You are on page 1of 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN

HUSSEIN ONN BATU PAHAT


JOHOR DARUL TAKZIM

KUMPULAN: PISMP AMBILAN JUN 2013


OPSYEN: PRASEKOLAH
SEMESTER: 6

PRA 3113

Pentaksiran

Pengertian

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya


membuat pertimbangan tentang produk sesuatu proses
pendidikan
Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang
pelajar bagi sesuatu tujuan

* Satu

proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi


pembelajaran seseorang dalam aktiviti pembelajaran
* Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai
suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang
murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2000).

*Tujuan

Mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam


pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan


pembelajaran

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan


sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara


efektif

Merancang dan melaksanakan aktiviti susulan yang berkesan


* Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

*Bentuk
Pemerhatian

Ujian lisan
*Ujian bertulis

Masa
Selepas pembelajaran

*Proses

pelaksanaan

* Mengumpul,menghurai,merekod maklumat menggunakan


pelbagai kaedah

* Memberi skor
* Menginterpretasikan maklumat berkenaan produk pendidikan
* Menjalankan tindakan susulan

Contoh
Pentaksiran kendiri (boleh dijalankan secara formatif
dan sumatif)

*Liputan
Keseluruhan kurikulum dalam sesuatu peringkat
pembelajaran

Keputusan
Menunjukkan pencapaian secara menyeluruh dan
bersifat relatif

Pengujian

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu


prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang
individu dan menghuraikan dengan bantuan
skala bernombor, atau satu sistem yang
berkategori.
Misalnya, skala bernombor seperti angka
30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk
ujian darjah kecerdasan (IQ Test)
dan
80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu
mata pelajaran seperti Sains.

Manakala contoh sistem berkategori pula


seperti ekstrovert atau introvert bagi
ujian personaliti, atau rabun warna bagi
ujian penglihatan.

Kepentingan
pengujian
bagi mengukur
perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros
(1981) seperti yang dipetik dalam Raminah
Haji Sabran (1991)
yang menegaskan
bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan


contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di
dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperolehi daripadanya
akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan. (Raminah 1991:2)

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan


oleh pelajar, satu ukuran
yang disebut sebagai
markah akan diberikan kepada individu berkenaan.
Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah
prestasi murid yang diuji.

Secara ringkas Pengujian ialah :


Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan
pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh
dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun
bertulis.

Penilaian

Penilaian adalah suatu istilah yang boleh


didefinisikan dengan banyak cara.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian
ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data
bagi menentukan
sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai.

Hal ini seterusnya bagi membolehkan


guru dapat membuat pertimbangan atau
keputusan
yang
tepat
berhubung
pengajaran dan pembelajaran.

Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru


memberikan ujian, adakah guru berkenaan
mengukur pencapaian pelajar atau guru
menilai pencapaian pelajar.

Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan


bahawa
guru sebenarnya mengukur
pencapaian pelajar melalui
ujian yang
dijalankan.
Dalam sesetengah keadaan penilaian
dibuat tanpa sebarang pengukuran yang
melibatkan ujian terlebih dahulu tetapi
hanya melibatkan pertimbangan nilai
semata-mata.

Secara ringkasnya Penilaian ialah :


Satu proses membuat pertimbangan
dalam mentafsir hasil pengukuran.

Bertujuan memberikan maklumat


tentang pencapaian murid, objektif
pelajaran, kaedah mengajar dan
kurikulum.

Dasar penting bagi pencapaian pengajaran


dan pembelajaran yang berkesan adalah
melalui
langkah-langkah
pengujian,
pengukuran dan penilaian yang tepat dan
berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah.
Kecekapan guru dalam membangunkan
instrumen pengujian
dan penilaian amat
penting malah sama pentingnya dengan
penguasaan guru terhadap kurikulum yang
diajar
bagi
menjamin
keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

Konsep
Pengukuran

Mok Soon Sang (2009) telah dipetik berkata


pengukuran ialah suatu proses atau sistem yang
digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu
benda, perkara atau keadaan.
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng(1996) telah dipetik berkata
pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran
tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperoleh
dalam bentuk nombor. Walaubagaimanapun, dalam bilik
darjah, pengukuran biasanya melibatkan pemberian
markah kepada maklumat yang diperoleh.

Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata
dalam pendidikan, pengukuran merupakan satu proses
untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam
pembelajaran.
Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata
pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding
pengujian. Pengukuran bermaksud sebagai suatu proses
mendapatkan penjelasan secara numeric atau melalui angka
tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai
sesuatu cirri yang diukur dengan menggunakan instrumen.

Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang


pelbagai di atas, dapat disimpulkan bahawa pengukuran
merupakan suatu proses yang melibatkan alat untuk
mengukur secara kuantitatif pencapaian murid dalam sesuatu
perkara.
Pengukuran hanya berfokus kepada penentuan status atau
tahap murid. Ianya tidak melibatkan proses penilaian.
Pengukuran merupakan sesuatu yang tidak bersifat mutlak
kerana pengukuran lebih menumpukan kepada penentuan
status atau tahap dalam bentuk kuantitatif, berfokus kepada
pengumpulan data secara numerikal dan mengkategori.
Secara kuantitatif: peratus markah seperti 90%, 30% dan
39%
Secara kategori : murid lemah, sederhana dan pandai.

Rujukan:
SUPEREMANY, K. (2014, JUNE 16). Konsep penilaian, pengujian,
pengukuran dan pentaksiran. Retrieved JAN 3, 2016, from Blog:
http://
pendidikanmy.blogspot.my/2014/06/konsep-penilaian pengujianpengukuran.html

You might also like