You are on page 1of 64

BAB 15 ~ REAKSI

MASYARAKAT TEMPATAN
TERHADAP PELUASAN
KUASA BARAT DAN KESAN
PENJAJAHAN BARAT
15.4 ~ Reaksi Masyarakat
Tempatan terhadap
Peluasan Kuasa Barat di
India

HASIL
PEMBELAJARAN
Menjelaskan faktor-faktor
yang menyebabkan tercetus
peristiwa Dahagi India 1857.
Menggalurkan secara
kronologi peristiwa Dahagi
India 1857.
Menerangkan kesan peristiwa
Dahagi India 1857.
Membincangkan faktor-faktor
kegagalan Dahagi India 1857.

DAHAGI INDIA
Pada tahun 1857, berlaku penentangan terhadap
pemerintahan British yang dikenali sebagai
DAHAGI INDIA yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi.
Orang India beranggapan bahawa DAHAGI ini
sebagai perjuangan untuk membebaskan negara
daripada pemerintahan British.
Selain sepoi, golongan putera, nawab, dan
pembesar yang kehilangan gelaran, tanah, dan
kuasa turut menyertai pemberontakan tersebut.
Dahagi berlaku secara setempat iaitu di
beberapa kawasan sahaja dan sebahagian besar
penduduk tidak terlibat dalam pemberontakan
ini.
Tidak semua askar menentang British kerana
askar-askar Sikh dan rejimen tempatan
menyebelahi British.

INFO DINAMIK
Sepoi askar
India
Sikh
orang/golongan
yang menganut
agama Sikhisme
iaitu agama yang
diasaskan oleh
Guru Nanak (pada
abad ke-16 di
India) dengan
berteraskan
kepada
kepercayaan satu
Tuhan dan kitab
Granth sebagai
pegangan

Faktor-faktor Tercetus
Dahagi India 1857
Penghapu
san
amalan
SUTTEE

Penghapus
an amalan
membunuh
bayi
perempuan

Penghapus
an amalan
THUGGEE

Pengenala
n sistem
pendidika
n Barat

Pengenalan
Akta
Kahwin
Semula

Dasar
Pengilha
kan

Pengenal
an
teknologi
Barat

Pengena
lan
peratura
n baharu

Perasaan
dendam
sepoi
India

Kes
senapa
ng
Riffle
Royal
Enfield

Akta
Pengambil
an
Khidmat
Awam

FAKTOR-FAKTOR
TERCETUS
DAHAGI INDIA
1857

1. PENGHAPUS
AN AMALAN
SUTTEE

Penghap usan am alan SUTT EE


merupak an sala h satu fa ktor
pendudu k di in dia tidak
berpuas hati t erhadap
pemerin tahan b ritish.
Menurut amalan SUTTEE, balu yang
kehilangan suami dikehendaki
mengorbankan diri dengan dibakar
bersama-sama dengan mayat
suaminya semasa upacara
pengebumian
Pada tahun 1828, Lord William
Bentick(Gabenor Jeneral British)
di India telah menggubal undangundang untuk mengharamkan amalan
ini.
Tindakan british mengharamkan
adat ini, menimbulkan kemarahan
penduduk yang beragama Hindu.

INFO DINAMIK

Lord William
Bentick yang
merupakan Gabenor
Jeneral British
di India

2. PENGHAPUSA
N AMALAN
THUGGEE

Amalan Thuggee merupakan

aktiviti merompak dan pembunuhan


yang dilakukan oleh kumpulankumpulan agama yang bersenjata
terhadap saudagar dan
pengembara.
Mereka menjalankan kegiatan
mereka, iaitu menyamar dan
melakukan pembunuhan atas nama
Dewi Kali.
Walaupun amalan ini mendapat
sokongan daripada golongan agama
tetapi telah menimbulkan
ketakutan dan kebimbangan dalam
kalangan penduduk.
Tindakan Lord William Bentick
mengharamkan amalan ini telah
menimbulkan kemarahan golongan
agama yang menyokong amalan ini.

