You are on page 1of 32

Panduan Mencipta Produk PLR

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

PENAFIAN / DISCLAIMER

Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan


maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap
sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti.

Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu
dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di


dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan
cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin
sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan
tipografi dan kandungan.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam
buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini
secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti,
sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi
kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.

Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar seberapa
banyak tentang PLR dan perkara yang dibincangkan, dan menjalinkan maklumat ini
dalam keperluan diri anda sendiri.

Dengan memiliki buku panduan ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas.

Ribuan terima kasih.

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

Dari laptop penulis

Pertama sekali, saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya
dapatlah laporan ini disiapkan. Tidak lupa juga, penghargaan kepada rakan rakan
IM yang banyak memberikan idea dan sokongan selama ini.

Terbitnya laporan ini bertujuan untuk memberikan sedikit gambaran dan panduan,
bagaimana

anda

juga

boleh

mencipta

sendiri

produk

PLR

anda

dan

memasarkannya. Jika selama ini, anda mungkin tiada idea bagaimana untuk
mencipta produk PLR yang sentiasa mendapat sambutan dan mengalami kesukaran
memasarkannya, dengan adanya laporan ini saya harap permasalahan anda akan
terjawab.

Niche PLR dalam pasaran tempatan tidak begitu menonjol berbanding niche affiliate
ataupun ebook, namun jika diketengahkan ia boleh memberikan impak! Jika tidak,
masakan saya bertahan sehingga sekarang dengan hanya menumpukan kepada
penghasilan produk PLR. Ya, anda juga boleh menjadi usahawan PLR yang berjaya
asalkan sikap anda sentiasa positif dan tidak mudah berputus asa.

Laporan ini adalah hasil pengalaman saya selama 2 tahun dalam bidang perniagaan
internet ini, khususnya berkenaan produk PLR sehinggakan saya lebih dikenali
kerana menghasilkan produk produk PLR. Disamping itu, saya himpunkan juga
ilmu ilmu yang saya perolehi dari para pakar perniagaan internet disamping
merujuk

kepada

ebook

ebook

antarabangsa

memantapkan lagi laporan ini.

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

mahupun

tempatan

bagi

Panduan Mencipta Produk PLR

Baiklah, saya harap anda boleh praktikkan apa yang saya kongsikan dalam laporan
ini dan mampu menghasilkan produk PLR pertama anda sendiri.

Selamat membaca dan salam sukses.

Julius Salok Kassy


Penulis, Panduan Mencipta Produk PLR
Emel : juliussalok@gmail.com
http://www.produkplr.com

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

Panduan Mencipta Produk PLR Anda Sendiri : Langkah


Demi Langkah

Apa yang anda perlukan sebelum bermula:

1. Program MS Word
Kebiasaannya, untuk menghasilkan ebook PLR anda harus menggunakan perisian
MS Word kerana ia memudahkan pelanggan anda untuk melakukan kerja kerja
editing dan pengubahsuaian. Ianya juga amat mudah digunakan, dan saya rasakan
anda juga mungkin sudah biasa dengan program ini.

Sebagai alternatif, anda juga boleh gunakan program Notepad dan selalunya ia
digunakan untuk menulis artikel. Walau bagaimanapun, saya amat mencadangkan
agar anda menggunakan program MS Word.

2. PDF Converter
Anda memerlukan perisian PDF Converter, untuk menukarkan format MS Word
kepada format PDF. Jika anda tidak memiliki program ini, anda boleh download
secara percuma di http://www.primopdf.com

3. Program grafik
Anda memerlukan program grafik bagi mereka bentuk grafik untuk ecover ataupun
website

anda

nanti.

Saya

menggunakan

merekabentuk grafik ecover dan website saya.

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Adobe

Photoshop

CS3,

untuk

Panduan Mencipta Produk PLR

4. Surat Jualan Efektif


Ini sangat penting untuk memastikan jualan produk PLR anda sentiasa ada. Jika
surat jualan anda tidak dapat meyakinkan prospek, ia akan menyebabkan jualan
produk PLR anda lembab walaupun produk PLR anda sangat baik!

