You are on page 1of 4

Blog:

c33ram00n.blogspot.com

Melindungi kandungan seawal 20 minggu

Masa mengandungkan Yunnan. Ciput pernah cakap dengan aku macam ni.

Ciput: Ayang nie nampak happy je kan kalau mengandung
Aku: Lol, mesti la happy, takkan nak sedih pulak.
Ciput: Memang la.. B suka tengok ayang selalu happy macam nie...

Dalam hati: jangan nak buat aku mengandung ajer eh. hewhew...

=)
Ye, saya memang peng-happy orangnya.
Mungkin sebab mengandung pun ikut perancangan, jadi happy ler... Korang pun kalau mengandung
namo stress-stress tau. Tak elok untuk diri sendiri dan juga baby.


Saya yang sedang mengandung anak kedua...

Silap betul masa mengandung Yunnan aku tak amik perlindungan takaful.
Lupa habis daaaa...
Dulu kemain lagi buat entry pasal Perlindungan untuk bayi. Tapi diri sendiri tak ada perlindungan.
Syukur alhamdulillah... Sepanjang mengandung Yunnan. Semuanya baik-baik belaka.

Siapa yang sedang mengandung sekarang nie?


Baru mengandung?
Ataupun yang sedang merancang mahu mengandung?

Aku nak bagitau korang tentang satu pelan takaful takaful yang aku rasa menarik kalau korang mahu
ambil. Perlindungan takaful untuk anak yang seawal 20 minggu dalam kandungan.

Ianya dinamakan:
PruBSN SmartLink...

Eh bagus sangat tau. Aku dah baca katam habis dah.
Kenapa ianya bagus???
Sebab PruBSN SmartLink memberi perlindungan bayi dari dalam rahim lagi dan pelan takaful ini juga
memberi perlbagai manfaat selepas lahir.

Full stop!



Jadi kenapa perlu tunggu bayi telah lahir baru nak ambil perlindungan.
Kenapa tak ambil dari awal???

Ini antara menfaat yang diberikan sekiranya bayi ada problem:
Aku bagitau sikit, yang lain mungkin korang boleh korek sendiri di laman web mereka.
Sekiranya bayi meninggal dalam kandungan/gugur - Dapat RM2000
Sekiranya kehilangan nyawa bayi dalam tempoh 30 hari dari lahir - Dapat RM2000 Jika meninggal
selepas 30 hari, jumplah perlindungan asas akan dibayar.
Kalau bayi pra matang dan di masukkan ke dalam ICU dalam tempoh 30 hari dari lahir Manfaat
sebanyak RM300 setiap hari diberikan.

Bukan lah kita mintak semua ini berlaku. Tapi kalau berlaku, takde la terbeban sangat nak bayar bil
hospital kerana dia cover dari dalam kandungan sehingga selepas lahir dan sehingga bayi itu besar dan
berumur 25 tahun.

Bila anak dah sekolah, bakal ada manfaat bonus EduSmart yang memberi anugerah kecemerlangan
akademik anak. Yang ini aku cerita dihujung-hujung entry.
Soaljawab yang perlu korang baca untuk pemahaman sendiri:

Apakah perlindungan tambahan yg diberikan dalam PruBSN SmartLink?


PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini kami
memberikan anak anda perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dapatkan Extra
Basic dan kami akan memberi perlindungan semasa anda hamil serta manfaat-manfaat selepas
lahir untuk bayi anda.
Siapa yang layak ambil pelan PruBSN SmartLink?
Mereka yang hamil 20 minggu ke atas. Dan berumur sekitar 19 tahun hingga 45 tahun.

Saya tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika saya bersedia
untuk berkeluarga?
Apabila anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider Baby Care. Rider
ini melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan sehingga 60 hari selepas lahir dan kami
berikan perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran.

Kami juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak
anda dilahirkan.

Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?|
Jika anda berumur di antara 19 dan 40 tahun, anda boleh mengambil rider ini bersama

pelan PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini melindungi anda sekiranya
anda hamil sebelum anda berumur 46 tahun.
Dan ini pula adalah manfaat unik yang disediakan oleh PruBSN SmartLink untuk anak anda:
Anak amik UPSR, dapat 5A, anugerah peratusan yang akan diterima adalah 50% daripada sumbangan
perlindungan tahunan. Kalau sumbangan perlindungan tahunan pelan anda ialah RM1200. Mereka akan
beri bonus RM600 untuk anak anda.
Itu kalau UPSR. Kalau SPM dapat 8A. Anugerah peratusan - 150% daripada sumbangan perlindungan
tahunan dan bonus pula dapat RM1800. Wahhhhhhhhh berbaloi-baloi!

Bonus ni, kalau anak bijak pandai, untunglahhhhhh...



Oklah, jom sama-sama kita berfikir untuk kebaikan masa depan anak-anak dan diri sendiri.
Kalau rasa PruBSN SmartLink ni banyak memberi kebaikan. Mari cepat-cepat kita cover anak kita dengan
pelan takaful ini...

Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.
*Sila nyatakan 'ceeramoon' dalam komunikasi anda kepada PruBSN.

Love: Ceera =P

You might also like