You are on page 1of 26
CO UM Bebe PENDIDIKAN ‘Universiti Sains Malaysia JARAK JAUH JMG 107 _ PENGANTAR GEOGRAFI MODUL 1 - 2 RAZALI IBRAHIM PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JMG 101 - PENGANTAR GEOGRAFI MODUL 1-2 Panduan kursus 1—Penerangan umum mengenai kursus pengantar geografi 2~ Bahan Kursus 3— Buku Teks 4 Susunan Kursus 5 — Tutorial (Cotaken Semuta PPPJJ, 2011 © Hakcipta, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM. Hakcipta terpelihara. Dilarang menerbitkan mana-mana bahagian atau membuat sebarang pindaan ke atas naskah kursus ini dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Dicetak oleh : Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Penerangan Umum Mengenai Kursus Pengantar Geografi Kursus ini direkabentuk untuk memenuhi keperluan pelajar- Pelajar yang ingin mendalani geografi sebagai satu disiplin lanjutan kepada apa yang mereka pelajari pada peringkat sekolah menengah. Tujuan utama kursus ini (dalam bentuk Modul) ialah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar pada Peringkat universiti mengenali tentang beberapa aspek utana dalam geografi. Setiap unit (pelajaran) memperkenalkan pelajar-pelajar kepada corak dan perkembangan geografi sebagai satu disiplin. Pengolahan begini difikirkan perlu kerana bidang geografi telah berubah dari masa ke masa. Dahulu tumpuan adalah lebih 'deskriptif! tetapi kini berorientasikan ‘penyelesaian masalah' dan analisis. Kursus ini secara ringkas cuba memberi jawapan kepada persoalan-persoalan: apa dia geografi? apa ahli geografi buat? apa kegunaan geografi? Kursus Pengantar Geografi dibahagikan kepada empat (4) bahagian bagi memudahkan seseorang pelajar mengetahui akan "geografi' iaitu: 1, Geografi sebagai satu disiplin 2. Tradisi dan konsep dalan geografi 3. Data geografik, kaedah penelitian dan analisis 4, Bidang-bidang geografi Bahagian pertama membincang persoalan pokok mengenai geografi. Bahagian kedua membicara tentang kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli geografi serta pembentukan tema dan konsep utana dalam geografi. Bahagian ketiga mongkaji kaedah dan teknik dalam analisis geografi. Bahagian terakhir (keempat) menyentuh tentang bidang-bidang geografi, bermula dengan 1 0Bf= ofa kajian wilayah sehinggalah kepada kajian sistematik. Adalah diharapkan bahawa kursus ini dapat momupuk minat pelajar kepada kefahaman dan kajian yang bercorak geografi. Dalam hal ini teks yang dicadangkan pada akhir setiap unit (pelajaran) menjelaskan lagi aspek-aspek yang dibincangkan dalam unit tersebut. —— Kane TER? YY Kursus Pengantar Geografi adalah berguna kepada mereka yang ingin major dalam geografi di peringkat universiti. Kursus ini juga melengkapkan matapelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah. Oleh itu’seseorang yang berminat untuk mengetahui tentang perkembangan dalam geografi secara mendalam perlu menganbil kursus ini sebagai kursus asas. Kursus ini dibentuk khusus bagi mereka yang mempunyai latarbelakang geografi pada peringkat sekolah menengah atas. Pelajaran yang dikemukakan cuba memperkenalkan sebahagian daripada konsep-konsep asas yang digunakan oleh ahli-ahli geografi serta fakta-fakta alam sekitar yang menjadi latar belakang kepada konsep-konsep itu. Selain daripada memahami istilah, konsep dan prinsip asas, seseorang pelajar akan mengetahui cara membuat peta dan komponen-komponennya seperti mengira sekala, arah dan ukuran. Selanjutnya, kecekapan dalam kaedah kuantitatif adalah perlu bagi mereka yang ingin mengkhusus