You are on page 1of 10

Kertas Kerja Penubuhan Briged Bestari

SK (F) Lok Heng Selatan


2016
Pendahuluan
Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen
utama iaitu murid, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan
penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti. Terdapat murid yang
berkemahiran tinggi dalam bidang ICT dan kelompok murid ini
memerlukan ruang
untuk mengembang dan menggunakan
kemahiran mereka.
Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan
memantapkan penggunaan ICT di sekolah, Briged Bestari juga dapat
memberi ruang kepada murid yang berkemahiran menyalurkan
kepakaran mereka ke arah yang positif. Dengan demikian, menjadi
satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat
daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan dan
penyelenggaraan komputer.

Rasional
Memandangkan wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan
pengurusan Pembestarian Sekolah, Briged Bestari perlu ditubuhkan
sebagai agen pemangkin. Komitmen murid bukan hanya terbatas
kepada panggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi
merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat
dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat
umum.
Matlamat
Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan
Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program
ICT berjalan lancar. Program ICT semakin bertambah di sekolah dan
bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas
seperti Briged Bestari perlu diwujudkan
Objektif
Antara objektif penubuhan Briged Bestari:
1. Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran
dalam menggunakan aplikasi di sekolah
2. Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan
pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah

3. Melatih sekumpulan murid yang berminat dan berkeupayaan


dalam bidang ICT.
4. Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan
Komunikasi ICT di kalangan murid untuk kegunaan positif
5. Memberi peluang kepada murid berkongsi kemahiran dan
seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran Mereka dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada rakanrakan lain di sekolah.
Fungsi
Antara fungsi penting Briged Bestari:
1. Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di
sekolah.
2. Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi di
sekolah.
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta
pengawasan perkakasan dan perisian.
5. Membantu kerja-kerja penyenggaraan perkakasan ICT
(Preventive Maintenance).
6. Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Program
Pembestarian Sekolah.
7. Membantu memastikan program ICT di sekolah yang
ditetapkan oleh Kementerian Muridan Malaysia berjalan lancar
sebagaimana yang telah dirancangkan.

Aplikasi Yang Perlu Dikuasai Ahli-Ahli Briged Bestari.


Murid Briged Bestari perlu menguasai aplikasi berikut ;
1. Emel
2. Internet
3. CD TLM(Stand-Alone)
4. Kolaborasi – Think.com, Project-Based Learning (PBL)
5. Pemprosesan perkataan (MS Word)
6. Hamparan Elektonik (MS Excel)
7. Aplikasi Persembahan (Power Point/Flash)
8. Aplikasi Multimedia (Movie Maker/Video Cutter)
9. Aplikasi Grafik (Adobe Photoshop)

BIDANG TUGAS ORGANISASI BRIGED BESTARI


Penasihat

Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa murid


Briged Bestari bagi memastikan segala perancangan berjalan
dengan lancar.

Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap pelaksanaan


semua aktiviti Briged Bestari bersama Kementerian
Pendidikan Malaysia/Bahagian Teknologi Pendidikan/Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan


sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.

Penyelaras

Merancang
Bestari.

Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar.

Melatih ahli Briged Bestari dalam penggunaan aplikasi di


sekolah.

Memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.

Memeriksa tahap keselamatan semasa perkakasan, perisian


dan data.

dan

mengawasi

pelaksanaan

aktiviti

Briged

Pengerusi

Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras


Briged Bestari.

Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged


Bestari.

Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi membincangkan


setiap masalah dan membuat keputusan.

Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat Program


Pembestarian Sekolah.

Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti tahunan


bagi Briged Bestari.

Timbalan Pengerusi

Bertanggungjawab kepada arahan Guru Penyelaras berkaitan


dengan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah ketika
ketiadaan Pengerusi.

Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya dan


menyediakan laporan.

Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang


berkaitan dengan Briged Bestari.

Setiausaha

Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan


dengan pelaksanaan Briged Bestari.

Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged Bestari.

Mencatat dan merekod minit mesyuarat Briged Bestari.

Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan


sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.

Penolong Setiausaha

Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan


dengan Briged Bestari.

Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan


membuat laporan.

Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang


berkaitan dengan briged.

Bendahari

Bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras tentang urusan


kewangan.

Menguruskan sumbangan dan derma.

Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.

Menguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras.

Menyediakan laporan semasa kewangan untuk dibentang


dalam mesyuarat.

Ahli Jawatankuasa

Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras


berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.

Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang


berkaitan dengan Briged Bestari.

Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh


Briged Bestari.

