You are on page 1of 32

Petua Para Hafiz Berjaya

Menghafal 30 Juzuk Al-Quran

Penyusun:
Suhili Nain
www.facebook.com/suhili.nain

Allah berfirman:
(Al-Quran ini) sebuah kitab yang
Kami turunkan kepadamu (dan
umatmu wahai Muhammad),
kitab yang banyak faedah-faedah
dan manfaatnya, untuk mereka
memahami dengan teliti
kandungan ayat-ayatnya, dan
untuk orang-orang yang berakal
sempurna beringat mengambil
iktibar. (Surah Shaad: 29)

www.facebook.com/suhili.nain

Mengapa Tidak Berjaya


Hafal Al-Quran?
Tiada kemahuan.
Berfikiran negatif dan kurang keyakinan
diri.
Tidak fokus dalam menghafal.
Tidak tahu kaedah menghafal yang sesuai.
Bergelumang dengan dosa.
www.facebook.com/suhili.nain

Kamu ingin tahu petua-petua


untuk berjaya menghafal 30
juzuk Al-Quran?
Ikuti 22 petua pada
halaman yang akan datang.

www.facebook.com/suhili.nain

1. Niat yang Ikhlas


Menghafal dengan mengharapkan
redha Allah taala.
Menghafal al-Quran adalah ibadah,
maka tidak seharusnya ia dilakukan
kerana selain Allah taala.
Di antara orang yang awal masuk
Neraka adalah orang yang melazimi alQuran dengan niat yang tidak ikhlas.

www.facebook.com/suhili.nain

2. Mulakan Sekarang
Menghafal al-Quran satu ibadah yang
mulia yang tidak sewajarnya ditundatunda.
Mulakan usaha menghafal daripada
sekarang.
Semakin awal mula menghafal, maka
semakin cepat kamu akan hafal 30
juzuk al-Quran.

www.facebook.com/suhili.nain

3. Jangan Putus Asa


Dalam usaha menghafal, syaithan akan
berusaha untuk menggagalkan usaha
kamu.
Ingatlah, disebalik kesusahan itu ada
ganjaran yang amat besar.
Hafal al-Quran, bukanlah usaha
kosong. Ia pelaburan yang dijamin
keuntungannya di akhirat.

www.facebook.com/suhili.nain

4. Sediakan Masa
Sediakan waktu khusus menghafal
dalam sehari. Seperti mana kamu
sediakan waktu khusus untuk makan
malam, mandi dan tidur.

Jadikan menghafal sebagai rutin wajib


kamu, bukannya perkara yang dibuat
ketika masa lapang sahaja.

www.facebook.com/suhili.nain

5. Pilih Sahabat
Sahabat mempengaruhi hidup kamu,
justeru itu pilihlah sahabat yang dapat
membantu kamu dalam menghafal dan
mempunyai matlamat sama seperti
kamu.
Jauhi atau kurangkan bergaul dengan
orang-orang negatif dan melemahkan
semangat kamu untuk menghafal alQuran.

www.facebook.com/suhili.nain

6. Jauhi Maksiat
Al-Quran adalah cahaya. Maksiat
adalah dosa dan kegelapan. Tidak akan
berhimpun kedua-duanya dalam satu
tempat.

Bergelumang dengan dosa, akan


memadamkan cahaya al-Quran yang
berada dalam hati dan membuatkan
seseorang terlupa hafalannya.
Banyakkan istighfar dan bertaubat.
www.facebook.com/suhili.nain

7. Berdoa Kepada Allah


Al-Quran adalah kalam Allah, ia
adalah wahyu daripada Allah.
Untuk menyerap dan menanamkan
dan menyuburkan wahyu Allah dalam
jiwa kamu, maka berdoalah kepada
Allah.
Perbanyakkan doa pada waktu yang
mustajab seperti hari jumaat, antara
azan dan iqamat dll.
www.facebook.com/suhili.nain

8. Tetapkan Tempoh
Bila kamu mahu habis menghafal 30
juzuk al-Quran?
Ada orang dapat selesaikan hafalan
dalam masa 1 tahun, ada 3 tahun, ada
5 tahun.
Tetapkan tempoh kamu ingin selesai,
sesuai dengan kemampuan kamu.

