You are on page 1of 46

DARI SEGREGASI KE INTEGRASI

Dari Pengasingan ke Penyatuan


Cabaran dalam Memupuk Integrasi di
Malaysia
Peranan kerajaan (Dasar Kerajaan Ke Arah
integarsi Nasional):
Peranan Masyarakat
Peranan NGO
Integrasi Menurut Perspektif Islam
1

DARI SEGREGASI KE INTEGRASI


Dari Pengasingan ke Penyatuan
Cabaran dalam Memupuk Integrasi di Malaysia
Peranan kerajaan (Dasar Kerajaan Ke Arah integarsi Nasional):
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, Dasar Pembangunan Nasional dll
Rukun Negara, Wawasan 2020, Konsep 1Malaysia
Jabatan Perpaduan Negara: Rukun Tetangga , Skim Rondaan Sukarelawan
Peranan Masyarakat
Peranan NGO
Rakan Cop, ABIM
Aliran, Majlis Belia Malaysia
Integrasi Menurut Perspektif Islam
Pandangan al-Quran, Pandangan al-Hadis, Pandangan Ulama/Sarjana
Asas Integrasi Islam
Kepentingan dan akibat perpecahan
Strategi Pengintegrasian

KITA MULAKAN DENGAN DOA

Pendahuluan
Penduduk Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai
keturunan, bangsa, agama dan suku kaum. Salah satu
isu yang sedang mendapat perhatian Kerajaan ialah
masalah integrasi nasional khasnya di antara
Sabah/Sarawak dengan Semenanjung.
Tujuan utama ialah untuk mewujudkan satu semangat
nasionalisme Malaysia bagi menyatupadukan seluruh
negara dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni di
antara satu wilayah dengan wilayah yang lain.
Kemajuan yang dicapai ke arah integrasi wilayah berjalan
dengan baik. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan
konsep Federalisme, wilayah-wilayah yang bergabung
dalam Malaysia telah berjaya mengatasi berbagai-bagai
rintangan dan halangan sejak tahun 1963.
5

Sambungan
Kita tidak boleh lupa bahawa konsep negara dan bangsa
Malaysia walaupun sesuai dan praktikal tetapi masih lagi
menghadapi berbagai-bagai masalah.
Disebabkan pengalaman sejarah perlembagaan dan
politik kenegerian yang berbeza-beza, kadangkala wujud
masalah tertentu dalam perhubungan di antara
Sabah/Sarawak dengan Semenanjung. Antara masalah
tersebut ialah:
Masalah geografi khasnya antara Sabah/Sarawak dengan
Semenanjung.
Keutamaan pembangunan yang berbeza-beza di antara
kerajaan pusat dan negeri.
Jurang psikologi yang luas di antara penduduk dan suku kaum
Sabah/Sarawak dan Semenanjung.
6

Definisi
Integrasi ialah satu proses menyatupadukan pelbagai
kumpulan etnik (rakyat pelbagai kaum) yang mempunyai
perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem
sosial dan satu wilayah bagi mewujudkan identiti nasional
kearah membentuk negara bangsa.
Usaha-usaha untuk mewujudkan satu identiti wilayah
dan mengurangkan atau akhirnya menghapuskan sama
sekali kesetiaan yang sempit terhadap sesuatu daerah.
Jika diperhalusi kehendak integrasi itu, akan kelihatan
satu unsur penting di dalamnya iaitu kumpulan etnik yang
bersatu padu, sekalipun mereka berlainan latar belakang,
masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu
kelompok yang sama.
7

Samb...
Di Malaysia integrasi mencakupi dua peringkat, iaitu
integrasi diperingkat rakyat dan integrasi diperingkat
negara
Integrasi diperingkat rakyat ialah mewujudkan
kerjasama, keharmonian dan perpaduan antara kaum
(masyarakat pelbagai kumpulan etnik)
Integrasi diperingkat negara ialah mewujudkan
kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan
negari, antara kerajaan negari dengan kerajaan
persekutuan dan tidak ketinggalan juga antara
Semenanjung Malaysia dengan Sabah/Sarawak.
Istilah yang sering diguna ialah Integrasi Nasional
8