5. Hosting dan Domain Name


Saya pasti anda faham apa itu hosting dan domain name. Hosting merupakan
tempat dimana website anda disimpan manakala domain name ialah nama website
anda (cth : www.nama-web-anda.com). Anda wajib mendapatkan kedua duanya.

Walaupun banyak perkhidmatan menawarkan hosting dan domain percuma, namun


saya tidak menggalakkan anda menggunakannya kerana perkhidmatan percuma
sebegini akan menyebabkan website anda dibanjiri iklan dan nama domain anda
kelihatan tidak profesional. Tambahan pula, kualiti perkhidmatannya diragui.

Dapatkan hosting dan domain berbayar, untuk nampak lebih profesional dan
menjamin kelancaran website anda. Anda boleh dapatkannya dengan kos dibawah
RM100 setahun. Sila lawati : www.ecommercemastery.com, www.netkl.com atau
www.sempoihosting.com.

6. Autoresponder
Anda memerlukan Autoresponder untuk :

 Menghantar emel follow up kepada prospek


 Mengumpul senarai list prospek yang berminat dengan produk PLR anda
Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

Jika kurang berkemampuan, boleh gunakan autoresponder percuma terlebih dahulu.


Namun, saya galakkan anda menggunakan autoresponder berbayar untuk
perkhidmatan yang lebih advance seperti TrafficWave, GetResponse dan Aweber.

7. Kaedah pembayaran
Anda memerlukan kaedah pembayaran yang memudahkan para pelanggan anda.
Untuk pasaran tempatan, anda boleh gunakan khidmat perbankan online seperti
Maybank2u ataupun CIMB clicks.

Sebagai alternatif, anda boleh berikan kemudahan pembayaran menggunakan kad


kredit dengan menyediakan akaun penerima kad kredit seperti PayPal, 2CheckOut
ataupun WorldPay. Jika anda menerokai pasaran antarabangsa, anda wajib
menyediakan kemudahan pembayaran melalui kad kredit.

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

Mencipta Produk PLR Anda Sendiri

Langkah 1 : Memilih Topik dan Sasaran Jualan

Memilih topik yang mendapat sambutan atau dinanti nantikan oleh orang ramai
merupakan perkara yang penting. Tanpa permintaan, produk PLR anda tidak akan
mendapat jualan yang tinggi nanti apabila dilancarkan.

Untuk memilih topik, terdapat 2 perkara utama yang harus anda ambil serius:

1. Pilih topik yang anda mahir tentangnya atau yang anda sanggup buat
kajian untuknya. Jika tidak, produk yang anda hasilkan akan kekurangan dari
segi informasi dan juga kualitinya. Begitu juga kajian, anda harus lakukannya jika
kekurangan pengetahuan mengenai sesuatu perkara yang bakal anda tulis.
2. Pilih topik yang orang ramai sanggup laburkan wang demi mendapatkan
informasinya. Walaupun topik yang anda pilih sangat menarik, namun jika ia
tidak mampu meyakinkan orang ramai untuk mengeluarkan wang mereka untuk
mendapatkannya, ia tetap tidak bermakna.

Untuk perkara #1, hanya anda sahaja tahu apa yang anda mahir mengenainya. Jadi,
elok rasanya kita mulakan dengan perkara #2 iaitu mencari topik yang sentiasa
mendapat sambutan atau carian tertinggi. Seperti biasa, anda boleh gunakan
khidmat Google iaitu melalui :

https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal
Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

Berikut adalah contoh bagi carian topik mengenai Kuruskan Badan:

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

10

Anda boleh lihat bahawa topik berkenaan kuruskan badan mendapat sebanyak
6600 carian dalam sebulan. Ini bermakna, topik berkenaan kuruskan badan
merupakan topik yang sentiasa dicari oleh ramai.

Ya, walaupun carian terhadap topik tersebut banyak namun tak bermakna ianya
akan laris dijual. Langkah diatas hanyalah untuk mendapatkan idea, topik apakah
yang sering dicari oleh orang ramai.

