You are on page 1of 25

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG GALAH

Macrobrachium resenbergii SECARA KOMERSIL

SUHAIRI BIN ALIMON


Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar,
Batu Berendam,
75350 MELAKA
JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA

Freshwater Fisheries Research Centre


(Department of Fisheries)
Batu Berendam, 75350 Melaka
http://agrolink.moa.my/dof/ppat

Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre


All Rights Reserved

PENDAHULUAN
Kertas ini disediakan bagi memenuhi permintaan untuk mendapatkan maklumat terkini
tentang industri udang galah di Malaysia. Ia disediakan berdasar kepada risalah
terdahulu yang diterbitkan dalam tahun 1993, yang dirasakan telah agak tertinggal oleh
perkembangan pesat industri ini sekarang.
Perbincangan akan lebih menumpu kepada pengurusan ternakan monokultur secara
intensif, iaitu pendekatan kormersial; walaubagaimanapun maklumat umum yang boleh
diamalkan oleh penternak kecilan ada juga diselitkan. Sedikit keterangan tentang
pembenihan dan aspek ekonomi juga dimasukkan. Banayk maklumat dari kertas-kertas
yang dibentang dalam "Seminar Udang Galah: Potensi Pelaburan dan Teknologi Terkini"
yang telah diadakan di Melaka pada akhir 1996 lalu mengisi sebahagian dari keterangan
di sini. Maklumat semasa dari sumber lain samada dari dalam mahupun luar negara juga
dimuatkan.
Diharapkan ia memberi manfaat kepada pembaca sekelian.
Terima kasih.
PPPAT
Mei 2000

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

1. LATAR BELAKANG
Udang galah Macrobrachium resenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar paling popular
di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir
tahun 80'an kepada sekitar RM25/kg sekarang
(2000). Sebelum ekonomi meleset (1997), harga
telah meningkat sekitar RM40 bagi setiap kg udang
hidup. Permintaan untuk udang galah memang
sentiasa tinggi. Ini dijangka oleh peningkatan taraf
hidup dan penambahan pendapatan penduduk
Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli
disamping masing-masing mempunyai peruntukan
yang lebih untuk program rekreasi (memancing di
kolam berbayar). Peningkatan harga dan permintaan
ini seterusnya merangsang ramai penternak ikan
menukar kepada ternakan udang galah. Banyak
kolam terbiar telah diaktifkan semula dan banyak
sawah tinggal mula digali untuk kolam udang galah.
Terdapat juga program pembangunan pertanian
kawasan yang telah menjadikan udang galah sebagai spesies tumpuan untuk dimajukan, malah ada
daerah yang telah memilih spesies ini sebagai maskot atau produk utama pengeluaran di daerah
masing-masing. Sebuah ladang akuakultur yang terbesar di pantai timur juga telah menceburi bidang
penternakan udang galah untuk pasaran tempatan dan eksport. Udang galah juga telah menjadi
sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara Asia termasuk juga Malaysia.
Potensi pelaburan dalam industri udang galah adalah cerah. Dengan harga pasaran dan permintaan
yang tinggi tersebut, ia mampu memberi pulangan lumayan dalam jangkamasa singkat. Keluasan
kolam 0.2 ha (0.5 ekar) mampu menghasilkan udang sekitar 300kg bagi satu pusingan, malah ada
penternak yang berupaya menghasilkan udang sehingga 700kg bagi satu musim (Mun, K.H., 1996)
dengan teknik pengurusan yang lebih baik.
Walaupun perkembangan industri udang galah sangat pesat di Malaysia sekarang ini, ia sebenarnya
masih kecil jika dibanding dengan jumlah pengeluaran dunia. Malaysia masih tertinggal jauh
berbanding Vietnam, Taiwan dan Thailand yang menjadi pengeluar utama udang galah dunia.
Sumbangan industri udang galah kepada akuakultur Malaysia juga adalah rendah. Misalnya dalam
tahun 1995 industri ini hanya menyumbang sekitar 0.06% sahaja dari nilai pengeluaran akuakultur.
Malaysia sememangnya berpotensi untuk maju dalam industri ini. Kepakaran dalam teknologi
pembenihan dan ternakan telah lama terdapat di sini. Malah sebenarnya
kajian terawal di dunia ke atas spesies udang galah ini telah bermula di sini
sejak akhir tahun 50'an lagi (Ling, S.W., 1969). Malaysia juga mempunyai
iklim tropika yang sesuai untuk tumbesaran udang galah. Kita mempunyai
banyak sumber air tawar yang belum tercemar (di Pahang, N. Sembilan,
Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) yang sangat ideal bagi
ternakan udang galah ini. Asset yang bernilai ini perlu dimajukan untuk
kesejahteraan rakyat Malaysia disamping dapat menghasilkan sendiri lebih
bahan makanan bagi mengurangkan import bahan-bahan makanan yang
bernilai berjuta ringgit tersebut. Memang menjadi hasrat utama Jabatan
Perikanan Malaysia untuk menghasilkan lebih bahan makanan untuk
penduduk tempatan seperti yang terkandung dalam rancangan Dasar
Pertanian Negara III (DPN 3).
Selain untuk pasaran segar tempatan (hidup, mati), udang galah juga mampu untuk dieksport.
Potensi industri hiliran seperti pembungkusan dan pemprosesan memang ujud. Sehingga kini eksport
udang galah Malaysia hanya kepada Singapura dalam bentuk segar (mati, hidup) dan sedikit ke
Jepun. Masalah utama mengapa industri hiliran udang galah tidak berkembang di Malaysia adalah
kerana kurangnya kepercayaan oleh syarikat-syarikat besar akan potensi industri ini. Memanglah
industri berkaitan pertanian mempunyai resiko yang tinggi tetapi sekiranya ia dilakukan dengan
teratur dan penuh kepakaran maka masalah kerugian dapat dikurangkan. Penceburan diri dalam

bidang pembenihan, ternakan dan pemerosesan udang galah ini memang memerlukan pelaburan
besar yang tidak mampu ditanggung oleh penternak sambilan atau pengusha kecil. Pihak swasta
besar bolehlah membina kilang pemerosesan disamping operasi pembenihan dan ternakan manakala
pihak penternak kecilan dan sederhana dapat membantu dalam penghasilan benih dan udang
dewasa secara berterusan untuk diproses oleh kilang tersebut.
Kerajaan melalui institusi kewangan (bank) telah menyediakan skim bantuan kewangan, malahan
melalui MIDA juga galakan dan insentif telah diujudkan bagi maksud menggalah perkembangan
industri berasaskan eksport.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

2. PEMILIHAN TAPAK

Tapak yang sesuai menjadi asas kepada kejayaan projek. Tapak yang sesuai akan
memudahkan pengurusan, mencepatkan kerja seterusnya kos pengendalian juga
rendah.
2.1 Sumber Air
Sumber air yang baik bermakna ia tidak tercemar, banyak dan bekalannya berterusan
(walaupun di musim kemarau). Ini bermakna nilai pH sekitar 6.5 - 8.5, kandungan
oksigen > 3.0 mg/l. Paras pencemaran biasanya ditentukan dari segi nilai keperluan
biokimia (BOD) dan bacaan < 4.0 mg/l adalah dianggap tidak tercemar.

