You are on page 1of 18

Transkripsi Temubual

Temubual Pertama
Responden 1 (R1) : Gary Charles Tay
Umur

: 24 tahun

Kursus Pendidikan: Pendidikan Sukan dan Rekreasi


Tarikh

: 30 April 2013

Masa

: 2.30 petang.

Tempat

: Kolej Dato Onn, bilik K2E206

Q & R1
Q
R1
Q
R1
Q
R1
Q

Soalan dan Jawapan


Selamat pagi. Saudara baru balik dari sekolah?
Ya.
Boleh saudara beritahu nama saudara?
Nama saya Gary Tay.
Saudara berasal dari mana?
Kuching, Sarawak.
Orang Kuching rupanya. Saudara mengambil kursus apa dalam

R1
Q

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini?


Saya mengambil kursus Pendidikan Sukan.
Oh, Pendidikan Sukan. Saudara sudah tahun ke berapa dalam

R1
Q
R1

mengambil kursus ini?


Saya berada di tahun terakhir sekarang.
Sudah tahun terakhir rupanya. Bagaimana praktikum di sekolah?
Agak gila juga la. Bayangkan ada beberapa kelas, apabila masuk
waktu Pendidikan Jasmani, hanya ada empat hingga enam murid
sahaja yang ada untuk menghadiri kelas Pendidikan Jasmani.

Yang lain, semua ponteng


Oh, begitu. Rasa-rasanya saudara tertekan tak bila menghadapi

R1

keadaan sebegitu?
Kalau cikgu yang tidak ada pengalaman, memang tertekanlah.
Macam rakan yang mengambil kursus yang sama dengan saya.
Pada mulanya dia tertekan. Rakan-rakan lain pun sama.
27

Kebanyakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia tetapi


bukan kursus yang sama. Mereka menghadapi kesukaran seperti
tidak dapat mengawal keadaan kelas. Mereka menangis.
Q

Jadi, secara peribadi, saudara ada menghadapi tekanan di

R1
Q

sekolah?
Tekanan?Banyak.
Jadi, rasa-rasanya apakah punca saudara menghadapi tekanan di

R1

sekolah?
Di sekolah, saya diberi banyak kerja. Guru-guru di sekolah akan
used the chances of guru praktikal untuk membantu

Q
R1
Q
R1

melancarkan proses mereka.


Dari segi disiplin pelajar pula, bagaimana?
Disiplin? Teruk.
Memang mampu membuatkan saudara tertekan?
Itupun kalau kamu tidak mampu kawal atau belum biasa dengan
keadaan tersebut, memang tertekanlah tapi kalau sudah pandai
kawal dan biasa menghadapi tekanan tersebut, tidak apaapalah. Cikgu di sekolah kata,kalau tidak dapat kawal,
biarkan,jangan biarkan diri menghadapi tekanan. Macam
itulah.

Bukankah ketika saudara menjalani praktikum, akan ada satu


sesi di mana saudara akan dipantau oleh pensyarah penyelia?
Adakah saudara tertekan jika pensyarah tersebut minta saudara

R1
Q

buat ini, buat itu?


Perasaan tertekan itu tidak ada tapi cemas itu ada.
Rasa-rasanya masa yang ada semasa di sekolah itu cukup tak
untuk buat semua benda?Contohnya, tugas yang diberi.

R1

Tidak cukup. Pada minggu lepas, saya hanya free pada hari Isnin

Q
R1

sahaja.
Kiranya saudara kurang masa rehat?
Bila balik rumah, nak buat rancangan mengajar lagi. Rancangan
mengajar tersebut memang sekejap sahaja untuk dibuat tetapi
28

memang kena banyak menulis.


Kiranya, sudah terasalah tekanan bila menghadapi situasi

R1

tersebut?
Masa itu, belum tertekan sangat. Selepas itu, nak buat tesis lagi.
Tesis pun belum mula buat lagi. Sampai sekarang dah dua bulan,
dah setengah semester, tesis saya dan rakan saya masih belum
mula lagi. Ada yang sudah mula sebab mereka sudah mula free.