INFO DINAMIK
Dewi Kali juga
dikenali sebagai
Dewi Kematian.

3. PENGHAPUSA
N AMALAN
MEMBUNUH
BAYI
PERMPUAN

Amalan membunuh bayi perempuan diamalkan


oleh masyarakat India sejak turuntemurun.
Masyarakat India menganggap bayi
perempuan adalah beban kepada keluarga
mereka apabila membesar kelak.
Hal ini disebabkan keluarga anak
perempuan terpaksa membayar dowri(mas
kahwin) yang tinggi kepada bakal suami
mereka.
Lord William Bentick mengambil tindakan
mengharamkan amalan ini yang dianggap
tidak berperikemanusiaan.

4. PENGENALA
N AKTA
KAHWIN
SEMULA

Lord Dalhousie telah


memperkenalkan dan
meluluskan Akta Kahwin
Semula bagi balu-balu Hindu.
Akta ini mendapat
penentangan daripada
penduduk tempatan kerana
perkahwinan semula balu-balu
tidak dibenarkan sama sekali
dalam masyarakat Hindu
Malah tindakan pemerintah
British memperkenalkan akta
ini menyebabkan penduduk
tempatan menganggap British
telah menghina amalan
tradisi mereka.

INFO DINAMIK

Lord Dalhousie
merupakan Gabenor
Jeneral India yang
paling muda. Beliau
berkhidmat bermula
1848 sehingga 1856.

5. PENGENALAN
SISTEM
PENDIDIKAN
BARAT

Tindakan British memperkenalkan perubahan


dalam sistem pendidikan turut menimbulkan
rasa tidak puas hati dalam kalangan
masyarakat terhadap penjajah.
British menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar di sekolah dan kolej malah
bahasa Inggeris juga dijadikan sebagai
bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran serta
kehakiman.
Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan
diberikan kepada penduduk tempatan yang
berpendidikan Inggeris.
Perubahan ini tidak disenangi oleh penduduk
tempatan kerana jawatan tinggi dalam
kerajaan dan tentera tidak diberikan kepada
penduduk tempatan.
Malah perubahan yang diperkenalkan oleh
British dalam bidang pendidikan dianggap
sebagai percubaan British untuk menyebarkan
agama Kristian dalam kalangan masyarakat
India.

INFO DINAMIK

Agama
Kristian
ialah agama
yang
dipercayai
dan dianuti
oleh
pengikut
Jesus Christ

6. PENGENALA
N
TEKNOLOGI
BARAT

Tindakan

pemerintahan British
memperkenalkan sistem perhubungan dan
pengangkutan moden seperti pembinaan
landasan keretapi dan sistem telegraf
telah mengancam amalan tradisi masyarakat
India.
Pengenalan sistem pengangkutan Barat
turut mengancam amalan kasta yang
diwarisi sejak turun-temurun oleh
masyarakat India.
Masyarakat India hanya dibenarkan
menaiki gerabak kelas ketiga manakala
gerabak kelas satu dan dua pula untuk
pegawai-pegawai Inggeris.
Perkembangan ini menjejaskan kedudukan
masyarakat India daripada kasta tinggi
kerana mereka juga terpaksa menaiki
gerabak kelas ketiga bersama-sama dengan
penduduk kasta rendah.
Pengenalan teknologi Barat dianggap
sebagai satu langkah British untuk
mencemarkan adat resam dan agama Hindu.

INFO DINAMIK

Kasta
Golongan yang
berdasarkan
tingkatan
kedudukan dalam
masyarakat
Hindu (Yang
terdiri
daripada empat
kasta iaitu
Brahmana,
Satria, Waisya,
dan Sudra)

