You are on page 1of 12

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGLIMA ADNAN,


PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
NBE 2067 /TEL ; 06-6471614 / FAX: 06-6470010

Tajuk: Pembelajaran Komuniti Profesional (PLC)


[Teacher Sharing Session]

BENGKEL KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


(KBAT)
DALAM PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Subjek

SAINS
Nama Penganjur

UNIT LDP DAN PANITIA SAINS

Tarikh Laporan Disediakan


01 JUN 2015

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

2.0

Pengenalan
Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus
mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubungkaitkan
pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran
berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam
dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai
kemahiran kognitif yang penting iaitu :

Pemikiran Kreatif dan Inovatif

Pemikiran Kritis dan Penaakulan

Keupayaan Belajar

Selaras dengan Pembelaaran Abad ke21 dan perubahan reka bentuk


peperiksaan, guru merupakan penggerak utama untuk melatih murid agar dapat
berfikir secara kritis dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi berbeza.
Justeru guru perlu menguasai kemahiran menghasilkan intrumen dan item
supaya pentaksiran berasaskan sekolah juga akan mengajak tumpuan untuk
menguji kemahiran berfikir aras tinggi.
Guru-guru telah diberi pendedahan berkaitan pendekatan dan pedagogi KBAT
dalam Pengajaran dan Pembelajaran pada tahun 2014. Oleh yang demikian
bengkel kali ini merupakan kesinambungan daripada program KBAT yang lalu.
Matlamat utama bengkel ini dijalankan untuk menambahkan pengetahuan guruguru agar dapat membina item KBAT dalam PdP dan pentaksiran.

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

Latar Belakang
3.1

Tarikh pelaksanaan : 30 April 2015


Tempat

: Makmal ICT SK Panglima Adnan , Port Dickson

3.2

Bilangan Peserta Yang Hadir. : 6 orang

3.3

Matlamat Yang Ingin Dicapai


Guru-guru dapat memahami ciri-ciri item KBAT dan langkah penulisan
item KBAT. Dalam tempoh terdekat guru-guru akan menggunakan
pengetahuan yang diperolehi untuk menyediakan item bagi Peperiksaan
Pertengahan Tahun mngikut subjek masing-masing.

3.4

Kaedah Pelaksanaan
3.4.1 Taklimat
3.4.2 Bengkel kerja
3.4.3 Perbincangan

3.5

Bahan-Bahan Peralatan Yang Digunakan


Buku KBAT Lembaga Peperiksaan Tahun 2014, set soalan UPSR 2014
Sains dan Matematik, edaran bahan KBAT, laptop, LCD, kertas mahjung,
pen marker dan PA System.

3.6 Aktiviti-Aktiviti Yang Diikuti.


3

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

3.6.1 Guru mengenalpasti dan menganalisis item-item KBAT yang


terdapat dalam soalan UPSR tahun 2014 bagi subjek Sains

3.6.2 Taklimat tentang penulisan item KBAT yang menekankan:

Definisi dan maksud KBAT

Konsep item mentaksir KBAT

Ciri-ciri item KBAT iaitu stimulus secara ekstensif, pelbagai


tahap / aras pemikiran, konteks baharu yang bukan lazim,
situasi sebenar dan item tidak berulang

Langkah penulisan item KBAT

Contoh-contoh item KBAT

3.6.3 Membincangkan item KBAT yang dikenalpasti daripada soalan


UPSR 2014 bagi subjek Sains dan Matematik

3.6.4 Guru membina item KBAT mengikut panitia masing-masing


berdasarkan lima ciri item kBAT dan mengikut langkah-langkah
penulisan item KBAT

3.6.5 Guru mempersembahkan hasil penulisan item KBAT dan dikomen


oleh guru-guru lain

3.7

Pengendali / Fasilitator Yang Terlibat.


