You are on page 1of 4

SJK (C) TAI TONG

PETI SURAT 403


90704, SANDAKAN,
SABAH, MALAYSIA

KERTAS CADANGAN
MELUKIS MURAL

01 OKTOBER 2015 20 OKTOBER 2015

PROGRAM ANJURAN:
INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

1.0 PENGENALAN
Projek melukis mural merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh
guru pelatih dari IPG Kampus Gaya bagi memenuhi syarat Internship bagi semester 8
ini. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan
mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan dari semua guruguru SJK (C) Tai Tong.
Pada masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk
dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan
lagi persekitaran sekolah.

2.0 RASIONAL
Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting
dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek mulukis mural ini dijalankan berhasrat
menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran
pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang bersih dan sihat akan
memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik
secara tidak langsung di sekolah.
3.2 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan
indah.
4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.

4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan


secara berterusan.
5.0 NAMA PROGRAM
Projek Melukis Mural
6.0 ANJURAN
Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan guru-guru SJK
(C) Tai Tong.
7.0 TARIKH
01 Oktober 2015 hingga 20 Oktober 2015
8.0 TEMPAT
SJK (C) Tai Tong, Peti Surat 403, 90704, Sandakan, Sabah, Malaysia.
9.0 ORGANISASI
Penasihat

PN. Tan Chew Keng


(Guru Besar SJK (C) Tai Tong)

Mentor
10.0

Cik. Chin Jin Siew

PELAN TINDAKAN PROJEK

Langka
h

Aktiviti

Mencari bahan dan perkataan yang sesuai untuk melukis


mural melalui internet.

Mengukur saiz perkataan.

Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti tali, pita


ukur dan kapur.

pelaka dan berus.

3
4
5
11.0

Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat


Mencetak perkataan yang diperluakan untuk mural.
Mewarnakan perkataan-perkataan secara berperingkat.
Memperbaiki perkataan yang dilukis.
Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

SUMBER KEWANGAN

Peruntukan dari SJK (C) Tai Tong


12.0

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL.

PERKARA

UNIT

HARGA
SEUNIT (RM)

JUMLAH (RM)

1.

Cat

14.50

58.00

2.

Berus

4.20

8.40

JUMLAH KESELURUHAN

13.0

66.40

PENUTUP

Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua
pihak.
Disediakan oleh:
Disemak dan Disahkan oleh:

........................................
( LEONG CHUN HUNG )

........................................

Guru Pelatih,

( TAN CHEW KENG)

IPG Kampus Gaya

Guru Besar,
SJK (C) Tai Tong

You might also like