Matlamat Integrasi Nasional


Perpaduan negara dan keharmonian kaum serta
mewujudkan persefahaman
Mengurangkan perbezaan psikologi di antara
kumpulan etnik
Mengatasi masalah perbezaan geografi di
antara kumpulan etnik
Merapatkan perhubungan dan interaksi
kumpulan etnik.
Mewujudkan identiti bersama iaitu simbol
kesetiaan dan komitmen terhadap konsep
Nasionalisme Malaysia.
9

Pelan Tindakan Kearah Masyarakat


Berintegrasi
Dasar-dasar Kerajaan:
Rukun Negara
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Wawasan 2020
Konsep 1 Malaysia
Jabatan Perpaduan Negara
10

Rukun Negara
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah
dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu
setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Tujuan Rukun Negara Diperkenalkan:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya
Memelihara cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden:
11

Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

12

Dasar Ekonomi Baru


Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi
sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak
kemerdekaan 31 Ogos 1957, bangsa Melayu masih tertinggal jauh
dari segi ekonomi dan pendidikan memandangkan majoriti orang
Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih
terkehadapan dengan menguasai perniagaan dan bidang ekonomi
lain memandangkan mereka tinggal di bandar dan menguasai
perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu
yang merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di
bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula,
mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun
sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan
kesetiaan kepada Tanah Melayu. Bagi masyarakat Cina yang terdiri
dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah
Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak
memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu.
13

Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi
di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana
Menteri Tun Abdul Razak Dato Hussein. Matlamat tersurat DEB
adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional
dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata
iaitu untuk:
1. mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang
pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
2. mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia
untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat
mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.

14

Dasar Pembangunan Nasional


Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi
Malaysia yang digunakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya
hampir serupa dengan DEB.
Fokus
Membasmi golongan miskin
Menyusun semula masyarakat
Membantu golongan yang susah
Objektif
Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan
politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar
Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika,
moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil
dan kecemerlangan ekonomi
15

Dasar Pembangunan Nasional


Program
Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek
Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi
Menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam
sekitar
Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan
Meningkatkan kerohanian diri

16

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di
kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahak nya
diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti
kan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas
kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan
melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam
tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan
Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun
1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk
memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu
masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat
dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979

17

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Rasional Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang
tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan,
pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem
Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat
pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan
menekan semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini
mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila
Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu,
langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan
kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang merdeka dan
mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

18

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:
Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
utama;
Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah;
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan
bersepadu;
Mengadakan peluang pendidikan asas selama Sembilan tahun;
Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas
kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar
bandar atau pendalaman;
19

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan pada 1971 di Malaysia.
Ia lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan
dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara
Malaysia.
Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui
kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama
Islam. Pendekatan ini digantikan dengan dasar Bangsa Malaysia oleh
Dr. Mahathir selepas beliau menjadi Perdana Menteri.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
1. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada
kebudayaan rakyat asal rantau ini.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.
3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
20

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

nenek-moyang bangsa kita yang mendiami rantau nusantara ini


meninggalkan pusaka kebudayaan yang kaya-raya dan tinggi
mutunya. Maka itu, sudah sewajarnya kita menerima gagasan
bahawa kebudayaan kebangsaan yang sedang dibentuk dan
dicorakkan itu hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini. Bagaimanapun, patutlah juga kita mengambil unsurunsur kebudayaan lain yang datang ke rantau ini dan membawa
pengaruh-pengaruh ke atasnya semenjak beberapa lama supaya
pengaruh-pengaruh yang bermanfaat dapat menyegarkan dan
menentukan corak kebudayan Malaysia bagi masa hadapan.
Namun, haruslah diingat, dalam mencari bentuk dan menentukan
corak kebudayaan kebangsaan, kita tidaklah melupakan hakikat
masyarakat kita berbilang bangsa. Kita hendaklah sentiasa
berpandu kepada cita-cita membentuk satu negara di mana
rakyatnya dari berbagai kaum dan golongan dapat dijalin dalam
satu ikatan yang padu. Saya percaya selagi kita sedar dan insaf
akan hakikat ini, kita tidak akan melencong dari matlamat
mendirikan bangsa yang bersatu. (Tun Abdul Razak: 1971)

