You are on page 1of 4

Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif.

1.

Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek


penternakan ikan tawar.

2.

Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di


kanan lebur raya itu.

3.

Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap


peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.

4.

Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai


mati.

5.

Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah


menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.

6.

Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak


mendapat pekerjaan itu, kata kerani itu kepada saya.

7.

Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak


pasukan sekolah kamu.

8.

Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.

9.

Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.

10.
Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut
para tetamu di luar dewan .
11.
Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar
mengambil tindakan dengan segera.
12.
Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru
yang sedang mengajar di dalam kelas.

Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Mesin tebu itu telah dibaiki oleh Pak Abu.
2. Encik Tarmizi telah dilantik oleh ahli persatuan sebagai bendahari.
3. Lesen memandu hendaklah engkau perbaharui segera.
4. Pokok rambutan jantan itu saya tebang kelmarin.
5. Rumah peserta PPRT kami bina secara bergotong-royong.
6. Sebentuk cincin berlian dibeli oleh Ramli untuk Jamilah.
7. Perintah itu dititahkan oleh sultan kepada Laksamana Khoja Hassan.
8. Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.
9. Bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera kami hulurkan.
10. Elesa dihadiahi Kamil sebuah kamera digital yang mahal.
11. Segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini kami hargai
dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.
12. Dahan-dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan berat itu dicantas oleh
beberapa orang pekerja Jabatan Kerja Raya.
13. Untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan rakyat berbagai-bagai cara telah
dilakukan oleh kerajaan.
14. Kadar faedah yang tinggi ditawarkan oleh syarikat itu kepada pelabur yang ingin
melabur
dalam projek yang dijalankan itu.

15. Barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu digilapnya sehingga
berkilat.
16. Orang ramai telah diperingatkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri agar
menjelaskan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.
17. Masyarakat diseru oleh kerajaan agar berganding bahu dengan mereka untuk
menghapuskan kegiatan cetak rompak .
18. Lagu-lagu kegemaran pendengar selalu disiarkan oleh juruhebah kesukaan ramai
itu sehingga rancangan yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang
menggalakkan.
19. Ahmad diisytiharkan oleh Canselor Universiti Teknologi Malaysia sebagai Graduan
Terbaik Fakulti Kejuruteraan.
20. Segala aduan dan rasa tidak puas hati peserta terhadap pengendalian pertandingan
itu dipandang sepi oleh jawatankuasa pertandingan wau itu.

You might also like