You are on page 1of 12

• MUHAMMAD FIRDAUS BIN ISMAIL.

• 3 ELITE 1
• 06130
• CIKGU FADZILAH
Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi objektif
berikut :-

• Mengenal pasti apakah yang perlu penduduk lakukan semasa proses penanaman
padi.

• Mengetahui aktiviti penduduk pada musim padi.

• Mengetahui kepercayaan penduduk mengenai padi.

• Mengenal pasti alatan yang digunakan oleh penduduk pada zaman dahulu semasa
musim padi.

• Mengetahui permainan yang dimain semasa musim padi.


Bagi menyiapakn tugasan yang diberikan kami pelajar Tingkatan
Tiga dikehendaki membuat satu kerja kursus berkaitan dengan “
Jelapang Padi” bagi kerja rumah untuk cuti pertengahan Semester
1 bagi tahun 2008.

Segala kandungan di dalam kerja kursus berkaitan dengan


Jelapang Padi hendaklah mengandungi maklumat tentang objektif
kajian, kawasan kajian, peta daerah, kaedah kajian, hasil kajian,
cadangan, rumusan dan yang terakhir lampiran sebagai penutup
atau pelengkap kerja kursus.

Kami turut menjalankan kajian tersebut secara berkumpulan.


Seramai 145 orang pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk
melancarkan lawatan ke Muzium Padi. Setiap kumpulan berjumlah
lebih kurang 40 orang pelajar. Perjalanan bermula pada pukul 2.30
petang dan tiba di sana kira-kira pukul 3.30 petang.
Muzium padi ini terletak berhampiran Gunung Keriang, kira-kira 8 kilometer dari bandar
Alor Setar. Keluasan kawasan ini ialah 12 000 meter persegi dan mempunyai 3 aras yang
mempamerkan artifak-artifak. Muzium ini berbentuk gemai padi yang mempunyai 1
bangunan induk dan 6 buah bangunan sampingan. Menggunakan terusan Wan Mat
Saman untuk mengairi kawasan penanaman padi di negeri Kedah. Idea untuk membina
muzium padi ini dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri YABhg. Tun Dr. Mahathir
Mohamad dan direalisasikan oleh YABhg. Tan Sri Osman Arof, Menteri Besar pada
waktu itu. Muzium ini dibina oleh Syarikat Ekran Sdn. Bhd. pada tahun 2000. Setelah
siap pembinaan muzium ini, Syarikat Ekran Sdn. Bhd. menyerahkan muzium ini
sepenuhnya kepada pihak negeri Kedah. Pengisian artifak pengurusan dijalankan pada
Julai 2004 dan dirasmikan pada 12.10.2004 oleh KDYMM Tunku Sultan Kedah, Sultan
Abdul Halim Muadzam Shah Ibni.

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat, iaitu :-

Pemerhatian
Saya dan kumpulan saya telah membuat pemerhatian ke atas kawasan muzium padi di
sini. Melalui pemerhatian, kami dapat melihat pemandangan sewaktu musim padi,
mengetahui kaedah-kaedah dan alatan-alatan yang digunakan semasa musim menanam
dan musim menuai padi.

Temu bual
Saya dan rakan-rakan sekumpulan telah menemu bual seorang pegawai yang bertugas di
kawasan kajian. Tujuan temubual adalah untuk mendapatkan keterangan dan maklumat
tentang proses penanaman padi, alatan yang digunakan dan perkara yang berkaitan
dengan padi.

Rujukan
Saya juga merujuk bahan-bahan rujukan yang berkaitan, seperti melayari laman web
yang berkaitan dengan muzium ini.

