You are on page 1of 7

RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PERSATUAN BAHASA MELAYU

GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU

1.0

LATAR BELAKANG
1.1 Murid merupakan modal insan yang sangat berharga dalam menentukan arah pembangunan negara
pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan
satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan
kokurikulum yang sedia ada telah membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap
pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah
generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu
menyediakan golongan murid yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).
1.2 Menyedari keperluan ini, Persatuan Bahasa Melayu di semua sekolah menengah mestilah bergerak
aktif demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat murid berdasarkan objektif dan
matlamat yang dihasratkan.

2.0

RASIONAL
Menyedari hakikat bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting dan diberi penekanan pada masa
ini, Persatuan Bahasa Melayu di sekolah wajarlah digerakkan dengan lebih aktif bagi memenuhi tuntutan
tersebut. Selain meningkatkan kemahiran komunikasi murid, pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dapat
menyuburkan minat dan mencambahkan bakat mereka dalam berbagai-bagai bidang seperti puisi,
penulisan, lakonan dan seumpamanya. Selain itu, masa terluang murid sebagai modal insan dapat diisi
dengan kegiatan yang bermanfaat dan masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti budaya
hedonisme, buli, peras ugut, lumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya dapat diatasi. Oleh hal yang
demikian, aktiviti Persatuan Bahasa Melayu diharap menjadi pemangkin dalam mengembangkan semua
aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid
yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Disamping itu usaha untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan bahasa
kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat direalisasikan.

3.0

MATLAMAT

Melahirkan modal insan yang berketrampilan dalam pelbagai aspek, berdisiplin, memiliki sahsiah yang
terpuji dan mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu yang gramatis sejajar dengan aspirasi
negara.
4.0

OBJEKTIF
4.1 Menyuburkan perasaan cinta terhadap Bahasa Melayu dan menggunakanya secara gramatis.
4.2 Menyemai perasaan cinta akan sekolah, negeri dan negara supaya wujud warganegara yang
berkualiti dan memiliki jati diri yang tinggi.
4.3 Mewujudkan Persatuan Bahasa Melayu di sekolah yang bergiat aktif untuk melatih murid yang
berkebolehan, berkeyakinan tinggi, berketrampilan dan dapat berkomunikasi dengan baik,
4.4 Meningkatkan minat, mengembangkan bakat dan kemahiran murid dalam aktiviti yang dirancang.
4.5 Memaksimumkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa
serta membantu murid berinteraksi dengan masyarakat.
4.6 Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan bahasa dan budaya
Melayu.
4.7 Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan kreativiti serta menyertai
pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
4.8 Melahirkan modal insan yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu bahasa di samping
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
4.9 Menanam dan memupuk sahsiah yang terpuji, sifat kepimpinan yang unggul dan peka akan nilai-nilai
kemasyarakatan dalam kalangan murid.

5.0

GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

PERJUMPAAN

TAJUK

AKTIVITI

CATATAN

Pendaftran ahli-ahli baharu


Guru
menyediakan
Taklimat persatuan (fungsi
borang
persatuan, tanggungjawab ahli
pendaftaran
dan sebagainya
dan bahan
Memperkenalkan guru
edaran
penasihat dan AJK
Majlis suai kenal antara ahli
Membentangkan aktiviti yang
akan dijalankan sepanjang
tahun

1
12.1.2016

Pendaftaran ahli baharu


perbincangan aktiviti tahunan

2
20.1.2016

Cari Kata

Mencari perkatan yang

mempunyai makna dalam


barisan huruf yang telah diberi

3
17.2.2016

Mengisi teka silang kata

Melengkapkan teka silang kata Guru memberi


yang diberikan oleh guru.
helaian soalan
teka silang kata
kepada pelajar

Ahli diminta
mencari
perkataan yang
tersembunyi

PERJUMPAAN
4
2.3.2016

TAJUK
Kuiz meneka peribahasa

5
30.3.2015

Membina perkataan lain daripada


perkataan diberikan

6
13.4.2016

Kad Ucapan
1. Penerangan tentang kad
Ucapan aspek:
a. Pemilihan kata
b. Rekabentuk kad
c. Bentuk tulisan
2. Mencipta ayat yang menarik
3. Mereka bentuk kad yang
kreatif.
4. Menghasilkan kad ucapan
yang menarik seperti Kad
Ucapan Hari Lahir, Hari Guru,
Hari Raya dan sebagainya

7
27.4.2016

Membina ayat / bercerita berdasarkan


gambar

AKTIVITI
Ahli dapat meneka peribahasa
daripada gaya dan bahasa
tubuh yang dilakonkan

Semua ahli dapat


menyenaraikan lebih daripada
10 patah perkataan.

ahli menunjukkan beberapa

contoh kad ucapan yang


dikumpul
guru dan murid berbincang
tentang keistimewaan kad-kad
ucapan tersebut
setiap kumpulan menghasilkan
kad ucapan berdasarkan
kreativiti masing-masing
guru mengulas dan
mempamerkan kad ucapan
yang dihasilkan oleh ahli

ahli dapat membina ayat yang


betul dan menyampaikan
cerita berdasarkan gambar
yang diberi

CATATAN

Kad ucapan
yang diterima
atau dibeli oleh
murid
setiap
kumpulan telah
diberi tugas
mengumpul
bahan dua
minggu
sebelum
perjumpaan

PERJUMPAAN
8
11.5.2016

TAJUK
Pengucapan Awam

AKTIVITI

CATATAN

menyampaikan pengucapan
umum dengan cara yang
berkesan, menarik dan
memukau.
mengulas persembahan
pengucapan awam ahli

*Permainan bahasa elok diselitkan


bagi menceriakan suasana
perjumpaan
9
25.5.2016

Seni Lakon/Teater Komsas


1. Penerangan tentang seni
Lakon/Teater Komsas aspek
a) isi pemikiran
b) gaya penyampaian
2. Menyediakan kerangka isi Seni
Lakon/Teater Komsas yang
baik
3. Latihan gaya penyampaian
pengucapan awam yang baik,
berkesan dan memukau.
4. Mempersembahkan
pengucapan awam semasa
perhimpunan sekolah

ahli berhimpun dalam


kumpulan masing-masing
setiap kumpulan bersedia
untuk mempersembahkan
lakonan mereka
persembahan kumpulan
guru mengulas persembahan
setiap kumpulan.

setiap
kumpulan telah
bersedia
sekurangkurangnya dua
minggu dengan
skrip masingmasing
sebelum
perjumpaan
diadakan

PERJUMPAAN
10
22.6.2016

TAJUK
Eksplorasi Bahasa

AKTIVITI

11
13.7.2015

Mencipta pantun

12
27.7.2016

Mesyuarat Agung Tahunan

Setiap kumpulan dikehendaki


menjawab soalan yang diberikan
di setiap check point dengan
betul.
Kumpulan yang dapat menjawab
kesemua soalan di setiap check
point dengan masa terpantas
akan dikira sebagai pemenang.
mempersembahkan pantun
kumpulan masing-masing
persembahan berbalas pantun
oleh setiap kumpulan
Membubarkan jawatankuasa
yang lama dan melantik yang
baru

CATATAN

You might also like