You are on page 1of 2

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan.

Orang dewasa yang


memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu
dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau
leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina,
gasing buku benang dan gasing pinang.

Membuat Gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah,
merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih.
Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga
menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku
atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing
yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke
dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika
melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan


timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat
lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya
maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan
varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Cara Bermain

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing
lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut
dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian
dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.

Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter
dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian
gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit
jambuhnya direnggut.

Pertandingan Gasing

Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat
individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

Gasing Uri
Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang
cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan
berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat
danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di
hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau
arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25
meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah
dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang
pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada
dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan
memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-
pasukan yang mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah


pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing
mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah
gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu
gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan
ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya
cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai
pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas
lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti
berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi
pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

You might also like