Professional Documents
Culture Documents
UCAPAN PENGETUA
HADIRIN SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT YANG BERUSAHA ,PN HAJAH
JUITA BINTI HJ SENAWI ,PENGETUA SMK .................................... UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN BULAN MEMBACA
PERINGKAT Smk....................... 2008.DENGA SEGALA HORMATNYA MAJLIS
MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA ,PN HAJAH JUITA BINTI
HJ SENAWI DI ATAS UCAPAN PERASMIAN ITU TADI
BUKU ADALAH KUNCI KEPADA KEBIJAKSANAAN
BUKU ADALAH PINTU DUNIA KESERONOKAN
BUKU ADALAH JALAN MENUJU KEJAYAAN
BUKU ADALAH SAHABAT,AYUH MARI MEMBACA TERUS MEMBACA
WALAUPUN PETANG INI KITA MENGADAKAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN
MEMBACA.
MEMBACA ,BELAJAR,MENUNTUT DAN BERGURU SEPATUTNYA TAK
PERNAH TERHENTI SEHINGGA NYAWA KITA TERHENTI.
KUIZ BUKU
PARA HADIRIN SEKALIAN ,ATURCARA SETERUSNYA IALAH KUIZ BUKU.UNTUK
MENGENDALIKANNYA,,MAJLIS MEYERAHKAN KEPADA PN JAMALIAH.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN JAMALIAH.
PENYERAHAN SUMBANGAN
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PN MISIA BINTI HJ ZAIN UNTUK
MENJEMPUT DAN MENGIRINGI PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI BAGI
MENERIMA PENYERAHAN SUMBANGAN.
YG PERTAMA DIJEMPUT EN ABANG FADHLI ABNG MUHI WAKIL DARI DEWAN
BAHASA DAN PUSTAKA UNTUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DAN
MEMBERIKAN SEDIKIT UCAPAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN ABANG FADHLI BIN ABG MUHI.
SETERUSNYA PULA,DIJEMPUT EN CHEN LOW HEE WAKIL DARI JABATAN
PENERANGAN MALAYSIA KUCHING UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN
SETERUSYA MEMBERIKAN SEDIKIT UCAPAN.
Mengumumkan ketibaan tetamu majlis Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Lim Swee
Tin, Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi , Universiti
Putra Malaysia (UPM).
diiringi oleh guru-guru SMK. Dato Mustaffa.
Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin
diminta berdiri.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Lim Swee Tin,
Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ,
Universiti Putra Malaysia (UPM).
Yang Berusaha, Pn. Hjh. Fauziah bt. Ahmad Milatu
Penolong Kanan 1, SMK. Dato Mustaffa
Yang Berusaha,Pn. Sofiah bt. Hashim
Guru Kanan Bidang Bahasa, SMK. Dato Mustaffa
Yang Berusaha, En. Baharuddin b. Sairi
Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu, SMK. Dato Mustaffa
Dif-dif kehormat, AJK STAROBA, AJK PIBG, pegawai-pegawai kementerian, para
ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul
di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang
STAR kali ke 51 bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Puan Ashah binti
Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang STAR pada tahun ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat
sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan
berseri.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu,
majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain untuk meminpin
bacaan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Imran bin Jemain atas
bacaan doa sebentar tadi.
Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis
memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden
STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR
untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato
Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian
anugerah sebentar tadi.
Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan
Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada
persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral
Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua
merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu
Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi
penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis barubaru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar
sekolah Tuanku Abdul Rahman.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan
nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan
persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid
dan Cik Norhidayah Abdullah.
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke
tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha
Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan
diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul
Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak
sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan
Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima
anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus
cemerlang dalam bidang masing-masing.
Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara
Gugur menguning buah kuini,