www.facebook.com/suhili.nain

Rasulullah s.a.w. bersabda:


Sesungguhnya seorang yang tidak
ada sedikitpun al-Quran dalam
hatinya adalah seperti rumah
roboh. (Sunan at-Tirmidzi, 10/155)

www.facebook.com/suhili.nain

9. Buat Jadual Hafalan


Selepas tetapkan tempoh yang kamu
perlu untuk habiskan hafalan alQuran, buat jadual dan kira-kira.
Misalnya,
Habis menghafal dalam masa 15 tahun.
Harus hafal 2 juzuk setiap tahun.
Bulan Januari-Mei, hafal 1 juzuk, bulan
Jun untuk mengulang.
Bulan Julai-November, hafal 1 juzuk,
bulan Disember mengulang.
1 minggu 1 muka surat. Isnin-jumaat
menghafal, sabtu dan ahad mengulang.
www.facebook.com/suhili.nain

10. Utamakan Kualiti


Utamakan kualiti hafalan berbanding
cepat habis hafalan.
Yang penting bukan berapa cepat
kamu hafal, tetapi sejauh mana kualiti
hafalan al-Quran kamu.
Pastikan kamu menghafal dan
membaca ayat atau surah hafalan
mengikut hukum tajwid yang betul.

www.facebook.com/suhili.nain

11. Bersederhana
Untuk berjaya hafaz al-Quran, tidak
boleh terlalu manjakan diri dan tidak
boleh terlalu memaksa diri.
Bersederhanalah dan jangan terlalu
memaksa diri dalam menghafal,
misalnya mahu hafal banyak dalam
satu masa.
Terlalu memaksa diri, bimbang kamu
akan tewas ditengah jalan dan patah
semangat.
www.facebook.com/suhili.nain

Allah berfirman:
Dan Kami turunkan dengan
beransur-ansur dari al-Quran
ayat-ayat suci yang menjadi ubat
penawar dan rahmat bagi orangorang yang beriman kepadanya;
dan (sebaliknya) al-Quran tidak
menambahkan orang-orang yang
zalim (disebabkan keingkaran
mereka) melainkan kerugian
jua. (Surah al-Israa: 82)

www.facebook.com/suhili.nain

12. Hafal Waktu Pagi


Menghafal pada waktu pagi adalah
lebih baik dan lebih mudah meresap
dalam jiwa seseorang.
Boleh memilih sama ada menghafal
sebelum atau selepas subuh. Manamana waktu yang kamu rasakan sesuai.
Boleh juga memperuntukkan dua
masa itu untuk menghafal.

www.facebook.com/suhili.nain

13. Berguru
Menghafal al-Quran dengan berguru.
Tidak semestinya kamu menghafal di
depan guru setiap masa.Yang penting
kamu ada guru untuk semak hafalan
kamu.
Terkadang menghafal sendiri,
seseorang mudah terdedah kepada
kesilapan tanpa disedari.

www.facebook.com/suhili.nain

14. Gunakan 1 Mushaf


Sediakan satu mushaf khusus untuk
menghafal dan jangan bertukar-tukar
mushaf.
Gunakan 1 mushaf itu untuk kamu
hafal kesemua 30 juzuk yang kamu
ingin hafal.

www.facebook.com/suhili.nain

15. Perbaiki Tajwid


Ilmu tajwid dan al-Quran tidak dapat
dipisahkan.
Ilmu tajwid adalah ilmu untuk
menjaga seseorang daripada
melakukan kesilapan saat membaca alQuran.
Pastikan kamu faham dan kuasai ilmu
tajwid dengan betul.

www.facebook.com/suhili.nain

16. Ulang Hafalan


Bila kamu hafal surah, ayat hari ini
jangan terus senyap hingga malam.
Ulang hafalan kamu.
Kaitkan atau ulang hafalan baru
dengan hafalan lama.
Ulang hafalan kamu setiap kali selesai
solat sebanyak 2 kali. Bila kamu hafal
waktu subuh atau pagi, sebelum tidur
hafalan kamu sudah jadi semakin kuat.
www.facebook.com/suhili.nain