7. DASAR
PENGILHAKA
N

Dasar pengilhakan yang diperkenalkan oleh


Lord Dalhousie merancakkan penentangan
penduduk India terhadap penjajahan
British.
Lord Dalhousie telah merampas hak dan
kedaulatan pemerintah tempatan dengan
mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir
oleh mereka.
Dasar pengilhakan ini dilaksanakan
berpandu kepada tiga alasan, iaitu:a) Undang-undang Lesap Waris
b) Hak Menakluk Kuasa Agung
c) Salah Tadbir Tempatan
Lord Dalhousie bertindak mengilhakan
beberapa buah wilayah seperti Punjab,
Karnatik, Tanjor, Jhansi, Baghat, Jaitpur,
Oudh, dan Sambalpur.
Dasar ini telah menjejaskan maruah
pemerintah tempatan hingga menyebabkan
putera-putera raja tempatan seperti Nana
Saheb Nawab(Timbalan Raja, Nana Saheb) dan
Raja Tanjor menyertai penentangan terhadap
penjajah British.

INFO DINAMIK

Nana Saheb yang


merupakan
Timbalan Raja
di Karnatik

Nana Saheb merupakan anak angkat Baji


Rao(Pemerintah wilayah Peshawar) tidak
berpuas hati dengan tindakan British
membatalkan bayaran pencen yang patut
diberikan kepadanya serta merampas
tanah milik ayahnya.
Manakala nawab menentang tindakan
British meletakkan wilayah Oudh di
bawah pentadbiran mereka atas alasan
keadaan huru hara di Oudh dan amalan
rasuah berleluasa dalam kalangan
pemerintah Oudh.

8. PERASAAN
DENDAM
SEPOI INDIA

O Faktor serta-merta yang menyebabkan


DAHAGI INDIA tercetus ialah perasaan
tidak puas hati dalam kalangan sepoisepoi India(Askar-askar India)
O British telah melantik sepoi-sepoi
daripada kalangan kaum Brahmin dan
Rajput yang terdiri daripada golongan
berkasta tinggi di wilayah Oudh.
O Tindakan British menghantar sepo-sepoi
India ke luar negara menimbulkan
kemarahan kerana tindakan tersebut
mencemarkan imej dan maruah mereka
yang berkasta tinggi.

OMalah terdapat kepercayaan dalam


kalangan penganut agama Hindu
bahawa kesucian kasta mereka
akan hilang apabila mereka
menyeberangi lautan.
OPerkembangan ini menyebabkan
sepoi-sepoi India daripada
Regimen 47 yang diarahkan untuk
berkhidmat di Myanmar enggan
mematuhi arahan hingga
menyebabkan rejimen tersebut
terpaksa dibubarkan

O Antara faktor lain yang menyebabkan


sepoi-sepoi tidak berpuas hati adalah
seperti berikut:a) Sepoi-sepoi India diberi gaji yang
lebih rendah.
b) Sepoi India menerima gaji 9 rupee
sebulan berbanding dengan askar
British yang menerima 60 70
rupee sebulan.
c) Sepoi India menerima layanan buruk
semasa latihan.
d) Sepoi-sepoi yang berkhidmat di
luar negara tidak menerima elaun.

10.PENGENALAN
PERATURAN
BAHARU

Penentangan

terhadap pemerintahan British


juga disebabkan oleh pengenalan dasar dan
peraturan baharu oleh British.
Salah satu peraturan yang menimbulkan rasa
tidak puas hati penduduk terhadap
pemerintahan British ialah Akat Penjajahan
Punjab 1907.
Menerusi akta ini, kerajaan British
bertindak meninggikan cukai tanah dan
mengenakan bayaran bagi bekalan air yang
disalurkan ke kawasan pertanian.
Tindakan ini telah menambahkan beban
golongan petani dan mereka terpaksa
menanggung hutang serta hidup dalam
keadaan miskin.

Selain itu, pihak pemerintah British juga


tidak menggalakkan penghasilan barangan oleh
penduduk tempatan.Sebaliknya, mereka
menggalakkan kegiatan mengimport barangan
dari luar negara.
Perkembangan ini telah menjejaskan pendapatan
penduduk tempatan yang terlibat dalam sektor
pertukangan dan kemahiran tangan.
Sementara itu, penduduk tempatan di wilayahwilayah yang ditawan oleh Syarikat Hindia
Timut Inggeris(SHTI) telah kehilangan tanah
pusaka mereka.
Tanah milik penduduk tempatan dirampas oleh
pemerintah British ekoran daripada kegagalan
mereka untuk membuktikan hak milik tanah
secara sah.

