You are on page 1of 9

1

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN


LANJUTAN ( CIAST )
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

KERTAS KERJA
(B05-01-04-LE1-WS1a)
TAJUK KEMAHIRAN DAN
TAHAP

ELEKTRONIK INDUSTRI TAHAP 1 (SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL

M04 BASIC ELECTRONIC

No. DAN TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

LE1 UJI KOMPONEN AKTIF

OBJEKTIF PRESTASI
AKHIRAN / TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECTIVE

UJI KOMPONEN AKTIF DENGAN MENGGUNAKAN ALAT


PENGUJIAN SEPERTI MULTIMETER, TRANSISTOR TESTER
DAN IC TESTER SUPAYA KEKUTUBAN (POLARITY)
KOMPONEN DAPAT DIKENALPASTI DAN KEFUNGSIAN
KOMPONEN DAPAT DIPERIKSA.

167

ISI KANDUNGAN
LE1 UJI KOMPONEN AKTIF

TASK 07.02 Test of active component

168

No. & TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK


TUGASAN

LE1 Uji Komponen Aktif.

TASK 07.02 Test Of active component

TEMPAT : Makmal
Analog & Digital

TEMPOH : 30 Minit

Code No. : B05-01-04-LE1-WS1a

Muka : 1 drp. 7

TAJUK : UJI TRANSISTOR DENGAN MENGGUNAKAN MULTIMETER


TUJUAN PEMBELAJARAN :
Pelajar pelajar mesti boleh :1. Uji Transistor

LUKISAN, DATA DAN JADUAL : (Lampiran 1)


ARAHAN UMUM :
1. Anda dikehendaki untuk menguji transistor dengan merujuk gambarajah litar yang disertakan
di bawah.
2. Setelah selesai anda membuat penyambungan, anda hendaklah menunjukkan kepada
pengajar untuk disemak sebelum anda menguji kefungsian pada litar berkenaan.
ALAT, KELENGKAPAN & BAHAN:
1.
2.
3.
4.

Projek Board
Hand tools
Multimeter
Transistor NPN, PNP.

169

Code No. B05-01-04-LE1-WS1a

LANGKAH KERJA

Muka : 2 drp. 7

BUTIRAN KERJA

1. Uji Transistor
a)Sambungkan talian positif dan negatif meter ke tamatan
masing-masing dan pusingkan suis pemilih ke julat
x1. Julat ohm yang rendah membolehkan voltan
dalam meter ohm membekalkan pincang kepada
transistor. (Rajah 7.1 dan Rajah 7.2)

Rajah 7.1
b)Pintaskan talian meter pelbagai dan laraskan tombol
pelaras ke kosong. Ia bertujuan untuk mendapatkan
bacaan rintangan yang tepat. (Rajah 7.3)

Rajah 7.2

Rajah 7.3

c) Merujuk kepada Rajah 7.4 sebaik-baiknya tangan kiri


anda pegang transistor dan tangan kanan pegang
kedua-dua talian seperti orang Cina memegang
chopstick untuk makan, bagi memudahkan proses
pengukuran transistor. Katakan transistor dalam Rajah
7.4 jenis NPN. Talian merah disambung ke pengeluar
(E) dan talian hitam ke dasar (B).
AMARAN : Jangan cuba menyentuh mana-mana
elektrod transistor kerana ia akan menjejaskan bacaan
sebenar.
d)Lihat skala rintangan dalam Rajah 7.5 di mana jarum
penunjuk meter akan bergerak melampaui tengahtengah meter atau menghampiri bahagian tengah
meter dan ini menunjukkan transistor itu berada dalam
keadaan baik.

Rajah 7.4
e)Sambungkan pula talian merah ke dasar (B) dan talian
hitam ke pengeluar (E). Keadaan ini membuatkan
transistor dalam pincang balikan dan jarum penunjuk
langsung tidak bergerak. Jika ada pergerakan
menunjukkan transistor itu rosak.