Tugas-tugas Biro
Biro Infrastruktur Teknologi

Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro (kertas kerja,


implikasi kewangan, carta Gantt)

Memastikan penggunaan peralatan ICT yang dibekalkan


mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Memastikan peralatan ICT yang dibekalkan sentiasa berada


dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Membantu menyenggara pelbagai peralatan yang ada di


sekolah.

Membantu menyelenggara pelbagai peralatan yang ada di


sekolah.

Biro Latihan

Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro (kertas kerja,


implikasi kewangan, carta Gantt)

Merancang, mengurus dan melaksanakan latihan atau kursus


yang berkaitan dengan aplikasi di sekolah dan penggunaan
ICT.

Biro Dokumentasi dan Penerbitan

Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro (kertas kerja,


implikasi kewangan, carta Gantt)

Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap aktiviti yang


dilaksanakan oleh Briged Bestari.

Menerbit dan mengedar bahan atau maklumat yang berkaitan


dengan pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.

Biro Laman Web

Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro (kertas kerja,


implikasi kewangan, carta Gantt)

Membangun dan mengemas kini laman web rasmi sekolah.

Menjadi pembimbing rakan sebaya kepada badan atau


persatuan serta kelab murid bagi membina laman web
pertubuhan mereka.

AKTIVITI BRIGED BESTARI

Aktiviti Khusus

Mengadakan kursus dan latihan berkenaan ICT kepada ahli


Briged Bestari dan warga sekolah.

Membantu tugas
dibenarkan).

Membantu menguruskan bilik operasi mengikut jadual.

Membantu
penyenggaraan
prasarana ICT.

Membantu penyelenggaraan prasarana ICT.

Membantu guru-guru menggunakan peralatan ICT semasa


sesi pengajaran dan pembelajaran.

guru-guru

memasukkan

(Preventive

data

(yang

Maintenance)

Aktiviti Sampingan

Membantu webmaster mendapatkan bahan-bahan


sesuai bagi tujuan mengemas kini laman web sekolah.

Mendokumentasikan setiap aktiviti khas yang telah dijalankan


oleh sekolah.

Membantu Guru Penyelaras


maklumat kepada pelawat.

Membantu mengendalikan kursus asas literasi komputer


kepada warga sekolah.

Membantu pengambilan gambar digital/video untuk profil


murid dan aktiviti sekolah.

Mengadakan lawatan sambil belajar bagi tujuan penanda aras.

Bestari

sebagai

yang

penyampai

CARTA ORGANISASI BRIGED BESTARI


SK (F) LOK HENG SELATAN, 81900 KOTA TINGGI
JOHOR
SESI 2016
PENAUNG
EN. Mohd Safarin Bin Zainal
GURU BESAR
PENASIHAT
En. Ahmad Zakaria Bin A Rahman
GURU KANAN PENTADBIRAN
GURU PENYELARAS
Ustaz Huszarudin Bin Haji Hussin
GURU PENYELARAS BESTARI

En Mohd Affiq Haiqal Bin Naim


GURU PENASIHAT
PENGERUSI
MOHAMAD EISYAM HAQIM BIN SUHAIRI (6A)
TIMBALAN PENGERUSI
NORAIN NAZIHAH BT NORDIN (6A)
SETIAUSAHA
MOHAMAD ZULHAIREY FITREY B. MOHAMAD RAMLAN (6B)
PENOLONG SETIAUSAHA
NUR AIN QISTINA BT MOHAMMED FEIRUZ (6B)
BENDAHARI
NURFILZA NABILA BINTI AHMAD (5A)
BIRO LAMAN WEB
MUHAMMAD SYAFIQ RIDZUAN MOHAMAD AHZEROL (6A)
BIRO LATIHAN
SARAH NUR SYAZLIANA BT JOHARI (6A)

BIRO DOKUMENTASI
MOHAMAD AFIQ AIMAN BIN ZAMAN (5A)
BIRO INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI
MUHAMMAD ZHARIF SUFI BIN NAZRI (6B)
AJK
NAJWA NABILA BINTI MOHD NAJIB (6B)
MUHAMMAD SYAHZUAN B ZULHIZAM (5B)
SYAFIQAH BINTI ABD.RAHMAN (5B)
MUHAMMAD MUIZZ SYAFIQ BIN ZULKIFLI (4A)
MUHAMMAD IRWAN HAKIMIE BIN KHAIRULNIZAM (4A)

Disediakan oleh
.
Huszarudin Bin Hussin
Penyelaras ICT
SK (F) Lok Heng Selatan
Disemak oleh
..
En. Ahmad Zakaria Bin A. Rahman
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK (F) Lok Heng Selatan
Diluluskan oleh

En. Mohd Safarin Bin Zainal

Guru Besar
SK (F) Lok Heng Selatan

You might also like