You are on page 1of 2

Ansur Maju untuk Lompat Tinggi Gaya Pelana

1. Berdiri dengan kaki bebas di belakang. Gerakkan kaki tersebut ke


hadapan dan tendang dengan kuat ke atas sambil kaki yang melonjak
menolak badan ke atas. Tujuan latihan ini ialah untuk melatih pelompat
supaya dapat menendang kaki bebas ke atas dan melonjak.
2. Berjalan tiga langkah dan ulang latihan (a) sambil menghayun kedua-dua
belah tangan. Latihan ini dapat membantu agar lonjakan, tindakan kaki
bebas dan hayunan tangan dapat dipadukan supaya semuanya
berinteraksi secara automatik.
3. Rentangkan tali dan berdiri merusuk tiga langkah dari tali itu. Berjalan tiga
langkah(mulakan dengan kaki lonjak) dan tendang kaki bebas ke atas
aras tali. Selepas beberapa percubaan, latihan ini hendaklah dibuat
secara berlari dan melibatkan hayunan tangan seperti di dalam latihan
(b) . Latihan ini akan membantu pelompat memberikan sepenuh perhatian
kepada penujuan dan lonjakan semasa membuat lompatan.
4. Rentangkan tali hingga ke aras pinggang dan ulangi latihan ( c). Selepas
melonjak dan badan berada di atas aras tali, pusingkan badan dengan
merendahkan bahu supaya bergolek di atas tempat mendarat, atau
tangan dan kaki bebas mencecah kawasan mendarat. Latihan ini akan
membantu pelompat melepasi palang atau tali dan semasa membuat
pendaratan.
5. Rentangkan tali pada aras pinggang. Berlari sejauh lima langkah, diikuti
dengan suatu lonjakan hingga melepasi tali dan pelompat mendarat
dengan baik. Latihan ini merangkumi kesemua fasa lompatan (empat fasa
semuanya).
6. Latihan lompat tinggi gaya pelana menggunakan alatan yang sebenarnya
(tiang dan palang lompat tinggi) serta membuat lima atau tujuh langkah
larian yang pantas.

You might also like