Bagi yang tak free, belum mula lagilah.


Banyak kerja di sekolah, dengan tesis lagi yang memang
mengambil masa. Masa rehat pun tak cukup. Jadi, dari segi
kesan, apabila saudara menghadapi semua itu, saudara ada rasa

R1

letih tak?
Memang letih. Balik bilik dah tidak ada keinginan untuk buat
apa-apa kerja. Tidur sahaja. Bangun dari tidur, nak buat kerja

pun rasa lesu.


Dari segi emosi, bila dah dapat banyak sangat kerja, adakah
saudara pernah mengalami situasi seperti tidak dapat mengawal
diri jika berjumpa seseorang? Seperti tidak dapat mengawal

R1
Q

kemarahan atau terlepas marah.


Kalau saya, tidak. Kalau orang lain, mungkin ya.
Rasa-rasanya motivasi untuk menjalani praktikum masih ada
tak? Macam hari pertama masih baik, masuk hari kedua,
semakin kurang. Atau semakin bertambah?

R1

Sebenarnya, pada hari pertama itu, saya dah bersedia kerana


masa hari pertama saya masuk ke sekolah, saya dah agak dah
yang budak-budak di sekolah akan macam itu. And then, bagi
saya, saya tak rasa begitu tapi saya akan pilih kelas yang lebih
bagus dan lebih dengar kata kamu. Saya akan ajar lebih baik.
Yang kelas belakang tu, ok, saya tak dapat explain . Dah la buat
bising, pelajar complain. Separuh kelas itu takda. Separuh kelas
lagi buat bising. Macam mana nak ajar? Tak dapat ajar.
Eventhough, kita nak control kelas, kita tak dapat control tau.
29

Macam apa yang kita belajar, tak dapat nak control kelas
Q

langsung which is not good enough.


Tak ada kesan yang obvious la bila kamu hadapi tekanan dekat

R1
Q

sekolah?Kesan selain daripada penat.


Sakitla. Kepala sakit la. Belajar pun macam itu saja.
Kira kosentrasi tu ada sedikit terganggu la? Jadi, macam mana
antara langkah-langkah yang saudara ambil ataupun lakukan
apabila menghadapi tekanan?Maksudnya, kalau macam datang
sekolah, pagi-pagi dah dapat kerja. Macam mana hadapi

R1

masalah la?
Ok, bagi saya, saya ni suka makan. So,kalau tertekan, berhenti
saja. Makan dulu. Lepas minum, ok, boleh buat kerja . Itu cara

saya.
Ada share cerita dengan kawan tak?Eh, aku dekat sekolah

R1

macam ni.
Ada tapi kuranglah sikit. Tapi saya akan share yang sangat terus

Q
R1

saja. Yang lain tak. Bila kawan tanya, share lah.


Kalau macam balik sekolah biasa pukul berapa?
Biasa pukul, kalau hari biasa, macam hari ini, pukul sebelas.
Kalau hari selasa, depends la. Kalau ada training,memang
lambat sangat la. Saya pernah balik dari sekolah pukul lapan

Q
R1

malam.
Lapan malam?
Lapan malam or tujuh something la. Because volleyball,masa tu
competition, hari-hari training. So, hari-hari training, hari-hari
problem. Memang kita training pukul empat setengah, lima

setengah, enam setengah, pukul tujuh baru balik.


Lepas tu, agak-agak kalau saudara minat bersukan kan, sukan

R1

apa selalu saudara ceburi?


Sebelum masuk U ni, saya wushu. Sukan wushu which is sukan

Q
R1

major saya la. Lepas tu bola keranjang, bola tampar kot.


Rasa-rasa kalau bersukan tu release tak semua tekanan?
Oklah, release tekanan. Tetapi the thing is, bila kamu hadapi

Q
R1

kerja. You sudah letih, tak dapat buat. Macam tulah .


Kadang-kadang ada keluar jalan-jalan lah dengan kawan?
Ya, selalu keluar. Memang kalau nak release stress tu, keluar.
30

Dengan kawan. Macam itu baru dapat release stress. Macam


seorang cikgu, dia baru dapat posting. Dia baru graduate last
Q
R1

year. Dia ada masalah dengan tekanan dia.