dalam geografi. Bahan Kursus Kursus ini dibuat dalam bentuk modul. Ada lima (5) modul yang meliputi empat bahagian pokok dalam geografi. Ini bermakna bahawa modul-modul bukanlah sesuatu yang mutlak tetapi hanya merupakan pentafsiran pengarang terhadap apa yang seseorang pelajar Pengantar Geografi perlu tahu tentang geografi. ef a4 Modul 1 membincang sebahagian daripada konsep asas dalam geografi. Aspek-aspek yang diliputi termasuklah konsep Tuang, terutamanya ruang bumi yang lazim digunakan dalam sistem rujukan samaada dalam konteks lokasi mutlak dan relatif. Terdapat 5 pelajaran dalam Modul 1 iaitu: Konsep penghuraian ruang 2. Permukaan bumi 3. Takrif perkara-perkara 'geografikal* 4, Bidang minat dan fenomena yang relevan dengan manusia 5. Taraf geografi hari ini dan peranannya kepada masyarakat Penekanan dalam Modul 2 ialah kepada kepelbagaian dalam geografi. Modul 2 menyentuh tentang bagaimana kepelbagaian tersebut dapat dibahagikan kepada empat bungkusan (atau dikenali sebagai tradisi). Pelajaran-pelajaran berikut menberi satu sorotan mengenai tradisi dalam geografi. 1. Manusia dan alam sekitar 2. Pandangan reruang 3. Kajian kawasan 4. Tradisi sains bumi 5. Pandangan kontemperori (kelakuan) Modul $ menghurai bagaimana data dalam kajian-kajian geografi dikutip dan dianalisa. Modul ini menumpu kepada jenis data yang dikutip, kaedah membuat pengamatan dan analisa. 5 /- Eisie Pelajaran-pelajaran yang terkandung dalam Modul 3 ialah: 1, Jenis data geografikal 2. Teknologi dalam penelitian dan pengamatan 3. Prosedur menganalisa data Modul 4 membincang secara lebih terperinci tentang tradisi kajian kawasan. Ada 4 pelajaran dalam modul ini yang meliputi konsep wilayah, masalah pengwilayahan dan pagaimana ubahsuaian dalam kajian kawasan menghasilkan Kajian sistematik. Empat pelajaran dalam modul ini adalah seperti berikut: 1. Konsep wilayah 2. Analisis wilayah 3. Jenis-jenis wilayah 4. Paras resolusi Modul 5 merupakan modul akhir dan mengandungi tiga pelajaran. Modul ini cuba memperkenalkan pelajar pendekatan baru dalam bidang geografi di mana sesuatu kajian atau fenomena itu dilihat secard bersepadu. Tiga pelajaran yang dikemukakan “alah. 1. Analisis reruang 2. Analisis alam sekitar 3. Analisis wilayah Kelebihan melihat sesuatu permasalahan melalui tiga pendekatan di atas ialah hasil penyatuan elemen-elemen a0 16/- -6- geografi fizikal dengen elemen-elemen geografi manusia melalui teknik-teknik kuantitatif serta bantuan teknologi moden. Pendekatan baru ini juga menampakkan dengan jelas hubungan atau pertalian di antara geografi dengan disiplin sains tulen dan sains sosial. Buku_Teks Terdapat beberapa buku teks yang difikirkan dapat membantu seseorang pelajar mengikuti kursus Pengantar Geografi. Pelajaran-pelajaran yang terkandung dalam modul disusun untuk memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Namun begitu kebiasaan membaca buku teks difikirkan perlu untuk seseorang pelajar mengalami dunia akademik. Berikut adalah senarai lima buku teks yang diperakukan: 1. HAGGETT, P. 1979 : Geography: 4 Modem Syntheats. New York: Harper & Row 3 ed. 2, GETIS, A.J. Getis § J. Fellman, 1981 : Geography New York: Macmillan Publishing Co., Inc. 3. de BLIJ, H.J, 1974 : Essentials of Geography: Regions and Concepts. New York: John Wiley § Sons, Inc. 4. MORRIL, R.L. 1970 : The Spatial Organtaation of Society. Belmont, Cal.: Duxbury Press. 