Punca air paling sesuai untuk ternakan udang galah


2.2 Tanah Sesuai
Bermakna ia tidak masam dan tidak terlalu beralkali, dapat menakung air, bukan
kawasan pelupusan sampah, kimia atau bahan radioaktif.

Mengambil sampel tanah untuk menentukan kesesuaian tapak kolam


2.3 Mempunyai Kemudahan Asas
Ini termasuk jalan dan bekalan elektrik. Kemudahan asas ini boleh dibina sendiri atau
menggunakan jentera penjana kuasa tetapi memerlukan belanja yang tinggi.
2.4 Lokasi
Bermakna tidak terlalu jauh dari tempat pemasaran, mudah diawasi sepanjang masa,
mudah mendapatkan pekerja, bukan kawasan banjir.
2.5 Di luar Zon Pembangunan Perindustrian dan Penempatan Penduduk
Pembangunan kerapkali mencemaran sumber air menjadikannya tidak sesuai untuk
aktiviti akuakultur.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

3. KOLAM
3.1 Kolam Tanah
Tumbesaran udang galah dalam tangki simen dan sangkar tidaklah secepat dalam kolam
tanah. Dijangkakan makanan semulajadi seperti cacing, siput, lumut dan tumbuhan
mereput menjadi penyebab perkara ini.

Kolam ternakan udang galah di Kuala Pilah, N. Sembilan


3.2 Bentuk
Bentuk terbaik dari segi ruang maksimum adalah empat segi (empat persegi atau empat
segi bujur). Bentuk ini juga mudah diuruskan.
3.3 Lebar
Lebar kolam pula bergantung kepada cara pemberian makanan dan teknik penangkapan
hasil. Jika pemberian makanan secara menabur menggunakan tangan sahaja, maka
lebar yang sesuai adalah tidak lebih dari 20 meter, dimana makanan dapat ditabur rata
di seluruh kolam. Jika diguna alat bantu menabur makanan atau sampan, maka lebar
kolam bergantung kepada keupayaan alat berkenaan.
3.4 Panjang
Panjang kolam biasanya 2-3 kali lebar.
3.5 Saiz
Saiz minimum kolam udang adalah 400m (Ling, S.W. 1969). Di Malaysia saiz biasa
kolam udang adalah antara 0.25 ekar hingga 1.5 ekar (1000-6000m).
3.6 Kedalaman
Kolam dengan kedalaman sekitar 1.0-2.0 m adalah sesuai untuk udang. Kolam terlalu
cetek menyebabkan rumput dan lumut tumbuh dan menyukarkan penjaringan,
manakala kolam yang terlalu dalam pula menyukarkan pengurusan.

3.7 Dasar kolam


Kolam berdasar rata adalah sesuai bagi udang. Dasar berlopak memberi peluang udang
bersembunyi ketika penjaringan dan pengeringan. Dasar kolam juga hendaklah
mencerun ke arah air keluar agar pengeringan dapat dilakukan dengan sempurna. Dasar
kolam yang berpasir dengan sedikit berlumpur adalah terbaik bagi udang galah.
3.8 Batas (ban)
Batas atau ban kolam berfungsi sebagai pemisah antara kolam dan tempat laluan ketika
pemberian makanan dan ketika operasi penangkapan. Lebar batas ini bergantung
kepada fungsi dan jenis tanah. Batas kolam di kawasan berpasir perlu mempunyai lebar
yang lebih berbanding kawasan bertanah liat kerana masalah hakisan. Kawasan tanah
laterit pula biasanya memerlukan ban bersaiz pertengahan. Walaubagaimanapun
sekiranya kenderaan seperti lori digunakan, maka saiz ban sekurang-kurangnya 4 meter
lebar.

3.9 Pintu Air


Kolam hendaklah mempunyai pintu / saluran untuk air masuk dan keluar yang
berpenapis bagi menghalang kemasukkan ikan-ikan pemangsa ke dalam kolam dan bagi
mencegah udang dari terlepas keluar dari kolam. Kadar masuk/keluar air juga hendaklah
boleh dikawal dengan struktur pengawalan seperti injap (valve, cock). Kedudukan pintu
air masuk dan pintu air keluar pula hendaklah bertentangan agar air keluar ("kotor")
tidak bercampur semula dengan air masuk ("bersih"). Kedudukan pintu yang
bertentangan juga memungkinkan pertukaran lengkap air kolam.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

4. PENYEDIAAN KOLAM
4.1 Pemeriksaan awal
Kawasan sekeliling dan dalam kolam lama perlu dibersihkan dari pokok-pokok liar,
rumput rampai dan segala tumbuhan yang tidak diperlukan. Ban yang rosak perlu
dibetulkan. Kebocoran kolam perlu dibaiki. Segala peralatan lama yang tidak lagi
berfungsi hendaklah dibaiki atau diganti baru.
4.2 Pengeringan

Dedahan kepada cahaya matahari terik perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut,
serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit). Pendedahan dasar kolam kepada udara
dan cahaya matahari pula mencepatkan proses pereputan bahan organik (najis,
makanan lebih, daun, rumput dan sebagainya) yang akan menambahkan kesuburan
kolam. Jangkamasa pengeringan antara 1 - 2 minggu biasa dibuat, walaubagaimanapun
ada ketikanya kolam perlu dikeringkan untuk jangka masa lebih panjang, misalnya di
musim hujan atau bila kolam telah terlalu lama digunakan.
4.3 Membuang lumpur
Kolam telah kerap diguna kerapkali
mengumpul lumpur di dasarnya. Lumpur yang
terlalu tebal tidak sesuai kerana ia menjadi
perangkap makanan yang diberikan lalu tidak
dapat dimunfaatkan oleh udang. Perkumpulan
makanan dan najis dalam lumpur ini juga
akan mengujudkan lapisan dimana proses
pereputan berlaku secara anaerobik dan ini
membina bahan dan gas toksid di dasar
kolam. Pendedahan lapisan ini kepada air
akan membebaskan bahan toksid ini kepada
udang / ikan menyebabkan berlaku kematian dalam jumlah besar. Semasa penjaringan,
lumpur juga menjadi tempat perlindungan udang dari ditangkap. Semasa pengeringan,
keluarkan semua lumpur hitam di dasar kolam ini dan dedahkan kolam kepada cahaya
matahari dalam jangmasa lebih panjang (1-2 bulan) untuk memuluhkannya.
4.4 Membilas
Kolam baru digali perlu dibilas bagi menghilangkan bahan-bahan beracun yang mungkin
terdapat di dalam tanah atau hasil tindakbalas kimia antara permukaan kolam dengan
udara. Pembilasan sekali atau dua kali elok dilakukan. Kolam telah lama diguna biasanya
tidak perlu dibilas.
4.5 Meracun
Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar
(pemangsa). Gunakanlah bahan racun organik. Contoh racun ikan adalah akar tuba,
hampas biji teh (tea seed cake), dan daun tembakau. Bagi mengurangkan penggunaan
racun, kedalaman air kolam perlu dikurangkan ke takat minimum. Bisa racun akan
menurun oleh pencairan air hujan. Racun dari bahan organik juga kurang berbisa jika
disimpan lama, diserangan kulat dan lembap oleh hujan dan embun. Sekiranya diguna
hampas biji teh, kadar untuk membunuh ikan seperti lampam adalah sekitar 10mg/l
manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l adalah diperlukan. Sekiranya timbul
masalah ikan liar masuk ke kolam udang, racun hampas biji teh ini boleh juga diguna
kerana ikan sahaja yang akan mati kerana kadar kematian kepada udang galah adalah
sekitar 1340 mg/l (Chang, L. W. dan K. S. Ong, 1978). Setelah sehari digunakan,
kebanyakkan racun organan akan hilang bisanya.
4.6 Mengapur
Kolam dikapur dengan tujuan:

