You are on page 1of 17

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN

LANJUTAN ( CIAST )
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

KERTAS PENERANGAN
(B05-01-03-LE1-IS1a)

TAJUK KEMAHIRAN DAN


TAHAP

ELEKTRONIK INDUSTRI TAHAP 1 ( SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL

M05

PENGENALAN KEPADA PRINSIP ELEKTRIK

No. DAN TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

LE1

UJI KOMPONEN PASIF

OBJEKTIF PRESTASI
AKHIRAN / TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECTIVE

UJI KOMPONEN PASIF DENGAN MENGGUNAKAN


MULTIMETER, FUNCTION GENERATOR, CAPACITANCE
/ INDUCTANCE METER SUPAYA KOMPONEN DAPAT
DIKENALPASTI, DIUKUR DAN BERFUNGSI DENGAN
BAIK .

82

ISI KANDUNGAN
LE1 UJI KOMPONEN PASIF

TASK 07.01 TEST OF PASSIVE COMPONENTS

83

No. & TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK
TUGASAN

LE1 Uji Komponen Pasif

TASK 07.01 Test Of Passive Components

Muka : 1 drp. 15

Code No. : B05-01-03-LE1-IS1a

TAJUK : PENGENALAN KEPADA GEGELUNG (INDUCTOR) DAN TRANSFORMER


TUJUAN :
Inductor merupakan komponen yang banyak penggunaannya dalam litar elektrik dan elektronik. Belitan
gegelung dawai berpenebat merupakan inductor yang umum. Apabila gegelung ini diberikan bekalan ia
akan menghasilkan medan magnet dan seterusnya mengaruhkan voltan sekiranya medan magnet yang
dihasilkannya mengalami pengembangan dan penguncupan. Sebarang pengalir yang bergerak dalam
medan magnet boleh dianggap inductor kerana keupayaannya menjanakan voltan aruhan.
PENERANGAN :
Inductor ialah komponen yang dibuat daripada gegelung dawai jenis bertebat. Lilitan dawainya pada satu
bekas berbentuk silinder kosong atau berteraskan logam.
Simbol kearuhan ialah L. Kearuhan diukur dalam unit Henry (H). 1 Henry bermakna 1 volt yang diaruhkan
oleh perubahan arus dengan kadar 1 amp sesaat. Inductor digunakan untuk antena, litar penalaan, litar
pembentuk gelombang, pembesar suara, geganti dan transformer (transformer).

a. Bentuk Inductor

c. Teras Udara

b. Simbol Inductor

d. Teras Besi
Rajah 1 : Bentuk Inductor dan simbol

e. Variable Inductor

84

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

Muka : 2 drp. 15

KEARUHAN (INDUCTANCE)
Kearuhan dikatakan kebolehan sesuatu pengalir menghasilkan voltan teraruh bila arusnya berubah-ubah.
Bahan konduktor akan menghasilkan voltan teraruh merentasinya apabila dilalukan arus AU. Konduktor
menghasilkan medan magnet di sekelilingnya apabila arus melaluinya. Arus AU yang berubah-rubah
membuatkan medan magnet mengembang dan mengecil, yang mana akan memotong konduktor itu
sendiri. Kesan daripada pemotongan medan magnet akan menghasilkan voltan teraruh merentasinya.
Kearuhan terbahagi kepada dua iaitu :a) Kearuhan diri (Self Inductance)
b) Kearuhan saling (Mutual Inductance)
a) Kearuhan Diri (Self Inductance)
Apabila arus elektrik mengalir dalam seutas wayar, medan elektrik akan terbentuk disekeliling wayar
tersebut. Kekuatan medan elektrik bergantung berapa banyak arus yang mengalir. Kearuhan (inductance)
ialah kebolehan sesuatu pengalir menggunakan medan magnet untuk mengaruh voltan pada dirinya
sendiri (self induced voltage).
Voltan aruhan diri (self-induced) dikenali juga sebagai back EMF (Electro-Motive-Force), di mana
digunakan untuk menerangkan voltan. Kekuatan atau jumlah voltan aruhan-diri, back EMF, dipastikan
dengan jumlah arus mengalir dan saiz inductance. Saiz sesuatu inductance' bergantung kepada
beberapa faktor yang terpenting ialah bilangan lilitan dalam satu gelung dan teras bahan (core material).