21

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Saling menyesuaikan di antara unsur-unsur sesuatu
kebudayaan, atau
Proses menyatupadukan berbagai kelompok dalam
masyarakat melalui satu identiti bersama dengan
meminimakan perbezaan identiti masing-masing
contohnya:
Kaum Baba dan Nyonya di Melaka diintegrasikan ke dalam
kebudayaan Melayu dan mereka tetap kekal dengan agama
asal mereka dan tidak memeluk agama Islam sebagaimana
diamalkan oleh orang-orang Melayu.
Apa yang membezakan kaum Baba dan Nyonya di Melaka
dengan bangsa Cina lain ialah mereka mewujudkan identiti
yang tersendiri yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh
kebudayaan Melayu.
22

Wawasan 2020
Wawasan 2020 diperkenalkan oleh kerajaan ketika Tun Dr Mahathir
Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ianya bertujuan untuk
meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan
sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga
bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga
perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga
melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem
kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa,
serta juga keyakinan.
Sembilan matlamat utama Wawasan 2020:
1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat
yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang
aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam
keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri
daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik
dan dedikasi kepada negara.
23

Wawasan 2020
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram
dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga
dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup
gagah menghadapi pelbagai masalah.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang
mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang
boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara
membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika,
dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian
dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat
Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan,
dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama
meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
24

Wawasan 2020
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan,
yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu
sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri
sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau
orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang
kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini
merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan
negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian
sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi
bersaing, dinamik, giat dan kental.
25

Gagasan 1 Malaysia
1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan yang
diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009.
Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian
etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersamasama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman
tetapi secara evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu
dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah
ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju
Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang
seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima.
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap
menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia
perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan
bagi jangka masa panjang.
26

Gagasan 1 Malaysia
Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik
sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan
kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu
mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan
menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan
yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan
memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang
mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu
keluarga besar.
Slogan 1 Malaysia
2009 Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 Menjana Transformasi
2011 Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
2012 Janji Ditepati
27

Jabatan Perpaduan Negara

Maksud Perpaduan Negara. Satu keadaan di mana rakyat dari


pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman
sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang
penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Maksud Integrasi Nasional. Satu proses dinamik untuk merapatkan
masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara
negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak,
untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya
sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Maksud Bangsa Malaysia. Satu bangsa yang bersatu padu,
mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan.
Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik.
Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang
sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik
dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut.
28

Jabatan Perpaduan Negara


Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata
pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius
diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti
yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Matlamat:
Memupuk semangat perpaduan rakyat antara kaum dan sesama
kaum serta mengukuhkan integrasi nasional ke arah pembentukan
satu bangsa Malaysia yang bersatupadu.
Memperkasakan komuniti (Community Empowerment).
Mengukuhkan jaringan (networking) dengan agensi-agensi kerajaan,
badan-badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta serta agensi dan
pertubuhan di peringkat antarabangsa.
Memperkukuhkan amalan dan penghayatan nilai-nilai murni serta
semangat patriotisma di kalangan masyarakat.
Memperkukuhkan amalan tadbir urus (Good Governance) dalam
pengurusan pejabat.
29

