You are on page 1of 13

PENGENALAN

Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia


zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu
dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan
dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud
tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan
bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan
ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan
kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.
Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik
yang lebih besar seperti orkestra .Permainan perkusi memerlukan
disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa
disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya. Bentuk
persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris
mengikut

kumpulan

alat.

Seorang

konduktor

akan

mengawal

persembahan.
Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi
dengan piano atau satu instrumen atau menggunakan rakaman audio.
Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat
dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak.
Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul
agar

menghasilkan

bunyi

yang

estetik.

Murid

diasuh

untuk

mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi


mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan
memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat
membina biasaan yang baik dari awal lagi.
Kanak-kanak

mempunyai

keinginan

untuk

bermain

alat

muzik

melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah

keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata
sebenarnya.

Permainan alat perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinantinantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan
pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi
tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil
bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga
membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam
permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka.
Seterusnya

permainan

alat

perkusi

secara

ensembel

memupuk

semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab.


Oleh

yang

demikian,

guru hendaklah

memastikan semua

murid

berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah :


1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)
2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik
dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain
muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi
dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta
lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi.
3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca
muzik dapat menghayati dan menghargai hasil karya muzik
seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.
Antara kelebihan bermain alat perkusi adalah menguji ketajaman
pendengaran. Contohnya seperti murid dapat mengenalpasti rangkai
lagu, imbangan bunyi, tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi
lebih sensitif kepada bunyi dan sentuhan bunyi. Di samping itu, melalui
permainan alat perkusi juga menguatkan daya Ingatan di mana kanakkanak dapat menyerap tema malah keseluruhan lagu melalui latihan
muzikal. Selain itu, latihan mata juga dapat dilakukan melalui bermain

alat perkusi ini. Mata boleh dilatih untuk membaca dengan lancar malah
boleh lebih pantas dari sebutan

KLASIFIKASI ALAT PERKUSI


Dalam Tamadun China Purba , alat muzik diklasifikasikan mengikut
bahan utama yang digunakan dalam pembuatan alat muzik tersebut
seperti logam, batu, tanah, belulang, sutera, labu, buluh dan kayu.
Dalam Tamadun India Purba pula mengumpulkan alat muzik mengikut
klasifikasi gong/simbal, gendang, alat bertali dan alat yang ditiup.
Manakala di dalam Orkestra Barat terdapat
percussions, strings, brass dan woodwind.

4 klasifikasi iaitu

Bagi Klasifikasi Sachs

Hornbostel - klasifikasi alat muzik berdasarkan kitab catatan India purba


Natyasastra iaitu Idiofon, Kordafon, Membranofon dan Erofon.
1. Idiofon merupakan alat muzik yang dibuat daripada bahan logam,
kayu, buluh dan tempurung. Idiofon

dimainkan dengan cara

pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Contohnya, gong,


saron, bonang , kenong , angklung, gambang, kertuk dan lain-lain.
2. Erofon - contoh : serunai dan bangsi (caklempong), sakuhachi
(Jepun), nafiri (Nobat) dan lain-lain.
3. Kordafon ialah klasifikasi bagi alat muzik bertali. Contohnya
gambus, uds, koto, shamishen, sitar dan sharinggi.
4. Membranofon pula ialah klasifikasi alat muzik dari kulit yang
diregang. Contohnya ialah gendang, kompang, geduk,
tabla dan gedombak.

daiko,

PENULISAN SKOR ALAT PERKUSI


Skor muzik ialah satu catatan mengandungi not-not muzik dan
arahan-arahan

membunyikannya.

Skor

yang

lengkap

haruslah

mempunyai maklumat lengkap mengenai lagu tersebut. Fungsi skor


ialah untuk membantu pemuzik mengingati muzik yang perlu
dimainkannya. Bagaimanapun, dalam ensembel, seorang konduktor
diperlukan untuk menyatu dan menyelaraskan idea muzik yang bakal
dimainkan.

Skor

muzik

mengandungi

judul

lagu,

komposer,

penggubah dan penulis lirik (bagi skor yang mempunyai nyanyian


vokal)

SKOR PERKUSI TANPA PIC


Alat muzik perkusi tanpa pic menggunakan klef perkusi. Ia tidak
menggunakan baluk lima garisan. Ia tidak memerlukan ruang atau
garisan untuk menyatakan pic-pic muzik. Ada alat muzik perkusi yang
dibina satu unit atau set berpasangan. Contoh alat muzik satu unit
ialah tamborin, dram samping, dram bes, simbal dan lain-lain. Skor
alat muzik seperti ini hanya menggunakan baluk satu garisan sahaja.
Baluk dua garisan biasanya digunakan untuk alat muzik set
berpasangan 7(d) Drumset dan aksesori (misalnya conga dan bongo).

