You are on page 1of 15

TAKAFUL HEALTH2

BERIKAN ANDA GANJARAN APABILA KEKAL SIHAT,


FLEKSIBEL MENGIKUT KEPERLUAN ANDA.

KAMI BERI GANJARAN DAN


LEBIH PILIHAN UNTUK
PENJAGAAN KESIHATAN ANDA
Kos perubatan semakin meningkat disebabkan rawatan
perubatan yang lebih maju, oleh itu kami telah mereka
satu pelan inovatif yang membolehkan anda menerima
rawatan perubatan yang terbaik daripada kemudahan
yang bertaraf tinggi.
Takaful Health2 merupakan pelan perubatan yang
memberi ganjaran apabila kekal sihat dan menjaga
anda apabila anda sakit. Dengan kad perubatan yang
memudahkan proses kemasukan, anda juga mempunyai
fleksibiliti untuk mendapatkan pakej pelan perubatan
anda dengan memilih daripada rangkaian manfaat
kami. Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan
perlindungan penuh bagi caj-caj perubatan anda
walaupun anda tidak akan mendapat ganjaran Bonus
bagi Tiada Tuntutan.
Dengan Takaful Health2, nikmati ganjaran dan
kemudahan dengan memiliki perlindungan perubatan
yang komprehensif mengikut keperluan penjagaan
kesihatan anda.
Kerana kami hanya berikan yang terbaik untuk perihal
kesihatan anda.

Takaful Health2 Pelan perubatan untuk anda


Nikmati BONUS bagi TIADA TUNTUTAN (NCB)1
Kami memberi anda bonus2 tahunan sehingga RM500 sekiranya anda tidak membuat tuntutan
dalam tahun sijil tersebut. Kekalkan kesihatan dan anda akan menerima ganjarannya.
Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan
Takaful Health2 memberi anda ketenangan minda sepenuhnya. Ianya menyediakan perlindungan
komprehensif sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat
rawatan pesakit luar.
Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL
Anda boleh memilih untuk menyertakan ko-takaful atau deduktibel pada pelan Takaful Health2
anda mengikut keperluan anda. Terdapat tiga jenis pilihan deduktibel, iaitu yang bernilai RM3,000
atau RM10,000 ataupun deduktibel Zero3.
Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana anda akan membayar jumlah peratusan
yang ditetapkan bagi satu manfaat yang layak manakala deduktibel ialah amaun tetap yang anda
perlu bayar dahulu tidak kira jumlah kos manfaat yang layak (kecuali kos bilik & penginapan harian).
Jika deduktibel Zero dipilih, anda tidak perlu membayar sebarang caj perubatan yang dilindungi.
Sertakan bersama TH Retirement apabila anda memilih deduktibel RM3,000 atau RM10,000,
dan secara automatik ianya akan menukarkan amaun deduktibel kepada ko-takaful apabila anda
mencapai usia 55 tahun. Bukan sahaja pilihan ini menjadikan pelan anda lebih berpatutan, ianya
juga memberi anda perlindungan tambahan di waktu anda paling memerlukannnya semasa zaman
persaraan anda.
Deduktibel Zero3 menyediakan kemudahan dan bayaran sepenuhnya bagi manfaat yang dilindungi.
Anda tidak perlu membayar sebarang caj perubatan bagi semua manfaat yang dilindungi apabila
anda mendapatkan rawatan di hospital-hospital panel kami.
PILIHAN tempoh perlindungan sehingga UMUR4 100 tahun
Pelan perubatan takaful yang komprehensif ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia4
25, 70, 80 atau 100.

Kami beri LEBIH lagi


Rawatan LUAR NEGARA
Dengan TH Overseas, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima
jenis kondisi yang dilindungi di Singapura, Hong Kong, China atau India.
NAIK TARAF AUTOMATIK ke pelan bernilai lebih tinggi
Kami akan menaiktaraf secara automatik pelan Takaful Health2 anda dua kali5 tanpa
mengambil kira keadaan kesihatan anda dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang
telah dibuat jika anda sertakan TH Auto Upgrade. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat
pada permulaan atau apabila ianya disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda.
Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tuntutan tahunan bagi pelan dengan pilihan ko-takaful
TH Annual Limit Waiver ditawarkan kepada pelan Takaful Health2 dengan pilihan ko-takaful
sahaja. Dengan mengambil pilihan ini, anda tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan anda
melebihi had tuntutan tahunan anda (tertakluk kepada Had Seumur Hidup).
Tidak diberikan bagi pilihan deduktibel Zero.
Amaun bergantung kepada jenis pelan yang dipilih.
Pilihan ini dibuka kepada individu yang berumur 19 ke 70 tahun dan umur tamat tempoh
maksimum 80 tahun.
4
Bagi pilihan deduktibel Zero, umur tamah tempoh yang dibenarkan adalah 70 atau 80
tahun.
5
Pada tahun ke-5 dan ke-10 ulang tahun rider ke manfaat seterusnya.
1
2
3