Pengurusan tekanan?
Pengurusan tekanan. So, bila dalam kelas, dia marah dengan

seorang budak. Memang salah dia lah.


Okay, terima kasih saudara. Terima kasih atas temu bual ini.
Semoga berjaya untuk praktikum ini.

31

Transkripsi Temubual
Temubual Kedua
Responden 2 (R2) : Fahrul Razi
Umur

: 22 tahun

Kursus Pendidikan: Pengajian Islam


Tarikh

: 2 May 2013

Masa

: 3.00 petang

Tempat

:Warung Cendol Bangi

Q & R2
Q
R2
Q
R2
Q
R2
Q
R2
Q
R2
Q

Soalan dan Jawapan


Assalammualaikum. Free petang ni?
Waalaikumsalam.Free, alhamdulillah.
Sihat
Sihat, alhamdulillah.
Dah berapa lama dah belajar dekat IPG Kampus Islam ni?
Tahun ni dah tahun ketiga.
Tahun ketiga lah? Pengajian?
Pengajian Islam.
Asal mana?
Saya asal Johor. Pontian.
Pontian, Johor. Dah tahun ketigalah ni?

R2
Q
R2

Aa, tahun ketiga.


Saudara sudah menjalani praktikum?
Aa, sudah. KIra ini kali pertamalah saya menjalani praktikum di

Q
R2
Q
R2
Q

sekolah
Okey lah?
Okey, Alhamdulillah. Boleh la.
Pengalaman baru lah?
Aa, pengalaman baru.
Jadi, temu bual ni macam nak tanya saudaralah tentang
32

pengalaman saudara ketika menjalani praktikum sebab biasanya


guru ni ataupn bakal guru ni, memang kita tak dapat tinggalkan
la, memang selalu dikaitkan dengan tekanan bebanan kerja. Jadi,
saya nak tanya saudara, ketika di sekolah, semasa menjalani
sesi praktikum tu, apa punca-punca yang menyumbang kepada
R2

tekanan atau stress yang saudara hadapi semasa di sekolah?


Kalau bagi sayalah, tekanan stress yang berlaku di sekolah ni,
kita lihat banyak la faktor-faktor yang menyebabkannya.
Contohnya, kerja yang banyak. Yang kedua kerja yang bertindih.
Pastu juga, yang paling utama sekali, kita lihat pada guru besar.
Masalah pada guru besar, dia, orang kata apa, marah tak
bertempat. Pastu bebanan kerja terlalu banyak, diserahkan pada
kita. Contohnya kita ni, kata la kita ni guru baru, guru lama dia
kasi rehat. Guru baru ni kena buat kerja banyak. Jadi kita ni
banyak stress. Contohnya, macam saya berpraktikum kan, kita
kena jadi guru pembimbing, jadi guru untuk persatuan. Untuk
persatuan ni, dijadikan setiausaha. Banyaklah. Jadi kita nak
settle satu perkara satu perkara tu, memakan masa yang lama.
Jadi kita pun jadi stress la. Balik rumah pun, fikirkan, kita tak
boleh fikir pasal kehidupan, kena fikir pasal sekolah. Itu masalah

yang dihadapi la.


Secara mudah, punca utama ni, kira macam sikap pihak
pentadbiran la, terutama guru besar dan bebanan kerja yang
diberikan la. Terutama kepada guru baru atau guru pelatih yang
sedang menjalani praktikum. Jadi, dengan tekanan bebanan
kerja dan kadang-kadang sifat guru besar yang terlalu
demanding ataupun dia letak penanda aras untuk kita
sedangkan kita ni guru pelatih je ataupun guru baru, rasa-rasa
ada tak mempengaruhi ataupun ada kesan tak pada saudara
terutama dalam menjalani praktikum? Contohnya, macam
mungkin bila bebanan kerja tu terlebih, kurang rehat, fokus
33

R2

dalam kelas ketika mengajar macam mana?


