You are on page 1of 12

Kumpulan 9, Seksyen

Pengalaman Harian
Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian
Bincangkan bagaimana aspek kepelbagaian makanan mampu
menjadi alat dalam mewujudkan integrasi kaum di Malaysia.

Dr. Siti Sarawati Binti Johar


Nama

Muhamad Amirul Nur Haffiz Bin Zaini

1.0 Latar Belakang Kajian

DF140032

Tahun 2

Kumpulan 9, Seksyen

Dalam menjalankan kajian ini, lokasi kajian ialah Universiti Tun Hussien Onn.Terdapat 30 orang
responden yang telah diplih secara rawak yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai Fakulti.

2.0 Masalah Kajian


Kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia mendapati
masyarakat pada hari ini tidak lagi menampilkan ciri-ciri perkauman yang kental dalam beberapa
aspek kehidupan mereka. Ini tentulah sesuatu petanda yang positif bagi masa depan sebuah
negara berbilang kaum di Malaysia. Sikap masyarakat pada hari ini seperti yang diperolehi
daripada kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia itu
mencerminkan penerimaan mereka yang baik tanpa prejudis terhadap semua kaum di Malaysia.
Masa depan ekonomi negara juga diyakini akan bertambah baik dan ini tentulah akan
dapat mengekalkan keharmonian di antara kaum. Hasil kajian ini membuktikan bahawa majoriti
menyatakan keadaan ekonomi semakin baik jika perpaduan terjalin antara masyarakat di
Malaysia. Berdasarkan sejarah dan pengalaman negara ini, masalah ekonomi dapat memberi
kesan terutama kewujudan jurang antara kaum dan ini jika tidak dibendung akan dapat mencetus
rasa cemburu sehingga membawa kepada permusuhan antara kaum.
Makanan merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia untuk memenuhi
keperluan biologi dan sosiologi. Makanan berperanan menyatupadukan pelbagai etnik dalam
sesebuah masyarakat. Makanan juga dapat membahagikan individu kepada kumpulan sosial
tertentu dalam masyarakat. Penyatupaduan dan pembahagian tersebut bergantung kepada bentuk
ruang sosial sesuatu makanan mengikut fungsinya dalam masyarakat khususnya masyarakat
pelbagai etnik. Ruang sosial makanan terbahagi kepada dua iaitu ruang awam dan ruang bukan
awam.
Ruang awam tidak berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan tetapi ada
kalanya boleh berkaitan dengan keraian keagamaan. Misalnya majlis perkahwinan etnik melayu
dan jamuan hari raya turut dihadiri oleh masyarakat pelbagai etnik. Manakala ruang bukan awam
pula berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Misalnya makanan larangan berkaitan
dengan acara tertentu dalam meraikan keagamaan.

Kumpulan 9, Seksyen

Pada hari ini, kita melihat orang Cina menjual asam laksa dan nasi lemak, manakala
orang Melayu memakan mi, kueh tiaw, yong tau foo, roti nan, capati dan tosai. Demikian pula
orang India makan apa saja yang dimakan oleh rakan mereka dalam kalangan Melayu dan Cina.
Nasi lemak adalah contoh makanan orang Melayu yg dapat memupuk perpaduan kaum di
Malaysia dan ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi
kegemaran orang Melayu tetapi turut dipelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak
dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan
malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di
hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan seperti kari ayam,
rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru
goreng.
Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi
ataupun sebagai snek. Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur
dengan air dan santan kelapa yang kemudiannya ditekan ke penyaring untuk menjadikannya
seperti mi halus. Selepas itu, ia akan dikukus dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai
perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula Melaka.
Putu mayam adalah contoh makanan masyarakat India yang juga digemari oleh semua kaum di
Malaysia.
Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu,
kicap soya) cendawan, bunga lily, biji-bijian dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah
bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan
sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari
Negera China seperti yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah
diminati semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan
menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan
ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum
Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng,
ayam panggang atau ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang
bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum

Kumpulan 9, Seksyen

Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan
berasaskan kekacang.
Sesungguhnya Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam
semula jadi ditambah dengan keunikan latar belakang masyarakatnya. Gabungan daripada
kedua-dua elemen tersebut menawarkan kepelbagaian hidangan warisan pelbagai etnik dan
berperanan pula mewujudkan kesepaduan sosial melalui amalan pemakanan harian masyarakat
tanpa memikirkan perbezaan latar belakang budaya antara mereka.

