You are on page 1of 7

6.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pada bahagian ini, pengkaji akan menerangkan tentang pelaksanaan prosedur


intervensi ke atas subjek sasaran. Pengkaji akan menjalankan satu kitaran iaitu
Kitaran Model Kurt Lewin mengikut modul Kajian Tindakan PISMP (rujuk Rajah
1) menjadi sandaran kepada pengkaji untuk pelaksanaan intervensi bagi setiap
kitaran. Model Kurt Lewin terdiri daripada 4 peringkat iaitu perancangan, tindakan,
pemerhatian dan refleksi (modul Kajian Tindakan modul PISMP). Berdasarkan
model Kurt Lewin seorang ahli teori sosial yang mempelopori kajian tindakan yang
dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research
Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam
pembelajaran mengenai apa yang akan dikaji.
Dalam langkah yang pertama ialah pengkaji memeriksa idea dan mencari
fakta.

Pelan

keseluruhan

tentang

bagaimana

mencapai

objektif

yang

diharapkan.Langkah seterusnya: Merancang, melaksanakan apa yang dirancang


pada langkah pertama, mencari fakta bagi tujuan menilai dapatkan kajian, dan
menyediakan asas untuk langkah ketiga. pada fasa ini juga modifikasi kajian masih
boleh dilakukan.
Mengenal pasti
Kitaran
seterusnya
Perancangan
Refleksi
Tindakan

Pengumpulan data

Rajah 1 : Proses penyelidikan tindakan

(Adaptasi dari Lewin 1946

dalam Buku Kajian Tindakan Untuk PISMP)


18

6.1.

Merancang

Sebagai langkah utama, pengkaji telah merancang untuk membuat satu tinjauan awal
bagi melihat apakah aktiviti yang biasa dijalankan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia. Semua hasil kerja murid terdahulu disemak dan
dibuat analisis.
Langkah kedua, pengkaji telah memilih seorang murid sebagai subjek yang
menghadapi masalah pertuturan .
Pengkaji juga menjalankan pemerhatian terhadap subjek sepanjang proses PdP yang
dijalankan.
Pengkaji telah merancang untuk menggunakan satu bahan bantu belajar dalam
pengajaran Bahasa Malaysia terhadap subjek. Sebagai langkah pertama, pengkaji
telah merancang untuk menggunakan bahan bantu belajar iaitu boneka sarung tangan
berunsurkan haiwan semasa aktiviti bercerita dalam setiap pengajaran Bahasa
Malaysia.
6.2

Tindakan

Semasa fasa tindakan, pengkaji melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan
mengenalpasti hasil dapatan. Pada peringkat ini, pengkaji menggunakan boneka
dalam pengajarannya selama 1 jam.
Antara langkah-langkah yang akan dijalankan terhadap subjek pada peringkat ini
adalah :1. Pengkaji mengadakan aktiviti bercerita menggunakan pelbagai cerita pendek
berunsurkan nasihat dan teladan dalam setiap sesi pengajaran Bahasa Malaysia yang
dijalankan terhadap subjek.
2. Seterusnya, pengkaji akan bercerita menggunakan intonasi dan nada yang betul
satu per satu supaya subjek lebih mudah faham serta menggunakan boneka mengikut
watak yang terdapat dalam cerita tersebut bagi menarik perhatian subjek dan
memastikan pengajaran lebih berkesan.
3. Kemudian, pengkaji akan menjalankan sesi soal jawab kepada subjek secara
individu. Subjek juga diberi peluang untuk menggunakan boneka sarung tangan
semasa menjawab dan memberikan pendapat terhadap kesemua soalan yang diajukan
.
19

4. Pengkaji juga akan meminta subjek untuk menjalani aktiviti lisan secara individu
dengan melakonkan watak-watak yang digemari berdasarkan cerita yang diperdengar
guru. Subjek turut diberikan boneka dan melakonkan watak yang dipilih
menggunakan dialog sendiri.
5. Semasa subjek melakukan aktiviti ini, pengkaji membuat rakaman dan mencatat
pada beberapa aspek yang ingin dikenal pasti daripada subjek di dalam senarai
semak.
6.3

Pemerhatian

Pada peringkat ini, pengkaji membuat pemerhatian terhadap subjek. Pengkaji hanya
memfokuskan beberapa aspek yang menjadi penyumbang terhadap kajian ini. Antara
aspek pemerhatian yang utama adalah :1. Minat subjek dalam pengajaran Bahasa Malaysia melalui kaedah bercerita
menggunakan boneka.
2. Pemahaman murid terhadap cerita pendek dalam pengajaran Bahasa Malaysia
dan kesan daripada aktivti bercerita menggunakan boneka.
3. Penguasaan murid dalam kemahiran berkomunikasi berdasarkan respon dan
bilangan perkataan yang diujarkan oleh subjek semasa aktiviti soal jawab
menggunakan boneka.
4. Tingkah laku subjek sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia iaitu penglibatan subjek dalam aktivti

Kaedah Penggunaan Boneka Haiwan untuk Kitaran


20

Pengkaji tunjuk perkataan

Pengkaji menyebut perkataan tersebut


menggunakan boneka haiwan dan subjek ikut
sebut perkataan
Subjek sebut perkataan secara latihtubi
mengggunakan boneka tangan.

