You are on page 1of 7

MPPK 2214

1. PENGENALAN
Penggunaan enzim di dalam mendiagnosis penyakit telah digunakan sejak seawal tahun
1900. Pada tahun 1920an, serum telah digunakan sebagai alat untuk mengukur paras enzim di
dalam tubuh badan. Pada tahun 1930 pula, kajian ke atas alkaline phosphatase (ALP) di dalam
tulang dan hati telah dijalankan oleh kay, king, bodansky dan Robert. Ini menunjukan bahawa
pendiagnosan penyakit menggunakan enzim telah lama dijalankan. Pada zaman yang moden ini,
teknik pendiagnosan menggunakan enzim atau lebih dikenali sebagai enzimologi klinikal telah di
perkembangkan.
Enzimologi klinikal merupakan salah satu cabang sains yang mengaplikasikan enzim
dalam mendiagnosis dan merawat penyakit.Enzim merupakan protein yang mempunyai ciri-ciri
sebagai pemangkin di dalam reaksi biologi dan metabolism badan. Enzim di dalam darah
dibahagikan kepada dua iaitu enzim yang pada normalnya terdapat dalam darah dan mempunyai
fungsi tertentu seperti proenzim dalam mekanisma pembekuan darah , pseudokolinesterase dan
lipoprotein lipase. Kepekatan enzim ini tinggi di dalam darah jika dibandingkan dengan
kepekatannya di dalam tisu lain. Enzim kedua adalah enzim yang tidak mempunyai fungsi
fisiologi dalam darah dan mungkin tidak terdapat dalam darah. Kepekatan enzim ini amat
rendah di dalam darah jika dibandingkan di dalam tisu. Enzim kedua ini yang digunakan untuk
mendiagnosis penyakit.
Pendiagnosan menggunakan enzim dilakukan dengan mengukur paras enzim di dalam
serum. Apabila tisu mengalami kerosakan paras enzim di dalam plasma meningkat jika
dibandingkan dengan paras enzim di dalam tisu normal. Enzim ini akan masuk secara pasif dari
tisu ke dalam plasma. Hal ini menyebabkan paras enzim di dalam plasma meningkat. Selain
daripada kerosakan tisu , paras enzim juga meningkat selepas pembedahan. Setelah dibebaskan
ke dalam plasma, enzim akan musnah. Enzim yang berat molekulnya kecil seperti amylase akan
dikeluarkan melalui urin manakala enzim lain akan melalui proses katabolisma mengikut jangka
hayat enzim tersebut.
Di dalam tugasan saya ini, saya akan membincangkan mengenai kepentingan pelbagai jenis
enzim dalam mendiagnosis penyakit jantung , pankreas dan gastrousus.

MPPK 2214

2. ENZIM YANG TERLIBAT DALAM DIAGNOSIS PENYAKIT JANTUNG


Terdapat beberapa enzim yang terdapat pada jantung.Enzim ini dikenali sebagai enzim
kardiak. Enzim ini akan meningkat di dalam darah apabila terjadinya sesuatu kepada jantung
seperti berlakunya infarksi miokardium. Contoh enzim kardiak adalah keratin kinase, laktat
dehydrogenase, dan aspartate transaminase.
4.1 Kreatin Kinase
Enzim kreatin kinase atau nama lainnya kreatin phosphokinase merupakan enzim yang
terlibat dalam pembentukan adenosine triphosphate (ATP) dalam tisu. Enzim kreatin kinase
terdapat banyak di otot rangka, otot jantung dan otak.Aktiviti kreatin kinase di dalam serum
adalah tidak stabil disebabkan oleh pengoksidaaan kumpulan sulfhydryl di tapak aktif
enzim.Enzim kreatin kinase adalah berbentuk dimeric yang terdiri daripada dua subunit iaitu B
(otak) dan M (otot). B dan M adalah dua produk gen yang berbeza. Dua subunit ini akan
membentuk 3 isoenzim yang berbeza iaitu BB ( ck-1), MB (ck-2), MM (ck-3). Isoenzim BB
terdapat banyak di otak, paru- paru, dan uterus.Isoenzim MM pula banyak terdapat di otot rangka
dan otot jantung.Manakala Mb terdapat banyak di otot jantung dan hanya terdapat sedikit di
bahagian otot rangka.Isoenzim MB digunakan sebagai penanda untuk mengesam penyakit
infarksi miokardium.Nilai normal bagi kreatin kinase di dalam serum pada suhu 37c adalah 15100 U/L bagi lelaki dan 15-130 U/L bagi wanita.
Aktiviti kreatin kinase di dalam serum akan meningkat setelah berlakunya infarksi
miokardium. CK-MB pula akan meningkat 3-6 jam selepas berlakunya infarksi miokardium.
Paras CK-MB akan berada pada tahap kemuncak pada 12-24 jam selepas berlakunya infarksi
miokardium. Dalam masa 12-48 jam selepas berlakunya infarksi miokardium, paras Ck-MB
akan kembali normal.
4.2 Laktat Dehidrogenase (LDH)
Enzim laktat dehidrogenase adalah enzim intraselular yang terdapat pada hampir semua
sel yang bermetabolisma dengan konsentrasi yang tinggi ditemui di jantung, otot rangka, hati,
ginjal, otak dan sel darah merah. Enzim laktat dehidrogenase penting dalam mendiagnosis
penyakit jantung. Laktat dehidrogenase terbahagi kepada 4 subunit yang terdiri daripada 2 jenis
2