3.0 Objektif Kajian


Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti makanan yang terkenal di antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu
Melayu, Cina dan India.
2. Membuat analisis tentang makanan etnik.
3. Mengetahui keunikan dan daya tarikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut.
4. Membincangkan bagaimana keunikan makanan tradisi diantara tiga bangsa terbesar
di Malaysia mampu membentuk perpaduan antara kaum.

4.0 Kepentingan Kajian


Kajian ini dijalankan atas dasar dapat mengenalpasti makanan tradisi tiga kaum terbesar di
Malaysia. Kajian ini juga dapat menunjukkan betapa makanan tradisi dapat membentuk
perpaduan kaum di Malaysia.

5.0 Definisi makanan sebagai alat perpaduan kaum

Kumpulan 9, Seksyen

Makanan merupakan satu keperluan asas manusia. Makanan ialah suatu bahan yang
boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair. Makanan sangat penting untuk memenuhi
keperluan fisiologi, psikologi dan sosial. Peranan Fisiologi seperti pembinaan sel tubuh,
tumbesaran dan pemulihan. Peranan Psikologi iaitu menghilangkan perasaan sunyi, bosan atau
sedih. Emosi juga boleh menyebabkan seseorang tidak berselera untuk makan. Peranan Sosial
dari segi pergaulan antara ahli keluarga dan menziarahi kawan atau sudara-mara, makan sering
menjadi tumpuan utama. Makanan juga penting bagi melambangkan status sosioekonomi
keluarga.
Variasi merupakan perkataan yang sesuai apabila kita mengambarkan tradisi makanan di
Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya yang
agak unik. Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan India ini berjaya menyatukan
pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia. Budaya makanan Melayu mempunyai keunikan
yang tersendiri. Bagi budaya makanan masyarakat Melayu, pelbagai lauk-pauk tidak akan
sempurna jika tidak diiringi dengan sajian nasi. Nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia
dan masyarakat Melayu amnya.
Tidak dinafikan juga budaya makanan masyarakat Cina turut mempunyai keistimewaan
yang tersendiri. Bahan utama dalam menu masyrakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada
tahu, taucu, dan kicap soya serta lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah
yang digunakan oleh kaum Melayu seperti kayu manis, daun ketumbar dan sebagainya. Bagi
masyarakat India pula, elemen yang menggambarkan keunikan makanan kaum tersebut ialah
penggunaan daun pisang sebagai alas makanan bagi menggantikan pinggan mangkuk. Daun
hijau yang beraroma itu bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan bahkan
membangkitkan selera.
Manakala alat adalah benda yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu. Perpaduan
kaum pula didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan
mereka. Jika disatukan ayat ini membawa maksud makanan digunakan untuk menyatukan kaum
di Malaysia.

Kumpulan 9, Seksyen

Pada hari ini, kita melihat orang Cina menjual asam laksa dan nasi lemak, manakala
orang Melayu memakan mi, kueh tiaw, yong tau foo, roti nan, capati dan tosai. Demikian pula
orang India makan apa saja yang dimakan oleh rakan mereka dalam kalangan Melayu dan Cina.
Nasi lemak adalah contoh makanan orang Melayu yg dapat memupuk perpaduan kaum di
Malaysia dan ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi
kegemaran orang Melayu tetapi turut dipelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak
dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan
malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di
hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan seperti kari ayam,
rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru
goreng.
Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi
ataupun sebagai snek. Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur
dengan air dan santan kelapa yang kemudiannya ditekan ke penyaring untuk menjadikannya
seperti mi halus. Selepas itu, ia akan dikukus dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai
perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula Melaka.
Putu mayam adalah contoh makanan masyarakat India yang juga digemari oleh semua kaum di
Malaysia.
Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu,
kicap soya) cendawan, bunga lily, biji-bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah
bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan
sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari
Negera China seperti yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Nasi ayam bukan
sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam
dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Bagi orang Melayu
mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang
dikukus. Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah
buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.
Perayaan besar disambut bersama dengan menghidangkan makanan pelbagai kaum.
Hakikatnya jelas, dengan hanya makan, kita boleh menggerakkan sesuatu kaum atau bangsa

Kumpulan 9, Seksyen

semakin dekat dalam perhubungan walaupun hanya sekadar beberapa inci. Semua ini terhasil
daripada jalan awal yang inginkan keharmonian dan perpaduan di negara ini. Semua ini akan
terus menjadi ikon yang menjadi identiti sebuah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ikon
yang menjadi identiti sebuah bangsa Malaysia yang aman dan harmoni.