Rajah 7.5

170

Code No. B05-01-04-LE1-WS1a

LANGKAH KERJA

Muka : 3 drp. 7

BUTIRAN KERJA

f) Sambungkan pula talian merah ke dasar (B) dan talian


hitam ke pengeluar (E). Keadaan ini membuatkan
transistor dalam pincang balikan dan jarum penunjuk
langsung tidak bergerak. Jika ada pergerakan
menunjukkan transistor itu rosak. (Rajah 7.6)

Rajah 7.6
g) Tukarkan talian meter kepada kedudukan pincang
hadapan iaitu talian merah di sambung ke pemungut
(C) dan talian hitam ke dasar (B). Lihat jarum
penunjukkan meter akan naik hingga melampau
tengah-tengah meter dan ini menunjukkan transistor
berada dalam keadaan baik. (Rajah 7.7)

Rajah 7.7

h)Tukarkan pula talian meter dalam keadaan terbalik di


mana pemungut (C) dikenakan talian hitam dan dasar
(B) dikenakan talian merah. Jarum penunjuk meter
akan langsung tidak naik dan menunjukkan transistor
baik. (Rajah 7.8)

Rajah 7.8
i) Dengan menggunakan teknik-teknik di atas kita dapat
mengetahui sama ada transistor berfungsi atau tidak.
Cara
lain
untuk
menguji
ialah
dengan
menyambungkan talian merah ke E dan talian hitam
ke C. Jika transistor baik jarum penunjuk langsung
tidak bergerak. Dalam keadaan talian menyentuh E
dan C gunakan jari, pegang antara elektrod B dan C.
Lihat jarum akan naik hampir di tengah-tengah meter
menunjukkan transistor itu baik. (Rajah 7.9)
Rajah 7.9

171

Code No. B05-01-04-LE1-WS1a

Muka : 4 drp.7

KEROSAKAN-KEROSAKAN TRANSISTOR
Kerosakan-kerosakan yang biasa berlaku kepada komponen transistor adalah banyak seperti :a.

E B terbuka

g. E B terpintas

b.

E B bocor

h. B C terbuka

c.

B C terpintas

i. B C bocor

d.

E C terbuka

j. E C terpintas

e.

E C bocor

k. E B C terbuka

f.

E B C terpintas

Contoh : E B terbuka
Tentukan julat pada x1 dan setkan meter ohm supaya jarum penunjuk meter tepat berada pada 0. Uji
semua kaki transistor dengan teknik yang telah dipelajari. Kesemua ukuran lain normal kecuali bila diuji antara
kaki pengeluar dan tapak didapati tiada apa-apa bacaan (). (Rajah 7.10)

Rajah 7.10 Pengujian transistor

172

Code No. B05-01-04-LE1-WS1a

Muka : 5 drp. 7

SOALAN :
1. Mengapakah setiap kali pengujian dilakukan, kita dikehendaki melaraskan tombol pelaras ke bacaan sifar?
2. Terangkan bagaimana anda menentukan kerosakan transistor adalah disebabkan oleh E B terbuka?

RUJUKAN:
1. Jasni Ismail. 1997. Membaca & Menguji Komponen Elektronik. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

173

Code No. B05-01-04-LE1-WS1a

Muka : 6 drp. 7

SENARAI SEMAK
KRITERIA YANG DINILAI

TERIMA

TIDAK
TERIMA

CATATAN

PENGHASILAN PRODUK
a. Lukisan bengkel yang mempunyai ciri-ciri keselamatan
b. Kepatuhan dengan prosedur keselamatan.
c. Kekemasan lukisan ,senarai semak dan lapuran audit.

PROSES KERJA
a. Kaedah / pengunaan peralatan yang betul.
b. Mengikut prosedur kerja yang betul.
c. Tempoh masa menyiapkan tugasan

SIKAP
a. Kerjasama dalam kumpulan
b. Tanggungjawab
c. Menepati masa

KESELAMATAN
a. Kaedah kerja yang betul.
b. Kebersihan tempat kerja.
d. Patuh kepada prosedur keselamatan.

TANDATANGAN PENSYARAH :______________________________________________


NAMA PENSYARAH

:______________________________________________

TARIKH

:_______________________________________________

174

Lampiran 1
Code No. B05-01-04-LE1-WS1a

Muka : 7 drp. 7

LUKISAN, DATA DAN JADUAL;

C
Meter
Ohm

Transistor
(NPN)

Rajah 1 : Transistor NPN

C
Meter
Ohm

Transistor
(PNP)

Rajah 2 : Transistor PNP

175

You might also like