Memang saya setujulah dengan apa yang saudara cakapkan
sebab kalau kita lihat, bila kerja bertindih, jadi kita punya fokus
untuk mengajar dalam kelas tu susah. Contohnya, kita terpaksa
fikir contohnya untuk petang ni kita ada latihan bola sepak
ataupun kokurikulum. Lepas tu, hujung minggu ni kita kena
keluar pergi perkhemahan dan sebagainya. Jadi, kita nak
uruskan. Kadang-kadang kita termasuk dalam meeting. Jadi
masa P&P pun terganggu. Murid-murid tak dapat apa yang
diorang nak. Tanggungjawab kita nak mengajar tapi kita ada
tugas lain. Contohnya, kena pergi camping, mesyuarat dan
sebagainya. Kadang-kadang di sekolah saya, kita punya meeting
ni tak menentu. Tiba-tiba meeting, pukul sepuluh setengah boleh
meeting, dua belas setengah boleh meeting. Dia panggil. Tapi
kalau nazir datang sekolah memang tak boleh. Kira orang kata
hukumnya haram macam tula. Tapi disebabkan guru besarnya
berfikiran lain. Dia suka buat hal sendiri. Kita tengah mengajar,
mintak maaf guru-guru semua, sila pergi ke bilik mesyuarat.

Q
R2
Q

Itu masalah dia.


Letih tu memang ada la?
Letih tu memang ada.
Dan rasa-rasa macam, bila kita letih, manusia kan. Mungkin dari
segi emosi terganggu kan, wujud tak perasaan kerana mungkin
tertekan dengan bebanan kerja dan karenah guru besar, wujud
tak perasaan marah pada orang lain? Senang cerita, kita mudah

R2

melenting la.
Benda tu, contohnya kita dapat bebanan kerja dan sebagainya
kan,kadang-kadang marah tu kita kasi pada anak murid kita.
Maknanya kita lontarkan marah tu kat anak murid kita. Patutnya
kita tak boleh marah anak murid kan tapi disebabkan tekanan,
anak murid buat silap sikit, kita nak melenting, marah dia. Marah
kat dia padahal dia tak buat silap pun. Jadi itulah, kalau cara kita
34

menangani stress macam mana kan, langkah-langkah kita


Q

menangani itu penting.


Dari segi motivasi diri, dari hari pertama praktikum sampai hari
terakhir, rasa-rasa motivation dalam diri tu makin hari makin

R2

naik atau makin turun?


Itu kita tengok pada..individu ni berbeza. Kadang-kadang orang
ni, bila pergi sekolah, orang kata sekolah ni macam ni macam ni.
Teruk dan sebagainya. Itu mind set masing-masing la. Kalau
kata, dia kena improve diri dia. Contohnya, mungkin nampak
sekolah ini macam ini, lepas ni dia ubah la. Ubah dari minggu
pertama sampailah kali terakhir. Kita ada diberi sebulan. Minggu
pertama, ada masalah yang berlaku. Minggu keempat, kita dapat

atasi la. Pastu seterusnya.


Berkata tentang cara mengatasi, bagaimana saudara
menyelesaikan apa-apa, orang kata mengendalikan masalah
yang saudara hadapi? Macam bersukan ke. Macam mana

R2

saudara menangani tekanan di sekolah?


Ok, kalau kita nak menangani masalah kat sekolah ni, yang
pertama kita buat di sekolah, di sekolah je. Balik rumah, jangan
fikir hal sekolah. Maknanya, kat rumah kita rilek la. Maknanya,
kalau buat RPH tu, kalau boleh siap kat sekolah, balik rumah.
Sapa ada anak bini tu, kita sama dengan anak-anak kita dan
sebagainya. Sebab apa? Kita taknak la stress tu bawak ke
rumah. Nanti kena orang kat rumah. Kita marah sahabat-sahabat
kita kat asrama dan sebagainya. Kalau mengatasi, contohnya
kita orang agama, macam saya ni pengajian agama Islam, jadi
kalau stress ni, kita banyak baca Al-Quran. Itulah, sebab rutin
harian kan, benda tu je sebab benda ni menenangkan. Pergilah
bersukan dan beriadah, pergi ke tasik-tasik atau borak-borak
dengan sahabat kita. Banyakla cara mengatasi. Depend pada
individu tersebut.

