You are on page 1of 6

Fatwa Imam Syafii tentang Kenduri Arwah, Tahlilan, Yasinan dan Sela...

http://wahonot.wordpress.com/2008/11/19/fatwa-imam-syafii-tentang-k...

AL GHUROBA MENITI JEJAK GENERASI TERBAIK


Hilangkan Syirik Tegakkan Tauhid

Fatwa Imam Syafii tentang Kenduri Arwah, Tahlilan, Yasinan


dan Selamatan
NOV 19
Posted by wahonot
Oleh : ustadz Rasul dahri
Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. Kebiasaannya
diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang
fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat
banyak fatwa-fatwa dari Imam Syae rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syae telah mengharamkan dan
membidahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.
Di dalam kitab ( ) juz 2. hlm. 146, tercatat pengharaman Imam Syae rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas
sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:



Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang
juga membawa makanan ke kuburan.
Imam Syae dan jumhur ulama-ulama besar ( ) yang berpegang
kepada mazhab Syae, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan
untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa
Imam Syae:







.
Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya
sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah.
Fatwa Imam Syae di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:


:



:
)
) .
Abdullah bin Jafar berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Jafar, Nabi sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu
menyediakan makanan untuk keluarga Jafar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan). [1]
Menurut fatwa Imam Syae, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati
termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si
Mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim
hukumnya haram. Telah dinyatakan
juga di dalam kitab ( ) jld. 2. hlm. 146:


:




Imam Syae berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji
dan ia adalah bidah.
Seterusnya di dalam kitab ( ) juz. 2. hlm. 146 147, Imam Syae rahimahullah berfatwa lagi:






1 H/R Asy-Syae (I/317), Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad I/205. Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.
Dan antara bidah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara
(kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram.
Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramairamai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, dihari ketujuh,
dihari keempat puluh, dihari keseratus, setelah setahun kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat
Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bidah menurut fatwa Imam Syae. Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syae sewajarnya
menghentikan perbuatan yang haram dan bidah ini sebagai mematuhi wasiat imam yang agung ini.
Seterusnya terdapat dalam kitab yang sama a ( ) juz 2. hlm. 145-146, Mufti
yang bermazhab Syae al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa
Imam Syae yang menghukum bidah dan mengharamkan kenduri arwah:





1 of 6

10/30/2012 9:45 AM

Fatwa Imam Syafii tentang Kenduri Arwah, Tahlilan, Yasinan dan Sela...

http://wahonot.wordpress.com/2008/11/19/fatwa-imam-syafii-tentang-k...







.
Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari perbuatan bidah yang mungkar demi untuk menghidupkan
sunnah dan mematikan (menghapuskan) bidah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu pintu keburukan dan (kalau
dibiarkan bidah berterusan) orang-orang (awam) akan
terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram.
Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari
khaul ( ) . Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibidahkan oleh Imam Syae rahimahullah
sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:





Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bidah
yang mungkar.[2]
Di dalam kitab kh ( ) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab (
) juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramli rahimahullah yang mana beliau berkata:
2 Lihat: juz 2 hlm. 145.


.

Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan bidah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab
Ar-Raudah iaitu mengerjakan amalan yang disebut kaarah secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati sama
sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bidah yang mungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian itu semuanya haram
terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati atau harta yang masih dalam hutang
(belum dilunas) atau seumpamanya.
Di dalam kitab ( ) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan bahawa:


