You are on page 1of 13

MEMPERSEMBAHK

AN

PENANGGUNGA
N
DISEDIAKAN OLEH :NUR FARAH NAJIHA BINTI
AZIZI
FARAH NABILAH IZZATI
BINTI ROZAIEED
NUR FATIN IZZATI BINTI
ABDULLAH
ZAFRAN BIN ZAKARIA

SINOPSIS
Kapten Mamat menghadapi konflik dalam dirinya setelah Baharom,
iaitu seorang kelasinya meninggal dunia selepas terjatuh dari tiang
geladak kapal yang dikemudi oleh Kapten Mamat. Masnah, janda
kepada arwah Baharom ialah saudara jauh sebelah bapanya. Masnah
datang menuntut haknya sebagai seorang janda. Kapten Mamat
sangat bersimpati dengan Masnah namun dia tidak mampu berbuat
apa-apa. Isteri Kapten Mamat cuba menenteramkan Masnah namun
gagal. Masnah meluahkan kekecewaannya kerana nasibnya tidak
terbela selepas kematian Baharom. Kapten Mamat berjanji untuk
membela nasib Masnah. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila
Masnah tiba-tiba pengsan. Isteri Kapten Mamat menyuruhnya
memanggil bomoh. Namun Kapten Mamat tidak percaya akan
khidmat bomoh. Dia menyuruh isterinya memercikkan air ke muka
Masnah. Akhirnya, Masnah sedar semula. Kapten Mamat menyuruh
Masnah balik ke kampung untuk menenangkan jiwanya. Dia juga
menyuruh Masnah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui
penyakit yang dialaminya. Masnah akhirnya akur dengan nasihat
Kapten Mamat. Sehebat mana penanggungan masalah yang
dihadapinya, Masnah akur dengan ketentuan Tuhan bahawa setiap
makhluk yang bernyawa akan mati.

TEMA
Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang
terpaksa dilalui atas ketentuan Ilahi.
Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap
kematian Baharum, suami Masnah. Baharum
yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh
Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana
terjatuh dari atas tiang agung ke atas
geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab
terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya
setelah kematian Baharum. Masnah pula
bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan

PERSOALAN
i. Kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami.
Contohnya : Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa
seorang suami.
Perasaan bersalah yang menghantui jiwa.
Contohnya : Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum, suami
Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.
Perasaan simpati atas penderitaan hidup orang lain.
Contohnya : Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan
yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .
Sikap reda menghadapi ketentuan Allah.
Contohnya : Masnah akhirnya reda akan ketentuan Allah, iaitu
setiap makhluk yang hidup pasti akan mati.

L ATAR

LATAR MASA
LATAR TEMPAT
LATAR MASYARAKAT

WATAK DAN
MASNAH
PERWATAKKAN
Janda Baharum.

KAPTEN MAMAT

Bekerja sebagai kapten


kapal.
Seorang pesara.
Prihatin terhadap masalah
anak buahnya. Kapten
Mamat prihatin terhadap
nasib yang menimpa
Masnah sekeluarga setelah
kematian suaminya
Baharum..
Berasa bertanggungjawab
atas kematian Baharum.
Kapten Mamat berjanji
kepada Masnah bahawa
selagi dia masih hidup,
keluarga Masnah akan
dibantu.

Mempunyai dua orang


anak.
Setia dan penyayang
terhadap suami dan anakanaknya. Masnah amat
menyayangi suaminya
meskipun Baharum sudah
meninggal dunia.
Mengalami kesusahan
hidup selepas kematian
suami.
Masnah merasa keperitan
hidup setelah dia
kehilangan suami yang
menjadi tempat bergantung
selama ini.

LATAR MASA
Tengah hari yang
panas terik dan
berangin sehingga
langsir rumah Kapten
Mamat

LATAR TEMPAT
Rumah Kapten Mamat.
Dia membuka baju dan membiarkan
tubuhnya dihembus angin.
Anjung rumah Kapten Mamat.
Masnah memimpin tangan anaknya
naik ke anjung.
Kapal.
Tempat Baharum terjatuh kerana
memanjat geladak ketika laut

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran.
Kapten Mamat berusaha mengurangkan bebanan yang ditanggung
oleh isteri dan anak-anak arwah Baharum.
Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.
Setelah kematian Baharum, kesatuan sekerja akan membayar
pampasan.
Masyarakat yang bersimpati atas penderitaan orang lain.
Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah
dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung.
Masyarakat yang menghormati tetamu.
Isteri Kapten mamat menghidangkan minuman kepada Masnah.

NILAI MURNI
Bersimpati
Contohnya, Kapten Mamat bersimpati atas nasib yang
menimpa Masnah dan anak-anaknya.
Kasih sayang
Contohnya, Masnah amat mengasihi suaminya dan
amat sukar menerima realiti bahawa suaminya sudah
meninggal dunia.
Keberanian
Contohnya, Kapten Mamat berani menghadapi
cabaran bekerja di laut.

PENGAJARAN

Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa


ahli keluarga dan juga sahabat
handai.
Contohnya, Kapten Mamat bersimpati dengan nasib Masnah
dan anak-anaknya setelah
kematian Baharum.
Suami isteri hendaklah saling menyayangi antara satu sama
lain.
Contohnya, Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun
suaminya telah pergi buat selamalamanya.

Kita mestilah menjadi pemimpin yang berani terutama dalam


menghadapi situasi yang

TAMAT

You might also like