Namun, jika anda ingin tahu adakah topik yang dipilih mempunyai kuasa jualan yang
tinggi, saya akan tunjukkan caranya:

1. Layari internet dan cari topik berkenaan secara umum, kemudian lihat apakah
website yang mendapat ranking tertinggi:

 Adakah web tersebut menjual maklumat?


 Apakah jenis informasi yang disediakan?
 Apakah format informasi tersebut?
 Berapa banyakkah web yang menjual produk berkaitan dengan topik
yang anda pilih?

Dengan memiliki data data seperti diatas, anda akan tahu samada topik tersebut
merupakan topik hangat atau tidak. Anda juga boleh melihat samada persaingan
anda banyak atau tidak. Jika persaingan terlalu tinggi, agak susah juga untuk anda
berada diranking tertinggi enjin pencari dan meyebabkan pendedahan terhadap
laman web anda kurang.
Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

11

Contoh dibawah menunjukkan persaingan anda ada 79,700, dan ianya agak realistik
untuk anda bersaing. Namun jika jumlah result mencecah 2,000,000 ke atas...ianya
sukar, tetapi tidak mustahil untuk berada di muka hadapan enjin pencari.

2. Survey di forum. Dengan melakukan survey di forum, anda akan dapat tahu
adakah topik yang anda pilih mendapat permintaan atau tidak. Saya pernah
melakukan kaedah ini untuk ebook Rahsia Pemasaran JV, dengan melakukan
survey di forum www.wangcyber.com. Hasil survey tersebut telah membuka
jalan untuk saya menghasilkan ebook lengkap mengenai Pemasaran JV. Anda
boleh cuba kaedah ini, dan saya pasti kuasa membeli dari forum tidak akan
mengecewakan!

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

12

Contoh diatas merupakan feedback yang diberikan oleh ahli forum, berdasarkan
survey yang saya lakukan...dan disebabkan feedback tersebut juga, ebook ini
telah mendapat sambutan yang luarbiasa...4 angka dalam tempoh tak sampai
14 hari!

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

13

3. Jika anda memilih pasaran antarabangsa, anda boleh gunakan khidmat


www.clickbank.com dan cari apakah topik yang menjadi best seller disana atau
taipkan topik anda, dan lihat apakah jenis informasi yang dipasarkan.
4. Anda juga boleh lakukan hal yang sama, dengan menggunakan khidmat
www.paydotcom.net.

Walau begitu, anda juga seharusnya menciptakan produk yang unik berdasarkan
topik hangat yang telah anda pilih. Walaupun topik yang sama, tapi jika
kandungannya berbeza dan lain dari yang lain...sudah pasti tumpuan akan diberikan
kepada produk anda.

Nota : Salah seorang usahawan internet, saudara Rahman Basri menjana


pendapatan lumayan dengan topik affiliate sahaja, walaupun pada masa tersebut
topik affiliate sangat hangat diperkatakan dan banyak juga produk berkenaan affiliate
dipasarkan. Kenapa? Rahsianya ialah produk beliau unik dari segi kandungan dan
tajuknya juga agak menarik iaitu Teknik Split Affiliate!

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

14

Langkah 2 : Menghasilkan Produk PLR Anda

Anda boleh mencipta ebook atau koleksi artikel , jadikannya mudah diedit dan jual
kepada pelanggan anda. Kebiasaannya, anda boleh gunakan MS Words atau
Notepad agar ianya mudah diedit atau diubahsuai.

Namun, ebook merupakan salah satu produk digital yang amat mendapat sambutan
dan untuk menghasilkannya juga amat mudah, tanpa perlukan kos serta kemahiran
pengaturcaraan yang tinggi. Lagi pula, ia dihasilkan dengan menggunakan perisian
MS Word, dimana hampir kesemua orang biasa menggunakannya berbanding
software lain.

Jadi, saya akan tumpukan lebih sedikit terhadap penghasilan ebook PLR.

Oleh itu, buka program MS Word anda dan mulakan menulis ebook PLR anda
sekarang!

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

15

Format
Ebook informasi PLR anda seharusnya terdiri dari cover muka hadapan, syarat dan
terma termasuk notis hakcipta, senarai isi kandungan, isi kandungan dan penutup.

