You are on page 1of 20

" Bagaimana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) dapat dikembangkan secara

berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan peringkat sekolah


rendah di Malaysia".
Dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat Perkembangan Kurikurum,
1999 iaitu Datuk Dr. Abdul Shukor b. Abdullah telah menjelaskan bahawa Pendidikan
Kesihatan dapat membantu murid meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan,
menanam sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Terdapat
tiga tunjang pembelajaran iaitu:
i. Kesihatan Diri dan Keluarga
ii. Gaya Hidup Sihat
iii. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Pendidikan Kesihatan melalui tunjang yang dinyatakan agar dapat mencapai
matlamat dan objektifnya. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid supaya dapat mengamalkan gaya
hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik agar sentiasa bersedia
dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Dengan adanya persekitaran yang
kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
potensi individu ke tahap optimum melalui Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang
terancang.
Definisi Pendidikan Kesihtan
Perkataan "kesihatan" berasal daripada perkataan Inggeris lama bagi perkataan heal
(hael) yang bermaksud keseluruhan (whole). Ini merujuk kepada kesihatan yang
menyeluruh termasuklah integriti, sihat atau kesejahteraan.
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau pengumpulan
pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan yang
berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ), kesihatan adalah satu tahap atau
keadaan apabila seseorang individu mempunyai kesejahteraan yang sempurna iaitu dari

segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan hanya semata-mata bebas daripada penyakit
atau tidak upaya. Definisi ini mempengaruhi dua aspek penting dalam kesihatan, iaitu
aspek negetif seperti penyakit tidak sihat, cedara, cacat, tidak upaya atau lemah.
Manakala aspek positif adalah kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial.
Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelnagai dimensi atau domain. Kesihatan
holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi
tersebur. Manakala dimendi kesihatan bagi individu seperti kesihatan fizikal, mental,
emosi, sosial, rohaniah dan seksual.
Terdapat dua dimensi kesihatan yang lebih luas yang mempengaruhi selain kesihatan
individu iaitu: pertama, kesihatan masyarakat: hubungan antara kesihatan dan cara
masyarakat di struktur, di susun dan dibangunkan. Ini termasuklah infrastruktur asas
untuk kesihatan, dan kedua adalah kesihatan persekitaran: persekitaran fizikal di mana
orang ramai tinggal dan termasuklah hal-hal seperti perumahan, pengangkutan,
kemudahan sanitasi dan air bersih serta pencemaran.
Objektif Pendidikan Kesihatan telah dirancang dan digubal supaya murid-murid
dapat mencapai perkara-perkara seperti berikut:
a) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga ,
masyarakat dan persekitaran.
b) Menguasai kemahiran mencegah dan menangani masalah yang berkaitan dengan
kesihatan dan penyakit.
c) Mengamalkan gaya hidup sihat sebagai rutin harian
d) Berperanan aktif bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara
keseluruhan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.
Kita sering berhadapan dengan aneka cabaran dalaman dan luaran akibat globalisasi,
liberalisasi, perkembangan teknologi maklumat, dan komunikasi (ICT). Perkembangan
ini menuntut generasi kini memahami konsep ilmu tanpa sempadan bagi menghadapi
persaingan dengan negara lain. Konsep ilmu tanpa sempadan mewajibkan setiap individu
dibekalkan dengan pemikiran yang matang, waras dan bersikap keterbukaan dalam
menangani isu-isu sejagat. Oleh itu, generasi masa kini perlu didedahkan dengan
kepelbagaian teknik pembelajaran untuk menghasilkan warga yang celik-akal, berfikiran