Rajah 2 : Kearuhan diri


Formula mengira kearuhan :L =

VL
di / dt

di mana ; VL ialah voltan aruhan


di/dt ialah perubahan arus (Amp / saat)

85

Muka : 3 drp. 15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

b) Kearuhan Saling (Mutual Inductance)


Kearuhan saling (Lm) ditakrifkan sebagai kebolehan AU pada satu konduktor mengaruh voltan pada satu
konduktor lain berhampiran tanpa sentuhan.

Rajah 3 : Kearuhan saling M di antara L1 dan L2 oleh fluks magnet


Formula mengira kearuhan saling :Lm = k (L1L2)

di mana ; L1 dan L2 - nilai aruhan diri pada kedua-dua gelung


k - penjodoh angkali
L m - aruhan saling gabungan antara L1 dan L2

Contoh 1 :
Dua gelung L1 dan L2 ialah 400mH mempunyai angkali jodoh sama dengan 0.2, kirakan L m.
Lm

= k (L1L2)
= 0.2 (400mH x 400mH)
= 80mH

86

Muka : 4 drp.15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

FAKTORFAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEARUHAN (INDUCTANCE)

Rajah 4 : Binaan gegelung mempengaruhi kearuhan


Faktor-faktor yang mempengaruhi kearuhan
a. Bilangan lilitan - N
Semakin banyak bilangan lilitan, kearuhan bertambah kerana lebih banyak voltan teraruh. Di mana L
berkadar terus dengan N2.
b. Luas gelung lilitan - A
Lebih luas gelung lilitan lebih tinggi nilai kearuhan (inductance) di mana L berkadar terus dengan A.
c. Panjang gelung - l
Kearuhan (inductance) berkurangan bila panjang bertambah.
d. Permeability(ketelapan)
Kearuhan (inductance) bertambah dengan permeability pada satu teras.
Oleh itu formula untuk nilai kearuhan :L = r x o x N2 x A Di mana ;
l

r
o
A
l
N

- relative permeability
- absolute permeability (1.26 x 10-6)
- luas dalam meter persegi
- panjang dalam meter
- jumlah lilitan

Contoh 1 :Cari nilai kearuhan jika diberi l = 15 cm, N = 100 lilitan, A = 2cm 2, r = 5 dan o = 1.26 x 10-6.
L = r x o x N2 x A
l
= 5 x 1.26x10-6 x (100)2 x (2x102)4
5x 10-2
= 84 H

87

Muka : 5 drp. 15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

ANGKALI JODOH (k)


Ia adalah kebolehan satu-satu litar di mana had daya magnet yang terjadi pada sesuatu litar
memindahkan tenaga elektrik kepada lilitan yang berhampiran dengannya. Dalam rajah di bawah semua
flux pada L1 bergabung (links) dengan L2, oleh itu k sama dengan 1 atau dipanggil unity coupling.

Rajah 5 : Angkali Jodoh

Formula untuk angkali jodoh :


k=

flux gabungan antara L1 dan L2


flux dihasilkan oleh L1

Contoh 1 :
Satu gelung L1 menghasilkan flux magnet sebanyak 80wb dan 60wb dipindahkan ke gelung L2, kirakan
nilai angkali jodoh, k.
k = 60wb
80wb

= 0.75

LITAR INDUCTOR
Terdapat 2 jenis sambungan inductor iaitu :a. Inductor disambung secara siri
b. Litar selari dengan aruhan saling
a. Inductor disambung secara siri
Jika inductor disambung secara siri dan tidak ada kesan kearuhan saling, jumlah kearuhannya sama
seperti rintangan sesiri iaitu hasil tambah kesemuanya maka :
LT = L1 + L2 + L3 + LN
(Anggapkan tiada aruhan saling)

Rajah 6 : Inductor sesiri

88

Muka : 6 drp. 15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

Jika dua inductor disambung secara siri dan medannya bergabung, kearuhannya dirumuskan seperti yang
berikut :
LT = L1 + L2 + 2Lm

Rajah 7 : Inductor sesiri medan bergabung


Jika dua inductor disambung secara siri dan medannya bertentangan, kearuhannya dirumuskan seperti yang
berikut :
LT = L1 + L2 - 2Lm

Rajah 8 : Inductor sesiri bertentangan medan


b. Litar Selari dengan aruhan saling
Jika kesan kearuhan saling tidak berlaku, kearuhan sambungan selari iaitu :1 = 1 + 1 + 1 + .. LN
LT = L1 L2 L3