Isi Kandungan
Asalkan isi kandungan ebook anda menyediakan informasi berkualiti tinggi, dimana
orang ramai sanggup membayar untuk mendapatkannya...ianya sudah memadai!

Tips 1 : Apabila menulis produk informasi PLR, kuantiti isi kandungan bukanlah
sesuatu yang kritikal...apa yang penting, jadikannya ringkas, padat dan tepat.
Kebanyakan pembeli hanya mahukan informasi penting dan tiada masa untuk
melayan ayat ayat berbunga dan berbelit belit!

Tips 2 : Jangan meletakkan terlalu banyak grafik atau diagram didalam produk
anda.

Memang

digalakkan

untuk

memasukkan

grafik

atau

diagram

bagi

memudahkan kefahaman, tetapi bukanlah keterlaluan. Masukkan apabila perlu


sahaja. Ini disebabkan, para pembeli mungkin akan membuang grafik atau
mengeditnya bagi menjadikannya unik. Bagi pembeli yang mahir dengan grafik,
tiada masalah. Tetapi, bagi mereka yang tidak mahir dengan grafik tentu bermasalah
dan menyebabkan mereka terpaksa mengekalkan grafik anda. Hasilnya, mereka
tidak dapat menjadikannya unik dan sukar untuk dijual nanti.

Tips 3 : Apabila mencipta produk, hasilkannya berdasarkan perspektif dari seorang


penulis yang menyampaikan mesej informasi kepada mereka yang telah membayar
untuknya. Jangan menulis berdasarkan syok sendiri, pastikan mesej informasi yang
anda tulis sampai kepada pembaca...meet the demand (penuhi kemahuan
pelanggan). Anda harus faham bahawa pelanggan membayar anda, untuk
Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

16

mendapatkan informasi yang mereka mahukan. Alangkah kecewanya pelanggan jika


informasi yang mereka mahukan tidak kesampaian walaupun telah membayar untuk
mendapatkannya!

Saya tidak tahu menghasilkan produk informasi saya!


Jika anda tidak mahir menghasilkan produk informasi, kurang dari segi skil menulis
ataupun tiada masa untuk menulis...anda tetap mampu menghasilkannya juga,
dengan cara berikut :

 Mengupah penulis lain (ghostwriter). Anda boleh sahaja mengupah


individu yang mahir atau menawarkan khidmat penulisan untuk menghasilkan
produk informasi untuk anda. Namun, kosnya agak tinggi. Bagi menampung
kos ini, anda harus bekerja keras mempromosikannya nanti agar hasil jualan
mampu menutupi kos penulisannya. Contohnya, anda laburkan RM3000
untuk mengupah ghostwriter. Jika produk PLR anda dijual dengan harga
RM40 seunit, maka target jualan anda seminimum 100 unit (RM40x100 =
RM4000)...dimana anda akan untung RM1000.
 Beli produk Hak Jualan Semula dengan lesen PLR. Cara ini lebih murah
dan mampu juga memberikan impak yang besar. Pastikan terma hak jualan
tersebut membenarkan anda menjual semula lesen PLR kepada pelanggan
anda. Edit produk PLR tersebut sepenuhnya, jualkannya semula beserta
lesen PLR!
 Melakukan temuramah (interview) bersama pakar dalam niche pilihan
anda. Ianya tidak semestinya dilakukan secara formal (digalakkan), tetapi
anda sebenarnya boleh bertukar fikiran dan pengetahuan dengan pakar
tersebut samada melalui emel atau perbualan yang direkodkan. Kemaskan
segala informasi yang diperolehi dan tuliskannya sebagai sebuah produk
informasi (ebook). Jika nak lebih mudah, rakamkan perbualan anda dan
jadikan dalam format audio...jualkannya!
Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

17

Langkah 3 : Menentukan Terma dan Syarat PLR

Bahagian ini sangat penting! Anda bakal menentukan apa yang boleh dan apa yang
tidak boleh pelanggan anda lakukan terhadap produk PLR yang anda tawarkan.
Sebaiknya, sediakan satu dokumen baru dan berasingan untuk bahagian terma dan
syarat ini.

