You are on page 1of 3

A:

Semua orang mengimpikan kesihatan yang baik. Untuk mendapatkan


kesihatan yang baik kita perlu menjaga pemakanan agar seimbang dan sentiasa
melakukan senaman bagi menyihatkan badan. Kenapakah kesihatan amat baik
bagi kita manusia? Jika kita mempunyai kesihatan yang baik terdapat pelbagai
faedah yang kita akan perolehi daripadanya.
B:
Pepatah ada mengatakan bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta
benda'. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan
aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat
kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit kencing
manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan
walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar
negara walaupun kita mempunyai banyak wang.
A:

B:
Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang
cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi
sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif
untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi. Jika
kita ingin menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya, kita juga mesti
mempunyai kesihatan yang baik.
A:

B:
Kesihatan yang baik juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih
bahagia. Jlka kita sihat, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan seperti
melancong bersama keluarga. Sesungguhnya, aktiviti yang dijalankan bersamasama keluarga dapat mewujudkan keluarga bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit,
kita akan menyusahkan ahli keluarga yang lain. Orang yang tidak sihat akan
membebankan keluarga untuk menjaga dan mencari sumber kewangan bagi
menampung kos rawatannya.
A:

B:
Orang yang sihat juga dapat menyimpan wang. Orang yang sakit
memerlukan wang untuk berbelanja bagi merawat penyakit yang dihidapi.
Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit yang berbahaya dan kronik amat

mahal. Adakalanya rawatan penyakit tersebut hanya terdapat di luar negara. Jika
kita sihat, wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membuat
kebajikan atau membeli barang-barang keperluan yang lain.

Artikel ini menerangkan kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan


seharian. Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina
dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu ,
institusi keluarga dan juga masyarakat.
Tahap kesihatan yang baik
Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa
memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai
contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal.
Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan
seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan.
Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari
memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi
lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih
cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu,
amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit
berbahaya.
Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil
makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri
daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti
diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang
mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan
makanan yang berkolestrol. Ini adalah salah satu faktor kepentingan menjaga
kesihatan.
Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan
Seterusnya, gaya hidup sihat juga adalah salah satu kepentingan menjaga
kesihatan yang menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal
ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur
dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan
tubuh badan serta minda.
Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses
metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya
hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan
penyelesaian bagi kemelutkemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang
berlebihan.

Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan
kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi,
vandalisme dan sebagainya.
Kepentingan menjaga kesihatan mental
Mendisiplinkan masyarakat
Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang
disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang
yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri
sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita
dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar.

Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni.
Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi,
berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong
sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.
Hubungan Menjaga Kebersihan Diri Dengan Menjaga Kesihatan
Kebersihan dan kesihatan mempunyai hubungan yang sangat kuat, dengan
menjaga kebersihan diri, anda sebenarnya telah menjaga kesihatan anda.
Seperti yang kita tahu, apabila kita menjaga kebersihan diri, pelbagai penyakit
dapat dijauhi dan dihindari.
Selain itu, dengan menjaga kebersihan diri, keadaan mental anda akan lebih
positif kerana kebersihan juga mempengaruhi mood dan psikologi kita. Apabila
mood dan psikologi kita positif, ianya adalah satu tanda kesihatan mental yang
baik. Oleh itu, anda perlu menjaga kebersihan diri kerana ianya memberi kesan
dalam menjaga kesihatan anda samada jasmani atau pun mental.
Kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan
Kepentingan Menjaga Kesihatan
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor penting dalam membincangkan
kepentingan menjaga kesihatan. Kita menjaga kesihatan bukan sekadar untuk
sihat secara luaran dan dalaman, malah dengan menjaga kesihatan, kita
sebenarnya memberi kesan kepada masyarakat, organisasi dan banyak lagi
kerana kesihatan kita sangat mempengaruhi produktiviti kita.

You might also like