35

Ada berkongsi masalah yang dekat sekolah? Mungkin lepas habis


sekolah,borak dengan rakan-rakan, Kat sekolah tadi saya

R2

macam ni macam ni. Ada bercerita dan berkongsi?


Ada, saya pun ada berkongsi dengan sahabat saya sendiri la.
Kita ada roommate kan? Dia pun ada masalah, kita kongsi
masalah. Kita bincang dengan dia, Apa masalah kau hari ni?,
Masalah aku macam ni macam ni. Masalah aku macam ni
pula. Kita cerita. Dia pun saling bantu kita mencari cara
mengatasi, nasihat kita macam mana nak mengatasi masalah
tersebut. Macam tulah. Ataupun kita ada guru pembimbing atau
pensyarah pembimbing. Ada masalah kat sekolah, kita cakap
dengan pensyarah pembimbing macam mana nak mengatasi
masalah tersebut.

Baiklah. Itu saja lah. Terima kasih atas kerjasama dan diucapkan
semoga maju jaya lah di masa akan datang.

R2

Terima kasih.
Transkripsi Temubual

Temubual Ketiga
Responden 3 (R3) : Muhammad Munziri bin Ali
Umur

: 23 tahun

Kursus Pendidikan: Pengajian Islam


Tarikh

: 2 May 2013

Masa

: 3.30 petang

Tempat

: Warung Cendol Bangi

Q & R3
Q
R1

Soalan dan Jawapan


Assalamualaikum. Sihat?
Waalaikumsalam. Sihat, alhamdulillah.
36

Dah lama dah belajar kat Institut Pendidikan Guru, Kampus Islam

R1
Q
R1
Q
R1
Q
R1
Q

ni?
Boleh tahan la, empat tahun.
Kira tahun terakhir la ni?
Aa, kira macam tu la.
Saudara ambil pengkhususan apa?
Saya ambil jurusan Pendidikan Islam.
Ada minor tak?
Minor bahasa Arab.
Jadi, sekarang ni masih lagi menjalani praktikum fasa terakhir

R1
Q

kan?
Ya.
Macam mana dari segi perjalanan tu? Okay la? Ataupun, biasala,

R1

ada tekanan ke apa.


Bagi saya, biasala. Dalam hidup ni, macam-macam yang kita lalu
kan? Ada masanya bagi kita seronok. Kadang-kadang bagi kita

lebih tekanan
Okay, berkata tentang tekanan ni, memang tak dapat larilah
sebagai seorang bakal guru terutamanya dalam praktikum ni.
Jadi, pada pengamatan ataupun pengalaman saudara, apakah
punca-punca yang saudara rasakan di sekolah yang
menyebabkan tekanan pada saudara?

R1

Pada saya, banyak aspek la. Dari segi gurunya, pada murid la.
Kalau kita tengok guru kadang-kadang datang kat bilik guru,
bagitahu ini, Anak kau, anak buah kau macam ni, macam ni.
Rasa macam, kita tanya pada diri kita sendiri la. Macam saya
baru-baru ni, praktikum di luar sekolah, sekolah orang Asli.
Budak Asli ni lebih agresif. Cakap pun susah la kan.

Maknanya, dari segi disiplin murid-murid ni merupakan salah


satu penyumbang tekanan yang besarla pada guru pelatih ni?
Selain daripada tu, adakah saudara rasa tertekan bila diberitahu
besok pensyarah penasihat akan datang untuk melakukan
penilaian?
37

R1

Tekanan tu memang ada tapi saya akan cuba untuk rasa tenang
la. Pergi jumpa kawan-kawan, macam mana nak buat ni, RPH.
Berkongsi dengan kawan-kawan, ada la sikit-sikit. Ia akan hilang

dan tekanan pun surut.