Rajah 9: Inductor selari


- Terbahagi kepada 2 iaitu :i) Selari membantu

Lm

LT = L1 L2 Lm2
L1+L2 2Lm

89

Muka : 7 drp. 15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

ii) Selari menentang

Lm

LT =

L1L2 - Lm2
L1+L2 + 2Lm

Contoh 1 :Diberi gelung L1 = 20 mH dan L2 = 40mH dan angkali jodohnya ialah 0.4. Cari nilai jumlah kearuhan jika :a. Disambung secara siri.
b. Disambung secara selari membantu.
c. Disambung secara selari menentang.
a. LT = L1 + L2
= 20mH + 40mH
= 60mH
b. LT = L1 L2 Lm2
L1+L2 2Lm

Lm = k (L1 L2) 1/2


= 0.4 (20mH x 40mH) 1/2
2

= 20m (40m) (0.01)


20m + 40m -2(0.01)

= 0.01

= 0.0175H
= 17.5mH
c. LT = L1L2 - Lm2
L1+L2 + 2Lm
= 20m (40m) (0.01) 2
20m + 40m +2(0.01)
= 8.75mH

90

Muka : 8 drp. 15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

TRANSFORMER (PENGUBAH)
Transformer ialah satu komponen yang bertugas untuk menyalurkan voltan dan arus secara
elektromagnetik dari satu litar ke satu litar yang lain. Ia digunakan untuk menaikkan atau merendahkan
voltan bekalan AC mengikut berkurangan atau bertambahnya arus.
SIMBOL TRANSFOMER

a. Teras Udara

b. Teras Besic. Variable Transformer


Rajah 10 : Simbol Transformer

BINAAN TRANSFORMER
a) Transformer terdiri daripada cantuman kepingan besi dan mengandungi dua bahagian iaitu gelung
primary dan gelung secondary dan dipisahkan oleh teras yang diperbuat dari logam, udara atau
sebagainya.
b) Kedua-dua gelung ini mempunyai aruhan saling yang tinggi, dan jika gelung utama
(primary coil)
disambungkan kepada bekalan AC, arus akan mengalir mewujudkan fluks ulangalik di dalam teras
(core).
c) Kebanyakan fluks ini akan merangkal (berpindah) ke gelung kedua (secondary coil).
JENIS-JENIS TRANSFORMER
Pada dasarnya transformer dibahagikan kepada 3 jenis iaitu transformer kuasa, transformer audio dan
transformer RF. Ketigatiga transformer tersebut mempunyai kegunaan masingmasing. Di antara
kegunaannya ialah :a. Transformer Kuasa
Direka untuk menangani masalah pengeluaran kuasa. Ia digunakan di dalam
penjanakuasaan dan pengagihan kuasa sama ada untuk meninggi atau merendahkan voltan.

sistem

b. Transformer Audio
Transformer audio digunakan di dalam penguat audio sama ada di radio atau di dalam peralatanperalatan lain yang menggunakan sistem suara.
c. Transformer RF
Digunakan di dalam bahagian penghantaran dan penerimaan frekuensi radio.

91

Muka : 9 drp. 15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

a. Transformer Kuasa
Terbahagi kepada 4 iaitu :i. Transformer peninggi / penaik (Step-Up Transformer)
Mempunyai voltan keluaran yang lebih tinggi daripada voltan masukan. Voltan secondary lebih tinggi
dari voltan primary.
ii. Transformer perendah / penurun (Step-Down Transformer)
Mengurangkan kemasukan voltan ke nilai yang lebih rendah. Voltan secondary lebih rendah dari
voltan primary.
iii. Transformer pengasingan (Isolation transformer)
Nilai voltan masukan di gelung primary adalah sama dengan voltan keluaran di gelung secondary.
iv. Autotransformer
Mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari transformer lain, di mana gelung primary dan gelung
secondary tidak diasingkan sebaliknya menggunakan gelung yang sama.
Iron Core Transformer (Teras Besi Transformer)

Rajah 11 : Step-Up Transformer


Merujuk Rajah 11 : Step-Up Transformer ialah voltan yang dikeluarkan itu lebih besar daripada voltan
yang dibekalkan

Rajah 12 : Step-Down Transformer


Merujuk Rajah 12 : Step-Down Transformer ialah mengeluarkan voltan yang paling kecil daripada voltan
masukan.