Menstabilkan pH
Meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya menyuburkan
kolam

Membunuh ikan liar (pemangsa)

Menghapuskan organisma patogen (musuh)

Menegapkan dasar kolam

Menggalak proses udang bersalin kulit

Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah:

Kapur abu panas (quicklime - CaO): - berkesan cepat, jangkamasa berkesanan


pendek.
Kapur batu putih [lime stone - Ca(CO3)2], berkesan secara perlahan-lahan tetapi
jangkamasa kekesannya panjang.
Kapur abu sejuk (slake / hydrated lime) bertindakbalas cepat dan kesannya juga
cepat hilang.

Cara mengapur kolam yang biasa diamalkan adalah dengan menabur rata serbuk kapur
abu sejuk (hydrated) di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan sekitar
1kg/10m.
4.7 Membaja
Kolam dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk
cacing, siput, lumut dan tumbuhan air. Dua jenis baja yang biasa digunakan adalah baja
organan dan baja kimia. Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing) adalah jenis baja
organan yang biasa digunakan, walaubagaimanapun dalam Kod Amalan Baik Akuakultur
yang sedang diterapkan Jabatan Perikanan dalam industri akuakultur agar memenuhi
piawaian antarabangsa, penggunaan baja dari bahan najis haiwan ini tidak digalakkan
dengan alasan kebersihan dan kesihatan kepada pengguna. Bagi baja kimia pula, triple
super phosphate (TSP) boleh digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m/minggu.
4.8 Pengairan
Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukkan haiwan
pemangsa. Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk.
Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang/ikan adalah sekali untuk
seminggu hingga dua minggu. Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan
sebanyak 10/m tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan
akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan. Kadar
aliran air yang tersangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat
dimunafaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang.
Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan bagi
membantu menambah kandungan oksijan dalam air ketika waktu malam.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

5. KELENGKAPAN KOLAM

Pengurusan ternakan yang cekap bukan sahaja memerlukan lokasi dan rekabentuk
kolam yang baik tetapi juga perlukan peralatan yang sesuai. Peralatan tersebut
membantu pengendalian ternakan dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Antara
peralatan yang perlu adalah:
5.1 Alat pengudaraan
Ini adalah alat terpenting untuk sistem ternakan udang galah secara intensif dan juga
pusat penetasan ikan. Kepadatan ternakan 10/m atau kurang tidaklah memerlukan
alat pengudaraan sekiranya kadar tukaran air memadai. Beberapa alat pengudaraan
terdapat dipasaran. Pengubahsuaian dari alat lain juga boleh dilakukan bagi
mengurangkan kos. Alat pengudaraan yang biasa adalah kincir air (paddle wheel),
penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air.

Kincir air

Aire-O2

Penyembur angin (air blower)

5.2 Struktur pelindung


Struktur pelindung dalam kolam udang perlu sebagai tempat persembunyian terutama
ketika udang bersalin kulit. Udang mempunyai tabiat suka memangsa sesama sendiri
(karnibalisma) ketika ini. Contoh bahan pelindung adalah jaring, paip PVC, batang buluh,
pelepah kelapa, tayar kenderaan dan raga buluh/rotan.
5.3 Peralatan Kaji Mutu Air
Alat terpenting adalah DO meter, untuk menyukat kandungan oksigen dalam kolam.
Paras oksigen dalam kolam perlu sentiasa tinggi (>3 mg/l atau lebih) kerana tumbesaran
udang akan terencat dalam kandungan oksigen kolam rendah. Paras yang lebih rendah
(<1.0 mg/l) menyebabkan udang mati. Analisis kandungan oksigen ini perlu dilakukan
setiap pagi sebelum pemberian makanan kerana masalah oksigen rendah biasanya
berlaku di awal pagi (dan ketika musin hujan/mendung/berjerubu). Sekiranya paras
oksigen rendah, kadar alir air memasuki kolam hendaklah ditinggikan atau di pasang
alat pengudaraan dengan serta merta.
Parameter lain yang diperlu di amati adalah seperti pH, kandungan ammonia dan
sebagainya.
5.4 Peralatan lain

Pam air diguna untuk mengeluarkan air dari kolam ketika pengeringan, ia
juga boleh diguna untuk pengudaraan.
Bekas makanan biasanya berbentuk empatsegi, diperbuat dari jaring halus
dan berbingkai kuat (logam, kayu, buluh, rotan). Sebahagian makanan
dimasukkan ke dalam bekas ini dan diletak di beberapa tempat di dalam
kolam sebagai alat penyukat makanan.

Tangki diperlukan untuk menyimpan udang sebelum dipasarkan. Tangki


biasanya dibuat dari bahan simen atau gentian kaca. Tangki gentian kaca
mudah di pindahalih ke tempat lain.

Alat penimbang diguna untuk menimbang udang ketika persampelan,


untuk menyukat makanan dan diguna ketika pemasaran.

Jala diguna untuk mengambil untuk persempelan. Jaring pula diguna


ketika mendaratkan udang untuk jualan.

Pejabat pentadbiran biasanya terletak dalam kawasan kolam. Segala


maklumat berkaitan kolam dan ternakan terdapat di sini. Pusat operasi ini
diketuai oleh pengurus atau tuan punya ladang. Stor untuk menyimpan
makanan, peralatan dan bahan kimia biasanya terletak di kawasan
pejabat. Makanan dan bahan kimia pula disimpan dengan sempurna dalam
stor. Pegawai Keselamatan diperlukan bagi menawasi kompleks kolam.
Pondok kawalan pula biasanya terletak di pintu masuk kompleks.