.
Termasuk bidah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si Mati telah
keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang
berkumpul untuk takziyah.
Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala
melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si
Mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu, masalah cabang atau
ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi ) ) pembuat atau aktivis bidah sehingga
amalan ini tidak mahu dipersoalkam oleh
pengamalnya tentang haram dan tegahannya dari Imam Syae rahimahullah dan para ulama yang bermazhab Syae.
Pada hakikatnya, amalan mengirim atau menghadiahkan pahala bacaan seperti yang dinyatakan di atas adalah persoalan besar yang melibatkan
akidah dan ibadah. Wajib diketahui oleh setiap orang yang beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh
dilakukan secara suka-suka (tanpa ada hujjah atau dalil dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya), tidak boleh berpandukan pada anggapan yang
disangka baik lantaran ramainya
masyarakat yang melakukannya, kerana Allah Subhanahu wa-Taala telah memberi amaran
yang tegas kepada mereka yang suka bertaqlid (meniru) perbuatan orang ramai yang tidak
ada dalil atau suruhannya dari syara sebagaimana rmanNya:









Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan
Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). (QS. Al-Anam, 6:116)
Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal atau
hawa nafsu, antara amalan tersebut
ialah amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan dan adanya unsur-unsur agama dalam
amalan tersebut seperti bacaan al- Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah diangkat dan dikategorikan sebagai
ibadah. Sedangkan kita hanya dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telah disyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah
jika ia dianggap sebagai ibadah sebagaimana rman Allah Azza wa-Jalla:
.




Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu) itu, maka ikutilah syariat
itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil). Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat
menolak diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah. (QS. Al-Jatsiyah, 45:18-19)
Setiap amalan yang dianggap ibadah jika hanya berpandukan kepada andaian mengikut perkiraan akal kiran, perasaan, keinginan hawa nafsu
atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilai sama ada
haram atau halal, sunnah atau bidah, maka perbuatan tersebutadalah suatu kesalahan (haram dan bidah) menurut syara sebagaimana yang
dijelaskan oleh ayat di atas dan difatwakan oleh Imam Syae rahimahullah. Memandangkan polemik dan persoalan kenduri arwah kerapkali
ditimbulkan dan ditanyakan kepada penulis, maka ia perlu ditangani dan diselesaikan secara syarii (menurut hukum dari al-Quran dan

2 of 6

10/30/2012 9:45 AM

Fatwa Imam Syafii tentang Kenduri Arwah, Tahlilan, Yasinan dan Sela...

http://wahonot.wordpress.com/2008/11/19/fatwa-imam-syafii-tentang-k...

as-Sunnah) serta fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh yang muktabar.
Dalam membincangkan isu ini pula, maka penulis tumpukan kepada kalangan para ulama
dari mazhab Syae kerana ramai mereka yang bermazhab Syae menyangka bahawa amalan kenduri arwah, tahlilan, yasinan atau amalan
mengirim pahala adalah diajarkan oleh Imam Syae dan para ulama yang berpegang dengan mazhab Syae.
Insya-Allah, mudah-mudahan tulisan ini bukan sahaja dapat menjawab pertanyaan bagi mereka yang bertanya, malah akan sampai kepada
mereka yang mempersoalkan isu ini, termasuklah mereka yang masih tersalah anggap tentang hukum sebenar kenduri arwah (tahlilan atau
yasinan) menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Sumber: www.rasuldahri.com
Diupload kembali oleh : www.wahonot.wordpress.com

Tentang wahonot
I a salafy man
Lihat semua tulisan oleh wahonot
Posted on November 19, 2008, in Aqidah, keluarga, Muslimah. Bookmark the permalink. 13 Komentar.