Jabatan Perpaduan Negara


Visi dan Misi
Menjadi agensi peneraju utama untuk memelihara, meningkat dan
memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di
Malaysia.
Mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan
keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan,
Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia.
Kumpulan Sasar
Skim Rukun Tetangga
Tabika Perpaduan
Permata Negara
Kelab Rukun Negara
Perkongsian Pintar
30

Pelan Tindakan Kearah Masyarakat


Berintegrasi
Peranan Masyarakat:
Rukun Tetangga
Rumah Terbuka
Difusi Budaya
Peranan NGO
Rakan Cop
ABIM
Aliran
Majlis Belia Malaysia
Lain-lain

31

Rukun Tetangga
Sejarah. Ditubuhkan pada tahun 1975. melalui satu akta yang dikenali
sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75).
Matlamat:
Menjamin keselamatan penduduk setempat
Merapatkan hubungan antara kaum
Membangun masyarakat setempat
Peranan:
Menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu
malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan
kejiranan.
Menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kebajikan,
kemasyarakatan dan pendidikan
Menganjurkan program untuk meningkatkan perpaduan dan integrasi
kaum.
Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah
ditubuhkan di seluruh negara
32

Rumah Terbuka
Rumah terbuka bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh
penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman
di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidaklah bertujuan
mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Biasanya
rumah terbuka diadakan di padang atau di dalam dewan.
Sebelum ini, konsep rumah terbuka dijalankan secara kecil-kecilan
di mana tuan rumah menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi
menikmati juadah yang disediakan. Rakan dari kaum Melayu, Cina,
India dan lain-lain turut dijemput.
Amalan rumah terbuka memberi kefahaman kepada rakyat bukan
Islam tentang nilai hidup ajaran Islam yang menganjurkan sifat
berbaik-baik sesama manusia.
Amalan ini sesuatu yang unik bagi Malaysia, Ia telah menyumbang
kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara kita. Rakyat
pelbagai agama dapat gambaran sebenar mengenai ajaran Islam
yang selama ini telah disalah anggap.
33

Difusi Budaya
Difusi budaya adalah salah satu bentuk penyebaran unsur-unsur budaya
dari satu tempat ke tempat lainnya atau dari satu kumpulan etnik
kepada satu kumpulan etnik lain.
Bentuk Penyebaran budaya melalui pelbagai cara, antaranya:
Adanya individu-individu tertentu yang membawa unsur-unsur
budayanya ke tempat yang jauh. Misalnya orang Cina membawa
budaya mereka hingga ke Amerika Syarikat.
Penyebaran unsur-unsur budaya yang dilakukan oleh individu-idividu
dalam suatu kelompok dengan adanya pertemuan antara individuindividu kelompok yang lain. Disinilah terjadi proses difusi budaya
dimana mereka saling mempelajari dan saling memahami antara
budaya mereka masing-masing.
Cara lain adalah adanya bentuk hubungan perdagangan, dimana
para pedagang masuk ke suatu wilayah dan unsur-usur budaya
pedagang tersebut masuk ke dalam kebudayaan penerima tanpa
disengaja.
34

Difusi Budaya

Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu ini telah
membina asas peradaban yang mantap sebelum bertembung dan
melalui Proses Difusi Budaya.(Menerima Budaya orang lain ke
dalam Budaya sendiri).
Peradaban Islam serta Peradaban India amat mempengaruhi
pembangunan peradaban Melayu di Asia Tenggara.
Hari ini kita dapati proses difusi budaya sedang berlaku dikalangan
masyarakat Malaysia secara perlahan-lahan

35

Rakan Cop
RAKAN COP bererti rakan Polis. 'COP' adalah singkatan dari perkataan
"Cooper" yang diberikan kepada anggota Polis.
RAKAN COP medium perantara untuk merapatkan jurang antara Polis dan
masyarakat.
Matlamatnya ialah:
Menggalakkan pembabitan orang ramai, pertubuhan-pertubuhan
masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan swasta supaya menjadi 'mata dan
telinga' Polis
Menggalakkan interaksi dua hala antara orang ramai dengan polis melalui
saluran yang ditetapkan
Bersama-sama memerangi dan mencegah jenayah
Menggalakkan semua pertubuhan masyarakat dan agensi berkaitan untuk
mewujudkan PUSAT SEHENTI (One Stop Centre) untuk memudahkan Polis
memyalurkan maklumat melalui CCC dengan cepat dan tepat.