Kenderaan diperlukan ketika pemberian makanan, membawa


kelengkapan, pemasaran, membawa benih dan sebagainya. Kerja-kerja
meninjau kolam, pengangkutan barang dan kakitangan juga memerlukan
kenderaan. Kompleks kolam yang besar biasanya mempunyai berbagai
kenderaan bagi tujuan dan fungsi yang berlainan.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

6. BENIH dan PEMBENIHAN


Benih udang galah boleh dibeli dari pusat penetasan swasta atau kerajaan atau secara
mengeluarkannya sendiri. Terdapat 8 buah
pusat penetasan benih udang galah swasta
dan dua buah milik kerajaan beroperasi di
Malaysia sekarang. Kompleks kolam udang
yang berdayamaju sepatutnya mampu
menghasilkan benih sendiri supaya operasi
ternakan dapat berjalan mengikut jadual yang
ditetapkan. Bekalan benih dari pihak lain
kerapkali tidak mengikut jadual, jumlah yang
kurang atau mutunya boleh dipersoalkan.
Penghasilan sendiri benih udang galah adalah
mudah. Kursus pembenihan udang galah boleh diperolehi di Pusat Penetasan Udang
Galah (PPUG) Kerajaan di Kampung Acheh, Sitiawan, Perak dan di Pusat Pengeluaran
dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan (PPPBUK) di Kuala Muda, Kedah. Umumnya,
satu pusingan pembenihan mengambil masa 35 hari. Dalam setahun sebanyak 5
pusingan pembenihan dapat dilakukan setelah mengambilkira masa untuk
membersihkan kelengkapan, waktu rehat (break cycle) dan kerja-kerja pembaik pulih
peralatan.
6.1 Teknologi Pembenihan
6.1.1 Sistem Intensif
Sistem ini direkacipta di Tahiti dalam tahun 1970 (AQUACOP,1977). Ia menghasilkan
benih udang galah menggunakan air yang di kitar semula. Kos peralatan dan operasi
agak tinggi kerana beberapa pam air dan teknologi penapisan yang canggih digunakan.
Sistem ini memerlukan penjagaan rapi dan operator yang berpengalaman. Bahan kimia
biasa digunakan secara berterusan dan banyak. Penghasilan anak udang (juvenile)
adalah tinggi (110ekor/l) dengan kos pengeluaran antara 2.2-2.5 sen/ekor. Satu
pusingan pengeluaran selama 30-35 hari. Sistem ini perlu dibina berhampiran laut
kerana memerlukan air laut yang banyak. Ia lebih sesuai kepada pengusha skil komersial
(Yaacob, A. dan Liong, P.C., 1996).
6.1.2 Sistem Separa Intensif
Sistem ini memerlukan pertukaran air 50% -100% setiap 2-4 hari. Teknik air hijau atau
air jernih digunakan di sini. Memerlukan bekalan air laut yang banyak juga. Kos modal
dan operasi agak rendah dan mampu menghasilkan anak udang sebanyak 30-70 ekor/l.
Kos pengeluaran seekor anak udang adalah 2.2-2.4 sen.
6.1.3 Sistem Air Pusingan.
Teknologi ini tidak memerlukan penambahan air disepanjang operasi penghasilan benih.
Daya angkat udara (air lift) diguna sebagai punca tenaga untuk mengkitar semula air
dalam sistem ini (Hambal. 1986).
6.1.4 Sistem Ekstensif
Sistem paling mudah dan lebih murah. Ia tidak memerlukan penambahan air sepanjang
masa pengeluaran benih. Pengusha kecil mampu menggunakan sistem ini kerana ia
boleh dibina berhampiran kolam. Kos penghasilan benih sekitar 2.2-2.7 sen bagi setiap
ekor anak udang

6.1.5 Sistem Lain


Terdapat juga sistem asuhan rega udang galah dalam kolam tanah (Tunsutappanich, A.
et al, 1997). Sistem ini agak rumit kerana saiz benih yang kecil sukar untuk ia
diasingkan dari lumpur kolam.
6.2 Pengendalian Benih
6.2.1 Pengendalian dengan cermat
Benih udang galah adalah kecil, rapuh dan sensitif kepada kecederaan, dan perubahan
sekitaran. Semasa pengiraan, pembungkusan dan pelepasan, benih hendaklah dikendali
dengan cermat untuk mengurangkan kecederaan fizikal.
6.2.2 Kurangkan kejutan suhu
Perbezaan suhu air dalam bekas mengandungi benih udang dan
suhu air kolam hendak tidak terlalu jauh (<2.00C). Ini dapat
dilakukan dengan mengapungkan bekas plastik di dalam kolam
selama 10 minit atau lebih terlebih dahulu.
6.2.3 Pastikan kadar pelepasan
Anggarkan bilangan benih yang hidup ketika penerimaan dengan menghitung beberapa
beg sebagai sampel untuk memberi gambaran tentang kadar hidup semasa
penghantaran seterusnya menentukan kadar pelepasan yang diperlukan. Masalah
terlebih atau terkurang stocking dapat diatasi sekiranya langkah tersebut diambil.
6.2.4 Pelepasan benih diketika suhu rendah
Adalah ideal untuk melepaskan benih udang/ikan ketika awal pagi atau larut petang
(malam). Ini kerana suhu rendah ketika itu dapat mengurangkan kejutan suhu semasa
penghantaran. Walaubagaimanapun sekiranya benih diterima ketika tengahari, adalah
lebih baik ia dilepas juga ketika itu untuk mengurangkan kematian oleh faktor tekanan
(stress) jika masih berada dalam bekas plastik tersebut.
6.3 Teknik Pelepasan Benih
6.3.1 Pelepasan ke kolam asuhan
Bertujuan menghasilkan benih bersaiz besar untuk pelepasan ke kolam ternakan. Ini
bertujuan untuk meningkatkan kadar hidup udang dalam kolam ternakan kelak.
Dilakukan oleh pengusha yang menghasilkan sendiri benih kerana jumlah yang dihasilan
melebihi permintaan (jualan dan kegunaan sendiri). Kadar pelepasan dalam kolam
asuhan adalah tinggi, misalnya sehingga 1000 ekor/m. Makanan awalan (starter)
diberikan kepada anak udang. Jangkamasa asuhan sekitar 2 bulan. Kolam dijaring dan
benih dipindah ke dalam kolam ternakan.
6.3.2 Pelepasan terus ke kolam ternakan
Cara ini biasanya dilakukan untuk benih yang dibeli. Jangkamasa ternakan antara 4 - 6
bulan. Kadar pelepasan adalah antara 10-15/m. Makanan awalan (starter) diberikan
untuk udang asuhan.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