Tinggalkan Sebuah Komentar

ghani arasyid | November 20, 2008 pada 8:11 am


Assalamualaykum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Masalah ini masih menjadi dilema pada saya, saya pengen segera Ayah dan Ibu saya terbebas dari hal semacam ini tapi terhalangi oleh
sikap keras dari ayah.
Antum bisa memberikan tips-tips untuk memberi nasihat pada orang tua saya?
waalaikumussalamwarohmatullohiwabarokatuh
Wahai saudaraku mungkin sedikit memberikan masukan.
sebelum saya memberikan masukan perlulah kiranya antum(anda) mengetahui bahwa hidayah semua ditangan Alloh. Kita hanya bisa berusaha sesuai
dengan kemampuan kita tentunya sesuai dengan aturan Alloh. Beberapa hal yang menjadi saran dari ana(saya):
1. Perbaikilah akhlak kepada ortu dengan akhlak yang baik, misalnya perlakulah sopan dalam berbicara dan tunjukkan sikap sebagai anak yang berbakti
kepada ortu (ini tentu dilaksanakan berdasarkan karena Alloh) misalnya dengan bahasa yg halus (jawa= dengan boso kromo)
2. Bantulah pekerjaan ortu dengan maksimal melebihi saudaramu yang belum mengerti agama.
3. Jangan antum bersikap ekstrim dengan langsung membahas masalah ini. Alangkah baiknya antum memulai dengan masalah tauhid terlebih dahulu.
Karena langsung membahas masalah ini antum akan langsung dijauhi dan tidak akan diikuti nasehat antum.
4. Belikan sesuatu yang menyenangkan mereka (hadiah). Asal sesuatu tersebut tidak melanggar syariat.
5. Berilah mereka buku-buku agama yang bermanfaat(jika suka membaca buku).
Mungkin itu sedikit masukan yang mungkin antum bisa terapkan. semoga bermanfaat. Baarokallohuikum.
wassalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh
rumaysho | November 21, 2008 pada 6:58 am
Oleh karena kita mengetahui bhw hidayah adl di tangan Allah, hendaknya kita selalu mendoakan kedua orang tua kita, mohonlah pd Allah
agr mereka mdpt petnjuk-NYA. Janganlah kita merasa bhw dgn usaha kita mereka pasti bs berubah. Tidak dmkn ya akhi. Janganlah engkau
bersandar pd dirimu sendiri walaupn hanya sekejap mata, serahkanlah semua pd Allah yg akan memenuhi hajat kita dgn berdoa selalu
kepadaNYA dalam shalat malam, ketika sujud atau tempat mustajab doa yg lainnya.
Juga akhi, berilmulah dulu sblm berdakwah pd ortu. Kuasai kapankah kondisi yg tepat menyampaikan hal ini kpd mereka. Apakah engkau
sudah menyampaikan hal yg lebih utama yaitu aqidah sblm hal ini? Lalu bersikap lemah lembutlah kepada mereka. Dan bersabarlah akhi.
Tiga sikap inilah yg hrus dimiliki setiap muslim ketika ingin berdakwah, mengajak org pd kebaikan dan mencegah org lain dr kemungkaran.
Inilah yg dicontohkan oleh syaikhul islam ibnu taimiyah dlm kitabnya al amru bil maruf wan nahyu anil munkar.
Semoga engkau mendapat tauk Allah dan dimudahkan dlm setiap urusan.
Kunjungilah : hLp://www.rumaysho.wordpress.com
ghani arasyid | November 21, 2008 pada 3:21 pm
Jazakallahu khoir atas nasihatnya
Alhamdulillah saya jadi niat kembali untuk ngaji bersama teman-teman. Saya setelah Ramadhan ini soalnya agak kendor ngajinya.

3 of 6

10/30/2012 9:45 AM

Fatwa Imam Syafii tentang Kenduri Arwah, Tahlilan, Yasinan dan Sela...

http://wahonot.wordpress.com/2008/11/19/fatwa-imam-syafii-tentang-k...

Oh ya, salam ukhuwah sebelumnya.