Pilihan BERPATUTAN
Pilih dari lima pelan Takaful Health2 mengikut keperluan dan bajet anda. Dari serendah RM1006
sebulan, anda pasti dilindungi secukupnya.
Pelan

TH2
TH2
TH2
TH2
TH2
TH2
Pelan200 Pelan250 Pelan300 Pelan400 Pelan5007 Pelan6007
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)

BONUS BAGI TIADA TUNTUTAN


TAHUNAN8

150

300

400

500

600

700

200

250

300

400

500

600

Manfaat Hospital dan Pembedahan


Manfaat Bilik & Penginapan
Hospital Harian (120 hari setahun)
Manfaat Unit Rawatan Rapi
(30 hari setahun)
Seperti yang dikenakan, tertakluk kepada ko-takaful
atau deduktibel (jika berkenaan)

Manfaat Pembedahan
Manfaat Perkhidmatan dalam
Hospital dan yang berkaitan
Manfaat Rawatan Pesakit Luar
Manfaat Rawatan sebelum masuk
Hospital (dalam tempoh 30 hari
sebelum masuk)
Manfaat Rawatan selepas keluar
Hospital (dalam tempoh 90 hari
selepas keluar)

Seperti yang dikenakan, tertakluk kepada ko-takaful


atau deduktibel (jika berkenaan)

Manfaat Penjagaan Jururawat


di Rumah (180 hari bagi seumur
hidup)
Manfaat Pembedahan Harian
Manfaat Rawatan Kanser
Manfaat Rawatan Dialisis
Buah Pinggang
Manfaat Rawatan Kecemasan
bagi Kecederaan akibat
Kemalangan (Had Tahunan)

1,500

2,000

3,000

4,000

5,000

6,000

Had Tahunan Keseluruhan

62,500

75,000

100,000

150,000

200,000

250,000

Had Seumur Hidup

625,000

750,000

Bantuan Perubatan
Kecemasan

1,000,000 1,500,000 2,000,000 2,500,000


Ya

Amaun bergantung kepada jenis pelan yang dipilih dan kemasukan umur.
TH2 Pelan500 dan TH2 Pelan600 hanya ditawarkan apabila TH Auto Upgrade disertakan bersama
TH2 Pelan300 dan TH2 Pelan400. Manfaat ini tidak boleh disertakan bersama TH Annual Limit
Waiver.
8
Tidak diberikan bagi pilihan deduktibel Zero.
6
7

Nota:
Jika ko-takaful dipilih, anda perlu membayar 10% daripada kos manfaat yang layak,
tertakluk kepasa ko-takaful minimum sebanyak RM300 dan ko-takaful maksimum sebanyak
RM1,000 untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan, dan ko-takaful maksimum sebanyak
RM2,000 untuk Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Baki kos akan dibayar oleh PruBSN sehingga
Had Tahunan Keseluruhan.
Jika deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000 dipilih, anda perlu membayar RM3,000
atau RM10,000 pertama daripada jumlah kos manfaat yang layak (kecuali kos bilik &
penginapan harian). Baki kos akan dibayar oleh PruBSN sehingga Had Tahunan Keseluruhan.
Jika deduktibel Zero dipilih, anda tidak perlu membayar sebarang caj perubatan yang
dilindungi.
Jumlah manfaat yang dibayar untuk setahun adalah tertakluk kepada Had Tahunan Keseluruhan.
Jumlah manfaat yang dibayar sepanjang hayat adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup. Untuk
kemasukan ke hospital akibat kemalangan, perlindungan bermula serta merta sebaik sahaja
pelan anda diterima, manakala tempoh menunggu adalah selama 30 hari bagi akibat-akibat lain.
Bagaimanapun, untuk penyakit-penyakit tertentu, tempoh menunggu selama 120 hari dikenakan.
Dengan penyertaan Takaful Health2, anda akan menerima kad perubatan Takaful Health2. Ianya
memberikan akses kepada Bantuan Perubatan Kecemasan iaitu talian hotline 24-jam yang boleh
dihubungi dari mana-mana tempat di seluruh dunia pada bila-bila masa melalui panggilan caj balik.
Kad Takaful Health2 boleh digunakan 90 hari selepas pelan anda diterima oleh PruBSN. Anda
hanya perlu mengemukakan kad tersebut semasa dimasukkan ke mana-mana hospital panel kami.
Untuk senarai hospital panel yang terkini, sila layari www.prubsn.com.my.

