You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP

(SELEPAS INTERNSHIP)
Selepas empat minggu menjalani Internship di Sekolah Jenis Kebangsaan
Masai, Johor, bermakna saya telah habis menjalankan Internship saya dan
merupakan aktiviti terakhir di Institut Perguruan Tun Hussein Onn.
Saya berasa gembira kerana telah berjaya

menghabiskan pendidikan

saya di IPG. Pada masa yang sama, saya mendapati saya sudah boleh dikira
sebagai seorang guru dan saya harus menjalankan tugas saya sebagai guru
pada masa yang tidak jauh lagi.
Sepanjang Internship ini, saya telah belajar banyak ilmu dan pengalaman
daripada pihak SJK (c) Masai. Antara yang terpenting adalah pengurusan kelas.
Mentor saya, Pn. Leong Siew Fern telah memberikan saya banyak didikan dan
dorongan untuk menguruskan satu kelas dengan baik. Beliau telah mengajar
lebih daripada 15 tahun dan beliau sanggup memberi tunjuk ajar kepada saya
dengan sabar. Saya berasa syukur kerana berpeluang untuk mempelajari
daripada beliau yang berpengalaman.
Selain itu, beliau juga telah ajar saya untuk berkomunikasi lebih dengan
guru-guru lain di sekolah. Selepas tunjuk ajar beliau, barulah saya mendapati
kepentingannya

teknik

komunikasi.

Teknik

ini

telah

membawa

banyak

kemudahan kepada saya untuk membuat projek dan aktiviti di sekolah.


Selain itu, saya juga telah menceburi bidang perguruan dengan lebih
mendalam selepas saya menjalankan Internship di sekolah ini. Perasaan ini
adalah berbeza dengan praktikum yang dijalankan oleh saya di sekolah
sebelumnya sedangkan sekolah Internship yang saya jalankan ini adalah dipilihi

oleh Unit Praktikum bagi memenuhi kekosongan guru di sekolah. Ini seolah-olah
saya telah dilantik di sekolah tersebut dan sekolah menganggap saya sebagai
guru di sekolah tersebut dan bukan guru pelatih. Pihak sekolah juga telah
memberi saya sebahagian kerja yang perlu saya jalankan pada masa akan
datang seperti kerja-kerja masukkan data. Layanan pihak sekolah ini
membolehkan saya merasai kerja sebagai seorang guru yang benar-benar. Saya
berasa sangat bersyukur dan ingin berterima kasih pada pihak sekolah yang
sanggup memberikan saya satu peluang dan pengalaman yang begitu susah
untuk mendapatkannya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
sekolah dan mentor saya yang telah memberi saya peluang untuk belajar di
sekolah ini. Walaupun saya belum diposting tetapi tanpa mengira sekolah yang
akan saya lantik, saya akan menggunakan pengalaman yang telah saya pelajari
di sekolah ini.

You might also like