36

Rakan Cop
Antara impak positif dari perlaksanaan program RAKAN COP adalah:
Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam
pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah jenayah dan
keselamatan jalanraya.
Mengeratkan hubungan mesra antara Polis dan masyarakat. Ini
sekali gus akan meningkatkan keyakinan masyarakat kepada
PDRM.
Memberi maklumat tepat untuk manfaat masyarakat.

37

Angkatan Belia Islam (ABIM)


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah
didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966.
Aktiviti:
1. Pendidikan Islam
2. Latihan Kepimpinan dan Ketrampilan
3. Kesukarelawanan
4. Pembangunan dan Kebajikan Sosial
5. Keusahawanan dan Ekonomi
6. Pembangunan Wanita Islam dan Keluarga
7. Bantuan Kemanusiaan
8. Pembelaan Hak-Hak Agama dan Masyarakat
9. Jaringan Antarabangsa
10.. Dakwah kepada Golongan Bukan Islam

38

Angkatan Belia Islam (ABIM)


11. Pembinaan Kualiti Generasi Pelajar dan Remaja
12. Integrasi Belia Malaysia
13. Kesedaran Alam Sekitar
14. Penerbitan Akhbar, Majalah dan Buku-buku
15. Seni Budaya dan Kesusasteraan Islam

39

Aliran

40

Majlis Belia Malaysia


Pengenalan. Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan
dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar
di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila
Perlembagaan MBM diterima. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia
dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
Objektif:
Menggalak dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang
positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara.
Merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan
persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia
antarabangsa.
Menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang.
Memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawanan di
kalangan pertubuhan belia.

41

Majlis Belia Malaysia

Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani,


jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan
yang mempunyai minat dalam perkara ini.
Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab
berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.
Contoh Organisasi Belia Berkaitan Agama
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
4. Majlis Belia Hindu Malaysia
5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia

42

Integrasi Menurut Perspektif Islam


Intergrasi dalam perspektif Islam ialah perpaduan kaum yang
tidakmengambil kira warna kulit, bangsa,/kaum dan budaya dengan
menjaga adab-adab berkomunikasi dengan sesuatu kaum tanpa
menyentuh sensitiviti agama sesuatu kaum.
Integrasi menurut Islam bukan hanya dikalangan masyarakat Islam
bahkan di kalangan masyarakat bukan Islam
Islam menyarankan supaya kita menjalin hubungan baik dengan cara
bertolak ansur, saling menghormati dan bantu membantu antara satu
sama lain
Integrasi hanya akan berjaya sekiranya semua masyarakat
bekerjasama serta memberi komitmen yang jitu
Asas Integrasi Dalam Islam
Agama
Al-Quran
Taqwa
43

Integrasi Menurut Perspektif Islam


Strategi Integrasi Islam
Kembali kepada ajaran Islam
Membina kefahaman
Memperkukuh hubungan ulama & umara
Pendidikan
Persekitaran yang baik
Menjauhi punca persengketaan
Menghargai nilai perpaduan
Mempraktikkan amalan syura

44

Integrasi Menurut Perspektif Islam


Kesan perpecahan
Mengurangkan kesempurnaaan iman
Mencemarkan imej Islam
Mendatangkan kemurkaan Allah
Dijajah dan ditindas musuh
Menghilangkan rahmat Allah
Hilang kehebanatn Ummah
Umat Islam akan mundur dan memberi kesan negatif kepada
pembangunan umat dan negara

45

Bab 6
Selesai bab 6.
Anda akan didedahkan pula topik bab 7

46

You might also like