You are on page 1of 5

Surah al- Ahzab : 3

3. dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu


kepada Yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.
Surah Nisa : 81


81. dan mereka (golongan munafik) berkata: "(Kami) taat", kemudian
apabila

mereka

keluar

dari

majlismu,

segolongan

dari

mereka

memutuskan pada malam hari satu rancangan Yang lain daripada


(pengakuan taat) Yang mereka katakan (kepadamu). sedang Allah
(perintahkan malaikat) menulis apa Yang mereka rancangkan itu; maka
berpalinglah (Wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan
apa Yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah; kerana
cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara
mereka).
Surah al- Talaq : 3



3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan
(ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah
cukuplah

baginya

Sesungguhnya

(untuk

Allah

menolong

tetap

dan

melakukan

menyelamatkannya).

Segala

perkara

Yang

dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi


berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Surah al- Araf : 32




32.

Katakanlah

(Wahai

Muhammad):

"Siapakah

Yang

(berani)

mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hambahambaNya, dan demikian juga benda-benda Yang baik lagi halal dari
rezeki Yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmatnikmat) untuk orang-orang Yang beriman (dan juga Yang tidak beriman)
Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi
orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami
jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang Yang
(mahu) mengetahui.
Surah al- Kahfi : 30



30. sebenarnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh sudah tetap
Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang Yang berusaha
memperbaiki amalnya.
Surah al- Zumar :74


74. serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah
menepati janjinya kepada kami, dan Yang menjadikan Kami mewarisi bumi
syurga ini Dengan sebebas-bebasnya, Kami boleh mengambil tempat dari
syurga ini di mana sahaja Kami sukai; maka pemberian Yang demikian
ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang Yang beramal".
Surah al- Zalzalah : 7- 8



7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)!
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)!
Surah al- Baqarah: 111- 112


111. dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan
masuk syurga melainkan orang-orang Yang beragama Yahudi atau
Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan
Yang (membuktikan kebenaran) apa Yang kamu katakan itu, jika betul
kamu orang-orang Yang benar".
112. (Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa Yang
menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia
pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di
sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian
Yang

tidak

baik)

terhadap

berdukacita.

Surah al-Nisa : 123- 124

mereka,

dan

mereka

pula

tidak

akan


123. (balasan Yang baik Yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati
hanya Dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula Dengan
angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). sesiapa Yang melakukan
kejahatan, ia akan dibalas Dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan
mendapat - selain dari Allah - seorang pun Yang akan melindunginya, dan
tidak ada juga Yang dapat menolongnya.
124. dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau
perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan
mereka

pula

sedikitpun.

tidak

akan

dianiaya

(atau

dikurangkan

balasannya)

You might also like