You are on page 1of 14

MPIH 3112

3.0 PENGENALAN
Pengelasan ke atas kumpulan darah dilakukan berdasarkan kehadiran atau ketiadaan
antigen pada permukaan sel darah merah. Antigen ini berbentuk protein, karbohidrat,
glikoprotein atau glikolipid, bergantung kepada sistem kumpulan darah tersebut. Jenis darah
yang diterima merupakan diwarisi daripada gabungan kedua dua jenis darah ibu bapa.
Sebanyak 30 sistem kumpulan darah manusia kini di iktiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah
Antarabangsa ( ISBT ).
Kebiasaannya, seseorang individu hanya mempunyai satu jenis kumpulan darah
sahaja, tetapi perubahan jenis kumpulan darah boleh berlaku seperti selepas pemindahan sum
sum tulang. Jika seseorang pesakit menerima sum sum tulang penderma yang berlainan
jenis darah ABO, maka jenis darah pesakit akan berubah mengikut darah penderma tersebut.
Di dalam tugasan saya ini, saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai
sistem darah ABO.
4.0 LATAR BELAKANG DAN PERKEMBANGAN SISTEM DARAH ABO.
Golongan darah sistem ABO pertama sekali ditemui oleh seorang ahli patologi di
Amerika yang merupakan kelahiran Australia yang bernama Karl Landsteiner pada tahun
1900. Karl Landsteiner telah menemui 3 jenis kumpulan darah yang berbeza. Karl
membahagikan darah tersebut kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan darah A, B, dan O.
Pada tahun 1902, Alfredron Decastello dan Adriano Sturli telah menemui kumpulan
darah yang keempat iaitu kumpulan darah AB. E. Von Dungern menemui sistem pewarisan
darah pada tahun 1910 1911. Felix Berstein telah menunjukkan cara pewarisan kumpulan
darah dilakukan melalui corak yang terdapat pada lokus tunggal yang mempunyai banyak
alel.
Watkins dan Morgan yang berasal daripada negara England telah menemui mengenai
epitopes yang terdapat pada darah ABO dihasilkan oleh gula. ( N- acetylgalactosamine untuk
darah kumpulan A dan Galactose untuk kumpulan B ). Pada tahun 1988, kumpulan Lainnes
telah menemui gabungan 3 kumpulan protein membentuk satu rantai polylactosamine yang
panjang mengandungi sebahagian besar bahan bahan ABH. Kemudiannya, kumpulan
Yamamoto menunjukkan dengan tepat glycotransferase yang memberikan darah A,B,O
epitope.
3

MPIH 3112

5.0 ANTIGEN DAN ANTIBODI SISTEM ABO TERMASUK SUBGROUP ABO.


ABO antigen bukan merupakan produk primer bagi gen tetapi merupakan produk yang
terhasil daripada reaksi enzimatik yang dimangkinkan oleh enzim yang dikenali sebagai
glycosyltransferases. Kesemua individu normal mensintesiskan core glycan yang dikenali
sebagai H antigen ( jenis O) yang berada pada polypeptide di bahagian tulang belakang. H alel
yang dominan akan mengekod dalam selular a2 L fucosyl transferase yang menukarkan
bahan peloporkan kepada bahan H. Dalam ketiadaan antigen H, penukaran ini tidak dapat
berlaku dan hasil daripada gambungan tersebut akan membentuk antigen ABO yang tidak
lengkap ( fenotip Bombay ).
Alel A akan mengekod N- acetylgalactosaminyltransferase yang akan memindahkan
N- acetylgalactosamine kepada antigen H dan membentuk antigen A ( kumpulan darah A ).
Allele B akan mengekod D- galactosyltransferase dan akan memindahkan D- galactose
kepada antigen H untuk membentuk antigen B ( kumpulan darah B ).
Kumpulan darah A mempunyai subgroup yang bervariasi. Terdapat 80% kumpulan
darah A terdiri daripada A1 manakala selebihnya iaitu 20% terdiri daripada A2. Alel A1
merupakan alel yang dominant kepada alel A2. Kumpulan darah A1 mempunyai 1 juta
antigen A per sel manakala kumpulan darah A2 mempunyai 250,000 antigen A per sel iaitu
jumlah antigen pada A1.
Antibodi dalam sistem darah ABO manusia selalunya terbentuk selepas umur 3 bulan.
Sebahagian kecil antigen daripada kumpulan darah A dan B memasuki tubuh badan di dalam
makanan dan bakteria. Selain itu, terdapat juga antigen yang menyerupai antigen kumpulan
darah A dan B yang terdapat banyak pada bakteria usus dan makanan akan memasuki badan.
Dengan ini, antigen yang memasuki tubuh badan akan meransang penghasilan antibodi A dan
B. Antibodi ini dikenali sebagai natural occuring antibodi dimana ia di hasilkan bagi
menyerang antigen yang menyerupai antigen A dan B pada bahan bahan persekitaran.
Antibodi ABO terbahagi kepada igM , igG dan anti H. Anti A dan anti B yang terdiri
daripada igM merupakan natural occuring antibodi. Antibodi ini bereaksi pada suhu 4c.
Ketidakserasian darah ABO boleh menyebabkan berlakunya reaksi transfusi hemolitik.
Terdapat juga anti A dan anti B yang terdiri daripada igG. Antibodi daripada igG ini jarang
berlaku. Kebiasaannya, anti A dan anti B yang terdiri daripada igG ini terhasil apabila
4