Syarat dan terma adalah sepenuhnya dibawah kawalan anda, kerana ianya adalah
produk anda. Terdapat beberapa persoalan yang perlu anda jawab dalam proses
menentukan syarat dan terma PLR anda.

Bolehkah pelanggan anda:

1. Menjual semula produk? Jika anda menjual ebook PLR, kebiasaannya


jawapannya ialah YA. Anda boleh tetapkan syarat harga minimum /
maksimum produk tersebut jika mahu.
2. Memberikannya

secara

percuma?

Biasanya

penerbit

produk

PLR

membenarkannya dengan cara mengambil sebahagian isi kandungannya dan


menjadikannya sebagai laporan mini atau artikel bagi mengumpul list.
Namun, anda juga boleh melarang ianya disebarkan secara percuma.
3. Menjadikannya artikel? Selalunya ia dibenarkan, dimana beberapa bahagian
dalam ebook tersebut dipecahkan menjadi beberapa artikel untuk kandungan
blog, emel follow up atau koleksi artikel.
4. Memindahkan lesen PLR? Kebanyakan penerbit produk PLR melarang
pelanggan mereka menjual semula lesen PLR kepada pihak ketiga. Namun,
mereka biasanya memberikan kebenaran untuk menjual produk tersebut
dengan lesen MRR sahaja.
Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

18

5. Menjual tanpa pengubahsuaian? Para penerbit produk PLR selalunya


menasihati anda untuk mengubahsuainya terlebih dahulu sebelum dijual
semula.

Pastikan juga anda MELARANG pelanggan anda:

1. Spamming. Ini merupakan kaedah pemasaran yang sangat tidak beretika.


Spamming bermakna menghantar emel promosi secara rambang tanpa
kebenaran, ibarat anda masuk ke rumah orang lain tanpa meminta kebenaran
dan terus mempromosi!
2. Menggunakan produk anda untuk tujuan tidak bermoral dan kegiatan haram.
3. Menggunakan nama anda, atau mewakili anda. Ini disebabkan sebaik sahaja
pelanggan membeli produk PLR anda, ia akan menjadi hak milik mereka dan
mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelanggan mereka.

Disini saya sertakan satu contoh terma dan syarat PLR yang saya ciptakan khas
untuk beberapa produk PLR yang saya cipta :

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

19

Panduan Mencipta Produk PLR

20

Langkah 4 : Menulis Surat Jualan

Saya sebenarnya tidak dapat menghuraikan sepenuhnya teknik teknik menulis


surat jualan yang efektif, kerana ia melibatkan banyak aspek penting yang perlu
diambil kira. Tambahan pula, anda boleh mempelajari sepenuhnya teknik menulis
surat efektif melalui buku Rahsia Membina Senjata Jualan tulisan Zahrul Azua.
Anda boleh dapatkan buku ini di kedai kedai buku seperti Popular atau MPH.

Namun, apa yang saya cuba sampaikan disini ialah panduan khusus bagaimana
menghasilkan surat jualan untuk memasarkan produk PLR anda.

Headline
Bahagian inilah yang akan menentukan samada para pelawat akan meneruskan
pembacaan mereka atau meninggalkan laman web anda. Jadi, pastikan headline
anda menarik dan mampu mengajak pembaca untuk meneruskan pembacaan
mereka.

Kini Anda Mampu Memiliki Produk Sendiri Tanpa


Perlu Bersusah Payah Menciptanya dan Jimatkan
Masa Serta Wang Anda!

Untuk menjadikan headline anda lebih menarik, perkara dibawah juga boleh
dijadikan panduan :

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

21

1. Nyatakan kepada prospek anda bahawa mereka boleh memiliki produk


mereka sendiri, dan ianya menjimatkan masa, wang serta tenaga mereka.
2. Nyatakan mereka boleh memulakan bisnes internet mereka dengan pantas
3. Produk PLR yang anda tawarkan adalah terbaik, terkini dan sangat hot
dipasaran

Sub headline
Sebagai sokongan kepada headline, agar menambahkan lagi minat untuk
meneruskan pembacaan.