Pastu, macam mana pula dengan beban kerja? Daripada pihak

R1

sekolah la.
Dari segi beban kerja, dari segi..maksudnya masuk waktu ke,
kelas la nak mengajar. Kononnya, macam kita cikgu baru, cikgu
latihan or cikgu pelatih, dia akan mengarah, buat ni, buat ni.
Kadang-kadang kita nak berehat pun, dia, Cikgu, tolong buat

Q
R1
Q

ni. Jadi kita yang waktu rehat tu, belum tentu dapat rehat la.
Boleh dikatakan sebagai buli la?buli secara halus.
Kira macam dia nak trick kita la.
Then, adakah saudara rasa tertekan sebab terlalu banyak kerja

R1

sampai tak ada masa?Masa berehat.


Taklah sepanjang seminggu tu, tekanan tu macam tu. Maksud,
satu hari kita kena macam ni. Satu hari, takda. Biasa saja tapi
dalam masa tu, memang ada la. Hari ini macam kena satu

tekanan yang..hari ini macam bahagia sikit kan.


Kesannya tu macam mana pula?Tekanan tu. Mungkin letih ke,

R1

bagaimana tu?Tekanan bebanan kerja yang banyak.


Tekanan ni, saya susah la nak cari bahan-bahan untuk persiapan
esok harinya. Dan tekanan, terlalu banyak tidur jadinya. Balik
dari praktikum, siapkan bahan-bahan, terus tidur. Jadi, last-last,

payah la, letih la.


Dari segi emosi tu mudah terganggu tak? Mungkin mudah
melenting, mudah marah sebab terlalu banyak tekanan di
sekolah semasa praktikum tu. Jadi, mungkin kadang-kadang kita

R1

terlepas kat rakan-rakan kita ke, pada orang lain .


Owh, dari segi itu, saya rasa tidak la. Saya dengan kawan-kawan
rasa macam, yalah, gurau-gurau tu kira tekanan tu jadi lepas

macam tu je la.
Kiranya professional la? Bila tekanan di tempat kerja, habis kat
situ je. Bila jumpa kawan-kawan, lain. Dari segi motivasi, dari
38

hari pertama sampai sekarang, adakah saudara rasa macam


makin bersemangat untuk meneruskan praktikum ini ataupun
R1

makin lama makin menurun?


Di tempat saya tu bagus. Jadi pada pendapat saya, saya lebih
semangat la untuk mengajar la. Sebab apa? Daripada praktikum
ni la saya dapat tahu betapa susahnya nak mengajar ni,
daripada cikgu-cikgu kita yang dulu kan? Jadi kita perlu ada

semangat la seperti cikgu-cikgu kita sebelum ni


Kita sebagai seorang guru ni, seharusnya kita mempunyai
kemahiran untuk mengendalikan tekanan. Jadi, nak mintak
pendapat saudara, melalui pengalaman yang saudara lalui
sepanjang menjalankan sesi praktikum ni, apakah langkahlangkah untuk hadapi tekanan tu? Mungkin berkongsi dengan

R1

orang-orang yang dekat dengan saudara?


Okay, pada awalnya saya akan cari cara termudah la. Pada
awalnya saya akan, satu hari tu kita akan luangkan masa untuk
ke masjid ke. Akan lebih tenang la. Pastu bila dekat masjid, lepas
waktu Isyak, bila ada ruang dengan kawan-kawan, kita akan
share la. Macam mana nak selesaikan masalah ni. Dari situ, kita

Q
R1

akan rasa, kuatlah kita.


Saudara bersukan ke? Minat sukan ke?
Sukan. Kalau segi tekanan ni, saya ada masa la. Kadang-kadang
kalau hujung minggu, sama-sama kawan-kawan, classmate ke

apa, buatlah main futsal.


Selain daripada futsal, kita share, pernah cuba pendekatan,

R1

keluar jalan-jalan, pergi shopping mall ke, tasik ke?


Buat masa sekarang, kurang la. Sebelum praktikum tu, masa
keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan tu, ada la. Hujung

minggu, keluar jalan-jalan, shopping.