17. Fahami Topik


Ayat al-Quran mempunyai topik yang
tertentu.
Bila kamu hafal ayat al-Quran,
pastikan kamu tahu ia membicarakan
tentang apa.
Satu cara agar menghafal lebih mudah,
bahagiakan surah mengikut topik, agar
lebih jelas dalam ingatan kamu.

www.facebook.com/suhili.nain

Rasulullah s.a.w. bersabda:


(Pada hari Kiamat kelak) akan
diseru kepada ahli al-Quran:
Bacalah dan teruslah naik,
bacalah dengan tartil seperti
yang engkau telah membaca
dengan tartil di dunia, kerana
sesungguhnya tempatmu adalah
pada akhir ayat yang engkau
baca! (Musnad Ahmad, 11/404)

www.facebook.com/suhili.nain

18. Tulis Ayat


Salin dan tulis ayat yang kamu hafal.
Dengan menulis, ingatan kamu
terhadap sesuatu ayat itu akan lebih
kukuh berbanding membacanya
sahaja.

www.facebook.com/suhili.nain

19. Dengar Bacaan


Cara lain kuatkan hafalan adalah
dengan dengar bacaan al-Quran.
Dengar bacaan al-Quran daripada
mp3 al-Quran, rakaman daripada Qari
terkenal atau rakaman suara sendiri.
Mendengar adalah kaedah mengulang
yang santai. Boleh juga minta orang
lain bacakan al-Quran untuk kamu.

www.facebook.com/suhili.nain

20. Baca dalam Solat


Di antara waktu yang terbaik dalam
mengulang dan mengelakkan lupa
adalah dengan baca surah dan ayat
kamu telah hafal dalam solat.

Sekiranya kamu terlupa ketika solat,


pastikan kamu ingat masalah itu dan
rujuk mushaf sebaik sahaja kamu
selesai solat dan perbaiki hafalan.

www.facebook.com/suhili.nain

Rasulullah s.a.w. bersabda:


Sesiapa membaca satu huruf dari
Kitab Allah, maka baginya satu
hasanah (kebaikan) dan satu
hasanah itu digandakan sepuluh
kali ganda seumpamanya. Aku
tidak mengatakan alif lam mim
itu satu huruf, tetapi alif satu
huruf, lam satu huruf dan mim
satu huruf. (Sunan at-Tirmidzi,
10/153)

www.facebook.com/suhili.nain

21. Hidupkan Al-Quran


Al-Quran diturunkan sebagai
petunjuk hidup dan menjadi panduan,
justeru amalkan al-Quran.
Jangan jadi seperti burung kakak tua
yang cuma mengulang kata-kata
orang, tetapi tidak memahami dan
tidak mempraktikkan.

Al-Quran yang diamalkan menjadi


lebih kukuh.
www.facebook.com/suhili.nain

22. Ajarkan Al-Quran


Ajar al-Quran kepada orang lain, bila
kamu sudah menguasainya.
Mengajarkan orang lain al-Quran
termasuk dalam sebaik-baik usaha.
Mengajarkan al-Quran akan menjadi
ilmu yang bermanfaat yang tidak putus
ganjaran pahalanya setelah meninggal
dunia.

www.facebook.com/suhili.nain

Tamat
22 petua ini mungkin nampak
simple, tetapi jika kamu
amalkan 22 petua yang telah
dikongsi, dengan izin Allah,
usaha kamu menghafal al-Quran
akan menjadi lebih mudah.
Sebagai akhir, saya doakan agar
kamu berjaya menghafal 30
juzuk al-Quran.
Amiin.

www.facebook.com/suhili.nain

Adakah Ebook Kecil Ini


Bermanfaat Buat Kamu?
Jika ya, sila untuk sebarkan
Ebook ini secara meluas.
Sebarkan melalui emel, telegram, Facebook
dan pelbagai medium. Percuma. Dilarang
sebaran untuk tujuan komersial dan
keuntungan.
Semoga ia memberikan manfaat buat diri
kamu.
Ikuti Facebook Suhili Nain untuk lebih
banyak informasi menarik.
www.facebook.com/suhili.nain

You might also like