai.


Keluarga : Masalah yang dihadapi dalam keluarga dan tidak
dapat diuruskan dengan baik menjadi pendorong berlakunya

stres dalam kalangan guru.


Kewangan : Keadaan pengurusan kewangan yang tidak teratur

dapat mewujudkan rasa stres.


Rujuk buku teks m/s 115 hingga 117 untuk lanjutan.

b. Cadangkan dua langkah yang sesuai untuk menangani stres yang


dihadapi oleh guru.

Pegangan agama.

Amalan cara hidup sihat.


Berfikiran positif.
Terapi ketawa.
Komunikasi berkesan
Bantuan pakar kaunseling
Pengurusan masa
Rujuk buku teks m/s 123 hingga 125 untuk lanjutan.

4. Pengajaran Inovatif
a. Berikan empat strategi pengajaran inovatif yang boleh dilaksanakan
oleh guru untuk merangsang minat murid untuk belajar.

Strategi Memiliki pengetahuan.


Strategi menguasai kemahiran berfikir.
Strategi menguasai kemahiran memimpin
Strategi menguasai kemahiran dwibahasa
Inovasi mengamalkan etika dan kerohanian
Inovasi mempertengah identiti nasional

b. Berikan enam ciri inovasi dalam penaksiran pembelajaran di dalam


bilik darjah.

Berpusatkan

pelajar

Memberikan

tumpuan

kepada

pembelajaran dan bagaimana hendak menjadikan pembelajaran

lebih berkesan.
Arahan guru : Gruru menentukan apa jua yang hendik dinilai,
bagaimana hendak dinilai dan bagaimana untuk menggunakan

maklumat yang diperoleh untuk meningkatkan P&P.


Manfaat bersama : melalui penglibatan pelajar, mereka membuat
pentaksiran kendiri dan akan lebih memahami isi pelajaran.
Melalui pentaksiran bilik darjah, guru akan mendapat idea

baharu dalam menjadikan PnP lebih berkesan.


Formatif : Matlamat penaksiran dalam bilik darjah adalah untuk
menjadikan pembelajaran lebih berkualiti, bukan untuk tujuan

penggredan. Guru dapat membuat penambahbaikan dalam PnP.


Berasaskan konteks pengajaran yang spesifik : Penaksiran
dalam satu-satu bilik darjah adalah sesuai dengan keperluan
bilik darjah berkenaan (guru, pelajar, mata pelajaran). Sekiranya
berjaya dan sesuai bagi satu kelas, tidak semestinya berjaya

dalam kelas yang lain.


Berterusan : Berlaku sepanjang proses PnP sebagai satu bentuk
maklum balas yang memberikan makluamt kepada guru tentang
perkembangan pembelajaran pelajar. Maklum balas boleh bantu

guru menjelaskan semula perkara yang belum difahami pelajar.


Berakar umbi amalan pengajaran yang baik : membolehkan
amalan pengajaran yang baik dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Amalan pengajaran akan jadi lebih baik dengan adanya maklum

balas pembelajaran yang lebih sistematik. Fleksibel dan

berkesan.
Rujuk http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203109_Guru
%20dan%20Cabaran%20Semasa/09_EDU3109_Guru%20Dan
%20Cabaran%20Semasa/BAB%205_INOVASI%20DAN
%20PERUBAHAN%20DALAM%20PENDIDIKAN.pdf,

slide

136

hingga 143 untuk lanjutan.

