You are on page 1of 2

Tugas Pengarah Urusan Syarikat boleh dikelaskan kepada tugas fidusiari dan tugas statutori.

Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Urusan Syarikat untuk menjalankan tugas dengan
jujur dan rajin (Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965). Tugas seorang Pengarah Syarikat
menurut Statutorri adalah seperti yang terdapat dalam Akta Syarikat 1965 iaitu:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Mengadakan AGM (Annual General Meeting)


Mengadakan dan menyerahkan kepada pendaftar Syarikat Penyata Pulangan Tahunan.
Menyimpan rekod perakuan dengan sempurna
Membentangkan akaun, kunci kira-kira dan Laporan Pengarah Syarikat dalam AGM.
Melantik juruaudit pertama
Melantik setiausaha yang berkelayakan

Selain daripada itu, Artikel Syarikat biasanya memeberi kuasa pengurusan kepada Pengarah
Syarikat untuk mengendalikan perniagaan syarikat. Pengarah perlulah bertanggungjawab ke
atas urus tadbir syarikat dan tidak menyalahgunakan kuasa tersebut untuk kepentingan diri
atau pihak-pihak tertentu. Antara kuasa dan tugas yang diberikan ialah:
a) Membayar kesemua perbelanjaan dalam promosi dan pendaftaran syarikat
b) Menjalankan semua kuasa syarikat untuk meninjam wang dan menggadai atau
menanggung akujanji, harta dari modal yang tidak dipanggil.
c) Menjalankan kesemua kuasa syarikat yang berhubung dengan mana-mana meterai
rasmi untuk kegunaan di luar Malysia dan yang berhubung dengan pendaftaran
cawangan.
d) Melantik mana-mana pihak untuk menjadi wakil syarikat melalui surat kuasa wakil.
e) Menandatangani, mengeluar, menerima dan mengesahkan kesemua cek, nota
perjanjian, draf, bil pertukaran dan lain-lain instrumen oleh mana-mana pengarah
syarikat.
Secara amnya, pengarah mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sesebuah syarikat.
Mereka perlu menentukan halatuju syarikat. Menilai prestasi perniagaan dan memastikan
perancangan dilaksanakan dan sumber hasil syarikat digunakan dengan betul serta membuat
keputusan yang tepat demi kepentingan syarikat.

Akta Syarikat (1965). Garis panduan Memperbadankan Syarikat Berhad Menurut


Jaminaan (SBMJ) diperoleh pada Jun 2, 2015 daripada
https://www.ssm.com.my/sites/default/files/booklet/Garis%20Panduan
%20SBMJ.pdf

You might also like