MPPK 2214

iaitu H( jantung) dan M (otot). Terdapat 5 jenis isoenzim dengan komposisi subunit yang berbeza
iaitu dari laktat dehidrogenase 1 sehingga 5. Enzim laktat dehidrogenase yang terlibat dengan
jantung adalah laktat dehidrogenase 1 dan 2.
Dalam infarksi miokardium, paras laktat dehidrogenase naik dalam tempoh 24 48 jam
selepas serangan jantung dan berada pada paras tertinggi dalam 2-3 hari sebelum kembali normal
dalam masa kira-kira 5-10 hari. Biasanya tahap laktat dehidrogenase 2 lebih tinggi berbanding
laktat dehidrogenase 1. Fenomena dimana laktat dehidrogenase 1 lebih tinggi dari laktat
dehidrogenase 2 dikenali sebagai flipped LDH yang merupakan petunjuk yang kuat untuk
mengesan penyakit jantung.
4.3 Aspartat Transaminase
Aspartat Transaminase merupakan enzim daripada kumpulan tranferase. Enzim aspartate
transaminase banyak terdapat tinggi di dalam tisu terutamanya tisu hati, otot jantung dan otot
rangka dan terdapat sedikit ginjal, pankreas dan eritrosit Kerosakan atau kecederaan ke atas tisu
tisu ini akan membawa kepada pembebasan enzim ini bersama dengan protein lain ke dalam
edaran darah menyebabkan peningkatan paras enzim ini di dalam darah.
Di dalam infarksi miokardium, paras aspartat transaminase meningkat di dalam serum.
Peningkatan aspartate transaminase dilihat didalam tempoh 6-8 jam selepas bermulanya sakit
dada dan berada pada tahap tertinggi dalam 18-24 jam.Paras aspartat transaminase kembali
normal dalam masa 4-5 hari.
3. ENZIM YANG TERLIBAT DALAM DIAGNOSIS PENYAKIT PANKREAS
Terdapat beberapa enzim yang berada di dalam pankreas yang bertindak sebagai penanda jika
berlakunya sesuatu kerosakan kepada pankreas seperti berlakunya penyakit pankreatitis
akut.Contoh enzim yang terdapat pada pankreas adalah amylase dan lipase.
5.1 Amylase
Amylase merupakan enzim dari kumpulan hydrolase yang memangkinkan hidrolisis 1,4alfa-glycosidic dalam rantaian polisakarida. Amylase yang terdapat di dalam badan manusia
terdiri daripada molekul kecil yang mempunyai berat molekul yang berbeza dalam lingkungan
3

MPPK 2214

54-62KDa.Enzim ini cukup kecil untuk melepasi glomeruli di buah pinggang.Amylase


merupakan satu-satunya enzim plasma yang ditemui di dalam urin.Amylase hadir dalam serum
dan urin normal adalah berasal dari kelenjar air liur dan pankreas.Amylase banyak hadir dalam
organ dan tisu.Kepekatan amylase yang tinggi ditemui dalam pankreas.Amylase disintesis oleh
sel-sel aciner di dalam pankreas dan dirembeskan ke dalam saluran usus melalui duktus
pankreas.
Enzim amylase didalam serum digunakan untuk mendiagnosis penyakit pankreas.Dalam
pankreatitis akut, aktiviti enzim amylase di dalam serum meningkat dalam tempoh 2-12 jam
selepas berlakunya penyakit tersebut dan berada pada tahap tertinggi dalam masa 12-72
jam.Paras aktiviti enzim amylase menurun ke paras normal pada hari ketiga dan keempat.
Sejumlah besar enzim amylase dikeluarkan di dalam urin, jadi peningkatan paras enzim amylase
dapat dilihat melalui urin dan serum. Apabila berlakunya pankreatitis akut, paras enzim amylase
boleh meningkat sehingga 4-6 kali ganda dari paras normal. Hanya 20% daripada kes-kes yang
mempunyai paras enzim amylase yang normal di dalam serum.
5.2 Lipase
Enzim lipase terdiri daripada rantai tunggal glycoprotein dengan berat molekul sebanyak
48KDa.Lipase merupakan molekul kecil dan boleh menembusi glomerulus.Enzim ini diserap
sepenuhnya oleh tubul renal dan jarang dikesan di dalam urin.Julat normal bagi lipase di dalam
serum yang normal adalah 40-200 U/L. sumber utama penghasilan lipase adalah pankreas, tetapi
lipase juga dihasilkan oleh mukosa usus dan lidah.
Aktiviti enzim lipase di dalam serum dan cecair badan yang lain di ukur bagi mengesan
penyakit pankreatitis akut. Di dalam pankreatitis akut, peningkatan paras aktiviti lipase di dalam
serum dapt dilihat dalam 4-8 jam selepas serangan pertama dan berada pada paras kemuncak
dalam masa 24 jam. Paras aktiviti lipase kembali menurun selepas 8-14 hari. Peningkatan paras
enzim lipase adalah selari dengan peningkatan amylase tetapi paras enzim lipase akan meningkat
lebih awal dan kekal lebih lama berbanding aktiviti enzim amylase di dalam serum. Terdapat
juga keadaan dimana paras aktiviti enzim lipase meningkat iaitu berlakunya penyumbatan pada
saluran pankreas oleh kalkuli.