Saya Ghani Arasyid, Teknik Lingkungan ITS.
Teman satu jurusan dan satu angkatan dari Akh Didit Fitriawan.
iswandi | Desember 6, 2008 pada 5:09 am
SEbuah artikel yang bagus..temanya lama, tapi sebenarnya tetep up to date bagi masyarakat kita ,mohon izin untuk menyebarkannya
..jazakalloh
Abu Hannah | Desember 7, 2008 pada 4:23 am
Izin posting artikel dan daftar e-book. Jazakallooh
Ihsan Muchlis | Desember 22, 2008 pada 8:07 am
Assalamualaikum wr.wb., sungguh senang sekali saya membaca tema tsb., artinya bertambah refrensi saya. saya bersama isteri pernah
dibenci/dimusuhi pada waktu awal berdakwa (walaupun cuma dakwa dalam lingkungan tempat tinggal). saya punya usul untuk saudaraku,
gimana kalau dalam pembahasan artikel selanjutnya dicoba mengetengahkan tanpa menurut pendapat imam, maksudnya seperti ini; bahwa
menurut Alquran dan Sunnah Rasul ..dst. hal ini dimaksudkan kalau kita mnurut imam tertentu terus kemudian ada yang mennaggapi
menurut imam yang lain yang berbeda pendapat maka akan muncul hitam dan putih (dua bentuk yang akhirnya orang yang sudah terbiasa
merasa ada sumber pembenaran). jazakumullah.
sandhi | Mei 8, 2009 pada 9:45 am
Muktamar Nahdlatul Ulama (NU) memutuskan bahwa selamatan kenduri kematian setelah hari wafat, hari ketiga, ketujuh dll adalah :
MAKRUH, RATAPAN TERLARANG, BIDAH TERCELA (BIDAH MADZMUMAH), OCEHAN ORANG-ORANG BODOH.
Berikut apa yang tertulis pada keputusan itu :
MUKTAMAR I NAHDLATUL ULAMA (NU)
KEPUTUSAN MASALAH DINIYYAH NO: 18 / 13 RABIUTS TSAANI 1345 H / 21 OKTOBER 1926
TENTANG
KELUARGA MAYIT MENYEDIAKAN MAKAN KEPADA PENTAKZIAH
TANYA :
Bagaimana hukumnya keluarga mayat menyediakan makanan untuk hidangan kepada mereka yang datang bertaziah pada hari wafatnya
atau hari-hari berikutnya, dengan maksud bersedekah untuk mayat tersebut? Apakah keluarga memperoleh pahala sedekah tersebut?
JAWAB :
Menyediakan makanan pada hari wafat atau hari ketiga atau hari ketujuh itu hukumnya MAKRUH, apabila harus dengan cara berkumpul
bersama-sama dan pada hari-hari tertentu, sedang hukum makruh tersebut tidak menghilangkan pahala itu.
KETERANGAN :
Dalam kitab Ianatut Thalibin Kitabul Janaiz:
MAKRUH hukumnya bagi keluarga mayit ikut duduk bersama orang-orang yang sengaja dihimpun untuk bertaziyah dan membuatkan
makanan bagi mereka, sesuai dengan hadits riwayat Ahmad dari Jarir bin Abdullah al Bajali yang berkata: kami menganggap berkumpul di
(rumah keluarga) mayit dengan menyuguhi makanan pada mereka, setelah si mayit dikubur, itu sebagai bagian dari RATAPAN (YANG