6.0 Methodologi

1)

Reka Bentuk Kajian


Aspek-aspek yang diguna pakai dalam kajian ini antaranya ialah pendekatan kajian,

kaedah persampelan, cara pengumpulan data, teknik memproses dan menganalisis data dan
penulisan laporan. Reka bentuk kajian kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah tinjauan
(survey). Dalam kajian ini, tinjauan dibuat di sekitar kawasan Parit Raja dan Kampus Induk
UTHM untuk mendapatkan pandangan penduduk tentang hal-hal berkaitan dengan perpaduan
kaum melalui makanan tradisi.
Manakala reka bentuk kajian kualitatif yang digunakan ialah kajian etnografi dan kajian
sejarah. Dalam kajian kes, kajian etnografi digunakan bagi mengkaji ciri-ciri makanan tradisi
dalam kalangan penduduk di Parit Raja dan Kampus Induk UTHM. Kajian sejarah pula
digunakan bagi mengkaji rekod dan penulisan lampau antaranya dapatan daripada jurnal untuk
dikaitkan dalam kajian perpaduan melalui makanan tradisi.

2)

Sampel Kajian
Ketika melakukan survey (tinjauan) borang kaji selidik telah diedarkan. Sampel terdiri

daripada responden di sekitar Parit Raja dan Kampus Induk UTHM. Seramai 30 orang pelbagai
bangsa telah dipilih secara rawak bagi menjalankan tinjauan ini. Setiap kaum dari Melayu, Cina
dan India dipilih seramai sembilan orang manakala tiga orang dari lain-lain kaum.
3)

Instrumen Kajian

Kumpulan 9, Seksyen

Instrumen utama kajian ini ialah soal selidik di mana kami telah mengedarkan borang
kaji selidik kepada penduduk sekitar Parit Raja dan Kampus Induk UTHM. Instrumen kajian
kualitatif pula ialah soalan temu bual tidak berstruktur. Data-data yang diperolehi telah dianalisis
menggunakan SPSS.

7.0 Hasil Kajian


Bahagian ini membincangkan keseluruhan hasil kajian yang dijalankan. Selain itu, rumusan akan
dibuat mengenai pengaruh makanan tradisi sesuatu kaum dalam perpaduan rakyat Malaysia.
Bilangan pengambilan 1-2

3-5

Lebih

makanan kaum lain.


Bilangan Responden
3
21
6
Jadual 1: Kekerapan Pengambilan Makanan Tradisi Kaum Lain
Taburan Jadual 1 di atas, menunjukan kekerapan pengambilan makanan tradisi lain dalam
semingu. Taburan ini menunjukan bahawa jumlah responden tertinggi ialah tiga hingga lima kali
seminggu dalam pengambilan makanan kaum lain. Untuk kekerapan sekali hingga dua pula
menunjukan hanya tiga responden sahaja. Responden yang mengakui amat kerap menjadikan
makanan tradisi kaum lain sebagai menu pilahan mereka pula ialah enam responden.

Pilihan Makanan Tradisi Kaum Lain

13

4
6

Nasi Lemak
Yong Tau fu

Char Kuey Teow


Putu Mayam

Kari
Kuih Bahulu

Kumpulan 9, Seksyen

Rajah 1
Berdasarkan Rajah 1 di atas, dapat dilihat nasi lemak menjadi pilihan tertinggi dalam kaji selidik
ini. Nasi lemak menjadi pilihan 13 orang daripada 30 orang responden. Char kuey teow pula
mencatatkan enam pilihan berbanding kari hanya empat responden yang memilih makanan
tradisi India tersebut. Hanya tiga responden memilih yong tau fu diikuti putu mayam dan kuih
bahulu yang menjadi pilihan dua responden setiap satu.

Pengkaji membuat perbincangan berdasarkan kepada borang kaji selidik yang telah diproses,
iaitu bahagian A dan B. Bahagian A merupakan latar belakang responden seperti jantina, bangsa,
tempat tinggal, umur dan pekerjaan. Bahagian B pula merupakan soalan yang berkaitan dengan
kaji selidik. Soalan ini ditanya untuk mengukuhkan objektif kajian dimana makanan tradisi kaum
boleh membentuk perpaduan bangsa. Selain itu, tujuan lain kajian ini adalah untuk
memperkenalkan makanan tradisi kaum lain kepada masyarakat lain.