5. RAISZ, E, 1948 : Genenal Caytography. New York: McGraw - Hill Book Co., -7- Buku Peter Haggett ditulis untuk pelajar yang belum mengambil apa-apa kursus geografi. Buku ini menunjukkan bagaimana konsep asas dan latarbelakang alam sekitar digunakan oleh ahli-ahli geografi dalam penjelasan mereka mengenai sesuatu kejadian. Tumpuan buku ini ialah kepada idea dan konsep. Penulis memperakukan supaya pelajar membaca bab-bab 1 - 3, 6, 13 § 14, 23 dan 25. Buku Getis adalah juga untuk menbantu seseorang pelajar mengenal tentang apa yang disebut sebagai 'geografi'. Buku ini membentangkan bidang-bidang’ dalam geogtafi mengikut empat tradisi utama iaitu tradisi sains bumi, tradisi budaya-alam sekitar, tradisi lokasi atau ruang dan tradisi kajian kawasan. Bab-bab 1, 4, 8, 10 - 12 merupakan bab- bab utama yang membolehkan seseorang pelajar mengetahui tentang skop satu-satu bidang dalam geografi. Buku Harm J. de B1ij menumpukan kepada kajian dalam tradisi kajian kawasan, Buku ini menghurai bagaimana idea konsep dan konsep wilayah dan kaedah mewilayahkan sesebuah ruang dihubungkaitkan dengan wilayah dunia sebenar. Untuk memahami tentang hal ini-pelajar perlu membaca prakata, bab 1 dan 10 serta bab-bab mengenai wilayah Asia Tenggara. Buku Richard Morril membicara teori organisasi reruang dan bagaimana tingkah laku mencorak aktiviti-aktiviti sosial dan ekonomi manusia. Kandungan buku ini agak sukar diikuti oleh pelajar yang tiada asas dalam geografi. Penulis menasihati pelajar mominta pertolongan tutor kursus Pengantar Geografi menjelaskan pengertian sebahagian besar daripada konsep-konsep yang terdapat dalam buku ini. Tidak ada bab spesifik yang diperakukan sebagai bahan bacaan tambahan pelajar. Namun begitu pelajar-pelajar 2 B/> 8: perlu menbiasakan diri dengan teks seperti ini terutamanya bagi mereka yang bercadang untuk major dalam geografi. Buku Erwin Raisz, walaupun sudah lama masih lagi terpakai kerana ianya menyentuh mengenai teknik membuat peta. Penulis memperakukan supaya pelajar membaca bahagian 2 - Susunan Kursus Pelajar diingatkan bahawa sebagai langkah aval penyediaan masa yang cukup amatlah penting. Pada anggaran penulis seseorang pelajar harus bersedia secara purata untuk menggunakan 3 jam bagi setiap pelajaran. Ini tidak bermakna bahawa masa tersebut perlu wujud dalan satu blok. ‘Apa yang penting ialah dengan apa cara pun, seseorang pelajar perlu menahami setiap pelajaran dengan betul. Semasa belajar adakan satu pelan penbelajaran khusus untuk kursus ini untuk memudahkan lagi pelajar mengukur kemajuan- nya dari segi kefahaman tentang satu-satu modul atau satu- satu pelajaran dalam modul itu sendiri. Pelajaran perlu dibaca mengikut susunan. Ini bermakna seseorang pelajar dinasihatkan untuk mengikuti kursus secara berperingkat. Hindarkan daripada kebiasaan meloncat mana-mana pelajaran atau bahagian yang menjemukan atau sukar difahami. Sekiranya terdapat bahagian yang sukar, dapatkan bantuan daripada tutor kursus. Sekiranya tutor kursus tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan sila hubungi pengurus kursus di Pusat Pengajian Luar Kampus. Berikut penulis mengemukakan satu rangka pembelajaran sebagai panduan. Sila atur masa sendiri supaya ianya bersesuaian dengan rangka pembelajaran ini. + 9/- Julai Ogos September Oktober November Disember Januari Modul 1 - Pelajaran 1 - Pelajaran 2 dan 3 - Pelajaran 4 dan 5 Ulangkaji Modul 2 - Pelajaran 1 dan 2 = Pelajaran 3 dan 4 - Pelajaran 5 Ulangkajit Modul 3 - Pelajaran 1 - Pelajaran 2 - Pelajaran 3 Ulangkaj Ulangan - Modul 1 = Modul 2 ~ Modul 3 : KURSUS INTENSIF (USM) ~ sama - Modul 4 - Pelajaran 1 dan 2 ~ Pelajaran 3 