92

Muka : 10 drp. 15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

Autotransformer

Rajah 13 : Step-Up Autotransformer

Rajah 14 : Step-Down Autotransformer

Merujuk Rajah 13 : Step-Up Autotransformer, voltan primary Vp disambung merentasi sebahagian


gegelung dari tamatan 1 dan tamatan 2. Manakala voltan teraruh diambil merentasi gegelung dari tamatan
1 dan 3. Voltan Vs lebih tinggi daripada voltan Vp.
Merujuk Rajah 14 : Step-Down Autotransformer, voltan primary Vp disambung merentasi sebahagian
gegelung dari tamatan 1 dan tamatan 3. Manakala voltan teraruh Vs merentasi sebahagian gegelung pada
tamatan 1 dan 2. Voltan Vs lebih rendah daripada voltan Vp
Center Tapped Transformer
Pada secondary terdapat satu nilai yang ditetapkan (tapped) ditengahya.
Merujuk Rajah 6, Centre Tapped Transfomer, jika jumlah voltan pada secondary yang hendak digunakan
24 VAC, maka gunakan terminal 12 V dengan 12 V. Jika hendak 12 V sahaja, guna terminal 0 V dan 12 V.

Rajah 15 : Center Tapped Transformer


KEHILANGAN KESAN TERAS TRANSFORMER
Kebanyakan teras kegunaan kemagnetan akan menjadi panas. Sebahagian daripada tenaga yang
dibekalkan ke gegelung diguna sebagai haba di teras. Dua kesan teras ialah kehilangan arus Eddy dan
kehilangan Histerisis.
a. Kesan Arus Eddy
Arus wujud di teras akibat voltan teraruh pada konduktor. Arus ini berpusar merentasi teras yang mana
dianggap membazir kuasa yang terlesap sebagai haba. Kesan arus pusar yang besar berlaku jika kearuhan
AC berfrekuensi tinggi. Arus pusar ini berlaku jika menggunakan teras besi tebal seperti di Rajah 17.

93

Muka : 11 drp. 15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

Ia boleh dikurangkan dengan beberapa cara :1. Terasnya mesti dilapiskan atau dipisah-pisahkan. Setiap plat disalut dengan penebat yang dinamakan
Iron Oxide atau Varnish. Bila plat disatukan ia dinamakan Laminated Iron Core
2. Didekatkan dengan logam yang lain supaya arus pusar dapat diserapkan pada logam tersebut. Ia
digunakan untuk mengelakkan gangguan gelombang di dalam atau di luar.

Rajah 17 : Arus Eddy di teras transformer


b. Kesan Histerisis
Kesan ini berlaku pada frekuensi radio. Ini berlaku disebabkan keperluan kuasa tambahan bagi
membalikkan medan magnet oleh arus AC frekuensi radio di dalam bahan kemagnetan.
Untuk mengurangkannya ialah dengan cara memasang kaki komponen pada papan bercetak dengan
keadaan yang rapat atau rendah supaya kurang kearuhannya.
PENYEJUKAN TRANSFORMER
Penyejukan transformer dilakukan bagi mengelakkan transformer menjadi terlalu panas akibat kehilangan
kuasa dan seterusnya merosakkan penebatan belitan. Terdapat pelbagai cara penyejukan transformer
antaranya :a. Memancarkan keluar haba yang terhasil melalui badan transformer yang diperbuat daripada besi
(transformer kecil)
b. Merendamkan pengubah dalam minyak khas di samping dapat meningkatkan penebatan belitan.
c. Mengalirkan minyak melalui paip di sekeliling transformer.
d. Menggunakan air sebagai ejen penyebar haba. Air dialirkan dalam salur di sekeliling transformer.
e. Menghembuskan angin dengan berterusan kepada transformer.
Kaedah b, c, d dan e digunakan untuk penyejukan transformer yang besar.

Rajah 17 : Penyejukan dengan cara


pemancaran terus

Rajah 18 : Penyejukkan dengan cara


minyak khas dan air

94

Muka : 12 drp. 15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

TRANSFORMER RATIO (NISBAH PENGUBAH)


Transformer mempunyai lilitan primary (Np) yang disambung pada voltan punca AC dan lilitan secondary
(Ns) yang disambung kepada beban RL .Pada litar buka (iaitu tiada beban) Ep hampir-hampir sama
kepada voltan primary (Vp) dan Es hampir sama dengan voltan terminal secondary (Vs).

