You are on page 1of 1

PENGENALAN

Dewasa ini aliran pemikiran barat sudah mendominasi pemikiran masyarakat dalam
pelbagai aspek. Peradaban barat kini telah menguasai dunia. Banyak perubahan-perubahan
peradaban yang dilihat pada remaja atau belia kini. Pemikiran barat merupakan petaka buruk
bagi masyarakat dan peradaban Timur. Masyarakat timur yang menonjolkan peradaban mulia,
telah luntur sedikit demi sedikit dan semakin terpengaruh dengan aliran pemikiran barat.
Dalam Susana dunia yang semakin mencabar, ramai manusia terpengaruh dengan
aliran pemikiran barat sehinggakan mereka berebut-rebut mengejar kekayaan , kemewahan
dan kesenangan duniawi tanpa memperdulikan lunas-lunas ajaran agama. Apa yang penting
bagi mereka, kekayaan, kemewahan dan kesenangan mesti diperolehi semaksimum yang
boleh. Akibatnya sesebuah organisasi masyarakat itu telah leka dari menjaga sikap-sikap murni
dan nilai keagamaan. Maka apa yang kita lihat sekarang, ramai golongan remaja yang telah
terpesong akidah dan pemikirannya dipengaruhi ideologi barat . Kini, saban hari kita
didengarkan dengan pengaruh negetif dari barat.Pelbagai isu seperti ajaran sesat, pelacuran,
rogol dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak sihat telah berlaku.
Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia
merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah
menyebabkan amalannya tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T dan mudah terperdaya
dengan ideologi barat. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi
Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah.
Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa
setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di
zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya
penyebaran ideologi barat yang tersebar melalui internet dan teknologi maklumat yang
berkembang dengan begitu pesat sekali. Jelaslah akidah memainkan peranan penting dalam
pembangunan ummah.

You might also like