Bahagian B
Gejala sosial yang semakin berleluasa di peringkat sekolah berpunca
daripada globalisasi dan modenisasi dalam masyarakat Malaysia.
1. Bincangkan empat peranan yang dimainkan oleh seseorang pendidik dalam
menangani cabaran gejala sosial demi melahirkan generasi modal insan
kelas pertama.
i

ii

iii

iv

Guru sebagai pengamal kemahiran profesional


mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah
penyampaian yang cekap, menarik dan berkesan, bersikap
dedikasi dalam profesion-murid tidak bosan dengan p&p
Guru sebagai pembentuk nilai
membentuk sahsiah dan perlakuan pelajar sejajar dengan nilai
dan norma masyarakat.
Guru seharusnya menjadi model hidup kepada murid- nilai-nilai
murni yang ditonjolkan oleh guru secara tidak langsung akan
diterapkan dalam jiwa pelajar.
Guru sebagai pengamal ilmu
Mempunyai ilmu yang mendalam yang membolehkan guru
membuat analisis dan menilai sesuatu isu berdasarkan
perspektif yang berbeza.
Dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau berdepan dengan
cabaran dengan sikap yang positif dan pemikiran yang terbuka.
Guru sebagai agen sosialisasi
Menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat yang memberi
peluang kepada murid untuk menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk
menyediakan diri dalam perkembangan masyarakat dan
kehidupan harian.
Membawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut arus
perkembangan masa kini.
Penghubung di antara guru, ibu bapa dan masyarakat
Guru sebagai agen perubahan
Memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas
kendiri murid dengan bersifat penyayang
Menyediakan diri murid secara psikologi untuk menghadapi
perubahan zaman
Bersikap tabah hati dan mengambil berat tentang murid untuk
memastikan murid dapat menghadapi arus perubahan dalam
pelbagai aspek proses perkembangan

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the


Children) pada 1969 telah menggariskan empat pengelasan hak utama untuk
golongan kanak-kanak.
2. Bincangkan empat tanggungjawab ibu bapa dalam memenuhi hak-hak
berkenaan.

Empat hak utama : Kehidupan, perkembangan, perlindungan dan

penyertaan
Kehidupan :
o Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan
yang seimbang dan air yang bersih, Ini sekaligus dapat memberi
kelangsungan hidup yang lebih positif dan cerah dalam hidup
mereka. Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang
perlulah diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat
membesar dengan baik. Dengan adanya elemen tersebut, secara
tidak langsung kanak kanak akan wujud motivasi dalam diri
o

mereka untuk hidup lebih semangat dan aktif.


Ibu bapa juga perlu menyediakan pemakanan seimbang dan
berkhasiat yang mengandungi zat seperti karbohidrat, protein,
vitamin dan mineral dalam memangkinkan tumbesaran kanakkanak. Ibu bapa harus mengajar kanak-kanak untuk memilih
makanan yang berkhasiat daripada memakan makanan ringan
yang

kurang

berkhasiat.

Hal

ini

dapat

memastikan

perkembangan dan pertumbuhan luaran dan dalaman mereka

akan berlaku dengan seimbang dan terus.


Perkembangan :
o Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak.
Pendidikan ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan
persekolahan. Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan
cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan
bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak pada masa
o

hadapan.
Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk bermain mengikut
kesesuaian.

Melalui

interaksi

bermain,

kanak-kanak

dapat

mempelajari sesuatu yang bermanfaat. Aktiviti bermain ini juga akan


membentuk nilai murni dalam diri kanak kanak dan mereka akan
mengaplikasikan dalam kehidpan mereka. Sebagai contoh, mereka
dapat belajar menghormati orang lain; sesuatu yang mudah seperti
beratur ketika bermain atau berkongsi alat permainan bersama-sama
o

rakan.
Suara kanak-kanak juga perlu didengari. Pendapat mereka yang
diambil kira oleh ibu bapa akan membuatkan mereka berasa
dihargai.Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang besar di sini

untuk mendengar dan memberi respon kepada apa yang hendak


disampaikan oleh anak mereka. Ibu bapa juga haruslah meluangkan
masa untuk anak mereka. Dengan ini mereka bersedia untuk
meluahkan perasaan atau masalah kepada ibu bapa. Terdapat
banyak kes yang menunjukkan kanak-kanak atau remaja yang lebih
mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa sendiri dalam
berkongsi masalah. Ini disebabkan oleh kurangnya komunikasi di
antara kanak-kanak tersebut dengan ibu bapa mereka sehingga
menyebabkan kanak-kanak ini tidak berminat untuk menceritakan
masalah mereka kepada ibu bapa dan keluarga. Masalah ini boleh
menjadi serius dan memberi impak yang tidak sihat kepada
perhubungan antara anak dan ibu bapa. Anak akan beralih
kepercayaan dan hanya memerlukan rakan sebaya disaat susah dan
mengalami masalah. Jadi, ibu bapa haruslah peka dan sedar apakah

peranan mereka dalam perkembangan anak mereka.