MPIH 3112

transfusi darah dilakukan, wanita yang mengandung, atau disebabkan oleh suntikan toksik
atau vaksin. Antibodi jenis ini boleh melepasi placenta dan menyebabkan berlakunya HDN (
hemolytic disease of newborn). Antibodi kategori ini memberrikan reaksi pada suhu 37c.
Anti H merupakan natural occuring anibody yang terdapat di dalam serum individu A1 dan
A1B. Anti H juga terdapat dalam bentuk igM dan igG di dalam serum individu kumpulan
darah bombay.
Kumpulan darah A mempunyai antigen A dan antibodi B. Kumpulan darah B
mempunyai antigen B dan antibodi A. Kumpulan darah AB pula tidak mempunyai antibodi A
dan B tetapi mempunyai kedua dua antigen A dan B. Kumpulan darah O pula berlawan
dengan kumpulan darah AB. Ini kerana kumpulan darah O mempunyai kedua dua antibodi
A dan B tetapi tidak mempunyai antigen A dan B.
Apabila individu darah individu yang mempunyai darah kumpulan A ( antigen A dan
Antibodi B ) dimasukkan ke dalam individu kumpulan darah B ( antigen B dan antibodi A ) ,
antibodi A akan bertindakbalas terhadap antigen A menyebabkan berlakunya proses
agglutinasi yang membawa kepada hemolisis. Kumpulan darah A hanya boleh menerima
darah daripada kumpulan A dan O sahaja. Kumpulan darah B pula hanya boleh menerima
kumpulan darah B dan O sahaja. Berlainan pula dengan kumpulan darah O dimana kumpulan
darah jenis ini hanya boleh menerima darah daripada kumpulan darah O sahaja disebabkan
antibodi kumpulan darah ini akan bertindakbalas dengan mana mana kumpulan darah A, B,
dan AB. Walaubagaimanapun kumpulan darah ini dapat menderma darah kepada mana
mana kumpulan A, B dan O. Kumpulan darah ini dikenali sebagai universal donor. Berbeza
pula dengan kumpulan darah AB. Kumpulan darah ini boleh menerima mana mana darah
daripada kumpulan darah A, B dan O. Ini kerana sel darah merah AB tidak mempunyai
antbodi A dan B yang boleh menyerang sel darah merah daripada kumpulan darah merah
yang lain. Kumpulan darah AB dikenali sebagai universal reciept. Di bawah ini merupakan
jadual bagi kumpulan darah ABO.
Kumpalan Darah