waras, matang, dan dapat menyesuaikan diri dalam setiap perkara yang dilalui. Malah
pelajar yang bakal menghadapi dunia luar bukan sahaja perlu lengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan, dan kemahiran tetapi memiliki ciri-ciri K worker, celik dan mahir
dalam ICT serta mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global. . Hal ini
menyebabkan kurikulum sekolah perlu dikaji semula untuk menamam Kemahiran
Berfikir dan menjana idea daya cipta serta pembelajaran kendiri di kalangan pelajar.
Dengan itu, penekanan telah diberikan untuk menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara yang maju dan berilmu. Malah pada masa
yang sama murid juga dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika
tinggi, bijaksana serta dapat menggunakandan menceburi diri dalam teknologi maklumat
dan komunikasi secara berkesan.
Oleh itu, timbullah persoalan sejauh manakah Objektif Kurikulum Pendidikan
Kesihatan memperlihatkan komponen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT)?
Walaupun perincian dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan telah
mengaitkan dua kemahiran berfikir dan dua proses berfikir. Dua kemahiran berfikir yang
ditunjukkan ialah pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Manakala dua proses berfikir
yang telah ditunjukkan ialah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Oleh
demikian, kehadiran KBAT tidak jelas dan tidak dinyatakan secara spesifik. Namun
menurut Arthur L. Costa (1999) dalam artikelnya "Changing Curriculum Means
Changing Your Mind", beliau menyarankan tujuh peralihan minda dalam kurikulum yang
perlu dipatuhi dan beberapa prinsip yang perlu diambil kira sebelum merancang sesuatu
kurikulum. Beliau menyarankan bahawa setiap individu mempunyai kemahiran dan bakat
yang berbeza-beza. Oleh itu, kita perlu cuba mengenal pasti dan mengembangkan bakat
tertentu. Usaha ini dipercayai akan membawa kepada perkembangan akal dan
kebijaksanaan dalam diri pelajar. Malah menurut beliau lagi, proses pembelajaran boleh
berjaya apabila murid dapat membentuk pemahaman mereka sendiri berdasarkan
pengetahuan dan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain. Mereka tidak boleh
memahami sesuatu dengan mengetahui jawapan yang betul sahaja. Perkara ini menuntut
murid yang berkebolehan berfikir secara kritis dan melihat sesuatu idea atau peristiwa
dari pelbagai sudut. Kini sudah tiba masanya,kita berubah dari keseragaman kepada
keupayaan, nilai, dan bakat yang dimiliki oleh seseorang yang boleh menggalakkan

perkembangan intelek murid Sehubungan ini, Teori Konstruktvisme yang banyak


ditekankan juga turut mewajibkan perkembangan minda murid. Hal ini secara tidak
langsung menyebabkan guru memainkan peranan penting dalam mewujudkan suatu
persekitaran yang dapat menggalakkan penglibatan murid yang aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama dapat berfikir. Oleh itu, proses
menjana pemikiran murid dapat dicapai apabila murid didedahkan dengan unsur KBAT.
Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT )
Mengikut pengertian yang diberikan dalam domain kognitif Taksonomi Bloom,
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi terdapat enam aras kognitif atau peringkat. Dua
peringkat yang utama dilihat sebagai Kemahiran Berfikir Aras Rendah ( KBAR ) iaitu
boleh diklasifikasikan sebagai aras rendah yang mempunyai aras pengetahuan dan aras
kefahaman. Manakala yang empat lagi sebagai Kemahiran Aras Tinggi ( KBAT ) seperti
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Aras aplikasi berpandu kepada kebolehan
menggunakan pengetahuan kepada situasi yang baru. Bentuk pembelajaran ini
mengehendaki tahap pemahaman yang lebih tinggi daripada kefahaman yang lain.
Kebolehan murid memisahkan atau mencerakinkan sesuatu bahan kepada bahagianbahagian yang kecil supaya dapat memahami struktur organisasi dengan mudah, ini
merupakan aras analisis. Aras sintesis pula merujuk kepada kebolehan untuk menyusun
bahagian-bahagian bagi membentuk satu kesimpulan. Manakala aras penilaian pula
merujuk kepada kebolehan membuat pertimbangan atau menilai bahan, memberi
pendapat dan menggunakan kepelbagaian kriteria untuk menilai sesuatu bahan. Walau
bagaimanapun, menurut Onosko dan Newmann dalam situasi bilik darjah, murid perlu
berfikir secara kritikal tentang informasi, pendapat dan idea. Hal ini memerlukan murid
membuat kesimpulan, inferens atau generalisis. Murid juga perlu berkomunikasi,
meramal, mencadangkan penyelesaian, mencari penyelesaian kepada masalah kehidupan,
menjana idea, menyuarakan pendapat dan membuat pilihan atau keputusan. Walaupun
falsafah dan matlamat Pendidikan Kesihatan adalah berteraskan definisi yang diberikan
oleh Taksonomi Bloom. Namun definisi Onosko dan Newmann telah digunakan secara
meluas dan merangkumi pelbagai proses pemikiran. Oleh demikian, dapatlah
mengembangkan KBAT di kalangan murid.

