a. Sebuah sistem komputer secara asasnya terdiri dari penerima input dan pemberi output. b. Secara ringkas dan mudah difahami: i. Apa yang kita taip dan masukkan ke dalam komputer dikenali sebagai INPUT. Contoh: Kertas kerja yang kita taip, gambar yang kita imbas
Maklumat yang ditaip /
Gambar yang diimbas
Komputer
Kerja yang disimpan dalam
disket
ii. Apa yang dipaparkan kepada kita dari komputer dikenali
sebagai output. Contoh: Kertas yang kita cetak keluar dari pencetak, gambar yang ditunjukkan di atas skrin komputer, bunyi yang dikeluarkan
2. Peranti input dan output adalah peralatan atau perkakasan yang
digunakan di dalam sebuah sistem komputer . Berikut diterangkan dengan lebih teliti lagi tentang perkakasan tersebut. a. Peranti input: menerima kemasukan maklumat dari pengguna komputer dan menghantar maklumat tersebut ke dalam komputer untuk diproses. b. Contoh-contoh peranti input yang biasa adalah: i. Mouse (tetikus)
Bukan yang ini
Tetapi yang ini
Mouse menerima input pengguna berasaskan
sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya. Butang tersebut biasanya digunakan untuk interaksi pengguna di atas skrin seperti mengklik butang tindakan, tutup/buka program dan yang seumpamanya.
ii. Keyboard (papan kekunci)
Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa yang terdapat pada mesin taip. Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam komputer. Menaip surat, karangan, kertas kerja
c. Peranti output: memaparkan maklumat yang telah diproses
oleh komputer untuk dilihat atau digunakan oleh pengguna. d. Contoh peranti output yang biasa adalah: i. Monitor Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah: gambar, permainan komputer, tayangan filem
ii. Projektor LCD
Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih digunakan untuk ditayangkan disebuah bilik atau kawasan yang luas.
iii. Pencetak Mengeluarkan maklumat dalam bentuk salinan kertas. Juga dikenali sebagai pengeluar hard copy. Salinan dalam disket dikenali sebagai soft copy.
iv. Speaker Audio
Mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio Contohnya bunyi muzik, untuk menarik perhatian pengguna. 3