11.AKTA
PENGAMBIL
AN
KHIDMAT
AWAM

Semasa pentadbiran Lord Canning, beliau


memperkenalkan Akta Pengambilan Khidmat Awam
yang memberi kuasa kepada British untuk
menghantar tentera berkhidmat di dalam dan luar
negara.
Akta ini tidak disokong oleh tentera India
kerana mereka tidak diberikan elaun tambahan
untuk berkhidmat di luar negara.
Selain itu, tentera India juga menentang amalan
diskriminasi/pilih kasih yang diamalkan oleh
pentadbiran British dalam soal kenaikan pangkat
dan jawatan dalam tentera.
Tentera India diberi gaji yang lebih rendah dan
mendapat layanan yang kurang baik daripada
pentadbiran British.
Perkembangan ini menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan sepoi India terhadap
permintaan British.

12.KES
SENAPANG
RIFFLE ROYAL
ENFIELD

Kemarahan

terhadap pentadbiran British


memuncak apabila sepoi-sepoi India mendapat
tahu bahawa minyak yang digunakan untuk
membersihkan senapang Riffle Royal Enfield
mengandungi lemak babi dan lemak lembu.
Selain itu, tersebar berita bahawa sepoisepoi India yang menggunakan senapang
tersebut perlu menggigit hujung peluru yang
telah disapu dengan lemak babi dan lemak
lembu.
Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang
beragama Hindu dan Islam merasakan bahawa
pentadbiran British sengaja melakukan hal-hal
yang demikian untuk menghina kedua-dua agama
yang menjadi anutan penduduk tempatan.

FAKTOR-FAKTOR POLITIK YANG


MENCETUSKAN DAHAGI INDIA
ADALAH SEPERTI BERIKUT: DASAR IMPERIALISME LORD
DALHOUSIE
LAYANAN TERHADAP NANA SAHEB DAN
RATU JHANSI
PENAKLUKAN OUDH
LAYANAN BURUK TERHADAP MAHARAJA
MUGHAL, IAITU MAHARAJA BAHADUR
SHAH II.

PERISTIWA DAHAGI
Bermula pada 10 Mei 1857 di Meerut
apabila bertindak memenjarakan sepoisepoi yang enggan menggunakan peluru
senapang Riffle.
Sepoi-sepoi yang tidak berpuas hati
bertindak membunuh beberapa orang
pegawai British dan membakar rumah
kediaman mereka.
Sepoi-sepoi ini mara ke Delhi dan
mengisytiharkan Bahadur Shah II sebagai
Maharaja Delhi
British bertindak mengumpulkan bala
tentera bagi menguasai semula kota
Delhi tetapi mereka gagal menumpaskan
golongan pemberontak.
Penentangan dan kebangkitan di Meerut
serta penawanan Delhi menandakan Dahagi
India mula tersebar ke seluruh India
Utara, India Tengah dan India Barat.

INFO DINAMIK

Bahadur Shah
II, Maharaja
Delhi yang
berketurunan
Mughal
merupakan
maharaja yang
terakhir

Lord Canning bertindak mendapatkan bantuan


ketenteraan daripada rejimen di Madras dan
Sri Lanka.
Perkembangan ini telah menyebabkan rejimen
tentera di Lucknow, Ludhiana, Allahabad,
Bengal, Oudh, dan Azamgarh memeberontak.
Sir John Lawrence berjaya menawan semula
Delhi selepas kepungan selama 4 bulan.
Maharaja Bahadur Shah II telah ditangkap,
manakala putera-putera raja Mughal yang lain
ditembak mati.
Peperangan ini menyebabkan beribu-ribu orang
terkorban dan banyak harta benda yang
musnah.
Tentera British di bawah pimpinan Jeneral
Havelock melancarkan serangan untuk
menguasai Kanpur dan Lucknow selepas menawan
Delhi namun percubaan tersebut mendapat
tentangan daripada pemberontak
Kebangkitan Dahagi India dipimpin oleh
beberapa orang pemimpin tempatan yang
berpusat di wilayah atau kawasan.
Pasukan tentera di bawah pimpinan Nana Saheb
melancarkan serangan sehingga tentera
British menyerah kalah di Allahabad.