Rajah : Nisbah Transformer


Formula untuk nisbah transformer :K = Es = Vs = Ns
Ep
Vp
Np
Di mana :Es

Ep
= d.g.e teraruh utama (primary emf induced)
= d.g.e teraruh pendua (secondary emf induced)
Vp
= voltan terminal utama (voltan bekalan)
Vs
= voltan terminal pendua (secondary terminal voltage)
Ip
= arus primary
Is
= arus secondary
Np
= bilangan lilitan gegelung primary
Ns
= bilangan lilitan gegelung secondary

= fluks magnetic ulang-alik yang terhasil pada teras Vp


* Ns/Np = K ialah nisbah transformer (transformer ratio)

a. Nisbah lilitan
Nisbah bilangan lilitan di primary kepada bilangan lilitan di secondary adalah nisbah lilitan transformer.
Np
Ns
b. Nisbah Voltan
Nisbah voltan berkadaran kepada voltan teraruh di lilitan primary kepada lilitan secondary.
Vp = Np
Vs
Ns
Apabila lilitan secondary (Ns) lebih banyak daripada lilitan primary (Np), voltan primary (Vp) akan
dinaikkan. Oleh itu voltan secondary (Vs) akan lebih tinggi daripada voltan primary (Vp).
Contoh :- Nisbah transformer menaik ialah 1:10

95

Muka : 13 drp15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

Apabila lilitan secondary (Ns) sedikit daripada lilitan primary (Np), voltan di secondary (Vs) lebih rendah
dan voltan di primary (Vp) diturunkan.
Contoh :- Nisbah transformer menurun ialah 10:1
Contoh1 :- Cari Np jika Vp = 60 V, Vs = 15 V dan Ns = 2.
Vp = Np
Vs Ns

Np = Vp x Ns
Vs
= 60 x 2
15
= 8

c. Arus secondary
Amaun arus secondary adalah voltan secondary dibahagi dengan rintangan di litar secondary.
Is = Vs
RL
d. Kuasa di secondary
Kuasa yang terlesap oleh RL di secondary adalah :PRL = Is2 x RL

atau PRL = Vs x Is

e. Kecekapan transformer
Jika transformer dianggap 100% cekap, kuasa yang dibekalkan ke primary adalah sama dengan kuasa
yang terdapat pada secondary. Dengan kata lain :iaitu (eta) = 100% (ideal)

Pin = Pout

Atau kuasa pada lilitan primary sama dengan kuasa pada lilitan secondary. Iaitu :VpIp = VsIs
f. Nisbah Arus
Formula untuk mencari nisbah arus :Is = Vp
Ip Vs

atau

Ip = Vs = Ns =
Is
Vp
Np

96

Muka : 14 drp. 15

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

Contoh 1 :Satu transformer dengan nisbah lilitan 1:5 mempunyai 120 V merentasi 2400 di secondary.
i.
ii.
Penyelesaian :i.

Berapakah arus secondary, Is


Kirakan nilai arus primary , Ip
Is = Vs
RL
= 120
1200
= 0.1A

ii.

Np : Ns = 1 : 5
Np
Ns

Is
Ip

Ip

= Is x Ns
Np
= 0.1 x 5
1
= 0.5

97

Code No. B05-01-03-LE1-IS1a

Muka : 15 drp. 15

SOALAN :
1. Tugas pearuh ialah membenarkan arus terus mengalir dan menghalang __________________.
2. __________________ adalah kebolehan satu-satu litar di mana had daya magnet yang terjadi
pada sesuatu litar memindahkan tenaga elektrik kepada lilitan yang berhampiran dengannya.
3. Berikan tiga jenis pearuh yang biasa digunakan dalam litar elektronik.
i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
4. Diberi gelung L1 = 50mH, L2 = 100mH dan angkali jodoh = 0.6. Cari nilai kearuhan, LT jika :i. Disambung secara siri
ii. Di sambung secara selari membantu
iii. Disambung secara selari menentang
5. Nyatakan definasi bagi pengubah (transformer).
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________.

RUJUKAN :
1. GLECEO McGRAW-HILL, BASIC ELECTRONICS (EIGHTH EDITION) 1997 BERNARD GROB
MUKA SURAT 540 577

98

You might also like