PENGURUSAN TERNAKAN
7.1 Sistem Ternakan
7.1.1 Ternakan Semusim
Ternakan semusim bermakna kolam dikeringkan setiap kali pusingan ternakan. Ini diikuti
dengan pengeringan, pengapuran dan pembajaan sebelum pusingan ternakan
selanjutnya dilakukan. Teknik ini baik kerana kehadiran musuh, pemangsa dan
kerosakan kolam, ban dan peralatan dapat di ketahui awal semasa kolam dikeringkan
dimana langkah-langkah pembaikan boleh dilakukan segera.
7.1.2 Ternakan Berterusan
Bermakna kolam dikeringkan sekali setiap 2-4 tahun. Benih udang dimasukkan setiap
kali selepas penghasilan. Akan sentiasa terdapat udang berlainan saiz di dalam kolam
berkenaan. Cara begini diamalkan oleh penternak yang menghasilkan sendiri benih
udang dan tidak mempunyai bilangan kolam yang besar. 7.2 Saiz Ternakan
7.2.1 Skil Komersil
Skil komersil biasanya mengamalkan sistem intensif monokultur dimana hanya satu
spesies sahaja diternak dalam satu-satu kolam dengan kepadatan ternakan tinggi
(>10/m). Keluasan kawasan biasanya besar, 10 ekar atau lebih. Pengurusan mutu air
dan ternakan adalah sangat rapi, berterusan dan sangat berkesan. Alat pengudaran
adalah keperluan utama. Pendapatan dari ladang adalah besar, tetap dan berpanjangan
melalui jualan benih dan udang dewasa. Setiap kakitangan melaksanakan tugas-tugas
yang khusus. Teknologi moden dan peralatan canggih biasa digunakan dalam semua
peringkat pengawasan, pengurusan dan perlaksanaan projek. Makanan rumusan adalah
keperluan nutrient utama kepada udang yang diternak.
7.2.2 Skil kecilan
Skil kecilan dilakukan oleh petani secara sambilan untuk pendapatan sampingan. Udang
diternak secara monokultur atau polikultur. Keluasan kawasan biasanya sekitar 1-3 ekar
sahaja. Kadar pelepasan adalah sederhana atau rendah (10/m atau kurang). Makanan
rumusan dan makanan tambahan diberikan kepada udang ternakan. Benih udang dibeli
dari pembekal swasta atau kerajaan. Penghasilan udang biasanya agak rendah,
bermusim dan tidak berterusan.

---------------------------------------------------

Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

PENGURUSAN MAKANAN
Makanan rumusan untuk udang galah (pelet) telah lama terdapat di pasaran. Makanan
ini agak sesuai untuk udang kerana mengandungi protein yang tinggi (30-40%),
mengandungai zat-zat lain yang diperlukan dan stabil dalam air. Walaubagaimanapun
didapati udang masih memerlukan bekalan makanan semujadi dari kolam. Pemberian
makanan dua kali sehari, (pagi, petang) biasa dilakukan penternak. Ada juga penternak
yang memberi makanan tiga kali sehari (Fauzi, M.W., 1996). Makanan awalan (starter)

diberikan untuk bulan 1-2, diikuti dengan makanan tumbesaran (grower) bagi bulan 2-4
dan dua bulan berikutnya dengan makanan Penamat (finisher) sehingga udang
dipasarkan. Setengah pengusha kecilan memberikan jagung, kopra kelapa dan perut
ayam sebagai makanan sampingan.
Makanan hendaklah ditabur rata di dalam kolam untuk memberi peluang semua udang
mendapatkan makanan tersebut. Dua cara biasa diguna untuk menetukan sukatan
makanan, iaitu dengan kaedah mencuba atau berdasarkan berat badan.
8.1 Pemberian Makanan Dengan Kaedah Mencuba

Memeriksa baki makanan


Teknik ini memerlukan bekas makanan dimana sebahagian makanan diletak didalamnya
dan sebahagian yang lain ditabur di dalam kolam. Bekas makanan ini diletak dibeberapa
tempat dalam kolam dan diperiksa ketika pemberian makanan selanjutnya. Jika
makanan berbaki bermakna jumlah yang diberikan berlebihan dan perlu dikurangkan.
Sebaliknya sekiranya makanan telah habis, bermakna jumlah makanan yang diberikan
adalah mencukupi atau kurang. Ulang menambah/mengurang makanan beberapa kali
untuk mendapatkan sukatan yang tepat. Ulang ujian ini setiap dua minggu (atau
sekurang-kurangnya sebulan sekali) untuk mendapatkan kadar permakanan yang betul.
8.2 Pemberian Makanan Berdasarkan Berat Badan
Ini dilakukan dengan terlebih dahulu mendapatkan anggaran jumlah berat semua udang
dalam kolam. Anggaran ini diperoleh dengan mendharap berat purata seekor udang
dengan anggaran jumlah semua udang dalam kolam. Berdasarkan jadual yang
dikepilkan, keperluan makanan setiap hari dapat ditentukan.
Jadual 1: Anggaran Keperluan Makanan Udang Berdasarkan
Berat Badan
(Keluasan kolam 0.2 ha., kadar pelepasan 10/m)
Usia udang Anggaran jumlah
(bulan)
udang dalam
kolam
(%)

Berat
seekor
udang
(g)

Keperluan makanan (%)


Keperluan
berbanding berat badan makanan harian
(g)
(kg)

Keperluan
makanan
sebulan
(kg)

AWAL

100

0.01

100-20

1.00

30.00

80

0.51

20-10

4.08

122.40

70

2.75

5-4

9.73

291.90

60

5.00

4-3

12.00

360.00

50

15.96

3-2

23.94

718.20

45

30.59

27.53

825.93

40

39.00

31.20

Cara mengira jumlah makanan yang diperlukan dalan satu-satu hari adalah seperti berikut: Misalnya
kita dikehendaki menganggar jumlah makanan harian yang perlu diberi kepada udang dalam kolam
2,000m dengan kadar pelepasan 10/m pada bulan ketiga.
Cara mengira
Untuk mendapatkan jumlah berat makanan dharapkan Bilangan Pelepasan X Anggaran jumlah udang
dalam kolam X Berat udang (kg) X Keperluan makanan harian atau Bilangan AwalXBXCXD.
Bilangan awal (ekor) = 2 000m X 10/m = 20 000
B = 60% = 0.06
C = 5.00 g
------- = 0.005 kg
1000
D = 4% = 0.04
Maka
jumlah makanan harian untuk bulan ketiga bagi kolam ini adalah
20 000 X 0.06 X 0.005 kg X 0.04 = 2.4 kg.
Walaubagaimanapun sekiranya mutu air menurun oleh perubahan cuaca atau faktor pencemaran,
jumlah makanan yang diberikan hendaklah dikurangkan mungkin sehingga 50%. Ini kerana selera
makan udang yang menurun.
8.3 Hasilkan Sendiri Makanan
Makanan boleh dihasilkan sendiri untuk mengurangkan kos. Komponen tempatan yang
murah dan mudah diperolehi boleh dugunakan. Sebuah ladang di Temoh, Perak telah
berjaya menghasilkan sendiri makanan ini untuk udang ternakan mereka dengan hasil
pengeluaran setanding kalau tidak lebih baik dari hasil pengeluaran oleh penggunaan
makanan dibeli. (Ahmad-fauzi, M.W.,1996). Penghasilan makanan rumusan untuk
udang/ikan tidaklah terlalu rumit. Makanan udang sepatutnya mengandungi protein yang
agak tinggi (juvenile: 35-40%, dewasa: 25-30%), lemak (5-6%), karbohaidrat (3540%), serat (5-10%), zat kalsium (2.5-3.0%), Fosforus (1-2%) dan vitamin. Bahanbahan asas yang biasa diguna untuk membuat makanan adalah seperti tepung ikan,
kulit udang, kacang soya, kacang tanah, bahan perekat, tepung gandum, beras, ubi
kayu, minyak kelapa, sawit dan minyak ikan. Walaubagaimanapun sebahagian dari
bahan-bahan ini boleh diganti dengan bahan lain. Proses membuat makanan di kilang-

kilang melibatkan pengisaran, mencampur, membuat butiran dan pengeringan (Chin, K.,
1996).