Antigen

Antibodi

AB

AB

Tidak mempunyai antibodi

Tidak mempunyai antigen

A, B

MPIH 3112

6.0 PEWARISANANTIGEN ABO


Jenis darah seseorang diwarisi daripada ibu bapa mereka. Jenis darah ABO ditentukan
oleh satu gene tunggal iaitu gen ABO. Pada gen ABO ini terdapat 3 alel iaitu i, iA, dan iB.
Glycosyltransferase merupakan enzim yang terletak pada gen ABO ini. Enzim ini berfungsi
sebagai pengubah kandungan karbohidrat pada antigen sel darah merah. Gen ABO ini terletak
pada bahagian panjang kromosom ke 9.
Alel iA akan memberikan individu tersebut kumpulan darah A manakala alel iB akan
memberikan individu tersebut kumpulan darah B. Alel i pula akan memberikan individu
tersebut darah kumpulan O. Alel A dan B merupakan alel dominant manakala alel i
merupakan alel resessive.
Genotip bagi individu kumpulan darah A, B atau O tidak dapat ditentukan kecuali
kajian ke atas ibi bapa individu dijalankan. Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi
dalam pewarisan darah ABO. Peraturan tersebut ialah :
1) Ibu bapa yang mempunyai gen A/A akan memberikan anak mereka berdarah A sahaja.
2) Ibu bapa yang mempunyai gen A/O akan memberikan anak mereka sama ada darah
kumpulan A atau O
3) Ibu bapa yang mempunyai gen B/B akan memberikan anak mereka darah kumpulan B
sahaja.
4) Ibu bapa yang mempunyai gen B/O akan memberikan anak mereka sama ada darah
kumpulan B atau O.
5) Ibu bapa yang mempunyai gen O/O akan memberikan anak mereka darah daripada
kumpulan O sahaja.
6) Ibu bapa yang mempunyai gen A/B akan memberikan anak mereka sama ada darah
daripada kumpulan A, B , atau O.
Sebagai contoh, apabila anak mewarisi 1 gen A dari ayahnya atau ibunya dan 1 gen B
dari ibunya atau ayahnya maka pada anak tersebut akan dijumpai gen A dan gen B.
Dengan kata lain anak tersebut mempunyai genotip AB. Sesuai dengan tugas masing
masing gen ini, maka anak mempunyai golongan darah AB atau disebutkan fenotip AB.

MPIH 3112

Di bawah terdapat jadual fenotip dan genotip kumpulan darah ABO:


GENOTIP

FENOTIP

KUMPULAN DARAH

AA

AO

BB

BO

AB

AB

AB

OO

7.0 PROSEDUR PENGUMPULAN DARAH DAN ITERPRETASI KEPUTUSAN


UJIAN.
Kumpulan darah boleh dikenalpasti melalui ujian pengumpulan darah ABO . ujian
pengumpulan darah ABO terbahagi kepada 2 iaitu teknik foward ( menggunakan antisera dan
darah ) dan teknik reverse ( menggunakan serum dan known cell A,B dan O ). Terdapat 2
kaedah yang digunakan untuk mengesan ABO iaitu teknik jubin dan teknik tuib. Kedua dua
teknik ini menggunakan prinsip yang sama iaitu utnuk melihat reaksi agglutinasi yang terhasil
disebabkan oleh tindakbalas antigen dan antibodi yang ada dalam badan manusia. Disini saya
akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai prosedur penggumpulan darah kaedah jubin
dan kaedah tuib.
a) Kaedah jubin
Pengumpulan sel ( foward grouping)
-

Titiskan 1 titik anti A, anti B dan anti AB pada petak petak jubin plastik yang
telah dilabelkan anti A, anti B, dan anti AB. (pastikan jubin adalah bersih dan
kering).

Tambahkan 1 titik 25% ampaian sel darah merah spesimen pada antisera.

Sebatikan campuran antisera / 25% ampaian sel darah merah.

Baca dan rekodkan keputusan. ( semasa membuat bacaan jubin hendaklah


digoyang perlahan lahan sehingga terbentuknya agglutinasi).

MPIH 3112

Pengumpulan Serum ( reverse grouping)


-

Titiskan 2 titik serum / plasma spesimen pada petak petak jubin yang telah
dilabelkan sel A , sel B, dan sel O.

Tambahkan 1 titik 25% ampaian sel darah merah yang berkenaan pada serum /
plasma spesimen. ( sel A pada petak sel A, sel B pada petak sel B, dan sel O pada
petak sel O ).

Sebatikan campuran serum / plasma 25% ampaian sel darah merah.

Baca dan rekodkan keputusan.

Pengumpulan Kontrol Auto.


-

Pada petak berlabel A/C titiskan 2 titik serrum / plasma spesimen dan titik 25%
ampaian sel darah merah pesakit.

Sebatikan dan rekodkan keputusan.

Kontrol auto dilakukan bagi memerhatikan sama ada berlakunya proses autoimun.

b) Teknik tiub
Pengumpulan sel ( foward grouping )
-

Labelkan 3 tiub kaca ( 10 x 75 mm ) dengan anti A, anti B dan anti AB.