Pada masa kini terdapat usaha-usaha untuk memasukan pengajaran berbentuk


kemahiran berfikir KBAT ini ke dalam semua mata pelajaran. Kebanyakan negara yang
berminat telah pun melaksanakan pengajaran kemahiran berfikir secara menyeluruh.
Dunia hari ini memerlukan setiap individu bertindak dengan bijak dalam berkebolehan
menganalisis masalah-masalah. Dengan itu, setiap individu perlu dilatih secara berkesan
untuk menyempurnakan tugas-tugas mereka dengan baik.
Kepentingan definisi kemahiran berfikir perlu diambil berat oleh guru-guru
berlandaskan kepada dua sebab. Pertama, untuk mengenalpasti kemahiran yang telah
diajar atau dipelajari di dalam bilik darjah samada kemahiran kritikal, kemahiran kreatif
atau kemahiran analitikal. Hal ini perlu diteliti kerana kemahiran ini amat jarang
digunakan terutamanya dalam kategori yang tipikal. Biasanya aktiviti-aktiviti yang
disediakan atau kemahiran yang diajar adalah lebih daripada satu kategori. Misalnya, bila
murid-murid diminta mencari bukti terhadap pernyataan yang mereka buat, murid-murid
ini mungkin menghalusi pernyataan tersebut dengan menggunakan kemahiran analitikal
yang mana mereka mungkin juga memecahkan pernyataan itu kepada komponenkomponen yang lebih kecil. Setelah itu, barulah mereka menguji komponen-komponen
tersebut dan menentukan hubungan antara komponen-komponen kecil itu secara
keseluruhannya. Pada masa yang sama juga mungkin murid-murid ini menggunakan
kemahiran sintesis yang mana mereka perlu menggabung idea- idea atau bahan -bahan
untuk mencipta sesuatu yang baru.
Kedua, KBAT digunakan untuk merealisasikan usaha-usaha untuk mengajar
kemahiran seseorang berfikir. Dalam erti kata lain, soalan yang dikemukakan adalah
dalam bentuk kemahiran kritikal, kreatif, analitikal, logik atau dalam bentuk penaakulan
di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, didapati hal ini kurang diberi penekanan
terhadap kemahiran berfikir yang spesifik untuk diajar di dalam bilik darjah. Namun,
kebanyakan program adalah bertujuan untuk membangunkan cara murid berfikir supaya
pemikiran berlaku secara analitikal dan logikal. Walau bagaimanapun, masih terdapat
perbezaan pendapat mengenai hal ini dan kepelbagaian ini berlaku di merata-rata tempat.
Dalam hal pengajaran KBAT di dalam bilik darjah, adalah penting bagi guru-guru
untuk mengetahui teori-teori yang menjurus kepada pembangunan berfikir, pendekatan,