Mesin pembuat makanan


Makanan sampingan seperti kopra kelapa, jagung, daging ayam / itik, perut ayam dan
hampas kacang soya diberikan kepada udang ternakan oleh pengusha kecilan.
Pemberian makanan sampingan ini boleh dilakukan sekiranya bahan-bahan tersebut
murah dan mudah diperolehi. Walaubagaimanapun mutu air kolam berkenaan hendaklah
sentiasa dalam kawalan agar tidak terlalu subur yang memungkinkan kematian udang
ternakan.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

PENGURUSAN MUTU AIR


Mutu air kolam perlu dipastikan sentiasa sesuai untuk ternakan udang. Mutu air dapat
dikesan melalui warna, kelikatan dan akan tingkah-laku organisma dalam kolam. Antara
masalah berkaitan mutu air adalah:
9.1 Kandungan Oksigen rendah dalam kolam
Ini adalah masalah utama ternakan udang galah. Berbanding ikan, udang lebih terkesan
oleh kandungan oksigen rendah. Antara penyebab paras oksigen rendah di dalam kolam
adalah kepadatan ternakan terlalu tingi, kadar alir air keluar-masuk yang perlahan, alat
pengudaraan tidak berfungsi, cuaca mendung (hujan, berjerubu), kehadiran ikan liar
yang terlalu banyak dan kehadiran plankton yang terlalu tinggi.
9.2 Tanda-tanda Kandungan Oksigen Rendah Dalam Kolam
i) Banyak organisma air (udang, ikan, siput dan lain) berada atau berenang di
permukaan air atau di tepi kolam.
ii) Semua organisma ini kurang reaktif kepada gangguan.
iii) Udang menaiki tebing/batas/ban.
iv) Ikan tercungap-cungap bernapas di permukaan kolam dengan pergerakkan yang
perlahan dan tidak reaktif kepada gangguan.
v) Air kolam kelihatan pekat dan berwarna suram.

9.3 Cara mengatasi masalah oksigen rendah dalam kolam


i) Memasang alat pengudaraan
ii) Tambahkan kadar alir masuk air ke dalam kolam
iii) Kurangkan kepadatan ternakan (udang, ikan)
iv) Buang sebahagian air kolam dan ganti dengan air baru yang bermutu
v) Berenang, bersampan, menepuk permukaan air kolam
Sekiranya cara-cara di atas tidak boleh dilakukan, maka sebenarnya kolam tersebut
adalah TIDAK SESUAI untuk ternakan udang.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

PENGAWASAN TERNAKAN
10.1 Pengawasan harian
Perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2x sehari, pagi dan petang, iaitu ketika memberi
makanan. Pemeriksaan waktu pagi adalah lebih utama kerana masalah kandungan
oksigen rendah biasanya berlaku ketika ini dan sekiranya berlaku pencerobohan malam
sebelum, ia dapat dikesan dengan bukti saki baki udang di atas ban. Pengesanan
terhadap kerosakan ban, kolam, pintu air, alat pengudaraan dan sebagainya juga boleh
dilakukan waktu ini. Pengawasan waktu petang pula sesuai bagi mengesan kehadiran
haiwan pemangsa seperti biawak, memerang, burung dan sepertinya.
10.2 Pengawasan tumbesaran
Tumbesaran udang perlu dikesan bagi menetukan pembesarannya bersesuai dengan
umur. Pengesanan ini dilakukan setiap bulan atau dua kali sebulan dengan mengukur
berat dan panjang badan. Pengambilan sampel udang adalah dengan menjala atau
menjaring. Semasa pengambilan contoh ini perhatikan juga kesihatan udang, kehadiran
udang mati dan ikan pemangsa yang mungkin tertangkap sama. Dari nilai purata
tumbesaran yang dikumpul akan diperoleh lengkok tumbesaran udang (berat atau
panjang) berbanding usia. Perbandingan dengan julat piawai ini dapat menentukan
samada tumbesaran berlaku dengan cepat, lambat atau menyamai tumbesaran
sepatutnya.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

MUSUH TERNAKAN DAN CADANGAN MENGATASI


Musuh dan penyakit yang tidak dikawal dengan sempurna akan memberi kesan negatif
kepada hasil tangkapan. Langkah-langkah pencegahan hendaklah dilakukan dengan
betul dan berkesan. Antara musuh-musuh udang ternakan adalah seperti berikut.
11.1 Ikan Pemangsa

Benih ikan haruan, keli, puyu, belida, belut dan ketutu boleh berada di dalam kolam
dengan menembusi jaring penapis yang kasar. Ia juga boleh melalui rongga pada batas
kolam dan melalui pintu air yang bocor. Sebahagian spesies ini mampu merangkak
merentasi batas kolam ketika musim hujan. Antara cara untuk mengatasi ikan liar ini
adalah:
* Memasang penapis halus pada salur masuk air.
* Membina pagar keliling kolam (zing, jaring halus, papan, konkrit, buluh dsb)
* Membuat rawatan hampas biji teh
* Memancing
* Memasang bubu.
Menjala dan menjaring secara berulang-ulang
Membaiki ban yang bocor
11.2 Serangga Air
Anak pepatung dan serangga air lain menjadi pemangsa kepada benih udang galah yang
baru dilepas ke dalam kolam. Minyak kelapa bercampur air sabun dilaporkan boleh
memerangkap dan membunuh serangga ini. Semasa rawatan, aliran air dihentikan
selama 1-2 jam agar lapisan bahan rawatan yang terbentuk di permukaan air tidak
dihanyutkan air keluar kolam. Air dialirkan semula apabila semua serangga pemangsa ini
telah mati.
11.3 Haiwan Darat
Biawak, ular dan memerang boleh memangsai udang. Pagar keliling kolam boleh dibina
bagi menghindari pencerobohan haiwan-haiwan ini. Pagar boleh dibian dari bahan zing,
jaring, papan, buluh atau dawai mata halus. Dinding konkrit boleh dibina tetapi kos
pembinaannya tinggi. Haiwan-haiwan ini juga boleh ditembak, dipasang perangkap dan
diracun.
11.4 Burung
Burung raja udang, helang dan burung hantu adalah unggas pemangsa udang dan ikan.
Menembak adalah cara yang berkesan. Perangkap yang terdiri dari getah dan sangkar
boleh digunakan. Di negara maju dan di ladang-ladang ternakan ikan hiasan, jaring
dipasang di atas kolam bagi menghindari serangan burung ini.
11.5 Manusia
Adalah musuh yang paling sukar di atasi. Sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak
diambil, kesan terhadap hasil adalah sangat nyata. Langkah paling berkesan adalah
dengan memasang pagar keliling Kolam dan mengawasi ternakan sepanjang masa
terutama ketika udang telah mencapai saiz pasaran. Perhubungan yang baik dengan
penduduk sekitaran juga dapat membantu. Pekerja yang tidak amanah perlu
diberhentikan.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