SKOR ALAT MUZIK TRANSPOSE


Sesetengah alat muzik adalah jenis transpose instrument. Contohnya
Trumpet in Bb, French Horn in F, Alto Saxophone in Eb, Tenor
Saxophone in Bb dan lain-lain. Apabila Trumpet in Bb memainkan pic
C maka bunyi yang terhasil sebenarnya adalah pic Bb. Oleh kerana
itu alat ini dinamakan Trumpet in Bb. Biasanya nada transpose
dinyatakan bersama alat muzik, contohnya Clarinet in Bb, Trombone
in C dan lain-lain. Dalam skor, nada ini boleh dinyatakan dalam dua
keadaan. Pertama ditulis dalam nada konsert. Contohnya jika konsert
ialah C major, trumpet dan alat muzik transpose lain juga adalah C
major. Dalam keadaan begini, elemen harmoni lebih mudah disemak.
Kedua, skor ditulis dalam nada transpose iaitu semua baluk alat
muzik adalah mengikut nada masing-masing
ALAT PERKUSI
Alat Perkusi Tidak Berpic
Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah:
a. Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang
b. Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja.
c. Biasanya dalam keluarga membranofon dan Ideofon.
d. Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama sahaja
seperti piano, melodian atau lain-lain yang biasanya dimainkan
oleh guru pengiring serta rakaman audio.

Alat Perkusi Berpic


Alat perkusi berpic merupakan semua jenis bunyi terhasil daripada
getaran. Gelombang getaran diukur menggunakan unit ukuran Hertz,
iaitu bilangan getaran lengkap setiap satu saat. Pic ialah standard
getaran yang telah ditetapkan oleh ahli muzik terhadap bunyi daripada
getaran yang stabil. Contohnya pic A mempunyai ukuran sebanyak
440Hz. Ukuran ini hanya boleh didapati daripada getaran bunyi yang
stabil sahaja. Getaran yang tidak stabil tidak boleh dikukur unit Hznya.
Oleh kerana ciri-ciri getaran alat perkusi yang terhasil ada yang stabil
dan ada yang tidak stabil, maka alat perkusi juga turut dibahagikan
kepada alat muzik perkusi berpic dan alat muzik tidak berpic. Getaran
yang stabil menghasilkan bunyi pic manakala getaran yang tidak stabil
menghasilkan bunyi tanpa pic. Alat perkusi berpic boleh menghasilkan
sekurang- kurangnya 2 not dalam pic yang tepat dan standard. Alat-alat
ini

boleh

xylophone,

memainkan melodi
marimba,

atau lagu. Contohnya: vibraphone,

gambang,

slentem,

glokenspiel, angklung dan timpani.


TEKNIK DAN PERMAINAN ALAT PERKUSI

caleste,

tubular

bells,

1. LOCENG
Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang
pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan
loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut.

Loceng-

loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila
digoncang.

Cara Memegang dan Memainkan Loceng


1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam
bahagian yang tidak berloceng.
2. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
3. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri atau kanan.
4. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan
yang menggenggam loceng.
2. KAYU TIK TOK
Rupa

bentuk

Tik-tok

lazimnya

diperbuat

daripada

kayu.

Ia

mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan


bunyi yang tidak lanjut.

Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian

kanan tik- tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.

Cara Memegang dan Memainkan Kayu Tik Tok


1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan
kanan.
2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

3. TAMBORIN
Tamborin

merupakan

sebuah

gelung

yang

lazimnya

diperbuat

daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi


kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis
tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Cara Memegang dan Memainkan Tamborin


1. Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
a.

Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke


kiri dan ke kanan.

b.

Pegang tamborin dengan tangan kiri atau kanan. Ketuk


tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari
tangan kanan atau kiri.

1. KASTENET
Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik.
mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

Alat ini

Cara Memegang dan Memainkan Kastenet


1. Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari
tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri
atau kanan.
2. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan atau kiri.

2. KERINCING
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan
berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang
diikat pada bucunya.

Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk.

Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

Cara Memegang dan Memainkan Kerincing


1. Pegang

tali

kerincing

pada

talinya

sebelah

tangan

dan

pemukulnya di tangan yang sebelah lagi.


2. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh
kerincing.
3. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran
segitiganya dengan pengetuk kerincing.
4. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam
kerincing.

KEMAHIRAN MEMAINKAN ALAT PERKUSI


Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar
membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar untuk:
1. Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama.
2. Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan.
3. Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik.
4. Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh
dengan peraturan dan disiplin.

PENJAGAAN DAN MEMBAIK PULIH ALAT PERKUSI


1. Tidak terlalu kuat memukul semasa bermain.
2. Hindarkan alat-alat tersebut jatuh ke lantai yang keras
3. Semasa menyimpan, hendaklah disimpan di tempat yang sesuai
dan tidak bertindih antara satu sama lain.
4. Selalu membuat penalaan untuk mendapat pic yang betul.
5. Membersihkan alat tersebut supaya tidak berhabuk dan kotor.

6. Disimpan di tempat pengudaraan yang baik.


7. Hindarkan disimpan di tempat yang terlalu panas atau lembab.

You might also like