strategi-strategi, teknik-teknik dan alat-alat untuk berfikir. Kesemua ini harus digunakan
secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tidak ada mana-mana strategi yang
boleh dianggap terbaik kerana pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai. Gabungan
pelbagai aspek yang dinyatakan di dalam buku ini boleh digunakan sebaik mungkin
kerana ia boleh menghasilkan keputusan yang terbaik. Guru-guru juga perlu
menggunakan kreativiti masing-masing untuk memilih dan menggunakan pendekatan,
strategi, teknik atau alat berfikir yang sesuai bagi kegunaan di dalam bilik darjah
Sebagai contoh, pemilihan strategi hendaklah berdasarkan pertimbangan teori
pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan strategi yang
sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.
1.1 Strategi utama dalam pengajaran kemahiran berfikir
Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori
iaitu strategi pemusatan guru, pemustan murid, berasaskan sumber atau bahan,
berasaskan tugasan atau aktiviti. Tetapi strategi untuk pengajaran kemahiran berfikir
hanya melibatkan strategi pemusatan murid, berasaskan sumber atau bahan dan strategi
tugasan atau aktiviti.
1.1.1 Strategi Pemusatan Murid
Program KSSR menekankan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu,
dalam strategi ini murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.
Mengikut strategi ini, murid-murid ini digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran mereka. Pengajaran yang memusatan murid menggalakan lebih
ramai penglibatan murid apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan
kritikal. Antara teknik yang digunakan dalam strategi ini adalah kaedah berkumpulan,
inkuiri-penemuan, perbincangan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan
dan sumbangsaran.
1.1.2 Strategi berasaskan sumber atau bahan
Bahan bantu belajar yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya
boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan

pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta,
graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, video cakera padat, televisyen,
projektor dan komputer. Bahan pembelajaran pula adalah bahan yang digunakan oleh
murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercerita, radas,
alat-alat ujikaji dan komputer. Penggunaan multimedia, CD ROM, Internet, E-mail,
halaman web dan pelbagai sofeware yang merangsangkan oleh guru dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran boleh membantu perkembangan minda dan daya intelektual
pelajar. Dalam menjalankan aktiviti pengajaran menggunakan bahan atau sumber, aktiviti
pembelajaran boleh dilakukan oleh pelajar secara sendiri tanpa penglibatan guru. Ini
dapat membantu mereka untuk cuba menyelesaikan sesuatu masalah serta mencapai
sesuatu keputusan. Cara ini menggalakan pemikiran kritis dan kritikal.
1.1.3 Strategi berasaskan tugasan atau aktiviti
Aktiviti melibatkan tugasan yang disediakan oleh guru dan dilaksanakan oleh murid
untuk mencapai objektif pelajaran. Melalui aktiviti murid, potensi intelek, rohani, sosial
dan jasmani mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Di samping
itu, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti berasaskan tugasan.
Terdapat beberapa jenis aktiviti dan tugasan yang boleh dijalankan antaranya adalah
aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membina model, melukis,
menyelesaikan masalah, menyanyi, teka-teki dan sebagainya.
Pembelajaran Pendidikan Kersihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan
murid-murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi secara terus dengan guru, rakan dan
masyarakat serta penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit
pembelajaran.
Tiga tunjang utama dalam Pendidikan Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan
Diri dan Keluarga, ini bermakna penjagaan kesihatan diri, perasaaan dan kekeluargaan.
Maka tumpuan pengajaran dan pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti,
kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan.
Gaya Hidup Sihat merupakan tunjang kedua dalam pendidikan kesihatan dan
konsep tunjang ini merupakan pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan
menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran ini

