You are on page 1of 13

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

KESAHAN
Menurut Naapie Mat (2006), kesahan
merupakan satu konsep pengukuran
yang merujuk sejauh mana
ketepatan atau kesahihan sesuatu
alat ujian.
Ini bermaksud sesuatu alat ujian itu
dikatakan mempunyai kesahan yang
tinggi sekiranya dapat mengukur
secara tepat kebolehan dan
keupayaan calon-calon yang diuji.

Item-item yang dikemukakan


hendaklah akur dengan kurikulum
dan spesifikasi ujian serta
mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran,
konteks dan situasi.

KEBOLEHPERCAYAAN
Merupakan ciri skor yang menggambarkan
prestasi pelajar dalam perkara yang ditaksir.
Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam
(2007), kebolehpercayaan sesuatu ujian
merujuk kepada pencapaian calon adalah
tekal apabila mengambil ujian itu beberapa
kali.
Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi kebolehpercayaan skor
ujian. Antaranya ialah:

o Keadaan emosi
o Tempat ujian
o Suasana persekitaran
o Kesihatan.
Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi
calon memberi jawapan yang
berlainan.

Kebolehpercayaan skor sesuatu ujian


dapat dipertingkatkan dengan
menyediakan bilangan soalan yang
berpatutan.
Dengan ini calon benar-benar dapat
diuji dengan cara yang boleh
dipercayai.

KEOBJEKTIFAN
Sesuatu ujian atau pentaksiran
merujuk kepada ketepatan
seseorang pemeriksa memeriksa
skrip jawapan atau ketepatan
seseorang pentaksir memberi skor
calon.
Ciri keobjektifan pemberian markah /
skor boleh dipertimbangkan dengan
menyediakan skema penskoran yang
objektif dan markah atau skor

Mekanisme ini bertujuan untuk


memastikan pemeriksaan
mempunyai kefahaman dan
kemahiran yang terselaras antara
satu sama lain.
Cara ini mengurangkan perselisihan
pemberian markah/ skor di kalangan
pemeriksa atau pentaksir.

KEBOLEHPENTADBIRAN
Sesuatu ujian dan pentaksiran, ialah
ciri praktik dengan merujuk kepada
sejauh mana kelicinan dan kerjakerja susulan dapat dijalankan
dengan mudah dalam proses
pengujian dan pentaksiran, yang
dilaksanakan sama ada secara
berpusat atau pentaksiran
berdasarkan sekolah.

Merangkumi aspek-aspek penyediaan bilik


peperiksaan, ujian dimulakan tepat pada
masa, arahan yang jelas, pengawasan
yang rapi dan pengutipan skrip jawapan
yang terurus.
Bilangan soalan yang disediakan mestilah
berpatutan dengan masa yang
diperuntukkan agar calon dapat
menjawab soalan-soalan tersebut dalam
masa yang ditetapkan.

KEMUDAHTAFSIRAN
Merujuk kepada sejauh mana ia dapat
memberi maklumat tentang calon
berdasarkan skor yang diperolehi,
sejauhmana ia boleh mendiskriminasikan
calon dan dapat menepati tujuan sesuatu
ujian itu ditadbirkan.
Dapat memberi gambaran jelas mengenai
pencapaian dan kedudukan calon, kekuatan
dan kelemahan calon, kesesuaian strategi
P&P, kesesuaian item ujian dan pencapaian
objektif P&P di dalam kelas.

Amat penting markah pencapaian


calon dikumpul dan ditafsir dengan
tepat dan jelas dalam bentuk angka
statik, jadual dan graf supaya
kebolehtafsirannya tinggi.

KEKOMPREHENSIFAN
Merujuk kepada sejauh mana
sesuatu ujian itu mengandungi
soalan-soalan yang mewakili semua
objektif yang penting.
Oleh sebab itu, semakin banyak
bilangan item, semakin lebih baik
taburan perwakilan adalah lebih
menyeluruh.

You might also like