Titiskan 1 titik anti A, anti B dan anti AB ke dalam tiub tersebut.

Tambahkan 1 titik 5% ampaian sel darah merah spesimen pada ketiga tiga tiub
kaca antisera.

Sebatikan campuran antisera /. 5% ampaian sel darah merah dan emparkan pada
kelajuan 3000 rpm selama 15 saat.

Baca dan rekodkan keputusan. ( semasa membuat bacaan condongkan tiub kaca
dan goyangkan keatas dan kebawah secara perlahan dan lihat kehadiran
agglutinasi ).

Pengumpulan serum ( reverse grouping )


-

Labelkan 3 tiub kaca ( 10 x 75mm ) dengan sel A, sel B dan sel O.

Titiskan 2 titik serum / plasma spesimen ke dalam tiub kaca tersebut.

Tambahkan 1 titik 5% ampaian sel darah merah yang berkenaan ke dalam tiub
kaca tersebut.

Sebatikan campuran serum / 5% ampaian sel darah merah dan emparkan pada
kelajuan 3000 rpm selama 15 saat.
8

MPIH 3112

Baca dan rekodkan keputusan.

Keputusan Ujian
Jenis

Anti

- Anti

- Anti

- Auto

Sel A

Sel B

Sel O

keputusan

Darah

AB

Control

AB

AB

Intepretasi Ujian
a) Kumpulan darah A
Di forward grouping sel darah merah beragglutinasi dengan anti A dan anti AB tetapi tidak
dengan anti B. Ini menunjukkan bahawa antigen A terdapat pada sel darah merah tersebut. Di
reverse grouping pula antibodi yang terdapat dalam serum beragglutinasi dengan sel B. Ini
menunjukkan bahawa antibodi B terdapat dalam serum kumpulan darah A.
b) Kumpulan darah B
Di forward grouping sel darah merah beragglutinasi dengan anti B dan anti AB tetapi tidak
dengan anti A. Ini menunjukkan bahawa antigen B terdapat pada perrmukaan sel darah merah
tersebut. Di reverse grouping pula antibodi yang terdapat dalam serum beragglutinasi
dengan sel A. Ini menunjukkan bahawa antibodi A terdapat dalam serum kumpulan darah B.
c) Kumpulan darah AB
Di forward grouping sel darah merah beragglutinasi dengan anti A,anti B , dan anti AB. Ini
menunjukkan terdapat antigen A dan B pada permukaan sel darah merah. Di reverse
grouping pula, antibodi dalam serum tidak beragglutinasi dengan sel A, sel B dan sel O. Ini
menunjukkan bahawa tiada terdapat antibodi A atau B di dalam sampel serum kumpulan
darah AB.
d) Kumpulan darah O

MPIH 3112

Di foward grouping sel darah merah tidak beragglutinasi dengan anti A, anti B dan anti AB.
Ini menunjukkan bahawa tiada antigen pada permukaan sel darah merah. Di reverse
grouping pula, antibodi yang terdapat di dalam serum beragglutinasi dengan sel darah A dan
sel darah B. Ini menunjukkan bahawa antibodi A,B terdapat pada serum dalam kumpulan
darah O.
8.0 KLINIKAL SIGNIFIKAN ANTIBODI ABO DALAM TRANSFUSI DARAH .
1) REAKSI TRANSFUSI
Individu yang mengalami kekurangan darah yang teruk akan melakukan proses
transfusi

darah

bagi

menggantikan

darah

yang

telah

hilang

daripada

badan.

Walaubagaimanapun, darah penderma yang di transfusikan mestilah sepadan dengan darah