Takaful Health2 adalah semua yang anda PERLUKAN


1. Apakah Takaful Health2?
Takaful Health2 adalah satu rider perubatan melalui sumbangan tetap yang membayar balik
perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan
atau menerima rawatan pesakit luar.

2. Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health2?


Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70 tahun yang menyertai mana-mana pelan
PruBSN Link Series kami. Anda juga boleh menyertakan pelan ini bersama PruBSN SmartLink
apabila anda hamil 20 minggu di mana perlindungan bagi anak anda akan bermula 14 hari
selepas dia dilahirkan. Pilihan deduktibel Zero ditawarkan sebagai pilihan dari umur 19 tahun
sehingga 70 tahun sahaja.

3. Saya seorang yang sihat. Kenapa saya perlu mengambil Takaful


Health2?
Dengan Takaful Health2, kami akan memberi ganjaran NCB jika anda tidak membuat sebarang
tuntutan pada tahun tersebut. NCB ini akan digunakan untuk membeli unit tambahan untuk
Akaun Unit Pelaburan (IUA) anda. Sekiranya anda memilih pelan yang lebih tinggi, NCB yang
menanti anda juga lebih tinggi.
Jadual di bawah adalah contoh pengiraan NCB untuk seorang peserta lelaki berusia 30 tahun
yang telah menyertai TH2 Pelan250 dengan pilihan ko-takaful yang tamat pada usia 70 tahun
dengan sumbangan tahunan sebanyak RM1,187:

Tahun

Sumbangan
Tahunan
(RM)

Adakah
tuntutan
dibuat?

Layak untuk
NCB?

Amaun NCB
untuk tahun
sijil tersebut
(RM)

1,187

Tidak

Ya

300

1,187

Ya

Tidak

1,187

Tidak

Ya

300

1,187

Tidak

Ya

300

1,187

Ya

Tidak

NCB tidak diberikan jika pelan Takaful Health2 anda disertakan dengan pilihan deduktibel
Zero.

4. Kos perubatan kian meningkat. Bagaimanakah Takaful Health2 dapat


membantu saya?
Kenapa anda ingin menghadkan amaun tuntutan dalam satu tahun? Sertakan TH Annual
Limit Waiver pada pelan Takaful Health2 anda dengan pilihan ko-takaful dan kami akan
mengetepikan had tahunan. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang jumlah tuntutan perubatan
yang tinggi dan tidak diduga.
Apabila TH Annual Limit Waiver disertakan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan
tertakluk kepada amaun ko-takaful sebanyak 10%.
Kami juga akan menyediakan satu lagi pilihan. Sertakan TH Auto Upgrade dan pelan
Takaful Health2 anda akan dinaiktarafkan secara automatik pada ulang tahun ke-5 dan ke-10.
Tahun Sijil

Pelan

Tahun ke 11 dan
seterusnya

TH2 Pelan300

TH2 Pelan400

TH2 Pelan500

TH2 Pelan600

Tahun ke 6 ke
tahun ke 10

TH2 Pelan250

TH2 Pelan300

TH2 Pelan400

TH2 Pelan500

Tahun Pertama
ke tahun ke 5

TH2 Pelan200

TH2 Pelan250

TH2 Pelan300

TH2 Pelan400

5. Bolehkah saya mendapatkan rawatan di luar negara?


Jika anda menerima rawatan di luar negara di bawah pelan Takaful Health2 anda, manfaatmanfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos-kos rawatan yang berpatutan seperti dikenakan
oleh hospital di Malaysia. Manfaat tidak akan dibayar jika anda tinggal di luar negara melebihi
90 hari.
Walau bagaimanapun, batasan menetap di luar negara selama 90 hari tidak dikenakan apabila
anda sertakan TH Overseas bersama pelan Takaful Health2 anda. Dengan rider ini, anda
mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat perubatan di Singapura, Hong
Kong, China atau India. Pembayaran balik perbelanjaan perubatan adalah berdasarkan kepada
caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan negara tersebut. Kami hanya memberi perlindungan
untuk kondisi-kondisi berikut:
Pembedahan berkaitan dengan kanser
Neurosurgeri
Pembedahan pintasan arteri koronari
Pembedahan injap jantung
Pembedahan pemindahan organ (pemindahan buah pinggang, paru-paru, hati, jantung,
pankreas dan sumsum tulang)

