You are on page 1of 4

SJK (C) TAI TONG

PETI SURAT 403


90704, SANDAKAN,
SABAH, MALAYSIA

KERTAS CADANGAN
PERHIMPUNAN MINGGUAN

19 OKTOBER 2015

PROGRAM ANJURAN:
INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

1.0 PENGENALAN
Projek menguruskan perhimpunan mingguan merupakan salah satu projek yang
akan dijalankan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Gaya bagi memenuhi syarat
Internship bagi semester 8 ini. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan
pengisian program dengan mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas
bantuan dari semua guru-guru SJK (C) Tai Tong.

2.0 RASIONAL
Seperti mana yang digariskan dalam Garis Panduan Internship menyatakan
bahawa Internship merupakan satu program di lapangan yang bertujuan untuk
mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan
sebenar tugas guru permulaan. Justeru, kami dikehendaki merancang, melaksana dan
menilai projek atau aktiviti yang dirancang dan disediakan yang mana aktiviti tersebut
berkait dengan aktiviti rutin yang menjadi amalan dan budaya sekolah yakni
mengendalikan perhimpunan. Oleh demikian, melalui aktiviti ini kami akan berusaha
mendapatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti secara hands-on.
Melalui aktiviti ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran untuk menguruskan
sesuatu aktiviti di sekolah yakni perhimpunan sekolah.
3.0 MATLAMAT
3.1 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mempelajari cara menguruskan perhimpunan sekolah.
4.2 Memantapkan kemahiran komunkasi dengan warga sekolah.
4.3 Melatih, membimbing dan mengurus murid-murid dalam sesuatu aktiviti.
4.4 Memantapkan lagi aspek interpersonal dan intrapersonal di hadapan warga
sekolah terutama dalam menyusun atur aktiviti yang akan dilaksanakan.

5.0 NAMA PROGRAM


Projek Pengurusan Perhimpunan Mingguan
6.0 ANJURAN
Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan guru-guru SJK
(C) Tai Tong.
7.0 TARIKH
19 Oktober 2015
8.0 TEMPAT
Dewan SJK (C) Tai Tong.
9.0 ORGANISASI
Penaung : Pn. Tan Chew Keng (Guru Besar SJK (C) Tai Tong)
Penasihat : 1. Pn. Ho Shui Han (Pen. Kanan 1)
2. Pn. Chiang King Vun (Pen. Kanan HEM)
3. Pn. Leong Oi Khen (Pen. Kanan KK)
Guru Mentor : Cik. Chin Jin Siew
10.0

PELAN TINDAKAN PROJEK


Bil.

Strategi Pelaksanaan

1.

Merancang dan Melihat

2.

Penyediaan

Huraian
Merancang aktiviti yang bakal dijalankan
Menyediakan kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak
sekolah.
Mendapatkan bantuan daripada mereka untuk
membantu melancarkan majlis.
Berbincang dengan guru mentor dan guru-guru lain
berkaitan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam

3.

Pelaksanaaan

menjalankan perhimpunan.
Menyediakan tentatif program.
Melaksanakan aktiviti mengikut perancangan yang telah
disediakan.

11.0

TENTATIF PROGRAM:

Masa
0645
0700

0730

12.0

Aktiviti
Ketibaan para guru dan murid.di dewan.
Perhimpunan dimulakan.
Nyanyian lagu NegaraKu dan lagu Sekolah.
Ucapan daripada guru pelatih.
Ucapan daripada guru PK.
Ucapan daripada Guru Besar.
Perhimpunan tamat.
Bersurai.

PENUTUP
Adalah diharapkan agar cadangan aktiviti perhimpunan khas dapat
diluluskan bagi membolehkan kami belajar cara menguruskan sesuatu
perhimpunan dan memberi kami peluang menguruskan murid dalam sesuatu
aktiviti apabila berada di sekolah kelak. Ini kerana guru bukan sahaja mengajar
dalam bilik darjah apabila berada di sekolah malah banyak lagi tugas-tugas lain
yang perlu dipikul dan dilaksanakan oleh guru bagi memastikan pembangunan
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh:

........................................

Disemak dan Disahkan oleh:

( LEONG CHUN HUNG )


Guru Pelatih,
IPG Kampus Gaya

........................................
( TAN CHEW KENG)
Guru Besar,
SJK (C) Tai Tong

You might also like