pesakit. Jika darah penderma tidak sempadan dengan darah pesakit maka berlakunya reaksi
transfusi.
Reaksi transfusi terbahagi kepada 2 iaitu reaksi immunological dan reaksi non
immunological. Reaksi immunological melibatkan antigen dan antibodi manakala reaksi non
immunological melibatkan agen berjangkit dan agen non efective ( embolism, pyrogen dan
circulatory overload ). Terdapat 2 reaksi di bawah kategori immunological iaitu reaksi
hemolitik dan reaksi bukan hemolitik. Reaksi hemolitik terdiri daripada reaksi hemolitik akut
(AHTR) dan reaksi hemolitik lambat. ( DHTR ). Di sini saya akan membincangkan dengan
lebih lanjut mengenai reaksi hemolitik akut.
Reaksi hemolitik akut (AHTR) merupakan masalah reaksi transfusi yang serius di mana
berlakunya pemusnahan sel darah merah yang sangat cepat. ( iaitu dalam tempoh 24 jam ).
Pada umumnya, reaksi hemolitik akut adalah disebabkan oleh kesalahan dalam mentransfusi
sel darah merah padat atau plasma yang tidak sesuai ke dalam badan pesakit. Hal ini boleh
berlaku disebabkan oleh kesilapan teknikal manusia seperti tersalah label, proses
crossmatching yang salah, atau kesalahan klinikal seperti sampel pesakit tersalah label atau
darah yang digunakan tidak bersesuaian dengan antibodi pesakit.
Simptom simptom yang selalunya dihadapi oleh pesakit yang terkena reaksi
hemolitik akut adalah seperti demam, muntah, hemoglobinuria, sakit tulang belakang dan
sakit pada tempat cucukan transfusi. Tanda awal dan tanda yang paling penting dalam
mengenali reaksi hemolitik akut adalah demam. Suhu badan pesakit haruslah sentiasa
dipantau semasa proses transfusi dilakukan.
10

MPIH 3112

Apabila sel darah merah yang tidak sesuai digunakan, sel darah merah ini akan
mengikat dengan antibodi pesakit menyebabkan berlakunya kompleks imun pada permukaan
sel yang akan mengaktifkan komplemen. Komplemen ini akan membawa kepada sel lysis dan
melepaskan anaphylatoxins C3a dan C3b. Hemolisis yang berlaku di dalam intravaskular
akan melepaskan hemoglobin, stroma sel darah merah dan enzim intraselullar ke dalam
plasma yang membawa kepada berlakunya simptom simptom klinikal. Kegagalan sistem
buah pinggang berlaku disebabkan oleh kehadiran sel fragments dan mikrothrombi di dalam
renal vaculature. Pengaktifan komplemen akan membawa kepada pengaktifan disseminated
intravascular coagulapathy ( DIC ) yang menyebabkan berlakunya pendarahan yang tidak
terkawal.
Jika berlakunya reaksi hemolitik akut, proses transfusi perlu dihentikan dengan segera
dan proses hidrasi perlu dilakukan dengan menggunakan cairan normal saline. Terapi
sokongan haruslah diberikan seperti pemantauan tanda vital ( seperti pernafasan, tekanan
darah, frekuensi jantung , dan jumlah urin). Anti histamin ( difenhidramin ) dan kortikosteroid
( prednisolon) dapat diberikan bagi mengatasi gejala dan tanda klinikal daripada berlaku.
Kejadian reaksi transfusi akut mestilah dilaporkan dalam laporan pesakit bagi kegunaan pada
masa hadapan. Darah yang digunakan untuk transfusi mestilah dihantar semula ke unit
transfusi darah untuk pemeriksaan lanjut dilakukan.
Ujian makmal haruslah dijalankan dengan segera adalah ujian crossmatching ulangan. Ujian
ini dilakukan bagi memastikan semula jenis darah yang ditransfusikan. Selain itu, terdapat
beberapa ujian lain yang boleh dijalankan seperti direct antiglobulin test (DAT), ujian serologi
( Rhesus, Kidd, Kell dan Duffy ).
2) HEMOLYTIC DISEASE OF NEWBORN
Hemolytic disease of newborn yang disebabkan oleh sistem darah ABO dikenali
sebagai ABO hemolytic disease of newborn ( ABO HDN ). ABO HDN adalah disebabkan
oleh antibodi kumpulan darah ABO. igG antibodi yang spesifik kepada kumpulan darah ABO
akan menembusi placenta dan seterusnya menyebabkan sel darah merah fetus untuk
hemolisis. Hal ini menyebabkan berlakunya anemia dan HDN. Separuh daripada kes ABO
HDN berlaku kepada ibu yang ingin melahirkan anak pertama.selalunya ABO HDN berlaku
kepada ibu yang mempunyai kumpulan darah O dan mempunyai fetus yang mempunyai
kumpulan darah A atau B. Ini kerana kumpulan darah O boleh mengeluarkan antibodi igG