Sebelum mengakhiri sesi temu bual ni, ada pesan kepada
mereka yang bakal menjalani praktikum? Macam mana nasihat

R1

dari segi pengurusan tekanan?


Ok, sebagai persediaan la dalam praktikum ni, seorang guru tu

39

perlu bersedia dengan sepenuhnya la. Dari segi ilmu, RPH ke.
Bila praktikum, baru nak belajar, nanti susahla. Kena kuasai
teori-teori apa semua. Jadi, lebi mudah, tenang. Dah tak ada dah
Q
R1
Q
R1

kelam kabut. Kita punya praktikum akan jadi lebih mantap.


Maknanya, dari segi emosi pun perlu bersedia la?
Ya, kena bersedia.
Ok, itu saja. Terima kasih.
Sama-sama.

Transkripsi Temubual
Temubual Keempat
Responden 4 (R4) : Joy Gracia Liso
Umur

: 23 tahun
40

Kursus Pendidikan: Pengajian TESL (Teaching English as a Second Language)


Tarikh

: 2 May 2013

Masa

: 7.30 petang

Tempat

:Kafe Kolej Tun Hussein Onn

Q & R4
Q
R4
Q
R4
Q
R4
Q
R4
Q
R4
Q
R4
Q
R4
Q
R4
Q
R4
Q

R4
Q
R4

Q
R4

Soalan dan Jawapan


Selamat petang. Sihat ke? Macam baru balik dari kerja. Baru
balik dari kerja ke?
Sihat, baru balik la.
Saudari sekarang ni mengambil pengajian apa?
Pengajian TESL, tahun 4.
Berasal dari?
Sarawak.
Berumur?
Dua puluh tiga.
Nama saudari?
Joy Gracia.
Saudari sudah berapa lama menjalani praktikum?
Aaa, lebih kurang dua bulan lebih la.
Aa, banyak la pengalaman yang dilalui la? Pahit manis tu. Jadi,
enjoy tak masa praktikum?
So far okayla. Very fun.
Tapi dalam keseronokan tu, ada juga la rasa tekanan?
Ada, ada.
Sikit ke banyak?
Half-half owh, I think.
Jadi pengalaman semasa bermula tekanan ni. Bila kita bercakap
tentang tekanan ni, apakah yang saudari rasa menjadi punca
utama yang menyumbang kepada tekanan yang saudari hadapi
di sekolah semasa menjalani praktikum?
I guess for me, tekanan paling besar ialah PBS la.
PBS lah?
If you know about PBS, PBS adalah satu sistem baru pendidikan.
Pentaksiran Berdasarkan Sekolah. Banyak firing system being
done. Very troublesome. And thats the main major problem for
me.
Bagaimana pula dengan disiplin pelajar? Adakah ia menjadi
faktor tekanan bagi saudari?
Pada mulanya, it is one of the strongest also. But then, as far as I
41

