You are on page 1of 19

LEMBAGA PEPERIKSAAN

GARIS PANDUAN
PENGURUSAN
KESELAMATAN AMALI
SAINS
SEKTOR PERCETAKAN,
PENGEDARAN DAN KESELAMATAN

OBJEKTIF TAKLIMAT

Untuk memberi pendedahan tentang


pengendalian pengurusan keselamatan
peperiksaan amali sains mengikut
tatacara/ prosedur keselamatan yang
betul

KLASIFIKASI

Instrumen Peperiksaan Amali Sains


diklasifikasikan SULIT di dalam
Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi
Am4912A mengikut Akta Rahsia
Rasmi 1972

Hanya boleh dijalankan oleh pegawai /


guru / kakitangan yang dilantik sahaja

PENGENDALIAN

Semua petugas yang dilantik hendak diberi


taklimat berkaitan proses pengendalian
amali sains
Pengendalian perlu bersaksi dan berekod

PEMBEKALAN

Bahan amali yang dibekalkan


hendaklah diberi perlindungan
keselamatan bagi mengelak daripada
ketirisan maklumat

PENGHANTARAN
DAN
PENERIMAAN

Penghantaran dan penerimaan bahan


dan dokumen peperiksaan amali sains
melibatkan pergerakan dari Lembaga
Peperiksaan ke Jabatan Pendidikan
Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah/
sekolah dengan mematuhi langkahlangkah keselamatan, bersaksi dan
berekod.

PENYIMPANAN

Penyimpanan dokumen peperiksaan amali


sains hendaklah disimpan di tempat
selamat seperti bilik kebal dan almari/bilik
berkunci di sekolah.
Penyimpanan bahan peperiksaan amali
sains hendaklah disimpan di tempat
selamat seperti almari berkunci di bilik
berkunci/makmal di sekolah.

Dokumen peperiksaan amali sains diserah


kepada pusat peperiksaan pada hari
peperiksaan.

PENYERAHAN
DOKUMAN
/BAHAN KEPADA
SEKOLAH

Dokumen penyediaan bahan peperiksaan


diserah kepada sekolah sebelum
peperiksaan berlangsung.
Bahan peperiksaan amali sains yang
dibekalkan terus dari Lembaga
Peperiksaan diserah kepada sekolah
sebelum peperiksaan berlangsung.

TEMPAT
PEPERIKSAAN /
MAKMAL SAINS

Persediaan bahan peperiksaan di atas


meja calon hendaklah disediakan
sebelum peperiksaan berlansung dan
makmal sains ini hendaklah diberi
kawalan keselamatan seperti
pintu/tingkap dikunci dan dipasang
langsir lut cahaya bagi mengelak
ketirisan

Diletak papan tanda PEPERIKSAAN


SEDANG DIJALANKAN. Orang
yang tidak berkenaan dilarang berada
di kawasan makmal peperiksaan.
Kawasan makmal sains yang
dijadikan tempat peperiksaan perlu
dilingkungi dengan tali/pita
keselamatan bagi menghalang orang
yang tidak berkenaan mendekati
makmal sains.

BILIK
KUARANTIN /
BILIK
MENUNGGU

Bilik kuarantin / bilik menunggu


dikawal selia oleh pengawas yang
dilantik bagi menghalang calon
berhubung dengan mana-mana calon
yang sedang atau sudah mengambil
peperiksaan.

LARANGAN
KOMUNIKASI

Calon yang terlibat dengan


peperiksaan amali sains dilarang sama
sekali membawa telefon bimbit/alat
komunikasi/kaedah komunikasi
semasa berada di bilik kuarantin/bilik
menunggu/makmal sains.

PENGURUSAN
PEPERIKSAAN

Mengikut panduan pengurusan


pengendalian pusat peperiksaan

Maklumat berkaitan Amali Sains


dikawal bagi mengelak ketirisan.

KESELAMATA
N ALAT DAN
BAHAN
PEPERIKSAAN
AMALI SAINS

Alat/bahan/senarai awal dan arahan


persediaan disimpan dengan selamat
dalam almari berkunci
Alat/bahan dikodkan dan tidak
menggunakan nama sebenar
Kutipan / pembelian bahan dilakukan
secara rahsia

PAGI HARI PEPERIKSAAN


Ketua Pengawas mengambil dan
menyemak kertas soalan dari penyelia
kawasan di bilik kebal.
PEPERIKSAAN
AMALI SAINS

Kertas soalan dimasukkan ke dalam


karung dan diseal dengan seal
keselamatan. No seal dicatat dalam
buku rekod pengurusan.
Karung disimpan di dalam ruang bagasi
kereta.

Tiba di pusat peperiksaan, pengawas


menyemak karung dan no seal dan
pastikan tiada kesan ceroboh.
Sampul kertas soalan dibuka dan
disemak bilangannya.
Pastikan mencukupi.
Soalan yang tepat.
Kertas soalan diedar mengikut jadual
waktu peperiksaan.

KP memberi taklimat kepada calon


dan memulakan peperiksaan tepat
pada waktunya.
Pengawas membuat pengawasan
secara aktif.
Jika terdapat sebarang kes salah laku,
pengawas mengambil/mencatat eviden
tanpa menganggu calon selesai
peperiksaan. Pengakuan calon dicatat.

SELESAI PEPERIKSAAN
Calon diminta berhenti melakukan
eksperimen dan berhenti menulis.
Skrip jawapan calon dikutip dan
pastikan bilangan mencukupi.
Pengawas mengiringi calon ke bilik
kuarantin.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like