dan 4 Ujangkaji Modul 5 - Pelajaran 1 ~ Pelajaran 2 - Pelajaran 3 Ulangan ++ +10/- & Esei - Persediaan ~ Penulisan 4 Ulangan - Modul 4 Modul 5 Modul 1 dan 2 dan 3 ays2y Modul 3 (1/2), 4 dan 5 PEPERIKSAAN Pelajar diingatkan bahawa Jadual Pembelajaran cadangan ini bertujuan untuk menbolehkan beliau mengatur penjadualan kursus-kursus lain. Cuba gunakan minggu ulangkaji dengan baik dan pastikan bahawa penulisan esei perlu difikirkan lebih awal lagi. Sckiranya seseorang pelajar gagal menyerahkan eseinya ke Pusat Pengajian Luar Kampus pada tarikh yang ditetapkan beliau perlulah menghubungi Pusat Pengajian Luar Kampus (dan pengurus kursus) pada tarikh itu juga melalui telegram dan disusuli dengan surat menjelaskan butir-butir mengapa esei tidak dapat disiap dan diserah pada tarikh tersebut beserta dengan sokongan atau akuan tutor kursus. Tutorial Selain daripada modul dan buku teks, seseorang pelajar yang mendaftar kursus ini perlu menghadiri tutorial yang akan dikendalikan oleh tutor kursus. Menghadiri tutorial adalah perlu dan tindakan atau penalti akan dikenakan kepada weell/> -u- seseorang pelajar yang gagal menghadiri 70% daripada jumlah tutorial yang dijalankan mengikut peraturan Pusat Pengajian Luar Kampus. Seseorang pelajar perlu menbuat persediaan sebelum menghadiri sebarang tutorial. Sila berjumpa dengan tutor kursus tentang program pengendalian tutorial. Pelajar digalakkan menyertai setiap tutorial secara aktif. Ini bermakna menghadirkan diri sahaja tidak mencukupi. Biasakan diri dengan mengemukikan pendapat tentang sesuatu idea atau konsep yang dipelajari dalam pelajaran sebelumnya, Tutor kursus akan membimbing dan memberi penjelasan. Sekiranya kelas memikirkan bahawa prestasi tutor kursus tidak memuaskan sila secara kumpulan hubungi Pusat Pengajian Luar Kampus dan kemukakan aspek-aspek ketidakpuasan kelas itu. Kejayaan kelas bergantung kepada anggota kelas dan juga interaksi antara anggota kelas dengan tutor kursus. Ini adalah kerana hubungan di antara pelajar dengan pengurus kursus adalah secara tidak terus. Kejayaan sesebuah kelas bergantung kepada keaktifan pelajar dan bimbingan yang baik daripada tutor kursus. - Penulis mengemukakan tajuk-tajuk tutorial bagi perbincangan kelas. Tajuk-tajuk ini disusun mengikut modul dan pelajaran (sila rujuk kepada jadual pembelajaran kursus), Tutor kursus akan menbuat perincian mengenai bila dan cara mana tutorial akan dijalankan. we 2/~ -12- Sepuluh tajuk tutorial ialah: 1. Konsep ruang, lokasi, kawasan, tempat. Bagaimana Konsep-konsep ini berperanan dalam geografi. 2, Takrif dan bidang yang menjadi teras kepada kajian geografikal. 3. Tradisi dan idea dalam geografi. 4. Pendapat kontemperori mengenai geografi. 5S. Jenis-jenis data geografi dan kaedah penjelasan tentang sesuatu kejadian. 6. Peranan peta dalam geografi. Aspek-aspek utama dalam penetaan. 7. Bidang-bidang geografi. 8. Kajian kawasan. 9. Kajian-kajian spesifik dalam beberapa bidang geografi. 10. Kajian sistematik dan bersepadu. qutor kursus dan Kelas boleh juga merangkakan tajuk-tajuk tutorial yang lain dengan berpandukan pelajaran-pelajaran dalam modul. 