You are on page 1of 3

Jelaskan istilah-istilah yang berikut sebagaimana yang dibincangkan oleh para fuqaha dalam

konteks undang-undang jenayah islam.


i)

Liwat dan musahaqah.


Dalam konteks undang-undang Jenayah Islam, Dr. Musthafa Dib al-Bigha menyatakan

bahawa istilah liwat dimaksudkan sebagai hubungan seks melalui dubur antara lelaki dan lelaki.
Selain itu, liwat juga melibatkan hubungan seks antara lelaki dengan perempuan samaada dengan
isterinya sendiri atau bukan isteri. Manakala, menurut Al- Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni, liwat
bermaksud seorang lelaki yang menyetubuhi seorang lelaki yang lain.
Perbuatan liwat ini telah berlaku ketika zaman kaum Nabi Luth dimana Allah s.w.t telah
berfirman di dalam surah al-Araf ayat 80-81, Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia
berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah
dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu
mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan
kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada
berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini,
sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka Kami
selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari
orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang
membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.
Melalui firman Allah di dalam surah al-Araf tersebut, jelaslah bahawa perbuatan liwat adalah haram
dan hukumnya berdosa.
Musahaqah pula bermaksud melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks
diantara perempuan dengan perempuan dengan mengeselkan faraj dengan faraj mereka hingga
menimbulkan berahi diantara dua orang perempuan tersebut. Dalam erti kata lain, musahaqah juga
dikenali sebagai lesbian iaitu hubungan songsang antara dua orang perempuan.
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat dari segi maksud musahaqah
dikalangan fuqaha. Menurut Ibnu Qudamah didalam kitab Al-Mughni, jika bergesel dua wanita maka
kedua-duanya melakukan zina berdasarkan apa diriwayatkan daripada Nabi yang bermaksud,
Apabila seorang wanita mendatangi (menyetubuhi) seorang wanita maka keduanya berzina.
Manakala, menurut Iman Al-Alusi didalam kitab Ruhul Maani menyatakan bahawa musahaqah juga
dikategorikan sebagai liwat sepertimana yang terjadi pada zaman kaun Nabi Luth dimana sorang
wanita menyetubuhi wanita yang lain. Berdasarkan hadith Hudzaifah r.a, Rasullah s.a.w bersabda,
Sesungguhnya benarlah ucapan (Allah s.w.t) atas kaum Luth tatkala kaum wanita (daripada mereka)
merasa cukup dengan wanita dan kaum lelaki merasa cukup dengan lelaki. Hadis ini menunjukkan
bahawa kaum Luth pada zaman tersebut telah menyimpang dari ajaran agama Islam dengan
memuaskan nafsu mereka bersama pasangan sesama jantina.

ii)

Hudud dan Qisas


Sebahagian daripada para fuqaha mendefinisikan Hudud sebagai setiap hukuman yang

ditentukan dengan nass syarie dari Al-Quran atau al-Sunnah seperti hukuman kesalahanmencuri,
riddah dan lain-lain atau kesalahan qisas dan diyyah. Manakalaa, para fuqaha daripada Mazhab
Hanafi menyatakan bahawa Hudud adalah setiap hukuman yang ditentukan dan dikenakan sebagai
Hak bagi Allah s.w.t. Mengikut Mazhab Hanafi, jenayah Hudud dikategorikan sebagai merompak,
berzina, qadhaf, minum arak dan minum minuman yang memabukkan.
Sementara itu, Abd Qadir Audah menyatakan jumhur fuqaha menyetujui bahawa jenayah
hudud mengandungi zina, qadhaf, minum arak, curi, rompak, murtad dan penderhakaan.
Hudud juga bermaksud segala larangan oleh Allah s.w.t kerana ia adalah perkara-perkara
yang dilarang olehNya seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Baqarah:187 yang bermaksud,
Itulah batas-batas larangan Allah maka janganlah kamu menghampirinya.
Manakala, qisas pula bermaksud timbal balik. Dari segi istilah, qisas bermaksud hukum balas
balik yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Dalam erti kata lain, qisas bermaksud persamaan antara
kesalahan dan hukuman.
Dengan ciri-ciri keadilan, maka hukuman ke atas penjenayah adalah sama dengan
perbuatannya, seperti orang yang membunuh dihukum bunuh, orang yang melukakan orang lain di
hukum melukakan. Namun, bukanlah dengan perlaksanaan qisas itu dapat mengambil nyawa atau
melukakan seseorang itu dengan sewenang-wenangnya.
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin menyatakan bahawa qisas dapat dilaksanakan
sekiranya pesalah benar-benar mempunyai syarat, bukti dan saksi yang cukup untuk membuktikan
sesuatu jenayah tersebut betul-betul berlaku. Beliau juga menyatakan bahawa hikmah Qisas
berdasarkan Al-Quran adalah masyarakat akan lebih menyedari tentang akibat perbuatan sesuatu
jenayah, contohnya membunuh, dan mereka akan beringat dan takut untuk melakukannya. Oleh itu,
kadar jenayah berkurangan seterusnya dapat menghindarkan manusia daripada segala bentuk
ancaman dan bahaya.

