You are on page 1of 6

3.

TUGAS-TUGAS SETIAP AHLI DALAM SYARIKAT

a) Pengarah Urusan
Tugas Pengarah Urusan Syarikat boleh dikelaskan kepada tugas fidusiari dan tugas
statutori. Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Urusan Syarikat untuk menjalankan
tugas dengan jujur dan rajin (Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965). Tugas seorang
Pengarah Syarikat menurut Statutorri adalah seperti yang terdapat dalam Akta Syarikat
1965 iaitu:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Mengadakan AGM (Annual General Meeting)


Mengadakan dan menyerahkan kepada pendaftar Syarikat Penyata Pulangan Tahunan.
Menyimpan rekod perakuan dengan sempurna
Membentangkan akaun, kunci kira-kira dan Laporan Pengarah Syarikat dalam AGM.
Melantik juruaudit pertama
Melantik setiausaha yang berkelayakan

Selain daripada itu, Artikel Syarikat biasanya memeberi kuasa pengurusan kepada
Pengarah Syarikat untuk mengendalikan perniagaan syarikat. Pengarah perlulah
bertanggungjawab ke atas urus tadbir syarikat dan tidak menyalahgunakan kuasa tersebut
untuk kepentingan diri atau pihak-pihak tertentu. Antara kuasa dan tugas yang diberikan
ialah:
a) Membayar kesemua perbelanjaan dalam promosi dan pendaftaran syarikat
b) Menjalankan semua kuasa syarikat untuk meninjam wang dan menggadai atau
menanggung akujanji, harta dari modal yang tidak dipanggil.
c) Menjalankan kesemua kuasa syarikat yang berhubung dengan mana-mana meterai
rasmi untuk kegunaan di luar Malysia dan yang berhubung dengan pendaftaran
cawangan.
d) Melantik mana-mana pihak untuk menjadi wakil syarikat melalui surat kuasa wakil.
e) Menandatangani, mengeluar, menerima dan mengesahkan kesemua cek, nota
perjanjian, draf, bil pertukaran dan lain-lain instrumen oleh mana-mana pengarah
syarikat.
Secara amnya, pengarah mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sesebuah syarikat.
Mereka perlu menentukan halatuju syarikat. Menilai prestasi perniagaan dan memastikan
perancangan dilaksanakan dan sumber hasil syarikat digunakan dengan betul serta
membuat keputusan yang tepat demi kepentingan syarikat.
b) Pengarah Eksekutif
17

Tugas:
1
2
3

Merumus dasar syarikat


Merancang, mengarah, mengawal, dan menyelaraskan fungsi am syarikat
Menentukan dan mengarah sesuatu dasar melalui rundingan dengan pengurus

4
5

bawahan
Mengkaji semula operasi dan pencapaian syarikat
Mewakili organisasi dalam urusannya dengan badan-badan luar, termasuk kerajaan

6
7

atau pihak berkuasa yang lain


Mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Melaksanakan hala tuju strategik syarikat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga

Pengarah
Memastikan syarikat diuruskan dengan betul dan berkesan dengan memastikan
pasukan eksekutif melaksanakan polisi dan strategi yang diterima pakai oleh Lembaga

Pengarah dan Jawatankuasa Penyemak Lembaga Pengarah


9 Memastikan objektif dan standard prestasi difahami oleh Pengurusan dan warga kerja
10 Memastikan perancangan operasi dan sistem kawalan telah tersedia, memantau
keputusan prestasi berbanding perancangan dan di mana perlu, mengambil langkahlangkah penambahbaikan.
c) Tugas Pengarah atau Pengurus Projek
Pengarah projek memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu projek.
kefahaman dan komitmen adalah penting bagi seorang pengurus. Antara tugas yang perlu
dititikberatkan ialah :
1) Pewujudan objektif dan keutamaan klien dalam sesuatu projek;
2) Mereka bentuk struktur organisasi projek, ini termasuklah membuat pen jangkaan
tempat-tempat yang dia perlu membuat keputusan;
3) Pengenalpastian tentang cara klien harus berganding bahu dalam projek itu;
4) Memberi nasihat pemilihan dan pelantikan pihak-pihak yang terlibat dengan projek
5)
6)
7)
8)

dan menyediakan bidang tugas mereka;


Mentafsir objektif klien dan menjadikan satu ringkasan kepada pasukan projek;
Penyediaan program bagi projek;
Mengaktifkan rangka kerja hubungan pihak-pihak yang terlibat.
Mewujudkan informasi yang sesuai dan struktur perhubungan pihak-pihak yang

terlibat;
9) Pengawalan dan pengawasan kajian keteraturan (kemungkinan), reka bentuk dan
memastikan bahawa ringkasan kerja adalah memuaskan, termasuk dari segi
peruntukkan kewangan dan pelaburan serta perancangan program;
10) Turut menyumbang di dalam membuat keputusan asas yang penting, dan membuat
keputusan operasi;
18