2 3/- - 13 - MODUL 1 : KONSEP ASAS DALAM GEOGRAFT aa 1.2 1.3 14 1s Pengajian geografi - satu titik permilaan Permukaan bumi Takrif perkara-perkara 'geografikal' Bidang minat dan fenomena yang relevan kepada manusia Status geografi hari ini dan peranannya kepada masyarakat. se 1d/= -u4- MODUL 1: PELAJARAN 1 PENGAJIAN GEOGRAFI - SATU _TITIK PERMULAAN 1, Pendahuluan 2, Tujuan dan Objektif 3. Konsep Penghunian Ruang 4, Sistem Rujukan Reruang 5. Dimensi Ruang Relatif 6. Ruang dan Masa 7. Rumusan - wee 1S/- - 15 - Pendahuluan Pengajian geografi sebagai satu bidang ilm mengenai habitat dan pertalian di antara manusia dengan alam bermula sejak beberapa abad yang lalu. Rekod-rekod awal yang dianggap sebagai berbentuk geografi termasuklah rekod-rekod mengenai ilmu alam secara umum dan khususnya ilmu bumi. Sebagai contoh, pertanyaan mengenai apa yang terdapat di kaki langit merupakan satu pertanyaan mengenai APA dan DI MANA yang sehingga hari ini masih menjadi elemen utama dalam pengajian geografi. Persoalan mengenai APA dan DI MANA boleh diselesaikan melalui konsep penghunian ruang di permukaan bumi. Konsep mutlak dan lokasi_relatif sesuatu objek atau fenomenon. Penghunian ruang yang ini menitikberatkan kepada lokas dimaksudkan dalam pengajian geografi ialah khusus kepada ruang bumi (boleh disamaertikan sebagai permukaan bumi). Ini bermakna bahawa aspek mengenai cekrawala atau ruang angkasa terkeluar daripada pengajian geografi. Schubungan dengan aspek penghunian ruang, pengajian geografi menumpukan bidang pengamatannya kepada cara mana penyusunan ruang itu berlaku dikenali sebagai pola dan organisasi reruang Selanjutnya kajian mengenai manusia sebagai penghuni bumi dan bumi sebagai tempat tinggal merupakan sebahagian daripada pengajian geografi. Kajian ini lebih dikenali sebagai hubungan di antara manusia dan persékitaran = 6A 3. ato Dua bidang kajian dalam pengajian geografi ialah: Tujuan dan Objektif Tujuan pelajaran ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar penggunaan konsep ruang dan masa dalam kajian geografi. Objektif pelajaran ini ialah untuk menbolehkan pelajar- pelajar: 1. Membezakan ruang angkasa dan ruang bumi 2. Membezakan Konsep ruang, lokasi dan tempat 3. Membezakan jenis-jenis ruang dan masa yang lazim digunakan dalam kajian geografi 4. Menggunakan konsep ruang dan masa dalam huraian mengenai sesuatu peristiwa. Konsep Penghunian Ruang Ahli-ahli geografi menggunakan ruang sebagai satu dimensi vee] /~ | -17- utama dalam kajian mereka mengenai permukaan bumi. Dalam hal ini, pemerhatian mereka ialah mengenai penilaian ruang itu sendiri yang melibatkan aspek-aspek rujukan reruang dan sistem-sistem orientasi atau pandu arah. Ini bermakna bahawa ruang itu bukanlah sesuatu yang abstrak tetapi sesuatu yang nyata. Terdapat dua konsep ruang yang lazim dipakai oleh ahli-ahli geografi. Konsep pertama, ruang merupakan cantuman beberapa wilayah atau kawasan bumi. Konsep kedua, ruang difshamkan sebagai sesuatu yang berterusan, Kedua-dua konsep ini terpakai dalam pengajian geografi dan disatukan melalui dimensi ruang dan masa. Ruang yang menjadi tumpuan kajian ahli-ahli geografi ialah ruang bumi yang berbentuk sepiar dan tertutup. Tanya merupakan sesuatu yang nyata dan berbeza daripada pengertian ruang mutlak dalam pengajian fizik atau ruang angkasa dalam pengajian astronomi. Ruang bumi boleh dibahagikan kepada segmen-segmen yang berbeza saiznya dikenali sebagai kawasan. Harus diingat bahawa terdapat perbezaan dalam pengertian kawasan dan wilayah. Kawasan merupakan segmen ruang bumi yang sempadannya dibuat secara rambang. Sebaliknya, wilayah ialah sebuah kawasan yang mana sempadannya atau keluasannya ditentukan oleh satu set kriteria terpilih. SDT 1.2 Ruang buni bersifat dan oo 18/~ ge - 18 - SSS.1.1 Bezakan pengertian wilayah dan kawasan dalam konsep penghunian ruang Sistem Rujukan Reruang Rujukan di ruang bumi boleh dibuat dalam bentuk