memberi tumpuan kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang,


pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah.
Tunjang ketiga merupakan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran, konsep
tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan
pertolongan cemas.
Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan
Kesihatan harus menekankan gaya hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan
murid serta pembelajaran adalah melalui aktiviti-aktiviti yang sesuai. Murid diberi
peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan mata
pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin harian. Murid juga
perlu harus diberi peluang untuk meluahkan perasaan atau emosi, memperkembangkan
proses mental dan membentuk atau mencorak perhubungan yang sihat dalam suasana
yang membina.
Daya pemikiran murid perlu dipertingkatkan untuk membolehkan murid membuat
keputusan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid juga diajar dan
diberi peluang menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif yang perlu
dikendalikan oleh guru. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan
ini termasuklah membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana idea atau
menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan
ini dapat mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perlu diberi pemupukan dan
penekanan terhadap nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan yang selaras dengan matlamat mata pelajaran ini antaranya ialah kebersihan,
keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama.
Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran intelek yang
tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan
dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan
masalah dan membuat perancangan. Pengalaman pembelajaran seperti ini dapat memberi
peluang yang luas kepada murid untuk melahirkan pandangan sendiri, asas untuk
membina semangat dan keyakinan diri, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan ilmu

serta belajar sehingga akhir hayat.


Secara mudahnya murid dapat menumpukan dan mencerap sesuatu data atau
maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam
berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan
kreatif. Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun
atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan
mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan
dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah
dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan
murid.
Kemahiran berfikir aras tinggi ini mempunyai kelebihan lain iaitu dapat
meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat
mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan
ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu
dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuhkan pembelajaran dalam apa sahaja
perkara yang mereka pelajari nanti.
Dalam proses pendidikan terdapat lima peringkat bagaimana kemahiran ini dapat
disampaikan kepada murid secara terancang iaitu melalui set induksi, penggunaan bahan
asas atau bahan bantu mengajar, aras soalan atau teknik menyoal, aktiviti atau gerak kerja
dan latihan bertulis.
Dalam set induksi kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru akan
menjelaskan tentang tajuk pengajarannya, matlamat dan apakah yang akan difahami
selepas pengajarannya. Set induksi yang berkesan akan membolehkan murid bersedia
mengikuti pengajaran guru dan merupakan langkah permulaan dalam proses berfikirnya.
Penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tajuk
pengajaran akan membolehkan murid memahami dengan lebih jelas sesuatu istilah dan
konsep. Malah ia akan menjadikan pengajaran guru lebih mudah diikuti dan
menyeronokkan. Melihatkan suasana pembelajaran yang berjalan dengan lancar maka
guru hendaklah mengambil kesempatan dengan mengemukakan berbagai soalan kepada
muridnya bermula dalam bentuk tahap yang rendah dan berkembang kepada soalan yang
bertahap tinggi. Ketika ini murid banyak menggunakan kemahiran berfikir mereka dalam

menjawab soalan-soalan yang berbagai bentuk. Dalam masa sama, guru akan dapat
menilai sama ada murid memahami pengajarannya.
Selanjutnya aktiviti atau gerak kerja pembelajaran akan dapat memperkukuhkan lagi
pengajaran guru. Aktiviti seperti teka silang kata, kuiz, syarahan, bahas, lakonan, kerja
berkumpulan, menyediakan projek dan gerak kerja di luar bilik darjah akan memantapkan
lagi kefahaman murid. Sudah tentu murid akan membuat perbincangan, merujuk dan
mencari maklumat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Akhirnya proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid melakukan
latihan bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan
mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru.
Di sinilah peluang kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar
murid menjadi lebih produktif dan berdaya maju.
Namun suatu usaha yang eksplisit diperlukan untuk mengembangkan kemahiran
berfikir murid secara rasional, kritikal dan kreatif dalam kurikulum. Usaha-usaha yang
dijalankan boleh berjaya dengan memberi penekanan kepada perkembangan kemahiran
berfikir yang membolehkan murid menganalisis, membuat sintesis, menilai, membuat
keputusan dan menjana idea yang konstruktif dan berguna.