INFO
DINAMIK

Lord Canning
yang merupakan
pengganti Lord
Dalhaousie

Sir John
Lawrence

INFO DINAMIK

Begum Hazrat Mahal menyerang markas tentera


British di Lucknow sehingga pegawai
tenteranya Henry Lawrence terbunuh.
Lakshmi Bai bertempur dengan British tetapi
akhirnya baginda terbunuh dalam peperangan
tersebut.
Orang Sikh di bawah pimpinan Ram Singh
melancarkan penentangan terhadap British
dengan memulaukan barangan dan sistem
pendidikan yang diperkenalkan oleh British.
Penentangan yang dilakukan oleh orang Sikh
menemui kegagalan sehingga Ram Singh
bersama-sama dengan 11 orang pengikutnya
ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar.
Menjelang tahun 1858, pihak British berjaya
mengawal Dahagi daripada tersebar ke seluruh
Benua Kecil India.

Begum Hazrat
Mahal merupakan
pejuang
kemerdekaan yang
hebat. Merupakan
tonggak utama
dalam Perang
India Pertama.

Lakshmi Bai
merupakan Ratu
Jhansi yang
berjuang bersama
dengan Begum
Hazrat Mahal.

KESAN DAHAGI
INDIA

Pembubaran
Syarikat
Hindia
Timur
Inggeris
(SHTI)

Penghapusan
Undangundang
Lesap Waris

Perubahan
Dalam
Sistem
Pentadbiran

Pemerintahan
Mughal
Berakhir

Kedudukan
Puteraputera Raja

Diskriminasi
Dalam
Perkhidmatan
Awam

Tindakan
Terhadap
Pemimpin
Dahagi

Penyusunan
Semula
Pasukan
Tentera

Jadual Kronologi Peristiwa DAHAGI


INDIA 1857
Tahun

Peristiwa

8 April 1857

Sepoi India di Barrackpur melancarkan


pemberontakan.
Mangal Pandey melakukan provokasi dalam
kalangan sepoi-sepoi India agar tidak
menggunakan senapang Riffle Royal
Enfield.

10 Mei 1857

Pemberontakan tercetus di Meerut.

11 Mei 1857

Pemberontakan tercetus di Delhi.


Maharaja Bahadur Shah II diisytiharkan
sebagai Maharaja India.

30 Mei 1857

Pemberontakan merebak ke Oudh.

Jun 1857
1118 Jun 1858

Pemberontakan tercetus di Kanpur di


bawah pimpinan Nana Saheb.
Rani wilayah Jhansi, iaitu Lakshmi Bai
melancarkan peperangan menentang
British.

PEMBUBARAN
SYARIKAT HINDIA
TIMUR INGGERIS
(SHTI)

Peristiwa Dahagi India yang tercetus pada tahun1857

jelas menunjukkan kegagalan Syarikat Hindia Timur


Inggeris (SHTI) memerintah dan mentadbir Benua Kecil
India.
Mengikut Akta Kerajaan India yang dikuatkuasakan pada
tahun 1858, SHTI telah dibubarkan.
Selepas SHTI dibubarkan, pentadbiran India diletakkan
di bawah pentadbiran Mahkota British pada 2 Ogos
1858.
Perkembangan ini telah menyebabkan Benua Kecil India
menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.
Ekoran perkembangan ini, semua dasar dan hal ehwal
pentadbiran India diletakkan di bawah Setiausaha
Negara India yang dibantu oleh Majlis yang terdiri
daripada 15 orang ahli.
Pentadbiran dijalankan oleh Gabenor Jeneral yang
diberi gelaran Wizurai.
Pengawalan pusat oleh Setiausaha Negara telah
menyebabkan pentadbiran dapat dijalankan dengan
sistematik dan teratur.