Perlindungan :
o Kita sering mendengar dan terbaca berita tentang kanak kanak
didera, dibuli, dicabul, diseludup, dijadikan buruh kasar dan sebagai
dalam media. Masalah ini jika berlarutan boelh menjadi satu virus
dan bencana dalam pembangunan dan kemajuan Negara. Kanak
kanak adalah satu komuniti yang harus diberi perlindungan yang
maksimum dan diberi hak untuk menikmati zaman kanak
o

kanaknya.
Kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang
keadaan yang berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan
eksploitasi. Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepada
sesuatu masalah. Mereka perlu dilindungi daripada dicederakan dari

segi emosi ataupun dari segi seksual.


Mereka tidak seharusnya diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun.
Mereka juga tidak sepatutnya didiskriminasi hanya kerana perbezaan
yang terdapat pada mereka. Jika terdapatnya salah laku terhadap
kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib harus campur tangan dan
melindungi

mereka

melalui

undang-undang

yang

telah

diperuntukkan.
Tindakan undang undang yang ketat dan telus haruslah diambil
oleh pihak berwajib untuk menyedarkan mereka yang sengaja
mengeksploitasikan hak kanak kanak. Golongan intelektual
haruslah menyedarkan semua dan membuka mentality mereka
bahawa hak kanak kanak haruslah dipelihara dan diambil serius
untuk

mewujudkan

kanak

kanak

Malaysia

yang

bijak,

berketrampilan dan menjadi peneraju Negara pada masa hadapan.


Penyertaan :

Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil bahagian dalam hal


ehwal dan pembesaran mereka. Keingingan mereka haruslah
dipenuhi oleh ibu bapa dan melihat kepada kemampuan dan
kesesuaian.
barangan,

Contohnya
sekiranya

mereka
difikirkan

ingin

mendapatkan

sesuai,

ibu

bapa

sesuatu
perlulah

menyediakan barangan tersebut.


o

Ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam aktiviti


kemasyarakatan supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri
kanak-kanak. Ibu bapa boleh anak anak mereka dalam
perkhemaham, forum, bengkel, gotong royong dan sebagainya.
Selain itu, kanak-kanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan
bertoleransi

dengan

anggota

masyarakat.

Ini

akan

menjadi

pendedahan kepada mereka untuk menempuh alam dewasa yang


mencabar pada masa hadapan.
o

Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir kepada kanakkanak. Seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam
memastikan kanak-kanak ini dapat menjalani kehidupan yang baik.
Ini bermakna ibu bapa haruslah menyediakan keperluan yang
secukupnya kepada anak mereka. Perkara ini harus menjadi
kepentingan kepada ibu bapa kerana jika mereka gagal untuk
menyediakan keperluan kepada anak mereka, anak anak ini akan
timbul satu perasaaan negative dalam diri mereka iaitu perasaan
memberontak. Kesedaran terhadap hak kanak-kanak perlulah
dipupuk ke dalam diri setiap individu agar mereka mengerti bahawa
setiap dari kita mempunyai hak tersendiri. Kesedaran ini juga perlu
dalam mengurangkan tindakan-tindakan tidak berperikemanusian
sesetengah individu terhadap kanak-kanak.