Subjek secara individu melaksanakan


penggunaan boneka haiwan secara bebas dibawah
bimbingan pengkaji.

Subjek diberi pengukuhan latihan menyebut


kendiri. (Subjek bercerita secara bebas)

Rajah 2. Carta Alir Kaedah Penggunaan Boneka Haiwan untuk Kitaran

6.4

Perancangan Pelaksanaan Tindakan


21

Berikut merupakan jadual pelaksanaan tindakan kajian.


Jadual 3 : Jadual pelaksanaan kajian
Bil

Aktiviti

Tarikh

Catatan

Pelaksanaan
1

Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data

20

Jun

5 hari

25.Jun.2014
2.

Menulis proposal kajian

26 Jun 2014

1 hari

3.

Merancang tindakan

27 Jun 2014

1 hari

4.

Melaksanakan tindakan

1 Oktober 2014

15 hari

15 Oktober
2014
5.

Membincangkan masalah yang timbul dalam

16 Okt. 2014

2 hari

tindakan

-18 Okt. 2014

6.

Refleksi kajian

1 hari

7.

Menulis laporan

10

10 hari

8.

Pembentangan dapatan kajian

Kos kajian
Jadual 4 merupakan anggaran kewangan yang digunakan.
Bil

Jenis Bahan

Kuantiti X Harga

Jumlah Kos

Seunit
22

1.

Kertas A4

1 rim x 13

RM 13

2.

Printer cartridge

1 x RM 80

RM 80

3.

Kamus dewan

1 x RM 60

RM 60

4.

Upah fotostat

100 helai x 3 sen

RM 30

5.

Buku catatan dan alat tulis

2 x RM10

RM 20

Jumlah

6.5

RM 203

Refleksi

Menghasilkan sesuatu kajian yang baik memerlukan pengkajinya merenung dan


muhasabah diri untuk melihat kekuatan dan kelemahan diri yang dapat
meningkatkan sekaligus melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu kajian yang
dihasilkan. Setelah menghasilkan kajian dalam menangani masalah menyebut murid
Autistik kelas Aktif, saya mendapati kekuatan pertama saya dalam menghasilkan
kajian ini ialah memilih kaedah yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi
oleh murid-murid berkeperluan khas. Berdasarkan pengalaman mengajar muridmurid bekeperluan khas, saya mendapati murid-murid suka belajar dengan
menggunakan pelbagai deria yang melibatkan mata, telinga dan sentuhan.Pendapat
ini sangat bertepatan dengan pandangan Jean Piaget (1980) dakam buku Murid dan
Alam belajar , iaitu proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu dan peringkat
yang kita lalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut dengan bermakna.
Justeru itu pemilihan kaedah Penggunan Boneka haiwan sangatlah bertepatan
dengan masalah yang hendak diberi intervensi. Hasil perkongsian maklumat
bersama-sama pensyarah pembimbing, pensyarah yang mengajar saya, rakan
sekerja dan rakan sekuliah, saya telah memilih kaedah tersebut dengan
mengambilkira pandangan Robert M. Gagne (1975), yang mengutarakan bagaimana
seseorang manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran
23

bermula daripada ransangan-rangsangan yang diberikan sehingga kepada penstoran


dan pemprosesan maklumat yang diterima, memberi tindak balas kepada maklumat
tersebut dan akhirnya menerima peneguhan hasil daripada respon terhadap
maklumat yang diterima. Pandangan daripada Robert M. Gagne (1975), sangat
bersesuaian dengan langkah-langkah yang disarankan dalam kaedah Boneka
haiwan.
Akhir sekali, bagi menyahut seruan wawasan 2020 yang diwarwarkan oleh
Kerajaan Malaysia yang mahu membentuk sebuah negara maju mngikut acuan
sendiri, pendidikan haruslah maju kehadapan. Guru tidak boleh menganggap kaedah
Penggunaan Boneka Haiwan adalah membebankan mereka. Guru perlu memainkan
peranan yang besar agar murid-murid tidak terpesong daripada objektif pembelajaran
sebenar. Guru tidak boleh menganggap mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai mata
pelajaran yang tidak penting kerana Bahasa Melambangkan Bangsa.

24

You might also like