PERUBAHAN
DALAM SISTEM
PENTADBIRAN

Kerajaan British telah menubuhkan Majlis


Kerja dan Majlis Perwakilan bagi melicinkan
sistem pentadbiran.
Akta Majlis India 1861, menambahkah bilangan
perwakilan dalam Majlis Kerja dan Majlis
Perundangan.
Namun demikian, pada peringkat awal orang
India tidak diberi peluang untuk menjadi
perwakilan dalam kerajaan.
Mulai tahun 1862, perwakilan daripada
golongan bangsawan yang tidak memahami hasrat
orang-orang India.
Tambahan pula wujud rasa tidak puas hati
kerana bilangan perwakilan daripada orang
India amat kurang dalam Majlis Perundangan.

PENGHAPUSA
N UNDANGUNDANG
LESAP WARIS

Jadual Penubuhan Majlis Perwakilan


Tahun

Majlis Perwakilan

1862

Majlis Perwakilan
ditubuhkan di
Benggala.

1886

Majlis Perwakilan
ditubuhkan di
wilayah Barat
Laut

Kerajaan

British mengambil
keputusan untuk menghapuskan
Undang-undang Lesap Waris yang
menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan pemimpin
tempatan.
Dalam hal ini, pemimpin yang
tidak mempunyai waris
dibenarkan mengambil anak
angkat untuk dijadikan waris
yang sah terhadap semua harta
dan peninggalan mereka.

KEDUDUKAN
PUTERAPUTERA RAJA

o Pada

tahun 1858, Ratu


Victoria mengumumkan
bahawa putera-putera raja
tempatan tidak akan
kehilangan hak-hak
seperti yang dinyatakan
dalam perjanjian sebelum
ini.
o Malah, baginda telah
memberi pengampunan
kepada mereka yang
terlibat dalam Dahagi
India kecuali mereka yang
terlibat dalam pembunuhan
rakyat British.

INFO DINAMIK

Ratu Victoria, Queen


of United Kingdom of
Great Britain and
Ireland from 20 Jun
1837 until her
death.

PEMERINTAHAN
MUGHAL
BERAKHIR

Pada bulan September 1857, British


berjaya menawan semula kota Delhi
daripada pemberontak.
British bertindak menangkap
Maharaja Bahadur Shah II dan
baginda dibuang negeri ke Myanmar.
Penangkapan baginda menandakan
Dahagi India dapat ditumpaskan
oleh British.
Pemberontakan 1857 telah
menyebabkan pemerintahan Mughal di
India berakhir dan digantikan oleh
pemerintahan British.

TINDAKAN
TERHADAP
PEMIMPIN
DAHAGI

British telah mengambil tindakan


terhadap pemimpin-pemimpin yang
terlibat dalam gerakan
penentangan.
Dudu Mian yang merupakan pemimpin
gerakan Faraidi telah ditangkap
dan dipenjarakan.
Ram Singh yang bertindak
memboikot barangan buatan British
dan menentang sistem pendidikan
Barat dibuang negeri ke Myanmar.
Nana Saheb pula berjaya melarikan
diri ke Nepal dan meneruskan
perjuangannya dari negara
tersebut.
Ajit Singh dan Lala Lajput Rai
yang terlibat dalam gerakan
menentang Akta Penjajahan Punjab
1907 ditangkap dan dipenjarakan
di Mandalay, Myanmar.

INFO DINAMIK

Lala Lajput Rai

DISKRIMINASI
DALAM
PERKHIDMATA
N AWAM

Kerajaan British mengamalkan diskriminasi


terhadap orang-orang India dalam Jawatan
Perkhidmatan Awam.
Kerajaan menyekat orang-orang India
daripada memegang jawatan-jawatan tinggi
dalam Perkhidmatan Awam.
Pada tahun 1879, hanya enam jawatan
penting dalam kerajaan dikhaskan kepada
orang India.
Pada tahun 1868, hanya sembilan biasiswa
ditawarkan kepada orang India bagi
melanjutkan pelajaran ke England.
Langkah-langkah ini dianggap oleh orang
India sebagai tindakan British untuk
menutup pintu pentadbiran kepada orangorang India.