iii)

Jarimah dan Masiyah


Menurut bahasa, Jarimah berasal daripada perkataan Arab iaitu Jaram yang membawa

maksud berusaha dan bekerja. Walau bagaimanapun, perkataan ini hanya dikhususkan kepada
perkara yang tidak baik atau usaha yang dibenci oleh manusia. Selain daripada itu, jarimah
bermaksud larangan-larangan Syarak (yang apabila dikerjakan) diancam oleh Allah SWT dengan had
atau tazir.
Perbuatan jarimah bukan sahaja melakukan perkara yang dilarang, tetapi juga perbuatan
meninggalkan perkara yang harus dilakukan. Abdul QadirAudah menjelaskan bahawa yang
dimaksud dengan mahdhurat(larangan) adalah melakukan suatu perbuatan yang dilarang atau
meninggalkan perbuatan yang diperintahkan.
Jarimah biasanya digunakan untuk perbuatan yang berdosa contohnya mencuri, membunuh,
memperkosa, atau perbuatan yang berkaitan dengan politik dan sebagainya. Oleh kerana itu, kita
menggunakan istilah jarimah pencurian, jarimah pembunuhan, jarimah perkosaan, dan jarimah politik
dan bukan istilah jinayah pencurian, jinayah pembunuhan, jinayah perkosaan, dan jinayah politik.
Masiyah secara literalnya bermaksud pelanggaran atau ketidakpatuhan. Apa-apa sahaja
yang mencabuli atau melanggar perintah Allah SWT pelanggaran atau dosa. Manakala, dalam
Bahasa Melayu, masiyah bermaksud maksiat iaitu satu perbuatan yang tidak mengikuti apa yang
telah digariskan oleh Allah SWT. Masiyah meliputi semua perbuatan yang berdosa seperti zina,
minum arak, berkesedudukan, menderhaka kepada ibu bapa, mencuri dan sebagainya.
Masiyah adalah perbuatan yang menyimpang dari syariat Islam. Kadar penyimpangan
bermula dari yang sederhana dan berkategori ringan sampai dengan penyimpangan yang berkategori
berat. Didalam Al-Quran, Allah SWT telah menjelaskan tentang akibat yang akan diterima oleh orang
yang melakukan masiyah. Antaranya ialah rezeki yang sempit, kecelakaan yang besar, kehidupan
yang serba kekurangan, murung yang berlanjutan, berasa takut dan tidak tenang.

RUJUKAN
1) Undang-undang Jenayah Islam: Jenayah Hudud, Dr Mat Saad Abd Rahman, HIZBI Shah
Alam.
2) https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2008/12/18/liwat-menurut-perspektif-syarak/
3) http://www.surah.my/7#80
4) http://wwwislamcendikia.com/2014/04/pengertian-jinayah-dan-jarimah.html?m=1
5) https://katakuncialquran.wordpress.com/2007/06/29/halo-dunia/

You might also like