Untuk kondisi yang dilindungi, jika anda memilih untuk dimasukkan ke hospital dan melakukan
pembedahan di Malaysia dan bukan di luar negara, Manfaat Kebajikan akan dibayar untuk setiap
kemasukan bagi setiap pembedahan. Peserta-peserta yang membuat tuntutan Manfaat Kebajikan
tidak layak lagi untuk dibayar balik bagi Manfaat Hospital & Surgeri dan Manfaat Rawatan
Pesakit Luar untuk kondisi yang dilindungi tersebut di bawah manfaat TH Overseas. Anda boleh
membuat tuntutan Manfaat Kebajikan untuk kemasukan berulang-kali bagi pembedahan kondisi
yang dilindungi di Malaysia, dan membuat tuntutan untuk rawatan perubatan tempatan di
bawah Takaful Health2 berdasarkan caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan.
Di bawah adalah jadual manfaat-manfaat untuk TH Overseas:
Pelan

THO Gold

THO Platinum

A. Manfaat Hospital dan Pembedahan


Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian
(120 hari setiap tahun)
Manfaat Unit Rawatan Rapi
(30 hari setiap tahun)
Manfaat Pembedahan
Manfaat Perkhidmatan dalam Hospital dan
yang berkaitan

Seperti yang dikenakan

B. Manfaat Rawatan Pesakit Luar


Manfaat Rawatan Sebelum
Kemasukan ke Hospital
(dalam tempoh 30 hari
sebelum kemasukan ke hospital)
Manfaat Rawatan Keluar Hospital
(dalam tempoh 90 hari selepas
dibenarkan keluar)
Manfaat Penjagaan Jururawat di Rumah
(180 hari bagi seumur hidup)
Manfaat Pembedahan Harian
Manfaat Rawatan Kanser

Seperti yang dikenakan

Manfaat Kebajikan

RM5,000

RM10,000

RM200,000

RM400,000

RM2,000,000

RM4,000,000

Had Tahunan Keseluruhan


Had Seumur Hidup

6. Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?


Sumbangan yang anda perlu bayar untuk pelan Takaful Health2 ditetapkan berdasarkan umur,
status kesihatan, kelas pekerjaan, jenis pelan dan tempoh perlindungan dan juga tertakluk
kepada pengunderaitan. Sumbangan perlu dibayar sepanjang tempoh pelan.
(Sila rujuk kepada Lampiran 1 untuk Kadar-kadar Sumbangan)

Bagaimanakah Takaful Health2 berfungsi?


Takaful Health2 ialah rider yang disertakan bersama pelan PruBSN Link Series kami. Ianya adalah
berdasarkan model Wakalah Bil Ajr di mana kami menempatkan sumbangan anda ke dalam akaun
anda selepas kami mengambil caj wakalah. Ini adalah yuran untuk perkhidmatan-perkhidmatan
yang kami sediakan.

Apakah caj-caj yang dikenakan dalam Takaful Health2?


Butiran caj wakalah dan caj(-caj) lain disenaraikan dalam jadual di bawah.
Jenis caj

Butiran caj

Caj wakalah
pendahuluan

Caj ini terdiri daripada komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan


serta perbelanjaan pengurusan. Caj sebagai peratusan9 daripada
sumbangan perlindungan anda seperti yang ditunjukkan di bawah.
Tahun sijil
Caj wakalah
pendahuluan

Tabarru

5 dan 6

7 dan
ke atas

60%

60%

50%

30%

20%

0%

Tabarru akan ditolak setiap bulan daripada akaun anda berdasarkan


umur, status kesihatan, kelas pekerjaan dan jenis pelan yang anda pilih
dan akan ditempatkan ke dalam Dana Tabarru. Perlindungan takaful
adalah daripada Dana Tabarru.

Adakah saya akan menerima lebihan daripada pelan ini?


Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada
setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana
Tabarru. Bahagian lebihan yang boleh diberikan akan dimasukkan semula ke dalam Akaun Unit
Perlindungan (PUA) anda.

Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai
tempoh kurang daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada
ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci.