PENYUSUNAN
SEMULA
PASUKAN
TENTERA

Kerajaan British mengenakan kawalan


terhadap pasukan tentera dan
hubungan luar negeri mereka.
British bertindak menyusun semula
pasukan tentera bagi mengukuhkan
kedudukan mereka.
Askar British ditambah berdasarkan
nisbah 2:5 berbanding dengan askar
yang terdiri daripada orang-orang
India.
Angkatan tentera meriam dan markasmarkas tentera yang penting
diletakkan di bawah kawalan askaraskar British.

Anggota tentera direkrut


terdiri daripada pelbagai kaum
dan agama.
Namun begitu, keutamaan
diberikan kepada kaum Sikh dan
Gurkha yang setia kepada
British semasa peristiwa
Dahagi tercetus.
British bertindak mengekalkan
pasukan tentera di wilayah
Bengal, Madras dan Bombay.
Askar-askar Eropah seramai 16
000 orang telah dihentikan
atau diserapkan dalam tentera
British.

INFO DINAMIK
Rekrut Anggota
yang baru sahaja
memasuki
perkhidmatan
tentera/polis dan
sedang menjalani
latihan.
Gurkha
1. Suku kaum
berkerunan Hindu
yang tinggal di
Nepal dan
dikatakan
terkenal dengan
keberanian dalam
ketenteraan.
2. Anggota rejimen
angkatan tentera
British/India
yang terdiri
daripada askar
yang berasal dari
Nepal.

Tiada
Perpaduan

Tiada Sokongan

Faktorfaktor
kegagalan
dahagi

Kekurangan
Pemimpin

Dasar
Toleransi Lord
Canning

TIADA
PERPADUAN

Faktor utama yang menyebabkan kegagalan


Dahagi India adalah tiada perpaduan dalam
kalangan penduduk yang memberontak.
Pemberontakan yang terdiri daripada
pelbagai lapisan masyarakat seperti
penduduk tempatan, petani, tentera dan
pemimpin-pemimpin tempatan menentang demi
kepentingan masing-masing.
Umpamanya Ratu Jhansi berjuang untuk
mempertahankan hak baginda sebagai putera
raja.
Nana Saheb berjuang untuk membalas dendam
atas kehilangan tanah ayahandanya.
Manakala sepoi-sepoi pula berjuang
disebabkan oleh faktor peribadi seperti
kehilangan kedudukan dan bayaran upah yang
rendah.

TIADA
SOKONGAN

Dahagi India juga tidak mendapat


sokongan padu daripada semua lapisan
penduduk India.
Sebahagian besar daripada masyarakat
Sikh tidak menyokong Dahagi India.
Selain itu, golongan yang berpendidikan
Barat, tuan-tuan tanah, golongan petani
serta peniaga turut menyokong
pemerintahan British yang akan
menyediakan peluang ekonomi yang lebih
baik.

DASAR
TOLERANSI
LORD
CANNING

Sikap toleransi Lord Canning


dalam mengatasi masalah yang
dihadapi oleh orang India
meredakan kemarahan rakyat India
terhadap pemerintahan British.
Dalam pada itu, sepoi-sepoi India
juga menaruh harapan yang tinggi
terhadap perubahan yang dibawa
oleh Lord Canning dalam menjaga
kepentingan dan kebajikan mereka.

KEKURANGA
N PEMIMPIN

Kegagalan Dahagi juga disebabkan


oleh ketiadaan pemimpin yang
berwibawa dalam kalangan penduduk
yang memberontak.
Malah tidak wujud kesepakatan dalam
kalangan pemimpin-pemimpin yang
terlibat dalam pemberontakan.

THE
END

TERIMA KASIH
KERANA MEMBERI
TUMPUAN.

Disediakan
oleh
Uswatun &
Keon.

You might also like