MPPK 2214

4. ENZIM YANG TERLIBAT DALAM DIAGNOSIS PENYAKIT GASTROUSUS


Saluran gastrousus merupakan saluran penghadaman yang terdiri daripada saluran
penghadaman bahagian atas dan bahagian bawah. Terdapat banyak enzim yang terlibat dalam
proses penghadaman makanan di dalam saluran gastrousus seperti pepsin. Pepsin bertindak
sebagai penanda bagi kes laryngopharyngeal reflux.
6.1 Pepsin
Pepsin merupakan enzim pencernaan yang terdapat di dalam kesemua spesies hidupan
mamalia.Ini menunjukan bahawa betapa pentingnya enzim ini dalam sistem pencernaan. Enzim
pepsin merupakan enzim pencernaan yang bertindak dalam menguraikan protein kepada peptide
bagi memudahkan proses penghadaman dilakukan. Permukaan mukosa usus dilapisi oleh lapisan
yang dapat menghalang kerosakan usus akibat daripada aktiviti enzim pepsin. Apabila enzim
pepsin turun ke bahagian usus, enzim pepsin akan dinyahaktifkan oleh pH beralkali di bahagian
pada bahagian usus. Tetapi, apabila enzim pepsin naik ke bahagian sistem penghadaman
bahagian atas seperti oesophagus, enzim pepsin akan menghakis tisu di bahagian tersebut kerana
tisu di bahagian tersebut tidak dilingdungi oleh lapisan mukosa. Ini menyebabkan berlakunya
kerosakan ke atas bahagian tersebut yang menyebabkan berlakunya laryngopharyngeal flux.
Laryngopharyngeal flux dapat dikesan melalui sampel sputum atau air liur yang mengandungi
enzim pepsin.

MPPK 2214

5. KESIMPULAN
Pada zaman yang serba canggih dan moden ini, enzim telah digunakan secara meluas dalam
pelbagai bidang seperti dalam bidang industri pemakanan, industri pembuatan kertas dan
pelbagai industri yang lain. Dari segi perubatan pula, pelbagai jenis enzim telah digunakan
sebagai penanda semulajadi dalam mendiagnosis sesuatu penyakit.Melalui teknik ini
pendiagnosan yang dilakukan ke atas sesuatu penyakit adalah lebih tepat dan spesifik.Selain itu,
teknik pendiagnosan ini telah banyak digunakan malah telah diperkembangan lagi bagi
memudahkan lagi sesuatu pendiagnosan ke atas penyakit dilakukan.Di samping itu, teknik
pendiagnosan ini merupakan teknik pendiagnosan yang mudah, cepat dan senang dilakukan
kerana hampir kesemua ujian enzim melibatkan penggunaan mesin seperti ujian fungsi renal,
ujian fungsi hati dan lain-lain ujian.Di sini dapat kita konklusikan bahawa enzim bukan sahaja
bertindak sebagai pemangkin tetapi juga bertindak sebagi penanda kehadiran sesuatu penyakit.

MPPK 2214

6. RUJUKAN
1. ASMAH RAHMAT ( 1997), Enzimologi klinikal. Dewan bahasa dan pustaka.
2. Prof. Dr. Hedef El-Yassin ( Oktober 2012), clinically important enzymes and
diagnostic applications. Retrieved December 18, 2012, from
http://www.comed.uobaghdad.edu.iq/uploads/Lectures/Biochemistry/Clinical
%20Enzymology%202011.pdf
3. Prof. Dr. Hedef El-Yassin. (2010). The biochemical role of enzymes. Retrieved
December 18, 2012, from
http://www.comed.uobaghdad.edu.iq/uploads/Lectures/Biochemistry/biochemistry
%202012-2013/dr.%20hadaf/5Clinically%20important%20enzymes%20and
%20diagnostic%20application%20class
%202%202012%20(%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AD
%D8%A7%D8%B6%D8%B1%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D8%AE
%D8%A7%D9%85%D8%B3%D9%87).pdf
4. Tapasya Srivastara and kunzang chosdol. (2007). Clinical biochemistry. ( clinical
enzymology and it applications. Retrieved December 24, 2012, from
http://nsdl.niscair.res.in/bitstream/123456789/697/1/ClinicalEnzymology.pdf
5. A printza, M. speletas, s. triaridis and J.wilson. (2007). Is pepsin detected in the saliva
of patients who experience pharyngeal flux. Retrieved January 5, 2013, from
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2658799/

You might also like