11

MPIH 3112

yang cukup untuk menyebabkan berlakunya proses hemolisis. Tetapi terdapat juga beberapa
kes ABO HDN yang berlaku kepada ibu yang mempunyai kumpulan darah A atau B.
Seorang wanita yang hamil boleh menghasilkan antibodi kumpulan darah igG jika
janin yang terdapat dalam rahimnya mempunyai antigen kumpulan darah yang berbeza
daripada ibunya. Hal ini boleh berlaku jika sesetengah sel darah merah janin memasuki sistem
peredaran darah ibunya. Perkara ini dapat meransang tubuh ibu nya untuk menghasilkan
antibodi igG yang berbeza daripada kumpulan darah janin. Antibodi igG ini akan memasuki
placenta dan memusnahkan sel darah merah janin. Kes ABO HDN jarang berlaku tetapi jika
berlaku, ia boleh membawa kepada kematian. Selain itu, ABO HDN juga boleh berlaku
selepas pemindahan darah terapeutik.

12

MPIH 3112

9.0 KESIMPULAN
Mengetahui jenis darah masing masing adalah sangat penting untuk tujuan rawatan
kecemasan yang memerlukan pemindahan darah atau pemindahan organ. Jika seseorang
individu itu menerima transfusi darah yang salah, maka satu tindakbalas yang melibatkan
sistem imun boleh berlaku. Tindakbalas ini boleh membawa kepada kematian. Transfusi
darah yang tidak serasi boleh membawa kepada masalah besar atau kecil. Semasa pendermaan
darah, pesakit mestilah memenuhi kriteria yang diberikan. Ini kerana kesalahan yang sedikit
boleh membawa kepada masalah yang besar.
Di dalam kes pemindahan organ, tisu penderma mestilah sepadan dengan darah
pesakit. Ketidakserasian boleh membawa kepada penolakan dan proses pemindahan organ
tidak akan dilakukan. Mengetahui kumpulan darah seseorang juga penting bagi wanita yang
megandung an anak yang dikandungnya. Kebiasaannya, jenis darah wanita yang mengandung
akan ditentukan semasa pemeriksaan darah rutin. Ini kerana, apabila darah ibu tidak serasi
dengan darah anak, ibunya boleh menghasilkan antibodi igG yang akan memasuki placenta
dan menyerang sel darah merah bayi. Oleh itu mengetahui kumpulan darah adalah penting
dalam kes seperti ini bagi mengelakkan kematian.
Akhir sekali, setiap individu mestilah mengetahui jenis darah masing masing bagi
memudahkan pegawai perubatan memberikan rawatan yang sesuai bagi mengelakkan
berlakunya hal hal yang tidak diingini.

13

MPIH 3112

10.0 LAMPIRAN

Jadual menunjukkan kumpulan daah ABO beserta antigen dan antibodi yang terdapat pada
permukaan sel darah merah

Gambarajah dia atas menunjukkan cara pewarisan darah dengan mengetahui genotip dan
fenotip ibu bapa.

14

MPIH 3112

Gambarajah di atas menunjukkan ujian penggumpulan darah kaedah jubin

Gambarajah di atas menunjukkan ujian penggumpulan darah kaedah tiub.

Gambarajah menunjukkkan proses reaksi antibodi antigen .


15

MPIH 3112

11.0 RUJUKAN
1. Musthahib, S.Pd.Si. (2011). Penentuan Golongan Darah. Retrived september 18, 2013,
from Biologi.blogsome.com. Website
http://biologi.blogsome.com/2011/08/15/penentuan-golongan-darah/

2. Rizky Adriansyah, Selvi Nafianty, Nelly Rosdiana, Bidasari Lubis. (2009). Reaksi
Hemolitik Akibat Transfusi. Tinjauan Pustaka.
3. Neil A Murray dan Irene A G Roberts. ( 1992). Archives of disease in childhood: Fetal
and Neonatal. Retrived September 18, 2013 from Website
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2675453/

4. T.M. Allan. (1963). Hirszfeld And The ABO Blood Groups. Retrived September 18,
2013, from website www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1058915/pdf/
5. Deborah Baudler MS, ( 2013 ). Hemolytic Disease Of Fetus And Newborn. Retrived
September 18, 2013, from website www.greatplainslabmeeting.org/.../HemolyticDisease-of-Fetus-and-New...

16

You might also like