Nota-nota Penting
Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad
(PruBSN). Sila rujuk kepada Ilustrasi Pelan dan Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai
pelan ini. Terma dan Syarat yang lengkap boleh didapati dalam dokumen sijil. Sila minta sampel
Terma-terma dan Syarat-syarat jika anda perlukan maklumat terperinci mengenai pelan tersebut.
Sumbangan perlindungan merujuk kepada sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit
Perlindungan (PUA) anda.
Untuk Takaful Health2, anda layak menerima pelepasan cukai perubatan berkaitan dengan
sumbangan anda sehingga RM3,000 setahun. Pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma
dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
TH Overseas, TH Auto Upgrade, TH Retirement dan TH Annual Limit Waiver adalah
manfaat-manfaat tambahan yang tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan.
Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga pelan anda matang
bagi memastikan anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan
untuk membuat demikian mungkin menyebabkan perindungan anda tamat sebelum masanya.
Perlindungan hingga tempoh matang adalah tertakluk kepada PUA yang mencukupi untuk
menampung Tabarru dan caj-caj berkaitan.
Takaful Health2 adalan pelan yang dijamin pembaharuan. Sumbangan adalah selaras dan tidak
dijamin. PruBSN mempunyai hak untuk menukar kadar sumbangan dan/atau Tabarru dengan
memberi 90 hari notis bertulis. Kadar boleh ditukar sekiranya berlaku situasi yang tidak dijangka
seperti pengalaman tuntutan yang tidak menggalakkan dan inflasi kos perubatan. Sebarang
perubahan dalam sumbangan dan/atau Tabarru hanya akan bermula pada ulang tahun sijil yang
seterusnya.
Takaful Health2 tidak menyediakan sebarang amaun manfaat dari Dana Tabarru pada
penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil.
Takaful Health2 adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr yang merupakan persetujuan
bagi PruBSN menguruskan pelan takaful anda. Sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam
PUA selepas ditolak caj wakalah yang merangkumi bayaran perkhidmatan keseluruhan yang
disediakan. Perlindungan takaful diperoleh daripada Dana Tabarru.
Tabarru bermaksud sebahagian tertentu daripada sumbangan didermakan ke dalam Dana
Tabarru untuk persetujuan bantuan dan pertolongan di kalangan peserta-peserta berdasarkan
manfaat-manfaat yang dipersetujui di bawah pelan.
Anda berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap
akhir tahun kewangan. Anda, berserta peserta lain layak menerima sekurang-kurangnya 50%
daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak sehingga 50% sebagai insentif
kerana meguruskan Dana Tabarru. Bahagian agihan lebihan anda akan dimasukkan semula ke
dalam PUA anda. Amaun tepat agaihan lebihan akan dinilai secara tahunan dan tertakluk kepada
persetujuan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.

Pengecualian
Takaful Health2 tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan
yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, dari
mana-mana satu (1) kejadian berikut:
1. Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa
jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.
2. Penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi
perlindungan berterusan.
a. Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiocaskular
b. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam system kencing dan system biliari
c. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
e. Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem pembiakan
f. Gangguan spina vertebra (termasuk diska) dan penyakit lutut
3. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari
yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang
Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.
4. Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan
penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan
penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat
pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.
5. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana
kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam tempoh
takaful. Perbelanjaan yang timbul dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan
prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.
6. Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat Di Rumah), rehat pulih
atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal
dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan
AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin
oleh undang-undang.
7. Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital
termasuk penyakit keturunan.
8. Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan),
keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum,
kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan
termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.
9. Kemasukan ke hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-x,
pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis
sesuatu hilang upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari
segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang
dijalankan oleh seorang pakar perubatan, dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan
atau menaikkan berat badan.
10. Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika
siuman atau tidak siuman.

11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah
atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara
langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.
12. Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear
atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata
nuklear.
13. Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Dilindungi
dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika
pemindahan organ dan komplikasinya.
14. Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen
hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi
tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan
tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.
15. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh manamana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan
hilang upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di
bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.
16. Psikotik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk
(termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).
17. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon,
khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukanperubatan lain yang tidak layak.
18. Sakit atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan
kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam
air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti
yang melanggar undang-undang.
19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana
penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.
20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.
21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.
22. Caj-caj yang tidak berpatutan dan biasa diamalkan, atau apa-apa pembedahan atau rawatan
yang tidak perlu dari segi perubatan, atau caj-caj yang melebihi caj yang berpatutan dan biasa
diamalkan, atau caj-caj yang ditanggung kerana dimasukkan ke hospital, pra-kemasukan ke
hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas tarikh tamat tempoh.
23. Penyakit yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh kacacatan kelahiran, trauma
kelahiran dan komplikasi dari sisanya, kemerosotan atau kecacatan fizikal atau mental jika Orang
yang Dilindungi masih berada dalam kandungan atau sebelum Orang yang Dilindungi mencapai
umur empat belas (14) hari.
Semua pengecualian dan had di atas adalah tidak terhad dan anda perlu merujuk kepada dokumen
sijil untuk maklumat lanjut.