Galeri
Muzium ini mempunyai 3 aras sahaja. Pada aras kedua, ia mempunyai 6 ruang galeri
yang memuatkan lukisan-lukisan aktiviti pertanian dari zaman purba sehingga sekarang.
Di aras pertama, terdapat alatan-alatan yang digunakan untuk penanaman padi pada
zaman dahulu sehingga sekarang. Aras ketiga mempunyai 59 anak tangga dan di situ kita
boleh melihat pemandangan perkampungan dan sawah padi. Terdapat empat musim iaitu
musim menanam yang biasanya dilakukan pada bulan dua. Kemudian, musim padi masak
atau padi berisi memakan masa enam bulan sebelum dapat dituai sekitar bulan lapan.
Akhir sekali musim membakar jerami selepas padi diproses dan dimasukkan ke dalam
guni. Di samping itu, terdapat juga pemandangan di kawasan perindustrian, kawasan
penempatan penduduk penduduk, musim menuai padi, keadaan pasar tani dan situasi
kenduru perkahwinan.

Proses penanaman padi.


Penyediaan tapak.

Kerja yang seringkali dijalankan :-


1. menggata (membajak ) sawah.
2. menyisir
3. menggiling tanah.

Menanam padi

Dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong). Dalam proses ini, anak
padi (semai) yang cukup tempoh matang akan dipindahkan ke dalam petak-petak sawah
yang disediakan.

Cara penanamannya dijalankan dengan 4 atau 6 jalur yang dipanggil ‘tekap’. Kerja-kerja
menanam padi ini dijalankan dengan menggunakan tangan atau kuku kambing iaitu
sejenisalat yang pemegangnya dari kayu manakala hujungnya dari besi yang dicabangkan
sedikit bagi memudahkan meletakkan akar semai sebelum ditanam ke dalam tanah.

Kawalan musuh

Kerja-kerja ini meliputi membaja, merumput, menyulam (menggantikan anak padi yang
mati), penjagaan air dan serangan penyakit padi, tikus dan burung. Kerja-kerja ini
dijalankan berterusan sehinggalah padi masak. “Orang-orang” atau “selayut” akan
dipacak ditepi-tepi sawah bertujuan menakutkan binatang seperti tikus dan burung dari
memusnahkan padi yang telah masak.

Menuai
Dalam masyarakat tradisi, musim ini dikenal juga sebagai musim mengerat atau mengiau.
Kebiasaannya musim ini jatuh pada musim kemarau. Bagi mendapatkan hasil padi,
beberapa kaedah tradisi telah digunakan seperti mengetam, mengiau dan mengerat.
Kaedah ini merupakan satu proses untuk mendapatkan buah padi. Kerja-kerja ini
dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong).

Pengangkutan

Buah-buah padi yang telah diisi ke dalam guni kemudiannya akan diangkut dengan
menggunakan anok atau kereta kerbau. Kedua-dua jenis alat pengangkutan ini
menggunakan tenaga kerbau untuk menariknya.

Ada juga sesetengah pesawah menggunakan sampan dan basikal. Bagaimanapun,


kenderaan ini lebih banyak digunakan untuk mengangkut padi yang telah siap diproses ke
kilang padi.

Memproses/Mengering

Padi-padi yang telah diangkat akan dihurai untuk memastikan padi-padi itu bersih dari
jerami, daun padi dan hampa (padi tidak berisi). Proses ini dijalankan di kawasan tanah
lapang dengan menggunakan bantuan angin. Padi yang telah siap dihurai akan dijemur
sehingga betul-betul kering supaya tidak rosak semasa disimpan.

Bagi menghasilkan beras, padi akan ditumbuk dengan lesung atau dikisar. Padi tadi
kemudiannya akan ditampi untuk mengasingkan antah, sekam dan beras.

Penyimpanan

Padi yang telah keringdan bersih akan diisi ke dalam guni dan diangkut ke pusat jualan
padi.

Sebahagian lagi akan berisi ke dalam bakul dan disimpan di dalam jelapang untuk
kegunaan sendiri. Jelapang biasanya dibina berhampiran rumah pesawah untuk
mengelakkan padi dicuri.
Kepok pula biasanya diletak di bawah rumah ataupun di tepi jelapang.

