You are on page 1of 10

⇒ Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak di hadapan kata nama untuk membentuk frasa

supaya dapat berfungsi sebagai predikat ayat. Kata sendi nama berperanan untuk
merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa lain

⇒ Kata sendi nama yang terdapat dalam bahasa melayu ialah:

Bagi
Di
Laksana
Ke
Demi
Sejak
Untuk
Dari
Tentang
Terhadap
Dengan
Daripada
Seperti
Akan
Dalam
Kepada
Bagai
Oleh
Sampai
Pada
Umpama
Hingga

⇒ Penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’


⇒ Kata sendi ’di’ digunakan untuk tempat dieja secara terpisah dan tidak boleh digunakan untuk
masa.
Contoh penggunaan yang betul:
• Beberapa buah kelas di sekolah ini akan dipilih menjadi tempat
berlangsungnya pertandingan itu.
Contoh kesilapan umum pengguna:
• Di zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang pernah tinggal di sini
bersama ank mereka.
⇒ Kata sendi ’ke’ digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah atau waktu.
Contoh penggunaan yang betul:
• Anda diminta untuk bergerak ke kelas masing-masing sebelum pukul 10.40
pagi.
• Dari pagi ke petang tadi, dia berada di rumah menyiapkan kerja rumahnya.

• Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima dan memerlukan objek sesudahnya. Objek
yang menyertai kata kerja transitif pula mestilah frasa nama

• Contoh:

Rosnah melipat kain.


Ibu menghiris daging.

• Kata kerja transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:

 Kata kerja yang berawalan men


 Kata kerja yang berapitan men...kan
 Kata kerja yang berapitan men...i
 Kata kerja yang berawalan memper
 Kata kerja yang berapitan memper...kan
 Kata kerja yang berapitan memper...i

Kata kerja yang berawalan men

• Contoh:

 Kakak membasuh kain.


 Rahmah menggoreng udang.

Kata kerja yang berapitan men...kan

• Contoh:

 Anda janganlah mengabaikan pelajaran anda.


 Dia menceritakan pengalamannya kepada rakan-rakan sekelas.

Kata kerja yang berapitan men...i


• Contoh:

 Pelajar itu mengakui kesilapannya.


 Ibu merestui pemergiannya.

Kata kerja yang berawalan memper

• Contoh:

 Pihak polis telah memperketat kawalan di bangunan itu.


 Pihak kerajaan akan memperlebar lebuh raya itu.

Kata kerja yang berapitan memper...kan

• Contoh:

 Polis sedang memperhatikan tingkah laku pemuda yang disyaki itu.


 Ahli-ahli parlimen masih memperdebatkan akta pendidikan.

Kata kerja yang berapitan memper...i

• Contoh:

 Majlis itu diadakan untuk memperingati rakan-rakan mereka yang telah gugur di
medan peperangan.
 Encik Raju akan memperisteri Cik Prema.

• Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut
sesudahnya
• Contoh:

 Adik duduk.
 Kakak tersenyum.

• Kata kerja tak transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut

 Kata asal / kata yang tidak disertai imbuhan

• Ada, balik, bangun, diam dan sebagainya

 Berawalan ber

• Berasal, berbaris, berdarah, berfaedah dan sebagainya

 Berapitan ber...an

• Bercucuran, berjatuhan, bertaburan dan sebagainya

 Berapitan ber...kan

• Beralaskan, beratapkan, berbuahkan dan sebagainya

 Berawalan me

• Menyala, melawat, menari, menangis dan sebagainya

 Berawalan ter

• Tercengang, terduduk, terjatuh, terlena dan sebagainya


• Kata kerja pasif adalah terbentuk daripada kata kerja transitif yang dibuang imbuhan
awalannya. Misalnya; adili, perangi, peralat, anjurkan, dan ambil

• Kata kerja pasif boleh dibahagi kepada dua bahagian:


• Kata Kerja Pasif Berpelaku
 Kata kerja pasif akan menjadi kata kerja pasif berpelaku sekiranya disertai kata
pelakunya yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama, kedua, dan ketiga
• Contoh kata kerja pasif diri pertama; kuambil, kuadili, kuberati, kuperakukan,
dan kuanjurkan.
• Contoh kata kerja pasif diri kedua; kau ambil, kau pelopor, kau pilih, kau
peralatkan, dan kau nyanyi.
• Contoh kata kerja pasif diri ketiga; diambil, diadili, dirasai, dididihkan,
dilonggokkan, dan disayangi.