Lampiran 1
Kadar Sumbangan Tahunan dengan Ko-takaful
(Kelas Pekerjaan 1 & 2)
Tempoh Tamat Umur 25 atau 70 Tahun
Umur Kelayakan

TH2 Pelan200

TH2 Pelan250

TH2 Pelan300

TH2 Pelan400

RM

RM

RM

RM

1 15

765

950

1,202

1,475

16 20

848

1,048

1,296

1,652

21 25

930

1,142

1,421

1,812

26 30

976

1,187

1,515

1,915

31 35

1,151

1,420

1,789

2,224

36 40

1,305

1,518

2,031

2,510

41 45

1,531

1,800

2,313

3,119

46 50

1,918

2,168

2,846

3,886

51 55

2,367

2,674

3,509

4,811

56 60

2,816

3,177

4,183

5,724

Tempoh Tamat Umur 80 Tahun


Umur Kelayakan

TH2 Pelan200

TH2 Pelan250

TH2 Pelan300

TH2 Pelan400

RM

RM

RM

RM

1 15

1,007

1,198

1,539

1,864

16 20

1,116

1,314

1,699

2,069

21 25

1,245

1,452

1,889

2,313

26 30

1,413

1,633

2,138

2,630

31 35

1,630

1,864

2,461

3,041

36 40

1,906

2,161

2,874

3,565

41 45

2,248

2,552

3,392

4,345

46 50

2,681

3,043

4,033

5,310

51 55

3,259

3,686

4,858

6,461

56 60

4,074

4,590

5,991

8,061

61 65

4,910

5,586

7,609

10,129

66 70

7,775

8,635

11,269

14,736

Tempoh Tamat Umur 100 Tahun


Umur Kelayakan

TH2 Pelan200

TH2 Pelan250

TH2 Pelan300

TH2 Pelan400

RM

RM

RM

RM

1 15

1,641

1,887

2,381

2,991

16 20

1,856

2,134

2,693

3,398

21 25

2,113

2,430

3,062

3,882

26 30

2,468

2,796

3,520

4,478

31 35

2,823

3,246

4,102

5,270

36 40

3,361

3,797

4,952

6,418

41 45

3,951

4,464

5,771

7,558

46 50

4,700

5,269

6,942

8,950

51 55

5,548

6,255

8,218

10,652

56 60

6,646

7,481

9,791

12,764

61 65

8,053

9,046

11,821

15,470

66 70

9,571

10,902

14,276

18,765

Kadar sumbangan adalah berdasarkan risiko biasa kelas pekerjaan 1 dan 2. Kadar sumbangan
untuk kelas pekerjaan 3 dan 4 adalah 1.25 dan 1.5 lebih daripada kadar sumbangan kelas pekerjaan
1 dan 2 masing-masing. Kadar adalah tertakluk kepada pengunderaitan. Amaun sumbangan sebenar
anda akan bergantung kepada umur anda (berdasarkan Umur pada Tarikh Lahir akan Datang), status
kesihatan, kelas pekerjaan, jenis pelan dan tempoh perlindungan.
Untuk kadar sumbangan Takaful Health2 dengan pilihan-pilihan dan manfaat-manfaat tambahan
yang disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda, sila rujuk kepada ilustrasi pelan.
TH2 Pelan500 dan TH2 Pelan600 hanya boleh ditawarkan apabila TH Auto Upgrade disertakan
bersama TH2 Pelan300 dan TH2 Pelan400.

Takaful Health2 adalah produk yang berasaskan Syariah.


Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia.
Bagi maklumat/pertanyaan lanjut, sila hubungi:

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD (740651-H)


Tingkat 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel: (03) 2053 7188 Faks: (03) 2072 6188
E-mel: customer@prubsn.com.my SMS PruBSN dan hantar ke 33080
Anda juga boleh melayari www.prubsn.com.my

Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan
anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu
bayar.
Semua maklumat adalah betul semasa percetakan.
Dicetak 5 Oktober 2014

You might also like