Hasil kajian menunjukkan tidak kira latar belakang mereka siapa dan dari mana asal mereka,
responden memberi respon yang baik untuk setiap makanan tradisi kaum lain. Ini menunjukkan
bahawa masyarakat di Parit Raja dan Kampus Induk UTHM ini mempunyai pengetahuan tentang
makanan tradisi kaum lain. Selain itu, dalam kehidupan harian, kita dapat melihat makanan
tradisi sesuatu kaum ini bukan hanya boleh dimasak oleh kaum sendiri sahaja tetapi oleh bangsa
lain juga. Sebagai contoh, nasi lemak juga dimasak dan disediakan oleh orang India dan roti
canai juga dibuat oleh orang Melayu dalam perniagaan warung mereka.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, pola pengambilan responden terhadap makanan tradisi
kaum lain amat kerap iaitu di antara tiga hingga lima kali seminggu. Ini memberi respon positif
bahawa masyarakat di Parit Raja dan Kampus Induk UTHM ini boleh menerima makanan tradisi
kaum lain. Di samping itu, ramai yang mengakui yang pengambilan makanan tradisi kaum juga
mempengaruhi hidup mereka. Ini bermakna, apabila mereka menyukai sesuatu makanan tradisi
kaum lain, mereka akan berusaha untuk mempejari atau mengetahui cara penyediaannya.

Kumpulan 9, Seksyen

Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan juga, boleh dilihat yang pengambilan makanan tradisi
kaum lain amat mempengaruhi perpaduan antara masyarakat di sini. Hampir semua responden
(80%) bersetuju bahawa perpaduan boleh terbentuk melalui pengambilan makana tradisi kaum
lain. Mereka memberi pandangan bahawa makanan tradisi kaum amatlah penting didalam
kehidupan sesuatu kaum. Selain itu, amalan penyediaan dan memasarkan makanan tradisi ini
perlu dikekalak agar ia tidak dilupakan oleh generasi sekarang dan yang akan datang. Antara
pandangan lain pula, makanan tradisi sememangnya dapat diterima oleh semua golongan
masyarakat. Hal ini disebabkan penyediaan makanan tradisi kaum agak mudah dan ringkas
sahaja.

Berdasarkan kajian, nasi lemak menjadi pilihan 13 orang daripada 30 orang responden. Char
kuey teow pula mencatatkan enam pilihan berbanding kari hanya empat responden yang memilih
makanan tradisi India tersebut. Hanya tiga responden memilih yong tau fu diikuti putu mayam
dan kuih bahulu yang menjadi pilihan dua responden setiap satu. Ini menunjukkan bahawa
responden tidak memilih makanan untuk dimakan dan mereka mengenali makanan yang dipilih
dengan baik.

8.0 Kesimpulan

Dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum dapat membentuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia ini. Masyarakat dapat mengenali dengan lebih
mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan
India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan
tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk
merasa. Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut menyumbang

Kumpulan 9, Seksyen

kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Malaysia melalui makanan. Mereka lebih
memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di Malaysia dengan melihat kajian
kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kajian ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan
mengikut makanan setiap kaum masih di tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat
memainkan peranan dan semangat perpaduan di kalangan kaum.
Berdasarkan kajian, menunjukkan bahawa kajian terhadap perpaduan kaum terhadap
makanan membawa kepada perkara positif. Dimana dapat dibuktikan melalui analisis data dan
borang kaji selidik. Oleh itu, pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum
di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang
makanan dan tidak melupakan makanan-makanana tradisi masyarakat yang ada di Malaysia.
Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia
yang dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan
masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkattempatan malah perlu di
luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga dengan kepelbagaian
makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.
Inilah Malaysia, satu adunan yang pelbagai. Satu campuran yang rasanya unik. Seperti air
batu campur yang dicampur sirap, gula hitam, susu, dan campuran manisan dan kacang yang
membawa citarasa Malaysia. Inilah Malaysia yang mempunyai kelainan yang amat jarang
ditemui. Alangkah sempurnanya jika usaha ini diteruskan dan sama - sama membina Malaysia
yang sebenar - benarnya Malaysia tanpa mengaku negara ini kepunyaan satu bangsa sahaja.
Biarlah diusahakan supaya sama -sama menjadi warganegara tanpa mengaku saya tuan dan
kamu kuli atau saya peribumi dan kamu pendatang. Diharapkan rakyat Malaysia dapat
menjadi anak Malaysia yang ada keunikan, kerana keunikan inilah yang menjadikan Malaysia
yang sebenar-benarnya Malaysia.

Kumpulan 9, Seksyen

You might also like