DILARANG).
Dalam kitab Al Fatawa Al Kubra disebutkan :
Beliau ditanya semoga Allah mengembalikan barokah-Nya kepada kita. Bagaimanakah tentang hewan yang disembelih dan dimasak
kemudian dibawa di belakang mayit menuju kuburan untuk disedekahkan ke para penggali kubur saja, dan TENTANG YANG
DILAKUKAN PADA HARI KETIGA KEMATIAN DALAM BENTUK PENYEDIAAN MAKANAN UNTUK PARA FAKIR DAN YANG
LAIN, DAN DEMIKIAN HALNYA YANG DILAKUKAN PADA HARI KETUJUH, serta yang dilakukan pada genap sebulan dengan
pemberian roti yang diedarkan ke rumah-rumah wanita yang menghadiri proses taziyah jenazah.
Mereka melakukan semua itu tujuannya hanya sekedar melaksanakan kebiasaan penduduk setempat sehingga bagi yang tidak mau
melakukannya akan dibenci oleh mereka dan ia akan merasa diacuhkan. Kalau mereka melaksanakan adat tersebut dan bersedekah tidak
bertujuaan (pahala) akhirat, maka bagaimana hukumnya, boleh atau tidak?
Apakah harta yang telah ditasaruRan, atas keingnan ahli waris itu masih ikut dibagi/dihitung dalam pembagian tirkah/harta warisan, walau
sebagian ahli waris yang lain tidak senang pentasarufan sebagaian tirkah bertujuan sebagai sedekah bagi si mayit selama satu bulan berjalan
dari kematiannya. Sebab, tradisi demikian, menurut anggapan masyarakat harus dilaksanakan seperti wajib, bagaimana hukumnya.
Beliau menjawab bahwa semua yang dilakukan sebagaimana yang ditanyakan di atas termasuk BIDAH YANG TERCELA tetapi tidak
sampai haram (alias makruh), kecuali (bisa haram) jika prosesi penghormatan pada mayit di rumah ahli warisnya itu bertujuan untuk
meratapi atau memuji secara berlebihan (rastsa).
Dalam melakukan prosesi tersebut, ia harus bertujuan untuk menangkal OCEHAN ORANG-ORANG BODOH (yaitu orang-orang yang
punya adat kebiasaan menyediakan makanan pada hari wafat atau hari ketiga atau hari ketujuh, dst-penj.), agar mereka tidak menodai
kehormatan dirinya, gara-gara ia tidak mau melakukan prosesi penghormatan di atas. Dengan sikap demikian, diharapkan ia mendapatkan
pahala setara dengan realisasi perintah Nabi terhadap seseorang yang batal (karena hadast) shalatnya untuk menutup hidungnya dengan
tangan (seakan-akan hidungnya keluar darah). Ini demi untuk menjaga kehormatan dirinya, jika ia berbuat di luar kebiasaan masyarakat.
Tirkah tidak boleh diambil / dikurangi seperti kasus di atas. Sebab tirkah yang belum dibagikan mutlak harus disterilkan jika terdapat ahli
waris yang majrur ilahi. Walaupun ahli warisnya sudah pandai-pandai, tetapi sebagian dari mereka tidak rela (jika tirkah itu digunakan