11) Membuat kawalan pelaksanaan sesuatu strategi untuk pengurusan projek-projek yang
telah siap, termasuk pengkomisenan dan penyenggaraan nya kelak; dan
12) Penilaian hasil projek dan membandingkan dengan objektif dan laporan interim nya,
termasuk memberi nasihat strategi pada masa hadapan.
d) Bahagian Pentadbiran
Pengenalan
Unit pentadbiran merupakan antara komponen utama yang menyokong kepada
penyampaian perkhidmatan di bahagian pengurusan.
Objektif
1. Mempertingkatkan kemahiran pengurusan pentadbiran pejabat pengurusan fasiliti
serta mengoptimumkan penggunaan sumber manusia secara professional di dalam
memberikan perkhidmatan kepada warga staf pejabat pengurusan fasiliti.
2. Mempertingkatkan pengurusan pengendalian latihan yang lebih efisyen kepada warga
pejabat pengurusan fasiliti.
Misi Bahagian Pentadbiran
Mempertingkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran pejabat pengurusan fasiliti serta
mengoptimumkan penggunaan sumber manusia secara professional.
Fungsi Unit Pentadbiran
Unit pentadbiran berperanan dalam memberi perkhidmatan sokongan dari segi
penyelarasan dan perancangan khidmat pelanggan (Aduan dan Kaunter), kenderaan,
Pengurusan rekod, keselamatan dan utiliti.

Bertanggungjawab

pembangunan kerjaya anggota.


Bertanggunajawab terhadap khidmat nasihat penilaian prestasi dan perlaksanaan dasar

kompetensi perkhidmatan awam.


Penumpuan terhadap peningkatan kecekapan dan kualiti anggota serta proses kerja

terhadap

aspek

pengambilan,

penempatan,

latihan

dan

melalui kajian semula pengurusan dan prosedur, proses pembangunan perniagaan dan

kejuruteraan.
Menyelia proses pembelian
Menguruskan hal ehwal kewangan jabatan
Menguruskan hal pentadbiran Jabatan dan hal perkhidmatan jabatan
19

Mengawasi perlantikan pembekal


Mengurus pentadbiran am pejabat
Mengurus dan mengawal rekod-rekod dan fail bahagian jabatan
Melaksanakan hal-hal yang berkait an dengan pembangunan,

penyelenggaraan dan keceriaan.


Mengawal selia perolehan dan penyelenggaraan aset ..
Mengurus dan menyelia pengurusan pentadbiran.
Melaksanakan mesyuarat bagi setiap prestasti projek.
Menyelaras tugas-tugas staf sokongan.

keselamatan,

e) Pengurus pemasaran
Tugas:
1. Merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran projek
pembangunan bandar yang telah dibangunkan syarikat.
2. Merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod
jualan projek-projek lepas yang hampir sama dan berdasarkan penilaian terhadap
pasaran tempatan.
3. Merancang, mentadbir,

mengkaji

dan

memantau

perkhidmatan

pelanggan,

perkhidmatan pemasaran dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan


baik dengan pelanggan.
4. Menentukan kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, belanjawan promosi
jualan, kaedah jualan dan standard perkhidmatan pelanggan.
5. Melantik dan menyelaraskan kerja jurujual atau ejen pemasaran.
6. Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau
dengan badan luar.
Kaedah pemasaran:
1. Papan iklan: Pemasangan papan iklan di sekitar kawasan negeri Johor, contoh di
kawasan lebuhraya dan jalan raya.
2. Katalog: Katalog diedarkan di kawasan tumpuan orang ramai, seperti di kompleks
beli-belah.
3. Pengiklanan di majalah.

f) Bahagian Khidmat Pengurusan


Pengenalan

20

Bahagian Khidmat Pengurusan terdiri daripada empat (4) seksyen iaitu Seksyen
Pentadbiran, Seksyen Kewangan, Seksyen Sumber Manusia dan Seksyen Teknologi
Maklumat. Bahagian ini memberi khidmat sokongan kepada Jabatan.
Objektif
Memberi khidmat sokongan yang cekap dan efisien dalam urusan-urusan personel,
pentadbiran, kewangan, ICT dan perpustakaan serta mewujudkan kemudahan yang
lengkap dan persekitaran kerja yang kondusif untuk memastikan perkhidmatan yang
cemerlang.

Fungsi

Mengendalikan urusan pentadbiran am pejabat

Memantau urusan kewangan Jabatan

Mengendalikan urusan personel (Perkhidmatan dan Perjawatan)

Pembangunan Sumber Manusia (Kursus/Latihan, Peperiksaan Dan Pembangunan


Kerjaya)

Menguruskan Pembangunan Teknologi Maklumat Jabatan

Urusetia Mesyuarat-Mesyuarat Utama :


o Mesyuarat Jawatan Kuasa Keutuhan Jabatan
o Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun
o Mesyuarat Jawatan Kuasa Aset Alih Jabatan
o Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan
o Mesyuarat Jawatan Kuasa Keselamatan Pejabat
21

22

You might also like