( 2707 Patah Perkataan )

Rancangan Pelajaran Harian dalam bentuk grafik


Topik
Kesihatan Fizikal

S. Kandungan
1.3

S. Pembelajaran

Tajuk

1.33 , 1.34

Masa

Pemakanan

Kelas

30minit

BBM

2C

Slaid &

lembaran kerja 1
Lampiran 1

Lampiran 1

Perkembangan

Lampiran 2

aktiviti

Set Induksi
1. Menayang slaid
(Lampiran 2).
2. Bersoal jawab
Berkaitan slaid.

Aktiviti
1. Menerangkan punca obesiti.
2. Mempamerkan gambar
jenis-jenis makanan dan
minuman yang terdapat di
(lampiran 3).
3. Mengasingkan makanan dan
minuman yang menyebabkan
berat badan yang berlebihan
dan obesiti.

Penutup
1. Menerangkan tentang
amalan pengambilan
makanan dan minuman
mengikut keperluan.
2. Murid menyiapkan lembaran
kerja 1.

Lampiran 1
Standard Kandungan

:1.3

mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat


dan selamat.

Standard Pembelajaran

:1.33

mengenal pasti jenis makanan dan minuman yang


boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan
dan obesiti.

1.34

mengamalkan pengambilan makanan dan minuman


mengikut keperluan.

Lampiran 2
Set Induksi

1. Apakah yang murid-murid nampak dalam gambar ini?


2. Guru bertanya soalan secara sepontan berdasarkan jawapan murid.

Aktiviti 1
Menerangkan punca obesiti.
--- guru menerangkan secara lisan punca obesiti iaitu makanan yang berlebihan gula,
garam, minyak, makanan dan minum ringan, berlemak dan sebagainya.
--- guru meminta murid memberi contoh-contoh makanan yang menyebabkan obesiti.
Aktiviti 2
Mempamerkan gambar jenis-jenis makanan dan minuman ( lampiran 3)
--- guru meminta murid memerhatikan gambar yang di tayangkan dan mengenal pasti
makanan dan minuman yang boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan dan
obesiti.
*** murid memerhati dan mengenal pasti pada gambar yang ditayangkan.
--- adakah semua makanan dan minuman yang ditayangkan adalah makanan kegemaran
murid-murid?
*** murid jawab secara bebas.
Aktiviti 3
Mengasingkan makanan dan minuman yang menyebabkan berat badan yang berlebihan
dan obesiti.
--- guru menyuruh murid menandakan ( ) pada gambar supaya dapat mengasingkan
makanan dan minuman yang boleh menyebabkan obesiti dengan berpandu pada gambar
yang ditayangkan.
*** murid menandakan ( ) pada gambar makanan dan minuman yang boleh
menyebabkan obesiti.
--- guru meminta murid-murid menyebut makanan dan minuman selain yang ditayangkan
yang boleh menyebabkan kelebihan berat badan dan obesiti.
*** murid-murid bebes menjawab.

Penutup
Guru menerangkan tentang amalan pengambilan makanan dan minuman mengikut
keperluan untuk setiap sajian seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam
serta makanan berkhasiat agar tumbesaran kita berkembang dengan sempurna dan sihat
serta jauhilah pengambilan makanan yang boleh menyebabkan kelebihan berat badan dan
obesiti, juga jangan lupa bersenam.

Lampiran 3
Jenis-jenis makanan dan minuman

Lembaran Kerja 1
Nama :____________________

Tarikh:_____________

Kelas :____________________
Bulatkan makanan yang sesuai mengikut keperluan untuk sajian berikut:

SARAPAN

MAKAN TENGAHARI

MAKAN MALAM

Rujukan:
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia,2013. Pentaksiran Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi,: Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia,2011. Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Panduan
Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 2,: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kememterian Pendidikan Malaysia, 1999. Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan.
Surat pekeliling ikhtisas bil25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan KP(BS) 8591/JID.XIV/(25)
Wikipedia.org/wiki/Pendidikan Jasmani/Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
www.ithink.org.my/Home/Index
www.ithinkonline.org.my/
www.moe.gov.my/IP

You might also like