4 of 6

10/30/2012 9:45 AM

Fatwa Imam Syafii tentang Kenduri Arwah, Tahlilan, Yasinan dan Sela...

http://wahonot.wordpress.com/2008/11/19/fatwa-imam-syafii-tentang-k...

sebelum dibagi kepada ahli waris).


SELESAI , KEPUTUSAN MASALAH DINIYYAH NO: 18 / 13 RABIUTS TSAANI 1345 H / 21 OKTOBER 1926
REFERENSI :
Lihat : Ahkamul Fuqaha, Solusi Problematika Hukum Islam, Keputusan Muktamar, Munas, dan Konbes Nahdlatul Ulama (1926-2004 M),
halaman 15-17), Pengantar: Rais Am PBNU, DR.KH.MA Sahal Mahfudh, Penerbit Lajnah Talif wan Nasyr (LTN) NU Jawa Timur dan
Khalista, cet.III, Pebruari 2007.
Masalah Keagamaan Jilid 1 Hasil Muktamar dan Munas Ulama Nahdlatul Ulama Kesatu/1926 s/d/ Ketigapuluh/2000, KH. A.Aziz
Masyhuri, Penerbit PPRMI dan Qultum Media.
tojil | Desember 29, 2009 pada 2:09 pm
penjelasan mengenai selamatan mana??
selamatan bukan buat yang Mati aja kan
jurig | April 9, 2010 pada 12:13 am
Yang diharamkan itu tradisi memberikan makanan kali, kalo ibadah baca alquran, shalawat, tahlil masa diharamkan.
cape deh..
mas saya balik bertanya pada mas ya tolong dipikir dengan hati yg jernih, jika ada orang yg bilang saya puasa setiap hari selasa sama rabu dengan niat
ibadah kira2 boleh ga ya, kan itu ibadah masak ga boleh ? . Gimana yang semacam ini kira2. apakah hal ini dibolehkan?
seikoni | September 8, 2010 pada 1:52 am
dulu ada seorang ateis yang bernama Dahri dan ia adalah seorang raja, sekarang ada Rasul Dahri, apakah ini utusan dari raja ateis itu. karena
kita lihat video dan tulisannya ia banyak berbohong atas nama imam syai, membaca kitab furu masail saja tidak becus. Rasul Dahri berarti
Utusan Dahri.
anda mengatakan bahwa rasul dahri pembohong atas nama imam syai, apakah itu berdsarkan dengan penjelasan ilmiah?dimana letak
kebohongannya?anda juga mengatakan bahwa beliau tidak bisa membaca kitab furu masail, apakah anda pernah menyaksikannya?apakah perkataan itu
dilandasi dengan ilmu dan kejujuran ataukah hawa nafsu?marilah kita coba berkir ilmiah. imam syai saja seorang ulama yg kita ketahui tentang
ilmunya yg begitu besar tidak malu untuk bertanya kepada muridnya, kenapa kita sombong dan angkuh tidak mau menerima kebenaran wlaupun dari
anak kecil ?dimanakah perkataan ust rasul dahri yang bohong?ingatlah wahai saudaraku penglihatan dan pendengaran serta hati kita kan dimintai
pertanggung jawaban di hadapan Alloh kelak?
Anonymous | Februari 3, 2012 pada 6:55 am
Assalamualaikum wr.wb., dalil yang disampaikan bagus..memang diperlukan kebesaran hati untuk mencermati dan menelaah dengan
pengertian fakta dalil-dalil yang disampaikan ini.
Tidak mudah memang untuk menerima hal ini,.jangan dengan emosi untuk menerima dalil-dalil yang disampaikan ini.
Apapun pilihan keyakinan diri kita..pada akhirnya..diri sendiri yang akan mem-pertanggung jawabkan kepada Sang Maha Pencipta di hari
nanti.
Sepenggal ayat disampaikan untuk perbaikan diri sesama Muslim..adalah wajib bagi seorang Muslim.
Akan hal , dapat diterima atau tidak.ini adalah hak masing-masing individu.
Ustadz Rasul Dahri syukron atas dalil-dalil yang disampaikan, sayapun baru menjadi se-orang Muslim sejak tahun 1991 ..dan memang
tidak mudah menyampaikan dalil-dalil ini. Saya pada awal nya juga dikucilkan oleh keluarga akan pengertian bahwa
Tahlil,kenduri,selamatan tidak saya yakini terdapat dalam Islam.
Seiring waktu, muncul rasa menghargai dari kalangan keluarga akan keyakinan saya tersebuttidak mereka sepakati tetapi mereka terima
bahwa saya ber-keyakinan berbeda.
Marilah kita saling menerima dalil-dalil yang disampaikan, BILA tidak berkenan silahkan disampaikan dengan dalil-dalil yang lain ( sesuai
Al-Quran dan Sunnah ) atau cukup membaca nya saja.
Alangkah baiknya tidak ada kata yang tak santun dalam penyampaian pendapatISLAM itu SANTUN
Wassallam mualaikum wrwb
:) | Maret 6, 2012 pada 10:54 am
subhanalloh
Anonymous | April 28, 2012 pada 1:00 pm
afawan,ane mohon izin untuk menyebarkannya ..jazakalloh

Blog pada WordPress.com. Tema: Mystique oleh digitalnature.

5 of 6

10/30/2012 9:45 AM

Fatwa Imam Syafii tentang Kenduri Arwah, Tahlilan, Yasinan dan Sela...

http://wahonot.wordpress.com/2008/11/19/fatwa-imam-syafii-tentang-k...

Ikuti

Follow Al Ghuroba' meniti jejak generasi terbaik


Powered by WordPress.com

6 of 6

10/30/2012 9:45 AM

You might also like