MUSUH TERNAKAN DAN CADANGAN MENGATASI


Musuh dan penyakit yang tidak dikawal dengan sempurna akan memberi kesan negatif
kepada hasil tangkapan. Langkah-langkah pencegahan hendaklah dilakukan dengan
betul dan berkesan. Antara musuh-musuh udang ternakan adalah seperti berikut.
11.1 Ikan Pemangsa
Benih ikan haruan, keli, puyu, belida, belut dan ketutu boleh berada di dalam kolam
dengan menembusi jaring penapis yang kasar. Ia juga boleh melalui rongga pada batas
kolam dan melalui pintu air yang bocor. Sebahagian spesies ini mampu merangkak
merentasi batas kolam ketika musim hujan. Antara cara untuk mengatasi ikan liar ini
adalah:
* Memasang penapis halus pada salur masuk air.
* Membina pagar keliling kolam (zing, jaring halus, papan, konkrit, buluh dsb)
* Membuat rawatan hampas biji teh
* Memancing
* Memasang bubu.
Menjala dan menjaring secara berulang-ulang
Membaiki ban yang bocor
11.2 Serangga Air
Anak pepatung dan serangga air lain menjadi pemangsa kepada benih udang galah yang
baru dilepas ke dalam kolam. Minyak kelapa bercampur air sabun dilaporkan boleh
memerangkap dan membunuh serangga ini. Semasa rawatan, aliran air dihentikan
selama 1-2 jam agar lapisan bahan rawatan yang terbentuk di permukaan air tidak
dihanyutkan air keluar kolam. Air dialirkan semula apabila semua serangga pemangsa ini
telah mati.
11.3 Haiwan Darat
Biawak, ular dan memerang boleh memangsai udang. Pagar keliling kolam boleh dibina
bagi menghindari pencerobohan haiwan-haiwan ini. Pagar boleh dibian dari bahan zing,
jaring, papan, buluh atau dawai mata halus. Dinding konkrit boleh dibina tetapi kos
pembinaannya tinggi. Haiwan-haiwan ini juga boleh ditembak, dipasang perangkap dan
diracun.
11.4 Burung
Burung raja udang, helang dan burung hantu adalah unggas pemangsa udang dan ikan.
Menembak adalah cara yang berkesan. Perangkap yang terdiri dari getah dan sangkar
boleh digunakan. Di negara maju dan di ladang-ladang ternakan ikan hiasan, jaring
dipasang di atas kolam bagi menghindari serangan burung ini.

11.5 Manusia
Adalah musuh yang paling sukar di atasi. Sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak
diambil, kesan terhadap hasil adalah sangat nyata. Langkah paling berkesan adalah
dengan memasang pagar keliling Kolam dan mengawasi ternakan sepanjang masa
terutama ketika udang telah mencapai saiz pasaran. Perhubungan yang baik dengan
penduduk sekitaran juga dapat membantu. Pekerja yang tidak amanah perlu
diberhentikan.

---------------------------------------------------

Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

PENGHASILAN
Kadar tumbesaran individu udang berbeza
bergantung kepada sex, baka, mutu dan
jumlah makanan, mutu air dan kadar
pelepasan. Dalam satu populasi udang, akan
terdapat sekurang-kurangnya tiga kumpulan
udang yang berbeza saiz. Udang besar yang
terdiri dari udang jantan. Udang bersaiz

sederhana
pula terdiri
dari udang
betina

kebanyakkannya, manakala udang kecil terdiri dari


udang jantan yang bantut. Udang besar atau udang
bantut biasanya akan memenuhi antara 20-50%
populasi. Peratusan ini juga akan bergantung kepada kepadatan ternakan dimana dalam
kepadatan tinggi, jumlah udang bantut akan bertambah. Dalam kepadatan yang rendah,
lebih banyak udang besar akan diperolehi. Dari kajian yang telah dijalankan di Pusat
Penyelidikan Perikanan Air Tawar, di Batu Berendam, mendapati bahawa dengan kadar
pelepasan 10/m bagi kolam 0.4 ha selama 6 bulan ternakan dengan kadar
kemandirian sekitar 40%, hasil sebanyak 620.4 kg udang dapat dihasilkan dalam satu
pusingan ternakan (Suhairi, A dan Misri, S.,1992). Ini bersamaan 3.077.2kg/ha/tahun.
12.1 Penghasilan Semusim
Penjaringan akan dimulakan pada bulan ke empat dan
diulangi 3-4 minggu sekali sehingga semua udang
dikeluarkan dari kolam. Kolam kemudian dikeringkan dan
rawatan kolam dilakukan. Udang dipasarkan samada
mengikut saiz atau secara purata. Udang yang terlalu
kecil dari beberapa kolam boleh di pindah ke satu kolam
untuk dibesarkan.

12.2 Penghasilan Berterusan


Dalam sistem ini hasil dikutip mulai bulan keempat dan
berterusan 2 hingga 4 tahun kemudian. Pelepasan benih
dilakukan setiap kali selepas pengeluaran hasil. Rawatan
terhadap kolam hanya akan dilakukan selepas kolam
dikeringkan. Udang besar akan sentiasa ada untuk di
pasarkan. Hanya pengusaha yang menghasilkan sendiri
benih mempraktikkan cara sedemikian kerana
mempunyai bekalan benih sepanjang masa. Pengusha
yang tidak menghasilkan sendiri benih tidak
mengamalkan teknik ini kerana kadar hidup yang agak
rendah dan bekalan benih tidak berterusan.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.All Rights Reserved.

PENGENDALIAN HASIL DAN PEMASARAN


Udang boleh dipasarkan secara borong atau runcit.
Pemasaran borong biasanya mendapat harga lebih rendah
kerana udang besar dan kecil dijual bersama. Penjualan
borong juga boleh dilakukan setelah pengasingan berdasarkan
saiz dilakukan. Penjualan runcit dilakukan sendiri oleh
penternak dan biasanya diasingkan kepada saiz berlainan
untuk harga berbeza.
13.1 Kesegaran
Udang segar baru mati mendapat harga lebih tinggi
berbanding udang telah lama mati (buruk). Selepas ditangkap, udang hendaklah
dipasarkan dengan segera untuk mempastikan kesegarannya atau air batu diguna untuk
mengekalkan mutu. Bilik sejuk dan kenderaan dengan sistem dinginbeku adalah
keperluan penting ladang-ladang besar.
13.2 Hidup atau Mati
Udang hidup mempunyai harga yang jauh lebih tinggi berbanding udang yang telah mati.
Udang hidup biasa dipasarkan di restoran makanan laut atau untuk kolam memancing di
kawasan bandar. Pengangkutan udang hidup memerlukan tangki air dengan sistem
pengudaraan.
13.3 Saiz
Harga udang bersaiz besar adalah lebih tinggi berbanding udang kecil. Umumnya
terdapat tiga saiz udang dipasaran, iaitu besar (A) berukuran 50g dan lebih, sedang (B)
25-50 g dan kecil (C) bersaiz kurang dari 25 g seekor.
13.4 Udang diproses
Teknologi ini masih belum diamalkan di Malaysia. Udang dibersihkan, dibuang kulit dan
kepala sebelum dibungkus rapi sebelum dieksport. Teknologi ini telah lama diamalkan
bagi udang harimau.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

ANALISIS KEWANGAN
Dalam analisis yang dicadangkan ini, andaian-andaian berikut telah dibuat.