lokasi mutlak dan lokasi relatif, Dalam bentuk ini lokasi dimaksudkan sebagai satu posisi tertentu dalam ruang bumi lazimnya di permukaan bumi. Selain daripada lokasi, perkataan tempat juga digunakan yang membawa orti sesuatu lokasi spesifik di permukaan bumi. Oleh itu perbezaan di antara lokasi dengan tempat adalah bahawa perkataan ‘lokasi' boleh digunakan secara abstrak manakala perkataan ‘tempat’ merujuk kepada lokasi yang dikenalpasti dengan nyata dan tidak sekali-kali digunakan secara abstrak. Lokasi mutlak biasanya difahamkan sebagai satu titik atau poin yang boleh dikenali melalui sistem rujukan grid. Secara bersendirian suatu lokasi matlak merupakan tidak lebih daripada rujukan grid samada di peta ataupun di permukaan bumi. ialah 113068 ialah 139058 ialah ialah uu 12 13-14 Jarak AY ialah Jarak YB ialah Rajah I Sistem rujukan grid we e19/~ -19 - Selain daripada lokasi mutlak, ahli-ahli geografi juga mementingkan lokasi relatif. Konsep lokasi relatif digunakan untuk menghuraikan apa yang berlaku pada dua poin. Oleh itu penerangan mengenai hubungan, aliran, perbezaan, jarak dan sebagainya di antara satu poin dengan poin-poin sekelilingnya menjelaskan lagi bagaimana sesuatu fenomenon atau aktiviti itu berlaku. SSS 1.2 Apa dia lokasi relatif? Konsep lokasi relatif membantu ahli-ahli geografi dalam kajian mereka mengenai penyusunan dan agihan aktiviti ekonomi dan sosial serta hubungan di antara sebab dan akibat dalam penyelidikan geografi fizikal. Contoh: Kilang besi dan keluli Malayawata di Prai, Pulau Pinang. Lokasi mutlak - Kilang Malayawata terletak di rujukan grid (123456) peta topo Syit (Mata Labu), » Siri (.- Lokasi relatif - Kilang Malayawata terletak ¢ km. di selatan Butterworth dan y km. daripada Seberang Jaya. Hubungannya dengan tempat-tempat lain dari segi- . perhubungan pengangkutan 2.° bekalan bahan mentah 3. pemasaran barangan siap - 20 - enaga buruh Dalam contoh yang diberi, penerangan mengenai kilang Malayawata dibuat dalam konteks lokasi dan tempat serta hubungannya dengan poin-poin lain di sekelilingnya. SDT 1.4 Pekan saya terletak kilometer di bandar : Dimensi_Ruang Relatif Selepas memahami tentang lokasi, kita maju setapak lagi dan cuba memahami konsep ruang. Seperti mana yang kita ketahui manusia seperti juga haiwan lain memerlukan kawasan dan bertabiat suka menjelajah.. Dalam hal ini jarak' memainkan peranan penting dalam penyatuan hisupan seharian. Penentuan jarak bergantung kepada corak interaksi di antara individu, manakala corak interaksi pula berbeza dari satu kebudayaan ke satu kebudayaan. Secara umum kita boleh membahagi permukaan bumi kepada beberapa jenis dan peringkat ruang. Pada peringkat mikro seseorang boleh membezakan di antara yuang intim dengan ruang kerja. Ruang intim boleh difahamkan sebagai ruang yang melibatkan interaksi fizikal secara langsung di antara seorang individu dengan individu yang lain. Manakala ruang kerja ialah ruang yang diperlukan oleh seseorang dalam menjalankan kerjanya samada di bengkel, kedai, pejabat dan sebagainya. Bertolak daripada ruang intim dan ruang kerja kita melangkah ke ruang yang lebih luas dan ke peringkat makro iaitu ruang sosial. ee 21/= - 21- as SDT 1.5 Ruang intim ialah Pada sekala kejiranan, ruang sosial mencorak interaksi di antara individu dengan komuniti. Ini jelas kelihatan dengan melihat susunan rumah dan aktiviti masyarakat yang terdapat dalam sesuatu komuniti. Hubungan di antara satu Komunéti dengan komuniti-komuniti lain dapat dilihat dari segi jauh dekatnya