Penimbang/Pembungkusan

Sejarah sistem bermula di zaman DYMM Sultan Mahmud Shah II (1506 -1547) iaitu
Sultan Kedah ke-10 yang bersemayam dan menjalankan pemerintahan di Kota Siputih.

Di zaman pemerintahannya, baginda telah menerbit serta memperkenalkan mata wang


baru yang dinamakan fera, pitis, kupang, jembal dan rial serta sistem sukatan iaitu kepoi,
kol, cupak, dan gantang untuk kegunaan tempatan iaitu:-

“ 3 genggam beras menjadi 1 kepoi, 2 kepoi menjadi 1 kol, 2 kol menjadi secupak (1
cupak berjumlah 12 genggam beras), 4 cupak bersamaan 1 gantang dan 1 gantang
bersamaan 48 genggam beras.”

Kepoi, kol, dan cupak dibuat daripada tempurung kelapa dan gantang pula dibuat
daripada kayu yang ditebuk. Setiap alat sukatan itu dicapkan dengan “Negeri Kedah
Darul Aman.”

Bahasa Kerbau

Halh – menyuruh kerbau berjalan


Chah – mengarah kerbau ke arah kanan
Sok – mengarah kerbau ke arah kiri
Diam – mengarah kerbau berhenti
Paling chah – menyuruh kerbau undur ke belakang
Paling sok – menyuruh kerbau pusing ke kiri

Alatan menjaga kerbau

Penimba – digunakan untuk mandikan kerbau


Sendung – dipacak ke dalam tanah untuk menambat kerbau dan boleh diubah
kedudukannya
Loceng kerbau (kertuk) – digantung pada leher kerbau bagi memudahkan dikenali oleh
tuan kerbau.

Semangat padi

Para petani sentiasa menghadapi risiko semasa menanam padi dan berkaitan dengan ini,
mereka mempercayai bahawa padi itu mempunyai semangat. Menjamin hasil padi yang
baik, mereka terpaksa sentiasa menjaga semangat padi.

Semangat padi yang begitu ‘manja’ dikait secara simbolik sebagai anak gadis bagi
menjaga anak gadis memerlukan layanan yang baik agar semangatnya sentiasa berada
dalam keadaan baik. Semangat itulah yang menentukan kesuburan dan penghasilan buah
padi yang baik.

Berasaskan kepercayaan demikian, para petani acapkali mengadakan upacara bagi


menjaga semangat padi. Kepercayaan kepada semangat padi itu juga mempengaruhi para
petani dan orang Melayu umumnya terhadap padi, beras dan nasi. Usaha menjaga
semangat padi adalah dianggap sebagai ikhtiar mereka menjaga keselamatan dan
kesejahteraan hidup.

Wau

Mengikut sejarah, permainan wau kerap dimainkan di musim menuai. Permainan ini
bukan sahaja dimainkan untuk hiburan semata-mata, pertandingan, perkara-perkara yang
selalu dinilai ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi, ketinggian dan keindahan ketika
naik ke udara.

Orang Melayu amat teliti dengan permainan ini. Buluh yang dibentuk untuk dijadikan
rangka diraut dengan berhati-hati supaya bentuk wau dan hut sayapnya tepat seperti yang
dikehendaki.

Mengikut sejarah lagi, wau pada masa dahulu diperbuat daripada sehelai daun yang lebar.

Alatan menangkap ikan

Tuar
Dipasang pada laluan air batas sawah yang ditebuk untuk mengeringkan air apabila padi
hamper masak.

Serkap
Diperbuat daripada buluh yang diraut licin dan dijalin menggunakan akar. Bingkainya
dari akar larak dan kepala serkap yang dijalin dengan rotan diatas dengan getah (tayar
‘gerek’ juga boleh digunakan).