4

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

Pn. Salinah binti Maskan (Guru Cemerlang Sains SKPA)

4.0

Huraian Penilaian
4.1

Maklumbalas Peserta
Peserta telah memahami lima ciri KBAT dalam penulisan item KBAT.
Sebelum ini peserta memahami secara umum bahawa soalan-soalan
yang susah dikategorikan sebagai soalan KBAT, sedangkan soalan KBAT
mempunyai ciri-ciri tertentu dan terdapat aras mudah, sederhana dan
tinggi.

4.2

Maklumbalas Daripada Pihak Luar (Jika Berkaitan)


Tiada

5.0 Pencapaian Aktiviti


5.1

Hasil Yang Dicapai Dari Pelaksanaan Aktiviti.


5

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

Peserta-peserta bekerjasama membina item KBAT dan telah


mempersembahkannya. Peserta juga telah memasukkan item KBAT
dalam soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

5.2

Perbandingan Hasil Dengan Matlamat


Hasil perbengkelan dan susulan daripada bengkel menepati matlamat.
Namun peserta perlu menerapkan unsur-unsur KBAT dalam Pengajaran
dan Pembelajaran agar menjadi satu amalan.

6.0

Kemajuan / Masalah
6.1

Kemajuan
Ketua Panitia bertindak menyebarkan maklumat yang diperolehi kepada
ahli-ahli yang tidak dapat hadir. Guru-guru telah menyediakan item-item
KBAT dalam soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Bentuk soalan
KBAT juga turut diterapkan dalam PdP di bilik darjah.

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

6.2

Masalah
Aktiviti PLC ini dijalankan pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Terdapat guru yang tidak dapat mengikuti aktiviti ini kerana terlibat dengan
mesyuarat, kursus, atau lain-lain yang berkaitan dengan Kementerian
Pendidikan samada dari pagi atau petangnya.

7.0

Cadangan
Ketua Panitia perlu memantau penyediaan set soalan ujian dan
peperiksaan agar mengandungi item KBAT. Perbincangan tentang item
KBAT boleh dilaksanakan semasa mesyurat panitia dijalankan atau pada
bila-bila masa yang sesuai. Guru-guru juga perlu mempertingkatkan diri
dengan kemahiran membina item KBAT melalui penglibatan di luar
sekolah atau sekolah sendiri,

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

9.0
Penutup
9.1

Kemahiran guru untuk menguasai ilmu KBAT amat penting dan sewajarnya

10

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

diterapkan dalam diri murid kerana kebolehan berfikir aras tinggi amat
diperlukan untuk menangani maslah kehidupan seharian yang semakin
kompleks. Selain meningkatkan ilmu pengetahuan dan jati diri murid,
penerapan elemen KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya
menyediakan murid dengan kemahiran yang sesuai dalam menghadapi
cabaran hidup. Justeru kejayaan penerapan elemen KBAT dalam
pentaksiran murid amat bergantung kepada kerjasama yang berterusan
daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen ini diperlukan bagi menaik
taraf kualiti pendidikan Malaysia, seterusnya mendapat pengiktirafan
antarabangsa yang ditegaskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.

9.2 Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
yang terlibat iaitu fasilitator atas inisiatif menyebarkan ilmu dan guru-guru
yang terlibat. Juga diucapkan terima kasih kepada Unit LDP yang telah
mengaturkan perbengkelan ini. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat
yang berguna dan digunakan selalu bagi meningkatkan martabat keguruan
dan dunia pendidikan sejagat sesuai dengan Pembelajaran Abad 21.

Disediakan oleh;

Disemakan oleh;
11

PLC : SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON 2015

....
.......

(SALINAH BINTI MASKAN)


Ketua Panitia Sains.
SK Panglima Adnan, Port Dickson.

(ZURAIDAH BINTI AHMAD)


GPK Pentadbiran
SK Panglima Adnan, Port Dickson.

Disaahkan oleh;
.......

(SANIAH BINTI ABDUL SAMAD)


Guru Besar
SK Panglima Adnan, Port Dickson

12

You might also like