komuniti-komuniti tersebut dan intensiti di antara mereka, Pada sekala yang lebih luas ruang sosial ini meliputi wilayah negeri, negara dan benua. Jadi dapat kita rumuskan bahawa kajian geografi mengenai aktiviti sosial dan ekonomi manusia dapat dilihat pada dua peringkat (mikro dan makro). Kajian mengenai ruang secara umum dan ruang relatif merupakan sebagai salah satu cabang dalam geografi untuk menjelaskan ‘di mana" sesuatu fenomenon itu wujud dan hubungan di antara poin-poin (lokasi dan tempat) di permukaan bumi. SSS 1.3 Beri contoh-contoh yang sesuai untuk menjelas dan membezakan jenis-jenis ruang (intim, kerja, sosial) Ruang dan Masa Huraian pada bahagian yang lalu ialah kepada ruang sebagai satu dimensi kajian geografi. Pada bahagian ini kita lihat bagaimana persoalan mengenai ruang (di mana) dikaitkan 2 22/= a hots -22- dengan masa (bila). Kedua-dua konsep ruang dan masa memainkan peranan utama dalam menjelaskan kelakuan dan peradapan manusia. Masa seperti juga ruang adalah sesuatu yang berterusan dan menjadi angka pembolehubah yang digunakan oleh ahli-ahli geografi untuk mengukur sesuatu peristiwa atau fenomenon. Untuk kegunaan manusia, masa yang mutlak dibahagi-bahagikan kepada jangka yang boleh difahami iaitu masa relatif. Contoh yang baik dalam konteks masa relatif ialah penyelarasan masa Malaysia Timur dengan masa Malaysia Barat. Dahulu masa Malaysia Timur adalah 30 minit lebih awal daripada masa Malaysia Barat tetapi sckarang tidak lagi. Masa yang lazim digunakan sebagai poin rujukan ialah masa - seperti yang tercatit oleh jam yang dinamakan sebagai, waktu, Ada lagi cara lain untuk mengukur waktu termasuklah hari, minggu, bulan, musim, tahun dan abad. Jenis-jenis masa yang biasa digunakan dalam kajian geografi ialah yang berpengertian tempoh, lokasi dan gantian. Tempoh ialah ukuran kadar masa berlalu (berapa lama? berapa laju?) Masa dalam konteks lokasi digunakan untuk menbeza dan membahagikan masa kepada unit-unit (bila? pukul berapa?). Masa yang dimengertikan sebagai gantian membayangkan susunan terjadinya sesuatu peristiwa (masa silam, sekarang atau hari ini, akan datang). 2 623/- ue Sesuaikan rangkap yang terdapat di Bahagian A dengan jenis masa di Bahagian B. Bahagian A Bahagian B pukul tiga pagi lokasi, 30km sejam gantian dalam masa 10 hari ‘tempoh satu abad yang lalu petang esok sekarang juga di msim bunga 20 saat dari sckarang Pelajaran ini adalah mengenai konsep ‘fuang dan masa. Kedua-dua konsep ini merupakan dimensi utama dalam kajian geografi dan penggunaan ruang dan masa dibuat secara mutlak dan juga relatif. Seterusnya kedua-dua konsep tadi dihubungkaitkan dengan faktor jarak dan jajahan yang berteraskan kepada lokasi. Ini bermakna sesuatu fenomena dalam kajian geografi boleh dilihat dalam empat dimensi (apa, di mana, bagaimana, mengapa) . 2 24/= Bio Buat huraian ringkas mengenai satu peristiwa dengan menggunakan persoalan apa, di mana, bagaimana dan mengapa. Rangka Jawapan Kepada Soalan Semak Sendiri SSS 1.1 Kawasan - umum, rambang Wilayah - spesifik, mengékut kaedah tertentu SSS 1.2 jarak di antara lokasi (jauh, dekat, terlampau jauh, paling hampir) Contoh: i) Bandar A terletak 5 km ke selatan Bandar B ii) Bandar C adalah lebih jauh dari Bandar F (dari tempat X) 38 we x F we 5 km \ oA SSS 1.3 ruang intim - jarak di antara dua peninju dalam satu gelanggang - jarak di antara dua kekasih semasa berdua-duan xuang kerja - susunan meja pekerja di sebuah pejabat am ~ susuna ruang kerja di sebuah kilang 22 25/-

You might also like