You are on page 1of 5

Pengurusan Kewangan Syarikat

Definasi Pengurusan
-Merancang
-Mengatur / Menyusun / Menyelaras
-Mengarah / Melaksana
-Melapor / Mengawal
Pengurusan Kewangan
Definasi Perakaunan
Perakaunan ialah SATU TEKNIK untuk MenCATAT, MengKELASkan dan MeRINGKASkan
urusniaga yang bercorak kewangan, mengikut sistem tertentu dan kemudiannya mentafsirkan
hasil-hasil dari fungsi di atas.
Mencatat @ Merekod
Segala urusniaga yang berlaku biasanya dicatitkan dalam dokumen-dokumen atau buku-buku
tertentu seperti BUKU RESIT, IMBOIS, BIL, BUKU CEK dan lain-lain surat. Catatan dibuat
mengikut tertib masa ( Tarikh )
Mengkelaskan
Catatan-Catitan asal urusniaga tadi bercampur-campur dan tidak tersusun mengikut jenis.
Setelah sesuatu jangkamasa, catitan-catitan itu dipindahkan dan dikumpulkan ke dalam
AKAUN atau LEJER masing-masing. Diantara jenis-jenis akaun itu ialah AKAUN HARTA, MODAL,
TANGGUNGAN, PERBELANJAAN dan HASIL
Meringkaskan
Catitan yang telah dikumpulkan dalam AKAUN atau LEJER masing-masing itu dijumlahkan dqn
dikira baki-bakinya. Baki-baki akaun ini disenaraikan dalam dua ruangan DEBIT dan KREDIT,
di dalam TIMBANGAN DUGA. Timbangan Duga dibuat ungtuk mempastikan keseimbangan
akaun-akaun sebelum dibuat PENYATA_PENYATA AKHIR

Mengapa Kita Menyimpan Akaun


Mentaksir keuntungan / Kerugian perniagaan kita
Mengetahui kekuatan perniagaan melalui kedudukan harta dan tanggungan
Mengetahui Jumlah Hutang kepada Pembekal
Mengetahui jumlah yang dihutang oleh pelanggan
Mengetahui kedudukan Jumlah Pinjaman/Pembiayaan
Mengetahui Jumlah kos atau perbelanjaan
Mempastikan keadaan ketunaian syarikat

Kumpulan Penyata Untung Rugi


1. Akaun Hasil
JUALAN
PENDAPATAN
SEWA DITERIMA
FAEDAH DITERIMA
DIVIDEN DITERIMA

2.Akaun Perbelanjaan
GAJI PEKERJA
UPAH
SEWA
SENGGARAAN
SUSUTNILAI
KERAIAN
IKLAN
DERMA
DLL

Kumpulan Kunci Kira-Kira

AKAUN HARTA
Harta Tetap
Harta Semasa

AKAUN TANGGUNGAN
Jangka Panjang
Jangka Pendek ( Semasa )

AKAUN MODAL ( Ekuiti Pemilik )

1.AKAUN HARTA
Harta Tetap :
-TANAH & BANGUNAN
-ALAT PERKAKAS
PERABUT
-KELENGKAPAN PEJABAT

Harta Semasa :
-WANG TUNAI
-BAKI DI BANK
-STOK AKHIR
-AKAUN AKAN TERIMA ( Hutang Pelanggan )
-PRABAYAR
-DEPOSIT

2.AKAUN TANGUNGAN

JANGKA PENDEK ( Semasa )


-AKAUN BELUM BAYAR ( Pemiutang )
-OVERDERAF
-AKRUANJANGKA PANJANG
-PINJAMAN TETAP

HASIL
- Selalunya HASIL ini dimaksudkan sebagai HASIL BERSIH. Anda dikehendaki menghitung

JUMLAH HASIL BERSIH untuk tempoh perakaunan perniagaan tersebut

KOS BARANG DIJUAL :


Stok Awal + Belian = Kos Barang Untuk Dijual - Stok Akhir = KOS BARANG DIJUAL

UNTUNG KASAR :
Untung Kasar adalah PERBEZAAN di antara HASIL BERSIH dengan KOS BARANG DIJUAL
Hasil Bersih - Kos Barang Dijual = UNTUNG KASAR

PERBELANJAAN Perbelanjaan ini adalah perbelanjaan yang terlibat di dalam penjualan dan
pentadbiran. Segala perbelanjaan yang dicatitkan di dalam Penyata Untung Rugi tidak
semuanya melibatkan Pembayaran Wang Tunai seperti SUSUTNILAI yang merupakan
Perbelanjaan Bukan Tunai yang dikenakan kepada HARTA TETAP yang dimiliki.

SUSUTNILAI
Susutnilai terjadi kerana ;-Keusangan sebab adanya ciptaan-ciptaan baru
Kehausan ( Kelanjutan Hayat ) mesin atau peralatan yang telah digunakan
Kemerosotan fizikal atas sebab lama memilikinya

HARTA SEMASA
Harta perniagaan yang mudah berubah bentuk dan nilainya dalam jangkamasa yang terdekat
( pendek )
Contoh ;
Wang Tunai ditangan
Wang di bank
Penghutang
Deposit
Stok
Pra Bayar

TANGGUNGAN JANGKAPANJANG
Hutang perniagaan kepada pihak lain yang boleh dijelaskan dalam jangkamasa lebih daripada
satu tahun
Contohnya ;Pinjaman Tetap
TANGGUNGAN SEMASA
Segala hutang perniagaan yang mesti dijelaskan dalam masa satu tahun
Contohnya ;Pemiutang
Overderaf
Akruan

EKUITI / HAK MILIK


Sejumlah NILAI KEWANGAN ( Tunai / Harta ) yang menjadi hak mutlak pemilik perniagaan
yang dibawa masuk ke dalam perniagaan. Ianya terdiri dari MODAL dan KEUNTUNGAN
TERKUMPUL. Peningkatan hak milik juga boleh menunjukkan peningkatan di dalam NILAI
PERNIAGAAN

PENYATA KUNCI KIRA-KIRA


MODAL + KEUNTUNGAN TERKUMPUL - AMBILAN = EKUITI / HAK MILIK

HARTA TETAP + MODAL PUSINGAN - TANGGUNGAN JANGKAPANJANG = JUMLAH HARTA BERSIH

HARTA SEMASA - TANGGUNGAN SEMASA

You might also like