You are on page 1of 1

9.

0 RISIKO PENGGUNAAN SISTEM PNEUMATIK

Setiap perkara mempunyai risiko penggunaannya tersendiri termasuklah system


pneumatic yang kita gunakan. Walaupun system pneumatic mempunyai pelbagai kebaikan
atau kelebihan yang baik namun risikok semasa menggunakan system ini tetap ada. Hal ini
kerana, media yang digunakan dalam system adalah udara.
Udara yang bertekanan merupakan sesuatu yang berbahaya. Udara yang bertekanan
tinggi boleh menyebabkan kerosakan kepada harta benda. Malah, boleh menyebabkan
kecederaan pada tubuh badan sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Dalam aplikasi system pneumatic terutamanya di industry, system pneumatic boleh
digunakn sehingga menghasilkan udara yang bertekanan sehingga 3000 psi. Terdapat banyak
kemalangan yang telah berlaku ketika mengendalikan system pneumatic kerana pekerja cuai
semasa melakukan pengendalian. Misalnya, pekerja akan sesak nafas dan buta mata kerana
gas nitrogen yang terdapat di dalam udara telah dimampatkan dan tidak dapat membantu
proses pernafasan apabila gas ini dilepaskan ke sekeliling.
Gas nitrogen yang banyak juga akan menyebabkan asphyxia iaitu kekurangan
kandungan oksigen dan berlaku pertambahan kandungan gas karbon dioksida di dalam darah.
Hal ini boleh menyebabkan sesak nafas atau berlaku kegagalan dalam bernafas sehingga
boleh menyebabkan kematian.
Oleh sebab itu, pengendalian system pneumatic haruslah sentiasa dialkukan dengan
berhati-hati dan mengikut prosedur yang betul agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang
tidak diingini.

You might also like