You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA MAS

06400 POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN


email:kba2043.ppdkotasetar@gmail.com
Tel: 04-7170179
KEDAH AMAN MAKMUR. BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI
Ruj. Kami
Tarikh

: SKTM 60/002/17( )
: 23.08.2015

Kepada,
Dato Hj Ahmad bin Ishak,
Ketua Pengarah FAMA @
Pengerusi FAMA Corporation Sdn Bhd,
Fama Point Building, Lot 17304,
Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN SET PERALATAN PA SISTEM UNTUK KEGUNAAN
SEKOLAH
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah kami memohon jasa baik dato agar
dapat menyumbang Set Pa System seperti lampiran yang disertakan:
3.
Sebagai makluman pihak tuan, set PA Sistem tersebut amatlah diperlukan bagi
melaksanakan segala aktiviti sekolah seperti majlis rasmi, mesyuarat, kuiz, pertandingan
akademik, perhimpunan sekolah dan perhimpunan harian. Set PA system yang sedia ada
telah mengalami kerosakan dan tidak boleh diperbaiki lagi.
4.
Sehubungan dengan itu, saya mewakili pihak sekolah memohon jasa baik dato
sekiranya dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan aktiviti sekolah seperti
dinyatakan di atas.
Kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(DURATULAIN BT MD NOR)
Guru Besar
Sk Telaga Mas
06400 Pokok Sena, Kedah.

You might also like