R4
Q

R4

R4
Q
R4
Q

R4

Q
R4
Q

R4
Q

know, two months plus, kalau dah kenal merekaorang, then ok


lo. Tak da apa la sangat. Cuma PBS.
Guru pelatih akan dinilai oleh pensyarah penasihat. Jadi,
bagaimana dengan kehadiran pensyarah semasa saudari
menjalani praktikum?Mungkin ada perasaan nervous yang boleh
menyebabkan tekanan secara tidak langsung?
In my opinion, tak. Tak mengganggu. In fact, ia menolong.
Bagaimana pula dengan pentadbiran, guru-guru sekolah? Mereka
terlalu demand. Macam semua kerja dibebankan kepada guru
pelatih sebab diorang rasa guru baru boleh dibagi kerja lebih
sikit.
So far, theres no problem dengan sekolah sebab kita ada
banyak guru. So, tugasan dibagi dengan..oklah, tak beban
sangat. Banyak juga masa lapang.
Jadi rasanya dari segi masa tu, cukupla masa yang diberikan
untuk membuat tugasan?
Cukup.
Takda tekanan yang berpunca daripada pengurusan masa yang
lemah lah?
Takda.
Mungkin beban kerja ataupun masalah disiplin para pelajar yang
dihadapi itu, apakah kesan yang dihadapi ketika menjalani
praktikum di sekolah? Mungkin letih ke, kita nak masuk kelas,
nak mengajar tak dapat fokus.
I think for me, it just school la. Its very macam..sakit kepala la.
Its actually PBS. You nak fikir macam mana..we have to think
dua tiga kali, bila nak habiskan, and then macam mana nak ajar
budak-budak yang tak habiskan kerja.
Dari segi mental dan fizikal tu, rasa penat tak?
Mental wise, ya but physical wise, so far okay lah.
Then, bila kita letih ni, emosi ni biasalah senang terganggu kan?
Pernah saudari kira macam mudah marah la?Mugkin jumpa
kawan-kawan, terbawa-bawa emosi tadi tu kan? Tetiba mudah
marah.
For me, I tak mudah marah. I cepat sedih. I easily get emotional
break. Like, easily get emotional breakdown.
Then, bila kita tertekan, banyak fikir kerja, PBS suma tu, kadangkadang bila kita buat keputusan tu, kita buat kesilapan. Pernah
tak hadapi keadaan macam tu? Maksudnya tindakan yang kita
42

R4
Q

R4

R4
Q
R4
Q
R4
Q
R4
Q

R4

Q
R4

Q
R1

ambil tu tak perlu diambil dan kita sepatutnya mengambil


tindakan yang lain.
I think, once. I think ada buat kesilapan on and off. I think it is
more on teaching methods lah.
So, aspect of motivation kan, dari first day until now, makin
meningkat or makin down? Rasa bila datang sekolah tu, Ow,
banyaknya kerja. Or bila datang sekolah je, Tak sabar ni datang
sekolah ni.
I think dari segi motivasi, I think its quite increasing la. I think ia
makin menaik. Sebab, I think, I get the chance to do something
with the students. I think thats all.
Bila kita hadapi tekanan, kita sebagai seorang guru, biasanya
kita perlu ada skill untuk manage, untuk uruskan tekanan ini
supaya tak merosakan diri kita. Jadi apakah pendekatan yang
saudari ambil untuk handle tekanan ni? Saudari mungkin
berkongsi dengan saudara, bercerita dengan saudari, meluahkan
perasaan dengan kawan-kawan.
Bagi saya, I think , bagi saya, bercerita dengan my friends,
share with my friends dengan keluar .
Macam mana dengan kawan-kawan saudari tu? Bila diorang
dengar, diorang terima tak? Bagi pandangan ke?
Some of them give input la. Some of them, they tell funny
stories, all laugh lah.
Then, saudari bersukan?
Ya.
Rasanya dengan bersukan tu, dapat tak kita release tension?
Owh, yes. It helps to make you happy.
Seperti saudari mention tadi, pergi keluar jalan-jalan, pergi
tengok wayang ke, mungkin shopping. Itu pendekatan yang
saudari ambillah untuk release tekanan tu?
Ya, biasanyalah. Kalau tak I think I stay in the room la and just
keep quiet. Dont let anything..Just let everything like
disappeared. Then, Ill be okay.
Boleh describe sikit tak pasal sekolah yang saudari pergi?
My school, they are very active. Every weekend ada event.
Almost every weekend, ada event but so far, the school are
manageable except for disiplin la. And then, it is the school
tanpa loceng. Selain daripada masa terakhir, baru loceng
berbunyi.
Sekolah tempat saudari berpraktikum ni terletak di kawasan
bandar?
I think luar bandar la. Luar Bandar.
43

Q
R4
Q
R4
Q
R4
Q
R4

Jadi dari segi kawalan disiplin tu masih lagi manageable la?


Ya, manageable.
Kiranya tekanan ni, kiranya background sekolah ni kira okaylah?
Tak bagi banyak masalah?
Aa, so far tak ada.
Pihak pentadbirab dan yang lain pun bagi kerjasama juga la?
Ya.
So, terima kasih banyak-banyak atas kesudian untuk ditemu
bual. So, selamat maju jaya untuk praktikal ni.
Thank you.

44

You might also like