You are on page 1of 5

LAPORAN LAWATAN 4 HARI 3 MALAM KE SEOUL, KOREA SELATAN

Pada 10/10/2015, seramai lapan peserta berserta seorang pegawai dan Tuan Pengarah
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Tn Hj Kamaruzzaman Ismail telah
berangkat dari PSA ke KLIA2 untuk pelepasan ke Incheon, Korea Selatan. Penerbangan
menaiki Air Asia X dari Kuala Lumpur ke Incheon mengambil masa selama hampir tujuh jam.
Rombongan politeknik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada jam 8.00 pagi
waktu tempatan pada 11/10/2015. Korea Selatan pada ketika ini mengalami musim luruh
dengan julat suhu 10C - 20C.
11.10.15 : Rombongan dibawa melawat ke kota Seoul di mana kami diiring oleh pemandu
pelancong U Jeong. Destinasi pertama ialah Istana Gyeongbok dan Muzium Kebudayaan
Negara (National Folk Museum). Kawasan tersebut merupakan tempat bersejarah yang
menempatkan Istana Dinasti pemerintah Korea pada masa dahulu dan pameran adat resam
mereka. Gyeongbok bermaksud Dinasti Yang Baru Akan Dikurniakan Rahmat Dan
Kekayaan (The new dynasty will be greatly blessed and prosperous). Rombongan juga
dibawa melawat ke jalanan Insadong dan membuat Kimchi epal di Muzium Kimchikan serta
berpeluang mencuba pakaian tradisi mereka, Hanbok. Pada petangnya, para rombongan
dibawa melawat Central Grand Mosque di Itaewon di mana ia merupakan satu-satunya masjid
yang terdapat di Seoul. Rombongan dibawa ke hotel NungMaru Guesthouse di Myeong Dong
untuk beristirahat.
12.10.15 : Para peserta dibawa melawat Menara Namsan dengan menaiki kereta kabel untuk
melihat pandangan 360 darjah seluruh Seoul dari atas menara tersebut sebelum dibawa
melawat Muzium Silap Mata (Eye Trick Museum). Kemudian, rombongan berangkat ke COEX
Aquarium dan Samsung Dlight Center untuk lebih peluang menyelami kecanggihan teknologi
masyarakat Korea.
13.10.15 : Para peserta berpeluang menaiki subway ke serata bandar Seoul. Melalui subway,
kami berpeluang melawat Lotte World Tower, salah satu bangunan tertinggi di Seoul. Kami
juga berkesempatan melawat Dongdaemun Design Plaza yang mempunyai struktur unik dan
membeli belah di Dongdaemun. Pada malamnya kami membeli belah di Jalan Myeong Dong.
14.10.15 : Hari terakhir di Korea Selatan. Sebelah paginya, kami membeli-belah di
NamDaemun Sijang, antara tempat membeli-belah yang murah di Seoul. Kami mendaftar
keluar pada jam 11 pagi waktu tempatan dan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Seoul untuk penerbangan pulang ke Malaysia pada jam 2:50 waktu tempatan.
Nota: Kebanyakan penduduk Korea Selatan mempunyai disiplin yang tinggi kerana di sana ,
keadaan sekeliling mereka agak bersih dan kurang sampah sarap di tepi jalan. Mereka juga
mempunyai amalan seperti beratur dalam satu barisan untuk menunggu bas dan mereka
sangat mementingkan keharmonian dalam pembangunan. Misalnya, pembangunan mereka
mesti disertai dengan landskap yang menunjukkan kesepaduan pembangunan dan alam
sekitar. Namun, salah satu sikap mereka yang tidak wajar dicontohi ialah mereka kurang
bergaul sesama mereka ketika menaiki kenderaan awam di mana kita boleh lihat mereka
hanya membelek telefon masing-masing sehinggalah ke destinasi.
Laporan disediakan oleh:
SYAMIL BIN ROSLI
Politeknik Banting Selangor

Penerbangan D7506 ke Incheon menaiki pesawat


AirAsia X.

Pesawat AirAsia X tiba di Lapangan Terbang


Antarabangsa Incheon, Korea Selatan.

Pemandu pelancong, U Jeong memberi


penerangan tempat yang kami lawati.

Istana GyeongBok di GwangHwamun.

Tuan Pengarah PSA, Hj Kamaruzzaman bersama


pegawai En Razlan di Istana GyeongBok.

Istana GyeongBok di GwangHwamun.

Penulis bergambar di pintu masuk Muzium


Rakyat Kebangsaan.

Makanan tengahari berupa penkek makanan laut


dan kimchi.

Menikmati oemandangan di Insadong.

Menimba pengalaman membuat kimchi epal di


Muzium Kimchikan.

Pameran pelbagai jenis kimchi yang dihasikan


menggunakan ramuan berbeza.

Penulis mencuba pakaian tradisional Korea,


Hanbok.

Masjid Utama Seoul (Grand Central Mosque) di


Itaewon.

Jalanan Itaewon.

Penulis bergambar di Menara Namsan.

Pemandangan dari Menara Namsan. Disertakan


juga arah dan jarak bandar-bandar utama dunia.

Penulis menikmat pemandangan dari pelantar


menara Namsan.

Kenderaan berkuasa elektrik di Korea Selatan.


Kelihatan sebuah kereta sedang dicaj.

Muzium Silap Mata. Helah kamera dan lukisan 3D


menjadikan ilusi setiap pameran menarik.

COEX Aquarium. Tangki ikan ynag besar untuk


tatapan pengunjung.

Kecanggihan teknologi untuk tatapan pengunjung


di Samsung Dlight Center.

Stesen Subway MyeongDong.

Keadaan di dalam Subway. Kebanyakan


penumpang hanya melakukan hal sendiri.

Lotte World Tower. Antara menara tertinggi di


Seoul.

DongDaemun Design Plaza. Reka bentuk


bangunan yang unik menarik pengunjung.

DongDaemun pada waktu malam.

Ketam Gergasi di MyeonDong. Harganya boleh


mencecah RM300 seekor.

Suasana malam di jalan MyeongDong.

Suasana di NamDaemun Sijang. Pelbagai


cenderahati murah boleh didapati di sini.

Hari terakhir di MyeonDong. Menunggu ketibaan


bas untuk ke lapangan terbang.

Pemandangan matahari terbenam dari dalam


pesawat pulang ke Malaysia.

Gambar kenangan peserta rombongan di balai


ketibaan KLIA2.

You might also like