You are on page 1of 6

Agenda

Transformasi
Hala Tuju Strategik
Visi dan Misi
Logo
Nilai Bersama

Tun Dr. Mahathir Mohamad

It is this HUNGER for success that will drive


Malaysian Enterpreneurs to come up with new
ideas and to be innovative as well as creative
in any field they dare to venture. To our young
Malaysians out there, I say You need to be
daring enough to push the limits of the envelope,
to go beyond the horizon. You just might discover
something new that can do the nation proud!

Perasmian Malaysia Debt Ventures Berhad.


30 Ogos 2002

Belia yang akan mewarisi negara ini akan bertanggungjawab terhadap


pencapaian Wawasan 2020. Mereka tidak harus membenar diri mereka
diresapi budaya dan nilai hidup kebaratan yang sudah tidak sesuai
dengan kemajuan.Mereka hendaklah mendisiplinkan diri mereka dan
sanggup melawan arus pemikiran dan budaya asing yang jelas sudah
melampaui batas walaupun mereka dicap ketinggalan zaman.

Perhimpunan Hari Belia 1992 Dan Pelancaran Anugerah Remaja Perdana.


5 Mei 1992

HALA TUJU STRATEGIK

PELAN
STRATEGIK
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 2010 - 2015

Agenda Transformasi Kementerian Belia dan


Sukan (KBS) adalah satu gagasan holistik yang
menyokong matlamat strategik untuk terus
memacu KBS menjadi agensi peneraju kepada
pembangunan belia dan kemajuan sukan yang
terunggul. Bagi tujuan mencapai matlamat
ini, KBS perlu memperkukuhkan tekad dengan
menjayakan pelaksanaan Tujuh Teras Strategik
yang diperkukuhkan oleh kaedah pelaksanaan
dan pelan tindakan serta disokong oleh amalan
nilai bersama. Asas-asas ini adalah penting
bagi menggambarkan keupayaan KBS yang
lebih fokus serta dapat meyakinkan pemegang
kepentingan (stakeholders) dan masyarakat
terhadap sistem penyampaian perkhidmatan
KBS. Matlamat sistem penyampaian KBS adalah
untuk mewujudkan satu sistem yang berupaya
merancang dan melaksanakan programprogram
KBS dengan lebih efektif dan berdaya saing serta
profesional.

21

Visi
Peneraju Dalam Mengupayakan
Pembangunan Belia dan Sukan
Yang Terbilang dan Masyarakat
Berbudaya Sukan Menjelang
Tahun 2015

Misi

Logo

PELAN
STRATEGIK
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 2010 - 2015

Membina Bangsa Malaysia Yang


Patriotik dan Bersatu padu
Melalui Program Pembangunan
Belia dan Sukan Yang Strategik

22

NILAI BERSAMA
Warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendukung empat elemen utama nilai bersama dalam
menjayakan visinya. Sistem penyampaian adalah bertunjangkan kepada nilai integriti yang lahir
daripada komitmen warganya dan perkhidmatan terbaik melalui amalan kerja berpasukan bagi
mencapai budaya kerja yang cemerlang demi kepentingan rakyat dan negara.

Berintegriti
Warga KBS sentiasa memikul kewajipan
dan tugas dengan jujur, amanah dan
bertanggungjawab. Kepentingan awam
adalah
sentiasa
diutamakan
tanpa
memikirkan kepentingan diri sendiri. Segala
tugasan yang dihadapi akan dilaksanakan
secara akauntabiliti bagi mengelakkan
sebarang penyelewengan.

Kerja Berpasukan
Pelaksanaan tugasan disempurnakan melalui
penggemblengan tenaga, pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman warga KBS
dengan semangat kerja berpasukan yang
tinggi bagi menghasilkan mutu kerja yang
terbaik dan profesional.

Budaya Kerja Cemerlang


Setiap warga KBS akan sentiasa berusaha
meningkatkan keupayaan dan prestasi kerja
masing-masing melalui proses pembelajaran
latihan yang berterusan. Pihak pengurusan
akan menjamin tahap kepuasan bekerja
warganya sentiasa dijaga.

Komitmen
Warga KBS akan berkhidmat dengan penuh
dedikasi dalam tugasnya berasaskan etika
kerja yang baik bagi menghasilkan tugasan
yang cemerlang. Segala tugasan yang
diberikan akan diselesaikan dengan penuh
tanggungjawab serta menepati kehendak
pemegang kepentingan (stakeholders).

PELAN
STRATEGIK
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 2010 - 2015

Selain empat elemen Nilai Bersama, KBS juga turut berpegang kepada nilai-nilai sokongan berikut :

23

Berilmu
Warga KBS perlu sentiasa berusaha
mempertingkatkan
pengetahuan
dan
kemahiran masing-masing secara berterusan
bagi meningkatkan tahap profesionalisme dari
semasa ke semasa.
Responsif
Warga KBS sentiasa peka dan prihatin
kepada kehendak pemegang kepentingan
dan keperluan kumpulan sasar di samping
memahami pelbagai isu semasa dan sentiasa
mencari penyelesaian terbaik.

Efisien
Usaha
sentiasa
dilakukan
untuk
meningkatkan kecekapan dalam setiap
tugasan memastikan output yang telah
dirancang dapat dicapai.

Efektif
Setiap program pembangunan belia dan
sukan yang dilaksanakan perlu dipantau
dari aspek impaknya kepada masyarakat
dan negara. Usaha akan dilaksanakan
bagi memastikan peningkatan kualiti
perkhidmatan yang berterusan dan tidak
berlaku sebarang pembaziran sumber.

NILAI BERSAMA

BERILMU

KOMITMEN

BUDAYA
KERJA
CEMERLANG

KERJA
BERPASUKAN
EFEKTIF

Sistem penyampaian adalah bertunjangkan kepada nilai-nilai integriti


yang lahir daripada komitmen warganya dan perkhidmatan terbaik
melalui amalan kerja berpasukan bagi mencapai budaya kerja yang
cemerlang demi kepentingan rakyat dan negara.

PELAN
STRATEGIK
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 2010 - 2015

NILAI
BERSAMA

RESPONSIF

EFISIEN

INTEGRITI

24

You might also like