• Kata Kerja Pasif tak Berpelaku


 Kata kerja pasif berawalan ber-
• Kata kerja pasif yang berawalan ber bererti sama dengan awalan di
• Contoh penggunaan:
♦ Pakaiannya sudah berbasuh.
♦ Pakaiannya sudah dibasuh
 Kata kerja pasif berawalan ter-
• Kata kerja pasif dengan walan ter mempunyai dua maksud:
♦ Keupayaan atau dapat. Contoh:
 Terangkat = dapat diangkat
 Terbawa = dapat dibawa
 Terenang = dapat direnangi
♦ Tidak sengaja di-. Contoh:
 Terduduk = tidak sengaja diduduk
 Tergesel = tidak sengaja digesel
 Tersepak = tidak sengaja disepak

 Kata kerja pasif berawalan kena


• Kata kerja jenis ini terdiri daripada kata kerja asal kena dan kata kerja
pokok.
• Contoh: kena buru, kena langgar, kena cucuk, kena tebuk, kena baling.
 Kata kerja pasif berapitan ke-...-an
• Kata kerja yang berapitan ke-...-an biasanya membawa erti ditimpa akibat.
• Contoh:
♦ Keracunan = ditimpa akibat racun
♦ Kepuasan = ditimpa akibat puas
♦ Keseronokkan = ditimpa akibat seronok

• Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga
menjadi satu bentuk ayat yang berlapis

• Ayat yang terbentuk dengan menggunakan kata hubung dikenali sebagai ayat majmuk

Kata Hubung Gabungan

• Kata hubung gabungan ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan dua klausa (ayat
kecil) atau lebih yang sama tara sifatnya
• Antara contoh kata hubung gabungan ialah atau, dan, lalu dan tetapi
• Contoh:

 Adnan atau Azlan boleh pergi dahulu.


 Rosdi dan Rosli doktor pakar bedah.

Kata Hubung Pancangan

• Kata hubung pancangan ialah kata yang digunakan untuk menyambung kalusa-klausa tak
setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk
• Kata hubung pancangan terbahagi kepada:

 Kata hubung pancangan relatif

• Kata yang berfungsi menghubungkan ayat utama dengan satu ayat kecil
yang lain
• Contoh:

 Budak yang berlari itu ialah adik saya.

 Kata hubung pancangan komplemen


• Kata hubung ini berfungsi menghubungkan satu ayat kecil yang menjadi
pelengkap pada satu ayat utama
• Contoh:

 Aku yakin bahawa dia akan menang dalam pertandingan


badminton itu.
 Kata hubung pancangan keterangan

• Kata hubung ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan


pada satu klausa utama
• Contoh:

 Kami tekun menulis hingga kami berjaya menghasilkan buku


panduan PMR.

Kata Hubung Berpasangan

• Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasang-pasang untuk
membentuk ayat majmuk gabungan
• Contoh:

 Baik lelaki mahupun perempuan diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat.

• Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasarnya, sama
ada pengulangan penuh atau sebahagiannya

• Kata ganda terdiri daripada kata nama ganda, kata adjektif ganda dan kata kerja ganda

Kata Nama Ganda

• Penggandaan penuh

 Rumah-rumah yang dibina di kawasan itu masih belum dapat disiapkan lagi.
• Penggandaan separa

 Guru Matematik menggunakan sesiku untuk membina sudut tegak.

• Penggandaan berentak

 Kayu-kayan yang terdapat di dalam hutan itu menjadi sumber pendapatan orang
Asli.

Kata Kerja Ganda

• Penggandaan penuh

 Saya selalu pusing-pusing di bandar itu untuk mengambil angin.

• Penggandaan separa

 Kita hendaklah tegur-menegur supaya cepat mesra.

• Penggandaan berentak

 Orang yang mabuk itu berjalan terhuyung-hayang.

Kata Adjektif Ganda

• Penggandaan penuh

 Saiz badan pemain ragbi itu besar-besar.

• Penggandaan separa

 Dia berniaga kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan.

• Penggandaan berentak

 Rambutnya kusut-masai kerana belum sempat bersikat apabila saya datang.


• Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah, dan bertindak sebagai satu unit
seperti kapal terbang, terima kasih dan sebagainya

• Walaupun kata majmuk pada dasarnya dieja secara terpisah, namun terdapat 15 kata majmuk
yang dieja secara rapat seperti yang berikut:

 Antarabangsa
 Setiausaha
 Beritahu
 Sukarela
 Bumiputera
 Suruhanjaya
 Jawatankuasa
 Kerjasama
 Warganegara
 Kakitangan
 Olahraga
 Tandatangan
 Matahari
 Pesuruhjaya
 Tanggungjawab

• Bentuk kata majmuk

 Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas


 Contoh

• Gambar rajah
• Bandar raya
• Kereta api

 Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus


 Contoh:
• Hak milik
• Garis pusat
• Mata pelajaran

 Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan

• Kaki ayam
• Berat tangan
• Tangkai jering

• Penggandaan kata majmuk

Tidak Baku Baku


Alat tulis – alat tulis Alat – alat tulis
Balai raya – balai raya Balai – balai raya
Setia – setiausaha Setiausaha – setiausaha
Tanda – tandatangan Tandatangan – tandatangan

You might also like