3. Bincangkan lima tindakan yang boleh dilaksanakan oleh seorang pemimpin di


sekolah berkualiti.
a. Perancangan dan penganjuran : Menentukan objektif dan strategi
jangka panjang, memperuntukkan sumber berdasarkan keutamaan,
menentukan

cara

menggunakan

kakitangan

dan

sumber

untuk

menyempurnakan tugas dengan cekap dan memastikan cara untuk


mempertingkatkan

koordinasi,

produktiviti

dan

kecekapan

untuk

organisasi tersebut.
b. Penyelesaian masalah : Menentukan masalah berkaitan tugasan,
analisis masalah tepat pada masanya tetapi secara sistematik untuk

memastikan sebab dan cari penyelesaian dan bertindak secara tegas


supaya dapat menyelesaikan masalah penting atau krisis.
c. Menjelaskan peranan dan objektif : Memberikan tugasan, memberikan
arahan cara melakukan kerja dan menerangkan dengan yang jelas
berkaitan tanggungjawab, objektif tugas, tarikh akhir dan jangkaan
pencapaian.
d. Menjalin perhubungan

Pemimpin

juga

semestinya

menjalin

perhubungan baik dengan individu-individu yang berada di bawah


pimpinannya, dengan ketua-ketuanya sendiri, dengan pemimpinpemimpin lain yang menjadi rakan sejawatnya, dengan individu-individu
lain di luar organisasi yang dipimpinnya dan dengan mereka yang akan
terjejas oleh keputusan-keputusan yang diambilnya selaku pemimpin.
Dia semestinya menjalin perhubungan baik dengan semua pihak kerana
kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada sokongan dan
kerjasama pihak-pihak lain.
e. Menerima dan memberi maklumat : Individu-individu yang dipimpinnya
dan rakan-rakan sejawatnya pula memerlukan banyak maklumat
daripadanya untuk membantu mereka menjalankan tugas-tugas mereka
dengan lebih berkesan. Setiap maklumat yang diterima perlu dinilai dan
ditafsir dengan teliti kerana maklumat-maklumat itu berguna untuk
f.

membuat pelbagai keputusan.


Membuat keputusan : Untuk membuat keputusan yang tepat seseorang
memerlukan banyak maklumat yang relevan dan betul. Selain daripada
membuat keputusan berkenaan projek-projek baru, idea-idea baru,
strategi-strategi baru dan lain-lain seperti itu, seseorang pemimpin
semestinya

membawa

perubahan

dan

pembaharuan

kepada

organisasinya dan individu-individu yang dipimpinnya. Untuk itu,


pemimpin terpaksa membuat pelbagai keputusan yang penting dan
berisiko.
g. Pengawasan : Pengumpulan maklumat berkaitan aktiviti kerja dan
keadaan luaran yang mempengaruhi kerja, memeriksa perkembangan
dan kualiti kerja, menilai persembahan individu dan unit organisasi,
analisis arah aliran dan meramal peristiwa luaran.
h. Motivasi dan mengilhamkan : Menggunakan teknik pengaruhan yang
wujud pada emosi atau logik untuk menjana semangat bekerja, iltizam
kepada objektif tugas, dan pematuhan terhadap permintaan untuk
kooperasi, bantuan sokongan atau sumber, dan membentuk suatu
i.

contoh sikap yang sesuai.


Sebagai eksekutif : Menyelaraskan aktiviti-aktiviti kelompok supaya
tidak terdapat percanggahan. Kalau semua orang bercakap pada masa
yang sama, merancang pada masa yang serentak tanpa penyelarasan,
kelompok akan jadi kacau.

j.

Sebagai orang tengah : Kelompok yang dinamik tidak dapat mengelak


diri daripada menghadapi konflik dalaman antara anggota-anggotanya.
Dalam keadaan begini pemimpin perlu menjadi orang tengah; menjadi

hakim atau pendamai kepada pihak yang berkonflik itu.


k. Sebagai teladan : Pemimpin boleh menjadi teladan atau model kepada
anggota-anggotanya. Dia menunjukkan kepada mereka tingkah laku,
sifat atau kemahiran yang perlu kepada anggota-anggotanya. Dengan
menjadi teladan, dia menyediakan petunjuk yang konkrit tentang
apakah yang mereka harus lakukan atau buat.

You might also like