Buat pertama kalinya, anda mampu berjimat sehingga ribuan ringgit untuk
melakukan kajian pasaran, mencipta produk informasi yang berkualiti, menulis
surat jualan dan merekabentuk grafik kerana saya telah lakukan semuanya
untuk anda!

Pengenalan
Sebaiknya, mulakan dengan memperkenalkan diri anda, lokasi dan tarikh anda
menulis surat jualan (biasanya anda boleh letakkan skrip yang automatik
menunjukkan tarikh pada masa website dilayari).

Daripada : Nama anda


Lokasi : Lokasi anda
Tarikh : [boleh letakkan skrip tarikh automatik]

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

22

Mulakan surat jualan anda dengan mengetengahkan masalah masalah yang


sering dihadapi prospek anda atau yang sedang dialami:

1. Ingin memiliki produk sendiri kerana ia menjamin kesinambungan perniagaan


mereka
2. Mencipta produk sendiri memerlukan pengorbanan dari segi masa dan
tenaga
3. Tidak mahir menulis
4. Tidak mahir menggunakan perisian (cthnya : photoshop untuk grafik)
5. Memerlukan produk yang hangat dan diatasnya tertera nama mereka
sebagai pemiliknya.
6. Mahu memulakan bisnes internet dengan segera, namun tidak mahir menulis
surat jualan dan merekabentuk grafik untuk ecover produk.
7. Dan banyak lagi...(anda boleh lihat dari perspektif anda sendiri juga,
bayangkan anda dipihak prospek)

Setelah anda mengemukakan segala permasalahan prospek anda, tibalah masanya


anda memperkenalkan penyelesaian terhadap masalah masalah tersebut. Sudah
tentulah penyelesaian tersebut adalah produk anda!

Setelah memperkenalkan produk anda, nyatakan secara terperinci faedah faedah


yang bakal prospek anda perolehi jika mereka mendapatkan produk anda,
contohnya :

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

23

1. Anda mendapat produk dalam format .doc anda dengan mudahnya


dapat mengubahsuai produk tersebut mengikut kreativiti anda dan letakkan
nama anda sebagai penulisnya.
2. Tak perlu bazirkan wang sehingga ribuan ringgit untuk memiliki produk
berkualiti tinggi kerana saya telah siapkan semuanya, lengkap!
3. Boleh hasil seberapa banyak laporan mini dengan isi kandungan produk
laporan mini boleh digunakan untuk mengumpul list, bonus atau sebarkan
sebagai virus trafik.
4. Anda boleh bina e-kursus atau hasilkan ezine untuk tingkatkan kredibiliti.
5. Jimat wang untuk mengupah penulis surat jualan saya sediakan surat
jualan profesional untuk anda.
6. Anda boleh design sendiri grafik anda saya sertakan fail dalam format
PSD agar mudah untuk anda mengedit grafik yang disediakan.

Testimonial
Anda boleh berikan beberapa unit produk anda secara percuma kepada rakan
rakan anda, dan minta mereka berikan testimonial. Atau, anda boleh jualkan dengan
harga yang rendah dan minta pembeli anda memberikan testimonial. Dengan
adanya testimonial, ia akan menambahkan keyakinan prospek lain untuk mencuba
produk anda.

Bonus
Sebaik baiknya, sediakanlah bonus bagi para pembeli anda samada dalam bentuk
produk atau perkhidmatan. Contohnya, anda mahir merekabentuk grafik. Anda boleh
tawarkan khidmat merekabentuk ecover untuk pembeli produk PLR anda. Dengan
pemberian bonus, ia akan menambahkan lagi nilai produk anda. Pastikan bonus
anda unik dan sukar didapati.
Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

24

Nilaikan produk / tawaran anda


Bahagian ini amat menarik, dimana anda bebas untuk menentukan harga bagi
produk anda. Tapi sebelum itu, anda harus nilaikan dahulu kesemua produk yang
anda tawarkan atau secara ringkasnya, kos menghasilkan kesemuanya:
Ebook PLR

RM40.00

Template website

RM100.00

Surat Jualan Pro

RM250.00

Koleksi grafik ecover

RM70.00

JUMLAH

RM460.00

Dengan mengambil contoh diatas, jumlah keseluruhan nilai produk PLR anda ialah
RM460.00. Namun, anda tidak akan menawarkan harga sedemikian sebaliknya
anda tawarkan keseluruhan produk PLR anda hanya pada harga RM50.00! Sudah
pastinya ia akan menggembirakan prospek anda!