1. - Luas kawasan projek 10 hektar dengan keluasan kolam ternakan sebanyak 8


hektar
2. - Bilangan kolam sebanyak 40 buah bersaiz 0.2 hektar (0.5 ekar) sebuah.

3. - Kadar pelepasan ternakan adalah 10/m atau 20,000/kolam.


4. - Hatcheri menghasilkan benih sebanyak 800,000/pusingan. Kos pengeluaran
benih adalah RM0.025/ekor. Harga jualan benih setiap ekor adalah RM0.05.
14.1 Kos Modal
Kos modal adalah semua perbelanjaan penyediaan keperluan asas seperti kos
pembinaan pejabat, hatcheri, kolam, jalan, bangunan (stor, pondok jaga, dsb),
pembinaan sistem pengairan, pembinaan pagar, penyediaan bekalan tenaga elektrik
(pendawaian, alat penjana tenaga elektrik), pembelian kenderaan, pembelian
kelengkapan dan sebagainya. Dianggarkan sebanyak RM 600,000.00 diperlukan
(lampiran 1).
14.2 Kos Operasi
Kos Operasi merupakan kos untuk pengurusan ladang, pengeluarkan benih dan
penghasilan udang dewasa. Bagi projek dirancang, sebanyak RM 416,365.76
dianggarkan sebagai Kos Operasi ladang.
14.2.1 Kos Operasi Pembenihan
Kos Operasi pembenihan udang adalah RM20,000.00 bagi satu pusingan. Lima pusingan
penghasilan benih boleh dilakukan dalam setahun, maka kos yang terlibat adalah
sebanyak RM100,000.00 (Yaakob.A, dan Liong,P.C,. 1996. extrapolated data).
14.2.2 Kos Operasi Penghasilan Udang
Kos Operasi penghasilan udang adalah sebanyak RM 244,365.76 untuk setahun
(lampiran 2).
14.2.3 Kos Pengurusan
Ini melibatkan kos berkaitan pengurusan pejabat pentadbiran seperti bil air, elektrik dan
talifon. Ia juga meliputi gaji pengurus ladang, jaga dan kerani. Dianggarkan kos
pengurusan sekitar RM 6,000.00 sebulan atau sebanyak RM 72,000.00 setahun.
14.3 Hasil dan Pulangan
14.3.1 Hasil jualan benih
Jumlah pengeluaran/pusingan (ekor) 800,000

Kekerapan pengeluaran/tahun 5
Harga pasaran (RM/ekor) 0.05
Nilai jualan (RM) 200,000.00
14.3.2 Hasil Dari Kolam
Jumlah pengeluaran/kolam (kg) 310
Jumlah pengeluaran dari semua kolam(40 kolam)(kg) 12,400
Nilai pulangan/pusingan (RM25.00/kg)(RM) 310,000.00
Nilai Pulangan/tahun (2 pusingan)(RM) 620,000.00
Jumlah pulangan/tahun dari hatcheri dan kolam (RM) 820,000.00
14.3.3 Margin Kasar
Adalah perbezaan antara hasil jualan dan Kos (Operasi dan Pengurusan). Bagi projek ini
margin kasar adalah sebanyak RM 403,634.24.
14.3.4 Margin Bersih
Margin Bersih projek adalah RM 351,134.24.
14.4 Kadar Pulangan Dalaman (IRR) bagi projek ini adalah 76.10 peratus.
14.5 Kadar Pulangan Terhadap Kos (B/C ratio) adalah 1.68.
14.6 Jangkamasa Bayar Balik Modal adalah selama 1.43 tahun.

---------------------------------------------------

Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

RUJUKAN
Ahmad-fauzi, M.W.,1996. Pengalaman menternak udang galah (macrobrachium
rosenbergii)
di Kg. Silo, Temoh, Perak. Prosiding Seminar Udang Galah: Potensi Pelaburan dan
Teknologi Terkini. Melaka. Jabatan Perikanan Malaysia.
AQUACOP, 1977. Macrobrachium rosenbergii (de man) culture in Polynesia: Observation
on the water chemodynamism in an intensive larval rearing. Proc. 8th. Ann. Workshop
Wld. Maricult. Soc., San Jose, Coasta Rica. 9-13 Jan. 1977. Louisia State University,
Baton Rouge, USA.p. 293-309.
Chin, K.,1996. Teknologi pemakanan udang galah. Prosiding Seminar Udang Galah:
Potensi Pelaburan dan Teknologi Terkini. Melaka. Jabatan Perikanan Malaysia.
Hambal, H., 1986. Pembenihan Udang Galah Secara Air Pusingan. Jabatan Perikanan
Kementerian Pertanian Malaysia. 17p.

Ling, S.W., 1969. The general biology and development of Macrobrachium rosenbergii.
FAO Fish. Rep., (57) Vol.3:589-606.
New, M.B. and Singholka, S., 1985 Freshwater Prawn Farming. A Manual for the culture
of Macrobrachium rosenbergii FAO Fish. Tech. Pap.,(225) Rev. 1:118p
Mohammad-Hatta, M. 1996. Penyakit-penyakit udang. Petikan nota kuliah
Mun, K.H.,1996. Personal experience in setting up and operation of a Macrobrachium
rosenbergii commercial farm. Prosiding Seminar Udang Galah: Potensi Pelaburan dan
Teknologi Terkini. Jabatan Perikanan Malaysia.
Suhairi, A., Misri, S., Yusuf, S. dan Amir, M., 1993. Ternakan Udang galah
(Macrobrachium rosenbergii) Dalam Kolam. Risalah Perikanan Bil.54. Jabatan Perikanan,
Kementerian Pertanian Malaysia, Kuala Lumpur.26p.
Suhairi, A. Misri, S.,1992. The culture of giant Malaysian freshwater prawn
Macrobrachium rosenbergii in the pond. Proceeding of the National IRPA Seminars (Agr.
Sector) Vol.II:187-188.
Tunsutapanich, A., Thongrod, S., Sanggontangit, T. and Omanee, C. Research point to
improve commercial production technique of juvenile giant prawn in earthen pond. Aqua.
Asia Farm. audi.: Apr-Jun,1997.
Yaakob, A. and Liong, P.C., 1996. Teknologi pembenihan udang galah dan potensi
ekonominya. Prosiding Seminar Udang galah: Potensi pelaburan dan teknologi terkini.
Melaka, 1996. Jabatan Perikanan Malaysia.
Anon.1992. Cadangan Usahaniaga Ternakan Udang Laut Dalam Kolam.Jabatan
Perikanan, Kementerian Pertanian Malaysia.27p.

--------------------------------------------------Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.


All Rights Reserved.

You might also like