Sekampang
Digunakan untuk menangkap ikan dengan cara menikam.

Peribahasa padi

Padi dikebat dengan daunnya


- modal yang sama digunakan lagi

Padi ditanam, tumbuhnya lalang


- nasib malang
Padi masak jagung mengupih
- berkali-kali untung

Padi rebah, paksa terkukurlah


- dapat untung tanpa susah payah

Padi setangkai, bernas semuanya


- keluarga yang hidup bahagia

Ada kerak, ada nasi


- tiap kejadian ada bekasnya

Ada padi masak, adalah pipit


- orang yang baik budi disayang orang

Bekas tinggal, sekam melayang


- yang baik akan kekal, yang buruk dibuang

Jika ada padi, tentu ada hampanya


- kalau terasa bila disindir, tentu bersalah

Beremas kemas, berpadi menjadi


- orang kaya, semua kehendaknya tercapai

Bersisih antah dengan beras


- yang miskin tidak bercampur dengan orang kaya

Harapkan pagar, pagar makan padi


- dikhianati oleh orang yang dipercayai

Kalau tiada beras, kerla nada deras


- semua kerja perlukan modal

Sukatan tradisional

Sejarah sistem bermula di zaman DYMM Sultan Mahmud Shah II (1506 -1547) iaitu
Sultan Kedah ke-10 yang bersemayam dan menjalankan pemerintahan di Kota Siputih.

Di zaman pemerintahannya, baginda telah menerbit serta memperkenalkan mata wang


baru yang dinamakan fera, pitis, kupang, jembal dan rial serta sistem sukatan iaitu kepoi,
kol, cupak, dan gantang untuk kegunaan tempatan iaitu:-
“ 3 genggam beras menjadi 1 kepoi, 2 kepoi menjadi 1 kol, 2 kol menjadi secupak (1
cupak berjumlah 12 genggam beras), 4 cupak bersamaan 1 gantang dan 1 gantang
bersamaan 48 genggam beras.”

Kepoi, kol, dan cupak dibuat daripada tempurung kelapa dan gantang pula dibuat
daripada kayu yang ditebuk. Setiap alat sukatan itu dicapkan dengan “Negeri Kedah
Darul Aman.”

Kaedah , alatan, dan sejarah yang berkaitan dengan penanaman


padi yang dipersembahkan di Muzium Padi amat penting untuk
pengetahuan bagi rakyat tempatan mahupun pelancong asing.

Dengan lokasi yang sesuai iaitu berhampiran dengan Gunung


Keriang akan menarik ramai pengunjung kerana Gunung Keriang
juga mempunyai sejarah yang yang tersendiri. Penduduk
berhampiran juga kebanyakannya bekerja sebagai pesawah. Jadi,
tidak hairanlah lokasi yang berhampiran dengan Gunung Keriang
menjadi kawasan terletaknya Muzium Padi. Selain itu,
pemandangan yang menarik di kawasan tersebut menjadikan
Muzium Padi negeri Kedah sebagai kawasan tarikan pelancong.
 Dapat memperkenalkan penggunaan-penggunaan padi kepada
seluruh Negara pada masa akan datang kerana terdapat
ramai orang yang masih belum mengetahui pengunaannya
 Dapat membuka lebih banyak Muzium Padi di seluruh negara .
 Dapat membina Muzium tersebut dengan alatan-alatan
tradisional mahupun dengan mengunakan kayu jati dan ia
penuh dengan kretiviti-kretiviti.
 Dapat memperluaskan kawasan-kawasan penanaman padi ke
Negara luar supaya ekonomi Negara meningkat dan dapat
pengiktirafan oleh seantero dunia.
 Dapat mimbina alat-alat teknologi yang lebih canggih setaraf
dengan teknologi masa kini untuk penanaman padi mahupun
pemprosesan padi supaya ekonomi Negara lebih meningkat
dan hasil-hasil padi lebih berkualiti.

You might also like