Walau bagaimanapun, pastikan anda menyatakan bahawa tawaran anda adalah


terhad dan anda hanya menawarkan sejumlah unit sahaja (biasanya diantara 50
100 unit).

Kenapa hadkan jualan?


Ini disebabkan anda menjual lesen PLR kepada prospek anda, dimana anda
membenarkan pembeli produk PLR anda menjual semula produk tersebut dan
mengakui ia adalah ciptaan mereka tanpa memberikan sebarang royalti kepada
anda.

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

25

Anda juga sebenarnya melindungi para pelanggan anda dari gelombang


persaingan, dimana produk yang sama dijual oleh ramai orang. Jika anda tidak
mengehadkannya, produk tersebut akan menjadi terlalu banyak dipasaran dan
akhirnya menjadi tepu atau kehilangan nilai.

Dengan mengehadkan jualan, anda melindungi produk anda dan memastikan


pelanggan anda juga turut mendapat manfaat sebagai reseller. Oleh itu, produk PLR
terbitan anda seterusnya akan sentiasa dinanti nantikan!

Buat kesimpulan untuk tawaran anda


Anda boleh buat pujukan terakhir agar prospek anda menempah produk PLR anda
sekarang, sebelum mereka meninggalkan website anda dan terlupa atau sebelum
jualan ditutup. Boleh ingatkan mereka juga dengan menggunakan Post Script (P.S)
di akhir surat jualan anda.

Aspek lain yang perlu diambilkira


1. Syarat dan terma
Jelaskan dengan sebaiknya syarat dan terma yang anda berikan sebaik
sahaja mereka bersetuju untuk membeli produk PLR anda, contohnya mereka
harus mengubahsuai produk sebelum menjualnya semula atau mereka
dilarang menggunakan nama anda dan website anda untuk apa jua tujuan. Ini
untuk memastikan pelanggan anda berpuashati dan supaya tidak ada
sebarang persoalan dibangkitkan kemudian hari.

2. Jaminan wang dikembalikan

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

26

Anda tidak wajib menawarkan jaminan wang dikembalikan walaupun ia


mungkin membuatkan sesetengah prospek berasa was was. Ini disebabkan
anda menjual produk yang boleh diubahsuai.

Risikonya ialah, produk anda mungkin sudahpun ditukarkan kepada pelbagai


format dan diubahsuai ketika pelanggan tersebut meminta pulangan wang.
Maknanya, produk anda sudahpun digunakan dan diakui pula hakciptanya
oleh mereka, tetapi mereka masih meminta wang dikembalikan. Ini satu
kerugian kepada anda dan keuntungan besar bagi mereka yang mengambil
peluang ini.

Ia berbeza dengan produk RR atau MRR, kerana produk tersebut didalam


format PDF dimana ia tidak dapat diubahsuai dengan nama anda serta laman
web anda tetap tertera. Mereka tidak dapat mengakui hakcipta dan anda
boleh menghebahkan kepada orang ramai bahawa individu tersebut bukan
lagi reseller yang sah kepada produk anda.

Syarat ini anda harus letakkan didalam terma pembelian, agar prospek anda
faham sebelum mereka membuat keputusan membeli produk PLR anda.

Penampilan
Anda harus menjaga penampilan website dan surat jualan anda. Pastikan ianya
kemas, profesional dan kelihatan eksklusif. Gunakan jenis font yang mudah dibaca
dengan saiz yang sesuai. Penampilan yang profesional melambangkan diri anda
seorang usahawan yang boleh dipercayai dan berkredibiliti tinggi.

Laman terima kasih


Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

27

Sebaik sahaja pelanggan anda mengesahkan pembelian, bawalah mereka ke laman


terima kasih anda untuk menghargai pembelian mereka. Di laman ini, anda bukan
sahaja mengucapkan terima kasih diatas pembelian mereka tetapi anda boleh
tawarkan juga OTO (One Time Offer), iklankan produk anda yang lain (produk
sendiri atau affiliate) ataupun berikan hadiah misteri...selain menambahkan income,
ia juga menambahkan kredibiliti anda.

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

28

Langkah 5 : Dapatkan Domain Name dan Hosting

Saya yakin anda tahu bahawa untuk meletakkan website anda diinternet, anda
memerlukan domain name dan hosting.

Saya amat menggalakkan anda mendapatkan hosting dan domain berbayar kerana
ia nampak lebih profesional disamping bantuan teknikal yang lebih baik. Jika anda
menggunakan hosting dan domain percuma, website anda akan dibanjiri dengan
iklan ataupun URL anda kelihatan tidak menarik. Kos mendapatkan hosting dan
domain berbayar adalah sekitar RM60 RM200 untuk sewaan selama setahun.

Kini banyak syarikat penyedia hosting turut menawarkan sewaan nama domain
sekaligus ataupun menyediakannya dalam bentuk pakej. Antara penyedia hosting
yang boleh anda hubungi ialah:
 www.ecommercemastery.com
 www.sempoihosting.com
 www.netkl.com
 www.jomhosting.com

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

29

Langkah 6 : Sistem penerima bayaran

Ini sangat penting, kerana jika proses pembayaran anda sangat rumit ia akan
mengurangkan minat orang ramai untuk membeli. Saya teringat salah satu tips yang
diberikan oleh Dr. Irfan Khairi mengenai proses pembayaran iaitu syarat 3 klik atau
3 langkah :

1. Pelanggan klik butang pesanan (order button)


2. Pelanggan mengisi borang pembayaran dengan lengkap
3. Pelanggan klik butang pengesahan dan SELESAI!

Jika anda menumpukan kepada pasaran tempatan, penggunaan sistem penerima


bayaran kad kredit tidaklah begitu wajib. Anda boleh letakkan nombor akaun bank
anda sahaja, dan arahkan pelanggan membuat pembayaran ke akaun tersebut. Jika
anda mahu meletakkan juga sistem penerima bayaran kad kredit, tiada masalah dan
ia akan menambahkan alternatif cara pembayaran kepada pelanggan anda.

Tapi, jika anda meneroka pasaran antarabangsa, penggunaan sistem penerima


bayaran kad kredit adalah wajib digunakan!

Untuk sistem penerima bayaran kad kredit, anda boleh gunakan khidmat :

2checkout www.2checkout.com
Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

30

Worldpay www.worldpay.com

Paypal www.paypal.com

Buat permulaan, saya galakkan anda menggunakan paypal kerana ianya percuma
dan agak mudah digunakan. Lagi pula, kebanyakan usahawan internet seluruh
dunia memilih paypal sebagai akaun penerima bayaran mereka.

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

31

Penutup

Terima kasih kerana mendapatkan laporan ringkas ini, dan saya amatlah berharap
agar apa yang dikongsikan disini mampu memberikan anda banyak manfaat.

Dengan laporan ini juga, saya berharap agar anda sudah mula memikirkan topik
yang sesuai bagi dijadikan produk PLR anda. Jika sebelum ini anda terlalu
bergantung dengan produk PLR yang dijual diluar sana, kini anda sudah boleh
menghasilkannya sendiri.

Apa yang dikongsikan adalah panduan semata mata, dan faktor terpenting yang
menjamin kejayaan anda ialah sikap anda sendiri iaitu TINDAKAN. Jadi, mulakan
sekarang dan jangan berlengah lagi.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dan salam sukses selalu!

Ikhlas,
Julius Salok Kassy
http://www.produkplr.com

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR

32

AKAN TIBA#

 Bagaimana membina perniagaan internet dengan pantas?


 Bagaimana

mencuri

produk

orang

lain

dan

mendapat

100%

keuntungan melaluinya?
 Bagaimana

meminimumkan

tenaga,

wang

memaksimumkan keuntungan?
 78 strategi efektif didedahkanB

Menjana wang diinternet kini lebih mudah#nantikannya#

01 DISEMBER 2010

www.produkplr.com

Hakcipta 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

dan

masa

tetapi

You might also like